Anda di halaman 1dari 4

FUNGSI RUMAH KEPADA MANUSIA 1) TEMPAT PERLINDUNGAN - Rumah penting dalam memberikan kita tempat perlindungan daripada panas

dan hujan. - Selain itu juga, rumah penting bagi mengelakkan ancaman binatang buas - Rumah turut dijadikan sebagai tempat berlindung dari ancaman jenayah seperti mencuri, merompak dan sebagainya.

2) MENYEDIAKAN KESELESAAN - Rumah yang baik ialah rumah yang menyediakan keselesaan untuk penghuninya. - Rumah yang selesa mengandungi beberapa ruang iaitu ruang dapur, ruang tamu, ruang makan dan sebagainya. - Rumah sebagai tempat berehat perlulah selesa supaya penghuninya dapat berehat setelah seharian menjalankan aktiviti luar.

FUNGSI RUMAH KEPADA MANUSIA 3) MEWUJUDKAN KEMESRAAN KELUARGA - Selepas seharian menjalankan aktiviti, penghuni rumah akan berkumpul untuk makan bersama-sama mahupun menonton televisyen. - Aktiviti yang dijalankan bersama di dalam rumah mampu mewujudkan suasana yang mesra dalam kalangan ahli keluarga. - Gunakan waktu yang terluang untuk berbual-bual dan memberitahu perkembangan masing-masing.

4) TEMPAT KELUARGA BERKUMPUL - Keluarga asas mahupun keluarga kembangan datang berkumpul di dalam rumah. - Ruang rumah yang selesa membolehkan sanak saudara berkumpul dan meraikannya.

FUNGSI RUMAH KEPADA MANUSIA 5) MENJALANKAN PELBAGAI AKTIVITI - Rumah digunakan sebagai tempat bagi menjalankan aktiviti seperti menonton televisyen, makan bersama, beriadah di kawasan sekitar rumah dan sebagainya. - Aktiviti-aktiviti yang dijalankan dapat membantu mengeratkan kasih sayang. - Aktiviti mudah dijalankan di dalam rumah kerana tidak perlu terdedah kepada cahaya matahari

6) MEMUPUK KASIH SAYANG - Kumpul bersama dan menjalankan aktiviti bersama dapat menjalin hubungan mesra dan mewujudkan perasaan saling menyayangi antara satu sama lain. - Kasih sayang penting dalam sesebuah keluarga.

Peranan ayah Lakonkan watak ayah sedang bersiap untuk pergi bekerja. Ayah memakai tali leher, cermin mata dan membawa beg bimbitnya Peranan anak Lakonkan watak anak sedang mengemas tempat tidur

Peranan ibuLakonkan watak ibu sedang memasak dan mencuci pakaian.

Anda mungkin juga menyukai