Anda di halaman 1dari 31

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS BATU LINTANG KUCHING SARAWAK

1.0 1.1

PENGENALAN Pengenalan kepada Anatomi dan fisiologi Anatomi merupakan satu kajian tentang struktur tubuh dan hubungan di antara

bahagian-bahagian. Perkataan anatomi sebenarnya berasal daripada perkataan Greek anatom yang bermakna memotong, maka anatomi boleh dianggap sebagai kajian dengan memotong (diseksi). Manakala fisiologi pula boleh diertikan sebagai kajian tubuh manusia dalam keadaan normal. Sebenarnya, kajian ini berkaitan dengan pengetahuan tentang semua makhluk hidup yang tergolong dalam satu kajian biologi. Bidang ini juga adalah berkait rapat dengan kajian fizikal dan pergerakan yang berlaku dalam badan. Secara keseluruhannya, bidang anatomi dan fisiologi manusia merangkumi beberapa aspek iaitu: Sains anatomi dan fisiologi Sistem rangka Sendi sistem otot Jika menghuraikan tentang anatomi dan fisiologi, harus diingat bahawa kita mesti menyatakan jenis anatomi. Dalam anatomi terdapat tiga jenis iaitu: Anatomi regional-kedudukan geografi badan Anatomi fungsi-kajian tentang kedudukan dan hubungan antara bahagian badan Anatomi makroskopik-melibatkan struktur penglihatan mata kasar Dalam kajian anatomi dan fisiologi kita juga perlu mengetahui tentang organisasi daripada kepala dan leher, badan dan anggota. Selain itu wujud juga organisasi pada pelbagai tahap yang berbeza iaitu tahap kimia, tahap selular, tahap tisu, tahap organ, dan tahap organisasi. Secara ringkasnya, organisasi setiap tahap menentukan cirri-ciri struktur dan fungsi pada tahap yang lebih tinggi. Di samping itu, anatomi dan fisiologi meliputi sistem integumentari, sistem rangka, sistem otot, sistem saraf, sistem endokrina, sistem darah dan jantung, sistem limfatik dan imuniti, sistem respirasi, sistem penghadaman, pemakanan dan metabolisme serta sistem urinari.
1

1.2

Sejarah ringkas permainan bola keranjang Permainan ini dikatakan mempunyai persamaan dengan permainan kuno kaum

Indian di Mexico yang dikenali sebagai pok-ta-pok. Ianya dimainkan sebagai salah satu upacara keagamaan. Dalam permainan ini para pemain cuba menolak bola getah dengan siku ke dalam gelung besi yang dipasang pada dinding kuil. Sesungguhnya, peraturan pok-ta-pok ini adalah sangat kejam. Pemain pasukan yang kalah akan dikorbankan untuk upacara pemujaan Permainan bola keranjang mula dimainkan pada tahun 1891 di Springfield,Massachusetts, Amerika Syarikat. Idea permainan bola keranjang diperkenalkan olehjurulatih pendidikan jasmani bernama James Naismith. Oleh sebab itulah permainan iniasalnya dikenali sebagai Bola Naismith. James Naismith telah diarahkan untukmencipta sejenis permainan yang boleh dimainkan dalam musim sejuk. Beliau telah memutuskan untuk menggunakan bola yang lebih besar dan ringan supaya mudahdikawal dengan tangan. Keduanya, oleh kerana kawasan yang kecil dan terhad, pemaintidak dibenarkan berlari dengan bola, tetapi ia harus melontar bola. Akhir sekali, pemaintidak dibenarkan menghalang lawan dengan kaki, menolak, memegang ataumenjatuhkan lawan. Sasaran yang digunakan untuk melontar bola merupakan sebuahbakul yang diletakkan di tempat yang tinggi berukuran 3 meter dari aras gelanggang. Pada asalnya permainan bola keranjang dimainkan berasaskan 13 peraturan. Tujuan utama permainan ini ialah melontar bola ke dalam bakul lawan. Pasukan yang banyak menjaringkan gol dikira menang. Pada peringkat awal permainan ini menggunakan bakul buah-buahan. Kemudian diubah kepada keranjang jaring dawai. Pada tahun 1906, gelung besi pula telah digunakan. Ini diikuti pula dengan penggunaan papan di belakang keranjang bagi menampan lantunan bola. Bentuk papan ini sering berubah sehinggalah ke bentuk sekarang. Pada mulanya, permainan ini dijalankan dengan satu pasukan hanya mengandungi tujuh pemain sahaja. Ia kemudian ditambah menjadi sembilan orang. Bagaimanapun, bilangan ini dikurangkan kembali kepada lapan orang dan akhirnya menjadi lima orang seperti yang ada sekarang. Masa permainan dibahagikan kepada dua bahagian yang setiap satunya mengandungi 15 minit.
2

Lama-kelamaan, bola keranjang telah berupaya disebarkan ke negara seperti Eropah, Rusia dan juga Asia. Undang-undang permainan ini pula sentiasa dikemaskini dari masa ke masa. Bagi menyelaraskan lagi permainan ini Persekutuan Persatuan Bola Keranjang Amatur Antarabangsa (FIBA) telah ditubuhkan pada tahun 1932. Ibu pejabatnya di Munich, Jerman. Pada awalnya, pertubuhan ini hanya dianggotai oleh lapan buah negara sahaja, tetapi kini ia meningkat kepada 160 buah negara. Pada tahun 1936, bola keranjang diterima sebagai salah satu acara dalam Sukan Olimpik di Berlin, Jerman. Tahun pertama kemasukannya terdapat sebanyak 22 buah negara telah mengambil bahagian. Dalam sukan Olimpik, Amerika Syarikat merupakan Negara paling banyak memenangi pingat emas dalam permainan ini. Sementara itu bagi wanita, ia mula dipertandingkan dalam Sukan Olimpik pada tahun 1976. Kejohanan bola keranjang yang agak popular ialah seperti Kejohanan Eropah, Kejohanan Amerika Syarikat (NBA) dan Kejohanan Asia. Di samping itu, terdapat juga bola keranjang profesional, khususnya di Amerika Syarikat di mana para pemain dibayar gaji secara kontrak dan dibayar mengikut kepakaran dan kemahiran seseorang pemain tersebut. Michael Jordon adalah antara pemain bola keranjang yang paling terkenal dan menerima bayaran yang paling tinggi.

1.3

Bola keranjang di Malaysia Kemasukan bola keranjang ke negara kita, Malaysia pula dipercayai bermula

pada awal abad ke 20. Ia dibawa oleh orang-orang Inggeris, tetapi tidak mendapat sambutan yang menggalakkan. Perkembangan sukan ini agak memberangsangkan selepas perang dunia kedua. Ini kerana adanya sekolah-sekolah yang mula memperkenalkan sukan bola keraanjang sebagai permainan utama mereka. Walau bagaimanapun, mengikut sumber lain, pada sekitar tahun 1920-an, kebanyakan guru bagaimanapun, mengikut sumber lain, pada sekitar tahun 1920-an, kebanyakan guru sekolah Cina mendapat pendidikan dari negeri China. Semasa belajar mereka diperkenalkan kepada permainan bola keranjang. Kemahiran ini dikembangkan pula kepada murid-murid sekolah Cina di Malaysia. Sekitar penghujung tahun 1920-an,sudah ada pertandingan liga bola keranjang di
3

Malaysia. Pada awal tahun 60-an,Persatuan bola Keranjang Amatur Malaysia (MABA) telah ditubuhkan dan pertanding anantara negeri bagi merebut Piala Agong dimulakan beberapa tahun kemudian. Selain itu, terdapat juga pertandingan dan kejohanan antara kelab, sekolah, persatuan dan pertubuhan yang diadakan dari setahun ke setahun.Di samping itu, Malaysia juga sering menjadi tuan rumah untuk beberapakejohanan antarabangsa seperti Kejohanan Asia, Kejohanan Kelab-kelab Asia danKejohanan Terbuka Malaysia. Malaysia juga sering memenangi pingat emas dalam Sukan SEA. Dalam kejohanan Asia pula, Malaysia pernah beberapa kali menduduki tempat keempat di belakang China, Korea Selatan dan Jepun. Sememangnya permainan bola keranjang turut mendapat tempat dikalangan masyrakat dunia amnya dan di Malaysia khususnya. Namun apa yang penting sebelum bermain permainan bola keranjang adalah perlu menguasai aspek kemahiran permainan bola keranjang ini.

2.0

Kemahiran dalam permainan bola keranjang

MENGHADANG
MENGHANTAR

MENGELECEK
KEMAHIRAN PERMAINAN BOLA KERANJANG

MENJARING (kemhairan yang dianalisis) MENERIMA

2.1

Analisis kemahiran

2.1.1 Aksi pergerakan kemahiran menjaring gaya statik


FASA LAJAKAN

FASA LAKUAN FASA PERSEDIAAN

GOL/JARIN G

Rajah 1 Dalam permainan bola keranjang terdapat beberapa kemahiran yang mesti dikuasai oleh pemain-pemain. Antaranya menyambut, mengelecek, menghantar dan menjaring.Namun demikian untuk tujuan analisis kemahiran yang berkait rapat dengan anatomi dan fisiologi ini, hanya kemahiran menjaring yang dianalisis merujuk kepada anatomi dan fisiologi. Kemahiran menjaring melibatkan beberapa posisi pergerakan yang dilakukan oleh seseorang pemain yang melakukan jaringan secara statik. Terdapat tiga posisi yang perlu dilakukan oleh pemain yang melakukan jaringan secara statik ini seperti yang ditunjukkan pada rajah di atas. Ketepatan melakukan jaringan bergantung kepada ketepatan posisi jaringan statik yang dilakukan. Sebenarnya semasa melakukan kemahiran jaringan statik ini, ia melibatkan komponen-komponen yang ada pada anatomi dan fisiologi tubuh badan manusia. Oleh yang demikian perlu diperjelaskan peranan anatomi dan fisiologi bagi kemahiran menjaring bola keranjang mengikut tiga fasa iaitu fasa persediaan, fasa lakuan dan fasa lajakan..
5

Fasa Persediaan
KEDUDUKAN TANGAN

KEDUDUKAN KAKI

Rajah 2

Fasa persediaan merupakan fasa permulaan dalam melakukan jaringan. Ketelitian dan fokus yang tinggi perlu dititik beratkan. Jika dihuraikan dari segi anatomi dan fisiologi pada fasa persediaan dalam kemahiran menjaring melibatkan pergerakan tangan dan kaki.Kedua-dua tangan yang memegang bola, bahu dan kaki sebagai sokongan perlu mengarah kesasaran gol. Setelah itu, arahkan siku tangan yang menolak bola ke arah gol.Mengambil bola dengan menggunakan jari dan mempunyai sedikit ruang di antara bola dengan tapak tangan. Selepas itu, membawa bola turun ke paras dada dengan bengkokkan kedua belah lutut. Sekarang tangan dan kaki berada dalam keadaan fleksi dan otot bisep mengecut manakala otot trisep mengendur.

II

Fasa Lakuan

KEDUDUKAN TANGAN

KEDUDUKAN KAKI

Rajah 3

Gambarajah di atas menunjukkan situasi fasa lakuan dalam kemahiran jaringan statik dalam permainan bola keranjang. Bahagian badan ditinggikan semula dan mulakan pergerakan bahagian kaki. Setelah itu diikuti bahagian lengan, tangan dan akhirnya jari. Gunakan Ikut lajak pergerakan sehingga tumit tergantung di udara atau kedua belah kaki melonjak ke atas. Dalam posisi ini, tangan dan kaki haruslah berada dalam keadaan ekstensi dan otot bisep mengendur manakala otot trisep mengecut.

III

Fasa Lajakan

KEDUDUKAN TANGAN

KEDUDUKAN KAKI

Rajah 4

Posisi ketiga adalah fasa pengakhiran dalam kemahiran jaringan statik. Pada posisi ini bola ditolak ke arah gol dengan menggunakan keseluruhan bahagian tangan bermula dari bahu, lengan, tapak tangan dan bahagian hujung jari tangan Apabila menolak bola ke arah gol, pergelangan tangan akan bertindak secara hyperextension iaitu bergerak ke arah badan kita dan seterusnya bertindak secara fleksi untuk menolak bola dan akhirnya bertindak secara ekstensi. Bola yang dilontar ke arah gol perlu dilepaskan dari tangan sebelum lonjakan mencapai ketinggian sebenar. Manakala salah satu kaki perlu berada dalan keadaan tergantung sedikit untuk tujuan mengimbangi bahagian badan semasa tangan melakukan tolakan bola ke arah gol.

2.2

Tulang-tulang yang terlibat dalam kemahiran menjaring bola keranjang

2.2.1 Tulang tangan

TULANG TANGAN

Rajah 5

2.2.2 Tulang bahagian tangan

(A)

(B)

KARPUS, METAKARPUS,FALANG

HUMERUS

(C)

(D)

ULNA

RADIUS

(E)

(F)

SKAPULA

KLAVIKULA

Rajah 6

10

Tangan adalah sebahagian anggota badan yang utama dalam melakukan kemahiran jaringan statik dalam permainan bola keranjang. Semasa melakukan jaringan tulang tangan seperti humerus, ulna, radius, skapula, klavikula, metacarpus, karpus dan falang terlibat. Kesemua tulang tersebut berperanan secara lansung semasa memegang bola dan menolak bola ke arah gol apabila melakukan jaringan Selain itu fungsi yang tidak dapat diabaikan sekiranya membincangkan berkaitan tulang manusia khususnya tulang adalah sebagai lekatan kepada otot pada bahagian tangan semasa pergerakan melibatkan kemahiran jaringan statik dalam permainan bola keranjang. Oleh yang demikian harus diingatkan bahawa setiap bahagian tulang tangan yang telah dinyatakan kuhusunya pada rajah 5 dan 6 memainkan peranan yang sangat penting dalam kemahiran menjaring dalam permainan bola keranjang

2.2.3 Tulang kaki

Rajah 7

11

2.2.4 Bahagian-bahagian tulang kaki yang terlibat dalam kemahiran menjaring

(A)

(B)

(C)

(D)

(E)

Rajah 8

Kaki juga merupakan antara anggota badan yang turut terlibat dalam kemahiran menjaring terutamanya pada fasa persediaan dan fasa lakuan. Oleh yang demikian perkaitan peranan tulang kaki tidak boleh diabaikan dalam kemahiran menjaring gaya static bagi permainan bola keranjang. Antara bahagian-bahagian tulang kaki yang terlibat adalah femur, fibula, tibia, metatarsus, tarsus,falang dan patella. Kesemua jenis tulang kaki pada rajah 7 di atas memainkan peranan yang penting dalam pergerakan melakukan jaringan statik bagi permainan bola keranjang terutama untuk sokongan dan sebagai pelekatan otot.

12

2.2.5 Penglibatan tulang tangan dan kaki dalam kemahiran menjaring

Fasa Persediaan
karpal, metakarpal & falang Membantu untuk memegang bola dan juga membantu menentukan posisi bola yang dipegang

Skapula menyokong tulang humerus bagi membolehkan tulang humerus berada pada posisi yg betul semasa menetapkan sasaran
patela: menyokong kaki semasa membengkok sebelum melakukan lonjakan

humerus, ulna & radius: Sebagai medium penyokong bagi tangan untuk men ampung berat bola keranjang membantu meluruskan tgn bagi memudahkan sasaran dibuat

Rajah 9

13

II

Fasa Lakuan

falang, tarsal, metatarsal, patela, femur, tibia & fibula: a. Membantu setiap ind utk melakukan lonjakan semasa proses menjaringkan bola keranjang

karpal, metakarpal, falang, ulna, radius, humerus & skapula: Memberi sokongan kepada tagan apabila memegang bola dan juga membantu untuk menetapkan sasaran yang tetat sebelum melepaskan bola ke gol/jaring.

b.Membantu memberi sokongan pd kaki ind utk menghasilkan lompatan yg sesuai & berkesan

Patella: Menyokong kaki semasa membengkok utk melakukan lompatan

Rajah 10
14

III

Fasa Lajakan

karpal, metakarpal & falang: Sebaga pemacu & membekalkan daya tolakan semasa proses menjaringkan bola keranjang pada gol. radius, ulna, humerus &skapula: bertindak sbg penyokong semasa melakukan tolakan ke arah jaring

falang, tarsal, metatarsal, patela, femur, tibia & fibula: Berperanan sebagai sokongan dan membantu dalam imbangan kepada badan semasa melakukan lajakan untuk menjaringkan bola ke arah gol.

Rajah 11

15

3.0

Sendi

Rajah 12

16

3.1

Sendi tangan dan sendi kaki yang terlibat dalam kemahiran menjaring

Rajah 13
17

3.1.1 Huraian penglibatan sendi dalam kemahiran menjaring bola keranjang

Sendi gelungsur: Menghalang geseran ketika mengawal bola yg telah diangkat. Sendi kondil: Menghalang geseran diantara metacarpal & falang.

Sendi pelana: Sendi lesung: Berperanan semasa mengangkat bola ke atas.Tangan akan diangkat dlm lingkungan 100 darjah dari kedudukan asal. Berfubgsi untuk melicinkan pergerakan metacarpal pada ibu jari yang berartikulasi dengan karpal semasa tolakan bola dilakukan.

Sendi paksi: Berfungsi apabila memusingkan tagan untuk mengangkat bola. Sendi ini bertindak menghalang geseran diantara radius dan ulna semas pergerakan dilakukan

Sendi engsel: Terlibat semasa humerus & patella bergerak semasa melakukan lajakan menjaring

Rajah 14

18

4.0

Otot-otot yang terlibat dalam kemahiran menjaring

4.1

Otot tangan

Trapezius Deltoid Biceps brachii Brachialis Subscapularis Coracobrachiais Medial border of scapula

Otot dari bahagian bahu ke siku Otot dari bahagian siku hingga pergelangan tangan Rajah 15
19

Suprinator, Prenator teres, Brachioradialis, Flexo carpi radialis, Extensor carpi, Radialis longus, Palmaris longus, Flexo carpi ulnaris, Flexor digitorum superficialis, Pronator quadrates

Rajah 9 menunjukkan dan menerangkan tentang bahagian-bahagian otot tangan yang terlibat dalam kemahiran menjaringa. Jika dilihat dari rajah 9 tersebut terdapat dua bahagian otot yang terlibat iaitu: I. II. Otot dari bahagian bahu ke siku Trapezius Deltoid Biceps brachii Brachialis Subscapularis Coracobrachiais Medial border of scapula Otot dari bahagian siku ke tapak tangan Suprinator, Prenator teres, Brachioradialis, Flexo carpi radialis, Extensor carpi, Radialis longus, Palmaris longus, Flexo carpi ulnaris, Flexor digitorum superficialis, Pronator quadrates Semasa melakukan jaringan

20

4.2

Otot kaki

Rajah 16

21

4.3

Otot tangan dan kaki dalam kemahiran menjaring bola keranjang

Fasa persediaan

BISEP

BRACHIORADILASIS DELTOID TRISEP

BISEP FEMORIS

RESTUS FEMORIS

GASTROCNEMIUS

ARCHELLIS TENDON

Pada fasa persediaan dalam kemahiran menjaring bola keranjang otot-otot yang terlibat di bahagian tangan adalah deltoid, bispes, trisep dan brachioradilasis. Manakala bagi otot di bahagian kaki ada terdiri daripada biseps femoris, gastrocnmeius, archellis tendon danrestus femoris. Pada fasa ini penjaring berada dalam keadaan bersedia untuk melakukan lajakan bola ke arah gol.

Rajah 17
22

II

Fasa lakuan

BISEP

BRACHIORADILASIS DELTOID

TRISEP

GASTROCNEMIUS

Pada fasa lakuan ini pula, penjaring telah mula membuat lajakan pada bahagian tangan dan kaki. Pada masa yang sama otot-otot tangan seperti bisep, trisep, deltoid dan brachioradilasis terlibat dalam pergerakan fasa lakuan. Bag bahagian kaki pula otot gastrocnemius terlibat dalam pergerakan fasa lakuan bagi kemahiran menjaring permainan bola keranjang.

Rajah 18
23

III

Fasa lajakan

BISEP

BRACHIORADILASIS DELTOID

TRISEP

Fasa lajakan melibatkan otot-otot tangan sahaja yang berfungsi membantu dalam melakukan lajakan bola kea rah gol semasa melakukan kemahiran menjaring bagi permainan bola keranjang. Antara otot-otot tangan yang terlibat ialah deltoid, bisep, trisep dan brachioradilasis.

Rajah 19
24

5.1

Lekatan otot Dalam kemahiran menjaring permainan bola keranjang terdapat dua jenis lekatan otot yang terlibat iaitu lekatan proksikmal dan lekatan otot distal. Kedua-dua lekatan otot ini mempunyai peranan masing-masing terutama melibatkan sesuatu pergerakan misalnya pergerakan menjaring dalam permainan bola keranjang. (a) Lekatan Proksimal Merupakan lekatan otot pada tulang atau tisu penghubung yang hampir dengan tubuh manusia dan bersifat origin. (b) Lekatan distal Merupakan satu bentuk lekatan otot yang terdapat pada tulang atau Tisu penghubung yang jauh dari tubuh dan bersifat insertion. Jadual1 di bawah menunjukkan pelekatan otot bagi tangan dan kaki yang terlibat dalam aksi pergerakan kemahiran menjaring secara statik dalam permainan bola keranjang.

Nama otot

Lokasi otot

Lekatan Proksimal

Lekatan distal

Bahu Deltoid Bahagian atas bahu Lengan Bisep brakii Trisep brakii Anterior lengan atas Posterior humerus Klavikel, skapula Skapula Skapula dan proksimal humerus Spina ilium Bahagian atas pelvik Bahagian atas femur

Bahagian tengah hemurus

Proksimal radius Olekranon proses di ulna

Paha Sartorius Kuadriseps Rektus femoris Vastus lateralis Vastus medialis Vastus

Anterior paha Superfisial, anterior paha Lateral paha Medial paha


25

Proksimal tibia Patella Patella Patella Patella Lateral

intermedius Hamstring Bisep femoris Semitendinosus Semimem branosus

Intermedial paha Posterior paha Posterior paha Posterior paha

Medial femur Anterior dan lateral femur Bahagian atas femur Bahagian atas Femur Bahagian atas femur Lateral dan medial femur Distal femur dan fibula

fibula Medial tibia Medial tibia Posterior kalkanus

Kaki Gastroknemius Soleus

Betis

Kalkanus

Jadual 1

Pelekatan otot proksimal dan distal

26

6.1

Penguncupan otot Semasa melakukan aksi pergerakan menjaring otot-otot pada bahagian tangan

dan kaki akan mengalami penguncupan otot. Terdapat dua jenis penguncupan otot yang berlaku iaitu penguncupan isometrik dan isotonik . Namun begitu jenis-jenis penguncupan otot tidak semestinya memendek apabila menguncup. Sebaliknya apa yang umumnya berlaku pada semua bentuk ialah pembentukan daya hasil daripada interaksi filamen-filamen aktin dan miosin dalam usaha keduaduanya untuk menggelungsur melepasi kedudukan masing-masing dalam fiber otot. (i) Penguncupan isometrik (penguncupan statik) Penguncupan yang menghasilkan daya tetapi tidak mengubah panjang fiber otot semasa mengatasi rintangan yang statik. Misalnya semasa fasa lajakan dalam kemahiran menjaring statik apabila bola ditolak ke arah gol otot-otot trisep tidak dapat memendek untuk meluruskan siku. Penguncupan otot trisep berlaku secara isometrik. (ii) Penguncupan Isotonik Bentuk penguncupan di mana fiber-fiber otot memendek bagi menghasilkan daya mengatasi rintangan yang bergerak. Penguncupan isotonik boleh berlaku secara konsentrik atau esentrik. Penguncupan konsentrik melibatkan pemendekan fiber-fiber otot. Misalnya penguncupan esentrik berlaku semasa dalam fasa persediaan di mana otot-otot bisep akan menguncup sebelum bola ditolak ke arah gol.

27

7.1

Satah pergerakan

7.1.1 Satah frontal

Rajah 20

Jenis satah dalam pergerakan menjaring bola keranjang ialah jenis satah frontal. Aksi ekstensi-hyperekstensi-fleksi digunakan apabila menjaring bola keranjang. Aksi gerakan ekstensi dan fleksi terlibat kerana terdapat gerakan anggota badan dari hadapan ke belakang dan ke hadapan semula iaitu apabila pergelangan tangan bergerak untuk menjaring bola.

Apabila menjaring bola, bahagian siku ke bahagian tapak tangan berada pada satah frontal. Bahagian axis terletak pada bahagian siku apabila menjaring bola dalam keadaan lurus dari bahagian belakang ke hadapan. Tangan dibengkok ke arah badan dan ditolak ke hadapan apabila menjaring bola keranjang.

28

Rujukan 1 2 d.scribd.com/doc/93480348/Sistem-Sendi-Dan-PergerakanNalini T Balachandran, Sia Chwee Khim, Kee Bee Suan (2011), Referens Ekspres SPM, Biologi. Selangor Darul Ehsan: Penerbitan

Pelangi Sdn Bhd 3 4 ml.scribd.com/doc/47287277/anatomi-dan-fisiologi Modul Pendidikan Jasmani, PJM 3106 Anatomi dan Fisiologi PGSR Mod dalam cuti 5 ms.wikipedia.org/wiki/Fisiologi

29

Refleksi Pertama sekali, saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat ilahi kerana dikesempatan masa dan idea untuk bersama-sama rakan kumpulan saya menyiapkan tugasan bagi kursus PJM 3106 dibawah seliaan En Mahdi Bin Abdullah selaku pensyarah bagi kursus PJM 3106 dalam semester empat ini. Secara keseluruhannya kursus PJM 3106 ini, adalah berkisarkan tentang bidang anatomi dan fisiologi. Oleh yang demikian saya dan rakan kumpulan lain telah diberi tugasan untuk membuat analisis tentang satu kemahiran pergerakan dalam permainan, sukan atau pun pergerakan asas. Untuk kumpulan saya, kami telah bersetuju untuk membuat analisis tentang kemahiran menjaring gaya statik dalam kemahiran bola keranjang. Semestinya, analisis yang diolah perlu berkait rapat dengan anatomi dan fisiologi. Bagi saya tugasan ini amat mencabar kewibawaan saya untuk menyiapkannya dengan sebaik mungkin. Ini kerana maklumat yang diperolehi dalam kandungan tugasan ini mestilah menepati fakta yang kukuh dan tepat. Namun begitu berkat kerjasama dan pertukaran idea dikalangan ahli kumpulan saya, akhirnya dapat disiapkan tugasan ini. Sepanjang proses meyiapkan tugasan PJM 3106 ini, saya telah dapat melihat kekuatan dan kelemahan yang dihadapi sepanjang proses tersebut. Dari sudut kekuatan, untuk mendapatkan maklumat untuk dimuatkan dalam tugasan ini, adalah tidak menjadi masalah besar kerana terlalu banyak bahan-bahan yang boleh diperolehi dari internet, buku-buku dan jurnal. Oleh yang demikian saya dan rakan lain telah mengolah maklumat-maklumat berkaitan tugasan secara sistematik dan diatur dengan bijaksana sehingga tugasan ini berjaya disiapkan.
30

Manakala dari sudut kelemahan pula ialah dilihat dari segi pemilihan maklumat untuk dimuatkan dalam tugasan ini. Ini kerana maklumat berkaitan anatomi dan fisiologi mempunyai pelbagai istilah yang agak sukar dan perlu diteliti sebelum dimuatkan dalam tugasan ini. Namun begitu saya dan ahli kumpulan lain telah mengambil langkah dengan sentiasa merujuk kepada panduan dari internet tentang istilah-istilah tersebut. Selain itu, saya dan rakan lain terpaksa sentiasa berinteraksi samada menggunakan e-mail mahupun telefon. Ini bertujuan untuk mengatasi masalah berkolarborasi dengan rakan kumpulan yang berada lebih jauh misalnya dari bintulu. Kami mengambil langkah sedemikian agar dapat berbincang tentang maklumat-maklumat yang perlu dimuatkan dalam tugasan ini. Secara keseluruhannya, tugasan PJM 3106 ini telah bayak memberi input yang beguna kepada saya. Ini kerana sepanjang proses menyiapkan tugasan ini saya telah banyak membaca dan menganalisis maklumat berkaitan tugasan yang telah saya siapkan bersama-sama ahli kumpulan saya. Dalam kesempatan ini juga, ingin saya lahirkan ucapan terima kasih kepada En Mahdi Bin Abdullah selaku pensyarah kursus PJM 3106 ini kerana banyak memberi input semasa sesi kuliah dijalankan. Selain itu, tidak ketinggalan juga kepada rakan-rakan kumpulan saya yang bekerjasama dalam pelbagai aspek dari mula hingga tugasan ini dapat disiapkan dengan sebaik mungkin.

31