Anda di halaman 1dari 15

1.

Pengenalan

Mahatma Gandhi merupakan seorang tokoh politik dan tokoh nasionalisme yang sangat penting dalam sejarah India. Perkara yang unik tentang Mahatma Gandhi adalah beliau telah menggabungkan nilai moral yang baik dalam sifat kepimpinannya yang luar biasa. Perjuangan anti keganasan beliau telah membawa kepada kemerdekaan India daripada cengkaman British. Ketokohan beliau merupakan inspirasi yang menjadi teladan di seluruh dunia.1 Perjuangan Mahatma Gandhi dalam membangkitkan semangat nasionalisme di India sememangnya merupakan sumbangan yang tidak ternilai harganya bagi rakyat India. Beliau terlibat secara langsung dalam politik India walaupun beliau tidak memegang sebarang jawatan kerajaan semasa pemerintahan British. Nasionalisme di India berlaku dalam tempoh yang sangat panjang iaitu tahun 1858 sebagai titik tolak permulaan dan tahun 1947 sebagai pengakhiran perjuangan tersebut. Secara umumnya terdapat beberapa peringkat perkembangan nasionalisme yang dimulai dengan gerakan sosioekonomi dan kemudiannya dituruti oleh nasionalisme liberal, nasionalisme militan dan gerakan menuju kemerdekaan.2 Terdapat pelbagai sebab berlakunya nasionalisme di India iaitu pengenalan undang-undang British,

perkembangan perhubungan yang membawa kepada penyatuan rakyat India, pemulihan sosiokeagamaan, pendidikan Barat dan sebagainya.3 Mahatma Gandhi berperanan penting dalam gelombang nasionalisme yang keempat iaitu gerakan menuju kemerdekaan dan kehadiran beliau telah memberi nafas baru kepada perjuangan rakyat di India. 2.0
1

Biografi Mahatma Gandhi

April Carter (1995). Mahatma Gandhi : A Selected Bibliography. United States : Greenwood Publishing Group. Hlm. 1 2 Azharudin Mohd Dali (2004). Tamadun India. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 291 3 Ibid. Hlm. 292

Sejarah hidup Mahatma Gandhi sememangnya perlu untuk diketahui kerana terdapat beberapa episod penting yang menjadi asas kebangkitan beliau sebagai pemimpin agung di India. Kehidupan awal Mahatma Gandhi tidak membayangkan peranan beliau yang begitu besar dalam sejarah India. Beliau merupakan seorang budak biasa yang dilahirkan pada 2 Oktober 1869 di Porbandar. Mahatma Gandhi merupakan anak lelaki termuda pasangan Karamchand dan Putlibai Gandhi. Karamchand merupakan ayah Mahatma Gandhi dan ahli politik yang tidak mempunyai pendidikan manakala Putlibai merupakan ibu Mahatma Gandhi yang sangat taat kepada ajaran Hindu. Putlibai merupakan pengaruh besar dalam seluruh hidup Mahatma Gandhi dalam soal keagamaan.4 Mahatma Gandhi menerima pendidikan awal di Porbandar. Beliau kemudiannya berpindah ke Rajkot mengikut keluarganya dan meneruskan pendidikan di Alfred High School. Mahatma Gandhi merupakan seorang pelajar pasif dan tidak menunjukkan sebarang minat dalam pendidikan. Pada usia yang muda dan masih bersekolah, beliau telah berkahwin dengan Kasturbai. Berkahwin pada usia yang muda sememangnya tidak begitu baik dan membantutkan perkembangan Mahatma Gandhi. Namun demikian, pengajaran besar yang diterima oleh Mahatma Gandhi melalui peristiwa tersebut adalah perkahwinan muda sememangnya menghalang kemajuan rakyat India. Beliau sedar bahawa perubahan harus dilakukan sekiranya rakyat India ingin mencapai kemajuan.5

Richards L. Deats and Mary Jegen (2005). Mahatma Gandhi, Nonviolent Liberator : A Biography. United States : New City Press. Hlm. 17 5 Annuradha Ray (2006). The Making Of Mahatma (A Biography). Delhi : Diamond Pocket Books (P) Ltd. Hlm. 11

Pada tahun 1888, Mahatma Gandhi telah melanjutkan pelajaran ke England.6 Pendidikan di England banyak membantu Mahatma Gandhi dalam perkembangan pemikirannya. Beliau lulus cemerlang dalam pepriksaan pada 10 Jun 1891 dan kembali ke India pada 12 Jun 1891. Walau bagaimanapun, kurangnya pemahaman dalam sistem undang-undang India menyebabkan beliau sukar mendapat pekerjaan. Beliau akhirnya mendapat pekerjaan apabila dipelawa oleh Dada Abdula and Co. untuk bekerja di Afrika Selatan.7 Mahatma Gandhi mula dikenali melalui kempen beliau di Afrika Selatan sebelum Perang Dunia Kedua iaitu gerakan anti keganasan menentang undang-undang diskriminasi.8 Kehidupan Mahatma Gandhi berubah ketika beliau berada di Afrika Selatan. Beliau merupakan peguam yang disegani dan diangkat sebagai pemimpin yang berwibawa. Mahatma Gandhi telah melaksanakan kempen menentang diskriminasi yang membezakan warga British berkulit putih dengan komuniti India yang bermigrasi ke Afrika Selatan. Beliau telah memimpin komuniti India yang tidak aktif untuk berhubung dengan pemimpin Afrika Selatan iaitu Generul Smuts dan wizurai India iaitu Lord Hardinge untuk mendapatkan sokongan.9 Kerajaan Afrika Selatan akhirnya bersetuju untuk berkompromi dengan Mahatma Gandhi pada tahun 1914. Persetujuan ini dibuat berikutan perjuangan dan desakan yang dibuat oleh Mahatma Gandhi melalui konsep satyagraha iaitu protes tanpa kekerasan

Richards L. Deats and Mary Jegen (2005). Mahatma Gandhi, Nonviolent Liberator : A Biography. United States : New City Press. Hlm. 19 7 Ibid. Hlm. 21 8 April Carter (1995). Mahatma Gandhi : A Selected Bibliography. United States : Greenwood Publishing Group. Hlm. 1 9 Judith M. Brown (1974) Gandhis Rise to power : Indian Politic 1915-1922. New York : Cambridge University Press. Hlm. 2

sejak tahun 1906.10 Idea ini akhirnya dibawa oleh Mahatma Gandhi ke India sebagai senjata perjuangan dalam perjuangan nasionalisme. Perjalanan hidup berliku Mahatma Gandhi di Afrika sememangnya mematangkan beliau untuk menghadapi situasi politik di India.

3.0

Peranan Mahatma Gandhi Dalam Kongress Kebangsaan India

Mahatma Gandhi terlibat aktif dalam parti politik yang paling berpengaruh di India iaitu Kongress Kebangsaan India. Kejayaan terbesar beliau sepanjang terlibat dengan parti ini adalah keupayaannya untuk mengubah dasar parti tersebut yang bersifat elit kepada parti fleksibal yang dianggotai oleh pelbagai lapisan masyarakat India. Parti ini juga berubah menjadi sebuah gerakkan massa yang disertai oleh golongan atasan dan golongan bawahan.11 Parti ini pada mulanya disertai oleh golongan yang berpendidikan Inggeris. Atas usaha Gandhi, golongan yang tidak berpelajaran juga turut sama menyertai parti ini terutamanya golongan petani dan buruh yang kerap tertindas oleh sistem yang tidak adil dan hanya mementingkan golongan elit sahaja. Sejak tahun 1917 dan 1918, objektif utama yang ingin dicapai oleh Kongress Kebangsaan India ini adalah untuk memberikan manfaat kepada pebagai lapisan masyarakat dan tidak tergolong dalam kumpulan tertentu sahaja.12 Sumbangan Mahatma Gandhi dalam Kongress Kebangsaan India sememangnya jelas tersurat dari sudut pergerakan massa dan kejayaan meraih sokongan besar yang tidak dapat dibayangkan sebelumnya. Namun demikian, sumbangan Gandhi dalam parti
10

Judith M. Brown (1974) Gandhis Rise to power : Indian Politic 1915-1922. New York : Cambridge University Press. Hlm. 8 11 Azharudin Mohd Dali (2004). Tamadun India. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 304 12 Sarvepalli Radhakrishnan (2000). Mahatma Gandhi. Mumbai : Jaico Publishing House. Hlm. 245

tersebut juga boleh dilihat secara tersirat yang mungkin tidak disedari secara tidak langsung. Mahatma Gandhi sebenarnya telah menyumbang kepada politik India secara keseluruhannya dengan menyelamatkan masyarakat India daripada dunia pembohongan dalam pelbagai sistem berat sebelah terutamanya perbezaan kelas di India. Perbezaan inilah yang sebenarnya menjadi penghalang kepada penyatuan rakyat India. Gandhi juga secara tersirat berjaya memperkenalkan metod unik iaitu mempreskripsikan bahawa peperangan merupakan perjuangan yang salah. Beliau telah memberi pengajaran kepada penduduk India bahawa tentangan kepada British boleh berjaya tanpa peperangan.13

4.0

Satyagraha, ahimsa dan swadeshi

Satyagraha adalah salah satu perjuangan Mahatma Gandhi di India. Satyagraha merupakan gabungan dua perkataan sanskrit iaitu satya yang bermaksud kebenaran dan agraha yang bermaksud berpegang teguh kepada. Konsep satyagraha ini boleh dikatakan sebagai perjuangan berpaksikan kebenaran atau protes tanpa kekerasan.14 Perjuangan yang berkonsepkan satyagraha ini sebenarnya telah diwujudkan oleh Mahatma Gandhi sebagai asas perjuangan semasa berada di Afika Selatan dan telah diaplikasikan di India. Beliau telah memimpin masyarakat India yang masih terikat dengan gejala kemunduran dan tidak berupaya menentang empayar yang besar iaitu British untuk turut sama berjuang dengannya. Mahatma Gandhi mendesak rakyat India untuk menentang tetapi bukan dalam bentuk keganasan sebaliknya tidak berkerjasama dengan British. Menurut beliau, perjuangan berdasarkan keganasan hanya merugikan
13 14

Sarvepalli Radhakrishnan (2000). Mahatma Gandhi. Mumbai : Jaico Publishing House. Hlm. 246 Sue Vandor Hook (2011). Mahatma Gandhi : Proponent Of Peace. United States : Abdo Consulting Group. Hlm. 47

rakyat India. Satu-satunya senjata yang boeh digunakan oleh rakyat India adalah senjata rohani iaitu satyagraha. Satyagraha ini digunakan oleh Mahatma Gandhi sebagai metod untuk menentang Rowlatts Act iaitu undang-undang yang mengongkong nasionalisme terutamanya penafian hak terhadap organisasi awam untuk mengadakan protes.15 Perjuangan Mahatma Gandhi untuk menentang Rowlatt Act sememangnya mendapat perhatian daripada pelbagai pihak dan rakyat India menyokong kempen yang dijalankan untuk menentang undang-undang tersebut. Namun demikian, kempen yang dilaksanakan tidak berjalan lancar seperti yang diharapkan. Keganasan meletus di beberapa kawasan seperti Delhi, Lahore dan Ahmedabad. Mahatma Gandhi menegaskan bahawa keganasan bukanlah tindakan yang sesuai dengan konsep satyagraha namun keadaan tersebut tidak dapat dikawal dan dihentikan.16 Keganasan paling buruk berlaku di Amritsar apabila rakyat India menyerang sekolah dan gereja British. Mereka menyerang guru wanita dan membunuh lima warganegara British. Selain itu, hampir enam ribu rakyat India berhimpun di Armitsar untuk menentang Rowlatt Act pada 19 April 1919. British akhirnya bertindak balas dan menggunakan senjata api untuk menentang protes tersebut. Peristiwa tersebut membawa kepada kematian 379 rakyat India dan hampir seribu yang lain mengalami kecederaan.17 Mahatma Gandhi sememangnya sangat kecewa dengan tindakan British tersebut. Beliau bagaimanapun tidak berputus ada dan berusaha untuk menerapkan prinsip satyagraha kepada rakyat India. Mahatma Gandhi juga telah menggalakkan rakyat India
15

Bidyut Cakrabarty (2006). Social And Political Thought Of Mahatma Gandhi. New York : Taylor and Francis. Hlm. 59 16 Anne M. Todd and Martin E. Marty (2004). Mohandas Gandhi. United States : Infobase Publishing. Hlm. 57 17 Ibid. Hlm. 57

untuk memboikot barangan British seperti pakaian dan sebagainya. Selain itu, beliau mendorong rakyat India untuk tidak membayar cukai, tidak menghadiri sekolah dan tidak berkerja di pejabat-pejabat British. Rakyat India menyokong penuh saranan Mahatma Gandhi kerana beliau dianggap sebagai penyelamat India.18 Sumbangan Gandhi terhadap rakyat India terbukti sangat besar kerana beliau merupakan peimpin yang sangat prihatin terhadap kehidupan rakyat India. Hal ini secara tidak langsung meningkatkan semangat nasionalisme rakyat India untuk menentang penjajah di tanah air mereka. Satyagraha kemudiannya dituruti oleh Ahimsa yang menjadi senjata Mahatma Gandhi sejak berada di Afrika.19 Ahimsa merupakan ajaran yang menyeru rakyat India untuk menjunjung tinggi semangat anti-keganasan. Jika diteliti dengan lebih mendalam, ahimsa mengutamakan sikap tidak menyerang, tidak melukai dan tidak membunuh. Selain itu, nilai-nilai positif turut disemai dalam ajaran ini iaitu kasih sayang dan kemurahan hati. Ajaran ini merupakan prinsip-prinsip kehidupan klasik yang terdapat dalam agama Hindu yang digunapakai oleh Mahatma Gandhi. Ahimsa telah digunakan oleh Mahatma Gandhi sebagai gabungan dan kesinambungan terhadap satyagraha sebagai salah satu cara untuk menentang British di India.20 Mahatma Gandhi juga telah memperkenalkan ajaran swadeshi sebagai salah satu senjata anti imperialisme. Ajaran Swadeshi berkait rapat dengan konsep kekuatan sendiri (self-reliance). Mahatma Gandhi menekankan bahawa swadeshi mementingkan penggunaan barang-barang buatan negara sendiri tanpa bergantung kepada negara lain. Tujuan utama ajaran ini adalah untuk menentang British dengan cara yang lembut dan
18

Anne M. Todd and Martin E. Marty (2004). Mohandas Gandhi. United States : Infobase Publishing. Hlm. 57 19 Azharudin Mohd Dali (2004). Tamadun India. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 304 20 Bidyut Cakrabarty (2006). Social And Political Thought Of Mahatma Gandhi. New York : Taylor and Francis. Hlm. 59

sederhana iaitu pemulauan terhadap barangan Eropah dan buatan British. Sebagai ganti, Mahatma Gandhi menggalakkan rakyat India untuk menggunakan barangan buatan sendiri seperti kapas, memasuki sekolah-sekolah India dan sebagainya. Jawaharlal Nehru merupakan tokoh penting yang menyokong idea tersebut. Selain itu, ahli-ahli INC juga turut menyokong kewujudan swadeshi.21 Pengenalan kepada idea-idea baru

sememangnya merupakan satu langkah bijak yang dilakukan oleh Mahatma Gandhi untuk menentang British. Kepimpinanan beliau jelas dapat dilihat melalui usaha berterusan untuk membangkitkan semangat nasionalisme rakyat India.

5.0

Pembelaan terhadap golongan Harijan

Mahatma Gandhi juga sangat mengambil berat tentang kebajikan rakyat India terutamanya golongan bawahan iaitu golongan Harijan. Golongan Harijan merupakan kelompok masyarakat terendah dalam sistem kasta di India yang dianggap tidak boleh disentuh dan hanya melakukan pekerjaan bertaraf rendah. Mereka digelar sebagai untouchable atau people of god.22 Gelaran Harijan atau anak-anak Tuhan sebenarnya diberikan oleh Mahatma Gandhi pada Septemper 1932.23 Gandhi tidak bersetuju dengan gelaran untouchable kerana beliau berpendapat bahawa manusia tidak patut digelar sedemikian.24 Mahatma Gandhi menganggap bahawa tiada perbezaan kelas di India. Perbezaan kelas merupakan masalah rakyat India yang menghalang kepada perhubungan sesama
21 22

Azharudin Mohd Dali (2004). Tamadun India. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 305 S. Joti (2000) Modern India. United States : Mc Graw Hill higher Education. Hlm. 22 23 Rajmohan Gandhi (2006). Gandhi : The Man, His People And The Empire. United States : University Of California Press. Hlm. 353 24 Sankar Ghose (1991). Mahatma Gandhi. New Delhi : Allied Publishers Limited. Hlm. 231

sendiri sekaligus mewujudkan perpecahan. Setiap masyarakat tidak sepatutnya terikat dengan sistem kasta yang diamalkan sejak zaman kuno. Bukti kukuh yang menunjukkan bahawa Mahatma Gandhi berterusan memperjuangkan nasib golongan Harijan ialah beliau mengaitkan isu untouchable sebagai punca kepada kegagalan untuk mencapai kemerdekaan di India secara keseluruhannya. Beliau menegaskan bahawa kemerdekaan yang dicapai tidak membawa makna sekiranya terdapat rakyat India yang masih berada pada takuk lama iaitu terikat dengan sistem perhambaan.25 Tindakan Gandhi ini telah menyedarkan masyarakat India tentang isu Harijan yang dilihat sebagai suatu diskriminasi sosial yang harus dihapuskan. Pemimpin golongan Harijan iaitu Dr. Bhimrao Ramji Ambedkar juga akhirnya menyokong perjuangan Mahatma Gandhi untuk membebaskan golongan Harijan.26 Perjuangan Mahatma Gandhi berkenaan isu Harijan dilihat sangat signifikan dalam usaha beliau untuk mewujudkan semangat nasionalisme di India. Beliau sememangnya menyedari bahawa isu perpaduan rakyat India merupakan kunci kepada kewujudan nasionalisme secara menyeluruh di India.

6.0

Gerakan Khilafat

Mahatma Gandhi juga mempunyai sumbangan besar dalam usaha untuk menyatukan golongan Hindu dan Muslim di India. Beliau telah menyertai gerakan Khilafat sebagai pembuka jalan untuk meraih sokongan masyarakat Islam bagi tujuan politik di India. Selain itu, beliau berpendapat bahawa perhimpunan gerakan Khilafat
25

R. Rajakrishnan & M. Rajantheran (1994). Pengantar Tamadun India. Kuala Lumpur : Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd. Hlm. 174 26 Azharudin Mohd Dali (2004). Tamadun India. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 306

merupakan salah satu medium untuk menghubungkan perpaduan antara Hindu dan Muslim. Tambahan pula, pemimpin-pemimpin gerakan Khilafat mempunyai hubungan baik dengan Mahatma Gandhi seperti Abd. Bari dan Mohamad Ali.27 Masyarakat Islam India sememangnya memandang tinggi Mahatma Gandhi sebagai tokoh nasionalisme berikutan sokongan beliau terhadap pembebasan pemimpin gerakan Khalifat iaitu Shaukat Ali dan Mohamad Ali dari penjara dan sumbangannya terhadap gerakan Khilafat.28 Tindakan Mahatma Gandhi memperjuangkan adik beradik Ali dari penjara merupakan titik tolak penyatuan golongan Hindu dan Muslim. Mahatma Gandhi dan adik beradik Ali telah menyedarkan rakyat India tanpa mengira agama tentang kepentingan nasional melebihi kepentingan peribadi. Selain itu, penglibatan aktif Mahatma Gandhi dalam memberi sokongan kepada gerakan Khilafat memberi pengajaran besar kepada masyarakat Islam dan Hindu di India agar mereka bersatu padu menentang penjajah.29 Pengaruh Mahatma Gandhi sangat besar apabila beliau menyertai gerakan Khilafat kerana tindakan beliau telah menarik perhatian masyarakat Islam, penganut Hindu dan Kongress Kebangsaan India (INC) untuk memberi sokongan. Peristiwa tersebut secara tidak langsung membangkitkan semangat kebangsaan rakyat India selari dengan gerakan tidak berkerjasama yang diketuai oleh Mahatma Gandhi. 30 Walau bagaimanapun, penyatuan masyarakat Hindu dan Islam melalui gerakan Khilafat ini tidak dapat bertahan lama kerana Mahatma Gandhi menarik balik sokongannya terhadap

27 28

Azharudin Mohd Dali (2004). Tamadun India. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 304 Gene R. Thursby (1975). Hindu-Muslim Relations In British India : A Study Of Controversy, Conflict And Communal Movements In Northern India, 1923-1928. Netherlands : Brills. Hlm. 130 29 Ibid. Hlm. 130 30 Azharudin Mohd Dali (2004). Tamadun India. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 304

gerakan tersebut. Punca utama Mahatma Gandhi menarik diri adalah disebabkan oleh peperangan British-Afghan dan kebangkitan Moplah pada tahun 1921.31

7.0

Perarakan Garam

Sebelum berlakunya perang dunia kedua, nasionalisme di India semakin berkembang dengan pelbagai peristiwa besar yang berlaku. Salah satu peristiwa yang penting ialah gerakan penentangan awam yang diketuai oleh Mahatma Gandhi pada Mac 1930. Peristiwa ini lebih dikenali sebagai salt march atau perarakan garam.32 Penentangan garam ini berlaku akibat daripada tekanan pelbagai dasar-dasar baru yang diperkenalkan oleh British terutamanya dalam bidang ekonomi seperti cukai dan sebagainya. Mahatma Gandhi sedar British hanya mementingkan diri sendiri dan rakyat terus menerus diabaikan. Pertikaian berkenaan cukai ini berlaku akibat daripada monopoli British dalam industri garam di Bengal. British telah membawa masuk garam dari luar negara iaitu Liverpool ke India dan kegiatan import ini hampir membunuh industri garam di India.33 Mahatma Gandhi meyakinkan rakyat India bahawa negara mereka mampu menghasilkan garam dengan kadar kos yang rendah dan menegaskan bahawa British bertanggungjawab dalam hal tersebut.34 Mahatma Gandhi juga menentang beberapa peraturan yang dianggap

menyusahkan rakyat India seperti kemasukan barangan luar yang mengganggu kegiatan ekonomi rakyat India seperti pembuatan tekstil, kenaikan cukai tanah, nilai mata wang

31 32

Azharudin Mohd Dali (2004). Tamadun India. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 304 Ibid. Hlm. 308 33 Ratan Das (2005). The Global Vision Of Mahatma Gandhi. New Delhi : Sorup & Sons. Hlm. 98 34 Ibid. Hlm. 98

rupee yang tidak terkawal dan sebagainya.35 Beliau pada mulanya menulis surat kepada Wizurai Lord Irwin bagi menuntut keadilan dan pertimbangan dalam soal ekonomi sebelum mengadakan perarakan. Perarakan tidak akan dilakukan sekiranya British bersetuju untuk berunding. Namun demikian, Wizurai Lord Irwin tidak mahu berkerjasama sebaliknya mengugut Mahatma Gandi dengan menuduh beliau melanggar undang-undang dan mengganggu ketenteraman awam.36 Cara yang dilakukan oleh Mahatma gandhi ialah melakukan perarakan garam dari Sabarmati ashram di Ahmadabad menuju Dandi di pantai Gujarat. Perarakan ini mendapat sokongan masyarakat umum dan merupakan rangsangan kepada gerakan lain di seluruh India.37 Perarakan garam ini sebenarnya merupakan simbol penentangan terhadap undangundang yang diperkenalkan oleh British. Tujuan penentangan harus dilihat dalam konteks yang lebih luas. Garam bukanlah subjek penting dalam isu penentangan yang berlaku tetapi penentangan mewakili keseluruhan masalah rakyat dalam soal ekonomi. Perarakan ini telah menimbulkan kesedaran rakyat tentang kepentingan barangan India dan mereka telah mengubah persepsi daripada baik kepada buruk terhadap undang-undang yang diperkenalkan oleh British. Masyarakat diseru agar memulaukan barangan-barangan yang dibawa oleh British dari Eropah. Mereka yang enggan mematuhi seruan tersebut akan dikenakan tindakan denda dan pemulauan sosial.38 Peranan Gandhi sememangnya dilihat sangat jelas dalam membangkitkan semangat nasionalisme melalui perarakan garam. Usaha beliau untuk mengubah mentaliti rakyat India mempunyai pengaruh besar dalam kebangkitan rakyat India untuk menentang British.
35 36

Azharudin Mohd Dali (2004). Tamadun India. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 308 Betsy Kuhn (2011). The Force Born of Truth : Mohandas Gandhi And The Salt March, India, 1930. United States : Twenty-First Century Books. Hlm. 70 37 Ibid. Hlm.70 38 Azharudin Mohd Dali (2004). Tamadun India. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 308

8.0

Kesimpulan

Mahatma Gandhi sememangnya tokoh agung yang banyak berjasa dalam sejarah nasionalisme India. Usaha beliau jelas terpapar melalui peranan yang dimainkan dalam Kongres Kebangsaan India, pembelaan terhadap golongan Harijan, gerakan Khilafat dan perarakan garam. Selain itu, beliau juga menunjukkan kebijaksanaan dalam gaya kepimpinannya dengan mewujudkan idea-idea baru seperti satyagraha, ahimsa dan swadeshi. Idea-idea Mahatma Gandhi sangat unik kerana beliau tidak menggunakan kekerasan untuk menentang penjajah. Bukti-bukti sumbangan Mahatma Gandhi memperlihatkan keprihatinan beliau terhadap rakyat India yang meliputi pelbagai aspek seperti politik, sosial dan ekonomi. Sumbangan Mahatma Gandhi sememangnya tidak ternilai kerana beliau telah berjaya membawa perubahan kepada nasionalisme India ke satu tahap yang lebih baik.

Bibliografi Anne M. Todd and Martin E. Marty (2004). Mohandas Gandhi. United States : Infobase Publishing

Annuradha Ray (2006). The Making Of Mahatma (A Biography). Delhi : Diamond Pocket Books (P) Ltd April Carter (1995). Mahatma Gandhi : A Selected Bibliography . United States : Greenwood Publishing Group Azharudin Mohd Dali (2004). Tamadun India. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka Betsy Kuhn (2011). The Force Born of Truth : Mohandas Gandhi And The Salt March, India, 1930. United States : Twenty-First Century Books Bidyut Cakrabarty (2006). Social And Political Thought Of Mahatma Gandhi. New York : Taylor and Francis Gene R. Thursby (1975). Hindu-Muslim Relations In British India : A Study Of Controversy, Conflict And Communal Movements In Northern India, 1923-1928 . Netherlands : Brills Judith M. Brown (1974) Gandhis Rise to power : Indian Politic 1915-1922 . New York : Cambridge University Press R. Rajakrishnan & M. Rajantheran (1994). Pengantar Tamadun India. Kuala Lumpur : Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd Rajmohan Gandhi (2006). Gandhi : The Man, His People And The Empire. United States : University Of California Press Ratan Das (2005). The Global Vision Of Mahatma Gandhi. New Delhi : Sorup & Sons

Richards L. Deats and Mary Jegen (2005). Mahatma Gandhi, Nonviolent Liberator : A Biography. United States : New City Press S. Joti (2000) Modern India. United States : Mc Graw Hill higher Education Sankar Ghose (1991). Mahatma Gandhi. New Delhi : Allied Publishers Limited Sarvepalli Radhakrishnan (2000). Mahatma Gandhi. Mumbai : Jaico Publishing House Sue Vandor Hook (2011). Mahatma Gandhi : Proponent Of Peace . United States : Abdo Consulting Group

Anda mungkin juga menyukai