Anda di halaman 1dari 2

Rancangan Pengajaran Harian KSSR Matematik Tahun 2 ( wang)

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN (Berserta Program LINUS - Numerasi)

Mata Pelajaran : Matematik Tahun Dua Bestari Tajuk : Wang Masa : 60 minit Standard Pembelajaran : 8.1 (i), dan (iii)

Objektif Pembelajaran: Arus perdana: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat: (i). Mengenal pasti mata wang kertas RM50 dan RM100. (iii). Menyatakan gabungan beberapa keping wang yang memberikan jumlah nilai yang tertentu hingga RM100.

Objektif Pembelajaran: Linus: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat: (i). Mengenal pasti nilai mata wang kertas RM1,RM 5 dan RM10.

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran: Murid Perdana 1. Guru menunjukkan beberapa keping contoh wang kertas RM1, RM5, RM10, RM50, RM100. 2. Guru menerangkan bentuk,warna dan nilai wang dalam bentuk power point 3. Guru menyatakan gabungan beberapa keping wang dalam bentuk power point 4. Murid menyebut nilai gabungan mata wang yang dilihat. 5. Murid mengambil contoh wang kertas yang disebut oleh guru. 6. Guru bersoal jawab dengan murid. 7. Guru mengedarkan lembaran kerja.

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran: Murid LINUS (Numerasi) 1. Guru menunjukkan beberapa keping contoh wang kertas RM1, RM5, dan RM10 2. Guru menerangkan bentuk, warna dan nilai wang. 3. Murid menyebut nilai wang yang dilihat.

4. Murid mengambil contoh wang kertas yang wang yang disebut oleh guru. (Bahan maujud digunakan) 5. Guru mengedarkan lembaran kerja untuk mewarna gambar wang yang berbeza.

Elemen Merentas Kurikulum (EMK): EK 1- mengamalkan sikap keusahawanan EK 2 - mengamalkan cara berfikir kearah keusahawanan TMK - 2.9 menggunakan slaid power point

Bahan Bantu Belajar: Wang, gambar wang, lembaran kerja.

Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran: Penilaian melalui pemerhatian semasa P&P dan perbincangan.

Refleksi: Arus perdana: 25 orang murid boleh menyatakan nilai wang dan gabungan beberapa keping wang, memberi jumlah nilai yang tertentu hingga RM100 secara lisan dan bertulis.

Linus : 5 murid linus boleh mengenal pasti bentuk,warna dan nilai wang RM1, RM5, dan RM10