Anda di halaman 1dari 2

BENDALIR-BENDALIR HIDRAULIK

Sifat-sifat bendalir hidraul


- pelinciran yang baik
- kelikatan yang unggul
- kestabilan kimia dan persekitaran
- tahan api ( tidak mudah terbakar )
- ketumpatan yang rendah
- tidak mudah berbuih
- murah dan mudah didapati
- cegah karat

Fungsi-fungsi bendalir hidraul


- penghantaran kuasa
- pelinciran kepada bahagian yang bergerak
- sebagai penyendal kelegaan antara bahagian yang bertemu
- pelenyap haba

Jenis-jenis bendalir hidraullik

1.Air
masih digunakan untuk menggerakan peralatan yang besar yang mana
bendalir itu dikadar alirkan.
Kelemahan air adalah ia boleh menyebabkan kakisan.

2.Minyak galian
ia berdasarkan petroleum, jenis paling banyak digunakan, bahan
penambah editif dicampur bagi memenuhi keperluan pelinciran yang baik,
indeks kelikatan yang tinggi dan rintangan kepada pengoksidaan.
Keburukannya adalah mudah terbakar.

3.Bendalir tahan api


Bendalir tahan api ialah bendalir yang boleh dinyalakan tetapi tidak boleh
menyokong pembakaran apabila sumber penyalaan dibuang. Ciri-cirinya
adalah:
- ia tidak mudah terbakar
- mempunyai graviti tentu yang tinggi
- harganya mahal
- masalah penyesuaian dengan bahan penyendal
Ciri-ciri untuk menguji kemudahbakaran sesuatu bahan api

1.Titik kilat
- suhu yang mana permukaan minyak mengeluarkan wap yang cukup
untuk menyala apabila api dilalukan di atas permukaan.

2.Titik bakar
- suhu yang mana permukaan minyak mengeluarkan wap yang cukup
untuk menyokong pembakaran secara berlarutan selama 5 saat apabila
api dilalukan di atas permukaan.

3.Suhu penyalaan autogenous


- suhu pada mana penyalaan berlaku dengan sendiri.

Dua jenis bendalir tahan api

1.Berdasarkan tiruan

- ia mempunyai suhu perintang api yang tinggi tetapi indeks kelikatan


yang rendah dan tidak sesuai dengan kebanyakan bahan penyendal getah
asli. Ia menyebabkan getah asli menjadi lembut dan kembang.

2.Berasaskan air

i)Laruatan air-glycol
- Mengandungi 40% air dan 60% glycol. Ia mempunyai indeks kelikatan
yang tinggi dan kelikatan akan meningkat apabila air menjadi wap.

ii)Larutan air-minyak
- Mengandungi 40% air dan air ini sebagai sumber penyejukan dan ia
akan membuat bahan mudah berkarat. Oleh itu ia perlu bahan penambah
untuk mencegah karat. Suhu pengendaliannya adalah antara 20 0F
hingga 175 0F. Sesuai untuk bahan penyendal getah.