Anda di halaman 1dari 4

PRINSIP ASAS DAN LITAR HIDRAULIK

Terdapat 2 jenis litar asas dalam sistem hidraulik iaitu

i) sistem pusat terbuka


ii) sistem pusat tertutup

Sistem Pusat Terbuka

Kendalian

- Dalam sistem pusat terbuka , pam akan bergerak berterusan walaupun


injap
kawalan arah berada dalam kedudukan tengah (neutral).
- Minyak hidraulik akan mengalir dengan berterusan dari pam melalui
injap
kawalan arah kemudiannya mengalir balik ke tangki.
- Apabila injap dikendalikan, minyak akan diarah ke silinder untuk menaik
atau
menurunkan beban.
- Pam mesti membina tekanan terlebih dahulu untuk melakukan kerja.

Contoh: Lori tanah.

Kebaikannya
1. tekanan lebih rendah apabila bekerja atau beroperasi. Ini akan
mengurangkan
tekanan dan kehausan serta mengurangkan kehilangan tenaga
disebabkan oleh
kebocoran apabila sistem berkeadaan neutral.
2. mempunyai litar yang mudah dan senang dibina.
3. mengurangkan penyenggaraan.

Keburukannya
1. pam yang sentiasa beroperasi akan menghasilakn haba dan
meninggikan suhu
dalam sistem.
2. suhu yang tinggi akan merendahkan kelikatan dan mengakibatkan
berlaku
kebocoran dan mengurangkan pelinciran.

Sistem Pusat Tertutup

Kendalian.
- Dalam litar sistem tertutup, pam akan berhenti semasa injap kawalan
arah
berada dalam keadaan neutral.
- Injap kawalan arah akan menghalang aliran minyak dari pam.
- Ini akan menyebabkan pam hidraul berhenti dari mengepam minyak.
Pam akan
dimatikan dengan memutuskan bekalan arus ke motor yang
memusingkan pam.
Suis tersebut dikawal oleh tekanan minyak
- Apabila injap dikendalikan, kejatuhan tekanan berlaku dan
membolehkan pam
kembali beroperasi.
Contoh: pam air

Kebaikannya
1. pam hanya beroperasi apabila sistem memerlukan minyak. Oleh itu
kuasa dapat
dijimatkan.
2. Minyak disimpan dengan tekanan yang tinggi untuk tindakan yang
cepat dan
menjimatkan masa kendalian.

Keburukannya
1. Tekanan yang tinggi boleh menyebabkan kebocoran pada sistem.
2. Tindakan yang cepat menyebabkan berlakunya getaran pada sistem.

Contoh litar

a. Mengawal silinder 1 tindakan


b. Mengawal silinder 2 tindakan
c. Litar tururtan – pergerakan silinder kedua bergerak selepas silinder
pertama sampai ke penghujung.
d. Kedua-dua bergerak serentak.

Litar kawalan kadaralir.

1. Litar “metering-in”
- litar ini mengawal bendalir sebelum memasuki ke dalam silinder kerja
atau motor
hidraulik.
- ia digunakan apabila beban adalah tetap, jika beban tidak sekata ia
akan
mengakibatkan pergerakan yang tidak lancar.
- injap pelega di pasang sebagai keselamatan.

2. Litar "metering-out"
- ia mengawal aliran bendalir keluar dari silinder atau motor hidraulik.
- Sesuai untuk beban positif atau seolah-olah beban menarik omboh.
- Inhap kawalan tekanan dan kadaralir diperlukan kerana tekanan
berubah-ubah
semasa bekerja.
3. Litar "bleed-off"
- kadar lair dikawal sebelum minyak dihantar ke injap kawal arah.
- Pertambahan jumlah kadar alir atau bleed-off akan mengurangkan
kadar
pergerakan silinder dan sebaliknya.