Anda di halaman 1dari 6

Intro Banyak daripada puisi Melayu tergolong dalam genre tradisional yang muncul dalam zaman sebelum berkembangnya

tradisi tulisan pencetakan. Puisi dalam Bahasa Melayu larut dalam jiwa masyarakat Melayu tidak hanya sebagai satu hasil kesenian, tetapi juga mengjangkau alam mistik, berperanan sebagai wadah pemeliharaan adat, pembinaan sahsiah, pengajaran agama, pengajaran ilmu pengasih, pertahanan, hiburan, dan kepercayaan[1]. Tidak dapat dipastikan tarikh sebenar sejarah mula perkembangan puisi Melayu tradisional. Berdasarkan kajian oleh ramai sarjana, dapat dikatakan perkembangan puisi Melayu tradisional telah bermula secara bersama dan sezaman dengan perkembangan prosa Melayu tradisional. Ini dapat dibuktikan dengan kehadiran banyak genre puisi tradisional dalam karya hikayat dan cerita-cerita rakyat. Definisi Definisi lama puisi ialah karangan berangkap. Karangan ini terikat kepada bentuknya yang khusus dan tetap, sama ada pada jumlah perkataan dalam baris, jumlah baris dalam rangkap, rimadan irama, dan jumlah suku kata. Menurut sasterawan negara, Za'ba, puisi ialah karangan berangkap yang khas dipakai untuk melafazkan fikiran yang cantik dengan bahasa yang indah, dan melukiskan kemanisan dan kecantikan bahasa. Jenis-jenis puisi Melayu Puisi Melayu termasuk dalam golongan karya kesusasteraan bentuk bukan cerita (nonnaratif). Pengkelasan puisi Melayu boleh dibuat berdasarkan bentuk, isi/tema, dan fungsi. Berdasarkan kepada pengkelasan ini, jenis-jenis puisi Melayu tradisional terbahagi kepada dua belas iaitu pantun, syair, gurindam, nazam, seloka, teka teki, peribahasa berangkap, teromba, talibun(sesomba), prosa berirama (prosa lirik), dan dikir (zikir)[2]. Sejarah Awal Puisi Melayu Moden Secara Ringkas Penulis Melayu yang pertama menulis puisi Melayu moden ialah Omar Mustaffa. Puisinya bertajuk Angan-angan dengan Gurindam, disiarkan dalam Utusan Melayu, 18 Januari 1913. Puisi ini dari segi bentuk dan isinya telah jauh menyimpang daripada puisi Melayu tradisional pantun dan syair terutamanya. Dari segi bentuk, susunan baris, rangkap, dan rima akhirnya tidak terikat lagi dengan bentuk tradisional. Dari segi isinya, mengungkapkan persoalan semasa pada waktu itu, iaitu menyuarakan persoalan ekonomi dan politik. Sejak tersiarnya puisi yang memperlihatkan pembaharuan atau pemodenan pada bentuk dan isinya, berlaku semacam kekosongan dalam penghasilan puisi moden. Hanya pada awal-awal tahun 1930-an, kegiatan menulis puisi mula kelihatan jelas kembali. Ini

berdasarkan puisi O Sariku, karya Harun Aminurrasyid yang tersiar dalam majalah Pujangga Baru, Bil. 6, Disember 1933. Pada tahun 1934, Pungguk menghasilkan lima buah puisi sekali gus dan disiarkan dalam Majalah Guru, Mac 1934. Judul puisi-puisi Pungguk itu ialah, Keluh Kesah, Selalu Merayu, Tak Disangka-sangka, Pujukan hati, dan Ibuku. Dalam kelima-lima buah puisi ini telah ditemui penyimpangan daripada peraturan puisi-puisi Melayu tradisional yang ketat. Sejak Harun Aminurrasyid dan Pungguk menghasilkan puisi moden, puisi Melayu moden tumbuh dan berkembang dengan pesat sekali. Pelbagai tema dan persoalan yang dikemukakan oleh para penyair yang bersesuaian dengan zaman mereka dan harapan mereka tentang hidup dan kehidupan ini yang berkaitan dengan hubungan sesama manusia, manusia dengan Pencipta, dan manusia dengan alam. Hal ini akan lebih jelas terlihat apabila alur sejarah pertumbuhan dan perkembangan puisi Melayu moden disusuri.

Hidup aman di dalam kota, Ada pemimpin bernama raja; Buruh-buruh rajin bekerja, Askar bertugas setiap masa. Jawapan: Anai-anai/Semut Terbang tinggi si burung helang Hinggap di atas pohon meranti Anak ramai ibunya seorang, Bila bergesel berapi-rapi? Jawapan: Mancis Ada tubuh ada tangan, Tiada kepala tiada kaki; Sangat berguna waktu hujan, Apakah dia yang dimaksudkan ini. Jawapan: Baju Hujan

Buah budi bidara mengkal Masak sebiji di tepi pantai Hilang budi bicara akal Buah apa tidak bertangkai? Jawapan: Buah Hati Budak-budak ramai di pekan Hari raya membakar petas Kalau adik pandai kiasan Apakah buah gugur ke atas? Jawapan: Buah Melaka Tinggi duduk di atas sekali, Bukan bulan bukan matahari; Bila malam ia berseri, Bila siang ia berganti. Jawapan: Bintang Tarik pukat dari pangkalan, Gula Melaka dibuat inti; Bila diikat ia berjalan, Bila dibuka ia berhenti? Jawapan: Kasut Bertali Cik Limah bersama anak lelaki Duduk makan keropok lekor Yang mengejar tidak berkaki, Yang dikejar tiada berekor? Jawapan: Ular Dan Katak Pergi umrah setiap tahun, Moga sentiasa murah rezeki Dalam batang ada daun, Dalam daun ada isi? Jawapan: Lemang Bila kecil boleh ditiup, Sudah besar janganlah lagi, Kalau tercucuk ia meletup, Kalau terlepas terbangnya tinggi.

Jawapan: Belon Mulut manis hati nak baik, Itulah amalan turun temurun; Benda apa yang akan naik, Apabila saja hujan turun. Jawapan : Payung TEKA TEKI PEKERJAAN ORANG Pekerjaan ini sangat mulia, Merawat orang yang memerlukannya, Serba putih warna pakaiannya Ada sahaja nak dapatkan rawatannya. Jawapan : Doktor Maruah negara perlu dijaga, Ikrar dipegang sepanjang masa, Walau di sempadan di mana juga, Hidup berbakti kepada negara. Jawapan : Askar TEKA TEKI NAMA BENDA Pisang berangan dibuat pengat, Dicampur dengan gula melaka, jam Setiap detik setiap saat, Menghitung waktu tak kira masa. Bunga melur bunga cempaka, Letak disanggul oleh sidara, Dipakai untuk melihat dan membaca, Ada pula untuk bergaya.

cermin mata

Matahari terbit sudahlah tinggi, Itulah tanda sudah dinihari, Selalu dipakai di bawah kaki, Untuk berjalan dan juga berlari. kasut

Berbagai bentuk dan juga warna, Bila memakai bertambah jelita, Menutup aurat tujuan utama, Dapat pahala berganda-ganda. tudung kepala Di Pulau Mutiara menaiki beca, Melancung bersama ayah dan bonda, Selalu diselak dan juga dibaca, Agar penuh ilmu di dada.

buku Wahai adik cubalah fikir, Dibawa ke sekolah setiap masa, Diguna untuk menulis dan mengukir, Kadang kala diguna untuk mengira.

pensil Berbagai bentuk dan juga rasa, Perisa durian, coklat apa sahaja. Walaupun sejuk tidak terkira, Menjadi kesukaan si kecil juga dewasa, ais krim Selepas mandi memakai baju, Terus pergi ke rumah datuk,

Dahulu dipakai pahlawan melayu, Hujungnya tajam tepinya berkeluk-keluk. keris Pelbagai warna pelbagai rupa, Terbang tinggi menari-nari, Menjadi kegembaran tua dan muda, Awas! datang ribut terputus tali. Warna biru cantik menawan, Warna merah warna kegemaran. Semasa kecil menjadi kawan, Sudah besar menjadi lawan.