Anda di halaman 1dari 29

FAKULTI PENDIDIKAN DAN

SEMESTER SEPTEMBER / TAHUN KOD KURSUS HBML 4403

BAHASA

2011

TAJUK KURSUS KOMPETENSI DALAM BAHASA MELAYU

NAMA NO. KAD PENGENALAN NO. MATRIKULASI NO. TELEFON E-MEL

: : : : :

RUZINA AMRUN 690824-10-5392 690824105392002 0142693079


ruzie_sktm2@yahoo.com.my

PUSAT PEMBELAJARAN PPT BANGI SELANGOR


RUZINA AMRUN / HBML 4403 / 1 690824105392

PENGHARGAAN Assalamualaikum w.b.t Alhamdullillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan hidayah-Nya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan sempurna dan tidak banyak masalah yang dihadapi. Dengan berakhirnya tugasan saya ini, maka selesailah satu tugas yang dipikul di bahu saya. Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada yang terlibat dalam membantu secara langsung mahupun tidak langsung dalam menyiapkan tugasan ini terutamanya kepada rakan-rakan saya mungkin kerja kursus ini. Selain itu, jika tanpa bantuan dan tunjuk ajar daripada pensyarah, Puan Zaleha bt Fadzil , kemungkinan saya dengan baik. Di samping itu juga saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah banyak membantu saya dalam proses mencari maklumat yang berkaitan kerja kursus ini. Kerjasama dan nasihat mereka semasa saya menjalankan kerja ini sedikit sebanyak telah membantu memudahkan kerja saya. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang sentiasa menceriakan saya sewaktu saya menghadapi tekanan dalam menyiapkan tugasan ini. Sekali lagi saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pertolongan yang telah diberikan. Moga dengan jasa baik yang telah mereka curahkan akan mendapat ganjaran dari Allah S.W.T kelak. Sekian.terima kasih. Wassalam. tidak dapat menyiapkan tugasan ini dengan sebaiknya. Walaupun terdapat pelbagai kekangan dalam menyiapkan tugasan ini, alhamdullillah saya mampu manghadapinya yang menyalurkan buah fikiran dan idea serta berkongsi maklumat dalam proses menyiapkan segera

RUZINA AMRUN / HBML 4403 / 2

690824105392

KANDUNGAN PENGHARGAAN 1.0 PENDAHULUAN 1.1 1.2 1.3 1.4 2.0 Pengenalan Konsep Pengucapan Awam. Prinsip-Prinsip Penting . Tujuan pengucapan awam.

HALAMAN 2 4 4 5 6 7 9 9 9 11 11 11 11 12 12 12 13 13 14 14 14 15 15 15 16 17 18 19 20 21 21 22 22 24 27 27 29

ELEMEN-ELEMEN DALAM PENGUCAPAN AWAM 2.1 Pengucap ( Speaker ) 2.1.1 Ciri-ciri imej pengucap. 2.2 Mesej 2.3 Saluran 2.4 Pendengar ( Audien ) 2.5 Maklum balas. 2.6 Gangguan. 2.7 Etika dalam pengucapan awam. 2.8 Kewibawaan penceramah. 2.9 Situasi 2.10 Tajuk / topik 2.11 Menjana Idea. 2.12 Memilih topik / tajuk. 2.13 Setting

3.0 PERSEDIAAN AWAL DAN PERSEMBAHAN PENGUCAPAN AWAM 3.1 Persediaan awal sebelum berucap. 3.1.1 Bahan. 3.1.2 Alat pandang-dengar 3.1.3 Penyelidikan 3.1.4 Golongan audiens . 3.1.5 Berlatih berucap. 3.1.6 Masa 3.2 Penyampaian. 3.2.1 Permulaan. Bahagian pertengahan / Isi. 3.2.2.1 Retorik. 3.2.2.2 Jenaka Kecil ( Humor ) 3.3 Penutup. 4.0 PENUTUP 4.1 Rumusan. BIBLIOGRAFI PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan
RUZINA AMRUN / HBML 4403 / 3 690824105392

1.0

Pengucapan awam atau berucap di khalayak adalah satu kaedah penyebaran maklumat yang telah lama digunakan secara meluas bagi mengubah pemikiran, sikap dan tingkah laku anggota masyarakat. Ia merupakan salah satu ciri bagi melahirkan komunikasi yang berkesan apabila maklumat yang ingin disalurkan adalah tepat dan difahami oleh orang yang mendengar. Oleh sebab itu, penekanan terhadap penggunaan bahasa yang tepat dan betul amat dititik beratkan. Secara holistiknya, bentuk pengucapan awam dapat dikategorikan kepada beberapa jenis. Antaranya bentuk pidato, syarahan, ucapan, ceramah, atau pun taklimat. Seni pengucapan awam sama ada pidato, debat perbahasan, pembentangan, forum atau syarahan merupakan satu seni unik yang bukan semua orang berbakat menguasainya.Pengucapan awam dari segi definisi bermaksud pelahiran bahasa dengan penuh makna melalui komunikasi lisan (suara dan perkataan) dan bukan lisan (anggota tubuh perucap). Pengucapan awam ini walaupun sukar dikuasai namun terdapat teknik tertentu bagi melatih dan memberi keyakinan kepada mereka yang ingin membabitkan diri dalam pertandingan pidato, debat atau syarahan. Apa yang penting setiap mereka yang ingin menguasai seni pengucapan awam yang baik perlu melakukan latihan yang konsisten selain memberi komitmen yang tinggi untuk membolehkan mereka menghilangkan rasa gugup dan tidak yakin .Latihan yang kerap seperti berlatih di hadapan cermin juga dapat membantu menghilangkan rasa gugup selain membolehkan kita mengesan sebarang kesalahan dan mengenalpasti bahasa tubuh yang sesuai. Masalah yang sering dialami pembahas ialah gemuruh kerana terpaksa berdepan dengan khalayak namun ini dapat diatasi sekiranya persediaan rapi dibuat.Pemidato yang baik akan dapat menyesuaikan ucapan dan teknik penyampaiannya bergantung kepada siapa yang akan mendengar ucapan terbabit bagi memastikan pendengar dapat menerima mesej dengan jelas. Teks pengucapan awam merupakan salah satu daripada bahasa dalam komunikasi bertulis. Ucapan ialah salah satu bentuk komunikasi sehala, iaitu hadirin hanya mendengar perkara yang disampaikan oleh orang yang berucap. Kebiasaannya, ucapan boleh didapati dalam majlismajlis perasmian,perhimpunan,perkahwinan,keraian,ulang tahun dan banyak lagi.Oleh itu, kandungan ucapan ini berbeza-beza mengikut jenis sesuatu majlis yang diadakan itu. Sebagai contoh, kandungan ucapan dalam majlis perhimpunan tentulah berbeza dengan kandungan ucapan dalam majlis perkahwinan.

1.2

Konsep Pengucapan Awam.


RUZINA AMRUN / HBML 4403 / 4 690824105392

Pengucapan awam atau berucap di khalayak adalah satu kaedah penyebaran maklumat yang telah lama digunakan secara meluas bagi mengubah pemikiran, sikap dan tingkah laku anggota masyarakat.Pengucapan awam boleh ditakrifkan sebagai satu komunikasi lisan yang teratur, menggunakan perkataan sebagai asasnya dan melibatkan komunikasi bukan lisan serta dibantu oleh alat pandang dengar bagi menambah atau mengubah pengetahuan dan pengalaman atau untuk mempengaruhi sikap dan tingkah laku khalayak.Sebagai satu kemahiran, pengucapan awam boleh dipelajari melalui latihan untuk menguasai daya konsentrasi fikiran, penyelarasan dan daya tindak balas yang cepat dari segi mental dan fizikal. Konsep dan kaedah asas pengucapan awam merupakan komunikasi berteraskan adanya penyampai mesej dan ada pihak yang menerima mesej.Ucapan melibatkan proses komunikasi yang disampaikan oleh individu secara lisan kepada audien. Mesej ucapan boleh disampaikan secara terus / langsung kepada audien secara bersemuka atau melalui media tertentu ( seperti radio , tv , internet dan lain-lain.)Kenyataan ini disokong oleh kenyataannya : ' ...idea , suara , pergerakan fizikal yang merangsang audien untuk mendengar serta yang boleh mempengaruhi pemikiran dan perasaan pendengar. Definisi pengucapan ialah satu komunikasi yang bermaksud untuk menyampaikan sesuatu maklumat.Aristotle telah menyenaraikan lima unsur penting untuk pembentukan sesuatu pengucapan umum , iaitu idea pokok yang diperkatakan dalam ucapan gaya atau bahasa yang digunakan oleh penyampai, pengolahan idea penyampai ucapan dan kebolehan penyampai memberikan ucapan berdasarkan ingatannya ( Lane Cooper, 1960 ) Ucapan dapat diertikan sebagai kata-kata yang dilafazkan sama ada berbentuk nasihat, pernyataan atau pemberitahuan secara terbuka kepada sekumpulan khalayak. Kata-kata tersebut seperti rasa gembira, sedih, simpati dan banyak lagi. Sebagai contoh, rasa gembira dilahirkan kerana semua tetamu dapat hadir bersama-sama dalam majlis tersebut, ucapan tahniah pula ditujukan kepada tetamu yang diraikan kerana naik pangkat atau mendapat kejayaan manakala perasaan sedih pula dilafazkan kerana terpaksa berpisah dengan orang yang diraikan dan sebaliknya mengikut majlis yang dihadiri itu. 1.3 Prinsip-Prinsip Penting . Verdeber ( 1996 ) menggariskan beberapa prinsip penting pengucapan awam. Ia boleh dibahagikan kepada dua bahagian : ' Wilson & Arnold ' dalam

RUZINA AMRUN / HBML 4403 / 5

690824105392

1. Penerangan. (a) (b) (c) (d) (e) (f) Hadirin berminat untuk mendengar, memahami dan mengingat apa yang disampaikan jika pembentangan dibuat secara kreatif. Hadirin berminat untuk hadir ke ceramah anda jika mereka suka, percaya dan yakin dengan diri anda. Hadirin akan bersedia untuk mendengar dan memberi perhatian kepada ucapan anda jika mereka menganggap anda manpu memberi rangsangan yang intelektual. Hadirin akan berminat untuk mendengar dan memahami maklumat yang mereka anggap relevan dan bermakna pada diri mereka. Hadirin akan memahami dan mengingat maklumat yang ditekankan atau diwarwarkan secara khusus dalam pengucapan awam. Hadirin akan mudah memahami dan mengingat maklumat yang disampaikan dalam bentuk visual. 2. Pemujukan. (a) (b) Anda dikatakan berjaya memujuk hadirin apabila reaksi yang diharapkan daripada hadirin boleh dilihat semasa atau selepas pengucapan anda. Anda akan menentukan bentuk-bentuk strategi yang berkesa apabila anda telah ketahui latar belakang hadirin, sikap dan tahap pengetahuan mereka supaya anda dapat mencapaikan objektif pengucapan anda. (c) (d) (e) (f ) (g) (h) Anda dikatakan berjaya memujuk hadirin apabila anda mengemukakan hujah yang logik dan disokong oleh bahan-bahan sokongan yang konkrit dan kukuh. Anda dikatakan berjaya memujuk hadirin apabila anda mampu menyusun bahan mengikut jangkaan atau persepsi hadirin. Anda akan berjaya memujuk hadirin apabila anda mampu menggunakan bahasa yang boleh merangsang minat dan sensitivity mereka. Anda dianggap berjaya memujuk apabila hadirin melihat anda sebagai seorang yang berwibawa. Anda akan berjaya jika hujah anda mampu menawan pemikiran hadirin. Anda dikatakan berjaya memujuk hadirin apabila dilihat mampu mematahkan hujah daripada pihak lain yang tidak bersetuju dengan anda.Prinsip-prinsip ini menuntut supaya penceramah membuat persediaan yang rapi sebelum menyampaikan ucapan.

RUZINA AMRUN / HBML 4403 / 6

690824105392

1.4

Tujuan pengucapan awam.

Tujuan pengucapan awam dilakukan adalah untuk memberi dan menyampaikan maklumat. .Contohnya, penjual yang melakukan demo produk untuk menarik minat pembeli. Kedua ialah untuk tujuan membimbing orang lain. Contohnya, seperti menyampaikan tazkirah kepada sekumpulan remaja. Ketiga, pengucapan awam bertujuan untuk membantu. Contohnya, satu forum atau seminar diadakan utnuk membantu untuk meningkatkan potensi dan memperkembangkan perniagaan petani-petani moden. Keempat, untuk tujuan mengajar. Contohnya,seorang guru mengajar pelajar-pelajarnya mengenai adab dan tatasusila ketika berada di dalm majlis. Kelima, pengucapan awam bertujuan untuk menghiburkan.Contohnya, bercerita tentang kisah dongeng kepada kanak-kanak. Dan yang terakhir ialah bertujuan untuk mempengaruhi orang lain. Contohnya, seorang wakil rakyat menyampaikan ucapannya dalam kempen politiknya agar dia dapat mempengaruhi masyarakat untuk memilihnya dalam pengundian.

RUZINA AMRUN / HBML 4403 / 7

690824105392

1.5 Bentuk-bentuk dan jenis-jenis pengucapan awam. Antara bentuk pengucapan awam ialah penerangan atau mendidik (informative, educational). Contohnya, penyampaian pensyarah dalam kuliah ilmu.Kedua, memujuk atau mempengaruhi (persuasive). Contohnya ,demo produk atau jualan , kempen politik, dan juga ucapan motivasi. Ketiga , perbincangan. Contohnya, forum dan seminar .Keempat,syarahan umum (public oration).Contohnya , pidato dan khutbah. Antara jenis-jenis ucapan yang terdapat dalam pengucapan awam ialah, impromtu /spontan. Ia meliputi isuisu yang lepas, masa kini dan akan datang berdasarkan kepada pengalaman, pengetahuan dan kemahiran pengucap. Ucapan ini perlu dalam keadaan terdesak. Kedua, ialah ucapan manuskrip.ia dilakukandengan dibaca terus dari teks.Fakta-fakta mustahak seperti laporan belanjawan negara, laporan saintifik dan lain-lain lagi. Ketiga, ialah hafalan .Ia disediakan dengan lengkap terlebih dahulu. Cara ucapan sebegini sukar kerana penyampaisenang lupa apa yang hendak disampaikan. Ucapan jenis juga sukar diubahsuaisekiranya terdapat perubahan situasi atau reaksi audiens. Keempat, ialahextemporaneous (cukup persediaan). Ucapan sebegini merupakan gabungan ketiga-tiga jenis ucapan.Ia hanya mencatatkan isi-isi yang penting sahaja. Isinya bolehdiubahsuai mengikut situasi dan audiens. Ucapan sebegini mewujudkan hubungan dengan audiens.(talk with them not to them.). Setiap orang mempunyai cita rasa tersendiri dalam memilih jenis ucapan. Umumnya , bagi orang Baru , uzapan manuskrip dan hafalan adakah lebih mudah untuk disampaikan.Manakala bagi orang dewasa pula, ucapan
RUZINA AMRUN / HBML 4403 / 8 690824105392

spontan dan ekstemporanas adalah jenis ucapan yang popular. Ucapan spontan dan ekstemporanas memberi peluang kepada penceramah supaya lebih luwes dalam gaya dan pergerakan serta lebih berkesan dalam penyampaian mereka.Walau bagaimanapun , menurut Hildebrandt dan Stevens (1963), jenis ucapan bukanlah faktor yang menentukan kejayaan sesuatu ucapan tetapi keupayaan penceramah itu sendiri merupakan faktor yang lenih penting. Sebahagian penceramah dapat memberi ucapan lebih baik melalui ekstemporanas daripada ucapan manuskrip tetapi sebahagian orang lain pula mampu menggunakan kedua-dua jenis ucapan dengan cemerlang. 2.0 ELEMEN-ELEMEN DALAM PENGUCAPAN AWAM 2.1 Pengucap ( Speaker )

Pengucap ialah individu yang bertanggungjawab meluahkan isi bicaranya di khalayak


dengan tujuan tertentu. Ucapan ialah ialah kandungan isi bicara yang diluahkan. Perucap yang

cemerlang merupakan perucap yang sentiasa berupaya dalam menyampaikan setiap ucapannya dengan baik dan berkesan tanpa mengira audiens , suasana , dan saluran berucap. 2.1.1 Ciri-ciri imej pengucap. i. Kebolehpercayaan. Kebolehpercayaan merupakan sat keupayaan untuk meningkatkan keyakinan. Perucap hendaklah berkeupayaan mempertahankan perkara yang dipercayai seperti yang cuba disampaikan kepada audien. ii. Kepakaran Kepakaran berucap dirujukkan kepada pengetahuannya yang mendalam terhadap perkara yang diperkatanya.Ini bererti pengucap harus mempunyai pengetahuan serta menguasai bidangnya. iii. Dinamik Pengucap yang dinamik ialah pengucap yang aktiff , bertenaga dan penuh minat terhadap perkara yang diperkatanya. Pengucap yang pasif ialah pngucap yang tidak menguasai subjeknya, kurang bertenaga dan tidak tegas.Dia kelihatan seolah-olah tidak mengambil berat terhadap subjek dan mesejnya. iv. Ketetapan Ketetapan dirujuk kepada kemampuan pengucap memegang pendapat dan kedudukannya dalam jangka masa tertentu.Ini beerti sekiranya terdapat faktor-faktor atau idea-idea baru yang
RUZINA AMRUN / HBML 4403 / 9 690824105392

lebih meyakinkan bahawa pendapatnya sebelum ini salah atau kurang mantap, pengucap berkenaan seharusnya mampu menukar fikiran mereka. Bagaimanapun selagi pendapat atau peganganasalnya boleh diterima pengucap perlu tetap dengan pendiriannya. v. Keramahan Ini bererti pengucap tidak boleh mengasingkan dirinya daripada audien.Pengucap harus menekankan persamaan di antara dirinya dengan audien.Sifat-sifat menyukai, mengambil berat, lemah lembut dan merendah diri dapat membantu meningkatkan krebidiliti keramahan. vi. Kejujuran Pengucap haruslah memastikan wujudnya pandangan khalayak bahawa mereka (pengucap) itu jujur. Ini penting supaya tidak timbul rasa syak wasangka audien terhadap subjek atau perkara yang disampaikannya. vii. Keikhlasan Pengucap juga haruslah memastikan wujudnya pandangan khalayak bahawa mereka (pengucap) itu ikhlas.Ini penting untuk mempertingkatkan krebidiliti pengucap pada persepsi audien . Apatah lagi apabila isu yang diperkata oleh perucap merupakan isu-isu yang kontroversial. viii. Memberi perhatian terhadap mesej. ialah untuk membuat

Pengucap hendaklah memastikan bahawa kenyataan dalam subjek atau perkara yang diperkatakannya bukan sahaja benar malah penting.peranan pengucap atau mesejnya supaya audien akan terdorong unutkm berbuat yang sama. ix. Mengambil berat terhadap audien. Pengucap perlu menunjukkan bahawa mereka mengambil berat tentang kepentingan serta kebajikan audien. x. Mempunyai daya tarikan peribadi Pengucap hendaklah berwajah menarik, berpakaian kemas serta mampu memperaga keramahan dan daya tarikannya.Pengucap hendaklah mengawal gerak geri mereka dengan sentiasa mempamerkan ketenangan agar audien menganggap bahawa anda berada dalam keadaan yang terkawal dan pengucap yag berpengalaman.
RUZINA AMRUN / HBML 4403 / 10 690824105392

persembahan yang meyakinkan.Pegucap hendaklah bersungguh-sungguh menyampaikan subjek

2.3

Mesej

Mesej ialah susunan simbol untuk menyampaikan maklumat , idea dan pandangan. Kandungan yang dihantar kepada penerima oleh pengirim mempunyai maksud / fakta / niat yang difahami oleh penerima mesej. Mesej ini juga boleh berbentuk lisan dan bukan lisan.Ia mengandungi tajuk yang sesuai dengan kandungan mesej serta contoh-contoh dan butir-butir penyokong kepada mesej digunakan dengan baik. Mesej disampaikan dengan gaya persembahan yang sesuai. 2.4 Saluran

Mesej yang dihantar oleh pengucap kepada pendengar memerlukan satu media penghubung yang dinamakan saluran . Contohnya seperti radio, televisyen, alat pembesar suara, buku , jurnal dan seumpamanya. 2.5 Pendengar ( Audien )

Pendengar merupakan penerima mesej yang dihantar oleh pengucap.Semasa pengucapan atau penyampaian dilakukan audiens secara sengaja atau tidak sengaja mengalami beberapa aktiviti mendengar dalam konteks komunikasi seperti menerima , memahami , mengingati , menilai serta memberi tindak balas kepada perkara yang didengar. Audiens akan cuba memahami apa yang dimaksudkan termasuk apa yang difikirkan oleh pengucap dan tanpa disedari audiens akan membuat penilaian mengenai pengucapan tersebut. Sebagai contoh , apabila pengucap memberitahu bahawa dia baru sahaja balik dari embuat persembahan mengenai strategi komunikasi kepada penuntut Universiti Beijing di Chima, audiens menilai apa niat pengcap itu memberitahu perkara tersebut. Adakah pengucap hendak memberitahu bahawa dia merupakan seorang yang hebat atau mnunjukkan bahawa dia mempunyai banyak pengalaman dalam pengucapan atau seumpamanya. Peranan utama mendengar ialah untuk mentafsirkan mesej dan memberikan maklum balas dalam bentuk lisan atau bukan lisan. 2.6 Maklum balas.

Maklum balas ialah mesej atau reaksi yang merangkumi lisan dan bukan lisan yang disampaikan atau ditunjukkan oleh hadirin kepada penceramah. Apabila penceramah membuat jenaka, audiens akan gelak ketawa atau tersenyum sebagai reaksi kepada jenaka tersebut.Apabila penceramah membakar semangat para audiens , lantas kelihatan audiens bangkit , bertepuk tangan atau menjerit menandakan sokongan terhadap penceramah. Dalam beberapa keadaan , terdapat juga
RUZINA AMRUN / HBML 4403 / 11 690824105392

kes di mana beberapa orang audiens bangun tetapi meninggalkan majlis. Ia mungkin menunjukkan mereka tidak berminat dengan ceramah anda atau mereka ada keperluan lain. Dalam erti kata lain, maklum balas diperlukan oleh penceramah bagi memastikan bahawa apa yang diucapkan dapat menarik perhatian hadirin. 2.7 Gangguan.

Oleh kerana komunikasi dipengaruhi oleh pelbagai elemen seperti pengucap, pendengar, saluran , mesej, dan situasi maka tidak boleh tidak gamgguan akan berlaku dalam proses kompleks ini. Gangguan boleh berpunca daripada pelbagai sumber fizikal , teknikal, fisiologikal , semantik, psikologikal dan seumpamanya. Gangguan-gangguan ini kemungkinan akan menyebabkan kekaburan, salah tafsir dan terputusnya mesej yang dihantar oleh pengucap. 2.8 Etika dalam pengucapan awam.

Setiap penceramah perlu memahami bahawa dalam pengucapan-awam terdapat beberapa etika yang perlu dilihat secara serius. Oleh sebab penceramah menjadi perhatian umum, apa yang diucapkan, apa yang ditunjukkan da gerak geri penceramah akan menjadi model atau rujukan bagi sebahagian hadirin. Sekiranya apa yag diucapkan adalah perkara yang benar, betul dan tepat maka ia adalah sesuatu yang dapat dimanfaatkan oleh hadirin. Sebaliknya, jika yang diucapkan atau yang ditunjukkan adalah salah atau tidak tepat, maka ia boleh mengelirukan pendengar atau mendorong pendengar percaya atau melakukan sesuatu yang bercangah dengan prinsip atau etika sejagat yang baik. 2.9 Kewibawaan penceramah.

Penceramah perlu memahami bahawa kredibiliti atau kewibawaan diri seseorang penceramah bukanlah berdasarkan penilaian para hadirin. Kata pepatah Inggeris The beauty is in the eyes of the beholder.Oleh itu, penceramah hendaklah mempunyai sikap rendah diri dan tidak memandang rendah terhadap hadirin. Penceramah tidak harus berasa hairan terhadap diri sendiri, bongkak, sombong dan hidung tinggi biarpun penceramah itu mempunyai pangkat, kuasa, harta, ijazah, ilmu atau kebolehan bercakap di khalayak ramai. Aristotle mengemukakan tiga faktor yang boleh mempengaruhi persepsi hadirin terhadap kredibiliti atau kewibawaan penceramah iaitu ethos , pathos dan logos ( MacKeon, 1941 ) 1. Personaliti dan perwatakan yang menarik ( ethos ) a) b) Nama baik, gelaran, anugerah yang pernah diterima (competence). Sejarah latar belakang yang cemerlang.
RUZINA AMRUN / HBML 4403 / 12 690824105392

c) d) e) f) g) h) i)

Kelihatan kemas. Kelihatan peramah atau sedia mendengar. kelihatan dinamis dan berkeyakinan. Cara berjalan dan berinteraksi yang sopan dan tidak sopan. Menepati masa. Arif dalam bab yang disampaikan. Kelihatan jujur.

2. Kemampuan membentuk dan mengawal emosi hadirin.(Pathos ) a) b) c) d) Menghargai kehadiran pendengar. Menjaga kebajikan hadirin ketika berceramah. Mampu menguasai hadirin khususnya apabila hadirin datang secara sukarela. Boleh mengawal perasaan hadirin.

3. Pengolahan bahasa yang baik dalam penyampaian ( Logos ) a) b) c) d) 2.10 Bahasa yang kemas , menarik dan mudah difahami oleh hadirin. Bahasa yang peramah. Bahasa yang sesuai dengn topik dan suasana. Retorik dan logik yang sesuai dengan tahap hadirin. Situasi

Merupakan perpindahan idea atau mesej antara pengucap dan pendengar dilakukan dalam suatu keadaan atau siruasi yang ada waktu , tempat serta majlis. 2.11 Tajuk / topik

Setiap pengucapan awam memerlukan sesuatu topik yang jelas dan berfokus. Kadangkala topik ditentukan oleh penganjur sesuatu majlis dan ada ketika penceramah diberi pilihan untuk memilih topik sendiri sesuai dengan sesuatu majlis atau program. Biar apa pun, topik hendaklah dipilih berdasarkan kepada penilaian situasi semasa, kesesuaian tempat, tahap pemkiran hadirin, tahap sosio-ekonomi hadirin dan matlamat tertentu yang ingin dicapai oleh penganjur.Topik juga boleh ditentukan dengan merujuk kepada sesuatu tema yang telah ditentukan. Topik yang terlalu besar skopnya akan menyulitkan hadirin untuk memahami maksud yang ingin disampaikan. Ringkasnya , topik sesuatu pengucapan-awam hendaklah spesifik dan mempunyai matlamat
RUZINA AMRUN / HBML 4403 / 13 690824105392

tertentu. Sebagai penceramah, anada hendaklah memastikan bahawa anda berkemampuan menguasai sesuatu topik yang diberikan atau dipilih. Justeru , anda harus membuat persediaan lebih awal sekiranya topik yang diberikan memerlukan kajian dan pengumpulan data. 2.11.1 Menjana Idea. Salah satu cara bagi menjana idea untuk mengenal pasti topik adalah dengan melakukan aktiviti percambahan fikiran (brainstorming).Apa yang perlu dilakukan ialah senaraikan apa jua topik yang terlintas di hati atau di fikiran anda. Lagi panjang senarai tersebut adalah lebih baik kerana anda akan ada banyak pilihan.ketika anda menyenaraikan topik-topik tersebut, anda tidak perlu membuat apa-apa penilaian atau kritikan. Gunakan teknik bertanya soalan ( apa, mengapa, bagaimana, di mana, siapa) pada peringkat ini. Apakah fokus sebenar tajuk ceramah anda ? Apakah tujuan ceramah itu diadakan ? Seluas manakah skop ceramah anda nanti ? Apakah objektif ceramah ? Siapakah orang atau penulis-penulis tertentu yang perlu anda rujuk ? Di manakah anda boleh dapati bahan-bahan yang diperlukan untuk rujukan anda ?Bagaimanakah cara anda akan berucap, ekstemporanas atau manuskrip atau hafalan ? Satu lagi cara bagi mencambah idea dan fikiran ini adalah berbincang dan bertanya pendapat rakanrakan atau ahli keluarga anda.Mungkin ada pandangan yang bernas yang boleh anda manfaatkan sebanyak mungkin idea untuk ucapan anda. 2.12 Memilih topik / tajuk.

Topik-topik yang difikirkan berpotensi kemudiannya disusun mengikut keutamaan dengan mengambil kira : i. Tujuan ucapan atau ceramah ii. Tema program iii. Latar belakang hadirin iv. Keyakinan diri anda terhadap topik-topik v. Skop kandungan topik tersebut. Mendapatkan pandangan daripada rakan tentang pilihan topik anda mungkin boleh membantu memutuskan apakah topik yang terbaik untuk ceramah atau ucapan anda. 2.13 Setting

Pengucap bertanggungjawab tentang setting bilik/ tempat. Pengucap juga perlu mengetahui terlebih dahulu bagi menyesuaikan keadaan. Maklumat-maklumat yang perlu diketahui ialah seperti
RUZINA AMRUN / HBML 4403 / 14 690824105392

saiz bilik , kemudahan yang ada di dalam bilik tersebut, cahaya lampu, susunan tempat duduk dan suhu bilik.

3.0 3.2

PERSEDIAAN AWAL DAN PERSEMBAHAN PENGUCAPAN AWAM Persediaan awal sebelum berucap.

Persediaan sebelum memberikan ucapan adalah aktiviti penting yang perlu dilakukan sebelum bermulanya ucapan. Maknanya ssebuah ucapan adalah bagi memastikan semua pendengar memikirkan apakah yang bakal anda tekankan semasa ucapan itu diberi. Oleh yang demikian segala data berdasarkan kajian serta penegasan akan menjadi kunci kepada matlamat ini. 3.1.1 Bahan. Anda mungkin tidak mampu mengumpulkan semua bahan yang ada dalam dunia ini untuk digunakan dalam ucapan anda.Memadai dengan anda kumpulkan data-data atau bahan-bahan yang difikirkan perlu dahulu. Kemudian anda harus menyusun idea-idea penting dalam bentuk rangka
RUZINA AMRUN / HBML 4403 / 15 690824105392

atau poin. Drafkan idea di atas kertas ,rangka idea anda serta pilih data-data yang perlu dan menyokong hujah anda.Pastikan anda menyusun idea mengikut kepentingannya. Cara penyusunannya sama seperti anda menulis sebuah karangan yang mempunyai tiga bahagian : pengenalan , isi atau kandungan dan kesimpulan.Jika anda memilih ucapan manuskrip, maka anda perlu menulis seluruh ucapan tersebut. Bertolak daripada rangka tadi, anda mulakan dengan mengembangkan idea-idea penting satu persatu.Setiap hujah memerlukan huraian yang rasional atau disokong oleh data atau bukti. Dalam penyampaian ucapan manuskrip, anda perlu elakkan daripada pembacaan yang bersifat satu nada (monotoni) dan elakkan juga penyampaian ucapan bahasa buku yang meminggirkan intonasi suara. Jika anda memilih ucapan ekstemporanas, anda hanya perlu menyediakan idea-idea penting di atas kertas yang akan dihuraikan dalam pengucapan ada nanti.Pastikan anda menggunakan saiz huuf yang cukup jelas untuk dilihat ketika berucap nanti.Kertas anda harus disusun dengan baik, dikepilkan dan dinomborkan supaya ia tidak berkecamuk jika jatuh ke lantai. Walau bagaimanapun, sekiranya anda menggunakan OHP atau LCD projector untuk memancarkan slaid anda ke layar putih, maka adalah lebih baik jika anda merujuk kepada slaid-slaid yag mengandungi idea-idea penting tanpa merujuk kepda nota anda. Jika anda menyampaikan ucapan berbentuk hafalan pula, anda tetap perlu menyusun ideaidea penting di atas kertas kemudian berlatih berucap dan mengahafal secara berulang-ulang apa yang ingin disampaikan berdasarkan idea-idea penting yang telah digariskan. 3.1.2 Alat pandang-dengar Biar apa pun jenis pilihan ucapan anda, kmungkinan ada baiknya jika anda dapat menyediakan APD. APD ini bukan sahaja dapat membantu anda ketika berucap atau berceramah, malah ia juga dapat memudahkan hadirin atau pendengar untuk memahami apa yang anda ingin sampaikan. Antara APD yang boleh digunakan ialah : i. Nota edaran ii. Ringkasan ucapan. iii. Slaid gambar. iv. Tranparensi. v. Slaid ( komputer) vi. Papan putih atau papan hitam. vii. Model atau objek Ada ketika anda mungkin tidak cukup masa untuk menyampaikan keseluruhan idea penting atau
RUZINA AMRUN / HBML 4403 / 16 690824105392

kandungan ucapan yang disediakan. Kemungkinan terdapat perkataan atau konsep yang dibincangkan dalam ucapan anda merupakan sesuatu yang baru kepada hadirin. Justeru, dengan adanya APD ini, sekurang-kurangnya ia dapat membantu meningkatkan keberkesanan pengucapan awam anda. 3.1.3 Penyelidikan Ini adalah suatu aktiviti yang mungkin menjemukan namaun semua orang telah melakukannya . Dalam situasi kecanggihan teknologi yang ada sekarang, aktiviti penyelidikan bukanlah sukar malah lebih mudah untuk dilaksanakan lebih-lebih lagi dalam zaman teknologi maklumat yang kita lalui sekarang. Penyelidikan sangat penting kerana beberapa alasan berikut : i. Sebagai penceramah kita perlu tahu apakah jenis maklumat yang sukar diperolehi oleh pendengar : Maklumat yang sukar diperolehi oleh pendengar biasanya tidak mudah diperolehi dengan mudah oleh mereka yang tinggal di kawasan yang jauh.Ini desebabkan oleh kedudukan geografi yang jauh dan tiada masa untuk mencari maklumat tersebut. Di bandar-bandar misalnya dengan peluang dan kemudahan internet yang ada maka tentulah banyak maklumat yang dapat dicari dengan menggunakan medium ini berbanding dengan tempat di kawasan terpencil.Selain itu tahap kemahiran dalam pencarian maklumat juga dapat mempengaruhi tahap celik maklumat di kalangan audiens yang menghadiri cermah yang kita sampaikan. Apabila mereka tidak mempunyai sebarang maklumat atau pengetahuan tersebut . ii. Mengetahui masalah-masalah semasa yang dihadapi oleh audiens. Bagi seorang penceramah yang memegang jawatan polotik dan mewakili sesuatu masyarakat, perkara atau maklumat yang perlu disampaikan dalam ucapannya adalah lebih mirip kepada menjawab segala persoalan yang menjadi isu atau agenda pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan.Isu-isu kebajikan dan sosial masyarakat setempat juga perlu diberi perhatian kerana perkara ini biasanya akan menarik para pendengar untuk mengetahuinya dengan lebih jelas. Seorang wakil rakyat juga perlu mendapatkan seberapa banyak maklumat yang diperlukan mengenai jumlah penduduk di kawasan yang diwakilinya serta pembangunan masyarakat bagi memudahkan beliau menggunakan fakta ini sevara yang terbaik untuk membuat ulasan mengenai sebarang isu pembangunan yang diketengahkan oleh masyarakat.
RUZINA AMRUN / HBML 4403 / 17 690824105392

bagaimana hendak dapatkan maklumat itu, keadaan ini juga

menyebabkan mereka tidak terdedah kepada banyak maklumat dan ketinggalan dalam pengetahuan

iii. Mengetahui dan memahami pengalaman hidup yang pernah dilalui oleh audiens. Pengalaman hidup seseorang manusia signifikan dengan pengetahuan serta status hidup seseorang itu dalam masyarakat. Seseorang Jenis kerjaya yang berpengalaman luas dengan kehidupan yang mencabar sudah tentu mempunyai banyak pengalaman dan pengetahuan selok belok kehidupan. yang diceburi oleh seseorang juga mempengaruhi tahap pemikiran individu itu contohnya apabila seorang itu bekerja sebagai seorang jurutera walaupun di sebuah ladang yang kecil di pedalaman, tetapi mempunyai tahap pemikiran yang tinggi jika dibandingkan dengan seorang kerani kilang yang tinggal di bandar besar. Ini menunjukkan pengalaman hidup seharian sangat memberi kesan kepada tahap pengetahuan seseorang individu yang hadir dalam ceramah yang disampaikan. 3.1.4 Golongan audiens . Perkara yang sangat penting untuk diketahui oleh penceramah ialah siapakah pendengar yang bakal mengikuti ucapan tersebut.Kumpulan pendengar sangat penting untuk diketahui oleh penceramah kerana penceramah dapat membuat analisis tentang tahap keperluan mereka, bahan apakah yang sangat diperlukan serta bagaimana corak penyampaian ceramah itu harud dilakukan. i. Golongan muda. Sekiranya golongan muda adalah komponen utama masyarakat yang akan hadir dalam sesi itu, maka rentak yang lebih power boleh digunakan sepanjang pendekatan berceramah.Bahasa yang digunakan bergantung kepada tahap profesionalisme mereka. Jika mereka terdiri daripada golongan pemuda kampung yang mempunyai latar belakang berbagai-bagai , maka bahasa yang digunakan tidak perlu standard, Mereka boleh menggunakan atau menyelitkan bahasa tempatan yang menjadi kebiasaan amalan mereka. ii. Golongan pelajar. Golongan pelajar adalah golongan yang agak mudah untuk dibuat persediaan sebelum berceramah bergantung kepada kategori pelajara itu sendiri. Jika mereka adaah pelajar unversiti, cita rasa mereka agak berlainan berbanding pelajar dari sekolah menengah di bandar.Begitu juga cita rasa pelajar di sekolah-sekolah berhampiran bandar mempunyai cita rasa yang berbeza dengan pelajar yang terletak di luar bandar. Ceramah yang dihadiri oleh golongan pelajar biasanya sudah dirancang. Ia berkaitan dengan keperluan melengkapkan diri mereka dengan
RUZINA AMRUN / HBML 4403 / 18 690824105392

persediaan untuk menduduki peperiksaan atau motivasi diri, peluang-peluang kerjaya dan peluangpeluang memasuki universiti. iii. Golongan berumur. Golongan yang lebih tua biasanya memerlukan ucapan yang mudah difahami, tidak berbelitbelit serta menggunakan bahasa yang mudah difahami. Ini kerana dalam kehidupan mereka seharian, mereka hanya terdedah dan bercampur gaul demgan sesama mereka yang mempunyai usia yang hampir sama.Penceramah perlu berhati-hati supaya tidak menggunakan bahasa yang boleh menyakitkan hati mereka. Bahasa yang lembut serta susunan ayat yang pendek dan mudah, banyak memberi contoh terhadap fakta yang susah dapat memberikan keyakinan kepada mereka untuk memahami akan apa yang disampaikan. 3.1.5 Berlatih berucap. Setelah anda mengumpulkan data, menyusun isi kandungan dan menyediakan APD adalah wajar jika anda berlatih menyampaikan ucapan anda dengan menggunakan nota dan APD yang telah anda sediakan.Anda boleh berlatih seorang diri atau berlatih di hadapan cermin supaya anda boleh melihat diri serta gaya anda berucap. Terdapat ramai yang berlatih di hadapan seseorang yang lain seperti rakan serumah , isteri atau majikan. Dengan berbuat demikian, anda akan mendapat maklumat dan kritikan serta nasihat . Persediaan yang rapi merupakan kunci kepada kejayaan sesuatu ceramah atau ucapan. Penceramah yang tidak bersedia akan kelihatan gugup, gelisah dan tidak tentu arah semasa menyampaikan ucapan biarpun ia memakai pakaian yang menarik dan hebat. Persediaan ini merangkumi persediaan mental , emosi , fizikal dan spiritual. Kesemua ini perlu dibuat bagi meningkatkan keyakinan diri penceramah. Hasilnya nanti ialah penceramah akan kelihatan berwibawa apabila berhadapan dengan hadirin dan ucapannya akan meninggalkan satu kepuasan kepada hadirin. Anda juga boleh mendapatkan nasihat pengucapan awam. dan penduan mengenai

RUZINA AMRUN / HBML 4403 / 19

690824105392

3.1.6 Masa a) Jadual masa / waktu . Jadual waktu yang diperuntukkan bagi sesi ceramah memberi kesan ke atas keberkesanan pengucapan awam anda.Biasanya hadirin kelihatan bertenaga dan mampu memberi perhatian pada sebelah pagi berbanding dengan waktu tengah hari atau petang. Justeru, penceramah harus mengeksploitasikan waktu ceramah pada sebelah pagi dengan sebaik mungkin dan memikirkan bagaimana cara terbaik untuk mengawal minat hadirin pada sebelah tengah hari atau petang. Bagi menghidupkan suasana ceria pada sebelah tengah hari dan petang, anda mungkin perlu menyelitkan jenaka kecil, mengadakan bengkel, memendekkan ceramah dan memperuntukkan masa yang lebih keada sesi dialog dengan hadirin. Selain itu, penggunaan APD akan banyak membantu anda mengawal minat hadirin. b) Peruntukan masa. Setiap ceramah mempuyai tempoh masa yang diperuntukkan. Lazimnya pengucapan awam berjalan antara 60 hingga 90 minit. Dalam pembentangan kertas kerja pula, biasanya diperuntukkan antara 20 hingga 30 minit.Manakala ucapan-ucapan ringkas seperti ucapan alu-aluan mengambil masa lebih kurang 10 minit, ucapan memperkenalkan diri seseorang penceramah antara 5 hingga 10 minit, ucapan tahniah, ucapan takziah sekitar 5 minit.

RUZINA AMRUN / HBML 4403 / 20

690824105392

3.2

Penyampaian.

Aspek penyampaian dalam pengucapan-awam sama pentingnya dengan aspek persediaan. Bezanya ialah penceramah kini benar-benar berhadapan dengan hadirin. Banyak perkara yang perlu diberi perhatian oleh penceramah semasa menyampaikan ucapan. Struktur penyampaian ucapan sebagaimana lazimnya terdiri daripada tiga bahagian utama iaitu permulaan, isi dan penutup. 3.2.1 Permulaan. Permulaan ucapan adalah suatu yang amat kritikal bagi menarik perhatian hadirin.Di samping memakai pakaian yang sesuai dan gaya kelakuan diri yang penuh keyakinan, penceramah harus pandai dalam memulakan ucapannya. Objektif permulaan ucapan adalah untuk menarik perhatian hadirin, menimbulkan dan menjalin hubungan yang baik dengan hadirin serta memulakannya dengan ucapan penghormatan dan penghargaan. Terdapat beberapa cara yang biasanya dilakukan untuk memulakan ucapan : i. Mulakan ucapan selamat dan salam (dalam majlis yang dihadiri majotiri orang Islam, ucapan salam diikuti dengan puji-pujian kepada Allah SWT, selawat atas nabi, menyatakan kesyukuran kepada Allah SWT dan memohon petunjuk) disusuli dengan alu-aluan kepada tetamu, tuan rumah, penganjur dan para hadirin dengan mengikut protokolnya . Contohnya : Selamat malam , salam sejahtera, salam hormat, salam persaudaraan dan seumpamanya.Akan tetapi sekiranya penceramah boleh menyebut ucapan salam dalam bahasa lain selain daripada bahasa ibundanya yang boleh difahami oleh sebahagian daripada hadirin maka ia adalah suatu penghargaan kepada mereka yang hadir. ii. Mulakan dengan ucapan penghormatan disusuli dengan ucapan salam.Contohnya : Yang berusaha saudarab Pengerusi Majlis , Yang diraikan Tuan Haji...., Yang dihormati Pengerusi Persatuan...dan seerusnya mengikut protokol masing-masing. iii. Mulakan dengan petikan ayat-ayat suci, sabda Nabi atau kata-kata mutiara dan diikuti dengan ucapa salam dan penghormatan. Contohnya : Firman Tuhan.... Nabi s.a.w pernah bersabda.... Seorang pujangga terkenal pernah berkata...
RUZINA AMRUN / HBML 4403 / 21 690824105392

3.2.2 Bahagian pertengahan / Isi. Isi ucapan adalah bahagian yang terpenting dalam pengucapan awam. Malah masa yang diperuntukkan dalam pengucapan awam hendaklah diberikan lebih banyak kepada penyampaian isi ucapan. Pada bahagian isi inilah perkara-perkara penting akan dibentangkan dan dibincangkan secara panjang lebar dalam ucapan anda. Pastikan idea atau hujah anda disusun dengan rapi mengikut keutamaan. Anda juga perlu menyediakan fakta , bukti dan contohcontoh bagi menyokong hujah anda. Dengan mengambil kira masa yang diberi bagi pembentangan ucapan, anda perlu hadkan idea atau hujah anda dengan sebaik mungkin supaya anda tidak mengheret hadirin keluar dari masa yang ditetapkan . Anda boleh mengikut empat langkah S dalam menyediakan isi ini : ii. Sebutkan penanda pada idea atau hujah anda dengan menggunakan alat penyambung ayat : pertama , kedua, ketiga dan seumpamanya. iii. Sebutkan idea atau hujah anda satu per satu. iv. Sokong idea atau hujah anda dengan fakta , bukti dan contoh-contoh. Bagi memastikan anda mempunyai isi ucapan , tanyakan diri anda : I. Apakah idea atau hujah pertama anda ? II. Apakah idea atau hujah kedua anda ? III. Apakah idea atau hujah ketiga anda ? Apakah yang akan anda perkatakan ? Apakah bahan sokongan anda ? Bagaimanakah anda akan menyimpulkan idea anda ? 3.2.2.1 Retorik. Retorik ialah seni dalam organisasi penyampaian ucapan atau penulisan. Setiap retorik ialah seni dalam organisasi penyampaian ucapan ata penulisan. Setiap retorik mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. Penceramah yang berjaya mampu memanipulasikan retorik dengan baik dalam penyampaiannya bagi meninggalkan impak yang berkesan kepada pendengar atau hadirin. Penceramah boleh memilih mana-mana jenis retorik ucapan ini atau menggabungkannya dalam ucapan. I. Retorik Penceritaan ( Naratif ) Naratif ialah penceritaan tentang sesuatu kisah atau peristiwa. Lazimnya dalam ucapan
RUZINA AMRUN / HBML 4403 / 22 690824105392

umum, naratif digunakan bagi menyokong hujah anda kerana naratif mempunyai nilai kredibilitinya tersendiri iaitu pengalaman yang unik. Kadangkala, naratif boleh digunakan juga sebagai kandungan utama dalam pengucapan-awam.Misalnya, menceritakan tentang kisah jatuh daripada kapal terbang atau pengalaman pahit ketika berada di Afghanistan pada tahun lalu. Naratif boleh disampaikan dalam dua bentuk persona iaitu peribadi dan orang ketiga. Bagi naratif bentuk peribadi, penceramah menggunakan ganti nama diri pertama seperti saya, kami atau aku, manakala naratif bentuk orang ketiga menggunakan ganti nama diri orang ketiga seperti dia , mereka Amin atau Ali. Naratif bentuk peribadi mempunyai kredibiliti yang lebih tinggi kerana ia menggambarkan pengalaman peribadi dan penceramah menjadi saksi pertama dalam peristiwa yang diceritakan. Retorik naratif mempunyai ciri-ciri bahasanya tersendiri yang menunjukkan kronologi peristiwa. Penggunaan struktur ayat ( ayat mudah dan pendek ), frasa penyambung (seperti ketika itu, saya dengan segera....) , penyambung idea yang menunjukkan urutan masa (seperti beberapa minit kemudian...., Selepas itu ,... Akhirnya.... ). Jika penceramah menggunakan bahasa Inggeris, jenis-jenis ayat yang digunakan mestilah berdasarkan kepada past tense dan past perfect. II. Retorik Penerangan ( Deskriptif ) Ucapan penerangan bertujuan menyampaikan dan mengukuhkan maklumat atau ilmu yang baru dan sedia ada.Retorik penerangan menuntut penceramah supaya mempunyai struktur pengucapan yang jelas agar hadirin dapat memahami penerangan itu dengan baik. Dalam ucapan jenis ini, penceramah harus banyak menggunakan sifat nama yang boleh membantu hadirin menggunakan imaginasi dan pengalaman mereka.Perkataan-perkataan sifat nama yang berasaskan kepada deria sentuh, rasa, lihat, bau dan dengar mempunyai makna yan lebih besar kepada hadirin. Retorik penerangan juga menuntut supaya penceramah mempunyai maklumat atau ilmu kontemporari kerana sebahagian hadirin mempunyai maklumat dan ilmu terkini khususnya dalam zaman teknologi maklumat dan dunia tanpa sempadan ini.Kewibawaan penceramah ini.Kewibawaan penceramah akan terjejas jika maklumat atau ilmu yang dibicarakan dalam ucapannya ketinggalan masa dan tidak kontemporari. Penceramah yang memilih jenis ucapan ini tidak harus terkeliru antara ucapan penerangan dengan ucapan pemujukan (persuasive).Misalnya, ucapan tentang jenis-jenis dadah adalah ucapan penerangan
RUZINA AMRUN / HBML 4403 / 23 690824105392

manakala menjauhi dadah adalah ucapan pemujukan. III. Retorik Demonstrasi atau Proses. Ucapan yang berdasarkan retorik proses mengutarakan siri langkah-langkah yang membawa kepada sesuatu hasil atau output. Ucapan jenis ini bertujuan menerangkan bagaimana sesuatu perkara berlaku atau terjadi atau berfungsi atau bagaimana cara membuat sesuatu. Antara ciri yang harus ada pada ucapan jenis ini ialah kronologi masa dan urutan langkah yang menghasilkan sesuatu natijah. Lazimnya, penceramah akan menggunakan APD untuk menjelaskan tentang sesuatu proses. Selain itu, ciri penting yang terdapat dalam retorik ini ialah penggunaan struktur ayat pasif yang lebih banyak berbanding ayat aktif.Misalnya ,ketulan daging itu kemudiannya dimasukkan ke dalam kuali dan bukan Ahmad memasukkan ketulan daging dalam kuali. Ayat-ayat arahan juga adalah antara struktur ayat yang mudah dijumpai dalam retorik ucapan proses. Misalnya , taburkan anak benih pokok dalam setiap kotak semaian yang disediakan. Dalam bahasa Inggeris, ayat-ayat imperative , present tense dan present perfect adalah antara struktur ayat yang mesti ada dalam retorik proses. IV. Retorik perbandingan. Retorik ucapan ini menuntut supaya penceramah mengemukakan elemen-elemen persamaan dan kemudian mengemukakan elemen-elemen perbezaan. Selepas itu, anda perlu membuat analisis perbandingan antara kedua-duanya dari sudut kebaika dan keburukannya. Akhir sekali, anda perlu membuat ruusan bagi memutuskan yang mana satukah pilihan anda. Dalam retorik ini, penceramah harus menggunakan beberapa frasa penting , misalnya, ...lebih besar daripada.... ; dan frasa penyambung, antaranya walau bagaimanapun, tetapi , berbeza daripada X, Y lebih . Retorik ini dikategorikan sebagai salah satu tahap kemahiran berfikir yang agak tinggi berbanding dengan kemahiran berfikir . 3.2.2.2 Jenaka Kecil ( Humor ) Jenaka kecil mempunyai tempat istimewa dalam pengucapan awam. Jenaka kecil diperlukan bagi menarik perhatian hadirin, menghiburkan, melegakan hadirin serta mengurangkan rasa bosan ketika mendengar ceramah atau ucapan dan menyokong hujah atau pandangan yang diberikan. Biar apa bentuk pun ceramah anda, sama ada penerangan, demonstrasi barang atau argumentatif , anda
RUZINA AMRUN / HBML 4403 / 24 690824105392

perlu menyelitkan unsur-unsur yang boleh menghiburkan pendengar atau penonton. Walau bagaimanapun , penceramah harus berhati-hati dalam menggunakan jenaka kecil dengan mengambil kira latar belakang hadirin dan budaya setempat. Misalnya , jenaka kecil yang menyebut tentang orang gemuk , orang cacat, orang yang daif dan sebagainya.Perkataan-perkataan yang sensitif ini harus dielakkan dalam pengucapan awam.

3.3

Penutup.

Penutup kepada pengucapan awam adalah sama penting denga permulaan pengucapan. Ia seharusnya meninggalkan rasa kepuasan kepada hadirin . Ia juga menjawab beberapa persoalan atau kemusykilan yang ada pada hadirin di awal ceramah. Ia juga menentukan sama ada ucapan anda berjaya mencapai matlamat yang diharapkan.Apabila anda telah bercadang untuk mengakhiri ucapan anda, ada baiknya anda membuat kesimpulan atau rumusan terhadap apa ang telah disampaikan. Pastikan anda tidak mengambil masa berjela-jela atau bercakaptentang hal lain di akhir ucapan anda. Bagi memudahkan hdirin memahami bahawa anda telah sampai ke penghujung ucapan , anda boleh berikan petanda. Misalannya : Sebagai kesimpulannya , saya kira beberapa perkara dilihat...... Akhir sekali , saya ingin menegaskan...... Sebagai penutup bicara, marilah kita..... Anda harus menekankan beberapa perkara penting dengan mengimbas semula perkaraperkara-perkara yang telah disampaikan. Misalnya Sebelum saya akhiri ucapan saya, saya ingin menekankan sekali lagi betapa pentingnya.... Sebentar tadi saya telah mengemukakan kepada tuan-tuan lima perkara pokok bagaimana kita dapat mengurangkan kadar kemalangan dalam negara. Pertama.....Kedua....(secara ringkas)
RUZINA AMRUN / HBML 4403 / 25 690824105392

Kemudian , anda mengingatkan hadirin supaya mengambil langkah-langkah yang perlu setelah selesai mereka mendengar ucapan anda . Contohnya : Saya mengharapkan tuan-tuan akan bersama dengan saya bertindak menangani hal ini seberapa segera. Semoga ucapan tadi dapat dimanfaatkan oleh tuan-tuan. Apa yang saya sampaikan hanyalah pengalaman sya berkhidmat dalam organisasi ini selama 30 tahun. Saya berdoa semoga tuan puan akan memelihara nama baik organisasi ini. Akhir sekali, anda boleh menutup ceramah anda dengan rasa rendah diri , memohon kemaafan sekiranya terkasar bahasa dan ditutup dengan memberi salam atau ucap selamat serta terima kasih. Contohnya : Sekian dahulu , terima kasih.

RUZINA AMRUN / HBML 4403 / 26

690824105392

4.0

PENUTUP 4.1 Rumusan.

Berucap di hadapan umum merupakan suatu pengalaman yang amat menarik. Setiap individu akan melalui pengalaman ini sama ada dalam bentuk formal mahupun tidak formal dan sama ada dalam suasana kumpulan kecil atau kumpula besar. Apa yang penting ialah kita perlu memahami bahawa kemahiran atau bakat pengucapan awam bukanlah sesuatu yang dilahirkan bersama seseorang. Sebaliknya kemahiran dan bakat pengucapan awam itu prlu diasah dan dibentuk melalui proses pembelajaran dan pengalaman. Tidak mustahil seseorang yang tidak mahir berucap di khalayak ramai mampu menguasai pengetahuan dan kemahiran pengucapa awam sekiranya dia mahi, seperti mana kata pepatah Melayu belakang paang kalau diasah lagikan tajam. Ucapan sangat penting kerana ia adalah satu cara bagaimana manusia dapat berkongsi idea antara satu sama lain. Perkongsian idea amat penting bagi mewujudkan persefahaman yang mungkin sukar diwujudkan antara individu yang unik. Sememangnya mudah wujud perbezaan pendapat dan percanggahan idea yang ketara antara individu yang berbeza. Kemahiran berucap amat penting tidak kiralah apabila seseorang itu berucap disebabkan kerjayanya ataupun dipilih berucap secara tiba-tiba. Ada orang berpendapat kemahiran berucap di khalayak ramai adalah keunikan yang diwarisi turun temurun, tetapi sebenarnya tidak. Ahli psikologi percaya berdasarkan kajian yang mereka jalankan, kemahiran berucap ini dapat dibentuk serta diwujudkan oleh sesiapa juga yang ada kemahuan untuk menguasainya.Sebagaimana kemahiran-kemahiran yang lain, kemahiran berucap ini perlu dipupuk melalui latihan, pendedahan, pengalaman serta melalui pembacaan buku panduan. Pengucapan dan penyampaian yang berkesan umpama sebuah percintaan. Sebuah percintaan adalah ideal apabila berlakunya perkongsian perasaan yang difahami oleh kedua-dua individu yang sedang bercinta. Kejayaannya adalah apabila dipraktikkan dengan kesungguhan dan komitmen daripada kedua-dua belah pihak. Dalam konteks pengucapan ia dilihat sebagai pemberi ucapan dan khalayak atau audiens. Interaksi antara kedua-duanya merupakan penentu kepada keberkesanan mesej yang hendak disampaikan. Pengucapan dan penyampaian yang berkesan merupakan satu proses interaksi antara pihak yang bercakap dengan pihak yang mendengar dengan tujuan untuk menyampaikan maklumat , idea, maklum balas , meningkatkan hubungan , memberi pendapat, mendapatkan kepastian , mengetahui sesuatu yang baru, membuat keputusan secara bersama dan seumpamanya.
RUZINA AMRUN / HBML 4403 / 27 690824105392

Dalam konteks ini jika tidak ada keinginan di dalam diri seseorang itu untuk berkomunikasi maka tidak akan wujud komunikasi. Dalam pengucapan dan penyampaian yang berkesan harus melibatkan komunikasi antara pengucap dengan sekumpulan pendengar. Dalam konteks ini juga ia melibatkan penghantaran mesejdalam bentuk lisan dan bukan lisan. Apabila seseorang itu memberi pengucapan di khaayak ramai, selain daripada maksud percakapannya, ia juga memberi mesejmesej tertentu melalui pakainannya , pergerakan badan , pergerakan mata dan tingkah laku. Pengucapan dan penyampaian yang baik adalah bertujuan untuk membolehkan berlakunya perpindahan idea dan perasaan secara berkesan daripada pengucap kepada pendengarnya. Kebolehan berkomunikasi ini merupakan satu kekuatan kepada pengucap kerana keupayaan mempengaruhi pemikiran dan tingkah laku pendengar ke arah perkara yang dihasratkan oleh pengucap.

5.0

BIBLIOGRAFI Rujukan dari buku :

Izwan Munir, Zakiah Azam, Ng Chan Heng, 2004, Khazanah Bahasa: karangan Bahasa Malaysia SPM, Selangor, Pearson Malaysia Sdn. Bhd. Juhana Salim, Rashidi Adam, 2003, Revisi Prioriti SPM Karangan KBSM, Selangor, Sasbadi Sdn. Bhd. Junaida Ibrahim, BA (Hons), 2002, Spektrum Dinamik SPM Bahasa Malaysia, Selangor, Preston Corporation Sdn. Bhd. Mohd Tajuddin Abdul Muthaliff, 1994, Bimbingan Menjawab Secara Efektif SPM- KBSM: Bahasa Melayu Kertas 1, Selangor, Federal Publications Sdn. Bhd. Md Izzuddin Ali & Zetty Zahureen Mohd Yusoff , 2005 , Berucap dengn yakin ,Selangor , MALIMDO PRINTERS , Sdn Bhd. Rahmat Masri dan Sthiraruci Tan, 1993, 102 Karangan & Surat Kiriman Contoh PMR, Selangor, Longman Malaysia Sdn. Bhd. Siti Hajar Abdul Aziz, 2008, Siri Pendidikan Guru : Bahasa Melayu 1, Selangor, Oxford Fajar Sdn. Bhd. Samsuddin Wahab , 2004 , Belajar berucap , KualaLumpur , PTS Professional Publishing, Sdn Bhd. Supyan Hussin , 2003 , Kecemerlangan dalam pengucapan awam , Kuala Lumpur , Utusan
RUZINA AMRUN / HBML 4403 / 28 690824105392

Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Rujukan dari internet : http://sitiadora.blogspot.com/2011/03/pengucapan-awam-public-speaking.html Tarikh muat turun : 17 Oktober 2011. http://zahirzainudin.blogspot.com/2007/11/pengucapan-awam-1.html Tarikh muat turun : 18 Oktober 2011 http://info.mohr.gov.my/PTK/notaPTKbaru/nota%20TK4/pengucapan%20awam%20yang %20berkesan.pdf Tarikh muat turun: 20 Oktober 2011 http://mindataqwa.blogspot.com/2009/04/teknik-pengucapan-awam.html Tarikh muat turun: 22 Oktober 2011 http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/385-info-ringkas/6742hilangkan-rasa-gugup-ketika-berpidato.html Tarikh muat turun : 25 Oktober 2011

RUZINA AMRUN / HBML 4403 / 29

690824105392