Anda di halaman 1dari 26

DLTA: PEMIKIRAN TINGGI DAN PROSES MEMAHAMI DALAM PROSES PEMAHAMAN

PENDAHULUAN Tanggungjawab guru yang mengajarkan kemahiran

mendengar ialah mengintegrasikan proses pemahaman, kemahiran memahami (comprehension skills) dan kemahiran berfikir tinggi. Teknik yang sesuai untuk mencapai tujuan ini ialah Teknik DLTA.

KONSEP DAN ELEMEN


D Directed
L

Listening T Thinking A Activity

DLTA (Aktiviti Mendengar Berfikir Terarah)

mempunyai tiga elemen utama, iaitu strategi memproses teks naratif dan teks ekspositori: memantau pemahaman sendiri dan menggunakan strategi pembetulan proses berfikir tinggi dan kemahiran memahami teknik penyoalan dan perbincangan berkesan

CIRI-CIRI DLTA
Bertujuan Membina sikap positif mengaktifkan pengetahuan sedia ada tentang

tajuk/kandungan mengaktifkan pengetahuan sedia ada tentang strategi memproses teks mengaktifkan strategi pemantauan untuk menyemak dan memurnikan kefahaman mengguna secara interaktif proses-proses di atas untuk mencapai tujuan mendengar

KEMAHIRAN MEMAHAMI DAN EMPAT ARAS BERFIKIR DALAM PROSES PEMAHAMAN

PENANTIAN
Puan Aza berasa gelisah dan berdebar-debar. Sekejap

bangun menjenguk ke luar pintu, sekejap berjalan mundar-mandir di ruang tamu sambil memintalmintal tuala kecil yang hampir lusuh di tangan. Tingkap-tingkap yang pada hari-hari biasa sudah ditutup pada waktu itu rapat masih terbuka. Matahari hampir berlabuh di ufuknya. Anak-anak dan beberapa jirannya yang menanti di bawah rumah usang peninggalan suaminya juga kelihatan resah.

Bagaimanakah rupa Anis? Apakah perasaan Anis terhadap dirinya?

Berdosakah dia kepada Anis?


Apakah dia akan diterima semula? Pelbagai persoalan berlegar-legar dalam fikirannya. air

mata yang tadinya sudah kering membasahi semua pipinya. Cepat-cepat dikesat dengan tuala yang masih di tangan. Lima belas tahun yang lalu Anis hanya sempat dibelainya sehingga habis berpantang.

Sila jawab soalan-soalan yang berikut:


Apakah perasaan Puan Aza? Mengapa perasaan Puan Aza demikian? Pada waktu bilakah peristiwa di atas berlaku? Siapakah yang berada di rumah Puan Aza pada waktu

itu? Bagaimana keadaan tingkap-tingkap di rumah Puan Aza pada waktu itu? Mengapakah tingkap-tingkap di rumah Puan Aza sudah ditutup pada waktu itu pada hari-hari biasa?

Apakah hubungan Anis dengan Puan Aza? Mengapa jiran-jiran Puan Aza berada di rumahnya? Pada pendapat anda, wajarkah jiran-jiran Puan Aza

berada di rumahnya? Jika wajar, beri alasan. Jika tidak, beri alasan. Apakah sifat yang dimiliki oleh Puan Aza? Beri bukti. Apakah yang telah terjadi antara Anis dengan Puan Aza? Mengapa terjadi demikian? Jika anda Anis, bagaimana reaksi Anda terhadap peristiwa di atas? Beri alasan terhadap reaksi anda.

Berdasarkan peristiwa di atas, apakah yang akan

berlaku seterusnya? Beri sebab.


Jika anda Puan Aza, apakah tindakan yang akan anda

ambil 15 tahun yang lalu? Beri sebab.


Pada pendapat anda, wajarkah tindakan yang diambil

oleh Puan Aza 15 tahun yang lalu? Jika wajar, beri sebab. Jika tidak, beri sebab.
Bagaimanakah cara paling wajar untuk Puan Aza

menghilangkan rasa berdosanya terhadap Anis?

Rajah 1: Hubungan aras pemikiran dan kemahiran memahami


Aras Pemikiran Literal 1 Kemahiran memahami utama (comprehension skills) Mengesan perincian Urutan peristiwa Sebab akibat Idea utama Meramal Menilai/Membuat Pertimbangan Menyelesaikan Masalah Inferens Penilaian Penghayatan

2 3 4 5 6 7 8

TEKNIK DLTA
Tujuan Teknik Membina kecekapan mendengar pada aras berfikir

tinggi dan reflektif. Mengenap pasti tujuan mendengar Mengaktifkan pandangan dan fikiran tentang topik yang akan didengar Mengenal pasti, menganalisis maklumat, dan memahami

Mengkaji bahan yang diperdengarkan berdasarkan

tujuan mendengar Membuat keputusan berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada teks yang didengar, dan Mengetepikan prasangka

Sifat Teks
Ada dalam pengetahuan pelajar tetapi mencabar

fikiran Dapat mencetuskan emosi, perbahasan, dan terbuka kepada beberapa tafsiran Teks ekspositori dan naratif

LANGKAH-LANGKAH PELAKSANAAN (Kaedah Kelas)

Terdapat dua fasa: pertama, fasa kitaran proses mendengar-berfikir dan kedua, fasa hasil/produk. Fasa 1: Kitaran Proses Mendengar-Berfikir Menjelaskan tujuan mendengar Mendengar untuk memenuhi tujuan Membuat keputusan berdasarkan maklumat yang didengar

Fasa 2: Hasil/Produk
Menambah, memurnikan idea dan pemikiran Langkah-Langkah dalam Fasa 1 Langkah 1: Memperkenalkan tajuk teks cerita

yang akan didengar

Pelajar digalakkan membuat ramalan teks yang akan

diperdengarkan berdasarkan tajuk melalui soalan guru dan perbincangan kelas.

Soalan guru dan perbincangan berdasarkan soalan:


Pada pendapat anda, berdasarkan tajuk, apakah

kandungan cerita yang akan diperdengarkan? Mengapa anda berkata demikian? Pada pendapat anda, apa akan terjadi? Ramalan mana yang pada pendapat anda tepat? Beri sebab.

Guru tidak memperkenalkan perbendaharaan

kata.

Langkah 2: Mendengar aktif dan menyemak kefahaman


Pelajar mendengar segmen pertama teks untuk

mengesahkan ramalan. Guru meminta pelajar menyatakan ramalan yang tepat. Pelajar digalakkan menunjukkan bukti ramalan dengan merujuk kepada teks dan menyatakan secara kuat ayat-ayat atau perkataan-perkataan yang menjadi bukti.

Soalan guru dan perbincangan berdasarkan soalan:


Apa pendapat anda sekarang? Mengapa anda berkata

begitu? Mengapa ramalan anda tadi tidak/kurang tepat? Pada pendapat anda apa yang akan berlaku selanjutnya? Beri alasan mengapa anda ramalkan demikian. Pada pendapat anda, bagaimanakah cerita ini akan berakhir? Kenapa begitu?

Langkah 3: Mengulang langkah 2


Guru mengulang langkah kedua untuk segmen-

segmen cerita seterusnya dengan menggalakkan pelajar membuat ramalan, menyemak ramalan, dan memberi bukti. Pelajar memurnikan ramalan dengan bertambahnya maklumat dalam bahagian-bahagian teks seterusnya.

Langkah-Langkah dalam Fasa 2


Langkah-Langkah dalam Fasa 2

Menambah, memurnikan idea dan pemikiran: Menjawab soalan kefahaman Menanalisis watrak Menulis puisi, surat, melakar Mencabar idea penulis Merumus Menemu bual Teater pembaca Melakonkan cerita Menyambung cerita Membaca ekstensif Mengkaji perkataan/frasa Melukis peta cerita Menulis dialog Teater bercerita

Kelebihan Teknik
Guru berperanan sebagai moderator/fasilitator semasa

menyoal, bukan sebagai penilai Menitikbertkan hubungan antara mendengar, memahami, dan berfikir. Oleh itu, menggalakkan pelajar sedar tentang proses pemahaman mendengar, kemahiran memahami, dan berfikir yang dilalui sendiri melalui mengenal pasti tujuan membaca dan membuat ramalan.

Melibatkan penglibatan pelajar semua pencapaian. Menggalakkan pelajar mengggunakan klu konteks

dan klu pengetahuan dan pengalaman untuk memahami. Membimbing pelajar memperoleh konsep mendengar aktif dan strategi memantau kefahaman. Teknik yang sangat berkesan untuk membina kesedaran tentang plot/jalan cerita melalui meramal dan membuat inferens.

Panduan Pelaksanaan DLTA


Guru memperdengarkan cerita kepada kelas, berhenti

di bahagian-bahagian yang sudah dikenal pasti untuk menggalakkan pelajar membuat ramalan selanjutnya tentang cerita dan mereflek perkara yang telah berlaku sebelumnya. Pelajar diminta membuat ramalan dan menyokong ramalan dengan memberi bukti berdasarkan pelbagai maklumat dalam cerita

Bahagian-bahagian yang diberhentikan

untuk membuat ramalan ialah selepas tajuk selepas pengenalan cerita (biasanya selepas perenggan pertama atau perenggan kedua) Pada 1 atau 2 bahagian yang ada elemen suspen Sebelum cerita berakhir

Pola soalan utama berdasarkan tajuk. Selepas

mendengar tajuk cerita, kemukakan soalan: Berdasarkan tajuk ini apa yang dapat anda jangka ceritanya? Kenapa anda jangkakan demikian?
Pola soalan pada bahagian yang diberhentikan untuk

membuat ramalan: Apakah yang anda fikirkan akan berlaku seterusnya? Mengapa agaknya anda fikir begitu? Bagaimanakah cerita ini akan berakhir? Apa alasan anda? Aktiviti susulan yang bersifat kritis dan kreatif.

Anda mungkin juga menyukai