Anda di halaman 1dari 5

MEMPAMERKAN HASIL KARYA Kenapa hasil karya pelajar perlu dipamerkan?

Apakah faktor-faktor yang menjadi penentu dalam pemilihan karya untuk dipamer? Pemilihan Karya Persoalan penting di dalam mempamerkan karya pelajar adalah bagaimana hendak memilih hasil karya untuk dipamerkan. Kriteria pemilihan karya murid perlu melihat kepada dua perkara iaitu dari sudut pedagogi dan juga nilai estetik. Pemilihan perlu melihat kepada aspek pedagogi yang melihat kepada keberkesanan dan penyampaian proses dan kaedah menghasilkan karya tersebut. Faktor nilai estetik dilihat dari sudut pencapaian objektif penghasilan karya tersebut sama ada ianya dihasilkan bertujuan untuk kelihatan cantik ataupun sebaliknya. Murid-murid memang gemar melihat karya mereka dan karya rakan-rakan mereka dipamerkan untuk tatapan umum. Murid-murid merasakan komitmen dan usaha yang mereka telah sumbangkan bagi menghasilkan karya diberi penghargaan. Sungguhpun ruang yang terdapat pada papan buletin pameran sangat terhad, guru perlu bijak untuk mengatur dan merancang giliran dan membuat pilihan yang lebih bijak dalam pemilihan karya supaya pameran tersebut mencerminkan satu tanda aras yang perlu dicapai oleh murid.

Hasil karya murid yang dipamerkan memberikan mereka satu rangsangan yang mendalam terhadap keupayaan mereka (Koster, 2001). Murid menitikberatkan soal kualiti karya dan cuba untuk penghasilkan yang terbaik supaya karya yang dihasilkan terpilih untuk dipamerkan. Dalam erti kata lain, usaha mempamerkan hasil karya oleh guru dapat dijadikan satu bentuk motivasi kepada pelajar. Guru perlu melihat hasil karya pelajar sebagai satu proses memantau prestasi selain membantu murid mencapai tahap yang dikehendaki. Sebelum karya seseorang murid dipamerkan, guru perlu membuat perbincangan mengenai peningkatan dan perbezaan karya yang telah dihasilkan oleh murid supayamereka dapat melihat tahap dan aras yang telah mereka capai. Susun Atur Karya Karya boleh disusun mengikut dua aturan utama: 2 dimensi atau 3 dimensi. Setiap jenis mempunyai cara aturannya yang tersendiri. Karya Dua Dimensi (2D) (a) Panel Pameran Bagi mempamerkan bahan dan karya dua dimensi (2D) sebuah panel pameran diperlukan. Panel pameran ini digunakan untuk mempamerkan hasil karya.

Saiz panel pameran yang dicadangkan adalah berukuran 4 x 8 kaki dan mampu untuk dilekatkan dengan menggunakan staple gun atau paku tekan.

Latar belakang bagi panel pameran sebaiknya diwarnakan dengan warna putih supaya ia membantu murid untuk menarik perhatian dan fokus terhadap karya tersebut. (b) Kertas Keras dan Proses Membingkai Bagi mempamerkan hasil karya, guru perlulah memastikan panel pameran bersih dan tidak berserabut. Setelah pemilihan dibuat, setiap karya yang ingin dipamerkan perlu dibingkaikan supaya nampak kemas dan menarik. Terdapat pelbagai kaedah dan bahan bagi tujuan membingkai hasil karya. Antara lain, proses membingkai karya boleh dilakukan dengan menggunakan kertas keras (black mounting board) berwarna hitam, kelabu atau warna-warna gelap seperti warna coklat. Bahagian dibuat pengukuran yang tepat bahagian dalam kertas keras ditebuk lalu menyerupai tetingkap. Ambil ukuran semula dan tampalkan hasil karya di belakang kertas keras. Kaedah ini dikenali sebagai window framing. Karya Tiga Dimensi (3D) Pameran bagi objek dan karya tiga dimensi (3D) mempunyai pendekatan yang berbeza.

Ini kerana kebiasaannya objek dan karya tiga dimensi (3D) ini mempunyai saiz yang pelbagai. Meja yang dilapik dengan kain berwarna boleh digunakan sebagai tempat untuk meletakkan objek dan hasil karya. Karya yang hendak dipamerkan perlu disusun mengikut jenis dan ketinggian. Objek dan hasil karya yang lebih besar hendaklah diletakkan di belakang supaya objek yang lebih kecil boleh diletakkan di hadapan. Sesetengah hasil karya seperti ukiran kayu, hasil karya seramik, sejenis kotak yang dikenali sebagai pedestal boleh digunakan dengan meletakkan objek tersebut di atasnya. Pedestal ini diperbuat sama ada daripada kepingan papan yang kemudiannya dicantumkan menjadi sebuah kotak. Warnakan pedestal tersebut dengan warna terang supaya fokus pengunjung akan terus kepada objek tersebut. Untuk tambah menarik lagi, cermin boleh diletakkan dengan mengikut saiz pedestal tersebut dan diletakkan di atas. Siling boleh digunakan untuk menyangkut karya, selalunya objek dan hasil karya mobil yang boleh digantung.

Sebelum menggantung karya-karya ini, guru perlu mengambil langkah keselamatan dengan memeriksa dengan teliti siling tersebut. Tebukan pada siling mesti dilakukan dengan kuat bagi mengelakkan objek daripada terjatuh lalu pecah.