Anda di halaman 1dari 13

Masalah Pendidikan Jilid 27

129

Pembelajaran Mobile dalam Kurikulum Masa Depan


Saedah Siraj Universiti Malaya Abstract The latest teaching-learning approach. mLearning is known as learning through mobile computational devices (Quinn, 2000). network-based learning content (Malin en, Kari, & Tiusanen, 2003). wireless network-learning (Boerner, 2002) or technology-based curriculum (Anderson, 2001). Emergence of a new pedagogical approach which promotes studentcentered learning experience using technologies based on mLearning will offer opportunities, convenience, advantages and dynamic environment enabling students to succeed in their studies. This article highlights the concept and benefits of ml.earning, and discusses the prospects of mLearning in thefuture curriculum. Pengenalan Revolusi teknologi komunikasi berlaku dalam tahun 1980-an dan membawa perubahan corak pembelajaran melalui talian dari pernbelajaran jarak jauh (dLearning) kepada pembelajaran elektronik (eLearning) dan sekarang kepada pembelajaran mobile (mLearning). Pendidikan jarak jauh yang konsepnya telah diterima pakai di seluruh dunia (Keegan, 2002) mula berubah kepada pembelajaran elektronik dalam tahun 1980-an yangjuga menandakan bermulanya era penggunaan komputer peribadi. Perkembangan teknologi yang amat pesat ini pula telah memperkenalkan penggunaan WWW dan Internet sekitar tahun 1990-an dan aplikasinya kepada dunia pendidikan. Ini menunjukkan bahawa perkembangan penggunaan Internet dalam pendidikan tumbuh seperti cendawan selepas hujan. Dalam perkembangan yang lebih terkini, penciptaan teknologi komunikasi memberi ruang kepada penggunaan teknologi mobile dan teknologi tanpa wayar (wireless) dalam pendidikan (Anderson, 2001; Boerner, 2002). Dengan itu, corak pembelajaran yang dikenali sebagai pembelajaran mobile atau mLearning mula diperkenalkan dalam masyarakat (Saedah Siraj, 2003a, 2003b). Artikel ini membincangkan konsep Pembelajaran Mobile, kelebihan penggunaannya dalam sektor pendidikan serta prospek pelaksanaannya dalam kurikulum masa depan.

130 Masalah Pendidikan Jilid 27 Konsep Pembelajaran Mobile (mLearning) Pembelajaran Mobile atau mobile learning merupakan satu langkah ke hadapan dalam perkembangan pembelajaran elektronik (eLeaming) (Fagerberg, Rekkedal, & Russell, 2002). Dengan penghasilan alat komunikasi mudah alih, pakar pendidikan cuba mengambil inisiatif untuk mengaplikasikan penggunaan alat tersebut dalam pengajaran dan pembelajaran. Sebilangan penyelidikPembelajaran Mobile mengatakan bahawa peralatan mobile membolehkan pclajar berkongsi maklumat, menyelaraskan tugas-tugas mereka secara lebih luas dan berfungsi dengan lebih berkesan dalam situasi yang memerlukan kerjasama antara ahli (Chien, 1997; Coil, 1998; Nulden, 1999,2000; Jimenez et al., 2003; Sharples, 2000a; Sharples et al., 2000b). Pelbagai pandangan telah dikemukakan tentang definisi Pcmbelajaran Mobile. Antaranya mengatakan Pembelajaran Mobile (mLearning) merupakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang dikenali sebagai pembelajaran melalui peralatan komputer (Quinn, 2000), kandungan pengajaran berasaskan jaringan (Malinen, Kari, & Tiusanen, 2003), jaringan-pembelajaran tanpa wayar (wireless network-learning) (Boerner, 2002) ataukurikulum berasaskan teknologi (Anderson, 2002; Milrad, 2002). Dalam laporan penyelidikan bertajuk A Glance at the Future, (Mobile Education, 2003) definisi pembelajaran mobile adalah seperti berikut: mLearning is learning that can take place anytime, anywhere with the help of a mobile computer device. The device must be capable of presenting learning content and providing wireless two-way communication between teacherts) and studenus). Typically, an educational organization administrates both the course content and the communication services. Pendapat yang sarna dinyatakan oleh Chabra dan Figueiredo (2002) serta Harris (2001) yang mengatakan Pembelajaran Mobile ialah kebolehan menerima pembelajaran pada bila-bila masa, di mana-mana juga, dan dengan apa-apa peralatan sekaJipun. Lehner, Nosekabel dan Lehmann (2001) berpandangan terdapat dua kekuatan dcngan Pembelajaran Mobile ini iaitu "anytime, anywhere learning and teaching while doing." Lehner et al. (2001) berpendapat definisi Pembelajaran Mobile meliputi dua aspek iaitu: Semua perkhidmatan yang berkaitan termasuk peralatan mobile atau bangunan yang infrastrukturnya bersifat tanpa wayar (wireless)

Masalah Pendidikan Jilid 27 Definisi yang memberi fokus kepada kandungan atau maklumat elektronik

l31

Clarke (2001) berpendapat dengan Pembelajaran Mobile pelajar boleh mendapatkan nota kuliah dari jarak jauh, mengakses tugasan di mana jua dan pada bila-bila mas a, bekerjasama dalam waktu yang sesuai dengan pelajar lain, selalu dapat menghubungi guru, dan juga dapat mengakses bahan-bahan penyelidikan kc jangkauan yang lebih luas dari perpustakaan. Definisi yang dibincangkan di atas menunjukkan bahawa Pembelajaran Mobile adalah satu bentuk pembelajaran yang menggunakan teknologi mudah alih atau di tempat di mana infrastrukturnya membolehkan penggunaan teknologi tanpa-wayar serta memfokus kepada penghanlaran kandungan pembelajaran melalui peralatan elektronik mudah alih (Saedah Siraj, 2002, 2004). Pembelajaran Mobile adalah satu bentuk pembelajaran yang tidak terikat kepada tempat dan masa. Peralatan teknologi mudah alih yang bersaiz lebih kecil seperti PDA (Personal Digital Assistant), Compaq iPaq, laptop, wireless screenphone HS21O. smart phone R380 dan sebagainya digunakan sebagai alat pengajaran dan pembelajaran bagi menyampaikan dan mendapatkan maklumat. Nota kuliah atau kandungan pembelajaran boleh dipindahkan secara synchronization melalui komputer peribadi kcpada peralatan teknologi mudah alih. Kandungan kurikulum yang diperlukan dalam Pembelajaran Mobile mempunyai potensi tidak berubah dibandingkan dcngan pernbelajaran yang rnenggunakan pendekatanpendekatan yang lain, tetapi corak penyampaian kandungan atau bahan yang perlu diubahsuai mengikut jenis teknologi mobile yang bakal digunakan. Rangka masa pengajaran dan pembelajaran, aktivitiaktiviti yang akan dijalankan, jadual pertemuan, bahan-bahan tambahan dan cara penghantaran kerja rumah dan tugasan juga memerlukan pengubahsuaian. Memandangkan segala perancangan tersebut memerlukan masa danjurnlah peruntukan yang agak tinggi adalah dijangkakan Pembelajaran Mobile hanya boleh dilaksanakan selepas perancangan yang teliti. Bagaimana pun dengan perkembangan pesat teknologi dalam tahun 1980-an sehingga kini serta penggunaan WWW dan Internet yang begitu tinggi memberi ruang kepada corak pembelajaran yang menggunakan Pembelajaran Mobile berkembang dengan baik. Kajian tentang Pembelajaran Mobile Oleh kerana Pembelajaran Mobile merupakan perkembangan baru dalam dunia teknologi pengajaran, jumlah universiti dan institusi yang melaksanakannya

132 Masalah Pendidikan Jilid 27 masih kecil, Bagaimanapun kebanyakan kajian berkaitan memberikan maklumbalas yang positif untuk pelaksanaan Pembelajaran Mobile di sekolah dan peringkat pengajian tinggi. Sudah sampai waktunya bentuk pembelajaran baru ini diterima pakai dalam tempoh terdekat termasuklah bagi negara-negara sedang membangun. The Leonardo Da Vinci Project (2002) melaporkan lebih 500,000,000 orang di seluruh dunia menggunakan telefon bimbit Ericsson dan Nokia. Anggaran satu bilion telefon bimbit dipakai dalam 6 bilion penduduk di dunia sekarang. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Ericsson pada pertengahan tahun 2001 menunjukkan negara Cina merupakan pengguna telefon bimbit terbesar di dunia dengan jumlah 170,000,000 mengatasi USA dan Jepun. The Leonardo Da Vinci Project (2002) membuat kesimpulan teknologi mobile telah melimpah ruah dan sudah sampai waktunya peralatan ini diaplikasikan kepada pembelajaran mobile dengan bukti yang diberikan di bawah ini: Lebih 50 peratus pekerja masakini mcnggunakan separuh daripada masa bekerja di luar pejabat. Lebih daripada 75 peratus penggunaan Internet akan dikendalikan dengan menggunakan platform tanpa wayar dalam tahun 2002. Peralatan mobile akan melebihi jumlah PC dalam tahun 2002 dan akan terus meningkat sehingga mencapai 1 bilion setahun berikutnya. Lebih daripada 525 jenis telefon yang boleh melayari web akan dikcluarkan pada 2003. Pasaran dunia perdagangan mobile akan mencapai USD200 bilion pada 2004. Terdapat lebih daripada 1 bilion pengunjung wireless Internet di seluruh dunia pacta 2005.

Projek mLearning oleh Learning and Skills Development Agency (LSDA), yang disokong oleh European Union Information Society Technologies Programme membabitkan konsortiurn Cambridge Training and Development (UK), Ultralab at Anglia Polytechnic University (UK), Center for Research in Pure and Applied Mathematics di University of Salerno, Itali dan syarikat eLearning Lecando AB, Sweden, telah menjalankan kajian pada Disember 2001 sehingga Januari 2002 di tujuh tempat termasuk pusat membeli belah, pusat rekreasi dan tempat kcrja, Kajian tersebut melaporkan 57% yang menggunakan telefon bimbit bcrpendapat kchidupan mereka telah berubah; 50% menggunakan telefon untuk bermain games dan berjaya mempertingkatkan tahap membaca atau ejaan; suka menggunakan telefon bimbit untuk mempelajari matematik; 89% mengatakan dengan menggunakan telefon bimbit mereka tidak bimbang tentang kesihatan dan keselamatan mereka.

Masalah Pendidikan Jilid 27 133 Projek Ericsson dalam Mobile Learning Pilot Project (Roberts et al., 2003) telah menjalankan eksperimen mengenai keberkesanan penggunaan dan keupayaan teknologi mobile PDA dan laptop dikalangan pelajar Tahun Satu kolej perakaunan di Kanada. Seramai 300 pelajar terlibat dan mereka dibahagikan kepada kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan. Seramai empat orang pensyarah telah menyediakan kandungan dan pengajaran. Berdasarkan keputusan soalselidik di akhir semester, kesemua pelajar bersetuju bahawa kandungan digital membantu mereka dalam mempelajari perakaunan. Kumpulan pelajar yang menggunakan PDA mengatakan intensive exercises sangat berguna. Pensyarah juga berpendapat penggunaan PDA dan laptop mempertingkatkan pembelajaran-kendiri di kalangan pelajar dan mempertingkatkan coaching role bagi pensyarah. The Leonardo Da Vinci Project (2002) adalah satu program untuk masyarakat Eropah yang bertuiuan membantu strategi latihan negara dengan memberikan bantuan kewangan kepada projek perkongsian di negara-negara berkaitan bagi meninggikan kualiti dan membangunkan inovasi latihan vokasional tanpa mengira taraf sosio-ekonomi. Beberapa penyelidikan telah dijalankan dan mendapati kesan yang positif terhadap pembelajaran dengan menggunakan teknologi mobile. Penggunaan Compaq iPaq, telefon R520 dan smart phone R380 yang bersaiz kecil dan mudah alih menambah motivasi dan mempertingkatkan keberkesanan pengajaran. Selain itu, terdapat juga beberapa projek lain di seIuruh dunia (Keegan, 2002) seperti projek UniWap yang dijalankan oleh University of Helsinki, Finland (lihar http://okhelsinki.fi/sivut/inenglish/background. html); projek Handler oleh University of Birmingham, Great Britain (lihat, www.eee.bham.ac.uk/handier/default.asp); projek HICE oleh University of Michigan, USA (lihat, www.handheld.hice-dev.org) dan projek Mobile Learning oleh Northern Alberta Institute of Technology, Kanada (lihat, www.nait.ab.ca/ Mob ileL earning). Banyak eksperimen telah dijalankan di peringkat sekolah dan juga institusi pengajian tinggi seluruh dunia. Green (2001) tclah menjalankan kajian bagi me1ihat kesan penggunaan komputer laptop dengan kelengkapan perkakasan tanpa wayar di Latrobe High School. Hasilan kajian tersebut menunjukkan bahawa guru te1ah melaporkan penggunaan teknologi baru ini telah membawa pcrubahan yang memberangsangkan dalam bilik darjah serta menambah kekerapan pembelajaran kolaboratif, peningkatan pembelajaran inkuiri dan pembelajaran kendiri di kalangan pelajar, Robb (2001) teIah membuat eksperimen ke atas 450 orang pelajar gred 9 di River Hill High School untuk melihat kesan penggunaan PDA yang dilengkapi dengan penyambungan ke WWW, e-mail, kalkulator grafik, carnus. thesaurus, e-book dan kandungan pelajaran. Hasilan kajian menunjukkan

134 Masalah Pendidikan Jilid 27 pelajar lebih banyak melibatkan diri dalam menulis dan memperlihatkan sikap yang lebih tekun. Ibu bapa dapat membantu pclajar mcmbuat kerja rurnahkerana kandungan daripada PDA boleh di pindahkan ke komputer di rumah. Pehkonen dan Turunen (2004) telah menjalankan kajian kes dengan menggunakan teknik Delphi untuk meninjau masa depan Pembelajaran Mobile. Hasilan konsensus pakar, kajian tersebut mengenal pasti enam senario terhadap masa depan Pembelajaran Mobile: Satu penyelesaian yang kolaboratif terhadap pengendalian pengetahuan dan pembelajaran; Perkhidmatan penyampaian yang pantas; Aktiviti penilaian yang kolaboratif berasaskan bahan pembelajaran; Permainan simulasi yang menggalakkan pembelajaran penyelesaian masalah; Bidang pengajian yang bergabung dengan suasana pembelajaran bersemuka serta dibantu oleh perala tan mobile; dan Sebagai agen dan tutorial yang berasaskan network-based intelligence.

Kumpulan penyelidik Projek mLcarning Universiti Malaya (Saedah Siraj et aI., 2002) telah menjalankan kajian peringkat awal terhadap kemungkinan pelaksanaan Pembelajaran Mobile di Malaysia dan bcberapa negara di Asia. Salah satu kajian yang telah dijalankan ialah Penilaian Program Pembelajaran Mobile di sebuah sekolah di Kuala Lumpur (NorlidahAlias, 2003). Seramai lima orang pelajar sekolah rendah telah diberikan komputer laptop yang dilengkapkan dengan perkakasan tanpa wayar untuk akses kepada WWw, e-mel dan lainlain. Pelajar diberi masa satu minggu untuk menggunakan alat tersebut serta menggunakannya untuk pembelajaran dimana-mana pun dan pada masa yang sesuai. Kandungan pelajaran bagi mata pelajaran Sains Tingkatan I telah diambil daripada Portal Pendidikan Planetklik untuk digunakan sebagai kandungan kurikulum dalam tempoh tersebut. Hasilan temubual berstruktur dengan pelajar selepas kajian menunjukkan pelajar rnenggemari pcndekatan Pembelajaran Mobile dan peningkatan pcmbelajaran adalah menggalakkan. Walaupun kandungan bahan yang diberikan adalah lebih tinggi dari gred 6, tetapi pelajar dapat menjawab soalan dengan baik. Kajian tersebut juga menunjukkan interaksi dengan guru melalui e-mel juga menambah motivasi untuk belajar. Pada keseluruhannya, dapatan-dapatan kajian yang menunjukkan kesan positif terhadap penggunaan Pembelajaran Mobile dalam pengajaran dan pembelajaran merupakan satu indikator baru kepada perubahan pendidikan yang begitu ccpat dalam milenium bam ini.

Masalah Pendidikan Jilid 27 135 Kelebihan Pembelajaran Mobile Corak pendekatan baru Pembelajaran Mobile boleh diaplikasikan bukan sahaja kepada situasi pembelajaran bagi mereka yang sedang atau telah bekerja, tetapi juga kepada situasi di sekolah rendah dan peringkat menengah. Secara umumnya pcnggunaan peralatan dalam Pembelajaran Mobile yang lebih meluas kepada semua golongan akan membantu membanteras buta huruf di kalangan masyarakat kawasan ban dar mahu pun luar bandar. Sifatnya yang mobile atau bentuk pembelajaran yang tidak terhad pada tempat dan masa memberi peluang kcpada semua golongan untuk menyambung pengajian dan pcmbelajaran mereka. Pelaksanaan Pembelajaran Mobile akan membantu mengurangkan kadar buta huruf bagi negara-negara kurang maju. Bagi negara yang mempunyai jumlah penduduk yang tinggi dan juga negara miskin, pembangunan pendidikan memerlukan perbelanjaan yang besar terutama untuk membangunkan infrastruktur, kelengkapan pendidikan dan pembayaran gaji pekerja. Oleh kerana peralatan mobile dibuktikan lebih murah untuk digunakan dalam pendidikan, maka pendekatan pembelajaran jenis ini lebih sesuai diaplikasikan untuk membantu peningkatan celik huruf di negara-negara membangun. Peralatan Pembelajaran Mobile boleh dihubungkan dengan komuniti yang tidak boleh menerima tenaga elektrik terutama di kawasan luar bandar. Penduduk tersebut boleh menggunakan tenaga solar seperti telefon solar dan komputer yang beroperasi dcngan menggunakan tenaga solar. Oleh itu komuniti luar bandar yang tinggal di pedalaman, kawasan bergunung-ganang, gurun, pulau terpencil dan hutan rimba boleh melanjutkan pelajaran mereka sehingga ke peringkat tinggi. Beberapa kajian telah membuktikan Pembelajaran Mobile sesuai digunakan untuk pendekatan pembelajaran bagi mereka yang belajar sambil bekerja. Oleh itu Pembelajaran Mobile boleh menggalakkan peluang pembelajaran sambil bekerja dan juga pembelajaran sepanjang hayat. Pendekatan ini menjimatkan kos dari segi ternpat tinggal dan menjimatkan masa dan tenaga berulang alik dari tempat tinggal ke institusi pendidikan. Selaras dengan itu, institusi pengajian tinggijuga dapat mengatasi kekurangan temp at untuk pelajar universiti dan juga kekurangan dari segi prasarana. Fenomena inijuga akan mengurangkan masalah tenaga pengajar.

136 Masalah Pendidikan Jilid 27 Selain daripada menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat bagi mereka yang bekerja, Pembelajaran Mobile boleh memperluas peluang pendidikan bagi kanak-kanak yang kurang upaya kerana cacat atau sakit berpanjangan dan juga membuka peluang yang lebih luas kepada wanita yang menjaga dan memelihara anak di rumah untuk melanjutkan pelajaran. Berbanding dengan pedagogi tradisional, Pembelajaran Mobile menyediakan ruang komunikasi yang lebih mudah dan cepat. lni memberi peluang kepada pelajar melibatkan diri secara fizikal dan mental dalam pembelajaran. Oleh kerana sifat pembelajarannya lebih memberi pertimbangan kepada keupayaan dan kesediaan kendiri, Pcmbelajaran Mobile membolehkan pelaksanaan penilaian segera dan dinamik terhadap kemajuan pelajar. Selain membenarkan pelajar mengambil dan mengkaji nota mengikut masa dan kesesuaian mereka sendiri, peralatan mobile mudah dibawa ke mana-mana untuk aktiviti pembelajaran seperti program membaca, lawatan luar, penulisan dan kewartawanan. Peralatan mobile seperti PDA, komputer mudah-alih dan lainlain adalah kecil dan senang dibawa serta menjimatkan kegunaan kuasa elektrik. Melalui sistem penghantaran nota atau kandungan pelajaran rnelalui talian mahupun tanpa wayar, kos pengendalian percetakan, penduaan dan pengedaran nota dalarn bilik darjah juga dapat dikurangkan. Aplikasi modul yang fleksibel ini sebenarnya boleh membantu sekolah mengatasi masalah pelajar ponteng dan ketidakserasian pelajar dengan guru. Dengan penggunaan Content Management System (eMS) bagi penghantaran kandungan kursus atau matapelajaran via peralatan pembelajaran mobile (PDA, komputer laptop dan lain-lain) kepada pelajar, sistem pembelajaran akan dapat mengatasi perkaraperkara berikut: Pensyarah atau guru perlu hadir di dalam kelas untuk menyampaikan kandungan kursus atau mata pelajaran; Waktu yang khusus diperlukan untuk penyampaian kandungan; dan Penyarnpaian kandungan terhad kepada sejumlah pelajar dan terhad kepada ruang khusus yang disediakan seperti jumlah kerusi meja dan sebagainya.

Prospek Pembelajaran Mobile dalam Kurikulum Masa Depan Melihat perkembangan teknologi telekomunikasi yang begitu pesat, Pembelajaran Mobile mempunyai masa depan yang amat cerah. Bagaimanapun, ia tidak boleh dilaksanakan dalam waktu yang terdekat untuk negara kita memandangkan

Masalah Pendidikan Jilid 27

137

perkembangan penggunaan alat teknologi dan aplikasi Internet dalam pembelajaran belum lagi meluas. Kementerian Pendidikan telah rnelaporkan bahawa kursus-kurus Infonnasi Maklumat dan Teknologi telah ditawarkan dalam program latihan guru pra-perkhidmatan dan juga program latihan dalam perkhidmatan, Kursus-kursus tersebut bertujuan menghasilkan guru-guru yang celik teknologi rnaklurnat dan mampu mengaplikasikan penggunaan komputer dalam pengajaran mereka (Ministry of Education Malaysia, 1999). Penyediaan prasarana di peringkat sekolah seluruh negara merupakan agenda yang berterusan. Sekolah-sekolah telah dibekalkan dengan komputer, laptop dan cakera padat yang mengandungi program pengajaran mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik sekolah rendah mulai tahun 2004. Dari segi portal pendidikan juga, terdapat portal-portal untuk pelajar dan guru yang telah disediakan oleh organisasi tertentu bagi rnembantu proses celik teknologi maklumat di negara ini. Portal-portal seperti Portal Kakak Tua, Epelajar, CikguNet, getCyberEd, mySchoolnet, dan Portal Pendidikan Utusan yang terdapat dalam Bahasa Melayu dan bersifat tempatan boleh membantu pelajar mempertingkatkan keupayaan pembelajaran secara tali an elektronik. Perkernbangan tersebut menunjukkan rakyat Malaysia telah bersedia untuk menerima perubahan teknologi terkini dalam pendidikan. Potensi negara Malaysia untuk melaksanakan kurikulum Pembelajaran Mobile adalah besar dan dijangka dalam tempoh 5 hingga 7 tahun lagi Pembelajaran Mobile akan menjadi salah satu pendekatan pengajaran dalam kurikulum di Malaysia. Bagi menentukan kejayaan pelaksanaan Pembelajaran Mobile dalam kurikulum pada masa depan, empat komponen teknikal yang asas perlu diperkenalkan seperti berikut: Content Management System dan produk berkaitan - Software Development Kit - pakej bandwidth-intensive video, audio dan kandungan kursus/mata pelajaran untuk penyampaian pembelajaran secara interaktif; Kelengkapan hardware dan networking berwayar atau tidak berwayar bagi membolehkan sambungan ke Internet atau sumber ilmu; Net meeting - untuk menyokong pembelajaran secara kolaboratif;dan Personal Digital Assistants (PDA), laptop. Compaq i-Paq atau lain-lain alat teknologi mobile dengan portable keyboard yang boleh digunakan oleh pelajar untuk mengakses nota, tugasan atau kerja rurnah dari guru, menerima e-mel dan menjalani ujian.

138 Masalah Pendidikan Jilid 27 Pembelajaran Mobile bukanlah satu revolusi teknologi yang baru, tetapi adalah kesinambungan dari corak pembelajaran yang menggunakan WWW dan Internet yang tidak balch ditolak kehadirannya dalam dunia pendidikan. Oleh itu, para perancang kurikulum perlu mengambilnya sebagai satu trend yang rnemerlukan perancangan teliti untuk masa depan (Saedah Siraj, 2001). Terdapat satu kelainan jika dibandingkan dengan cara merancang kurikulum bagi pendidikan sebelum ini iaitu kepelbagaian panel pakar dalam jawatankuasa perancangan. Kurikulum Pembelajaran Mobile perlu direkabentuk dengan campurtangan pakar dalam pembinaan software dan hardware dari bidang Kejuruteraan Komputer. Penggabungan tenaga pakar dalam merancang prasarana, kandungan dan corak penyampaian membolehkan Pembelajaran Mobile dilaksanakan bagi masyarakat Malaysia. Pelaksanaan Pembelajaran Mobile dalam kurikulum masa depan merupakan satu perubahan kepada fungsi guru itu sendiri. Guru tidak lagi mengajar sepanjang minggu di dalam kelas tetapi menjadi pemantau dan pemudahcara di pusat pengajarannya sendiri. Guru dan pensyarah perlu mempunyai kemahiran dalam menggunakan semua peralatan dan juga program-program yang dipakai dalam Pembelajaran Mobile yang membolehkan mereka pada waktu yang sama menjadi mahir dalam merancang arahan kepada aktiviti-aktiviti pembelajaran, Justeru itu, pihak-pihak berkaitan hendaklah merancang lebih awal sebelum datangnya arus teknologi tersebut di negara ini termasuk dari segi latihan dan kursus berkaitan. Rekabentuk kandungan kursus juga merupakan satu isu yang perlu difikirkan dalam merancang kurikulum Pembelajaran Mobile. Pelaksanaan Pembelajaran Mobile tidak boleh dilakukan secara spontan atau dalam jangka pendek kerana merekebentuk pengajaran dan pembelajaran bagi kurikulum mLearning memerlukan masa dengan gabungan pakar dari pelbagai bidang pakar mata pelajaran, pakar Artificial Intelligence, pereka grafik dan lainlain lagi. Satu perancangan rangka kerja bersifat kolaboratif amatlah diperlukan. Rumusan Pembelajaran Mobile adalah sebagai satu alternatif pendidikan dari pelbagai corak pendidikan yang sedia ada dalam negara. Kesesuaiannya ketara bagi pelajar di peringkat universiti dan kolej terutama bagi kursus-kursus yang memerlukan banyak kajian-kajian di luar kampus. Bagi pendidikan sekolah rendah dan menengah, Pembelajaran Mobile sesuai digunakan untuk pelajar-pelajar pintar cerdas yang memerlukan sesuatu yang unik berbanding dengan pembelajaran

Masalah Pendidikan Jilid 27

139

biasa. Bagi pe1ajar-pelajar kurang upaya terutamanya mereka yang tidak boleh hadir ke sekolah, pendekatan sebegini amat berguna. Pembelajaran Mobile adalah satu corak pembelajaran yang lebih menarik dan berkesan bagi remaja yang sukakan cabaran dalam kehidupan, dan mereka yang ingin belajar sambil bekerja seperti peserta kursus vokasional dan teknikal. Pembelajaran Mobile sekiranya dapat dilaksanakan akan membantu rakyat dari semua golongan mempertingkatkan mutu kehidupan dalam era teknologi moden. Rujukan Anderson, C. (2001). GPR and 30 wireless applications: Ultimate guide to maximizing mobile internet technologies. Toronto: Wiley. Anderson, 1. (2002). Revealing the hidden curriculum of eLeaming. Dalam C. Vrasidas, & G.Y. Glass (Eds.), Current perspectives in applied information technologies. Greenwich, CT: Information Age. Boerner, G. L. (2002). The brave new world of wireless technologies: A primer for educators. Syllabus Technology for Higher Education. Dimuat turun pada Jun 20, 2004, daripada http://www.campus-technology.com/article. asp?id=6771 Chabra, 1., & Figueiredo, 1. (2002). How to design and deploy handheld learning. Dimuat turun pada 26 Jun 2004, daripada http://www.empoweringtechnologies.net/eLeaming/ el.earning , expov5 _files/ frame.htm Chien, Cheng-Chih (1997). The effectiveness of interactive computer simulations on college engineering students' conceptual understanding and problemsolving ability related to circular motion. Disertasi kedoktoran, The Ohio State University. Dissertation Abstracts International, 58(07),2589A. Clarke, D. P. (2001). In order for technology to improve learning. it must fit into students' lives, not the other way around. Dimuat turun pada Jun 30, 2004, daripada http://www.techtv.conv'callforhelp/howto/ jump!0.24331.3347882.00.html Coil, R. A. (l998). Multiple intelligences and computer-assisted learning with adult learners: An examination of learner outcomes. Disertasi kedoktoran, The Union Institute University. Dissertation Abstracts International, 58(121), 4523A. Fagerberg, 1., Rekkedal, 1., & Russell, J. (2002). Designing and trying out a learning environment for mobile learners and teachers. Department for Research & Development, NKI Distance Education. Dimuat turun pada Jun 30, 2004, daripada http://www.nettskolen.com/forskning!55/NKI2001mlearning2.html

140 Masalah Pendidikan Jilid 27 Green, M. (2001). The wireless revolution: Latrobe Junior High project. Washington DC: National Education Association. Dimuat turon pada 20 Januari 20, 2004, daripada http://www.nea.org/neatoday/0I03/cover.html Gui Qingyang (2003). mLearning: A new development towards more flexible and learner centered learning. Teaching English with Technology: A Journal for Teachers of English, 3(2). Harris, P. (2001). Goin' mobile: Learning circuits. Dimuat turun pada Jun 26, 2004, daripada http://www.learningcircuit.org.200 11 ju1200 I/harris.html Jimenez, J. E. et a1. (2003). Do the effects of computer-assisted practice differ for children with reading disabilities with and without IQ-achievement discrepancy. Journal of Learning Disbilities, 36(1), 34-37. Keegan, D. (2002). The future of learning: From e-learning to m-learning. Dimuat turun pada Jun 30, 2004, daripada http://www.learning.ericsson.netileonardo/ thebook/chapter4.html#milearn Lehner, F., Nosekabel, H., & Lehmann, H. (2001). Wireless e-learning and communication environment. Germany: University of Regensburg. Malinen, 1, Kari, H., & Tiusanen, M. (2003). Wireless networks and their impact on network-based learning content. Enable Network-Learning. Dimuat turun pada Julai I, 2004, daripada http://www/enable.evitech.fi!enable99/papers/ malinen/ melinen.html Mobile Education. (2003). A glance at the future. Dimuat turun pada J ulai 1, 2004, daripada http.Zwww.dye.no/articles/ aglance _aCthe_future!introduction.html Milrad, M. (2002). Mobile learning: Challenges, perspectives and reality. Kertas kerja The Social Science of Mobile Learning Conference, Institute of Philosophical Research of the Hungarian Academy of Sciences, Budapest. Ministry of Education Malaysia. (1999). Integration of information and communication technologies (ICTs) through teacher professional development and pre-service training. [APEC Country Report]. Norlidah Alias. (2003). Penilaian pelaksanaan program M-Learning di sebuah sekolah rendah di Kuala Lumpur berdasarkan model penilaian Stakes Countenance. Kertas Projek tidak bercetak, Universiti Malaya. Nulden, U. (1999). Thematic modules in Asynchronous Learning Networks: A Scandinavian perspective on the design of introductory course. Journal of Group Decision and Negotiation, 85(5), 391-408. ____ (2000). MobilLearn: Education for mobile people. Proceedings of IRIS 23. Laboratorium for Interaction Technology. University of Trollhattan UddevaIIa, Sweden. Pehkonen, M., & Turunen, H. (2004, Julai 5). A case study on the future mobile work-based learning. Kertas kerja MLEARN 04 Learning Anytime Everywhere International Conference, University of Finland, Tempere, Finland.

Masalah Pendidikan Jilid 27

141

Quinn, C. (2000). Mobile, wireless, in-your-pocket learning. Dimuat turun pada Julai 1, 2004, daripada http://www.1inezine.com/2.l/features/cqmmwiyp. htm Robb, R. (2001). Learning: Taking thefuture in their hands. Dimuat turun pada Julai 1, 2004, daripada http://www.nea.org/neatoday/Ol 05/probsolu.html Roberts, J. et al. (2003). Harvesting fragments of time. Mobile learning pilot project report. Dimuat turun pada Julai 1, 2004, daripada http://www. mcgrawhill.ca/mlearning Saedah Siraj. (2001). Perkembangan kurikulum: Teori dan amalan (Cet. 2.) Selangor: Alam Pintar. _____ (2002). Polisi dan halatuju dasar kurikulum masa depan. Dalam Sufean Hussin (Ed.), Inovasi dasar pendidikan: Amalan perspektifsistem dan inovasi (ms.67-79). Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. _____ et al, (2002). Projek ml.earning. Kertas kerja penyelidikan tidak bercetak, Universiti Malaya. (2003a, Oktober 27-29). ml.earning for future curriculum: Implementation prospects. Kertas kerja The First World Curriculum Studies Conference, East China Normal University, Shanghai, China. (2003b, Mac 25-27). M-Learning curriculum for the future. Keynote address 11 di International Conference on M-Leaming (ICML), Universiti Malaya, Kuala Lumpur. ______ (2004, Mac). At-Learning in curriculum implementation. Kertas kerja Curriculum in the Age of Information and Communication Technology Conference, Iranian Curriculum Development Association, Tehran, Iran. Sayre, C. W (2001). Complete wireless design. NY: McGraw-Hill. Sharples, M. (2000a). The design of personal mobile technologies for lifelong learning. Computers and Education, 34, 177-193. _____ et a1. (2000b). Structured computer-based training and decision support in the Interpretation of neuroradiological images. International Journal of Medical Informatics, 60(30), 228-263. The Leonardo Da Vinci Project (2002). The future of learning: From el.earning to mLearning. Dimuat turun pada Jun 30, 2004, daripada http://learning. ericsson.net/mlearniugz/project , one/book.html Toh, C. K. (2002). Ad hoc mobile wireless networks: Protocols and systems. NJ: Prentice- Hall.

Anda mungkin juga menyukai