Anda di halaman 1dari 6

KAEDAH TUJUK CARA Satu kaedah yang melibatkan guru menunjuk cara sesuatu proses, produk dengan langkah-langkah

h yang sistematik dan jelas. Penunjuk cara perlu membuat persediaan sebelum tunjuk cara, melakukannya dengan jelas dan teratur dan merumus/mengemas selepas tunjuk cara. Penerangan harus spesifik dan mudah difahami. Mengadakan aktiviti pengukuhan atau latihan selepas tunjuk cara. Perlu penyeliaan dan bimbingan semasa latihan pengukuhan. JENIS TUNJUK CARA Model hidup melakukan proses, tingkah laku sebenar atau menunjukkan model/bahan sebenar yang maujud Model simbolik menerangkan proses atau prosedur secara bertulis Model persepsi Menunjukkan satu proses/aktiviti dengan bantuan peralatan seperti video, slaid CIRI-CIRI KAEDAH TUNJUK CARA MELIHAT KEMAHIRAN Guru akan memperlihatkan sesuatu kemahiran kepada pelajarnya. Ini bermakna guru akan memberi penerangan atau penjelaskan semasa aktiviti ditunjukkan. Dengan cara ini, pelajar akan lebih mudah memahami apa yang dipelajari kerana mereka tidak hanya mendengar sebaliknya mereka melalui atau melihat sendiri apa yang berlaku seiring dengan apa yang mereka dengar. PENGLIBATAN PELAJAR Guru boleh melibatkan pelajar dalam aktiviti praktikal sesuatu pelajaran. Pelajar yang mempunyai kemahiran yang baik boleh dijadikan contoh kepada pelajar yang lain. Disamping mendedahkan pelajar dengan realiti sebenar, bakat pelajar juga boleh dikesan dan diasah melalui aktiviti seperti ini. PENGLIBATAN UNTUK MELIHAT DAN MENDENGAR

Guru perlulah memastikan setiap pelajarnya tidak tercicir daripada mendengar atau melihat tunjuk cara tersebut. Seandainya bilangan pelajar adalah ramai dalam satu- satu masa, guru boleh membahagikan pelajar mengikut kumpulankumpulan kecil.

PERKARA YANG PERLU DIBERI PERHATIAN OLEH GURU SEMASA TEKNIK TUNJUKCARA DIJALANKAN. (i) mempunyai kemahiran (ii) peralatan (iii) tempat yang sesuai (iv) kedudukan murid (v) kemahiran/pengetahuan sedia ada murid

KAITAN ANTARA TEORI DAN PRAKTIKAL Kaedah ini berkesan kerana pelajar dapat mengaitkan apa yang dipelajari secara teori dan praktikal. Langkah-kangkah yang perlu dilakukan oleh guru untuk melaksanakan kaedah tunjuk cara ini ialah pada peringkat awal, guru perlu menerangkan dan menunjukkan terlebih dahulu langkah, aktiviti atau peraturan kepada pelajar. Kemudian pelajar perlu memusatkan sepenuh perhatian mereka terhadap apa yang guru perkatakan dan tingkah laku yang ditunjukkan oleh guru. Pemusatan tumpuan ini adalah bertujuan supaya pelajar tidak tertinggal langkah dan penjelasan yang dibuat oleh guru bagi mengelakkan berlakunya kesilapan ketika giliran pelajar membuat aktiviti. Selepas pemerhatian dilakukan, guru boleh meminta beberapa orang pelajar atau setiap pelajar untuk menunjukkan semula cara yang sudah dilakukan oleh guru sebentar tadi. Guru boleh menegur serta-merta jika terdapat sebarang kesalahan pelajar dalam melakukan aktiviti sekali gus menjadi tunjuk ajar kepada pelajar yang lain untuk tidak mengulangi kesalahan yang sama. Bagi aktiviti yang membolehkan kepelbagaian, murid boleh melakukan semula aktiviti sama ada seperti yang ditunjukkan oleh guru ataupun memilih untuk membuat sendiri berdasarkan pengetahuan sedia ada pelajar asalkan selari dengan objektif dan topik pengajaran. KESIMPULAN

Kaedah tunjuk cara adalah salah satu kaedah pengajaran yang membawa pelajar kepada realiti sebenar untuk merasai dan melalui apa yang dipelajari. Dan apa yang dilalui ini akan menjadi pengalaman yang begitu mendidik pelajar supaya mampu diaplikasikan apa yang dipelajari ke dalam kehidupan seharian dan dalam lapangan masyarakat.

Falsafah pendidikan kebangsaan dan hubungannya dengan pendidikan jasmani --> Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dulunya disebut Falsafah Pendidikan Negara (FPN) merupakan dasar kepada pendidikan di Malaysia. --> Hal ini bermakna, semua aktiviti pendidikan dan persekolahan di Malaysia mestilah selaras dengan FPK ini. --> Justeru setiap bakal guru di Malaysia diwajibkan membaca, memahami dan mengingati falsafah ini agar setiap tindakan mereka melalui proses pengajaran dan pembelajaran sentiasa berada dilandasan yang betul. --> Intipati utama dalam FPK ini ialah melahirkan insan seimbang dari segijasmani, emosi, rohani, intelektual, dan Sosial yang sering disebut oleh guru-guru sebagai JERIS. --> Perlu diingat bahawa tidak ada yang lebih utama antara kelima-lima unsur tersebut, yakni tidak boleh dikatakan jasmani lebih penting daripada intelek atau sebaliknya. --> Pendidikan Jasmani bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan. --> Mata pelajaran Pendidikan Jasmani menekankan gaya hidup yang sihat dan aktif. Pendekatan yang dicadangkan bagi mata pelajaran ini ialah pembelajaran melalui kegiatan Pendidikan Jsamani yang merangkumi tiga aspek penting iaitu; 1) penglibatan murid secara aktif dan selamat 2) interaksi yang kreatif dengan rakan, bahan, dan alat. 3) penyimpanan rekod kegiatan murid sebagai bukti pembelajaran.

TAJUK 4 ::: HURAIAN DAN TAFSIRAN SUKATAN PELAJARAN PJ KBSR

Konsep kesepaduan, penggabungjalinan dan integrasi dalam pendidikan jasmani --> Bersepadu dan kesepaduan bermaksud bersatu, bercantum, dan bersama ; bukannya terpisah, terasing, tercerai atau terpencil. --> Kesepaduan - keadaan bersepadu, perihal bersepadu menjadi kesatuan yang utuh (Kamus Dewan Edisi 4, Halaman 1112,Baris 16).

Konsep kesepaduan dalam P&P --> Kesepaduan merupakan perjalinan dan pengadunan unsur-unsur ilmu pengetahuan kemahiran , bahasa serta nilai-nilai dalam semua matapelajaran secara integrasi dan menyeluruh. --> Kesepaduan merupakan penjalinan dan pengaduan unsur2 ilmu pengetahuan kemahiran bahasa serta nilai2. --> Guru mestilah menekan aspek kesepaduan dalam merancang strategi pembelajaran. Contohnya : a) Pengajaran Geografi atau Sains pendekatan pengajaran semata mata tertumpu kepada kemahiran. --> Unsur kekerapan nilai nilai murni atau bahasa Melayu merentas kurikulum tidak dimasukkan. --> Ini tidak ada kesepaduan. Antara teknik yang terkini digunakan bagi membolehkan kesepaduan berlaku ialah 1) Penggabungjalinan --> Rasionalnya beberapa kemahiran dapat diperoleh secara serentak dan terpadu. Contohnya : a) Guru mengajar pergerakan kreatif dan pada masa yang guru menggabungkan muzik. Oleh itu murid dapat mempelajari rentak atau irama muzik yang sesuai untuk dipadankan dengan pergerakan kreatif. 2) Penyerapan --> Proses menyatukan isi atau kandungan daripada mata pelajaran lain. Contoh : a) Topik pengiraan BMI dalam Pendidikan Jasmani. Maka penyerapan Matematik dalam Pendidikan Jasmani. 3) Cara Pelaksanaan --> Kesepaduan dari segi bahan pengajaran dan pembelajaran. Contoh : a) Bahan pengajaran dan pembelajaran digunakan untuk sama untuk beberapa permainan tertentu. b) Aktiviti yang guru jalankan menggunakan bentuk aktiviti yang menarik dan diolah mengikut kemampuan dan tahap murid itu sendiri. --> Kesepaduan yang berbentuk intra (berlaku dalam satu mata pelajaran) Contoh : a) ilmu pengetahuan bercantum dengan kemahiran dalam satu mata pelajaran. b) Dalam PJ, mengajar kemahiran bola sepak dan menyelit nilai murni dan moral. c) Bagi menjamin perkembangan JERIS murid.

--> Kesepaduan yang berbentuk inter(yang berlaku dengan menggabungkan pengetahuan atau pengetahuan denga mata pelajaran lain). Contoh; a) Dalam PJ sekolah rendah ada tajuk mengenali bahagian tubuh kita. Di sini pergabungan dengan subjek sains. --> Kesepaduan antara aspek teori dengan amali. Contoh : a) PJ yang teori yang terkandung buku juga bersepadu dengan amali yang sediakan unruk murid murid. --> Kesepaduan di antara aktiviti kokurikulum dengan aktiviti kurikulum. Contoh : a) PJ yang ada mengajar tajuk kemahiran asas olahraga seperti lari lompat berpagar. Ini bercantum dengan aktiviti kokurikulum di sekolah seperti persatuan olaharaga. --> Kesepaduan di antara aktiviti di dalam bilik darjah dengan luar bilik darjah. Contoh : a) Aktiviti berdasarkan teori dan pengenalan dilakukan di dalam kelas dan kesinambungannya di luar bilik darjah. b) Pengenalan aktiviti pengajaran di dalam kelas adalah asas dan sejajar dengan aktiviti di luar bilik darjah. c) Aktiviti yang dilakukan di luar bilik darjah lebih secara praktikal dan amali, oleh itu murid dapat ekplorasi aktiviti dengan lebih baik. --> Kesepaduan dalam strategi pengajaran dan pembelajaran. Contoh : a) Strategi diatur terlebih dahulu sebelum pengajaran dan pembelajaran dilakukan dalam rancangan pengajaran harian. b) Teknik dan strategi sesuai dengan jenis aktiviti, bahan bantu pengajaran dan tajuk pengajaran. ================================================================== ====================== Tunjang pembelajaran pendidikan jasmani Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani disusun mengikut tiga tunjang utama iaitu : 1. Kecergasan Konsep tunjang ini menitikberatkan keupayaan murid melakukan aktiviti fizikal secara berterusan tanpa merasa lesu. Tumpuan diberi kepada komponen kecergasan fizikal berasaskan kesihatan dan perlakuan motor.

2. Kemahiran Konsep tunjang ini menitikberatkan keupayaan murid melakukan kemahiran daripada aspek pergerakan otot besar dan otot halus.Tumpuan diberi kepada kemahiran asas dalam permainan, olahraga, gimnastik, pergerakan kreatif dan rekreasi. 3. Kesukanan Konsep tunjang ini menitikberatkan kefahaman dan pengetahuan bagi mengukuhkan amalan pendidikan jasmani dan sukan. Tumpuan diberi kepada aspek keselamatan, pengurusan, kerjaya, etika dan isu-isu dalam pendidikan jasmani dan sukan.

Anda mungkin juga menyukai