Anda di halaman 1dari 4

Peranan Generasi Muda Dalam Pembangunan Negara Lebih separuh abad kita menghela nafas kemerdekaan, namun remaja

yang merupakan bakal tunjang negara masih terbelenggu oleh pelbagai kemelut sosial. Ternyata mentaliti remaja di negara kita belum lagi mengalami anjakan paradigma selaras dengan arus pembangunan negara kita. Menurut kata mutiara sarjana, Jika ingin melihat masa hadapan sesebuah negara, lihatlah remajanya p ada hari ini. Presiden Soekarno pernah mengungkap, Berikan saya 10 orang belia waja, nescaya akan saya gegarkan dunia. Ternyatalah di sini bahawa remaja yang berkualiti dapat memperkasakan kegemilangan nusa dan bangsa. Oleh itu, setiap remaja perlu memainkan peranan mereka dengan penuh tanggungjawab untuk merencanakan pembangunan negara. Peranan signifikan remaja ialah mereka perlu belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai kecemerlangan dari aspek akademik. Kecemerlangan akademik merupakan salah satu elemen yang maslahat untuk melahirkan remaja yang berkualiti demi kepentingan negara. Intelek merupakan faktor perdana untuk menjana kecemerlangan tamadun bangsa. Sehubungan dengan itu, remaja kita perlu proaktif menimba ilmu bukan sahaja di dalam kelas tetapi juga menuntut segala pengetahuan, terutamanya ilmu Sains dan Matematik melalui pelbagai wahana, seperti membaca buku, melayari lebuh raya maklumat di dunia maya dan sebagainya. Ketekunan dan inisiatif merupakan prasyarat untuk mencapai kecemerlangan akademik dan akan menjauhi gelaran katak di bawah tempurung. Remaja juga tidak harus terbuai dalam dunia yang mengalpakan, iaitu terlalu khusyuk dalam dunia hiburan atau mengamalkan hedonisme. Ingatlah peribahasa, ikut hati mati, ikut rasa binasa. Tegasnya, tanpa remaja yang bijak pandai maka pembangunan negara akan terbantut. Walau bagaimanapun, kecemerlangan akademik semata-mata tidak dapat menjamin pembangunan negara jika remaja kita tidak memiliki kesihatan fizikal dan mental. Remaja yang ingin membangunkan negaea perlu memiliki kekuatan fizikal dan mental untuk menempuhi segala kekangan. Pada alaf baharu yang penuh dengan kompetitif, remaja kita perlu memiliki kecergasan fizikal dan bersemangat waja diri tanpa mengenal istilah putus asa supaya dapat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan remaja di negara maju. Untuk mencapai kesihatan fizikal dan mental, remaja kita patut mengamalkan pemakanan seimbang, menjaga kebersihan diri dan persekitaran, bersenam, bersukan, beriadah dan tidak terlibat dalam pelbagai angkara sosial seperti minum arak, merokok, kegiatan maksiat, najis dadah dan lainlain lagi kerana terlajak perahu boleh diundur, terlajak laku buruk padahnya. Remaja kita harus sedar bahawa kesihatan merupakan aset yang tidak ternilai. Tanpa kesihatan, segala-galanya tidak lagi membawa makna. Hal ini sangat bertepatan dengan slogan rakyat sihat, negara maju. Jadi, remaja yang sihat dan mempunyai jati diri yang mapan baru dapat melaksanakan pembangunan negara. Selain itu, remaja juga mestilah memiliki etika atau personaliti yang luhur. Remaja kita harus disuntikkan ajaran agama dan nilai moral sejak kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Lantaran itu, ibu bapa dan pihak sekolah memainkan peranan yang penting untuk mendidik remaja menjadi modal insan kelas pertama yang berakhlak mulia dan berjati diri unggul. Selain menitikberatkan ajaran agama dan pendidikan moral, remaja kita harus dibimbing supaya melakukan kerja amal dan memberikan khidmat sosial, misalnya bergotong-royong, menziarahi rumah kebajikan orang-orang tua dan kanak-kanak yatim, mengutip derma untuk membantu mangsa bencana alam serta terlibat dalam pelbagai aktiviti sukarela. Remaja yang dangkal imannya sudah pasti akan terjerumus ke dalam kebejatan sosial. Dengan kata lain, remaja berkepemimpinan harus bersahsiah mulia, berinsaniah, berbudi bahasa dan berkasih sayang agar dapat melahirkan negara yang maju sama ada secara luarannya dan dalamannya pada suatu hari nanti. Seperkara lagi, remaja juga perlu kreatif dan inovatif untuk memacu pembangunan negara yang gemilang. Hal ini terjadi demikian kerana hanya mereka yang sentiasa berani berkreatif dan mempelopori bidang yang baharu dapat mengecapi kejayaan yang terbilang. Dalam industri teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), umat yang gigih dan berani mencuba sesuatu yang baharu akan menikmati buah kejayaan yang manis. Rentetan daripada itu, remaja kita harus dilatih supaya berani berimaginasi dan berkhayal tetapi disusuli dengan aplikasi yang teratur. Ibu bapa harus memberikan sokongan yang padu dan galakan yang tidak terhingga jika anak mereka melontarkan impian mereka. Namun demikian, impian itu bukan rekaan Mat Jenin yang tidak berasas tetapi perlu disokong dengan praktikalnya. Dalam konteks ini, penglibatan remaja dalam pelbagai bidang sama ada kebudayaan, sukan, kepimpinan atau keusahawanan berupaya menjanakan kreativiti dan inovasi remaja. Pendek kata, pembangunan negara akan tercapai jika negara kita mempunyai barisan pelapis negara yang kreatif dan inovatif. Akhir sekali, remaja juga dapat memainkan peranan mereka untuk membangunkan negara dengan memiliki sikap keterbukaan. Hal ini kerana apabila golongan ini mempunyai sifat sedemikian, mereka lazimnya dapat menerima teguran dan pandangan orang lain. Dalam nada yang serupa, remaja seumpama ini dapat memberi kesan kepada negara kita. Mereka dapat menjamin kestabilan politik, ekonomi dan sosial negara. Mereka akan menjadi pendukung untuk mencapai perpaduan negara atau integrasi nasional demi mewujudkan kesejahteraan sosial. Mereka sentiasa mengamalkan sikap toleransi dan bertolak ansur untuk mencapai misi dan visi negara iaitu semua rakyat perlu bersatu padu di bawah satu bumbung yakni, satu bangsa satu bahasa dan satu negara. Maka, sifat keterbukaan remaja sudah pasti dapat memudahkan mereka menjadi pemimpin yang mampu membangunkan negaranya dengan penuh komited dengan dipayungi perpaduan antara rakyatnya. Intihanya, semua remaja mempunyai tanggungjawab dan obligasi masing-masing untuk menjana pembangunan negara kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Remaja sebagai tunjang yang bakal menerajui kepimpinan negara kita haruslah merdeka daripada belenggu angkara sosial. Hanya remaja yang berkualiti akan memangkinkan kecemerlangan negara. Jika remaja kita tidak diasuh, dibimbing dan dididik dengan kamil, tidak mustahil segala aspirasi negara hanya sekadar imaginasi semata-mata dan tidak dapat menjadi realiti. Oleh itu, remaja kita perlu terjaga daripada lena dan keasyikan serta melengkapkan diri dengan ciri-ciri yang mulia supaya dapat menempatkan diri sebagai modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Semoga negara kita dapat berdiri dengan gah di pentas antarabangsa bergandingan dengan negara maju yang lain dan terkenal di seantero dunia.

Peranan Golongan Remaja Dalam Pembangunan Negara

Pemuda Harapan Bangsa, Pemudi Tiang Negara. Inilah cogan kata yang sering diungkapkan serta selalu meniti di bibir -bibir segenap lapisan masyarakat terutamanya golongan pemimpin tertinggi negara. Golongan pemuda dan pemudi pada zaman dunia tanpa semadan ini merupakan oengerak kepada peningkatan dan pembangunan negara. Mereka ialah golongan yang akan memacu negara ke arah yang lebih moden dan maju pada masa akan datang. Oleh yang demikian, sebagai seorang remaja, saya mempunyai peranan dan tanggungjawab yang besar untuk membangunkan negara yang kita cintai. Demi membangunkan negara yang kita cintai ini, remaja berperanan dan mempunyai tanggungjawab untuk belajar bersunggusungguh bagi memantapkan diri dengan ilmu pengetahuan agar dapat memberi sumbangan kepada negara pada masa akan datang. Pada masa kini remaja hendaklah berlumba-lumba menimba ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang agar dapat memajukan dan memodenkan negara. Pemuda dan pemudi yang berpelajaran dapat menyumbangkan idea dan buah fikiran yang bernas dengan berfikiran kritis dan kreatif. Jika dilihat dari sudut sejarah, Revolusi Thailand yang berlaku pada tahun 1932 adalah dipeloposri golongan muda yang terpelajar. Kebanyakan mereka terdiri daripada pemuda yang berpendidikan Barat serta terpengaruh dengan kemajuan yang dicapai oleh Barat. Oleh yang demikian, apabila mereka pulang ke tanah air sendiri, golongan pemuda inilah yang menjadi penggerak kepada pembangunan negara mereka dari segi ekonomi, politik dan sosial. Hal ini jelas menunjukkan kehebatan dan kuasa ilmu mereka itu sendiri. Golongan remaja hendaklah menjadikan perkara ini sebagai pengajaran serta tidak bersikap seperti katak di bawah tempurung. Mereka hendaklah membuka minda kepada pengaruh luar yang baik serta wajar dicontohi dan mengaplikasikan perkara tersebut untuk pembangunan negara. Selain itu, remaja juga berperanan untuk mengelakkan diri daripada terlibat dengan gejala sosial yang boleh meruntuhkan kerajaan demi menyokong pembangunan negara. Remaja masa kini hendaklah mengatakan tidak dan benci kepada pengaruh -pengaruh negatif dan liar seperti gejala bohsia, menghisap dadah, melepak dan berpeleseran dan sebagainya. Budaya-budaya kuning dari Barat hendaklah disingkirkan daripada minda pemuda dan pemudi negara ini kerana budaya sebegini boleh bertindak seperti barah yang akan mengancam keharmonian negara. Kerajaan pada masa kini terpaksa membelanjakan berjuta-jutaan ringgit bagi melaksanakan program pemulihan penagih dadah. Bukankah elok jika wang yang banyak ini dibelanjakan untuk pembangunan dan kemajuan negara? Golongan penagih dadah ini merupakan duri dalam daging dan perosak negara. Oleh itu, remaja kuhsusnya hendaklah menghindarkan diri daripada terjeb ak dalam najis dadah ini serta gejala sosial yang lain demi memastikan pembangunan negara dapat diteruskan. Bukan itu sahaja, sebagai pemuda harapan bangsa, remaja hendaklah mempunyai semangat patriotisme yang tinggi dan utuh bagi mempertahankan kedaulatan negara. Remaja perlu menyemai semangat cinta akan negara dan sanggup berjuang demi mempertahankan negara daripada terjajah. Sejarah telah menunjukkan bahawa pada tahun 1930-an, pemuda merupakan golongan yang begitu lantang dalam perjuangan menentang penjajah yang menindas rakyat pribumi negara ini. Sebagai contoh, Gerakan Islah di Tanah Melayu pada suatu ketika dahulu dipelopori oleh golongan pemuda seperti Syeikh Tahir Jalaluddin dan Syed Syeikh al-Hadi. Mereka menjadikan karya-karya penulisan dalam akhbar, majalah dan novel sebagai wadah unutk menyalurkan penentangan mereka terhadap penjajah. Hal ini berikutan semangat patriotisme yang begitu tinggi dimiliki oleh golongan pemuda ini. Oleh itu, saya akan menjadikan golongan pemuda terdahulu sebagai model ikutan agar pembangunan negara yang dilaksanakan dapat ditingkatkan. Selain itu, remaja berperanan untuk mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa selaku golongan remaja dan pemuda harapan bangsa. Pemuda dan pemudi negara ini hendaklah berusaha melakukan perkara-perkara yang dapat mengharumkan nama negara di persada antarabangsa. Sebagai contoh, jika dilihat pada masa kini, kebanyakan atlet yang mewakili negara dalam aresa sukan antarabangsa terdiri daripada golongan muda dan remaja. Contohnya, Hafiz Hashim yang merupakan pemuda yang mewakili negara dalam acara badminton perseorangan. Terbaru, beliau telah menjuarai Terbuka Denmark dengan mengalahkan Bao Chun Lai dari China. Selain itu, beliau juga pernah dinobatkan sebagai juara Kejohanan Badmintoh All England pada suatu ketika dahulu. Hal ini dapar menaikkan martabat negara dalamarena sukan antarabangsa seterusnya dapat mengharumakan nma negara seantero dunia. Tugas seperti hendaklah dipikul oleh golongan muda seperti saya. Sebagai seoang remaja yang berwawasan, kita juga berperanan unutk menyokong usaha-usaha dan kempen yang dijalankan kerajaan unutk membangunkan negara pada masa hadapan. Sebagai contoh, remaja hendaklah memberi sokongan kepada usaha-usaha kerajaan memerangi dadah yang menjadi virus pemusnah generasi muda di negara ini. Antara usaha tesebut ialah kempen alam sekitar, kempen kitar semula, kempen Budi Bahasa, kempen Bulan Keluarga Kebangsaan, kempen mencegah penagihan dadah dan sebagainya. Golongan muda khususnya remaja seperti saya akan memberi sokongan dan kerjasama kepada kerajaan dalam usaha-usaha tersebut demi meningkatkan pembangunan kerohanian rakyat. Hal ini disebabkan kempen-kempen yang dilaksanakan oleh kerajaan ini menjadi batu loncatan untuk melahirkan masyarakat yang dinamik danprogresif serta dapat memberi sumbangan kepada negara. Peranan ibu bapa juga penting dalam mendidik remaja bak kata pepatah, melentur buluh biar dari rebungnya. Sesungguhnya, golongan remaja mempunyai peranan yang besar dalam pembangunan egara. Remaja hendaklah sedar akan perkara ini serta mengorak langkah untuk mencapai aspirasi negara agar matlamat pembangunan negara dapat direalisasikan. Bagi diri saya, saya akan terus berusaha gigih bagi mencapai kecemerlangan dalam pelbagai aspek kehadiran saya sebagai warga Malaysia benar-benar bermakna dalam membantu pembangunan negara.

Peranan Generasi Muda Dalam Mengisi Kemerdekaan Negara PENGISIAN kemerdekaan memerlukan usaha yang berterusan daripada semua warga terutama sekali generasi muda. Banyak kemajuan yang telah dicapai oleh generasi muda melalui usaha kuat mereka dan dasar-dasar kerajaan.Jumlah golongan muda yang berjaya meneruskan pengajian mereka di institusi pengajian semakin bertambah.Pelajar melalui sistem pendidikan negara semakin ramai yang mencapai kejayaan cemerlang dalam keputusan peperiksaan mereka. Pelbagai kejayaan sama ada dalam bidang sukan, seni, sains, teknologi maklumat juga telah ditempuhi oleh generasi muda. Kejayaan Nicol David, pelumba-pelumba cilik pasukan Formula Future dan badminton misalnya telah membuktikan kejayaan generasi muda untuk berjaya di peringkat antarabangsa. Begitu juga bakal angkasawan pertama negara juga adalah terdiri daripada pelapis muda. Mereka juga semakin bijak dalam mengikuti perkembangan global dunia.Malah, penerima ijazah Doktor Falsafah (PhD) termuda hanya berumur 26 tahun, satu lagi bukti kejayaan cemerlang generasi muda. Bagaimanapun, generasi muda juga menghadapi pelbagai permasalahan yang jika tidak diatasi akan memberi kesan kepada usaha merealisasikan 50 tahun fasa kemerdekaan kedua dengan lancar.Pelbagai permasalahan sosial di kalangan generasi muda terutama remaja diperkatakan. Statistik penyalahgunaan dadah masih lagi memberi petunjuk mengenai kedudukan masalah ini di peringkat yang membimbangkan. Penyalahgunaan dadah membawa bersama-sama masalah HIV/AIDS. Kesan penyalahgunaan dadah kepada negara boleh membantut usaha menjayakan dasar-dasar yang diwujudkan negara kerana masalah ini melemahkan keupayaan dan ketahanan sesuatu bangsa.Sekiranya masalah ini tidak ditangani segera, ia akan memberi kesan kepada pembangunan modal insan kerana remaja merupakan aset yang bernilai bagi negara. Jatuh atau bangunnya nama negara terletak kepada kepimpinan generasi pelapis.Perangkaan statistik kes jenayah dan salah laku membabitkan remaja di Malaysia kian serius dan bertambah kronik. Mereka juga kurang mempunyai semangat patriotisme kerana dikatakan tidak dapat merasa detik-detik perjuangan kepayahan menuntut kemerdekaan di samping hidup dalam zaman yang selesa.Tanggungjawab membina kejayaan negara dan sanggup bekerja keras untuk negara banyak terletak di bahu generasi muda sendiri di samping mendapat bantuan dan bimbingan semua pihak. Pihak kerajaan dalam memastikan generasi muda sentiasa cemerlang telah, sedang dan akan melaksanakan pelbagai program. Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan Rakan Muda adalah antara dua program besar membuktikan komitmen kerajaan dalam membina jati diri remaja.Pembinaan jati diri generasi muda juga turut dibina melalui pendidikan. Pendidikan memainkan peranan penting dalam usaha membangunkan modal insan yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan, berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan negara maju 2020. Kementerian Belia dan Sukan juga sering terlibat dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti untuk membantu diri remaja dan belia memajukan diri mereka. Majlis Penggalakan Ekonomi Belia (MPEB) telah diwujudkan bagi membantu golongan muda yang ingin berniaga mendapatkan maklumat dan bantuan.Konvensyen Pembangunan Belia Meneroka Generasi 2007 contohnya bertujuan menentukan hala tuju, falsafah dan strategi pembangunan belia yang progresif, menggariskan mekanisme pengurusan pembangunan belia, menyediakan kod etika pertubuhan belia dan membina teras pembangunan belia yang terbilang. Generasi muda melalui kesedaran mereka dan bantuan pihak lain diharapkan akan terus memastikan bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang aman dan stabil, mengamalkan kesederhanaan serta saling menghormati dalam aduan warga pelbagai budaya.Adalah tugas generasi muda untuk memastikan Malaysia akan terus berpegang kepada konsep keadilan dan kesaksamaan, mengusahakan kemiskinan dihapuskan dan memastikan kemakmuran dapat dinikmati bersama. Selain itu, adalah juga menjadi harapan agar generasi muda akan mengisi perjuangan kemerdekaan dalam fasa 50 tahun kedua dengan memastikan prinsip demokrasi akan terus diamalkan dan mengurus negara dengan bijak.Kejayaan negara dalam fasa kedua 50 tahun kemerdekaan negara memerlukan komitmen semua warganegara terutama sekali generasi muda. Seluruh rakyat Malaysia perlu memulakan fasa 50 tahun kedua kemerdekaan dengan komitmen dan tidak membenarkan lagi bumi dan minda dijajah.

Peranan Golongan Muda Dalam Mengisi Kemerdekaan Negara Malaysia telah banyak memperoleh kejayaan dan berada pada landasan yang tepat untuk mencipta kecemerlangan hasil kemerdekaan yang diraih sejak 1957. Kemerdekaan telah berjaya memberikan kita mutu kehidupan yang selesa dengan pelbagai peluang yang terbuka luas.Negara kita telah mampu membina kedudukan yang kukuh dalam semua bidang, sama ada politik, ekonomi mahupun sosial agar generasi akan datang dapat menikmati kehidupan yang lebih baik. Rakyat Malaysia bertanggungjawab untuk memelihara dan meneruskan kesinambungan usaha -usaha yang telah dijayakan oleh generasi terdahulu.Kesemua pihak yang mempunyai kepentingan di negara ini, daripada pemimpin, tenaga kerja kerajaan, swasta, mahupun golongan profesional, buruh, petani dan belia, mempunyai tanggungjawab penting untuk mewarnakan dan mencorakkan masa depan Malaysia hasil kemerdekaan yang dikecapi. Golongan muda khususnya, tidak sepatutnya lupa akan pengorbanan generasi terdahulu untuk memerdekakan negara ini selepas dijajah ratusan tahun lamanya. Menghayati sejarah perjuangan bangsa menjadi satu tugas penting manakala usaha memupuk semangat cinta akan negara perlu diteruskan. Remaja perlu belajar bersungguh-sungguh agar menjadi orang yang berguna hingga boleh memberi khidmat dan sumbangan kepada negara.Ilmu yang ditimba akan dapat dijanakan untuk membangunkan negara setanding dengan negaranegara yang maju . Kita mengimpikan hasrat agar negara ini sentiasa menjadi penanda aras kepada negara-negara lain dalam soal kemajuan hidup manusia secara menyeluruh. Komitmen ini juga perlu dizahirkan oleh para remaja dengan kesanggupan menyumbangkan tenaga kepada negara terutama pada bila-bila masa. Penglibatan yang bersungguh-sungguh dalam berbagai-bagai aktiviti kemasyarakatan dengan memberi khidmat membantu golongan yang miskin, orang tua, anak-anak yatim, orang kurang upaya dan sebagainya juga perlu menjadi agenda remaja; golongan yang amat kita harapkan menerajui negara pada masa depan. Remaja boleh memanfaatkan segala potensi yang ada dalam diri mereka untuk berusaha membangunkan masyarakat yang sihat, penyayang, dan cinta akan negara.Setiap daripada kita, ada peranan yang perlu dilaksanakan untuk membangunkan masyarakat dan negara ini. Tugas murni yang dilaksanakan ini seharusnya digalas dengan penuh kecekapan dan berintegriti. Kesedaran dan kefahaman terhadap peranan menjayakan misi dan program pembangunan negara merupakan semangat yang perlu terus bersemarak dalam kalangan remaja walaupun negara telah mencapai kemerdekaan sekian lama. Kepesatan pembangunan dan keutuhan perpaduan yang dicapai sejak merdeka amat membanggakan kita. Kita yakin bahawa kita mampu untuk pergi lebih jauh lagi. Sebagai warganegara, kita boleh berkongsi idea dan pandangan agar bersama-sama mencorakkan negara ini menjadi Malaysia yang kita impikan.Kemerdekaan yang dipertahankan ini amat besar ertinya dan segala -galanya bermula dengan golongan muda yang akan terus mewarnainya. Kemerdekaan adalah lambang kebebasan, kedaulatan, kekuatan, dan kejayaan kepada setiap daripada kita , warganegara yang bernaung di bawahnya.