Anda di halaman 1dari 4

MODUL PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN

KAJIAN ASAS DAN KAJIAN GUNAAN. Kajian konvensional dapat dibahagikan kepada dua iaitu kajian asas dan kajian gunaan. Kajian asas merupakan satu kajian ke arah membangunkan bidang ilmu melalui penyelesaian masalah dan memahami fenomena-fenomena yang berlaku. Kajian ini dilakukan dengan tujuan untuk mengetahui sesuatu fenomenas ataupun minat untuk menjawab soalan-soalan secara saintifik. Tujuan utama adalah untuk mengembangkan ilmu pengetahuan kepada manusia sejagat dan bukan untuk mencipta atau mewujudkan sesuatu yang baru. Antara contoh kajian ialah kajian mengenai bagaimana alam ini terbentuk, kajian untuk mengetahui apakah yang terkandung di dalam protons, neutrons dan electron dan lain-lain. Kajian gunaan pula dilakukan dengan menggunakan teori-teori yang sedia ada, keputusan dan juga dapatan dari kajian terdahulu dengan tujuan untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau menjawab sesuatu fenomena. Selain daripada itu, matlamat kajian gunaan adalah untuk memperbaiki kehidupan manusia. Contohnya kajian ialah bagaimana meningkatkan produktiviti pertanian, kajian bagaimana untuk meningkatkan keberkesanan penggunaan tenaga di rumah, pejabat dan sistem pengangkutan. Kedua-dua kajian ini menggunakan proses yang sama. Walaubagaimanapun perbezaan berlaku pada dapatan kajian dimana kajian asas adalah menjurus kepada pembangunan teori dan kajian gunaan adalah menjuruskan kepada pelaksanaan teori atau dapatan kajian.

PROSES KAJIAN ASAS DAN KAJIAN GUNAAN Proses kajian asas dan kajian gunaan melibatkan rekabentuk dan langkah yang sama. Ringkasan proses tersebut ditunjukkan seperti gambarajah di bawah.

MODUL PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN

METODOLOGI KAJIAN
Penyusunan Kajian kajian lapangan eksperimen lapangan eksperimen makmal Tujuan Kajian Eksploratori Deskriptif Ujian hipotesis kajian kes Kaedah penyiasatan sebab dan akibat hubungan perbezaan pengaruh etc Susunan kajian contrived noncontrived

Pengukuran def operasi item skala respon

Unit analisis individu Dyads kumpulan organisasi etc

Rekabentuk Persampelan probability nonprobability Saiz sampel

Tempoh masa one-shot (cross sectional) longitudinal

Kaedah kutipan data Temubual Soalselidik pemerhatian

HURAIAN LANGKAH-LANGKAH PROSES KAJIAN LANGKAH Melakukan pemerhatian HURAIAN Berdasarkan pemerhatian sekeliling dan pengalaman berhubung sesuatu fenomena dan masalah. Mengenalpasti masalah Pada peringkat ini penyelidik telah mempunyai data-data awal berhubung sesuatu fenomena dan masalah. Merangka persoalan kajian Persoalan kajian akan dibangunkan berdasarkan masalah yang telah dikenalpasti. Penyelidik perlu berupaya untuk mengenalpasti antara masalah dan simpton. Berdasarkan masalah tersebut, penyelidik cuba untuk mengetahui atau menyelesaikan masalah itu menerusi kajian yang akan dijalankan Objektif kajian Objektif kajian dibangunkan berdasarkan persoalan kajian. Pada peringkat ini, tujuan kajian dijalankan akan menjurus kepada untuk mencapai objektif yang telah dibentuk.

Dapatan & kesimpulan

Pernyataan masalah

MODUL PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN


Membina kerangka teori Kerangka teori boleh dibina berdasarkan kajian-kajian lepas samada kajian secara khusus ataupun teori yang sama berkaitan dengan masalah yang hendak dikaji. Pada tahap ini, penyelidik mengenalpasti beberapa pembolehubah yang berkaiatan. Membina hipotesis Hipotesis merupakan tekaan secara ilmiah bagi sesuatu teori yang telah dibangunkan. Hipotesis dibina berdasarkan ulasan literatur dan ianya perlu diuji dan dibuktikan. Definisi operasi Terma-terma yang digunakan di dalam kajian perlu dijelaskan. Rekabentuk kajian Rekabentuk kajian melibatkan siri pemilihan secara rasional terhadap proses kajian yang melibatkan tujuan kajian, dimana hendak dikaji, jenis kajian, sejauhmana penglibatan penyelidik dalam mengawal dan memanipulasikan kajian, tempoh kajian dan tahap analisis data. Kutipan data Merujuk kepada kaedah kutipan data yang terdiri daripada temuduga, soal-selidik dan pemerhatian. Analisis Data Melibatkan tiga objektif iaitu : Data mempunyai ciri-ciri yang boleh dianalisi. Data yang mempunyai kebolehpercayaan dan keesahan. Tafsiran data Dapatan Menguji data berdasarkan objektif kajian.

Data ditafsir berdasarkan objektif kajian Kajian asas- Pembangunan Teori Dapatan kajian merupakan asas kepada

pembangunan teori yang menyumbang kepada

MODUL PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN


penemuan baru ilmu pengetahuan berdasarkan masalah dan fenomena. Kajian gunaan- Pelaksanaan teori Dapatan dapat digunakan terus bagi menyelesaikan masalah dan menjawab fenomena.