Anda di halaman 1dari 1

Pada 27 January 2011, satu penontonan wayang telah diadakan di Auditorium TAZA Kampus Batu Lintang.

Tajuk wayang ini ialah Megamind. Dalam movie Megamind ini, saya telah mempelajari banyak perkara. Saya dapat memperhatikan bahawa persekitaran adalah sangat penting kepada sesuatu kanak-kanak. Ini akan mempengaruhi minda seseorang sama ada menjadi baik atau buruk .Kanak-kanak memerlukan kasih sayang dan perhatian orang lain. Jika seseorang itu kekurangan kasih sayang maka dia juga akan semakin berfikir dengan negatif. Menerusi movie ini, terdapat seorang yang bernama Megamind, Megamind selalunya diabaikan oleh rakan-rakannya tetapi Metro Man sangat disukai oleh rakan rakannya. Rakan-rakannya di sekolah sering membulinya dan cikgunya langsung tidak memberi tumpuan terhadapnya. Dengan hal yang demikian Megamind berasa sangat sedih dan mula bercita-cita untuk menjadi seorang yang paling jahat. Saya juga percaya seorang yang berperangai buruk boleh berubah menjadi seorang yang baik. Sebagai contoh, pada permulaannya, Megamind selalunya membuat perkara yang buruk. Selepas dia jatuh cinta akan seorang penyiar berita yang bernama Roxanne, dia mula berfikir untuk menjadi orang yang baik. Akhirnya, dia berjaya menjadi orang baik dan disanjungi oleh masyarakat. Dalam cerita ini, saya telah mempelajari kita harus tabah dan sedia untuk menghadapi pelbagai masalah. Contohnya, apabila Megamind diabai oleh rakan rakannya, dia masih berusaha untuk meneruskan hidupnya. Selain itu , Megamind seorang yang berani kerana walaupun dia berasa dirinya tidak dapat menyelamatkan Roxanne tetapi dia masih berani menghadapi dengan Tighten yang menangkap Roxanne. Saya berasa seronok dan puas hati selepas menonton wayang ini dan ceritanya adalah bagus dan menarik. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah yang meluangkan masa untuk menayangkan wayang ini kepada kami.

Anda mungkin juga menyukai