Anda di halaman 1dari 2

Hasil getah pacu ekonomi negara

WARTAWAN SINAR HARIAN

15 Januari 2013

Rahim (dua, kanan) ketika majlis Penghayatan Penanaman Pokok Getak Pertama Negara, semalam.

KUALA KANGSAR Rakyat di negara ini perlu menyedari kepentingan getah sebagai antara komoditi terpenting yang memacu pertumbuhan ekonomi negara. Pengerusi Risda, Tan Sri Dr Rahim Tamby Chik berkata, getah cukup signifikan dalam kehidupan masyarakat di negara ini yang juga menyumbang kepada kemajuan di bandar selain membantu masyarakat luar bandar menikmati hidup yang lebih baik. Getah adalah ekonomi mikro yang pertama di negara ini. Hasil getah juga banyak menyumbang kepada kemajuan negara. Rasanya tidak keterlaluan jika dikatakan getah juga berjaya membebaskan masyarakat dari belenggu kemiskinan kerana mewujudkan banyak peluang-peluang pekerjaan sejak dahulu lagi, katanya. Rahim berkata demikian pada sidang media sempena Majlis Penghayatan Penanaman Pokok Getah Pertama di Malaysia di Dewan Jubli Perak, di sini, semalam. Hadir sama, Ketua Pengarah Risda, Datuk Wan Mohamad Zuki Wan Mohamad dan Pengarah Risda Negeri, Amran Jaafar. Difahamkan, pokok getah pertama itu juga telah dijadikan anak angkat Risda dan segala urusan dari segi penjagaan, baja dan sebagainya akan ditanggung sepenuhnya oleh Risda. Terdahulu, Rahim menegaskan bahawa sebahagian besar hasil getah di negara ini dihasilkan oleh pekebun kecil di seluruh negara. Justeru, Rahim mencadangkan agar, pihak kerajaan dapat memberi pengiktirafan sebagai menghargai segala kerja keras daripada para pekebun kecil berkenaan dalam mengeluarkan hasil-hasil getah bermutu sebagai antara salah satu komoditi ekspot negara. Sementara itu, Rahim turut berkata, pihaknya sedia menimbangkan cadangan mewujudkan Muzium

Getah. Katanya, cadangan berkenaan dilihat sangat baik khususnya bagi urusan dokumentasi komoditi getah yang menjadi sebagai antara penyumbang besar dalam ekonomi negara.

Anda mungkin juga menyukai