Anda di halaman 1dari 1

Tayamum Tayamum ialah menyapu debu tanah ke muka dan dua tangan sebagai ganti kepada wuduk atau

mandi wajib dengan syarat-syarat tertentu. Rukun tayamum: 1. Niat sahaja aku bertayamum untuk mengharuskan solat kerana Allah taala 2. Menyapu debu ke muka 3. Menyapu debu ke dua belah tangan 4. Tertib Cara-cara tayamum: (a) tekan kedua-dua tapak tangan ke atas debu yang suci; (b) kemudian sapu muka dengan debu tadi disertai dengan niat; (c) seterusnya tekan kedua tapak tangan ke atas debu tersebut di tangan kanan dan kiri hingga ke siku. Sebab-sebab tayamum: 1. Tiada air 2. Tidak boleh menggunakan air kerana sakit 3. Ada air tetapi diperlukan untuk keperluan diri Syarat-syarat tayamum: 1. Menggunakan debu tanah 2. Debu yang suci 3. Bukan debu yang mustamal 4. Debu yang tidak bercampur dengan benda-benda lain 5. Bertayamum selepas masuk waktu solat 6. Bertayamum hanya untuk sekali solat fardu dan beberapa solat sunat Perkara yang membatalkan tayamum: 1. Melakukan perkara-perkara yang membatalkan wuduk 2. Ada air sebelum solat 3. Sembuh daripada sakit Kebaikan tayamum: 1. Sebagai keringanan kepada orang yang uzur(sakit) 2. Memberi kemudahan kepada orang yang susah dapat air 3. Menunjukkan pentingnya ibadat solat

Anda mungkin juga menyukai