Anda di halaman 1dari 11

1.

0 Teori Perkembangan Muzik (Teori Dalcroze)

1.1 Latar Belakang Jacques Dalcroze

Berbangsa
Swiss

Bahan
Lahir/Mati
Semua
1865-1950
muzik

Latar
belakang
Jaques
Dalcroze

Umur
Bidang
85 tahun
Semua
bidang seni

Pendekatan
Eurismik
Improvisasi

1
1.2 Pendekatan Teori Dalcroze

Kreativiti
Pergerakan adalah
asas kepada
kreativiti

Kesamaan Pergerakan Tubuh


Semua aktiviti muzikal Badan
seperti nyanyian, Semua aspek muzik
mendengar muzik,
perlu dimulai dengan
membaca ada
digunakan gerakan

Jaques
Dalcroze
Latihan
Jenis Muzik Yang Instrumental
Telinga dan tubuh
Digunakan
adalah muzik pertama
Dalam eurismik, semua
dipelajari , diikuti
muzik digunakan
suara, diikuti alat
muzik
Membaca dan
Menulis Notasi
Diajar secara
sistematik melalui
latihan silfa dan solfa
berirama.

2
1.3 Stail Pengajaran Dalcroze

Menekankan kaedah penerokaan


secara bebas oleh kanak-kanak. Guru
menggunakan kreativiti kanak-kanak
yang sesuai bagi menggambarkan
konsep yang diajar

Dalam Eurismik, kanak-kanak tidak


sekali-kali diperlakukan sebagai
penonton. Kanak-kanak dianggap
sebagai ` artis muda` dan diharap
akan mengembangkan muzik secara
sendiri

3
2.0 Laporan Pertunjukan Kreatif Kanak-kanak

2.1 Perancangan Program

Semasa kami diberikan taklimat oleh pensyarah pembimbing bagi mata

pelajaran Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak bahawa kerja Kursus

Berasaskan Ilmu kami adalah dikehendaki membuat persembahan pergerakan

kreatif. Kami telah menubuhkan ahli jawatankuasa bagi melaksanakan

pertunjukan pergerakan kreatif kami ini sebelum tindakan yang lebih lanjut

dilakukan. Kami telah bersetuju untuk bekerjasama di antara kelas kami iaitu

kelas PISMP 3C dan juga kelas PISMP 3B. Mesyuarat di antara kelas diadakan

4
untuk melantik setiap ahli jawatankuasa yang akan menjalankan tugas untuk

memantau serta dapat menguruskan semua tugasan dengan cepat dan

mengikut masa yang ditetapkan.

Semasa mesyuarat diadakan, kami telah melantik Syahid sebagai

Pengerusi Program dan Zulhilmi sebagai Naib Pengerusi Program. Manakala

ahli jawatankuasa yang lain telah dilantik dan setiap pelajar dari kelas PISMP

3B dan PISMP 3C terlibat dalam ahli jawatankuasa yang dibentuk. Hal ini

kerana kami akan bersama-sama bekerjasama untuk melaksanakan tugasan ini

dengan sebaiknya tanpa ada di antara kami yang tidak menerima sebarang

jawatan ataupun tugasan.

Setelah semua ahli jawatankuasa dilantik, maka kami mula diarahkan

untuk menjalankan tugasan masing-masing serta mengikut arahan yang

diberikan oleh pengerusi kami. Walaupun tugasan yang kami terima agak

sukar, tapi kami telah bekerjasama dengan baik untuk mendapatkan hasil yang

memuaskan. Sehubungan dengan itu kami sentiasa mengadakan mesyuarat

untuk memastikan segala kerja dan persiapan berjalan dengan lancar dan

mengikut kesesuaian pertunjukan pergerakan kreatif yang akan kami

laksanakan.

Setiap ahli jawatankuasa yang dilantik seperti jawatankuasa alatan,

siaraya, dokumentasi, buku program serta lain-lain mestilah memastikan

bahawa segala keperluan yang diperlukan untuk pertunjukan pergerakan kreatif

tersebut dapat disediakan dengan awal bagi mengelakkan masalah-masalah

lain yang berlaku.

Apabila segala perancangan serta keperluan untuk mengadakan

5
pertunjukan pergerakan kreatif tersebut berjalan dengan lancar maka kami

semua haruslah memikirkan perancangan tentang tajuk pergerakan kreatif kami

yang dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan PISMP 3B dan PISMP

3C. Bagi kumpulan PISMP 3C kami telah memilih tema pergerakan kreatif kami

iaitu “Aiman dan Rama-rama Ajaib”. Sebelum pementasan pergerakan kreatif

tersebut dilasanakan, kami telah bersama-sama memilih watak yang sesuai

mengikut karakter yang telah ditetapkan. Setiap ahli kelas kami memegang

watak yang dirasakan sesuai dan tiada yang terkecuali. Setelah watak diberikan

maka kami telah mula berlatih untuk menghayati skrip dan cuba membuat

pergerakan kreatif yang dirasakan sesuai untuk persembahan kami.

Kami juga haruslah menyediakan “costume” yang dirasakan sesuai

dengan watak yang kami bawakan. Selain itu, kami juga haruslah mencipta

sendiri “backdrop” yang dirasakan sesuai dengan menggunakan kreativiti dari

setiap ahli kumpulan kami. Kesemua alatan yang disediakan kami gunakan

dengan sebaiknya untuk melihat hasil yang memuaskan agar persembahan

kami nanti dapat menarik minat kesemua yang menonton terutamanya

pensyarah pembimbing kami yang menilai persembahan kami serta murid-

murid prasekolah yang hadir.

2.2 Pelaksanaan Program

Pertunjukan pergerakan kreatif berjalan dengan lancar bermula dari jam 7.00

pagi di mana semua peserta mula bersiap sedia dengan bersolek dan memakai

pakaian masing-masing. Peserta yang juga memainkan peranan sebagai krew

6
muzik dan lampu juga membuat persediaan agar pertunjukan akan berjalan

dengan baik.

Sekitar jam 8.30 pagi, para penonton mula membanjiri Dewan Hamzah

Fansuri terutamanya jemputan khas kami iaitu murid-murid Prasekolah IPGM

Kampus Bahasa Melayu dan murid-murid Prasekolah SK Seafield serta para

pensyarah dan pelajar-pelajar IPGM Kampus Bahasa Melayu.

Pada jam 9.00 pagi, pengerusi majlis memulakan majlis dengan kata-

kata aluan dan bacaan doa. Selesai sahaja bacaan doa daripada Saudara Hafis

Hafifi, pengerusi majlis memperkenalkan pertunjukan pergerakan kreatif yang

diadakan serta membacakan sinopsis pertunjukan kami iaitu “Aiman dan Rama-

rama Ajaib”. Berikut adalah senarai pelakon beserta watak yang dimainkan;

Aiman : Md Azri bin Sidik


Kuman : Muhammad Kamarul Ariffin bin Lokman
Kumin : Muhammad Aminnillah bin Mustapha
Mak Minah @ Mak : Syaza Yasmin binti Ismail
Pak Badol @ Ayah : Muhamad Raimi bin Yusof
Pokok : Mumtazah binti Johar
Bunga : Nor Hafizah binti Ali
Cendawan : Suhainita binti Md Zain
Arnab : Nor Rohaizah binti Ahmad
Monyet : Mohamad Fareez bin Mazlan
Penjaga hutan @ nenek : Noor Izzati binti Rohaimi
Rama-rama Ajaib : Hasnurfarisha binti Hassan
Puteri Pura Cendana : Fatin Adila binti Jamil
Raja Pura Cendana : Huzaini bin Amir
Dayang : Arina binti Abd Ghani
Hulubalang 1 : Nurzehan binti Zakaria
Hulubalang 2 : Nurhayati binti Mahdzir
Lebah @ Narrator : Mohd Zulhelmi bin Mat Rahim

7
“Aiman dan Rama-rama Ajaib” mengisahkan Aiman anak angkat

kepada Mak Minah dan Pak Badol sentiasa bernasib malang kerana sering

dimarahi dan dibenci oleh Mak Minah serta Kuman dan Kumin, adik-beradik

angkatnya. Aiman sering ke hutan mencari kayu api. Aiman juga mempunyai

rakan-rakan di hutan seperti pokok, bunga, cendawan, arnab dan monyet.

Nasib Aiman berubah apabila pada suatu hari Aiman telah menyertai

pertandingan untuk mengembalikan senyuman Puteri Pura Cendana yang

bermuram durja sejak kematian bondanya. Setelah berjaya membuat Puteri

Pura Cendana gembira dengan membawakan Rama-rama Ajaib, Aiman telah

dikahwinkan dengan puteri Negeri Pura Cendana tersebut.

Setelah selesai persembahan “Aiman dan Rama-rama Ajaib”,

sementara menunggu persembahan seterusnya, majlis diselangi dengan acara

cabutan bertuah yang berlangsung selama lebih kurang 15 minit yang

dikendalikan oleh Saudara Huzaini, Saudara Zulhelmi dan Saudari Hayati.

Selepas acara cabutan bertuah, pertunjukan kedua pula berlangsung.

Pertunjukan ini bertajuk “Pengembaraan Sang Lebah yang Angkuh” yang

dipersembahkan oleh pelajar PISMP 3B. “Pengembaraan Sang Lebah yang

Angkuh” ini mengisahkan seekor lebah bersama rakan-rakannya berusaha

mencari makanan untuk ratu kesayangan mereka. Lebah tersebut angkuh

kerana tidak mahu mengikut kata-kata rakan-rakannya dan hanya

berseorangan memasuki hutan untuk mencari makanan untuk ratu mereka. Di

dalam perjalanannya itu, dia telah terperangkap dengan sarang labah-labah

dan hampir dijadikan makanan oleh sang labah-labah. Dia sempat

diselamatkan oleh rakan-rakannya tadi. Akhirnya mereka menjumpai makanan

untuk ratu mereka dan ratu mereka sangat seronok.

8
Selesai sahaja persembahan tersebut, di akhir majlis diadakan acara

penyampaian cenderamata kepada guru Prasekolah IPGM Kampus Bahasa

Melayu, guru Prasekolah SK Seafield dan pensyarah penilai untuk pertunjukan

kami ini. Setelah majlis tamat, sedikit jamuan diberikan kepada tetamu khas

dan juga para peserta pertunjukan.

2.3 Penilaian Keberkesanan Program

Antara hujah yang pernah disebut oleh Emile Jaques Dalcroze mengenai

pergerakan adalah “pergerakan merupakan salah satu cara untuk mengungkap

perasaan melalui muzik”. Beliau juga memerhatikan bahawa walaupun kadang-

kala kanak-kanak tidak boleh bertepuk dan menyanyi mengikut rentak, namun

mereka boleh berjalan atau berlari mengikut rentak. Menerusi hujah yang telah

ditulis oleh Dalcroze, kami dapat mengenalpasti bahawa apa yang telah

dihujahkan itu sebagai perkara yang benar setelah kami selesai membuat

pertunjukan pergerakan kreatif di Dewan Hamzah Fansuri, IPGM Kampus

Bahasa Melayu.

Pelbagai respon yang telah kami terima selepas persembahan ini

diadakan, antaranya adalah kanak-kanak yang hadir mula berasa gembira dan

9
ingin melihat persembahan ini sekali lagi. Selain itu, kanak-kanak juga mula

berminat untuk mengetahui jalan cerita dan pergerakan kreatif yang seterusnya

apabila mereka melihat watak-watak seperti Bunga, Cendawan, Pokok, Arnab

dan Monyet bersama-sama menyanyi lagu ‘We Get Together’ sambil menari

mengikut irama muzik. Mereka turut ketawa dan mula berkomunikasi bersama

rakan dan guru mereka dengan memberitahu bahawa mereka menyukai watak

yang terlibat seperti Arnab dan Bunga.

Melalui pertunjukan pergerakan kreatif yang dipersembahkan oleh

kumpulan kami, kami dapat mengenalpasti bahawa kanak-kanak akan mula

memberi tindak balas positif apabila mereka mendengar muzik dan melihat

pergerakan kreatif yang telah dipersembahkan di hadapan mereka. Apabila

watak seperti nenek kebayan atau penjaga hutan sedang keluar secara misteri

dan kemudiannya menari ketika muzik dimainkan, kanak-kanak mula

menunjukkan respon dengan ketawa lalu menari dan menepuk tangan

bersama-sama ketika menjadi penonton. Mereka mula merasai keseronokan

ketika nenek kebayan menari mengikut rentak muzik yang rancak.

Ketika Dayang dan Hulubalang Istana mula menari bersama-sama,

kanak-kanak mula kembali memberikan perhatian dan mereka turut berasa

sedih apabila Puteri Pura Cendana menyanyi dan menari mengikut irama yang

perlahan menerusi lagu ’Kasih Ibu’. Melalui apa yang dilihat di dalam

persembahan ini, ia jelas menunjukkan bahawa setiap emosi yang dipamerkan

menerusi pergerakan akan membantu kanak-kanak dalam mengekspresikan

perasaan mereka. Mereka mula mengetahui mengenai emosi yang wujud

dalam diri mereka seperti perasaan gembira, marah, keliru dan sedih.

10
Diharap melalui pergerakan kreatif yang telah dipersembahkan oleh

kami ini dapat memberi perangsang kepada kanak-kanak dalam melahirkan

dan mengekspresikan emosi mereka kerana melalui emosi yang lahir dari

dalam diri kanak-kanak tersebut akan memudahkan guru-guru prasekolah

untuk mengenalpasti lalu membimbing setiap perlakuan kanak-kanak.

11

Anda mungkin juga menyukai