Anda di halaman 1dari 8

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGENAL DAN MENULIS HURUF-HURUF SECARA RAWAK BAGI MURID PEMULIHAN KHAS MENGGUNAKAN TEKNIK SPAN

Oleh Norhaslinda Binti Shamsuddin, SK Sekudai Batu 10, Skudai Johor.

ABSTRAK Secara umumnya, teori pembelajaran kognitif merupakan satu teori yang sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid-murid. Teori pembelajaran kognitif menekankan proses kognitif bagi menghasilkan perubahan tingkah laku dalam pembelajaran. Selain itu, ia juga satu cara pembelajaran yang menggunakan pengalaman sedia ada untuk memikirkan cara penyelesaian masalah yang dihadapi. Teori pembelajaran kognitif ini sangat menitikberatkan bahawa pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada pada murid-murid untuk proses pembelajaran. Dengan adanya teori pembelajaran kognitif ini ia secara langsung memberikan implikasiimplikasi kepada proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak atau pun muridmurid. Implikasi teori pembelajaran kognitif yang pertama kepada proses pembelajaran murid-murid iaiah merangsang ingatan kanak-kanak semula.

1. LATAR BELAKANG KAJIAN Kelas Pemulihan Khas merupakan sesuatu program yang dijalankan sebagai kesinambungan kepada proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah bagi murid yang lemah dalam menguasai kemahiran asas 3M ( menulis, membaca dan mengira ). Sepanjang saya mengajar murid-murid pemulihan ini, banyak masalah yang

dihadapi oleh murid-murid ini terutamanya dalam bacaan. Bagi menguasai kemahiran membaca, mereka perlu mengenal huruf terlebih dahulu. Masalah utama saya ialah bagaimana hendak memperkenalkan huruf atau abjad dengan mudah kepada mereka tanpa mengambil masa yang lama. Oleh itu saya cuba mereka teknik mengenal huruf menggunakan span. 2. OBJEKTIF KAJIAN Objektif Umum i) Meningkatkan penguasaan kemahiran mengenal huruf kecil. Objektif Khusus i) Meningkatkan penguasaan murid untuk mengenal dan menulis huruf kecil secara rawak. ii) Meningkatkan daya ingatan murid terhadap bentuk huruf kecil. 3. METHODOLOGI KAJIAN Methodologi yang digunakan ialah : a) Pemerhatian Sikap murid dilihat secara tidak langsung sewaktu aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlangsung. b) Ujian Pengesanan Diberi kepada murid untuk menguji setakat mana tahap penguasaan mereka dalam mengenali dan mengingati huruf-huruf kecil. c) Tindakbalas di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran Tindakbalas murid dinilai semasa mereka menjawab soalan yang dikemukakan.

d) Semakan buku latihan Semakan buku latihan secara tidak langsung dapat menilai tahap perkembangan murid dalam menguasai kamahiran berkenaan. 4. KUMPULAN SASARAN Kumpulan sasaran kajian tindakan saya terdiri daripada murud-murid pemulihan Tahun 2 Kenanga seramai 4 orang. Tiga daripadanya adalah lelaki dan seorang perempuan yang gagal mengenali dan mengingati huruf-huruf kecil secara rawak. 5. PELAKSANAAN KAJIAN 5.1 TINJAUAN MASALAH 5.1.1 Kaedah Soal selidik Dalam pelaksanaan kajian ini, saya telah menjalankan soal selidik tahap penguasaan huru kecil kepada 4 orang murid tahun 2 Kenangan berasaskan Ujian Saringan IPP2M di bawah Program Pendidikan Pemulihan Khas sambil menunjukkan kad-kad huruf. Analisa dapatan menunjukkan 100 % murid tidak dapat mengenal dan mengingati huruf-huruf yang ditunjukkan secara rawak. 5.1.2 Kaedah Temu Bual Saya juga menjalankan temu bual bagi mendapatkan bukti kesahihan tanggapan saya, bahawa mereka tidak dapat mengenal huruf-huruf. Maka pada 23 April 2010, saya telah mengadakan temubual secara berstruktur untuk mengetahui punca permasalahan mereka. Dapatan daripada temubual tersebut, saya dapati 4 orang murid ini lemah dalam mengenal huruf-huruf. Kesemua mereka mengaku tidak dapat mengenal huruf, tetapi mereka boleh menyebut dan menyanyikan lagu A-Z dengan baik. Oleh itu, menulis atau membuat kerja yang disuruh oleh guru. Jelas dari dapatan ini menunjukkan murid ini lemah dalam penguasaan mengenal huruf-huruf secara rawak.

5.1.3 Ujian Pra Ujian Pra diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan sejauh mana kefahaman dan ingatan mereka mengenali huruf-huruf secara rawak. Item Ujian Diagnostik Pemulihan (tulisan). Hasil daripada ujian tersebut, saya dapati 4murid ini tidak dapat mengenali dan menulis huruf-huruf yang disebut oleh guru secara rawak. Mereka mengambil masa yang lama (8 minit) seorang, dan gagal untuk menulis huruf-huruf yang tealh disebut. Pada hal masa yang ditetapkan ialah 4 minit seorang. 5.2 Tindakan yang dijalankan Saya memperkenalkan teknik span, berasaskan Teori Pembelajaran Kognitif, untuk merangsang minda mereka seterusnya dapat mempertingkatkan penguasaan mengenal dan menulis huruf-huruf secara rawak (boleh mengenal 26 huruf secara rawak dalam masa 1 minggu).Saya telah merangka lima aktiviti yang dinamakan Teknik Span. I. Aktiviti 1-Teknik Span 1 murid melukis dan potong span. II. Aktiviti 2-Teknik Span 2 pula, saya meminta mereka merasa dan menyebut huruf. III. Aktiviti 3-Manakala dalam Teknik Span 3, murid mewarna span huruf. IV. Aktiviti 4-Teknik Span 4, murid menekap span huruf dan mengenal huruf. Berikut adalah bahan-bahan yang digunakan dalam kajian ini: . Kepingan Span. . Warna air. . Gunting. . Huruf-huruf mainan. . Kepingan kertas putih.

Bagi menilai dan memastikan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran, alatalat yang disediakan termasuklah; Senarai semak perlakuan murid Senarai semak pencapaian setiap responden

Kad-kad huruf.

Muridmurid ini menjalankan aktiviti Teknik Span selama 3minggu pada setiap hari Isnin hingga Jumaat. Modul ini telah dijalankan dari 26 April 2010. Berdasarkan pemerhatian guru, murid-murid sasaran ini telah mula menunjukkan minat dan menguasai kemahiran kajian. Ini kerana teknik ini telah dapat meningkatkan harga diri, kreativiti dan motivasi melalui pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan. Setiap aktiviti yang dijalankan saya akan memberi markah kepada murid-murid saya. Berikut adalah kriteria markah yang saya gunakan. Permakahan diberi secara kutipan kad. Satu kad, satu markah. Mereka yang gagal dalam aktiviti ini akan diberi latih tubi dalam latihan menulis huruf mengikut kelemahan mereka. 5.3 PELAKSANAAN TINDAKAN /PEMERHATIAN DAN REFLEKSI Aktiviti 1-Teknik Span 1 Guru beri murid kepingan span dan huruf-huruf mainan. Murid menekap dan melukis huruf-huruf mainan di atas kepingan span.. Murid menggunting span huruf ynag telah dilukis.

Aktiviti 2-Teknik Span 2 Murid menyentuh dan merasa dengan tangan span bentuk huruf. Guru sebut huruf dan murid ikut.

Aktiviti 3- Teknik Span 3 Guru beri murid warna air. Murid mewarnakan span huruf yang telah dipotong.

Aktiviti 4-Teknik Span 4

Murid diminta menekap span huruf berwarna di atas sekeping kertas putih. Guru meminta murid menyebut sekali lagi huruf yang telah diwarnakan. Murid cuba sebut dan ingat huruf tersebut.

6. DAPATAN KAJIAN Setelah semua aktiviti dijalankan, saya dapati peningkatan dalam menguasai kemahiran mengenal dan menulis huruf-huruf amat memuaskan. Kegagalan mereka dalam menguasai kemahiran mengenal huruf akan menyukarkan mereka untuk membaca dan menulis dengan baik. Berikut adalah jadual pencapaian murid-murid selama 3 minggu aktiviti dijalankan. Pencapaian adalah berdasarkan bilangan huruf-huruf yang berjaya mereka kenali dan mampu ditulis dengan baik.

MURID UJIAN PENGESANAN 7 5 3 0

PENCAPAIAN (bilangan huruf) MINGGU 1 MINGGU 2 MINGGU 3 10 8 5 3 14 11 9 5 22 20 17 10 PERATUS PENCAPAIAN 85% 77% 65% 38%

A B C D

7. REFLEKSI KAJIAN 7.1 Penilaian Pencapaian Pelajar Kesemua aktiviti yang dirancang telah berjalan dengan lancar. Keyakinan diri murid juga menunjukkan peningkatan yang positif. Latih-tubi harian masih diteruskan dengan harapan murid-murid ini tidak akan lupa mengenal huruf-huruf ini. Di dalam Ujian Pencapaian yang dijalankan pada bulan Jun yang lalu, hanya 1 orang murid sahaja yang gagal menulis huruf-huruf yang disebut oleh guru dengan betul. 2 daripadanya

dapat menulis 5/7 huruf dengan baik manakala seorang lagi dapat menulis kesemua huruf dengan betul. 7.2 Rumusan Pemerhatian Sikap kurang berminat, malas, kurang tumpuan dan tidak mengenal huruf-huruf secara rawak ketara berkurangan. Secara tidak langsung murid-murid ini dapat membunyikan suku kata KV apabila dapt mengenal huruf dengan baik. Ini telah melancarkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran serta memudahkan guru untuk meneruskan kemahiran di peringkat yang lebih tinggi. Selain itu, murid-murid ini jelas kelihatan lebih gembira dan yakin untuk meneruskan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas pemulihan khas. 8. CADANGAN UNTUK MENERUSKAN KAJIAN TINDAKAN Kesemua aktiviti yang dijalankan banyak membantu menjayakan kajian tindakan yang saya jalankan ke atas murid-murid berkenaan. Saya bercadang untuk meneruskan program ini di samping berkongsi idea bersama guru pemulihan khas. Seterusnya saya ingin meningkatkan penguasaan murid dalam bacaan dan penulisan secara berperingkat. BIBLIOGRAFI 1. Buku panduan, Pelaksanaan Program Pendidikan Pemulihan Khas (masalah penguasaan 3M) (1998) Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia. 2. Majid Konting, (1994) Kaedah Penyelidikan Pendidikan, DBP Kuala Lumpur. 3. Puan Hajah Juliani bt. Abdullah, Kaedah Cepat Membaca, Bacalah Sayang, Gabungan Majlis Guru Besar 4. Pusat Perkembangan Kurikulum: Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai Dalam Pengajaran

& Pembelajaran ,Kementerian Pendidikan Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai