Anda di halaman 1dari 6

IMPROVISASI TEATER NOTA IMPROVISASI Konsep Improvisasi Improvisasi merupakan suatu elemen penting dalam lakonan dan telah

diamalkan oleh pelakon atau pemain teater melayu sejak dahulu lagi. Teater tradisional seperti Mak Yong, Jikey, dan teater transisi, iaitu bangsawan merupakan satu bentuk teater yang menggunakan improvisasi sepenuhnya. Tiada skrip lengkap ynag ditulis dan dihafal sebelum pementasan dijalankan. Pelakon hanya diminta memahami jalan cerita sebuah pementasan bangsawan tersebut serta menghayati watak yang diberikan oleh sutradaranya. Ketika pementasan berlaku, pelakon akan melafazkan dialog yang dibina sendiri secara spontan, bersesuaian dengan situasi yang dilakonkan. Improvisasi sering dilaksanakan dalam pendidikan. Teknik ini digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, khususnya pengajaran bahasa. Melalui aktiviti improvisasi kanak-kanak diransang untuk berinteraksi secara spontan berdasarkan simulasi yang diwujudkan oleh guru. Kanak-kanak juga digalakkan membina dialog sendiri serta mencipta situasi yang difikirkan sesuai dengan ransangan yang disediakan. Melalui improvisasi juga, daya imiginasi dan kreativiti kanak-kanak dicerna secara maksimum.

Terdapat banyak pandangan tentang konsep improvisasi. Brain Way ( 1967: 183 ) menjelaskan bahawa improvisasi merupakan aktiviti drama tanpa skrip. Bagi Way, dalam konteks pendidikan, drama boleh dibangunkan melalui aktiviti improvisasi berdasarkan pelbagai sumber tertentu sama ada idea asli oleh pelajar dan guru ataupun kandungan kurikulum mata pelajaran yang diajarkan di sekolah. Ruth Beall Heining( 1993 : 184 ) pula menghuraikan improvisasi sebagai aktiviti drama yang dihasilkan secara spontan melalui sesuatu situasi yang dirancang, sebagaimana yang dijelaskan;

Improvisasi dapat melatih kanak-kanak bertutur dengan lebih bersahaja. Melalui improvisasi juga, kanak-kanak digalakkan untuk menghubungkaitkan pengalaman sedia ada mereka di luar bilik darjah untuk diadaptasikan dalam situasi yang disediakan oleh guru di dalam bilik darjah. Ini menjadikan pembelajaran lebih bermakna. Antara aktiviti drama yang boleh dilaksanakan ialah pantomin dan permainan teater.

Pensyarah di Jabatan Australia Selatan pula menghuraikan improvisasi sebagai aktiviti drama yang terhasil melalui proses yang tidak formal, yang dilakukan secara berkumpulan. Aktiviti ini biasanya dilaksanakan berdasarkan sesuatu idea, tema, atau rangka plot. Latihan begini dapat membina sensitiviti dan imiginasi kanak-kanak yang tinggi. Mereka boleh dibimbing untuk memahami isu semasa atau isu sosial, perwatakan, skrip dan pandangan orang lain secara terbuka. Kanak-kanak juga digalakkan untuk mencari penyelesaian masalah serta membuat sesuatu keputusan terhadap sesuatu konflik. Aktiviti sedemikian akan dapat melatih kanak-kanak ke arah menghasilkan suatu pementasan yang lengkap. David A. Male ( 1973 : 30 ) pula menjelaskan bahawa selain berkait rapat dengan latihan verbal, improvisasi juga melibatkan aktiviti pergerakkan. Berdasarkan semua pendapat di atas, dapatlah dirumuskan bahawa improvisasi merupakan suatu aktiviti drama yang dihasilkan secara spontan yang menggalakkan daya imiginasi, kreativiti dan inovasi seseorang berdasarkan sesuatu ransangan yang disediakan oleh pembimbing ( guru atau fasilitator yang mengendalikan aktiviti). Improvisasi juga merupakan satu teknik drama yang menggalakkan kanak-kanak meluahkan perasaan secara terkawal dan mewujudkan pemikiran yang bercapah terhadap kemungkinankemungkinan yang boleh berlaku dalam realiti kehidupan mereka.

Improvisasi dan Kreativiti Satu daripada ciri utama improvisasi ialah kreativiti. Melalui improvisasi kanakkanak akan di latih denhgan kemahiran berfikir kreatif melalui pelbagai ransangan yang diwujudkan. Dalam hal ini, Heinig ( 1993 ) menyarankan beberapa aktiviti, antaranya termasuklah: - Improvisasi berdasarkan gambar atau buku cerita bergambar - Berdasarkan props ( peralatan/ objek ) - Improvisasi berdasarkan dialog - Berdasarkan watak / tokoh dan perwatakan - Improvisasi berdasarkan bunyi atau lagu - Berdasarkan situasi seperti wawancara, perbahasan, debat atau bercerita.

JENIS-JENIS IMPROVISASI Peter Moore ( 1998 ) menyarankan enam jenis aktiviti improvisasi untuk kanakkanak mengikut peringkat umur. Aktiviti tersebut adalah seperti yang berikut: i- Permainan Bebas ( Free Play ) - Sesuai untuk kanak-kanak prasekolah - Guru sediakan peralatan atau objek, sediakan situasi/ persekitaran yang tertentu dan galakkan kanak-kanak bermain secara bebas dengan dipantau oleh guru. - Ciptakan senario atau cerita berdasarkan peralatan tersebut. - Peringkatkan permainan dengan objek yang lebih bermakna dan berwatak seperti anak patung/ boneka, dan kostum yang menyarankan perwatakan tertentu.

ii- Improvisasi Spontan ( Spontaneous Improvisation ) - Guru sediakan bahan ransangan tertentu untuk kanak-kanak memberikan respons secara spontan. ( sesuai denagn situasi yang diberikan ) - Bantu dan galakkan kanak-kanak untuk menyelesaikan masalah, membuat keputusan, mendengar serta mengamati pendapat orang lain. - Guru juga harus membantu dan menggalakkan kanak-kanak melakukan tugas secara kolaboratif, berfikir secara kreatif dan imaginatif serta melahirkan idea, dan membina idea baru berdasarkan idea orang lain. - Diingatkan bahawa improvisasi spontan bukan bertujuan untuk membuat persembahan. - Pokok utama ialah menggalakkan perkongsian idea, melibatkan luahan perasaan, interaksi antara watak serta prosedur terhadap resolusi sesuatu situasi yang dihadapi.

iii- Improvisasi Verbal ( Verbal Improvisation ) - Kanak-kanak digalakkan untuk mencipta monolog ( soliloquise ) dan dialog berdasarkan petikan dialog dalam sesebuah cerita. - Boleh menyambungkan dialog tersebut untuk menggambarkan situasi yang difikirkan sesuai seperti ( memujuk, merayu, mengarahkan, memohon sesuatu, dan seumpamanya dengan ekspresi dan gaya pengucapan yang sesuai.) - Aktiviti ini dapat dilaksanakan secara individu ( monolog / soliloquise ), berpasangan atau berkumpulan. - Aktiviti lain seperti kerusi panas juga boleh dilaksanakan untuk menggalakkan kanak-kanak berinteraksi.

iv- Main Peranan ( Role Play ) - Dalam aktiviti ini, kanak-kanak hendaklah berpura-pura menjadi seseorang yang lain dan berlainan dengan dirinya.

- Diberikan peranan tertentu dan meminta kanak-kanak memikirkan cara (dia) untuk beraksi dan memberikan respons terhadap sesuatu situasi. - Untuk menghayati watak yang diberikan, kanak-kanak perlu dilatih untuk melakukan justifikasi terhadap watak dengan mengemukakan beberapa soalan seperti : i- nama penuh watak ii- umur iii- latar belakang keluarga iv- pekerjaan v- sikap dan tingkah laku vi- hobi atau minat vii- keadaan kesihatan dan viii- pelbagai kemungkinan tentang peribadi watak yang di lakonkan - untuk itu juga mereka digalakkan untuk; i- menulis diskripsi watak ii- melukis potret iii- membuat kad pengenalan, buku bank, tanda nama, dan seumpamanya iv- membuat kostum dan memilih props yang sesuai untuk kegunaan watak. - Guru boleh pilih peranan berdasarkan watak daripada orang persekitaran kanak-kanak, cerita rakyat, cerita yang pernah dibaca di dalam kelas, drama atau filem yang pernah ditonton serta berdasarkan gambar

v- Improvisasi Terlatih ( Rehearsed Improvisation ) - Improvisasi ini berbeza dengan yang lain kerana improvisasi ini menggalakkan kanak-kanak membuat persembahan. Kanak-kanak diberi tajuk, tema, atau situasi tertentu untuk dibincangkan dan menghasilkan sesuatu persembahan.

- Murid diberikan tempoh masa untuk perbincangan kumpulan dan selepas berbincang mereka diminta mementaskan hasil perbincangan tersebut.

vi- Improvisasi Selari ( Parallel Improvisation ) - Improvisasi berdasarkan situasi sebenar atau yang telah benar-benar diketahui untuk meneroka isu-isu baru. - Contohnya menggunakan pengalaman membuat persiapan untuk bercuti ( seperti menyediakan pakaian dan sebagainya ) dan menggunakan pengalaman tersebut untuk persiapan sekumpulan saintis yang hendak mengadakan ekspedisi. - Pengalaman serta pengetahuan daripada mata pelajaran lain juga boleh digunakan untuk menghasilkan aktiviti improvisasi ini. - Contohnya setelah kanak-kanak mempelajari sejarah penjajahan Tanah Melayu oleh Inggeris dan mempelajari planet-planet dalam mata pelajaran Sains, mereka boleh menggunakan kedua-dua pengalaman tersebut untuk membuat improvisasi tentang penerokaan angkasa lepas atau penerokaan di dasar laut atau di kawasan Artik. - Guru juga boleh mengambil karya sastera seperti sastera rakyat dan penglipur lara untuk diselarikan dengan isu baharu. - Contohnya seperti Kisah Azad dengan Gergasi di mana kanak-kanak boleh menggerakkan minda dengan meneroka imaginasi dan kreativiti mereka untuk memikirkan andaian jika mereka bertemu dengan gergasi seperti dalam cerita tersebut. - Guru boleh mengemukakan soalan seperti apakah tindakan yang akan dilakukan oleh mereka? Atau mungkin juga mereka boleh menggunakan pengalaman mimpi ngeri bertemu dengan sesuatu makhluk seperti dalam cerita tersebut.