P. 1
Skrip Teater _Azfa Hanani

Skrip Teater _Azfa Hanani

|Views: 90|Likes:
Dipublikasikan oleh azri abd rahman
skrip
skrip

More info:

Categories:Types, Comics
Published by: azri abd rahman on May 20, 2013
Hak Cipta:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/14/2013

pdf

text

original

Sections

  • BABAK 1
  • BABAK 2
  • BABAK 3
  • BABAK 4
  • BABAK 5
  • BABAK 6
  • BABAK 7
  • BABAK 8
  • BABAK 9
  • BABAK 10
  • BABAK 11
  • BABAK 12
  • BABAK 13
  • BABAK 14
  • BABAK 15
  • BABAK 17
  • BABAK 18
  • BABAK 19
  • BABAK 20
  • BABAK 21

SKRIP TEATER AZFA HANANI DIADAPTASI DARIPADA NOVEL AZFA HANANI KARYA HALIS AZHAN MOHD HANAFIAH OLEH

SHAMSUDIN BIN ABU BAKAR

1

SENARAI WATAK AZFA HANANI BINTI ZAINAL ARIFF/TENGKU MURNI/NINI/NANI – Gadis kampung berumur 17 tahun tingkatan lima MUHAMMAD EKRAN BIN MUHAMMAD/EKRAN-Pemimpin pelajar tingkatan lima FALINA – Rakan Azfa Hanani di SM Sri Dian KAMILAH – Rakan Azfa Hanani di SM Sri Dian AINI – Rakan Azfa Hanani di SM Sri Dian NORDIN – Pengawas di SM Sri Dian ROZLAN – Pengawas di SM Sri Dian HISHAM dan Rakan-rakan – Pelajar sekelas dengan Azfa Hanani di SM Sri Dian KIM SENG – Rakan sekelas Azfa Hanani di SM Sri Dian KAWAN HISHAM I – Rakan sekelas Azfa Hanani di SM Sri Dian PENGETUA – Pengetua sekolah di SM Sri Dian SYARIFAH ROZAN/KAK ROZAN – Kakak ipar Nordin TENGKU MAZRAN/ENCIK MAZRAN/ABANG RAN- Abang Tengku Murni PUAN SYAFINAZ/ KAK FINAZ – Isteri Tengku Mazran PAK MADI/PAK LONG – Bapa saudara Azafa Hanani MAK DIAH/MAK LONG-Isteri Pak Madi ZAHIDIN – Berumur lima tahun anak Pak Madi ZAHIR – Berumur 11 tahun anak Pak Madi ZURINA – Berumur 12 tahun anak Pak Madi ZURAINI – Anak Pak Madi yang lumpuh PAK HAJI ARSHAD – Rakan Pak Madi TENGKU MUZAFFAR – Abang Tengku Murni

2

DATIN MAZIAH/MAMA- Ibu Tengku Murni DATUK TENGKU MAKMUR/PAPA – Bapa Tengku Murni MAK CIK LEHA – Pembantu rumah Datin Maziah ELLINA –Rakan Azfa Hanani di SM Taman Sari CIKGU RAMZAN – Guru Bahasa Inggeris ADRIANI – Rakan Azfa Hanani di SM Taman Sari YUSNIZAN, LAILI, SYAFIKAH, FUZIANA, SYAMSUL, FAIZAN –Rakan Azfa Hanani di SM Taman Sari dan fasih Bahasa Inggeris ISKANDAR- Pelajar nakal yang menganggu Azfa Hanani GADIS TIONGHUA dan RAKAN – Teman tuisyen Azfa Hanani ABANG NORMAN –Isteri Kak Rozan

3

aku pasti dihukum. Di sebelah AZFA HANANI. dia nak mengelamun. persoalan inikah yang terlalu hebat berombak dalam dada? Aku bersalah tetapi sesungguhnya tindakan itu bersebab. Benar. nak buat uji kaji ke tak nak? AINI: (Sambil mengelap-lap tangan dengan tuala) Entahlah dia ni. HASHIM dan rakan-rakan sedang menggunakan tabung didih untuk memanaskan bahan kimia.. Adakah aku terlalu melayan gusar? Atau. Orang lain masuk makmal nak belajar. macam ada masalah saja. Waktu pentas dibuka lampu disorotkan ke arah AZFA HANANI yang sedang mengelamun sambil membaca buku rujukan kimia. 4 . FALINA: Kau ni. AZFA HANANI: (Mukanya masih tersembunyi disebalik buku rujukan Kimia dan hanya terdengar suara hati) Hm . Jantungku berdegup kencang mendengar penerangan Kamilah. KAMILAH dan AINI sibuk menyusun radas dan bahan-bahan kimia. Tapi aku saja .. Terdengar suara monolong AZFA HANANI. jangan masuk makmal. Kamilah dan Aini akan tahu perkara sebenar. Hidupku daif.. Aku pasti lambat-laun Falina. murid marhaen Tingkatan Lima Kenanga.. akulah pencuri itu! Azfa Hanani. Aku cuma mahu belajar. Ah. ingin meraih ilmu sebanyak mungkin dan semoga pada suatu hari nanti. Aku yakin dengan kenyataan Kamilah dalam kelas pagi tadi bahawa identiti murid yang mencuri buku-buku rujukan SPM telah dikenal pasti tetapi identitinya masih dirahsiakan. Suasana tempat lain dalam cahaya suram. Tentu anggapan semua orang. (AZFA HANANI tersenyum memandang wajah AINI) KAMILAH: Kalau ada masalah. malas nak tegur. itulah penyebabnya dan aku sendiri tidak akan cuba menafikannya. Ya tak? (Rakan-rakan AZFA HANANI kembali melakukan tugas masing-masing. Sama ada digantung atau dibuang sekolah.BABAK 1 Pentas menunjukkan situasi kelas makmal kimia dengan ada kumpulan pelajar lelaki yang sedang melakukan uji kaji manakala CIKGU SOFEA sibuk memberi penerangan sesudah itu sibuk pula menulis sesuatu pada bukunya. terlanjur bersalah. Pergilah ke bilik kaunseling.. FALINA.. Sejak tadi aku tengok.. berupaya menggenggam segulung ijazah idaman setiap pelajar. AZFA HANANI mengelamun kembali memikirkan peristiwa kecurian buku di perpustakaan dan dia bimbang rahsia itu akan terbongkar) AZFA HANANI: (AZFA HANANI kembali bermonolong dan lampu kawasan lain suram dan hanya fokus kepada AZFA HANANI) Hm .. bangkai gajah tidak akan tertutup dek sehelai daun. (Wajah AZFA HANANI berubah dan dia menundukkan mukanya menatap buku kimia) AINI: Boleh jumpa Cikgu Zamin lama-lama. Nani .

di sekolah ini penggunaan bahasa Inggeris sangat terhad dan hanya digunakan dalam kelas sahaja . (AZFA HANANI agak kelam-kabut dan tiba-tiba dia menarik buku rujukan Kimia milik Falina) 5 .. Analisis tu mungkin tak lengkap. Buku rujukan Inggeris apa yang elok aku nak beli. Lanjutannya. Nama baikku akan tergadai dan selepas ini. FALINA: (Lampu kembali difokus kepada rakan-rakan Azfa Hanani) Oi. KAMILAH: Serkap jarang tak elok. Pilih buku mana yang kau rasa elok. Kalau kau nak beli buat analisis dulu.(Muka AZFA HANANI berubah) FALINA: (Seraya menyindir) Kenapa pula? Pagi tadi. Cuba engkau tengok keputusan SRP aku cemerlang kecuali kertas Bahasa Inggeris aku memperoleh P7 FALINA: Buku rujukan Bahasa Inggeris ada banyak di perpustakaan. kau kena berhati-hati sikit.. aku tiada bahan lain yang dapat kujadikan panduan belajar. (supaya tidak timbul kecurigaan AZFA HANANI mencapai sebiji tabung didih dan sebotol asid) FALINA: Memanglah kau lemah dalam Bahasa Inggeris tetapi sekarang kau kena beri tumpuan pada uji kaji kimia ni. nak belajar ke tak nak ni? AZFA HANANI: (AZFA HANANI terkejut dan mengangkat kepala seraya memandang FALINA) Nak . aku yang malu.kesannya sama sahaja. (Ulas FALINA sambil memberi tumpuan pada buku kerja Kimianya) AINI: (AINI bercakap sambil menanti menuang air ke dalam silinder penyukat )Tapi Nani .. kenapa mengelamun lagi? AZFA HANANI: (Secara tergagap-gagap) Aku . Baru tak rugi. Banyak buku dah hilang. selain buku teks . AZFA HANANI: Sebenarnya.. aku tahu. mak long dan seluruh keluarga kami akan turut menanggung aib... siapa pencuri tu?” KAMILAH: Aku rasa. FALINA: Habis tu. aku tak boleh beritahu. pak long. AZFA HANANI: Kau tidak boleh salahkan aku kerana lemah dalam Bahasa Inggeris kerana sebelum aku bersekolah di Sekolah Menengah Sri Dian aku bersekolah di sekolah kampung .... Kalau tak mengena. aku sedang berfikir. kau juga yang bising-bising bercerita. Mengomel. aku akan sentiasa dipandang serong.... AINI: Tahu pun. Cuma. Dosaku akan bertimpa-timpa.

Biar sama macam orang lain. Tapi orang yang panjang tangan. sekarang nak tuduh pulak kita pulak! KAWAN HISHAM I: Sudahlah .. Hah ... (AINI ketawa terkekeh-kekeh) (Pranggg! bunyi tabung didih jatuh berderai di lantai. cikgu. pengetua nak jumpa awak.. kau nak gantung ke atau kau nak buang si pencuri tu? (AZFA HANANI menundukkan kepalanya) KAMILAH: Kedua-duanya sekali.. Lampu kembali disorot kepada kumpulan AZFA HANANI) FALINA: Nani. mari kita bersihkan kaca yang bersepah ni. tadi suruh pilih tabung didih yang baik kau tak ambil.. (AZFA HANANI beredar untuk mendapatkan tabung didih yang baru di rak) (Tiba-tiba masuk dua orang pengawas lelaki memberi salam kepada CIKGU SOFEA) NORDIN: Assalamualaikum . FALINA: Milah kalau kau jadi pengetua.. Semua mata tertumpu ke arah kumpulan kumpulan HISHAM... CIKGU SOFEA: Waalaikumussalam ... Nanti bila diuji dengan kayu uji menyala. itulah dia menghambur kemarahan hatinya. Mereka saling menyalahkan) HISHAM: Itulah . elok kita tukar tabung didih kita. kita punya pun dah retak sikit tu.. Nani. (AZFA HANANI membelek-belek tabung didih di tangannya) ANI: Dah retak tu. sekarang dah pecah.. kau yang tak cermat .. Tuan Pengetua nak berjumpa dengan Azfa Hanani. (Mereka bertiga mengambil penyapu dan membersihkan kaca yang bersepah atas lantai... Aku rasa. ‘bomm’. 6 . kita kenalah kerat sikit. KIM SENG: Hei .KAMILAH: Sekurang-kurangnya Cikgu Yazid dah senang hati dan semua pustakawan pun tak kena marah lagi.... ROZLAN: Cikgu . Lampu disorotkan tempat kumpulan HISHAM. CIKGU SOFEA: (Matanya memandang sekeliling kelas akhirnya tertumpu ke arah AZFA HANANI) Hanani. (Lampu disorotkan kepada AZFA HANANI sahaja dan suasana tempat lain digelapkan) AZFA HANANI: (Merungut dalam hati) Memanglah dia setiausaha badan pustakawan .. Elok sangat kalau ditukar. ya ada apa. gas tu tak berbunyi ‘pop’ tapi bunyinya .

(Tirai ditutup) 7 .AZFA HANANI: (Dengan langkah berat lantas bangun dan menatap wajah FALINA) Lina. kalau aku tak masuk makmal semula. kau tolong bawakan buku kerja aku ke kelas. ya.

Segera. gerunlah sikit. AZFA HANANI ditegur oleh pembantu am pejabat) PEMBANTU AM PEJABAT: Adik ni . Aku ingatlah . Azfa Hanani? 8 . ya. kita ni macam nak pergi mahkamahlah pula. NORDIN: (Mengangkat bahu) Manalah aku tahu. Kami ni .. aku dengan Lan nak ke bilik pengawas. Lan. AZFA HANANI: (Sambil mengerling ke arah Nordin) Betul ke ni? NORDIN: Betullah.. Bila hampir dengan kerani . Kau kenal aku pun bukannya sehari dua hari. Ada set sofa dengan tetamu yang duduk menghadap pengetua.(NORDIN dan ROZLAN beredar meninggalkan AZFA HANANI yang meneruskan perjalanan ke pejabat. ROZLAN: Kalau tak buat salah.Buat apa aku nak berbohong? Aku tak biasa berbohong. Nani.BABAK 2 Suasana depan pentas digunakan dengan tirai tertutup. kenapa pengetua nak jumpa aku. AZFA HANANI: (Mengangguk) Ada apa di sana? NORDIN: Aku tak pasti. tapi semua pengawas lelaki kena panggil. Nani. Aku pun tak dapat mengagak kenapa dia nak jumpa aku.. polis bukan. Kenapa? AZFA HANANI: (Tergamam dan terdiam sejenak seolah-olah kehilangan kata-kata) Err . (ROZLAN melambatkan langkahnya sambil mengemaskan ikatan tali lehernya) NORDIN: (Tersenyum meleret) Betul kata kau tu. CC panggil. warder penjara pun bukan. pengetua nak jumpa. (Azfa Hanani hanya mengangguk) ROZLAN: Kau ni macam taku saja.. Dia suruh cari kau. Lampu disorot kepada Azfa Hanani yang berjalan diiringi oleh Nordin dan Roslan yang sedang berjalan seolah-olah mengiringi pesalah ke mahkamah. AZFA HANANI: (Dengan suara cemas) Din. baik kau berjalan di tepi.. katanya. (Mereka semakin hampir ke bilik pejabat pengetua)Nani. Lampu di kawasan itu digelapkan. Lagipun aku sekampung dengan kau. Tak ada. Di ruangan tengah ada meja dan kerusi kerani. Aku tak pernah dipanggil ke bilik pengetua macam ni... Kau pergilah naik ke pejabat sendiri. ROZLAN: Kau ada buat salah ke? AZFA HANANI: Tak. Sambil berjalan Azfa Hanani bertanyakan sesuatu kepada Nordin. Elok-elok tadi aku berjalan di depan pejabat sekolah dengan Lan..

PEMBANTU AM PEJABAT: Adik ni nampak pucat dan berpeluh.. Ada tetamu nak berjumpa (Pembantu Am Pejabat tersenyum ke arah AZFA HANANI) AZFA HANANI: Terima kasih. saya Azfa Hanani.AZFA HANANI: Ya.. tentulah ada yang tersangkut-sangkut nanti. Mama pula asyik bertanya bila Nini akan pulang. PENGETUA: Waalaikumussalam . Setelah mengelap peluh AZFA HANANI mengetuk pintu. (AZFA HANANI mengenggam erat tangan KAK ROZAN) PENGETUA: Saya serahkan kepada Encik Mazran dan Puan Syafinaz untuk berbincang dengan Azfa Hanani. selamat tengah hari. Malahan sehingga Mama menuduh anakanak lelaki Mama sengaja melarikan Nini. 9 . (Sambil menghulurkan sehelai tisu kepada AZFA HANANI. KAK ROZAN: Sebenarnya begini Nani . bila adik sampai. mereka terlihat gambar Nani sedang memangku anak sulung kak. Itulah Abang Mazran mengajak kak untuk bertemu muka dengan Nani.. Azfa Hanani. terus masuk ke bilik pengetua. Kalau saya yang terangkan.. cikgu.. Jemput duduk. PUAN SYAFINAZ: Saya pun sukar nak percaya.) PENGETUA: (Suara garau) Masuk.. adik bongsu Abang Mazran. Mereka bagaikan kembar. Kami semua dalam dilema hendak merungkaikan kemelut Mama. Kesatlah dulu. AZFA HANANI: (Terus masuk) Assalamualaikum . Bertentangan duduk dengan TENGKU MAZRAN dan TENGKU MAZRAN tergaman serta tidak berkedip memandang AZFA HANANI manakala AZFA HANANI malu-malu dan serta serba salah) TENGKU MAZRAN: (Sambil memandang wajah pengetua) Seiras.. Tengku Murni telah meninggal dunia. PEMBANTU AM PEJABAT: CC pesan .. Masa itulah Abang Mazran mengatakan wajah Nani seiras dengan wajah Murni. Kebetulan semasa mereka membelek album gambar . selamat pagi. (AZFA HANANI termangu-mangu dan duduk di sebelah KAK ROZAN. cikgu. semalam petang Abang Mazran dan Kak Finaz datang ke rumah. TENGKU MAZRAN: Untuk pengetahuan Nani.. Malangnya Mama yang terbabit dalam tragedi itu tidak dapat menerima hakikat pemergian Nani.. KAK FINAZ: Kak sangat mengharapkan persetujuan Nani.

teruklah Nani.. wang belanja. kak. Nani anak orang miskin. KAK ROZAN: Kak Rozan akan jelaskan perkara ini kepada Pak Madi dan Mak Diah.. Nani akan dapat peluang belajar yang lebih baik. Dan lagi. Cuma. Peluang belajar. KAK FINAZ: Kak Finaz dan Abang Ran bukan sengaja mahu merampas kebahagiaan Nani. Nani memang takut. TENGKU MAZRAN: Ini untuk kebaikan Nani juga. bukan datin.) PENGETUA: Azfa Hanani. Encik Mazran dan Puan Shafinaz kalau semuanya berjalan lancar . Kalau Abang Norman dapat cuti... KAK FINAZ: Kenapa takut? AZFA HANANI: (AZFA HANANI menjawab dengan perlahan-lahan) Nani tak kenal Murni. bolehlah uruskan pertukaran sekolah Azfa Hanani. Ingat tu. kak.TENGKU MAZRAN: Kami akan berikan apa saja yang Nani mahu. KAK ROZAN: Kak Rozan tengok Nani macam takut saja. dia pun akan balik ke Kampung Merpati petang ini. saya benarkan kamu pulang. mereka akan izinkan. Keadaan yang memaksa. Fikirlah masak-masak dan buat keputusan. tak pandai menyamar jadi anak orang kaya. Nani sebut saja. KAK ROZAN: Sekurang-kurangnya. mama.. Nani kena panggil dia . Nani akan dapat ikut kami balik. (AZFA HANANI hanya menundukkan kepala dan mengangguk kepala seolah-olah bersetuju. Nani pandai dan tak patut keciciran.. AZFA HANANI: Kalau pak long dan mak long izinkan Nani pergi. Nani akan cuba. Satu lagi. Kenapa? (AZFA HANANI tiada beri respons hanya memandang KAK ROZAN dan tersenyum nipis serta mengangguk) AZFA HANANI: Ya. Kami akan sediakan. KAK FINAS: Kak Finaz akan beritahu apa yang patut dan apa yang tak patut Nani buat. mereka semua beredar dari bilik pejabat TUAN PENGETUA) 10 . Kami akan uruskan segala-galanya. hiburan . (TENGKU MAZRAN setelah bersalam-salaman .. TENGKU MAZRAN: Abang Ran harap. Nani bertenanglah. kesalahan dan kepincangan itu tetap akan ada. KAK FINAZ: Kak Finaz rasa.. Nanti datin tu perasan.

. bagaimana janjiku dengan Abang Mazran dan Kak Finaz. ZURINA: Kak Nani nak jadi doktor.. dik.. AZFA HANANI: Hah . Tengah hari semalam mereka tak dapat bertemu kerana Zuraini demam dan dibawa ke hospital dengan kereta Pak Haji Arshad akibat disengat tebuan. tak adalah! Adik tengok Kak Nani sihat saja. (AZFA HANANI memberi alasan mudah) ZAHIDIN: Eh. Abang Mazran dan Kak Finaz tentu menginap di hotel Johor Baharu. jangan bercakap masa makan. Tiada perabot mewah. ya mak? 11 . Lampu disorot kepada Azfa Hanani yang mencangkung di suatu sudut dengan berselubungkan selimut. dah lewat malam pula. cepatlah pergi mandi .. (Tiba-tiba terdengar suara Mak Long) MAK LONG: Azfa .. Dia nak belajar di sekolah yang lebih bagus. Nak tanya Pak Long dan Mak Long semalam .. ya? ( AZFA HANANI memandang wajak MAK LONG seolah-olah meminta usulan untuk menjawab) MAK LONG: Kak Nani nak pergi jauh. Kalau adik rajin-rajin macam Kak Nani.Tengah sibuk menghidang dan Zahir. Mak Long nak masak nasi lemak pagi ni. Azfa Hanani banyak bermonolog memikirkan peristiwa lalu tentang pertemuannya dengan Tengku Mazran dan Kak Finaz serta Kak Rozan.) (Kemudian selepas bersiap AZFA HANANI sibuk menghidang untuk sarapan pagi. (Sambil menguap panjang AZFA HANANI bermonolog panjang ) Hmm .. Tentu mereka akan datang hari ini untuk bertemu dengan Pak Long dan Mak Long.. jangan lupa pula lepas mandi nanti ambil daun pandan sekali. Zahidin yang petah bercakap menegur) ZAHIDIN: Kak Nani tak pergi sekolah ke hari ini? AZFA HANANI: Tak. (AZFA HANANI hanya mengangguk sahaja. ZAHIR: Kak Nani dapat belajar di KL. Hah .BABAK 3 Pentas menunjukkan situasi rumah Pak Long Azfa Hanani yang agak daif. (Dia tersedak dan beberapa butir nasi terkeluar dari mulutnya) AZFA HANANI: (Mengurut-urut belakang ZAHIR) Kan Kak Nani selalu pesan. Kak Nani tak sihat. Hanya sekadar sebidang tikar mengkuang yang digunakan untuk duduk apabila menghadap makanan.. Zurina dan Zahidin duduk menunggu hidangan.. Kak Nani malas... seronoknya. Mungkinkah Pak Long dan Mak Long telah memutuskan sesuatu.. tentu adik pun dapat belajar di KL.

. Mama tergerak hati untuk turut serta... Pak Long mempersilakan masuk Abang Mazran. Tiba-tiba Pak Long Menjengah) PAK LONG: Hah . apa malangnya juga. Entahlah .... AZFA HANANI: Mak Long .. PAK LONG: Kalau Azfa dah bersetuju . (ZURINA mengangguk seolah-olah tanda setuju. TENGKU MAZRAN: Entahlah ... cepat bergerak ke sekolah. serupa itu mungkin secara kebetulan. Yalah . Mereka semua dijemput sarapan. Abang Mazran dan Kak Finaz nampak kekok duduk bersila dan bersimpuh) PAK HAJI ARSHAD: Nampaknya . (ABANG MAZRAN menarik nafas dalam-dalam seperti cuba melepaskan sesuatu yang tersekat di dadanya) 12 . Manakala Murni yang cuba diselamatkan menghembuskan nafas yang terakhir dalam perjalanan ke hospital. Namun. Dan Azfa sememangnya anak tunggal.. adakah Azfa ni mempunyai kembar? MAK LONG: Tak delah... Rina dan Zahir dah lewat ni . ( Selepas bersalaman dengan AZFA HANANI mereka beredar) MAK LONG: Bila mereka nak sampai ni? PAK LONG: Kejap lagi mereka sampailah .. Kami sekeluarga sudah sepakat untuk merahsiakan dulu hal yang sebenar.. Kak Finaz.. takut mereka datang tak dengar pula saya.. macam mana adiknya kemalangan tu ... Mama terselamat tetapi koma selama beberapa hari. seperti yang saya khabarkan kepada Madi tentang hajat Encik Mazran yang ingin bergalang ganti akan Azfa Hanani ni dengan Tengku Murni yang kemalangan tu . awak tambahlah hidangan tu . Kalau Rina pun sakit macam Kak Zura. Pemandu meninggal di tempat kejadian. kerana ini untuk kebaikan pelajaran Azfa juga. Dia ni belum cukup umur untuk memiliki lesen memandu dan terpaksalah ditemani oleh pemandu keluarga.. jip remuk dirempuh bas mini. (Tiba-tiba terdengar suara orang memberi salam. Abang Norman dan Pak Haji Arshad.... saya nak ke depan ni . nama Nini yang pertama disebut...MAK LONG: Ya. bolehlah Kak Nani sendiri yang ubatkan. sebelum mereka sempat menyahut tawaran lumayan kerajaan takdir Allah telah mengatasi segala-galanya. Mak Long yang menjadi bidan menyambut kelahiran kau.. saya tiada halangan .. dia tentu tak akan percaya dan menuduh kami berbohong... Kebetulan hari itu hujan lebat . Ehm . Murni ni seperti sengaja menempa nahas apabila mahu mencuba memandu jip hadiah Mama sempena hari jadinya yang ke-16..... Bila Mama sedar.. Kami tahu.Sebenarnya ibu dan ayah Azfa telah berkahwin di sebuah universiti tempatan 19 tahun yang lalu dan beroleh kejayaan cemerlang dalam kursus masing-masing..

Keras kepala dan tak suka mengalah pula tu.. Tapi.PAK LONG: Jadi. Nini dilarikan oleh abang-abangnya? TENGKU MAZRAN: Nini tu manja sangat. err . kami akan tanggung segala-galanya. fahamfaham sajalah. Madi. selama ini dia memang tak percaya adik encik tu dah meninggal dunia. ( PAK LONG semacam hendak berkata tetapi KAK FINAS bersuara dahulu) KAK FINAZ: Kami akan kotakan janji kami. Kami ni .. Kos perubatan Zuraini di mana saja. Cukup masa. mama akan berpihak kepada dia. pun atas kehendak-Nya. MAK LONG: Dahlah tu Nani . (ABANG MAZRAN dan KAK FINAZ mengangguk) AZFA HANANI: Boleh tak Abang Ran terangkan. Dia yang Maha Agung. Semasa Mama baru sedar.. Bila Nini tak pernah pergi jenguk dia di hospital. Bila keadaan dah jadi macam ni. pak cik izinkan.. kami rasa dah tak sanggup berdalih lagi. KAK FINAZ: Sejak sebulan yang lalu.. PAK LONG: Demi masa depan Nani. katanya dia mahu dibawa melawat Nini di Jepun. pergilah berkemas. Selama ini pun kami memang berbohong. Kadang-kadang kami pun mati akal. Budak berdua ni seiras walaupun bukan kembar.. kami harap dia dijaga dengan baik. TENGKU MAZRAN: Entahlah. kami kata Nini ikut program pertukaran murid ke Jepun. mulalah mama menaruh syak yang bukan-bukan. Memang mujurlah di pihak saya. Susah nak ke KL tu. Dia tahu ada sesuatu yang tak kena berlaku dalam keluarga. PAK HAJI ARSHAD: (Sambil mengurut-urut janggut) Ini semua kuasa Allah. baliklah dia. kami beritahu dia Nini terselamat. Nani tu anak yatim piatu. kenapa datin tu kata Murni ... Sebab itulah kami berharap sangat pak cik dan mak cik dapat izinkan Nani ikut kami balik ke KL. mak cik. izinkanlah dia balik sesekali ke sini. MAK LONG: Nini tu sebaya dengan Nani ke? TENGKU MAZRAN: Kalau umur Nani 17 tahun sekarang. Diah. Bila bergaduh dengan abang-abang. (PAK LONG mengangguk-angguk kepala manakala MAK LONG memandang ke lain) TENGKU MAZRAN: Kadang-kadang. memang sebayalah. 13 . Bila dia betul-betul sihat nanti. encik. MAK LONG: Kalau ada peluang. Janganlah abaikan dia. Saya tak pasti. Mama nampaknya dah mula ragu-ragu.

14 . (Semasa AZFA HANANI bergerak dengan ABANG MAZRAN dan KAK FINAS . agar sesuai dengan cara berpakaian Nini tu .. Nani..KAK FINAZ: Tak payahlah Nani bawa pakaian .... AZFA HANANI juga memandang NORDIN) Tirai ditutup... AZFA HANANI: Taklah kak .. NORDIN memandang dengan sayu. Mak Long doakan kesejahteraan kau. nak.. Nani Cuma nak bawa sehelai dua pakaian dan buku-buku rujukan.. kerana semuanya pakaian telah kami siapkan . (Setelah bersiap dengan sebuah beg AZFA HANANI bersalam-salaman) MAK LONG: (MAK LONG berkata dalam tangis pilunya) Pergilah.

. TENGKU MAZRAN: Nampaknya Nini cepat belajar . Kak Finas dan Abang Mazran ada berhampiran meja tersebut. KAK FINAZ: Ini ada beberapa dialog yang Nini perlu hafal. Lampu disorot kepada Azfa Hanani yang sedang berjalan ke arah Kak Finaz dan Abang Mazran. sudu garpu dan gelas berkaki.. KAK FINAS: Baik sekarang Kak tunjukkan bagaimana hendak mencium mama seperti yang dilakukan Murni (KAK FINAZ gayakan dengan NINI) Sekarang cara menonton televisyen dengan mama. esok kita boleh balik ke rumah. susahlah kak dengan kasut ni.... Opss . KAK FINAZ: Cuba Nini tunjukkan semula cara makan dengan sudu garpu yang kak ajar tu. TENGKU MAZRAN: Sebab tulah Abang Ran dan Kak mengajak untuk Nini menginap di hotel beberapa hari.BABAK 4 Pentas di hadapan tirai dan diletakkan sebuah meja dan kerusi yang mengandungi piring makan. Azfa Hanani sedang berjalan dengan kasut baru yang bertumit dan pakaian baharu. ( AZFA HANANI cuba makan dengan peralatan tersebut) TENGKU MAZRAN: Bagus tu . Apabila Nini dapat mempelajari semuanya barulah kita akan ke rumah Abang Ran.. (AZFA HANANI bergerak meninggalkan ABANG MAZRAN dan KAK FINAZ) 15 . Dia kelihatan agak kekok untuk mengayakan kasut dan pakaian tersebut. KAK FINAZ: Sabarlah Nani . selepas ni kak akan panggil Nani dengan Nini dan Nani juga kena biasakan dengan panggilan Nini... AZFA HANANI: (Sambil berjalan berjengket) Hah ...

. Mak Cik Leha sedang tekun mengemaskan kawasan ruangan tamu. bilik ini tak sesuai dengan Nani. Lampu disorot pada Mak Cik Leha.. Ingat tau . Ingat ya. Merendah diri. kemudian mak cik bolehlah masak makanan kegemaran Nini. Nini ni humble sangatlah. Nani. Kak Finaz dan Abang Mazran sedang berjalan masuk. AZFA HANANI: Alhmadulillah . (KAK FINAZ dan AZFA HANANI bergerak ke bilik) KAK FINAZ: Inilah bilik Nini.. KAK FINAS: Mak Cik Leha inilah Azfa Hanani kembar Nini yang saya beritahu tempoh hari. kak. macam yang Kak Finas ajar. AZFA HANANI: (AZFA HANANI mengangguk) Insya-Allah. mak cik... (AZFA HANANI tergamam melihat suasana bilik tersebut) AZFA HANANI: Kak. Hah ..BABAK 5 Pentas menunjukkan rumah banglo milik Datin Maziah dan Datuk Tengku Makmur. Azfa Hanani. KAK FINAZ: Nini . Kemudian ada ruangan seolah-olah bilik ada meja komputer dan dipenuhi dengan patung watak-watak kartun. bukan Nani. mak cik macam tak percayalah. ( AZFA HANANI bersalam dan mencium tangan MAK CIK LEHA) MAK CIK LEHA: Mak cik ..... (Dia mengesat-gesat kelopak matanya yang basah) TENGKU MAZRAN: Nini nak berehat.. Nani akan cuba. eh.. sekarang Nini bukan lagi Nani. nama timangan Nani sekarang ialah Nini.. Nini naiklah ke bilik dulu. Nini bolehlah naik ke bilik. Kita pergi ambil barang-barang dia dulu. KAK FINAS: (Seolah-olah berbisik) Jangan jadi macam rusa masuk kampung. Mak cik betul-betul ingatkan Nini yang sebenar tadi . AZFA HANANI: H-a-m-b-e-l ? Oh . Ada set sofa di ruangan utama. jangan cakap macam tu! Nini kan akan tinggal lama di sini. (Sambil melabuhkan punggungnya di kerusi di bilik tersebut) KAK FINAZ: Isy.. Tengah hari ni kita boleh makan sama-sama. (Di ruangan tamu pembantu rumah amat terkejut melihatku) TENGKU MAZRAN: Mama tidur . Buat biasa saja. 16 . Kak Finaz berbisik sesuatu pada Azfa Hanani. Nini. Kak nanti biarlah Nini belajar tambahan untuk subjek bahasa Inggeris secara intensif.

KAK FINAZ: Hah ... tentang tu Nini jangan risau ... Kan Abang Mazran dan berjanji akan menghantar Nini belajar di sebuat pusat tuisyen. (Manakala Nini sibuk membelek-belek hiasan-hiasan karektor kartun) AZFA HANANI: Banyak sangatlah hiasan kartun. KAK FINAZ: Adik ipar kakak tu suka sangar dengan kartun. Sebab itulah bilik ini banyak sangat hiasan macam tu. (AZFA HANANI mengangguk kepala) AZFA HANANI: (Terlaku sukar untuk menggunakan kata panggila Nini lantas menggunakan kata panggilan ‘saya’) Saya tak berapa minat dengan patung bentuk kartunlah kak. KAK FINAZ: Boleh diubah kalau mahu. (ABANG MAZRAN dan MAK CIK LEHA masuk dengan membawa dua buah beg. Setelah meletakkan beg ... mereka macam nak beredar) TENGKU MAZRAN: Kalau mama tanya Nini menghilang diri ke mana? AZFA HANANI: Ke Tokyo untuk program pertukaran murid Malaysia dan Jepun selama empat bulan. KAK FINAZ: Kenapa tak hubungi mama? AZFA HANANI: Nini terlampau sibuk. Banyak sangat atur cara dan tak sempat cari masa yang sesuai. TENGKU MAZRAN: Walaupun untuk sekali? AZFA HANANI: Mama sakit, dan Nini tak nak ganggu mama berehat. TENGKU MAZRAN: Nini tak rindu pada mama? AZFA HANANI: Terlalu rindu. Empat bulan tu Nini rasa macam empat tahun. KAK FINAZ: Nini boleh ajar mama cakap bahasa Jepun? AZFA HANANI:(Terpinga-pinga kerana soalan ini tidak termasuk dalam latihan) Lain kali bila kita sama-sama pergi melawat Jepun. Nini akan ajar mama. Nini janji. Sekarang ... tak boleh. (Jawab AZFA HANANI dengan lancar tanpa dirancang) TENGKU MAZRAN: Bagus. Nini boleh jadi pelakon yang baik. (Di muka pintu bilik TENGKU MUZAFFAR bersandar sambil memerhati) TENGKU MUZAFFAR: Mula-mula tu memanglah berlakon jadi anak orang kaya. Lepas tu betulbetul jadi anak orang kaya, kan? (Muka AZFA HANANI berubah dan dia menundukan wajah ke lantai)
17

TENGKU MAZRAN: Jaga mulut kau sikit, Muz. Abang bawa dia ke mari untuk tolong kita. Kau tak kasihan pada mama? TENGKU MUZAFFAR: Muz tak kisah, bang. Muz Cuma ingatkan saja. Manalah tahu ... takut kalau-kalau dia akan beraja di mata bersultan di hati nanti. KAK FINAZ: Muz dah selalu sangat berperang dengan Murni dulu. Cukuplah. Janganlah cari fasal dengan Hanani pula. TENGKU MUZAFFAR: Okey, okey, okey! Muz janji. (ABANG MUZ berlalu meninggalkan mereka) KAK FINAZ: Sabarlah, Nini. Muz memang macam tu. Tapi, hatinya ... percayalah cakap Kak Finaz, baik. Sabarlah, ya. (AZFA HANANI memang tersinggung tetapi dia cuba mententeramkan hatinya) AZFA HANANI: Sikap ayah abang Macam Abang Muz juga ke? TENGKU MAZRAN: Abang akan jumpa papa dan beritahu dia perkara sebenar. Nini jangan bimbang dan berehatlah dulu KAK FINAZ: Jangan bimbang papa jarang ada di rumah. Ini pun sudah dua minggu dia berada di rumah isteri mudanya. (Sebelum meninggalkan AZFA HANANI, KAK FINAZ memetik suis penyaman udara) (Hanya tinggal AZFA HANANI seorang dalam bilik. Dia duduk seorang diri sambil bermonolog) AZFA HANANI: (Suara monolog) Ah ... alangkah seronoknya kalau Zahidin berada di sini. Tentu dia akan melompat riang atas tilam yang besar dan anjal ini. Hmm ... tentu Zuraini akan dirawat dengan kaedah perubatan yang terbagus. Tetapi ... keadaan akan berubah ... ah ... mereka tetap akan kuhubungi ... insya-Allah...harap-harap Abang Mazran dan Abang Norman akan membantu sebagai orang perantaraan. Aku juga mesti berhati-hati agar kesahihanku sebagai Murni di mata Datin Maziah akan terselindung. Malahan Kak Finaz dan Abang Mazran telah berpesan agar setiap surat mencatat namaku mesti melalui alamat pejabat Abang Mazran. Tetapi ... masalah buku rujukan yang kucuri ... pinjam ... di Sekolah Menengah Sri Dian perlu dipulangkan ... tetapi siapa penerimanya ... pengetua ... tak boleh ... sebab nama baik aku akan tercemar ... ah ... Cikgu Zaminlah yang pasti ... kerana selama ini Cikgu Zamin sering cuba memahami masalahku. (Tiba-tiba pintu bilik diketuk. Apabila dibuka kepala KAK FINAZ terjongol) KAK FINAZ: Mama sudah sedar. Cepat Nini, kita turun ke bawah. (Setelah bersiap ala kadar aku menuju ke arah Mama dan dia dari jauh telah tersenyum meleret.)
18

DATIN MAZIAH: Mari dekat mama, sayang. (DATIN MAZIAH mengangkat tangan kanannya dan AZFA HANANI menyambut dengan ciuman dan dengan merendahkan diri untuk memberi peluang DATIN MAZIAH mencium dahi. KAK FINAZ menarik nafas lega) DATIN MAZIAH: Nini tahu, mama selalu runsing bila teringatkan Nini. Mama rindukan Nini, tau? (DATIN MAZIAH bercakap sambil mengusap-usap kepala AZFA HANANI) AZFA HANANI: Nini tahu, mama. Nini pun dah lama nak balik. TENGKU MAZRAN: Masa Nini di Tokyo dulu, dia selalu telefon Ran tanya fasal mama. Katanya, dia nak balik tapi Ran tak bagi sebab mama perlu berehat. (AZFA HANANI terpinga-pinga bila disebut nama Tokyo) DATIN MAZIAH: Suara Nini pun kedengaran lain sikit sekarang. (AZFA HANANI terkedu dan cuba memikirkan jawapan yang sesuai) AZFA HANANI: Tokyo tu tempat baru pada Nini. Iklimnya kan berbeza. Lagipun, Nini dah besar. Suara pun ikut berubahlah. DATIN MAZIAH: (Sambil memeluk erat tubuh AZFA HANANI) Mama pun berharap Nini akan cepat dewasa. Cukup umur nanti, ambil lesen memandu dan tengoklah ... dalam beberapa hari lagi mama akan belikan jip baru untuk Nini. Sama macam yang dulu. ( AZFA HANANI hanya tergamam mendengar janji DATIN MAZIAH) Tirai ditutup.

19

Ada papan tanda nama sekolah. bunyinya seakan-akan pula.. Ramai orang pun masih susah nak percaya jelmaan Murni ada di sini sekarang. Semalam saya lewat masuk ke kelas. Nina.. mana-mana pun boleh.. langsung tertidur awal. (ELLINA tersenyum) AZFA HANANI: Nani dan Nini. tapi tak nampak pula Nina dalam kelas.. Malam semalam pun terlalu letih . AZFA HANANI: Betul. Banyak sangat urusan di pejabat. ELLINA: Abang Ran ada beritahu keluarga saya fasal Hanani. Tengku Ellina. seiras betul dengan Murni. Tapi... Nama sebenar. AZFA HANANI: Oh .. (AZFA HANANI dan ELLINA meninggalkan pentas) 20 . saya rasa elok Nina panggil saya Nini sebab Abang Mazran dan Kak Finaz mahu semua orang mengenali saya dengan nama itu. Azfa Hanani. nanti akan kenal juga. Tapi saya dah terpaksa berlakon sebagai Murni di rumah dan saya harap saya akan diterima sebagai diri saya yang sebenar di sekolah. Tak sempat nak telefon Ni .BABAK 6 Pentas di hadapan tirai menunjukkan Ellina sedang berjalan dengan pakaian lengkap sekolah dan beg sekolah tersandang di bahu. cikgu pula hendak menempah nama Azfa Hanani untuk dibuat tanda nama baru.. Saya minta maaf. ada Kak Finaz menyatakan yang Nina ni saudara dua pupu Murni. Ah. Saya sibuk sangat sehari dua ni kerana mewakili sekolah dalam pertandingan Forum Remaja.. ELLINA: Ini Hanani. Hanani pun .. ELLINA: Jomlah ke kelas. (AZFA HANANI menggeleng) AZFA HANANI: Belum. Kemudian tiba-tiba masuk Azfa Hanani yang baru dihantar oleh Abang Mazran ke Sekolah Menengah Taman Sari.. AZFA HANANI: Panggilah Nani atau Nini. Nini semalam dah lapor diri .. dan sekarang Nina pula. begitu harmoni! ELLINA: Betul. ELLINA: Dah kenal kawan-kawan sekelas. (ELLINA menggulum senyum manakala Azfa Hanani termenung memikirkan sesuatu) AZFA HANANI: Entahlah . ELLINA: Saya Nina. ini pun Abang Mazran yang menyuruh memakai tanda nama Tengku Murni . Apabila Azfa Hanani terserempak dengan Ellina dia ditegur oleh Ellina. ya? AZFA HANANI: (Sambil berjabat tangan) Ya... ELLINA: Tak apalah.

is Azfa Hanani . My name a.. yes Laili your opinion LAILI: When we say about pollution it involve the pollution of air. ELLINA kembali ke tempat duduknya.. Murni ada kawan istimewa ke. Nini Tengku Murni pun macam itulah. introduce yourself. ok Syafikah .. (Loceng berbunyi panjang.. but she’s good in English.. ( Tiba-tiba Cikgu Ramzan masuk selepas ucapan salam dia memandang ke arahku) CIKGU RAMZAN: Are you the new student . CIKGU RAMZAN: Good .. Azfa Hanani duduk di kerusinya. Sastisfying need without awareness causes. (AZFA HANANI hanya mengangguk kepala) CIKGU RAMZAN: Ok .. I’m from Johor and studied at Sekolah Menengah Sri Dian.. AZFA HANANI: Sebenarnya? ELLINA: Murni tak pernah beritahu saya.. saya masih meneka sampai sekarang.. CIKGU RAMZAN: You’re seem pair twin of Murni . environmental pollution. Manakala Ellina menarik kerusi tempat duduk Adriani untuk mengambil tempat duduk.. I . sound and etc.... SYAFIKAH: Pollution relates to human and development.. dia berkenan dengan seorang murid lelaki.(AZFA HANANI menarik nafas lega) AZFA HANANI: Err . AZFA HANANI: (Dengan tersekat-sekat) Hmm ... ADRIANI kembali duduk di sebelahku. AZFA HANANI: Dia baik dengan semua orang? ELLINA: Hampir semua orang. anyone care to add move . Tapi dia pernah menyebut... (ELLINA mengangkat bahu tetapi bibirnya mengukir senyuman sinis) ELLINA: Nini Azfa Hanani tentu ramai peminat di sekolah lama. 21 .. Beberapa kerusi lagi telah dipenuhi oleh pelajar. is there anyone have any opinion . ELLINA: Nini yang sebenar amat peramah orangnya. Cikgu Ramzan tu garang sikit.. ADRIANI berbisik ke telingku) ADRIANI: Sekejap lagi subjek Bahasa Inggeris. Nina. water..BABAK 7 Pentas dibuka dengan suasana dalam bilik darjah.. Semua murid duduk di tempat masing.. our class will desqust the issues of nature’s pollution . Siapa dia..

tunggu dulu.. (AZFA HANANI hanya menundukkan kepala dan mengelamun jauh. Dia tidak dapat mengikut perbincangan tersebut. Tiba-tiba seorang pelajar lelaki berpakaian kemas selaku pemimpin pelajar menegur. saya tak pandai. (Mereka bertiga berhenti dan menoleh kepada pelajar lelaki tersebut.. tapi yalah .. what are the effect .. good . ELLINA sambil memegang buku Fizik datang menghampiri AZFA HANANI) ELLINA: Jauh mengelamun tadi.. Nak bercakap banyak-banyak. Nina. Err . CIKGU RAMZAN: Good. (AZFA HANANI mencari buku Fizik dalam begnya) ELLINA: Kenapa kata macam tu?(ADRIANA hanya mengikuti perbualan antara AZFA HANANI dengan ELLINA) AZFA HANANI: Saya budak kampung.) 22 . (ELLINA mengangguk sedikit kepada ADRIANI) ADRIANI: Tentu. Didi pun boleh.. idea ada untuk mencelah semasa perbincangan tadi.. Mereka bertiga bergerak dan muncul di hadapan pentas sambil berjalan dengan mengkepit buku Fizik... Nini.. fahamlah.CIKGU RAMZAN: Oh . kalau dibuat dalam bahasa Melayu kan mudah.) EKRAN: Saudari yang macam Tengku Murni tu. Yes. awareness campaign and conservation concept. yes Fuziana . FUZIANA: The effect of this ozone layer became thick and it can cause cancer and the extinction of flora and fauna CIKGU RAMZAN: That’s good . How would we avoid it? Oh Syamsul what’s your opinion SYAMSUL: Actually every person should play their part such as enforcement... Cuma nak menjawab tu yang susah. Semua pelajar mengambil buku Fizik untuk bergerak ke makmal Fizik.. (ADRIANI memandang wajah AZFA HANANI) ADRIANI: Nini tak fahama lansgung apa yang Cikgu Ramzan ajar tadi? AZFA HANANI: Sikit-sikit tu. ELLINA: Jom kita ke kelas Fizik (Tirai ditutup. AZFA HANANI: Terima kasih atas niat ikhlas tu. Loceng berbunyi dan CIKGU RAMZAN beredar. tak pernah guna bahasa Inggeris di rumah. Teringatkan siapa? Seseorang?(AZFA HANANI hanya tersenyum) AZFA HANANI: Tak adalah.. Insya-Allah. ELLINA: Tak apalah. Saya akan tolong.

Laili tu memang sejak dulu tak sebulu dengan Murni.EKRAN: (Setelah hampir . 23 . dan memberikan anggaran secara kasar bagi nilai pekali. Tirai dibuka dan kelas dipenuhi pelajar kelas yang sama. masuk kelas sains sosial sebab katanya nak jadi akauntan. (Mereka bertiga bergerak masuk ke dalam pentas. EKRAN: Oh . Pengerusi Persatuan Pelajar Tingkatan Lima SMTS. Lepas SRP. tak apa . (AZFA HANANI berubah air mukanya) ELLINA: Jangan ambil hati. ELLINA: Bolehlah dikatakan baik.) CIKGU SANI: Hmm . Teori berdasarkan “model titisan cecair” dan boleh digunakan bagi kebanyakan sebutan dalam rumus. ADRIANI dan AZFA HANANI turut berada dalam kelas tu. boleh pelajar baru kita Azfa Hanani menjelaskan sedikit tentang keputusan uji kaji berkaitan rumus jisim separa empirik. ia sebahagiannya diasaskan daripada teori dan sebahagian lagi pengukuran empirik. rumus jisim separa empirik. (AZFA HANANI mengangguk) EKRAN: Selamat datang ke SMTS (Sambil menghulurkan tangan) AZFA HANANI: (AZFA HANANI tidak menyambut tangan tersebut) Maafkan saya. Dia pernah belajar sekelas dengan saya dan MURNI. Masa rehat nanti. jangan lupa pergi ke bilik persatuan untuk ambil borang keahlian. Nini.. tergagap-gagap. AZFA HANANI: Dalam fizik nuklear. LAILI: (Apabila AZFA HANANI duduk) Eleh. EKRAN mencabut pen dan buku catatan seolah-olah ingin mencatat) Boleh saya tahu nama saudari? AZFA HANANI: Azfa Hanani binti Zainal Ariff EKRAN: Terima kasih. Seperti juga namanya. kadang kala dikenali sebagai rumus Weizsacker. Kemudian nampak CIKGU SANI masuk ke dalam kelas FIZIK.. Kelihatan ELLINA.. berlagak! Depan Cikgu Ramzan tadi. iaitu rumus untuk menganggarkan jisim dan ciri lain bagi nuklues atom. (EKRAN menundukkan kepala dan beredar) AZFA HANANI: (Sambil memandang ELLINA) Siapa dia tu? ELLINA: Muhammad Ekran bin Muhammad.... AZFA HANANI: Dia baik dengan Murni...

(Loceng berbunyi. Ika dan Fuzi memang begitu. ELLINA: Abang Ran tak beritahu misteri ini? AZFA HANANI: (Semakin terkejut) Misteri? ELLINA: Kad pengenalan dan kad ATM Murni dengan beg duitnya sekali sampai sekarang tak ditemui.(AZFA HANANI terkejut dan keningnya bertaut) AZFA HANANI: Saya tak faham. Nini. (AZFA HANANI terkedu. Tirai sekali ditutup. Mereka berdua berjalan dan masuk ke dalam pentas.(AZFA HANANI hanya mendengar dan tidak memberi respons) ELLINA: Sebenarnya.) ELLINA: Lili. Hilang tak tahulah di mana. apakah Murni benar-benar dah tak ada. AZFA HANANI: Kenapa? ELLINA: Dia tak pasti. Laili masih sangsi. AZFA HANANI dengan memegang borang sedang berjalan dengan ELLINA di hadapan pentas. Budak-budak sekolah ni panggil mereka tu Budak Glamur. Nina.) 24 .

Nini kata . Finaz dah suruh semalam. Entahentah Nini ni teringatkan seseorang di sana tak? (AZFA HANANI terkejut dan menggeleng kepala dan beberapa biji nasi terkeluar dari mulut) 25 . bukannya nak belajar memasak. KAK FINAZ: Mama jangan pula minta dia masakkan apa-apa yang dia makan di sana tu. (KAK FINAZ melawak dan cuba menyelamatkan keadaan) DATIN MAZIAH: Peliknya pula.BABAK 8 Pentas masih menggambarkan suasana banglo milik Datin Maziah. DATIN MAZIAH: Hari ini macama mana? Ada apa-apa yang Nini nak ceritakan pada mama? (DATIN MAZIAH memeluk mesra sambil mencium dahi AZFA HANANI) AZFA HANANI: Baik saja. Dari jauh Azfa Hanani menguntum senyuman kepada Datin Maziah. Nini ada juga buka-buka buku. Tapi. mama. Lampu disorot kepada Datin Maziah yang sedang menunggu Azfa Hanani pulang dari sekolah. kan DATIN MAZIAH: (Datin Maziah tersenyum) Ini tentu fasal suka sangat makan masakan orang Jepun.. mama. Nini seronok dapat belajar semula bersama kawan-kawan. Tak apalah. AZFA HANANI: Terima kasih. DATIN MAZIAH: Eh. Nini nak belajar daripada mama.. Nini akan tanya cikgu.. mama sendiri yang masakkan ayam masak merah tu. kalau Nini nak tahu. DATIN MAZIAH: Tentulah. Kalau ada manamana bahagian yang Nini tak faham.. Nina dan kawan-kawan lain pun ada yang tolong... Macam semalam. nanti mama ajar. apa salahnya kalau mama ajar sekali lagi. Nanti bila Nini ada masa lapang. (KAK FINAZ yang mengambil aku setelah membayar duit teksi terus masuk ke dalam rumah) DATIN MAZIAH: Nini tak rasa ketinggalan dalam pelajaran? (AZFA HANANI menggeleng) AZFA HANANI: Tak adalah. dia pergi nak seronok-seronok. Tapi. Semasa di Jepun. Nini kan dah pernah belajar dulu?(AZFA HANANI tergamam) AZFA HANANI: Nini dah lupa. AZFA HANANI: Masakan mama memang sedap. makan . walaupun lama di sana. (AZFA HANANI melebarkan senyuman kepada DATIN MAZIAH sambil memandang KAK FINAZ dan KAK FINAZ mengangguk-angguk) DATIN MAZIAH: Marilah Nini . dia makan sikit sangat sekarang. Nini tentu suka.

Tapi Nini nak berehat dulu. KAK FINAZ: Kenapa Nini? AZFA HANANI: Nina beritahu Nini di sekolah tadi. kad pengenalan dan beg duit Murni belum lagi ditemukan sejak kemalangan tu. ada orang yang ambil di tempat kemalangan. Tak penting sebab jenazah Murni pun dah selamat disemadikan. Kak Finaz sudah berada di katil sambil membelek-belek album gambar) AZFA HANANI: Kenapa Kak Finaz tak beritahu Nini awal-awal lagi fasal kehilangan tu? KAK FINAZ: Sebab kami rasa Nini tak perlu tahu. (AZFA HANANI mengangguk) AZFA HANANI: Tak adalah. Tanda-tanda pengenalan Murni ada di tempat terlindung. berhati-hati bila makan.) Nini . Mama tak akan dapat tengok. Hiasan anak-anak patung telah dilonggokkan di tempat lain. Kak Finaz dah belikan apa yang Nini mahu. Ada sebuah album di atas katil. (Sesudah makan AZFA HANANI meminta izin untuk ke bilik. orang tu tak dapat cari nombor PIN. AZFA HANANI: (Dengan manja) Mama. akuan dia selamat. (DATIN MAZIAH bergegas ke dapur) AZFA HANANI: (Dengan suara perlahan) Kak Finaz. Nini nak minum air sejuk. 26 . mama. Tapi. Nini janganlah bimbang sangat. semua hiasan dan kusyen baharu.Mama sajalah yang bawakan. (DATIN MAZIAH muncul dengan menatang sgelas air suam di atas dulang) AZFA HANANI: Terima kasih.. (AZFA HANANI tersedak dan mama datang mengurut belakang. AZFA HANANI: Terima kasih. Bolehlah kita kemaskan sekarang.. Betul ke? (Wajah KAK FINAZ berubah) KAK FINAZ: Abang Ran dan Kak Finaz agak.KAK FINAZ: (Berkata dengan lembut) Nini. Agaknya. kak. ke bilik dulu ya mama. AZFA HANANI: Betuk ke dia tu Murni kak? KAK FINAZ: Betullah. DATIN MAZIAH: (Nyaring) Leha! AZFA HANANI: (Seolah-olah merengek) Nini tak nak Mak Cik Leha yang bawakan. Hmm . Abang Ran dan Abang Muz yang sahkan. (Cahaya disorot ke bilik yang sudah berubah. Ada buku-buku rujukan baru di atas meja. Nini sedang diet.. jaga badan sebab tak mahu gemuk.. Dalam dua buah kotak tu. Ada dua buah kotak besar. Papa. mama. Malam nantilah kita kemaskan.

(AZFA HANANI terpempan) AZFA HANANI: Saya minta maaf. DATUK TENGKU MAKMUR: Bagus. AZFA HANANI memandang sayu wang tersebut. papa? DATUK TENGKU MAKMUR: Baik. Saya akan kirim duit itu setiap awal bulan. Depan datin. datuk. (DATUK TENGKU MAKMUR mengeluarkan dompet dan mengambil jumlah wang tersebut dan dilempar di atas katil dan beredar dari situ. Ah . Lampu diterangkan. Nini nak tengok. DATUK TENGKU MAKMUR: Cukup tak? AZFA HANANI: Cukup.. tengoklah. (Lampu digelapkan. Sebentar kemudian masuk Datuk Tengku Makmur dan mengjenguk ke bilik Azfa Hanani... Kak Finaz pun nak pergi mandi.. Kenapa ada catatan yang dipadamkan. DATUK TENGKU MAKMUR: Berapa Mazran janji nak bayar upah? AZFA HANANI: Upah? (Terkejut) DATUK TENGKU MAKMUR: Ya. Suasana senyap seketika) DATUK TENGKU MAKMUR: Saya bagi RM500 sebulan.. (KAK FINAZ beredar dari pentas dan AZFA HANANI sambil duduk di kerusi membelek-belek diari dan bermonolong.. Lampu digelapkan.. rasanya ada sesuatu yang dirahsiakan oleh Murni .. Azfa Hanani terkejut) AZFA HANANI: Apa khabar. tetapi untuk menyelami prinsip dan perwatakan Murni aku perlu membacanya . keliru dan menggeleng kepala) AZFA HANANI: Dia tak berjanji macam tu.... upah menyamar sebagai Murni. (AZFA HANANI terkejut.. Tapi .. Mint alamat keluarga awak di kampung. bolehlah awak panggil saya macam tu. mama dah pulangkan album-album dan diari-diari Murni..KAK FINAZ: Ini pula .. 27 . cukup? AZFA HANANI: Err . AZFA HANANI: (Bermonolog) Sebenarnya tak elok baca diari orang lain .) Tirai ditutup.. tapi saya bukan ayah awak. DATUK TENGKU MAKMUR: Mazran tak berjanji apa-apa? (AZFA HANANI tunduk dan berasa hiba. (AZFA HANANI serba salah) AZFA HANANI: Saya akan kirim sendiri.

(Terdengar deruman kenderaan) 28 . Duit yang abang bagi hari tu pun banyak lagi. seluar jeans putih. Nini bukannya nak pergi berbelanja. (DATIN MAZIAH sedang masuk ke hadapan pentas. berstoking putih dan berkasut kanvas.. Nini hendak ke mana? AZFA HANANI: Sebenarnya di sekolah ada perjumpaan untuk membincangkan tentang Hari Sumbangsih. TENGKU MAZRAN: (Sambil menoleh ke belakang) Ke mana? AZFA HANANI: Entahlah . Dia seolah-olah hendak keluar berjalan. Tapi kalau boleh.. Nini beritahu sebelum bersarapan tadi. Manalah tahu. Jaga diri baik-baik. (TENGKU MAZRAN mengeluarkan dompet dan menarik keluar dua keping wang kertas RM50 dan menghulurkan kepada AZFA HANANI dan AZFA HANANI teragak-agak untuk menerima wang tersebut) TENGKU MAZRAN: Ambil ni. TENGKU MAZRAN: Bersiap-siap ni .. Mungkin Nini nak pergi ke Plaza Cahaya. Nini nak pergi ke mana lagi? AZFA HANANI: Tak tahu lagi. AZFA HANANI: Tak apalah.. Nini nak keluar berjalan-jalan.. kalau-kalau Nini nak beli apa-apa di sana. buat belanja .. Nini nak beli sesuatu nanti. DATIN MAZIAH: Pergilah sayang. bang. Nini ambil wang yang dihulurkan oleh ABANG MAZRAN) DATIN MAZIAH: Nini.BABAK 9 Di hadapan pentas Azfa Hanani memakai baju T berkolar. TENGKU MAZRAN: Nini dah beritahu Kak Finaz? (AZFA HANANI tidak menjawab dan dia hanya memandang jauh seolah-olah mencari kelibat KAK FINAZ) TENGKU MAZRAN: Nini dan beritahu Kak Finaz. TENGKU MAZRAN: Selepas perjumpaan tu. mama. (Selepas hampir AZFA HANANI mendakap DATIN MAZIAH) AZFA HANANI: Nini pergi dulu ya. Nini nak keluar jalan-jalan? (Abang Mazran mengulangi soalannya) AZFA HANANI: Err . TENGKU MAZRAN: Ambilah. dah. nak tengok lokasi Institut Lingua Franca itu sekali. Abang Ran. Kebetulan Abang Mazran juga berada di situ.. bang..

. Nina? ELLINA: Ya. adalah. Asyik memprotes saja.. maksud aku tak beritahu. (AZFA HANANI berpisah dengan ELLINA. apa nak dikata . sakit hati.) AZFA HANANI: Hebat sungguh cara Ekran berucap serta kelancarannya memberi penjelasan. yang tak setuju geng-geng Laili saja... Err . Tapi... Dia tu . ELLINA: Malam Bakat Sumbangsih.. Masuk semula Azfa Hanani dan Ellina ke hadapan pentas. 29 . (ELLINA geram) AZFA HANANI: Sebenarnya slot apa yang Budak Glamor mahu.. dia nak bertanding pegang jawatan dalam persatuan tu. Mujur tak menang.... tak ada kerja lain. ELLINA: Lupa... Buat kerja bukannya tahu. ELLINA: Itulah .AZFA HANANI: Apa yang kakak tahu fasal hari sumbangsih tu? KAK FINAZ: Projek cari duit untuk memperindahkan lagi kawasan sekolah. AZFA HANANI: Aku bergerak dululah.. Nina. ELLINA: Memang pun. Dia meneruskan perjalanan dan bertemu dengan ADRIANI) ADRIANI: Hei . Apa-apa terbina daripada hasil kutipan sumbangsih akan dinamakan sempena kumpulan murid tingkatan lima tahun itu. (Mereka berjalan dan hilang daripada pentas. AZFA HANANI: Ah .. (Wajah ELLINA menunjukkan rasa tidak puas hati) AZFA HANANI: Kau . AZFA HANANI: Murni ada beritahu kakak apa-apa? KAK FINAZ: Sikit-sikit. Kenapa tak tanya orang lain? AZFA HANANI: Orang lain pun tak sebut apa-apa. kau tak pernah beritahu aku fasal Hari Sumbangsih ni. umurnya tak panjang. Dulu.. AZFA HANANI: Sakit hati? Sakit hati pada siapa? ELLINA: Laili. AZFA HANANI: Dia ni memang ada tokoh jadi ahli pembangkang. Nini kau dapat tugas apa untuk Hari Sumbangsih nanti . Tak layak jadi pemimpin tapi nak bertanding juga dulu. kau sakit ke.

... saya boleh cari teksi.. EKRAN dan AZFA HANANI saling bertentangan mata) AZFA HANANI: Di .. 30 .. (Mereka berpisah dan AZFA HANANI meneruskan perjalanan ke Plaza Cahaya.. EKRAN: Ya. Setelah berjalan AZFA HANANI ternampak seorang pemuda menjual burger. sampailah ke Plaza Cahaya. kau nak ikut ... lebih kurang 10 minit perjalanan.. (Mereka terkejut.. aku bukan pernah ke sana. hah . nak ke mana.. (EKRAN menjuihkan mulut dan isyarat tangan.. AZFA HANANI: Ke Plaza Cahaya .. nak beli .... di mana sa. ADRIANI: Kau nampak kalut saja ..... kau naik bas mini nombor 19. Dia ingin bertanyakan penjual burger yang baru memulakan perniagaan) AZFA HANANI: Bang. AZFA HANANI pun berlalu) Pentas kosong.. aku ada kerja .AZFA HANANI: Namaku tergolong dalam senarai penjual burger. ADRIANI: Maaflah .

Sambil itu dia membelek-belek akhbar tu. Sebab dia kena pergi mesyuarat. Sebab itulah kami nak tolong mereka. aku perlu mencari fakta berkaitan kereta nasional . pengacara yang glamor! (AZFA HANANI serba salah) FUZIANA: Awak kan murid baru? Inilah peluang paling baik untuk memperkenalkan diri . (AZFA HANANI menoleh) FUZIANA: Boleh kita bercakap sebentar? (AZFA HANANI terkedua dan SYAFIKAH dan FUZIANA duduk di hadapan AZFA HANANI...BABAK 10 Pentas dibuka dan suasana seolah-olah di perpustakaan sekolah. Karangan ni tak semestinya kita siapkan sekarang. mesti ketinggalan zaman punya. AZFA HANANI: Fasal apa? FUZIANA: Okey.. saya dan Ikah yang kena beritahu. Aku mesti memastikan karangan yang aku tulis mesti mantap.Mengambil akhbar dan duduk di kerusi. awak tu Azfa Hanani bukannya Tengku Murni. AZFA HANANI: (Terkejut) Jadi pe .. Laili kata..) AZFA HANANI: Fasal apa tu? FUZIANA: Ini rancangan Laili sebenarnya. kita terus terang sajalah. suara awak bagus untuk jadi pengacara pada malam itu. budak-budak tu nak kendalikan amplifier. Di rumah pun boleh tulis. Tetapi . mikrofon dan entah apa-apa lagi pun tak tahu. pengacara majlis? SYAFIKAH: Ya. Sambil itu dia bermonolog. Saya dan Fuzi tak mahu bercakap fasal tu. AZFA HANANI: (Bermonolog) Ah . (SYAFIKAH berkata-kata sambil jari jemarinya mengetuk meja) 31 .(SYAFIKAH menggeleng pantas) SYAFIKAH: Bukanlah. (AZFA HANANI mengerutkan kening lalu memandang sekeliling. Backdrop tak payah cakaplah . kalau dibiarkan kelas tu jadi pengelola..... baru-baru ni Cikgu Zamri kata bahasaku amat baik.) AZFA HANANI: Fasal karangan tu?(Suaranya rendah dan perlahan) Saya pilih tajuk kejayaan sektor perindustrian di negara kita. Azfa Hanani tengah sibuk membuat rujukan untuk mencari bahan.. (Tiba-tiba nama Hanani dipanggil) SYAFIKAH: Hanani. (FUZIANA tersenyum sinis) SYAFIKAH: Sebenarnya Laili dan berunding dengan Asmat dan beberapa orang murid kelas itu... Hanani. alamatnya banyaklah yang tak menjadi. Kami nak ajak awak jayakan Malam Bakat Sumbangsih. Saya rasa.

. Jadi pengacara malam Bakat Sumbangsih ni glamor tau. (AZFA HANANI menoleh ke sisi dan dapati ADRIANI sedang memerhatikan mereka) FUZIANA: Kami boleh ajar. jangan menyesal kalau-kalu dia berubah fikiran. SYAFIKAH: Kalau kita ada matlamat. macamlah sia seorang saja yang pandai dalam dunia ni. Fuzi. (AZFA HANANI mengetap bibir) AZFA HANANI: Err . Tak kan awak nak tolak? Lambat. AZFA HANANI: Saya tak pernah jadi pengacara. (AZFA HANANI menggeleng kepala tetap dengan keputusannya) AZFA HANANI: Tak apalah. Perangai dia pun sama macam Murni. Kadangkadang. Ellina dah tahu. SYAFIKAH: Apa yang nak difikirkan lagi. Kalau kita tak ikut campur. segalanya boleh. kita nak tolong murid-murid kelas tu? SYAFIKAH: Ah. saya lain. (Kedengaran bunyi loceng berdering) AZFA HANANI: Ika. 32 . Keras kepala. entah-entah kutipan tiket pun tak balik modal. dia pun tak akan tolak. Saya perlu fikir dulu. Kolot. kita kena tolong budak-budak tu. (AZFA HANANI mengetap bibir) SYAFIKAH: Setuju? (AZFA HANANI menggeleng tetapi bukan bermaksud menolak) AZFA HANANI: Entahlah. Saya bukanlah orang yang sesuai untuk jadi pengacara yang glamor. (FUZIANA mencemik dan SYAFIKAH mendengus seraya genggaman tangan kanannya menumbuk meja) FUZIANA: Aku dah kata. Carilah orang lain. SYAFIKAH: Eh. (AZFA HANANI tergamam apabila mendengar Ellina dikutuk) FUZIANA: Awak patut ikut cakap Lalili. Hanani. Ika . budak kampung ni bukannya dapat diajak berunding. jangan kata begitu! Kalau Murni ada. Saya tak dapat terima tawaran ini.... Ellina tu tahu cakap saja! Buat kerja macam budak sekolah rendah. Ika. (FUZIANA mengangkat punggung dan SYAFIKAH bingkas dan merenung wajah AZFA HANANI) SYAFIKAH: You’re a very clumsy kampung girl! Tirai ditutup. FUZIANA: Apa yang penting. saya minta maaf. Hanani? Laili dan tawarkan peluang yang amat bagus.FUZIANA: Kelas tu pun memang khusus untuk budak-budak lembap. Murni lain.

boleh kan? (Tiada jawapan daripada AZFA HANANI hanya memandang TENGKU MUZAFFAR dan TENGKU MUZAFFAR masuk ke dalam pentas meninggalkan AZFA HANANI kemudian AZFA HANANI juga meninggalkan pentas) 33 . Nini . (Sambil menguntum senyuman) TENGKU MUZAFFAR: Kalau Nani nak belajar.. Nani selalu sedekahkan bacaan Quran kepada ayah dan ibu kandung Nani. bang.. (TENGKU MUZAFFAR menganggukangguk) TENGKU MUZAFFAR: Abang suka dengar Nani baca surah Yasin tadi. TENGKU MUZAFFAR: Kalau Nani bacakan untuk Nini sekali. Kemudian kelihatan Abang Muzaffar menghampiri.. abang boleh ajarkan. Cuma. Nani akan tunggu. tunggulah masanya. Terdengar suara bacaan yasin. Azfa Hanani baharu sahaja melipat telekung sembahyang. TENGKU MUZAFFAR: Nani buat apa tu? AZFA HANANI: Tengok-tengok komputer ni.BABAK 11 Di hadapan pentas... AZFA HANANI: Err . malam ini kan malam Jumaat. eh. Kemudian dia duduk sambil melihat-lihat komputer di atas meja. Suara Nani lunak sungguh. Ni . Tesis abang pun dah hampir siap sekarang. (Sambil cuba tersenyum balas kepada AZFA HANANI) AZFA HANANI: Terima kasih..

tapi ini prinsip saya. (AZFA HANANI semakin mengepit fail dan buku-buku ke dada) ISKANDAR: Betul ke ni? AZFA HANANI: Err .. Saya ada cukup duit untuk bayar tambang teksi dan saya juga tak suka berpanas. Hanani tak mahu cuba naik motosikal tu? AZFA HANANI: Tak apalah. (AZFA HANANI menggeleng kepala) AZFA HANANI: Tak. AZFA HANANI: Saya tak kenal abang. sombongnya awak! AZFA HANANI: Saya tak sombong. (AZFA HANANI tersentak) AZFA HANANI: Eh. Azfa Hanani sedang menghadap penonton dengan di tangannya beberapa buku tentang bahasa Jepun. dekat-dekat rumah pun tak apalah. ISKANDAR: Kawan lelaki atau perempuan? AZFA HANANI: Lelaki. 34 . ISKANDAR: Sebab tak kenallah. Abang ajaklah orang lain. kita perlu berkenalan. (Pemuda itu melangkah lebih hampir kepada AZFA HANANI) ISKANDAR: Teman istimewa. Kemudian seorang pemuda berpakaian jaket memandu dan topi keledar menghampiri Azfa Hanani. Terima kasih sajalah. jangan! ISKANDAR: Kenapa? AZFA HANANI: Nanti keluarga saya marah dan saya juga tak kenal siapa abang ni. betul.. Tidak jauh daripada Hanani ada seorang gadis tionghua dan gadis melayu yang memerhati. Pentas menunjukkan ada gerai burger agak ke dalam.BABAK 12 Tirai dibuka. Hanani? (AZFA HANANI terkejut dan memandang ke wajah pemuda itu) AZFA HANANI: Tak. ISKANDAR: Hai. ISKANDAR: Kakak tak datang ambil hari ini. ISKANDAR: Kalau tak boleh hantar sampai ke tangga rumah. Kawan saja. bolehlah saya tunggu dan hantarkan Hanani balik. Kenapa? ISKANDAR: Kalau betul bukan teman istimewa. Saya ada janji nak jumpa kawan.

AZFA HANANI: 1000 ketul. (Wajah ISKANDAR berubah) ISKANDAR: (Nada suara agak tinggi) Awak jual mahal. Datang lagi ya.. Alhamdulillah. Iskandar bukannya budak baik. (Mereka berpisah dan AZFA HANANI berjalan untuk menghampiri gerai burger EKRAN dan EKRAN tidak sedar kehadiran AZFA HANANI) AZFA HANANI: Bang. PEMUDA KERINTING: Insya-Allah (Pemuda itu meninggalkan mereka) AZFA HANANI: Pandai Ekran bercakap bahasa Perancis EKRAN: Sikit-sikit. Ajar sikit si Iskandar tu. Kalau dua. Saya boleh cari sepuluh orang gadis lain yang lebih cantik daripada awak. bolehlah. GADIS MELAYU: Bagus adik buat begitu. dengar budak-budak ILF bercakap. EKRAN: (Terkejut dan mengerling) Gi . (EKRAN menjawab tanpa mengangkat kepala) AZFA HANANI: (sambil tersenyum) 100 ketul. sesuai dengan keadaan.. burger 10.. Tau tak? AZFA HANANI: Pergilah cari..ISKANDAR: Prinsip boleh diubah. bang. Hanani. saya tak kisah. (Ketika AZFA HANANI sedang bergerak ke arah lain. Hanani pun saya rasa.. AZFA HANANI: Saya tak tahu perangai abang tu macam tu. Ha . (EKRAN tunduk terkial-kial mencari duit) EKRAN: 10 tak cukup. tentu tahu banyak lagi. ISKANDAR: Ah. kurang saya gemari. berlagak! (AZFA HANANI mula melangkah kaki untuk meninggalkan ISKANDAR) Jangan menyesal. agak-agak boleh tak? EKRAN: Eh. Terima kasihlah kerana tolong beritahu. mata keranjang. Hanani! (EKRAN tergelak dan ada seorang pemuda belajar bahasa asing membeli burger dan EKRAN kembali wang bakinya) EKRAN: Merci beau coup.. (Sambil menghulurkan bangku plastik kepada AZFA HANANI) 35 . GADIS TIONGHUA menegurnya) GADIS TIONGHUA: Awak buat keputusan yang tepat. AZFA HANANI: Prinsip saya tak perlu diubah sebab keadaan macam ini pun .

(AZFA HANANI mengangguk-angguk) 36 .. EKRAN: Tak apalah. wang masuk dan sebagainya. di sini pula pratikal. saya kena jual burger. EKRAN: Malam . Tolong jangan anggap saya anak orang kaya. boleh? EKRAN: Boleh. wang keluar. (Selesai kerja mereka berdua bergerak dan duduk di gerai nasi ayam. tapi. berniaga pun sebenarnya masa saya belajar juga.AZFA HANANI: Terima kasih. EKRAN: Sebenarnya. Dengan berniaga. Saya lebih bangga kerana dapat berkawan dengan pemimpin persatuan yang bagus. kecuali kalau dekat musim periksa atau sakit. tapi bukan sekarang sebab saya dah nak tutup gerai. Pelayan ambil pesanan) AZFA HANANI: Ekran berniaga setiap hari? (EKRAN mengangguk) EKRAN: Setiap hari. EKRAN: Betul ke ni? AZFA HANANI: Betul. Saya ni Azfa Hanani. AZFA HANANI: Kalau sibuk berniaga. AZFA HANANI: Keluarga tak marah? EKRAN: Kalau saya buang masa dengan melepak tak tentu hala. berapa ketul burger Hanani nak? AZFA HANANI: Saya tak mahu apa-apa. Saya belajar bahasa Inggeris dan bahasa Jepun. Kalau saya nak belajar daripada Ekran. bila masanya Ekran belajar. Di sekolah saya belajar teori. Hanani tunggu nanti kita sama-sama ke gerai nasi ayam yang berdekatan. Letih. Saya tak belajar bahasa Perancis. Cuma. Hanani. Tak salah. bukannya Tengku Murni. tentulah keluarga saya marah. nak tengok Ekran bekerja saja. ( AZFA HANANI kehairanan) EKRAN: Saya nak jadi akauntan. ( EKRAN mengeluarkan sehelai sapu tangan dan dikesat keringatnya) AZFA HANANI: Boleh saya tolong? EKRAN: Tak malu ke berkawan dengan penjual burger? AZFA HANANI: Tak.. kan? Pada Hari Sumbangsih nanti. saya belajar secara tak lansgung mengenai akuan.

Lampu digelapkan.EKRAN: Dengan berniaga kecil-kecilan macam ini. keluarga Hanani sekarang. Sikit-sikit. untuk belanja sekolah. Murni tak pandai makan nasi dengan tangan AZFA HANANI: Kita hidup mesti berpijak di bumi nyata. kais petang makan petang. 37 . saya dapat simpan duit. Ayah dan ibu masih mampu menanggung persekolahan saya. (Hidangan sampai dan EKRAN basuh tangan dan AZFA HANAI juga berbuat demikian ) EKRAN: Hanani. EKRAN: Betul (Ekran mengangguk) Hanani dan Murni memang ada perbezaannya. Tirai ditutup. Tapi taklah sampai ke tahap kais pagi makan pagi. Saya dan Murni tak boleh disamakan. AZFA HANANI: Keluarga Ekran? EKRAN: Keluarga saya tak sekaya keluarga Murni. Ekran. Apa yang saya buat ni atas kerelaan sendiri.

perempuan. Kak Finaz yang benarkan. (AZFA HANANI melabuhkan punggung dan duduk di situ) EKRAN: Kakak ipar Murni tu tak tanya Hanani nak pergi ke sana dengan siapa? ( AZFA HANANI macam serba salah hendak menjawab) AZFA HANANI: Apa pula taknya? EKRAN: Apa yang Hanani beritahu dia? AZFA HANANI: (Mengajuk ujaran di hadapan KAKAK FINAZ) Pergi dengan kawan. datin tentu tak akan senang hati. Ekran sedang duduk disebuah bangku panjang. kena beritahu dulu. Kejap saja.. kan? AZFA HANANI: Ran. kak? EKRAN: Dia tak tanya ke. EKRAN: Kenapa ni.. Nak keluar ke mana-mana. Susahlah kakak kalau mama marah. Boleh ya... Kalau balik lambat pula. Tak lama.. kawan lelaki atau kawan perempuan? AZFA HANANI: Ekran tentu boleh agak (EKRAN tersenyum dan ketawa) EKRAN: Apa lagi pesan Kak Finaz. jadi anak manja orang kaya ni. susah juga ya. EKRAN: Boleh pergi? AZFA HANANI: Boleh. EKRAN: Kenapa? AZFA HANANI: Err . AZFA HANANI: (Mengajuk kata-kata Kak Finaz) Jangan balik lambat. Nini baliklah. belum tahu lagi.. Kalau datin sendiri. kalau ada buku-buku yang sesuai untuk dibeli. Cuma .BABAK 13 Dihadapan pentas. Dia sedang menanti kedatangan Azfa Hanani. kak. Kawan mesti ada . (EKRAN meleret senyum) AZFA HANANI: Kenapa senyum-senyum ni? EKRAN: Tak ada apa-apa. Lepas tengok. Tiba-tiba kelihatan kelibat Azfa Hanani yang mengepit fail merah dan buku-buku bahasa Jepun. Hanani? 38 .

. Kalaupun tak merempat. Nama itu lebih sesuai untuk Azfa Hanani. AZFA HANANI: Tak. tak ada ibu dan sekarang sedang merasa tuah diuntung. Tak ada ayah. kan? Kalau diizinkan saya nak panggil Hanani dengan nama yang saya rasa lebih sesuai..AZFA HANANI: Saya nak ... EKRAN: Sebenarnya . (EKRAN dan AZFA HANANI sedang berjalan-jalan. AZFA HANANI terpandang kelibat TENGKU MUZAFFAR. (AZFA HANANI mengangkat kepala tetapi tiada bersuara) EKRAN: Hanani sebenarnya tak suka dipanggil Nini. Jangan samakan kami lagi. saya nak ingatkan Ekran suatu perkara. Tak salah kerana semua orang dah anggap macam tu. Tiada respons daripada AZFA HANANI) EKRAN: Pada saya. Murni sudah tiada lagi.. ( Suasana sunyi sebentar) EKRAN: Sebenarnya saya tak pernah anggap Hanani dan Murni sebagai orang yang sama. Mereka terus hilang ke dalam pentas) 39 . Tolonglah . hidup saya sebelum ini amat daif. apa yang Hanani nak katakan? AZFA HANANI: Saya bukan anak manja Datuk Tengku Makmur dan Datin Maziah. Saya anak orang miskin dan yatim piatu.. EKRAN: Perkara apa tu? (AZFA HANANI menarik nafas panjang) AZFA HANANI: Saya cuma seorang budak kampung. (AZFA HANANI terkejut) AZFA HANANI: Nama apa itu? EKRAN: Nani. Keserupaan saya dengan Murni itu hanya kebetulan. EKRAN: Salahkah kata-kata saya tadi. (Suasana masih sunyi. Hanani tetap Hanani.

Betul tak? AZFA HANANI: Ah . Mama cuma teringat SPM dah tak lama lagi. (AZFA HANANI hanya mengangguk) 40 . Nina dan kawan-kawan bincang dulu. Kenapa Nini? AZFA HANANI: Err . Bukannya nak berborak-borak. TENGKU MUZAFFAR: Kalau Nini tak pergi... DATIN MAZIAH: Nini kan ada kelas tuisyen petang ni? AZFA HANANI: Ada tu memang ada. bolehlah kami sama-sama tanya cikgu esok. (AZFA HANANI serba salah dan macam tak keruan) TENGKU MUZAFFAR: Macam ada yang tak kena saja ni... Dia . Dia sedang mengerat sepotong daging) DATIN MAZIAH: Nini pergilah ke rumah Nina .. kami nak buat study group.. Nini? AZFA HANANI: Nina. petang ni Nini ada kelas Bahasa Inggeris. (AZFA HANANI mengangguk-angguk) TENGKU MUZAFFAR: Kalau dua subjek tu. (DATIN MAZIAH terdiam. kemudian kalau semua masih tak faham. DATIN MAZIAH: Ponteng kelas tuisyen pun rugi juga. Kalau boleh. mama.. Di sekolah tadi.. mama mahu Nini jadi pelajar terbaik macam Abang Dad.. ikut jadual .. tapi Nini rasa . (AZFA HANANI menarik nafas lega) AZFA HANANI: Lagipun. Kemudian dia kembali ke meja makan. dia nak Nini pergi ke rumahnya. nanti apa pula kata kawan-kawannya. (AZFA HANANI cuba menyuap nasi) TENGKU MUZAFFAR: Kalau abang tak silap.. Nini nak pergi ke rumah Nina sebab nak belajar. periksa dah dekat. Rasa rugi pula kalau tak dapat ikut serta dengan Nina dan kawan-kawan lain tu. Dia berkawan dengan Nini sejak kecil lagi. DATIN MAZIAH: Siapa yang telefon tu. ramai yang tak faham formula Matematik Tambahan yang Cikgu Fitri ajar. mama. keputusan subjek Biologi dia pun memang bagus. Biologi. Sesekali apa salahnya. Nina pun bukan orang lain. ah! Bahasa Inggeris dan Biologi. seelok-eloknya Nini. Mama tak mahu anak kesayangan mama gagal. kan? Satu subjek lagi. Petang ini.. Nini rasa.BABAK 14 Pentas dibuka dan suasana di rumah banglo Datin Maziah. biarlah Nini tinggalkan kelas tuisyen dia. Azfa Hanani baharu menjawab panggilan telefon. Nini memang pandai dalam subjek Bahasa Inggeris dan Muz ingatlah. macam tak nak pergilah.

ABANG MUZAFFAR juga mengikuti AZFA HANANI ke biliknya) TENGKU MUZAFFAR: Kak Finaz minta abang berikan surat ini pada Nani.. abang tunggu Nani di ruang rehat. Abang dan berjanji dengan Kak Finaz. (AZFA HANANI selesai makan lantas bergerak ke arah biliknya. Nini kan dah besar... Nani boleh pergi dengan teksi. Abang akan hantar Nani ke rumah Nina. TENGKU MUZAFFAR: Kak Finaz ada urusan dengan bekas majikannya.30 petang.. mama? Pandailah dia bahagikan masa dengan betul. Nani bersiaplah. Pukul 3. (TENGKU MUZAFFAR hanya tersenyum) TENGKU MUZAFFAR: Nani bersiaplah macam biasa. Dia bercadang hendak menyandang semula jawatannya yang telah dilepaskannya. (Sambil menyerahkan sepucuk surat) AZFA HANANI: Terima kasih . (AZFA HANANI hanya menggeleng kepala) AZFA HANANI: Tak payahlah bang. (AZFA HANANI memandang ke wajah TENGKU MUZAFFAR) Terima kasih juga kerana tolong Nani tadi. ( TENGKU MUZAFFAR beredar dari bilik AZFA HANANI) Lampu digelapkan. 41 . Tirai ditutup.TENGKU MUZAFFAR: Ala .

AZFA HANANI: Apa tugasan aku sebenarnya ELLINA: Semasa aku bermesyuarat. (ELLINA dan sebahagian rakan berlalu ke suatu bahagian di pentas dan AZFA HANANI bergerak ke kumpulan Forum Remaja) 42 . kena kendalikan mesyuarat sekretariat pameran luar untuk Hari Sumbangsih. pukul berapa agaknya perbincangan selesai? ELLINA: Tak tahu lagi... Abang Muz memang begitu. Nasib baik kau sanggup datang. Semasa aku berbincang dan berlatih.BABAK 15 Di hadapan Pentas. Nini.. Cikgu Zamri pula beritahu. Ada beberapa buah kerusi untuk mereka duduk. Ellina dan beberapa orang rakan sekolah lelaki dan perempuan berada di hadapan pentas. ELLINA: Aku tak ada pilihan. Nina . kena berlatih dan berbincang untuk pertandingan Forum Remaja. ELLINA: Abang Muz tak nak masuk ke rumah dulu. (TENGKU MUZAFFAR meninggalkan mereka. kau tolong dengar dan komen. AZFA HANANI: Berapa ramai kawan kita yang ada di sini. Terdengar deruman motosikal) AZFA HANANI: Bingitnya. aku ada dua kerja petang ni. Tengku Muzaffar memakai jaket. (AZFA HANANI bersalam-salaman dengan rakan wanita) AZFA HANANI: Ramai betul . Tiba-tiba Tengku Muzaffar dan Ellina masuk. Pertama. Lain kali saja. Tak sempat nak kira. ELLINA: Biasalah. Abang nak ke kampus kejap. Kedua. Tengok keadaan.. kau tolong ambil alih peranan aku sebagai pengerusi forum. Nina.. terkena sakit mata pula. Sebenarnya.. Terpaksa ajak budak-budak ni datang ke sini. dekat-dekat hari pertandingan. (TENGKU MUZAFFAR mengangkat sedikit visor topi keledarnya) TENGKU MUZAFFAR: Tak apalah. Marilah aku kenalkan dengan rakan-rakan kita. abang jemput sahaja Nani selepas selesai urusan abang di kampus. Ahli simpanan forum pun satu hal.. Err . AZFA HANANI: Tak apalah . topi keledar serta membimbit sebuah lagi topi keledar. tarikh pertandingan Forum Remaja pusingan pertama dipercepatkan. Nina? ELLINA: Ramai..

Kalau bukan dia yang kata begitu. Tak ada hakim yang akan potong markah ADLAN: Hari ini saja. ibu pun dah ajak minum petang. Esok..FUAD: Tak susah sangat. (Sambil mengerling ke arah kumpulan ELLINA) FUAD: Betul. Nini. kami tak akan ajak Nini. Nina pun tak perlu susah hati lagi. Intonasi salah pun tak apa.. suara Nini amat bagus untuk jadi pengerusi forum. benarkah aku akan mempengerusikan forum bertajuk “Peranan Belia dalam Merealisasikan Wawasan Negara” pada pagi lusa? (Kemudian AZFA HANANI juga masuk ke dalam pentas) 43 .) AZFA HANANI:(Bermonolog) Oh.. ADLAN: Nini sebenarnya sesuai sangat jadi personaliti TV .. Awak cuma perlu baca skrip. (Semua masuk ke dalam pentas kecuali AZFA HANANI yang memandang ke hadapan risau dan bermonolog. Dia pun nampak macam tak cukup masa saja. FAZLINA: Cikgu Zamri selalu beritahu kami. (Mereka pun berlatih) FAZLINA: Nampaknya kalau macam ni. (Tiba-tiba ELLINA menghampiri kumpulan forum) ELLINA: Marilah kawan-kawan . Nina akan sertai kami semula. untuk rancangan bicarawan atau sembang pagi. Nini. Nini memang bagus.

ELLINA : Kau ni ... atau nak cuba ikat sendiri? AZFA HANANI: Err ..(EELINA mengambil tali leher daripada tangan AZFA HANANI) ELLINA: Budak-budak tu tak ajar kau ke? AZFA HANANI: (Sambil mengerling kepada rakan-rakan forum) Ajar. Di tangan masing-masing ada skrip forum remaja. lepas tu aku nak cuba sendiri. serebeh! (AZFA HANANI tersindir manakala FAZLINA tersenyum) AZFA HANANI: Aku memang tak pandai ikat tali leher. pakai yang itu. (AZFA HANANI mengenakan tali leher dan memakai blazeer yang disangkutkan di kerusi. Nini? (AZFA HANANI tersentak dan mengerling memandang ELLINA) AZFA HANANI: Berkhayal.. (ELLINA cuba memberi tunjuk ajar) ELLINA: Kau nak pakai yang ini ke . Nani? (ELLINA menegur AZFA HANANI yang sedang mengukur-ukur kepanjangan tali lehernya) AZFA HANANI: Ikat tali leherlah. ELLINA: Teringat? Teringatkan siapa? Teman istimewa? 44 .. Ellina turut berada di situ. aku nak tengok skrip sekejap.. (AZFA HANANI merungkai ikatan tali leher warna biru tersebut) ELLINA: Tak tahu langsung? (AZFA HANANI memandang blazzer kelabu yang disangkut di atas kerusi) AZFA HANANI: Tak. Sekali saja. nampaknya macam ikat tali timba.) Nina. agaknya tahulah. kenapa?(ELLINA tersenyum sambil menggeleng-geleng) ELLINA: Heh. ( AZFA HANANI mengambil skrip tetapi dia lebih banyak mengelamun) ELLINA: Kau ni sedang menghafal skrip ke berkhayal. Teringat. Ikat tali timba .BABAK 17 Beberapa orang kawan yang terlibat dengan forum remaja seperti Fuad. ikat tali leher ke. ELLINA: Tengoklah... Azfa Hanani yang juga berpakaian pengawas sedang sibuk mengikat-ikat tali lehernya dan masuk ke hadapan pentas. Fazlina dan Adlan telah berada di hadapan pentas dengan pakaian kemas pengawas dan blazzer. Janganlah nanti ada yang terlupa atau tersalah sebut pula.

Aku dah tak tahu nak cakap bohong bila dia tanya kenapa aku tak ajak kawan yang datang dengan kereta sport masa parti tahun lalu.. Kasihan. apa kisah terbaru? Jadi ke Datin Maziah nak buat majlis hari jadi tu hujung minggu ini? AZFA HANANI: Jadilah. Murni. Dia tu buaya darat. janganlah berbaik-baik. aku kena angguk. tak tahu nak kata apa-apa. 45 . Kalau kepala aku tak berserabut sekarang.... pergilah rehat dulu. Kalau kau dah kenal dia. Iskandar. (Wajah ELLINA masih menunjukkan tidak ceria) ELLINA: Aku tak bimbang fasal tu. Err . dia bercerita lagi fasal parti Murni yang sudah-sudah. AZFA HANANI: Dah tahu kau ada mesyuarat. siapa yang dengki sangat tu. tapi dia macam orang bingung. Aku pun tak tahu Nini ..AZFA HANANI: Teringatkan kisah-kisah lalu dan kisah-kisah sekarang. Apaapa yang dia cakap. apa Kak Finaz cakap? AZFA HANANI: Err . ELLINA: Iskandar? (AZFA HANANI terkejut) AZFA HANANI: Iskandar? (ELLINA mengangguk) ELLINA: Ya. (Sambil menarik nafas dalamdalam) AZFA HANANI: Kenapa dengan Ekran. tinggal arang. Pagi tadi pun.. Adriani dan ramai lagi pelajar sekolah ini tak berkenan dengan budak tu. Nina? Apa dah jadi? ELLINA: (ELLINA memeluk tubuh dan membawa lengan ke dada) Gerai burger Ekran kena bakar malam tadi. Nasib baiklah Kak Finaz ada. Aku cuma kasihan pada Ekran. AZFA HANANI: Ekran ada di situ? ELLINA: Ada.. (AZFA HANANI terkejut) AZFA HANANI: Siapa yang beritahu kau? ELLINA: Semua orang bercakap fasal tu di bilik persatuan tadi. Hangus semua sekali. ELLINA: Aku. kawan Murni tu ada hal lain. (AZFA HANANI mula membelek skrip) ELLINA: Hah. kita boleh menang. Kalau tak suka tengok orang maju. Jangan bimbang sangat fasal Forum Remaja. aku boleh beritahu kau segala cerita fasal dia.. Insya-Allah . janganlah buat sampai macam tu. Aku dengarlah.

AZFA HANANI: Perkara apa tu? LAILI: Kau jangan campur tangan dalam urusan aku. jadi pengacara majlis tak boleh. Memang inilah perkara yang aku nak cakap pada kau. Kemudian rakan-rakannya masuk ke dalam pentas. (LAILI menunding telunjuk kanannya ke arah AZFA HANANI dan AZFA HANANI tergamam) 46 . Hanani. Tapi. AZFA HANANI: Ekran juga kawan aku. jangan lama-lama sangat. AZFA HANANI: Saya ganti Ellina sebagai pengerusi forum pagi ini. Kau tak sedar ke? AZFA HANANI: Saya tak mahu cari gaduh. Apa salahnya kalau aku nak dengar cerita sebenar daripada mulutnya. Kau memang tak pandai. LAILI: Apa prinsip kau? AZFA HANANI: Slot Malam Bakat Sumbangsih milik budak-budak kelas tu. Itu hak mereka dan kita tak boleh kacau. Nanti mengamuk pula Cikgu Zamri. Nina. saya bukanlah pilihan awak yang terbaik.. lebih baik diam sahaja. exco persatuan tak akan tahu bahawa aku.. Laili yang ada di samping memerhati dan menyindir Azfa Hanani) LAILI: Seronok juga ya. ya? AZFA HANANI: Jangan salah faham. mungkin saya akan terima. Err . LAILI: (Mencemik) Bagus. Laili. Ekran. sebenarnya. (AZFA HANANI cubacuba tersenyum) LAILI: Aku tak kisah. AZFA HANANI yang keluar semula ke hadapan pentas tidak menemui EKRAN. Saya rasa. Aku Cuma nak tolong kau sebab kau ni . Kau tak tahu apa-apa. Laili. Kalau boleh. Dia ada mesyuarat. ELLINA: Kau nak buat apa di situ. Macam itu. jadi pengacara glamor sangat. dapat jadi pengawas sekejap.. Serba-serbi nampak kolot. Ika dan Fuzi nak tolong budak-budak Tingkatan Lima Sastera II tu. (AZFA HANANI bergerak masuk ke dalam pentas.AZFA HANANI: Aku nak pergi ke bilik persatuan sekejap. Cuma saya terpaksa tolak tawaran awak atas dasar prinsip. Saya tak pandai. Ika dan Fuzi. tapi memandai-mandai.. ( Laili tersenyum sinis sambil menghampiri kepada AZFA HANANI) LAILI: Jadi pengerusi forum boleh. Ellina. macam rusa masuk kampung. Dia ternampak cermin dan cuba mengayakan dirinya. Kalau slot itu milik kita. Kalau kau tak bising. (ELLINA terdiam kemudian mengangguk-angguk) ELLINA: Pergilah... saya memang nak berkawan dengan awak.

LAILI: Kau murid baru di sini. Sedarlah diri sikit.AZFA HANANI: Laili . (LAILI berlalu dan kemudian AZFA HANANI juga masuk ke dalam pentas) 47 . Hanani...

Nini . AZFA HANANI: Ada lagi beberapa orang yang belum sampai. Mereka kata. Jelas. bukan kerana nasib. bernada. aku cuma buat apa yang patut aku buat. Kau memang wajar menang sebagai pengerusi forum terbaik. Majlis dimulakan dengan nyanyian beramai-ramai ‘Selamat Hari Jadi’ AZFA HANANI sibuk memotong kek) DATIN MAZIAH: Biar mama tolong ptong kek pula. Ada hadiah-hadiah hari lahir. Berseronoklah sebab hari ini hari istimewa untuk Nini. (AZFA HANANI mengerling dan ABANG MAZRAN sedang menolak troli berisi kek.BABAK 18 Pentas dibuka. (DATIN MAZIAH mencium di dahi AZFA HANANI dan AZFA HANANI serba salah kerana rakanrakannya ramai. dan amat sedap didengar. semua orang kata suara kau bagus. Mereka mungkin sampai lewat. Azfa Hanani memandang ke sana ke mari mencari kelibat Ekran . (AZFA HANANI menyerahkan pisau kepada DATIN MAZIAH) AZFA HANANI: Nini nak pergi layan kawan-kawan dulu ya. AZFA HANANI: Siapa semua orang tu? Murid sekolah kita saja. suara kau bagus betul semasa jadi pengerusi forum. Ramai rakan-rakan Azfa Hanani yang hadir. Nini tunggu siapa lagi. Kalau tak datangdatang juga.. Yakah. Aku ingat pun. hakim-hakim bagi kau markah bonus untuk itu. kak. Rumah banglo Datin Maziah dihias untuk sambutan hari lahir. agaknya ada hallah tu. Ada kek yang sedia untuk dipotong. AZFA HANANI beredar mencari kawan-kawannya) ELLINA: Nini di sini! (AZFA HANANI menghampiri ELLINA dan rakan-rakan) ELLINA: Budak-budak ni tengah memuji kau. Murid sekolah kita. (DATIN MAZIAH mengangguk) DATIN MAZIAH: Pergilah. AZFA HANANI: Alhamdulillah . biarlah. lunak. Mungkin aku bernasib baik hari itu. kan? ADRIANI: Murid sekolah-sekolah lain pun kata begitu. KAK FINAZ: Setakat beberapa orang. (AZFA HANANI menyuap kek ke dalam mulut yang berada dalam pinggan ELLINA) SUZANA: Tak. mama. semuanya tampak yakin bila kau bercakap. KAK FINAZ: Majlis dah nak bermula. Nini. Nini? 48 .. RUDIAH: Apa cita-cita kau.

Nak beri hadiah ni pada Nani. (EKRAN menghulur bungkusan berbalut. kak. Tak pasti lagi.AZFA HANANI: Entahlah. Makan minum sikit . SUZANA: Nini. aku cadangkan kau ambil kursus komunikasi di universiti. lepas tu Ran baliklah. ELLINA: Dah ramai orang beritahu dia.. Majlis macam ini bukan untuk saya. Ran pun kawan dia. Kawan-kawan kita hampir semuanya ada.. Su. sebenarnya. tak bolehlah macam tu! Hari ini hari jadi tertunda Murni. (AZFA HANANI menuju ke arah KAK FINAZ) KAK FINAZ: Dia tu kawan Nini juga ke? (KAK FINAZ menunjukkan EKRAN yang ada di luar) AZFA HANANI: Ya. Lampu digelapkan) Tirai ditutup. Saya terpaksa pergi sekarang. (AZFA HANANI menyambut hadiah yang dihulur) (Semua tetamu beransur pulang. (ELLINA mencuit bahu AZFA HANANI menunjukkan ke arah KAK FINAS yang sedang melambai-lambai) AZFA HANANI: Kak Finaz panggil aku tu. Lain kali sajalah. ( AZFA HANANI macam merengus) EKRAN: Ambilah hadiah ini. Saya datang sekejap saja. AZFA HANANI: Sekejap saja. EKRAN: Tak boleh. Apa salahnya Ran raikan sama... apa-apa saja yang ada. (AZFA HANANI tersenyum tetapi EKRAN tidak membalas) AZFA HANANI: Eh. Dialah pengerusi persatuan murid tingkatan lima sekolah Nini. Aku pun boleh tumpang seronok beritahu sesiapa saja. kawan aku. AZFA HANANI tidak menyambut hadiah tersebut. Nani. Tak tahu. pengacara atau pembaca berita di televisyen tu . ( AZFA HANANI bergerak menghampiri ke arah EKRAN) AZFA HANANI: Kenapa tak terus masuk? (EKRAN menggeleng) EKRAN: Tak apalah. 49 .) EKRAN: Saya ada hal.

Nini. KAK FINAZ: Tak bolehlah macam itu. tapi . Abang Ran dan kakak akan bawa Nini balik ke kampung tak lama lagi. (AZFA HANANI terkedu) KAK FINAZ: Lagipun tiket dah dibeli. Kalau ayah saudara dan sepupu Nini tak balik dengan dia. Nini baliklah sendiri dengan teksi.. Nini rindu sangat pada pak long dan Zura. cuti Abang Norman dan habis. (AZFA HANANI terkejut) AZFA HANANI: Benarkah? KAK FINAZ: Sekarang . Dia terpaksa bertugas semula esok. kak.) 50 ... seluruh keluarga Nini juga. kak. Nini nak jumpa pak long dan Zura.. Kemudia semua beredar dari hadapan pentas. Kakak pula . KAK FINAZ: Nini janganlah susah hati sangat. Kemudian nampak seolah-olah AZFA HANANI keluar semula ke hadapan pentas seolaholah baru tamat mengikut ujian tuisyen bahasa Jepun.. Nini tak kisah balik sendiri.. Suasana sunyi seketika) KAK FINAZ: Nini kecil hati ke? (AZFA HANANI hanya menggeleng) AZFA HANANI: Entahlah. orang perempuan. KAK FINAZ: Kalau kakak tak ada di sini selepas ujian itu selesai.. (AZFA HANANI merayu) KAK FINAZ: Kakak faham. kak. AZFA HANANI terpandang ABANG MAZRAN. (AZFA HANANI ceria..BABAK 19 Di hadapan pentas Azfa Hanani sedang bersiap-siap hendak menduduki ujian di pusat tuisyen. Mereka akan balik ke JB malam ini. Kak Finaz turut ada untuk menghantar Azfa Hanani. Insya-Allah. ertinya kakak berada di airport. Hati-hati bila menjawab. Tapi . dah tentulah tak boleh. nanti tak dapat sijil. tersenyum dan mengangguk. semasa cuti semester pertama nanti. Seelok-eloknya. (KAK FINAZ cuba memujuk) AZFA HANANI: Sekejap pun jadilah. KAK FINAZ: Tapi apa pula? AZFA HANANI: Kalau boleh . dengan siapa lagi? Abang Ran sibuk sangat sekarang.... Nini pergi ambil ujian dulu. (AZFA HANANI terdiam. Nini kan ada ujian bahasa Jepun petang ni? Kalau tak ambil ujian.. ya? (AZFA HANANI mengangguk) AZFA HANANI: Baiklah .

marilah kita cepat pulang. Nani . PAK LONG: Keluarga kita pun begitu. Kak Nani dia akan balik tak lama lagi. elok juga kalau mereka dibawa ke sini. pak long. lebih-lebih lagi si Zahir tu. Kita patut sama-sama bersyukur kepada Allah. ( AZFA HANANI leraikan pelukan dan terpandang DATUK TENGKU MAKMUR yang selesa bersabdar di sofa sambil menghisap paip dan memerhatikan mereka) TENGKU MAZRAN: Kak Finaz beritahu abang tadi. Dia selalu tanya mak long. Kelihatan Ayah saudara dan Zura berada di rumah.. berkenalan dengan keluarga Abnag Ran. Zura pun patut terima kasih kepada keluarga angkat kakak. ada sepuluh kali dia bertanya.. pak long? PAK LONG: Pak long sihat. (PAK LONG cuma mengangguk) DATUK TENGKU MAKMUR: Nani bawalah sepupu tu ke ruang rehat.TENGKU MAZRAN: Ayah saudara dan sepupu Nini ada di rumah sekarang. Nani nak jumpa Pak Madi dan Zura. Nani pula bagaimana? AZFA HANANI: Nani pun sihat. selain berjumpa dengan Nani. AZFA HANANI: Mama .) AZFA HANANI: Apa khabar.. Bolehlah juga. (AZFA HANANI mengangguk sahaja) AZFA HANANI: Nani memang dah lama nak jumpa keluarga. Papa nak bercakap dengan ayah saudara Nani. Sambil berbual-bual atau tengok video. (AZFA HANANI mengangguk) AZFA HANANI: Pak long beritahulah Zahir. (AZFA HANANI terkejut dan tergamam memandang DATUK TENGKU MAKMUR) 51 . alhamdulillah. ( Suasana sunyi seketika) ABANG NORMAN: Abang rasa. (Mereka masuk ke dalam pentas. Ah . Tabir dibuka. bolehlah makan sekali. bila Kak Nani nak balik. (AZFA HANANI memandang ke arah ZURAINI di atas kerusi roda dan dia tersenyum dan AZFA HANANI membalas senyuman) AZFA HANANI: Kak Nani gembira apabila dapat tahu Zura dapat berjalan semula. AZFA HANANI yang sampai menegur Pak Saudaranya. Ambilkan sekali coklat dari peti sejuk... TENGKU MAZRAN: Mama mengikut Kak Finaz membeli-belah. Dalam sehari tu. alhamdulillah. Mengigau pun acap kali juga. ZURAINI: Ya. kak..

dia kata Kak Nani ni budak baik. kakak dah balik. AZFA HANANI kembali menolak dan berada di hadapan pentas) ZURAINI: Datuk tu macam kenal keluarga kita saja.. (AZFA HANANI macam tidak percaya dan terus menolak kereta roda ZURAINI masuk ke dalam) ZURAINI: Kak Nani suka tinggal di sini? (AZFA HANANI hanya memandang muka ZURAINI dan terus menolak kereta roda itu. Dia pun tahu. ayah dan ibu Kak Nani meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya. Nani. ( AZFA HANANI menolak kereta roda ZURAINI dan tirai ditutup. cuma . Tak sempat mereka bercakap lebih panjang.) 52 . berbudi bahasa dan mudah dengar nasihat orang. Pak long ada hal sikit nak bercakap dengan Datuk ni. AZFA HANANI: Apa lagi yang Datuk tu cakap? ZURAINI: Tak banyak..PAK LONG: Pergilah.

. ya? Saya tak nampak pun dia sejak tadi.245.. cik abang . Kalau Nini tak tahu. Kalau ada sesiapa yang cabar dia dulu. Saya rasa macam PM yang nak datang rasmi. ya? Baiklah. (AZFA HANANI mengangkat muka dan memandang ADLAN) FUAD: Apa yang Nini cari? AZFA HANANI: Tak cari apa-apa. Azfa Hanani agak ralit membelek-belek buku cenderamata tersebut.00 . buku cenderamata ni memang cantik...00. Permohonan maaf cik adik diterima. Baguslah. kami ni macam tunggul kayu menunggu di sini. AZFA HANANI: Selalunya. ADLAN: Dah berapa kali khatam baca buku cenderamata tu? AZFA HANANI: Ini baru kali kedua. dah cukup banyak tu. ke mana kau pergi. Cuma . memang tak patutlah. Ada panggilan kecemasan.. Adik pergi ke tandas sekolah. Ekran memang bagus. Kumpulan pelajar SPM dua tahun lepas dapat kutipan terbanyak setakat ini. kami pun samalah. tengok-tengok macam tu saja. (Mata ADLAN liar mencari FAZLINA) FUAD: Tengoklah siapa pula pengerusinya.. Azfa Hanani tidak tersedar. macam tu.. projek ni dapat untung besar ke? ADLAN: Selalunya begitulah. AZFA HANANI: Di mana Ekran. RM14. tak mustahil dapat lebih banyak lagi. Nini. besar kemungkinan akan tercapai. Sekejap tadi.BABAK 20 Azfa Hanani bergerak ke hadapan pentas dengan berpakaian seragam sekolah sambil memegang buku cenderamata. (Mereka sama-sama tersenyum) 53 . Sehingga Adlan masuk dan menghampirinya.. saya rasa macam nak bagi A. Lina? Tak tahu ke.. kalau orang suruh bagi markah. (Kata FAZLINA dengan suara mengada-ada) ADLAN: O . FUAD: Jangan tanya soalan itu. (Tiba-tiba AZFA HANANI terpandang kelibat FAZLINA) ADLAN: Hah. FAZLINA: Minta maaflah. Sasaran kutipan sumbangsih tu . FUAD: Hari Sumbangsih tahun ini memang lebih meriah. tak dapat dielakkan. dari hujung kuku sampai ke hujung rambut. Kalau kita bernasib baik. Tengok sajalah tempat perasmiannya tadi.. Kita kan sama-sama sampai tadi. 000. Kalau kumpulan kita tahun ini dapat kutip paling kurang RM15. tandas dewan besar dah penuh.

Nina. Ada suatu perkara yang saya minta Ran jelaskan.. Tapi kalau nak tanya fasal Laili .. dia dapat gred tiga SPM tahun lepas. ada nampak Ekran? (FAZLINA menggeleng kepala) FAZLINA: Tak. nak melawat gerai burger. tak apalah. Tapi.. Betul ke? ADLAN: Aku tak tahu. Ada orang cakap. Iskandar tu memang tak sedar diri. betullah... Entahlah. Ada hal. kau nampak tak Ekran. FUAD: Kenapa. Ran sibuk sekarang? (AZFA HANANI duduk di kerusi) 54 .. ADLAN: Dengar-dengar cerita.(AZFA HANANI terkesima) FUAD: Iskandar tu budak jahat dan pernah kena buang sekolah. Nini tak kenal dia sebab dia bukan murid sekolah ini lagi.. ELLINA: Tak silap aku . dah tentu sekolah kita tak akan dapat kekalkan rekod 100 peratus kelulusan SPM tahun tu. FAZLINA: Anak orang kaya. Keluar semula dan berjalan berjumpa EKRAN) EKRAN: Err . Belajar pun bukannya bagus sangat. dia sekarang sedang ambil kursus intensif bahasa Inggeris..AZFA HANANI: Lina. Elok juga dia tak ada. Aku pun tak faham. Ekran menuju ke bilik persatuan... tapi agaknya . ) (AZFA HANANI kembali masuk ke hadapan pentas dan berjalan menuju ke arah ELLINA yang ada di pentas) AZFA HANANI: Nina . Kalau tak.. ( AZFA HANANI berjalan meninggalkan hadapan pentas. Nani buat apa di sini? (EKRAN bertanya tersekat-sekat) AZFA HANANI: Saya memang nak jumpa Ran. kalau tak silap akulah.. dia dapat soalan bocor. meluat aku tengok! Tak malu langsung. Ambil SPM beberapa kali dan dapat SAP pun teringin juga nak belajar di luar negeri. Aku nak jumpa Ekran sekejap. Saya tak nampak Ekran. berpegang-pegang tangan. dalam kawasan sekolah pula tu! AZFA HANANI: Siapa budak lelaki tu? Kita kenal ke dia? FAZLINA: Iskandar. aku nak minta diri .. AZFA HANANI: Terima kasih. (AZFA HANANI bergerak meninggalkan pentas turut diikuti oleh rakan-rakannya. bolehlah saya beritahu. dia buat hal lagi? FAZLINA: Dia berjalan dengan budak lelaki. AZFA HANANI: Hmm .. Huh.

ada orang terjumpa beg duit itu di dalam laci kabinet. ( Wajah EKRAN berubah) AZFA HANANI: Ran. semua exco persatuan ada kunci setiap kabinet dalam bilik itu. AZFA HANANI: Banyak. AZFA HANANI: Itu bukan perkara yang perlu kita cakapkan... EKRAN bergerak meninggalkan AZFA HANANI dan AZFA HANANI juga bergerak masuk ke dalam pentas. Atas suatu sebab yang tak dapat saya beritahu. EKRAN: Baiklah (EKRAN mengangguk dan menghulurkan beberapa keping gambar kepada AZFA HANANI) Murni ialah teman akrab saya. Apa lagi yang harus saya beritahu? AZFA HANANI: Bohong. itu Cuma alasan. Ran. Ran perlu jelaskan kenapa Ran tinggalkan saya di pameran buku. Ada sebab-sebabnya yang Ran tak mahu jelaskan.. macam inilah. Ran buat-buat tak nampak. berterus teranglah. Pada hari itu juga. Memang itulah sebabnya.EKRAN: Saya . kenapa Ran selalu sangat cuba menjauhi saya? Kalau bertembung pun. EKRAN: Saya dah beritahu Nani dalam nota itu. Ellina beritahu saya. dia tertinggal beg duit itu. saya nak berehat sekejap. Mustahil selama ini tak ada orang lain yang perasaan. Murni sunguh kecewa dan kali terakhir kami bertemu. apa lagi yang dapat saya katakan. apa kaitannya Ran dengan hadiah hari jadi itu. AZFA HANANI: Air muka Ran memberitahu saya. Saya ingin tahu. Ran. kenapa tak mahu hadiri majlis hari jadi Murni dan paling penting . Sibuk tu.. (EKRAN tersenyum tipis) EKRAN: Kalau Nani tak percaya. Kenapa? EKRAN: Saya selalu sibuk.) 55 .. tapi pening kepala sikit. dia terlibat dalam kemalangan dan meninggal dunia. Selagi Hari Sumbangsih tak selesai. Ran perlu jelaskan segala-galanya kepada saya. taklah . kami berpisah. (AZFA HANANI tertegun.. Nani.

kan TENGKU MUZAFFAR: Nani perlu faham. Nani harap abang dapat jelaskan sesuatu kepada Nani. Dia bukanlah pilihan terbaik untuk Nini dan Nani. Nani bukannya salah seorang ahli keluarga abang dan abang tak berhak campur tangan dalam urusan hidup Nani. TENGKU MUZAFFAR: Nani perlu sedar apa yang Nani cakapkan ini. Dia adik abang. Sebenarnya. Nani? Macam ada yang tak kena.BABAK 21 Pentas dibuka dan Azfa Hanani ada di biliknya. (AZFA HANANI mencampakkan diari dan kertas-kertas atas katil) Nani rasa.(Wajah TENGKU MUZAFFAR berubah) TENGKU MUZAFFAR: Apa yang Nani cakapkan ni? Tiba-tiba marah tak tentu hala. Dia asyik bermonolog. Nani mahu abang pejamkan mata begitu saja. Nani dapat jauhkan diri daripada Ekran. Kalau mereka sama-sama ikhlas berkawan. Dia ligat memikirkan masalah yang melanda Tengku Murni. AZFA HANANI: Nani rasa abang tu yang tak faham. Nani. abang yang padamkan semua catatan tu dan abang juga yang curi beberapa keping gambar Murni. Sekarang pula. TENGKU MUZAFFAR: Dalam hal ini. (AZFA HANANI mengeleng kepala) 56 . Ekran memang bangsat. Budak penjual burger tu memang tak sedar diri. AZFA HANANI: (Bermonolog) Siapakah yang menyebabkan Murni berpisah dengan Ekran. abang berhak melindungi Nani. AZFA HANANI: Kalau abang tak sibuk sekarang. Nani. sekarang ke atas Nani pula. abang yang terlalu bongkak. Abang harap selepas ini. AZFA HANANI: Ini diari Murni tahun lalu dan hasil kerja Nani. AZFA HANANI: Abang jangan lupa. (AZFA HANANI bergerak dan masuk ke bilik TENGKU MUZAFFAR) TENGKU MUZAFFAR: Kenapa ni. Dulu dia nak ambil kesempatan ke atas Nini. Abang tak berhak menghalang hubungan persahabatan semata-mata kerana darjat.? Mama memang tidak terlibat. ( AZFA HANANI tergamam) TENGKU MUZAFFAR: Abang lakukan semua ini untuk kebaikan keluarga kita. Dulu abang perlu menjaga nama baik Nini dan keluarga abang. Nani ialah Azfa Hanani dan bukanlah adik kandung abang. Cuba beritahu abang baik-baik. Nani bukannya Tengku Murni. Nani mewarisi masalah ini daripada Nini. sama macam ayah abang. Maklumat komputer jelas menunjukkan abang Mazran terbabit. apa salahnya.

kau ingat aku tak perasaan ke? (AZFA HANANI kehilangan kata-kata) DATIN MAZIAH: Sekarang . aku akan telefon polis. kau selak baju kau sekarang. Apabila dia menoleh dia terkejut melihat DATIN MAZIAH) AZFA HANANI: Eh.. Murni fasih membaca dalam bahaas Inggeris. (Tiba-tiba DATIN MAZIAN menampar pipi kiri AZFA HANANI) DATIN MAZIAH: Kau ni. kau pergi baca majalah Focus tu. (AZFA HANANI semakin takut) DATIN MAZIAH: Baiklah. Berilah saya peluang untuk menerangkan perkara yang sebenar. Aku kenal anak aku. ini bukanlah suatu masalah.. Nini . DATIN MAZIAH: Aku memang dah agak. Kami sama-sama berasal daripada keluarga miskin. Anak aku ada tahi lalat di perut. Apa . apa yang mama cakapkan ni? Nani . Murni tak selalu beri alasan apabila aku suruh apa-apa.. nama saya Azfa Hanani. AZFA HANANI: Apa .. (AZFA HANANI tidak menyedari DATIN MAZIAH sedang berdiri di situ. 57 ... Berambus! Kalau aku tengok muka kau sekali lagi. mama ..anak mama.) Tirai ditutup.. Kau lain. Azfa Hanani dan Muhammad Ekran samasama setaraf.. Nini .AZFA HANANI: Abang. bukan macam keluarga abang. (AZFA HANANI mengeleng kepala) AZFA HANANI: Datin.. sebenarnya siapa? AZFA HANANI: Ini Ninilah... selalu sangat nak mengelak.. memang betul kau penipu. Aku tak pernah dengar kau membaca dan kalau tersekat-sekat. kau bukan anak aku.. (DATIN MAZIAH menampar pipi kanan AZFA HANANI sehingga dia terjelepok) (AZFA HANANI masih terisak-isak sambil membawa beg dan keluar ke hadapan pentas ada muzik sentimental yang mengiring. DATIN MAZIAH: Tak perlu. Mama tak kenal ke? DATIN MAZIAH: Bohong. Kau keluar dari rumah ini sekarang juga. eh.

ZURAINI: Kak Nani kan masih letih? AZFA HANANI: Kakak memang letih. Datuk Tengku Makmur. kak. ZURAINI: Kalau Kak Nani nak mandi. dik. (ZAHIDIN menarik-narik tangan AZFA HANANI) ZURAINI: Sabarlah. tapi setakat nak basuh pinggan mangkuk. Adik nak pergi sekarang. kak. tolonglah bawa adik ke sana. (ZURAINI cuba menatang dulang tetapi sukar) AZFA HANANI: Zura. pergilah. bolehlah Kak Nani. (ZURAINI tersenyum nipis dan AZFA HANANI sendiri mula mengelamun) ZAHIDIN: Kak nani. Biarlah dia berehat dulu. ZAHIDIN: Marilah . (AZFA HANANI masih termenung.. Azfa Hanani sedang sibuk membasuh cawan-cawan. Zuraini juga berada di situ. Kak Finaz. ZAHIDIN: Kak Nani. ZAHIDIN: Tak nak.. Ada bersama Zahidin yang ingin mengajak Azfa Hanani berjalanjalan. biar kakak yang buat kerja ni. dik. Datin Maziah dan Abang Muzaffar hadir) 58 . Rupa-rupanya Abang Mazran. temankan adik pergi ke dusun tu. Zura. AZFA HANANI: Sebenarnya. (AZFA HANANI terus membilas cawancawan) ZAHIDIN: Cepat sikit ya. ZAHIDIN merayu lagi) Ala .. Nanti Kak Rina dan Abang Acir balik. kakak masih bertenaga. lambat lagi ke kita nak pergi ni? AZFA HANANI: Sekejap lagi. Kak Nani masih letih tu.. Kak Rina dan Abang Acir tak bagi adik ikut tadi. Kakak akan jaga dia. kan? (ZAHIDIN tersenyum dan mengangguk) ZURAINI: Sebab itulah ayah da mak tak nak bagi dia pergi.BAB 22 Tirai dibuka dan menunjukkan rumah suasana kampung. AZFA HANANI: Tak apalah. Kak Nani . Zura nak masuk ke dapur dulu. (Tiba-tiba terdengar suara orang memberi salam. adik naik main air di jeram. Tunggulah di luar.

Nani akan merajuk. jangan lepaskan dia seorang diri. Berilah kami peluang untuk menunaikan janji dan menebus dosa papa yang lalu. Maafkan papa. Nani akan kami 59 . saya tak marak dan tak akan berdendam.memang patut pun Nani diusir. DATUK TENGKU MAKMUR: Ya. Tak apalah. (KAK FINAZ. Abang Ran dan Kak Finaz tak perlu datang ke mari lagi. tempat macam inilah yang sesuai untuk saya. Nani. Cuma berilah peluang kedua kepada ayah dan ibu Abang Ran. Keluarga abang amat terhormat. DATIN MAZIAH dan TENGKU MUZAFFAR menghampiri AZFA HANANI dan AZFA HANANI menundukkan kepalanya) TENGKU MAZRAN: Abang dan kakak tak pandai nak ceritakan perkara ini dengan sebaikbaiknya. Biarlah papa dan mama sendiri yang sampaikan. (TENGKU MAZRAN dan KAK FINAZ saling berpandangan. dah memang nyata. Nani memang tak tahu. Saya rasa. Saya tak akan balik ke banglo itu. (DATUK TENGKU MAKMUR berhenti sekejap) Papa dan mama tak dapat kesan di mana Nani berada setelah benar-benar pulih daripada kejutan kejadian itu. KAK FINAZ: Kakak dan abang dah agak. orang panggil saya Nani. Saya ni orang miskin. Papa bersalah. Saya memang tak patut menyamar sebagai Murni. Nani. Rahsia dah terbongkar. Nani. (ZURINA dan ZAHIR serentak mengangguk) TENGKU MAZRAN: Abang Ran dan Kak Finaz nak bawa Nini balik.AZFA HANANI: Rina dan Acir. bawa adik pergi mandi di tepi air terjun tu. AZFA HANANI: Peluang kedua itu tak perlu. bukan Nini. Nani ni seorang penipu. (AZFA HANANI mengeleng kepala) AZFA HANANI: Sebenarnya. saya patut kasihkan diri saya sendiri dulu. kak. ayah dan ibu kandung Nani meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya yang melibatkan papa dan mama. Selama ini. tak perlu apa-apa yang nak dikasihankan lagi. Rajuk Nani bersebab. Kak Nani nak bercakap dengan abang dan kakak tu sekejap. Ingat ya. Dan lagi. TENGKU MUZAFFAR dan TENGKU MAZRAN bergerak jauh sedikit meninggalkan AZFA HANANI) DATUK TENGKU MAKMUR: Bukan. Malahan ketika kemalangan itu Mama sendiri menyusukan Nani kerana kasihan melihat Nani melolonglolong menangis. Janji kami. Bukan sebab itu. AZFA HANANI: Datuk tak pernah berjanji apa-apa dengan saya dan kalau setakat apa yang Datuk katakan dulu. TENGKU MAZRAN: Nani tak kasihankan keluarga abang? AZFA HANANI: Entahlah. lebih 16 tahun yang lalu. papa cuba mencari Nani demi menebus dosa itu. DATUK TENGKU MAKMUR.

AZFA HANANI: Itu takdir Allah Taala. DATIN MAZIAH: Mama juga minta maaf atas keterlanjuran mama menampar dan menghina Nani.. tapi Nani. Pak Madi berkunjung ke rumah petang itu. AZFA HANANI. 60 . Mujurlah. Itu pun saya maafkan (AZFA HANANI memandang wajah DATIN MAZIAH.. (Semua menghampiri AZFA HANANI dan tersenyum) Tirai ditutup. Dialah yang memberitahu papa. siapa Nani yang sebenarnya...berikan kasih sayang yang sewajarnya. begitulah Nini anak mama ..) DATIN MAZIAH: Nani balik dengan kami.... ya? (AZFA HANANI memeluk DATIN MAZIAH dan DATIN MAZIAH mencium dahi AZFA HANANI) Ah . AZFA HANANI: Bukan Nini . DATIN MAZIAH: Ok . Saya maafkan. ok . Nani..

You're Reading a Free Preview

Mengunduh
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->