Anda di halaman 1dari 27

PANDUAN PELAKSANAAN Smart School Qualification Standards: METODOLOGI PEMANTAUAN SECARA ON-SITE SEKOLAH BESTARI

KANDUNGAN

1. PENGENALAN

1 2 3 4 4 5 6 6 6 7 7 8 8 8 8 9 9 9 10 11 11

2. METODOLOGI PEMANTAUAN 2.1 Persediaan Pemantau 2.2 Penggunaan ICT di Sekolah 2.2.1 Strategi

2.3 Modal Insan

2.3.1 Strategi bagi Guru 2.3.2 Strategi bagi Murid 2.3.3 Strategi bagi Pentabir 2.4 Aplikasi

2.4.1 Strategi 2.4.2 Penyelesaian Masalah 2.5 Infrastruktur Teknologi 2.5.1 Strategi 2.5.1.1 Keadaan Peralatan dan Kemudahan P&P Berasaskan ICT 2.5.1.2 Penyelenggaraan

2.5.2 Penyelesaian Masalah

3. PELAPORAN 4. PENUTUP RUJUKAN LAMPIRAN

1. Pengenalan
Metodologi pemantauan secara on-site ini adalah bertujuan untuk memberi garis panduan kepada pemantau yang dilantik oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk menjalankan pemantauan penggunaan ICT dengan berkesan supaya sekolah dapat meningkatkan serta memaksimumkan pembudayaan ICT di sekolah-sekolah. Tujuan pembudayaan ICT di sekolah-sekolah bestari adalah untuk menjadikan sekolah bestari sebagai role-model kepada 10,000 sekolah lain yang ingin menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P), dan pengurusan sekolah. Pemantauan dijalankan untuk membimbing dan membantu sekolah mencapai kedudukan 5-bintang dari segi empat (4) aspek utama, iaitu penggunaan ICT, modal insan, aplikasi dan juga infrastruktur. Secara keseluruhannya, pemantauan yang baik dan komprehensif perlu melaksanakan perkara-perkara seperti di dalam Rajah 1.
= Melaksanakan

Pelan Tindakan Sekolah dalam konteks penggunaan ICT berkaitan dengan usaha pembudayaan ICT sekolah, aktiviti-aktiviti atau program-program untuk mengatasi jurang/kelemahan yang dikenal pasti dalam tinjauan (survey)/situasi semasa, dan atau menambahbaik taraf bintang berdasarkan Piawaian Kelayakan Sekolah Bestari (PKSB) (Smart School Qualification Standards, SSQS). Rajah 1: Bimbingan untuk peningkatan ICT sekolah

= Menjalankan

= Mempertahan

Selain yang tercatat di atas, pemantau juga perlu membimbing sekolah melaksanakan aktiviti seperti latihan pengintegrasian ICT dalam P&P bagi guru dan pembinaan bahan-bahan P&P berasaskan ICT.

2. METODOLOGI PEMANTAUAN
Metodologi pemantauan merangkumi beberapa fasa yang perlu diambil oleh pemantau seperti yang dikemukaan dalam Rajah 2.
Sebelum lawatan
=

Melengkapkan diri dengan: 8 memahami dengan mendalam konsep pembestarian sekolah serta pembudayaan ICT sekolah 8 mendapat dan memahami semua maklumat sekolah yang dipantau daripada KPM 8 memahami kandungan SSQS Urusan pentadbiran: 8 mendapat surat rasmi daripada KPM 8 memaklumkan kepada Jabatan Pelajaran Negeri (JPN)/Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN) dan bahagian di KPM yang berkenaan seminggu sebelum lawatan ke sekolah 8 memaklumkan kepada pengetua/ guru besar seminggu sebelum lawatan ke sekolah 8 membuat temujanji lebih awal untuk berjumpa dengan pentadbir sekolah/ Guru Penyelaras Bestari (GPB)/ketua dan panitia/guru-guru/Jawatankuasa Pembestarian Sekol ah

Lawatan pertama
=

Berjumpa dengan pengetua/guru besar = Menerangkan SSQS dan tujuan pemantauan kepada pentadbir sekolah/GPB/ketua panitia/guruguru/Jawatankuasa Pembestarian Sekolah = Berbincang tentang perancangan sekolah sepanjang tahun menge nai bahagian perlaksanaan pem budayaan ICT sekolah (fokus kepada 4 komponen SSQS dan setiap indikatornya) = Membantu sekolah menyediakan Pelan Tindakan Pembudayaan ICT Sekolah

Lawatan seterusnya
= = = = = =

Memfokuskan perbincangan kepada 4 komponen SSQS Menelitikan setiap indikator dalam setiap komponen SSQS Mengumpul data baseline (contoh: infrastruktur, staf yang telah menghadiri kursus, sebagainya), Mengenal pasti kelemahan dan jurang (gap) berkaitan komponen SSQS Membangun strategi-strategi yang realistik dan membimbing sekolah untuk mengurangkan jurang di atas Memberi bimbingan latihan yang diperlukan secara hands-on kepada sekolah

Lepas lawatan sekolah


=

Membuat pelaporan kepada MDeC = Merancang tindakan susulan

Rajah 2: Carta alir fasa metodologi pemantauan secara on-site 

Secara terperinci, tugas pemantau dijelaskan dalam carta alir pemantauan di Rajah 3.
MULA

Mendapat maklumat setiap komponen SSQS

Membantu membangun & membimbing aktiviti/program

Menentukan tahap pencapaian setiap komponen SSQS 5 bintang Ya Memastikan tahap 5 bintang dikekalkan

Tidak

Mengenal pasti jurang kelemahan komponen SSQS berkenaan

Rajah 3: Carta alir pemantauan

2.1 Persediaan Pemantau


Sebelum menjalankan tugas, pemantau mesti memahami tiga perkara yang penting:
= konsep

pembudayaan ICT dan pembestarian sekolah, Smart School Qualification Standards (SSQS) dan = program pemantauan (Lampiran 1)
= dokumen

Tumpuan pemantauan berfokus kepada EMPAT komponen dan indikatornya (Key Performance Indicators, KPI) yang berkait rapat dengan kedudukan ranking (taraf satu bintang ke lima bintang). Empat komponen itu terdiri daripada:
= Penggunaan

ICT di sekolah (pengintegrasian ICT dalam P&P dan peng urusan), = Modal insan (kemahiran pentadbir dan guru mengintegrasi ICT dalam pengurusan dan P&P, kemahiran ICT murid), = Aplikasi sistem (kandungan P&P dan sistem berasaskan ICT), dan = Infrastruktur teknologi (peralatan-peralatan teknologi yang sedia ada).


Pemantau perlu memberi fokus kepada empat komponen SSQS dengan meneliti setiap indikator. Kedudukan penggunaan ICT di sekolah perlu sentiasa ditaksir mengikut SSQS ini. Usaha untuk memastikan setiap program dan aktiviti yang dirancangkan nanti akan menjurus kepada pencapaian keempat-empat komponen SSQS.

2.2 Penggunaan ICT di Sekolah


Komponen penggunaan ICT merujuk kepada proses P&P dan pengurusan sekolah. Dalam proses pemantauan penggunaan ICT ini, pemantau perlu mengenal pasti kekuatan serta kelemahan dalam penggunaan ICT dan faktor-faktor yang menimbulkannya. Seterusnya, strategi-strategi yang berasaskan sekolah perla dibina untuk mengatasi kelemahan-kelemahan ini untuk meningkatkan penggunaan ICT di sekolah. Amalan-amalan terbaik penggunaan ICT boleh di dapati di dalam buku panduan amalan terbaik sekolah bestari. 2.2.1 Strategi Untuk memantau penggunaan ICT, pemantau digalakkan mengikut tiga strategi iaitu,
= menganalisis = mencerap

dokumen, interaksi dengan staf sekolah

pengajaran guru,

= mengadakan

Rajah 4 menunjukkan strategi tersebut serta senarai semakan bagi proses pemantauan penggunaan ICT di sekolah. Pemantau boleh menggunakan: = senarai semak untuk mengira tempoh penggunaan ICT dalam P&P. Instrumen ini boleh diubahsuai mengikut keperluan sekolah seperti di Lampiran 2. = senarai semak audit dalaman untuk menentukan status penggunaan ICT boleh d i dapati di Lampiran 3 (bahagian penggunaan).

2.3 Modal Insan


Komponen modal insan melibatkan tiga kumpulan warga sekolah, iaitu guru, murid dan pentadbir.
Menganalisis dokumen Pemantau bersama GPB perlu menyemak dokumen-dokumen berikut untuk menentukan penggunaan ICT dalam P&P: = Log penggunaan komputer di semua makmal komputer, = Log peminjaman Liquid Crystal Display (LCD), = Log peminjaman perisian kursus (CD) dan TV Pendidikan (TVP), = Log peminjaman lain-lain peralatan ICT dalam P&P (OHP, LCD, notebook, pengimbas dan printer), = Rancangan Pengajaran Harian (RPH) dalam buku rekod sekolah, (guru mencatat jenis ICT dan tempoh masa penggunaannya), = Tugasan pelajar berasaskan ICT, dan = Rekod penggunaan ICT (seperti e-mel, SMS dan sebagainya) untuk penyebaran maklumat oleh pihak pentadbir. Interaksi dengan staf sekolah Mencerap pengajaran guru Pemantau mencerap pengajaran guru (di Makmal Komputer/Makmal Sains/Kelas biasa) seberapa kerap yang boleh semasa lawatan ke sekolah untuk menentukan: = Penggunaan bahan ICT (CD KPM/CD TVP/CD lain) dalam P&P, = Pengintegrasian ICT (CD KPM/ CD TVP/LCMS/alternatif) dalam P&P, = Bahan P&P berasaskan ICT (multimedia) yang dibangunkan oleh guru, dan = Kekerapan penggunaan bahan ICT dalam P&P. Pemantau digalakkan berinteraski dengan warga sekolah tersebut di bawah untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan: = Pentadbir sekolah tentang pembudayaan ICT dan pengurusan perubahan, = GPB tentang penggunaan Makmal Komputer di sekolah, = Guru sumber/media tentang penggunaan bahan ICT (CD KPM/CD TVP/CD lain) oleh guru dan murid, = Guru tentang penggunaan bahan ICT (peng gunaan WSMS/LCMS, Modul Pembelajaran Kendiri, tugasan murid) dalam P&P, = Guru selepas setiap pencerapan pengajaran untuk membimbing guru meningkatkan penggunaan ICT dalam P&P dengan lebih berkesan, dan = Murid untuk mendapat maklum balas mereka tentang penggunaan ICT dalam P&P.

Rajah 4: Strategi dan senarai semakan penggunaan ICT

2.3.1 Strategi bagi Guru Pemantau perlu mengambil tindakan berikut: (a) Berbincang dengan pihak pentadbir (PK), GPB dan/atau Jawatankuasa (J/K) perkembangan profesionalisme staf tentang tahap indikator Modal Insan sekolah yang telah dicapai dan tindakan sewajarnya, (b) Membimbing dan membantu pihak sekolah untuk menyediakan satu rancangan Latihan Perkembangan Profesional Staf Sekolah sepanjang tahun untuk meningkatkan ketrampilan penggunaan ICT dalam P&P dan pengurusan di kalangan guru dan pentadbir (staff sokongan dan jurulatih IT), (c) Memastikan semua guru/pentadbir yang telah menghadiri kursus KPM/ badan lain mesti menjalankan bengkel/kursus perkhidmatan dalaman di sekolah masing-masing, (d) Menentukan latihan ICT tambahan untuk menambahkan kemahiran ICT guru dalam P&P, dan (e) Memastikan satu laporan disediakan selepas setiap bengkel/latihan dalaman atau program Perkembangan Profesional Staf Sekolah diadakan. Kandungan laporan perlu mengandungi maklumat seperti nama dan jenis bengkel/latihan/program, tempat, tempoh masa, nama peserta dan ringkasan bengkel/latihan. 2.3.2 Strategi bagi Murid Pemantau perlu memastikan: (a) Kelas ICT untuk mempertingkatkan kemahiran murid dijalankan, (b) Murid menggunakan ICT seperti Microsoft Word, PowerPoint, CD KPM, CD TVP, Internet dalam tugasan, (c) Murid menggunakan kemudahan ICT di dalam setiap aspek pembelajaran, (d) Murid dapat m embuat tugasan secara online atau menggunakan CD. 2.3.3 Strategi bagi Pentabir Pemantau perlu memastikan: (a) Program pengurusan perubahan (change management programme) telah dijalankan oleh pentadbir setiap minggu,

(b) Pentadbir menyebarkan maklumat kepada semua staf sekolah melalui e-mel atau komunikasi ICT alternatif setiap hari, (c) Pentadbir mengadakan program rakan pintar Smart-partnership dengan komuniti seperti Program Komuniti Sekolah Angkat yang melibatkan aktiviti ICT, Program Pembangunan Bahan-Bahan P&P menggunakan ICT untuk sekolah-sekolah yang berdekatan dan sebagainya. Semua strategi tersebut dijalankan seperti yang dirancang untuk meningkatkan kemahiran ICT staf sekolah berpandukan indikator-indikator komponen Modal Insan SSQS. Pemantau boleh menggunakan senarai semakan audit dalaman untuk menentukan status modal insan seperti di Lampiran 3 (bahagian modal insan).

2.4 Aplikasi
Komponen aplikasi bertujuan untuk melihat kewujudan pelbagai perisian aplikasi sama ada atas talian (online) atau luar talian (standalone) di sekolah supaya penggunaan ICT tidak terhalang dan tiada batasan. 2.4.1 Strategi Untuk memantau status aplikasi, pemantau perlu menyemak sama ada perkara berikut wujud: (a) Akses kepada modul-modul sistem pengurusan sekolah dalam Webbased School Management System (WSMS) atau sistem lain yang dibekalkan oleh KPM, (b) Akses kepada modul-modul sistem pengurusan pengajaran dan pembelajaran (LCMS) atau sistem lain yang dibekalkan oleh KPM, (c) Perisian aplikasi untuk menyediakan/menyunting bahan pengajaran berasaskan ICT, (d) Perisian kursus/bahan pembelajaran berasaskan ICT, (e) Laman web sekolah yang interaktif, dan (f) Sistem e-mel sekolah ya ng berfungsi. Pemantau boleh menggunakan instrumen seperti di Lampiran 4 dan 5 untuk menyemak aplikasi di sekolah.

2.4.2 Penyelesaian Masalah Sekiranya sekolah tidak mempunyai aplikasi/sistem maklumat seperti yang dinyatakan dalam jadual dan borang lampiran yang disertakan, tindakan menghubungi pihak-pihak berkaitan perlu dilakukan dan direkodkan untuk tujuan semakan.

2.5 Infrastruktur teknologi


Infrastruktur teknologi merujuk kepada peralatan, kemudahan dan penyelenggaraan ICT yang terdapat di sekolah, khasnya peralatan ICT yang dibekalkan oleh KPM. Kesediaan infrastruktur yang mantap dapat meningkatkan pembudayaan ICT di sekolah. 2.5.1 Strategi Strategi untuk menyemak status infrastruktur adalah:
= Menyemak

keadaan peralatan dan kemudahan berasaskan ICT (berfungsi atau tidak), dan rekod penyelenggaraan peralatan ICT.

= Menyemak

2.5.1.1 Keadaan Peralatan dan Kemudahan P&P Berasaskan ICT Pemantau perlu memastikan, (a) peralatan, kemudahan dan rangkaian yang dibekalkan sama ada berfungsi atau tidak. Antara peralatan yang dipantau adalah komputer desktop atau komputer riba, projektor LCD, pengimbas (scanner), skrin, troli dan pelayan (server) dan lain-lain (rujuk Lampiran 6). (b) kemudahan P&P berasaskan ICT mengandungi kemudahan fizikal dan rangkaian. Bagi aspek rangkaian, perkara yang perlu disemak adalah seperti berikut: (i) pengguna dapat mengakses Internet pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja dengan mudah, (ii) perkhidmatan rangkaian secara talian (wired) dan tanpa talian (wireless) boleh diakses di makmal sains, bilik guru, bilik darjah, makmal komputer, koridor, kantin, sudut pembelajaran, kawasan rehat murid, pusat sumber, bilik media, pusat akses kendiri dan pejabat pendtabiran (rujuk Lampiran 7).

(iii) peralatan komunikasi ICT seperti ADSL modem, router, switch/ hub, dan kabel UTP/fiber optik dapat berfungsi dengan baik, dan (iv) bilangan gangguan (downtime) yang berlaku dalam seminggu yang menghalang warga sekolah menggunakan perkhidmatan rangkaian.

Pemantau boleh menggunakan instrumen seperti di Lampiran 3 untuk menyemak infrastruktur di sekolah. 2.5.1.2 Penyelenggaraan (maintenance) Pemantau perlu memastikan, = segala kerosakan dan gangguan yang dialami dilaporkan dengan segera kepada Centralised Service Desk (CSD) dan akan diambil tindakan oleh vendor atau KPM. 2.5.2 Penyelesaian masalah Jika didapati kelemahan dalam aspek peralatan dan jalinan rangkaian, pemantau boleh membantu pihak sekolah mempercepatkan penyelesaian masalah ini dengan merujuk terus kepada badan-badan berkenaan (contoh: JPN, BTPN). Sekiranya sekolah tidak mempunyai infrastruktur yang diperlukan, tindakan menghubungi pihak-pihak berkaitan perlu dilakukan dengan segera dan dan direkodkan untuk tujuan semakan.

3. PELAPORAN
Satu laporan bertulis perlu dibuat oleh pemantau bagi setiap lawatan ke sekolah. Laporan ini diserahkan kepada KPM dan satu salinan diberi kepada sekolah. Format laporan berfokus kepada empat komponen SSQS. Bagi setiap komponen berpandukan SSQS, pemantau perlu melaporkan aspek penting seperti: (a) Tahap penggunaan ICT dalam P&P semasa dengan rujukan kepada kedudukan bintang SSQS (b) Kelemahan penggunaan ICT dalam P&P pada bulan semasa

(c) Strategi-strategi yang dicadangkan untuk meningkatkan penggunaan ICT dalam P&P (d) Tempoh masa untuk mencapai tujuan yang dikehendaki (e) Impak tindakan yang diambil terhadap murid dan guru Pada lawatan sekolah bulan berikutnya, pemantau perlu menyemak; (a) Sejauh mana strategi-strategi yang dirancang berjalan secara berkesan (b) Kekangan yang wujud (c) Kelemahan yang timbul (d) Cadangan strategi-strategi lanjut sebagai tindakan susulan

PENUTUP
Panduan yang dicadangkan dalam Metodologi Pemantauan Secara OnSite ini perlu digunakan bersama dengan buku-buku panduan yang berkaitan yang terdapat di dalam program ini seperti Buku Panduan Mengisi Penilaian SSQS dan Buku Panduan Amalan Terbaik Sekolah Bestari.

10

RUJUKAN
Malaysia Smart School Educating hearts and minds. Available http://www.msc.com.my/smartschool/ MDeC. (2005). Smart School Impact Assessment. MDeC. (2005). Smart School Roadmap 2005-2020: An Educational Odyssey. MDeC. (2007). Smart School Qualification Standards (SSQS). Mohammed Sani B. Hj. Ibrahim. (2003). Pembestarian sekolah dalam era globalisasi: satu pemikiran baru dalam sistem pendidikan Malaysia. Jurnal BTP, Siri 5, IBSN 1511-5925, m.s. 21-40. Pembestarian sekolah. Available http://www.moe.edu.my:8080/web/guest/projek/bestari

LAMPIRAN
Lampiran 1 Lampiran 2 Lampiran 3 Lampiran 4 Lampiran 5 Lampiran 6 Lampiran 7 Lampiran 8 Lampiran 9 MDeC. (2007). Monitoring programmes flow-chart Log pelaksanaan piawai kelayakan sekolah bestari (SSQS) bagi elemen penggunaan ICT Senarai semakan untuk audit dalaman/Checklist for internal audit Sistem maklumat yang dibekalkan oleh KPM Senarai perisian kursus/bahan pembelajaran berasaskan ICT Bilangan perkakasan ICT Lokasi capaian Internet Pelan tindakan akademik/Academic action plan Laporan tugasan yang diberi dalam talian

Lampiran 10 Laporan penghasilan bahan multimedia

11

LAMPIRAN 1

MONITORING PROGRAMMES
Broad Objectives: To monitor the schools implementation of their action plans To ensure activities and programmes are addressing the gaps/weaknesses identified in the survey forms To maintain and improve the schools star ranking performance

On-Line THE TOOLS On-Site

KPI Survey SSQS Star Ranking


Quarterly Exercise

IMPLEMENTATION STRUCTURE
MDeC/MoE

STRATEGIES
ICT Enculturisation in schools Enhance schools Optimisation of ICT provisions

OUTPUT

REPORTS

THE APPROACH
Coach schools to develop and implement unique school-based action plans i.e. in-house training by teachers in integrating ICT in T&L, ICT integration competitions among students etc. Monitor the process of ICT integration by teachers in Teaching and Learning

REPORTS

SMEs from IPTA

JPN/PPD/PSPN/PKG (ICT Coordinators)

Overall and individual schools star ranking Monthly on-site monitoring reports School-based action plans and strategies

School ICT Committee (88 Schools)

Teachers Professional Development Programmes

12

LAMPIRAN 2 LOG PELAKSANAAN PIAWAI KELAYAKAN SEKOLAH BESTARI (SSQS) BAGI ELEMEN PENGGUNAAN ICT SMK XXXX BAGI BULAN: __________________ , 2007 NAMA GURU MATAPELAJARAN (diajar) : :

MINGGU (bulatkan) : 1 / 2 / 3 / 4 1. Status penggunaan perisian kursus dan pengintegrasian ICT bagi setiap kelas yang diajar. Items 1 2 3 4 5 6 7 8 KELAS Jumlah minit mengguna bahan berasas ICT.* Jumlah minit mengintegrasi perisian kursus dalam P&P Jumlah bahan P&P multimedia yang dibina dalam seminggu. Jumlah minit guru mengguna LCMS atau alternatif dalam P&P seminggu. Jumlah masa (periods) mengguna bahan TV Pendidikan dlm P&P seminggu. Jumlah minit contact hours pelajar-PC seminggu. Bilangan tugasan dibuat oleh pelajar guna LCMS/ alternatif seminggu.** Bilangan tajuk tugasan pembelajaran kendiri dilengkapkan oleh pelajar seminggu.*** Jumlah Jam/ Bahan/Tajuk seminggu

Contoh: * (40 x 2 masa = 80 minit) ** (2 x 1 kelas x 1 minggu = 2 tugasan) *** (2 tajuk x 2 kelas x 1 minggu = 4 tajuk) 2. Kekerapan mengemas kini data dalam WSMS bulan 07: kali.

Tandatangan Guru

Tarikh:

13

LAMPIRAN 3 CHECK LIST FOR INTERNAL AUDIT DATE:

Utilisation (40%)
No. 1 Indicator Usage of ICT-based content >320 minutes/month Teachers integrate courseware (select and modify relevant topics from the courseware at least >320 minutes/month for each core subject Teachers develop T&L materials multimedia weekly Usage of LCMS by teacher >320 minutes/monthly Usage of Ed TV 4 periods a month Student PC contact hours >320 minutes (any subject)/month Usage of LCMS(student) =/>8 assignments/month Students complete =/>8 titles of self-learning modules/month Updates of activities and data on the relevant modules in WSMS/daily Evidence/Location Status Action

14

Human Capital (40%)


No. 1 2 3 4 5 Indicator ICT competency level of IT Coordinator: Advanced Plus (4-5) ICT competency level of Technician: Advanced Plus (4-5) Teachers have basic ICT competency level: Level 5 (> 4.5) Teachers have advanced ICT competency level: Level 5 (> 3.0) Teachers have advanced plus competency level in using ICTbased content in teaching and learning: Level 5 (> 4.5) Teachers have advanced plus competency level in integrating ICT-based content in teaching and learning: Level 5 (> 4.5) Teachers have advanced plus competency level in developing teaching learning materials in a form of multimedia for teaching and learning: Level 5 (> 4.5) > 80% of students have the knowledge of the ICT-based content and know how to use them in learning Frequency of ICT Smartpartnership program with community: Weekly Conducted in-house ICT training: >5 trainings Usage of Email: Daily Dissemination of information via ICT: Daily Conducted change management programme: Weekly Evidence/Location Status Action

10 11 12 13

15

Application (10%)
No. 1 Indicator > than 8 modules for management Evidence/Location Status Action

> than 3 ICT-based applications ICT-based applications beyond Smart School Management System/Web Based School Management System i.e. attendance and canteen Must have Learning Content Management System for teaching and learning Must have the Ministry of Education courseware and ICT-based content: > 4 Schools must have maintained, updated, accessible & advanced interactive website

16

Infrastructure (10%)
No. 1 Indicator PC:Student Ratio (1:<17) Evidence/Location Status Action

PC/Notebook:Teacher Ratio (1<2)

Local Area Network, Wide Area Network, Wireless and value-added Standard maximum downtime <2 hours/month

Internet accessibility (Advanced availability and location) 100% of the Teaching of Mathematics and Science in English (PPSMI) ICT facilities in good working condition LCD Projector:Class Ratio (1:<10)

> 4 operational computer labs

17

LAMPIRAN 4 SISTEM MAKLUMAT YANG DIBEKALKAN OLEH KPM Sekolah mempunyai aplikasi ini YA 1 2 3 4 5 6 7 Sistem Maklumat Murid (SMM) Sistem Maklumat Disiplin Murid (SMDM) Sistem Maklumat Pengurusan Pelajar Teknik (SMPPT) Sistem Kemasukan Pelajar Berasrama Penuh Tingkatan 1 (SST1) Sistem Kemasukan Pelajar Berasrama Penuh Tingkatan 4 (SST4) Sistem Kemasukan Pelajar Sekolah Menengah Teknik (SPTV) Sistem Pendaftaran dan Kemasukan Markah Kerja Kursus UPSR/PMR/SPM Sistem Pendaftaran UPSR/PMR/SPM Sistem Percubaan UPSR/PMR/SPM Sistem Kemasukan Markah Kerja Kursus PEKA/PAFA/UPSR/PMR Sistem Maklumat Pengurusan Pendidikan (SMPP) Sistem Pendaftaran Peperiksaan Atas Talian (SPM) Sistem Pengurusan Sekolah Bestari berasaskan Web (WSMS) Sila isikan maklumat terperinci pada lampiran A1 Sistem Pengurusan Kandungan Pembelajaran (LCMS) e-Sistem Pengurusan Kewangan Bersepadu (Espkp) Sistem Pinjaman Buku Teks (SPBT) TIDAK

No.

Nama Aplikasi

Catatan

8 9 10

11 12 13

18

LAMPIRAN 5 SENARAI PERISIAN KURSUS/BAHAN PEMBELAJARAN BERASASKAN ICT Sekolah mempunyai bahan ini YA 1 Perisian pembelajaran yang dibekalkan oleh BTP (CDRI) TIDAK

No.

Perisian Kursus

Catatan

Perisian pembelajaran yang dibekalkan oleh BTP [E-Bahan (atas talian)]

Perisian pengajaran yang dibekalkan oleh PPK (PPSMI)

Perisian yang dibekalkan oleh Bahagian Buku Teks (My CD)

Perisian Sekolah Bestari yang dibekalkan oleh PPK

CD Kandungan TV Pendidikan

Perisian kursus/bahan pengajaran berasaskan ICT lain

19

LAMPIRAN 6 BILANGAN PERKAKASAN ICT Komputer Desktop Pejabat Pentadbiran Bilik Guru Asrama Makmal Sains Bilik Darjah Koridor Makmal Komputer Pusat Sumber/ Bilik Media Pusat Akses Kantin Kawasan Rehat Taman Bacaan Lain-lain Komputer Notebook

Bil. 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13

LCD

Skrin

Troli

Scanner

20

LAMPIRAN 7 LOKASI CAPAIAN INTERNET Bentuk Rangkaian Bil. 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 Lokasi Pejabat Pentadbiran Bilik Guru Asrama Makmal Sains Bilik Darjah Koridor Makmal Komputer Pusat Sumber/ Bilik Media Pusat Akses Kantin Kawasan Rehat Taman Bacaan Lain-lain LAN WAN Capaian Internet Tanpa Kabel (wireless) Berkabel (wired)

21

LAMPIRAN 8 CONTOH

ACADEMIC ACTION PLAN SM XXX Panel: Science Month : June 2007

Utilization of ICT in T&L Activities 1. Name of teacher : XXX 2. Date/Day/Time : 11 July 2007 / Wednesday / 7.40am9.00am 3. Subject : Science Form 2: Chapter 5 5.5 Acid and Alkali 4. Class : 2 Iltizam 5. ICT use/integration : Text book (Acid and Alkali), MS Word, MS PowerPoint 6. Post lesson : Students surf the courseware to find more information about acid and alkali

22

LAMPIRAN 9

NAMA SEKOLAH: PENGGUNAAN ICT 200X LAPORAN TUGASAN YANG DIBERI DALAM TALIAN*

Nama Guru

Tingkatan/ Subjek

Tajuk tugasan dan Sistem online

Julai

Ogos

Sept

Okt

Nov

Jumlah Jumlah Jumlah Jumlah Jumlah waktu waktu waktu waktu waktu

Jumlah besar tugasan mengikut bulan * Tugasan yang diberi oleh guru dalam Internet/talian (contoh WSMS, LCMS, NiceNet, SchoolNet, Yahoo messenger, dan lain-lain.) yang diakses oleh pelajar dalam talian untuk tujuan pengurusan dan P&P. Sila selaraskan tajuk tugasan dan sistem dalam rancangan pengajaran anda.
(Yh @ 2007)

23

LAMPIRAN 10

NAMA SEKOLAH: PENGGUNAAN ICT LAPORAN PENGHASILAN BAHAN MULTIMEDIA* LPBM

Bulan Nama Guru Subjek Nama Tajuk Julai Ogos Sept () () () Okt () Nov ()

Jumlah besar tajuk mengikut bulan * Bahan yang dihasilkan sendiri oleh guru menggunakan PowerPoint dan lain-lain. Sila nyatakan tajuk bahan dalam rancangan mengajar.
(Yh @ 2007)

24

Penghargaan
PENYUMBANG UTAMA Kementerian Pelajaran Malaysia Multimedia Development Corporation Sdn Bhd (MDeC), MSC Malaysia Dr Lee Siew Eng, Universiti Malaya Ms Low Suan Neo, Konsultan Bebas En Zolkefli Bahador, Universiti Utara Malaysia Mr. Joseph Ramanair, Universiti Malaysia Sarawak Dr Abdul Halim Mohamed, Universiti Utara Malaysia AHLI-AHLI Mr. Chi Teck Cheng, Konsultan Bebas Dr Santhi Raghavan, Open University Associate Professor Dr Yusup Hashim, Universiti Pendidikan Sultan Idris Dr Soubakeavathi Rethinasamy, Universiti Malaysia Sarawak Associate Professor Dr. Tunku Mohani Tunku Mohtar, Universiti Malaya Associate Professor Dr. Esther Daniel, Universiti Malaya Associate Professor Dr. Raja Maznah Raja Hussein, Universiti Malaya Dr Sabariah Sharif, Universiti Malaysia Sabah En Abd Samad Hanif, Universiti Pendidikan Sultan Idris Dr Mohd Rashid Mohd Saad, Universiti Malaya Pn Noriza Nayan, Universiti Pendidikan Sultan Idris Tn Hj Ismail Hj Raduan, Universiti Kebangsaan Malaysia Encik Mahizer bin Hamzah, Universiti Pendidikan Sultan Idris En Abdul Razak Idris, Universiti Teknologi Malaysia En Sulaiman Sarkawi, Universiti Pendidikan Sultan Idris Associate Professor Khalid Abdullah, Universiti Kebangsaan Malaysia Dr Norazman Abdul Majid, Universiti Teknologi Malaysia

25