Anda di halaman 1dari 18

KERTAS MODEL STPM KERTAS 1 (Dua Jam) Ada enam puluh soalan dalam ujian ini.

Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan. Anda dikehendaki memilih jawapan yang tepat sekali. 1 Yang manakah yang benar tentang objektif penubuhan Pelan Tindakan Pembangunan Belia Nasional? I Memperkasakan program Rakan Muda II Mewujudkan usahawan belia yang berdaya saing dan berintegriti III Mewajibkan belia menjadi ahli mana-mana parti politik IV Mewajibkan belia yang menganggur menyertai program pemulihan akhlak A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV Objektif: Menghasilkan ubat herba yang berkesan daripada sumber asli Membina kemampuan sumber tenaga yang mesra alam 2 Objektif di atas merujuk kepada A Dasar Perhutanan Negara. B Dasar Perindustrian Negara. C Dasar Bioteknologi Negara. D Dasar Peningkatan Daya Pengeluaran Negara. Yang manakah objektif Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3)? I Mengambil lebih ramai pekerja asing di sektor pertanian II Mewujudkan sumber pertumbuhan pertanian yang baru III Meningkatkan penglibatan pelabur asing IV Meningkatkan sekuriti makanan A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV

Arah Pendidikan Sdn Bhd

STPM & Pra-U Pengajian Am K1

Matlamat: Mewujudkan sebuah masyarakat Malaysia yang maju dan mantap dari segi sosial, ekonomi, dan teknologi Memberikan peluang kepada setiap anggota masyarakat untuk memperkembang potensi diri secara optimum. 4 Antara yang berikut, yang manakah yang dilaksanakan untuk merealisasikan matlamat di atas? A Dasar Sosial Negara B Dasar Sains dan Teknologi C Pelan Pemulihan Ekonomi Negara D Pelan Induk Ekonomi Berasaskan Pengetahuan 5 Mengadakan dialog sosial dan kerjasama ekonomi negara sedang membangun Mewujudkan kerjasama pembangunan modal insan, memajukan pendidikan dan membasmi kemiskinan Disertai oleh Sudan, Botswana, Afrika Selatan, Tanzania, Zambia, Swaziland, Uganda dan Namibia.

Penyataan di atas merujuk kepada A Forum Serantau ASEAN (ARF). B Mesyuarat Asia dan Eropah (ASEM). C Dialog Antarabangsa Langkawi (LID). D Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC). Yang manakah usaha untuk mewujudkan persekitaran yang selamat di rantau Asia Tenggara? A Forum Serantau ASEAN (ARF) B Mesyuarat Asia dan Eropah (ASEM) C Perjanjian Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) D Kawasan Pertumbuhan Segi Tiga Malaysia-Indonesia-Singapura (MISGT) Menggalakkan perdagangan bebas dalam kalangan negara anggota Memperjuangkan sistem perdagangan pelbagai hala

Penyataan di atas merujuk kepada I Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA). II Forum Serantau ASEAN (ARF). III Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).
2 STPM & Pra-U Pengajian Am K1

Arah Pendidikan Sdn Bhd

IV A B C D

Pertubuhan Pakatan Atlantik Utara (NATO). I dan II I dan III II dan IV III dan IV

Pada tahun 2003, Amerika Syarikat dan sekutuya telah melancarkan perang ke atas Iraq. 8 Antara yang berikut, yang manakah kesan peperangan di atas? I Timbul perpecahan dan permusuhan sesama rakyat di Iraq II Peningkatan kumpulan ekstremis dan militan di Iraq III Peningkatan dalam urusan perdagangan dan urus niaga dunia IV Peningkatan sentimen pro-Amerika dalam kalangan penduduk dunia A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV Calon jawatan X Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Dipilih dalam kalangan negara anggota daripada kumpulan Asia, Afrika, Amerika Latin dan Caribbean, Eropah Barat, dan Eropah Timur Memegang jawatan bagi tempoh 2 tahun sepenggal Membincangkan isu politik dan keamanan dunia

Jawatan X merujuk kepada A Setiausaha Agung B Pengerusi Perhimpunan Agung C Ahli Sementara Majlis Keselamatan D Hakim Mahkamah Keadilan Antarabangsa

Arah Pendidikan Sdn Bhd

STPM & Pra-U Pengajian Am K1

10

Organisasi yang manakah mengeratkan hubungan ekonomi melalui kerjasama serantau? A Kumpulan 15 (G15) B Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO) C Kumpulan Lapan Negara Membangun (D-8) D Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN)

Membina negara bangsa Membangunkan modal insan Merapatkan jurang pendidikan Memartabatkan profesion keguruan

11

Penyataan di atas merujuk kepada A Dasar Sosial Negara. B Dasar Urbanisasi Negara. C Dasar Kebudayaan Kebangsaan. D Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). Yang manakah berkaitan dengan Dasar Wawasan Negara? I Melahirkan masyarakat yang liberal dan masyarakat penyayang II Meningkatkan produktiviti melalui peningkatan pengetahuan III Menghasilkan barangan dan perkhidmatan yang berdaya saing IV Merapatkan jurang antara sektor swasta dengan sektor awam A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV Program pembangunan ekonomi yang manakah dilancarkan pada tahun 2008 untuk mencapai Wawasan 2020 Negara? I Wilayah Ekonomi Koridor Utara II Wilayah Pembangunan Iskandar III Dasar Pembangunan Negara IV Dasar Sosial Negara A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV Yang manakah merupakan komitmen Malaysia melalui Pertubuhan Persidangan Islam (OIC)? I Penubuhan Lembaga Tabung haji II Penubuhan Bank Pembangunan Islam III Perdamaian Palestin dengan Israel IV Penubuhan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia A I dan II
4 STPM & Pra-U Pengajian Am K1

12

13

14

Arah Pendidikan Sdn Bhd

B C D 15

I dan III II dan IV III dan IV

Yang manakah isu yang dibincangkan oleh Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dalam sidang kemuncak pada tahun 2008 di Kuala Lumpur? I Keganasan antarabangsa II Penghantaran tentera pemerhati ke Iraq III Pencabulan hak rakyat Palestin, Sudan dan Lebanon IV Pinjaman daripada Tabung Kewangan Antarabangsa A I dan III B II dan IV C II dan III D III dan IV Apakah matlamat pelaksanaan Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam dalam pentadbiran? I Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan II Memperbaik mutu perkhidmatan ke arah penghapusan diskriminasi III Menghapuskan sikap yang negatif semasa menjalankan tugas dan tanggungjawab dalam pentadbiran IV Membentuk masyarakat yang bermaruah, beridentiti, dan disegani oleh masyarakat lain A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV Mengambil kira elemen persekitaran tempatan Memastikan pembangunan bandar yang seimbang dari segi pembangunan fizikal dan penyusunan kaum.

16

17

Penyataan di atas merujuk kepada A Dasar Produktiviti. B Dasar Sosial Negara. C Dasar Kependudukan. D Dasar Urbanisasi Negara.

18

Pilih penyataan yang benar tentang Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN).
5 STPM & Pra-U Pengajian Am K1

Arah Pendidikan Sdn Bhd

I II III IV A B 19

ASEAN mengeratkan kerjasama serantau berkaitan dengan politik, ekonomi, dan sosiobudaya. ASEAN berhasrat mencapai kemakmuran bersama. ASEAN ditubuhkan bagi memperkukuh ketenteraan serantau demi menyaingi kekuatan kuasa-kuasa besar dunia. ASEAN memperjuangkan Order Baru Ekonomi Dunia. I dan II C II dan III I dan IV D III dan IV

Pilih usaha yang dilaksanakan oleh Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara(ASEAN) bagi mewujudkan kestabilan politik dan keselamatan di rantau ini? I Mesyuarat ASEAN + 3 II Forum Serantau ASEAN (ARF) III Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN IV Perjanjian Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara (SEANWFZ) A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV Menjadi tuan rumah kepada persidangan isu Palestin Menyokong penyelesaian secara aman dalam konflik politik dalaman Afghanistan

20

Penglibatan Malaysia dalam semua isu di atas adalah di bawah naungan A Kerjasama Selatan-Selatan. B Pertubuhan Persidangan Islam. C Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. D Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara. Penubuhannya hasil daripada resolusi Persidangan AfroAsia di Bandung pada tahun 1955 Melarang campur tangan kuasa asing dalam sesebuah negara Menghormati kedaulatan dan keutuhan semua negara

21

Penyataan di atas merujuk kepada A Pertubuhan Komanwel. B Pertubuhan Persidangan Islam. C Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. D Pergerakan Negara-Negara Berkecuali.

Arah Pendidikan Sdn Bhd

STPM & Pra-U Pengajian Am K1

22

Yang manakah menunjukkan komitmen Malaysia dalam Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu (PBB)? I Menerima pencalonan sebagai Setiausaha Agung PBB II Mempengerusikan Majlis Perhimpunan Agung PBB III Menjadi ahli tetap Majlis Keselamtan PBB IV Menjadi wakil khas PBB ke Myanmar A B I dan II I dan III C D II dan IV III dan IV

Jawatankuasa X

Keahlian Menteri Kanan Wakil agensi pusat Isu Kenaikan harga barangan keperluan Bencana alam yang serius

23

Jawatankuasa X merujuk kepada A Jawatankuasa Kabinet. B Jawatankuasa Kerja Pembangunan Negara. C Jawatankuasa Perancang Pembangunan Negara. D Jawatankuasa Perhubungan antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri. Mengeluarkan peruntukan kepada kementerian Mengurus pinjaman untuk Kerajaan Persekutuan Penyataan di atas merujuk kepada fungsi A Perbendaharaan. B Unit Perancang Ekonomi. C Majlis Kewangan Negara. D Jabatan Akauntan Negara. Antara yang berikut, yang manakah anggota perkhidmatan awam? I Pengarah Jabatan Tanah Negeri II Setiausaha Kerajaan Negeri III Ahli Dewan Undangan Negeri IV Pengerusi Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV Antara yang berikut, yang manakah hasil Kerajaan Persekutuan?
7 STPM & Pra-U Pengajian Am K1

24

25

26

Arah Pendidikan Sdn Bhd

I II III IV A B 27

Cukai taksiran harta Cukai pendapatan Cukai tanah Cukai import I dan II I dan III

C D

II dan IV III dan IV

Yang manakah benar tentang Menteri Besar atau Ketua Menteri? A Mengetuai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri B Dipilih terus oleh rakyat melalui pilihan raya umum C Mempengerusikan Persidangan Dewan Undangan Negeri D Memegang jawatan sehingga pelantikan dibatalkan oleh Perdana Menteri Antara yang berikut, yang manakah yang memerlukan persetujuan Majlis RajaRaja? I Melantik Perdana Menteri II Mengubah sempadan negeri III Mengubah tatacara persidangan Parlimen IV Mempersetujui pelantikan hakim Mahkamah Tinggi ke atas A I dan II C II dan IV B I dan III D III dan IV Pihak yang manakah berkuasa meluluskan pertukaran status tanah daripada tanah pertanian kepada tanah pembangunan? A Dewan Undangan Negeri B Pihak Berkuasa Tempatan C Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri D Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Yang manakah kuasa Dewan Negara jika tidak mempersetujui sesuatu Rang Undang-Undang yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat? A Menolak Rang Undang-Undang itu B Menangguh kelulusan Rang Undang-Undang itu C Membatalkan kelulusan Rang Undang-Undang itu D Meminda Rang Undang-Undang itu tanpa persetujuan Dewan Rakyat Pindaan yang manakah memerlukan sokongan 2/3 daripada ahli Parlimen dan persetujuan Majlis Raja-Raja? I Bentuk sumpah dan ikrar II Kedudukan Perdana Menteri III Hak istimewa orang Melayu IV Perubahan sempadan antara negeri di Semenanjung Malaysia A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV

28

29

30

31

Arah Pendidikan Sdn Bhd

STPM & Pra-U Pengajian Am K1

32

Antara yang berikut, yang manakah komponen kepada badan Perundangan Negeri? I Dewan Undangan Negeri II Raja atau Yang Dipertua Negeri III Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri IV Menteri Besar atau Ketua Menteri A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV Antara yang berikut, yang manakah fungsi Parlimen? I Membincangkan isu yang berkaitan dengan kepentingan umum II Melaksanakan pentadbiran negara III Meluluskan sesuatu perbelanjaan kerajaan IV Menghukum kerana menghina mahkamah A I dan II C II dan IV B I dan III D III dan IV

33

Seorang anggota tentera yang berpangkat leftenan telah mengemukakan saman terhadap ketuanya yang menipu berhubung dengan penjualan sebidang tanah. 34 Antara mahkamah berikut, yang manakah yang akan mendengar kes tersebut? A Mahkamah Khas B Mahkamah Syariah C Mahkamah Tentera D Mahkamah Sesyen Sine die bermaksud A mempunyai bukti-bukti yang kukuh untuk memulakan pendakwaan. B menangguhkan sesuatu kes sehingga suatu tarikh yang belum ditetapkan. C perintah mahkamah untuk mengetepikan keputusan yang dibuat oleh mahkamah yang lebih rendah. D bukti yang menunjukkan seseorang tidak berada di tempat kejadian ketika sesuatu jenayah dilakukan. Situasi yang manakah membolehkan kes rayuan didengar di Mahkamah Rayuan? A Rayuan dibuat untuk mengurangkan kos perbicaraan mahkamah B Mahkamah Tinggi sudah membuat keputusan dalam kes berkenaan C Mahkamah Tinggi sudah menjalankan siasatan awal untuk kes berkenaan D Kes rayuan sivil mesti melibatkan wang tidak melebihi RM100 ribu atau dengan keizinan khas Antara yang berikut, yang manakah ketua pentadbir bagi semua mahkamah awam di Malaysia ?
9 STPM & Pra-U Pengajian Am K1

35

36

37

Arah Pendidikan Sdn Bhd

A B C D 38

Imam Negara Peguam Negara Ketua Pendaftar Ketua Hakim Negara

Antara yang berikut, yang manakah benar tentang Dewan Negara? I Semua ahli Dewan Negara dipilih melalui pilihan raya II Setiausaha Dewan Negara dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong III Ahli Dewan Negara boleh dipilih daripada Ahli Dewan Undangan Negeri IV Ahli Dewan Negara memegang jawatan selama yang diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV Individu yang manakah layak bertanding dalam pilihan raya? I Seorang yang diisytiharkan muflis oleh mahkamah dan belum dilepaskan. II Seorang yang telah hilang wang pertaruhannya dalam pilihan raya sebelumnya III Seorang yang memegang jawatan berpendapatan tetap dalam perkhidmatan awam. IV Seorang warganegara Malaysia yang telah berkahwin dengan seorang wanita warganegara asing. A I dan II C II dan IV B I dan III D III dan IV Pihak yang manakah layak mengundi melalui pos? I Anggota tentera yang sedang bertugas II Banduan yang sedang menjalani hukuman di penjara III Warganegara Malaysia yang sedang mendapat rawatan perubatan di luar negara IV Pegawai Suruhajaya Pilihan Raya yang bertugas pada hari pengundian A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV

39

40

Seorang pelajar lelaki yang berumur 12 tahun telah dihadapkan ke Mahkamah bagi Kanak-Kanak kerana melakukan kesalahan mencuri.
Arah Pendidikan Sdn Bhd 10 STPM & Pra-U Pengajian Am K1

41

Yang manakah berkaitan dengan perbicaraan kes di atas? A Keputusan kes tidak direkodkan. B Perbicaraan dijalankan secara terbuka. C Keputusan mahkamah adalah muktamad. D Pelajar tersebut dijatuhi hukuman penjara.

Perintah lelongan: Hartanah: Sebidang tanah seluas 2 ekar Plaintif: Bank Z Defendan: En X 42 Pihak yang mengeluarkan perintah lelongan bagi hartanah di atas ialah A Mahkamah Tinggi. B Mahkamah Persekutuan. C Tribunal Tuntutan Pengguna. D Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah. Pernyataan yang manakah benar tentang saksi dalam sesuatu perbicaraan? I Saksi dipanggil untuk hadir di mahkamah melalui sapina. II Saksi tidak boleh hadir di mahkamah bersama dengan peguamnya. III Waran tangkap boleh dikeluarkan untuk menangkap saksi yang gagal hadir di mahkamah. IV Saksi dalam sesuatu perbicaraan kes bunuh boleh ditahan di penjara hingga hari perbicaraan A I dan II C II dan IV B I dan III D III dan IV Yang manakah bidang kuasa Mahkamah Sesyen? I Membicarakan semua kes jenayah II Menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup III Mengendalikan kes rayuan dari mahkamah majistret IV Mengeluarkan writ atau saman berkaitan dengan tuntutan sewa A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV

43

44

45

Kes jenayah yang manakah dibicarakan di Mahkamah Syariah? I Menyebarkan ajaran sesat
11 STPM & Pra-U Pengajian Am K1

Arah Pendidikan Sdn Bhd

II III IV A B

Melakukan perbuatan khalwat Mengelak daripada membayar cukai pendapatan Menyamar sebagai penguat kuasa Jabatan Agama Islam I dan II C II dan IV I dan III D III dan IV

Encik X membeli barangan A dan B dengan bayaran RM180.00 Harga barangan B adalah 20% lebih murah daripada barangan A. 46 Berapakah harga barangan B? A RM10 B RM18

C D

RM36 RM80

Soalan 47 berdasarkan Jadual 1 di bawah ini. Jadual 1: Penyewaan Bangunan Penyewa bangunan Encik Z Tarikh mula 01.01.1967 Kos sewa selepas 31.12.2006 RM1024.00 sebulan Kos sewa meningkat 100% pada setiap 4 tahun sekali sejak 24 tahun yang lepas 47 Pada tahun yang ke berapakah Encik Z mula membayar sewa bulanan sebanyak RM256.00? A 24 C 32 B 28 D 36 Pendapatan bulanan Encik Rahman kurang RM400 daripada Encik Roslan. Pendapatan Encik Zainal ialah RM1200, iaitu RM40 lebih daripada Encik Rahman. Berapakah pendapatan bulanan Encik Roslan? A RM760.00 B RM1240.00 C RM1560.00 D RM1640.00

48

Sebuah pangsapuri mempunyai 100 orang penghuni. Pada awal tahun, setiap orang daripada mereka mengirimkan kad ucapan kepada setiap penghuni yang tinggal di pangsapuri berkenaan.
Arah Pendidikan Sdn Bhd 12 STPM & Pra-U Pengajian Am K1

49

Berapakah jumlah kad ucapan Selamat Tahun Baru yang dihantar oleh seorang posmen di pangsapuri berkenaan? A 100 keping C 9900 keping B 101 keping D 10 000 keping

Soalan 50 berdasarkan Jadual 2 di bawah ini. Jadual 2: Malaysia: Petunjuk Ekonomi Utama pada tahun 2006 dan 2007 Petunjuk Ekonomi Bilangan penduduk (juta orang) Tenaga pekerja (juta orang) Guna tenaga (juta orang) Pengangguran (% daripada tenaga pekerja) KDNK per kapita (RM) KDNK: Keluaran Dalam Negara Kasar (Sumber: Laporan Tahun 2007, Bank Negara Malaysia) 50 Yang manakah benar tentang jadual di atas? I Guna tenaga bertambah hampir 2.2% II Kadar pertumbuhan penduduk Malaysia adalah 2.1% III Jumlah KDNK pada tahun 2006 ialah RM13 333 juta. IV Peningkatan kadar pengangguran menunjukkan ekonomi Malaysia berkembang. A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV Encik P membeli sebuah kereta pada tahun 2007 dengan harga RM215 000. Lima tahun kemudian, nilai pasaran kereta itu susut sebanyak 30%. Namun, Encik P masih mampu menjualnya dengan harga 10% lebih daripada harga pasaran. Berapakah harga jualan kereta Encik P? A RM 43 000 B RM 129 000 C RM 165 550 D RM 172 000 2006 23.5 9.6 9.3 3.1 13 333 Tahun 2007 24.0 9.9 9.5 4.0 12 967

51

52 Syarikat X telah mengadakan satu soal selidik tentang tiga jenis kereta, iaitu kereta A, kereta B, dan kereta C kepada orang ramai di sebuah ekspo kereta. Yang berikut ialah hasil soal selidik tersebut. 145 orang menggemari kereta A 345 orang menggemari kereta B Arah Pendidikan Sdn Bhd & Pra-U Pengajian Am K1 13 menggemariSTPM 1/5 daripada peserta yang kereta B juga menggemari kereta C

Berapakah bilangan peserta yang mengambil bahagian dalam soal selidik tersebut? A 392 orang B 490 orang C 559 orang D 600 orang Di dalam sebuah restoran terdapat 4 barisan meja yang diatur mengikut label A, B, C, dan D. Barisan B mempunyai 4 buah meja lebih daripada barisan A, dan barisan C juga mempunyai 4 buah meja lebih daripada barisan B. Begitu juga Barisan D mempunyai 4 buah meja lebih daripada barisan C. 53 Jika jumlah meja di dalam restoran ialah 96 buah, berapakah bilangan meja di barisan D? A 20 buah C 26 buah B 24 buah D 30 buah

Maklumat Pilihan Raya Kecil Kawsan Parlimen: Y Bilangan calon: 2 orang Bilangan pengundi: 56 000 orang Peratusan pengundi yang hadir: 71% Peratusan undi rosak: 0.9% 54 Sekiranya calon A menang dengan majoriti sebanyak 5 026 undi berbanding dengan lawannya, iaitu calon B, berapakah jumlah undi yang diperoleh oleh calon A? A 17 188 undi B 22 214 undi C 24 727 undi D 34 376 undi Di dalam sebuah bilik darjah terdapat sejumlah pelajar dengan nisbah bilangan antara pelajar lelaki dengan pelajar perempuan ialah 1:3. Pada hari Isnin, bilangan pelajar lelaki yang hadir ialah 11 orang manakala bilangan pelajar lelaki yang

55

Arah Pendidikan Sdn Bhd

14

STPM & Pra-U Pengajian Am K1

tidak hadir ialah 2 orang dan bilangan pelajar perempuan yang tidak hadir pula ialah 3 orang. Berapakah peratusan kehadiran pelajar pada hari itu? A 76.6% C 90.4 % B 84.6% D 92.3% 56 Bas Nasional bertolak dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang dengan membawa penumpang sebanyak 39 orang. Ketika sampai di Kampar, 7 orang penumpang turun dan naik pula 4 orang penumpang baru. Apabila tiba di Ipoh, 5 orang penumpang turun dan naik pula 7 orang penumpang baru. Sebaik sahaja tiba di Taiping, 12 orang penumpang turun dan naik pula 3 orang penumpang baru. Berapakah jumlah keseluruhan penumpang yang telah menggunakan perkhidmatan Bas Nasional? A 29 orang C 53 orang B 40 orang D 77 orang

Soalan 57 berdasarkan Jadual 3 di bawah ini. Jadual 3: Hala Perdagangan Malaysia Mengikut Negara antara Januari hingga Jun 2007 Negara Eksport (%) Import (%) Amerika Syarikat 21.0 17.6 Singapura 17.3 12.1 Jepun 11.3 17.7 Kesatuan Eropah 12.4 11.3 ASEAN 9.2 10.8 (kecuali Singapura) Timur Laut Asia 17.5 20.6 (kecuali Jepun) Asia Barat 2.1 1.6 Negara-negara lain 9.2 8.3 Jumlah 100.0 100.0 Jumlah Dagangan RM 169 366 juta RM146 656 juta (Dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan Ekonomi 2007/2008, Kementerian Kewangan Malaysia )

57

Yang manakah benar tentang hala perdagangan Malaysia pada tahun 2007? I Imbangan dagangan defisit yang paling tinggi ialah dengan negara Jepun.

Arah Pendidikan Sdn Bhd

15

STPM & Pra-U Pengajian Am K1

II III IV A B

Imbangan dagangan Malaysia pada keseluruhannya mengalami lebihan sebanyak RM22 710 juta. Jumlah dagangan Malaysia dengan Negara ASEAN (kecuali Singapura) ialah RM15 581.67 juta. Timur Laut Asia(kecuali Jepun) merupakan negara Asia yang paling banyak mengimport barangan Malaysia. I dan II C II dan IV I dan III D III dan IV

Soalan 58 berdasarkan Jadual 4 di bawah ini. Jadual 4: Peratusan Penduduk yang Bekerja Mengikut Kumpulan Umur Kumpulan Umur Tahun (Tahun) 1995 2000 2005 (%) (%) (%) 15-24 26.7 21.9 19.8 25-34 31.2 32.1 30.9 35-44 22.8 24.6 27.0 45-54 14.2 15.5 18.1 55-64 5.1 5.9 4.2 Jumlah 100.0 100.0 100.0 Jumlah Tenaga 6007.8 9321.7 10 542.6 Kerja (000) (Dipetik dan diubahsuaikan daripada Buku Tahunan Perangkaan 2002, Jabatan Perangkaan Malaysia) 58 Yang manakah benar tentang Jadual 4 di atas? I Jumlah tenaga kerja dijangka bertambah dengan kadar 62.86% dari tahun 1995 hingga tahun 2005 II Bilangan guna tenaga kerja yang berumur 15-24 tahun semakin bertambah dari tahun 1995 hingga tahun 2000 III Bilangan tenaga kerja yang berumur 25-34 tahun paling besar pada tahun 2005 berbanding dengan tahun-tahun lain IV Bilangan tenaga kerja yang berumur 55-64 tahun telah meningkat dengan kadar 113.4% A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

Soalan 59 berdasarkan penyataan di bawah ini. Waktu di Washington D.C. lewat 12 jam berbanding dengan waktu di Malaysia. ArahPendidikan Sdn Bhd dari Lapangan Terbang & Lumpur Pra-U Pengajian Am K1 16 Antarabangsa STPM Penerbangan Kuala (KLIA) ke Washington D.C. dan sebaliknya mengambil masa 15 jam.

59

Jika Encik David bertolak balik dari Washington D.C. ke KLIA pada jam 9.00 pagi 10 Mei 2007, pukul berapakah beliau akan tiba di lapangan terbang mengikut waktu tempatan Malaysia? A 12.00 tengah malam 10 Mei 2007 B 12.00 tengah malam 11 Mei 2007 C 12.00 tengah hari 10 Mei 2007 D 12.00 tengah hari 11 Mei 2007

Soalan 60 berdasarkan Jadual 5 di bawah ini. Jadual 5: Eksport Barang Perkilangan Negara X Bagi Tahun 2000 dan Tahun 2002 (dalam RM juta) Barang Perkilangan yang Dieksport Makanan, minuman, dan tembakau Kain, pakaian, dan kasut Keluaran kayu Keluaran getah Kimia dan keluaran petroleum Keluaran galian bukan logam Besi, keluli, dan barangan logam Mesin, alat elektrik dan alat elektronik Jentera dan kelengkapan pengangkutan Barang-barang perkilangan yang lain Jumlah 2000 475 806 467 84 361 61 161 2 832 407 447 6 101 2002 731 2032 582 213 1261 372 782 10164 1306 2197 19640

Arah Pendidikan Sdn Bhd

17

STPM & Pra-U Pengajian Am K1

60

Barang perkilangan yang menyumbangkan peratusan yang hampir sama kepada jumlah eksport barang perkilangan negara X bagi kedua-dua tahun ialah A keluaran getah. B keluaran kayu. C mesin, alat elektrik, dan alat elektronik. D jentera dan kelengkapan pengangkutan.

Arah Pendidikan Sdn Bhd

18

STPM & Pra-U Pengajian Am K1

Anda mungkin juga menyukai