Anda di halaman 1dari 3

PERUTUSAN SAMBUTAN HARI GURU 2013 oleh HAJI ADNAN BIN REJAB PEGAWAI PELAJARAN DAERAH KUALA KANGSAR

Bismillahir-rahmanir-rahim Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Saya ingin memanjatkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia-Nya kita dapat meraikan hari yang sangat penting dan bersejarah kepada seluruh warga pendidik iaitu sambutan hari guru kali ke 42 yang bertemakanGuru Malaysia : 1Aspirasi 1Agenda. Sambutan yang disambut saban tahun pada setiap 16 Mei merupakan suatu pengiktirafan dan penghargaan kepada warga pendidik dalam memacu dan memikul tanggungjawab untuk membangunkan modal insan dalam era dunia globalisasi ini. Seharusnya kita bersyukur ke hadrat Illahi kerana kita dikurniakan kesihatan yang sejahtera dan kekuatan mental-emosi untuk terus melangkah jauh ke hadapan dengan kekuatan yang baru. Semoga azam dan semangat kita akan lebih kuat untuk bekerja dengan penuh beretika seterusnya menjadi pendidik yang lebih cemerlang dan gemilang, untuk mewujudkan situasi pendidikan yang terbilang selaras dengan hasrat dan aspirasi negara yang kita cintai. Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati, Tema sambutan hari guru iaitu Guru Malaysia : 1Aspirasi 1Agenda bertepatan dengan usaha KementerianPelajaran Malaysia dalam melaksanakan transformasi pendidikan melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia bagi tahun 2013 2025. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ini telah mensasarkan lima (5) keberhasilan teras pendidikan bagi menentukan kejayaan sistem pendidikan Malaysia secara keseluruhannya iaitu akses, kualiti, ekuiti. perpaduan dan kecekapan. Keberhasilan yang ditetapkan ini adalah merupakan satu aspirasi satu agenda yang disuarakan oleh seluruh masyarakat, komuniti dan negara amnya untuk membawa perubahan kepada sistem pendidikan negara ke arah kecemerlangan sehingga mampu bersaing di arena antarabangsa. Oleh itu, tindakan bagi merealisasikan lima teras berkenaan adalah penting, dan tidak ada inisiatif dalam teras berkenaan yang boleh dilaksanakan secara berasingan, malah perlu disepadukan dan digerakkan secara bersama. Justeru, peranan guru sebagai tenaga pelaksana maha penting dalam melaksanakan aspirasi dan agenda ini dengan menyediakan ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada generasi kini bagi memacu pertumbuhan ekonomi dan memakmurkan negara. Untuk maju, Pelan Pembangunan Pendidikan akan terus menggunakan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi membangunkan pendidikan seimbang sebagai asas pencapaian aspirasi setiap murid. Enam ciri utama yang diperlukan oleh setiap murid untuk berupaya bersaing pada peringkat global iaitu mempunyai pengetahuan aras tinggi, kemahiran berfikir yang mampu mengaplikasi ilmu pengetahuan dan berfikir secara kreatif di luar konteks akademik, menguasai kemahiran dwibahasa , berkemahiran untuk memimpin, beretika dan mempunyai kerohanian yang tinggi serta semangat identiti nasional yang kukuh untuk menyumbang kepada kesejahteraan komuniti dan negara.

1Aspirasi 1Agenda menetapkan suatu harapan supaya warga pendidik dapat memberi fokus kepada inisiatif yang mempunyai impak paling tinggi kepada keberhasilan murid. Oleh itu, perancangan kerja para guru haruslah berfokuskan kepada inisiatif yang paling utama dengan meletakkan KPI (Key Performance Indicator) sebagai Sasaran Kerja Tahunan yang mesti dilaksanakan dengan sistematis dan berkesan. Dalam hal ini, semua guru dengan pemahaman yang sama meletakkan keutamaan tentang bagaimana ia boleh dicapai, siapa yang bertanggungjawab dan sasaran yang mesti diberi keutamaan menggunakan bajet mengikut keperluan. Saya yakin dan percaya, para pemimpin sekolah dan guru-guru yang berada di daerah Kuala Kangsar sudah siapsiaga untuk memainkan peranan penting untuk melaksanakan tanggungjawab merealisasikan aspirasi sistem dan murid sebagaimana yang direncanakan. Peranan tuan-tuan dan puan-puan amat besar demi keberhasilan murid-murid kita. Pelaburan yang besar dalam pendidikan ini juga mencerminkan hasrat kerajaan sentiasa meletakkan pembangunan modal insan sebagai suatu keutamaan. Sambutan hari guru ini seharusnya menjadi pemangkin kepada kecemerlangan murid-murid untuk maju ke hadapan. Peranan guru pada hari ini amat mencabar. Dalam usaha membangunkan modal insan murid, kita mendepani cabaran kebejatan sosial yang tinggi. Oleh itu, murid-murid harus dilatih mendepani segala cabaran yang mendatang dengan mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang kukuh. Selain itu, semangat patriotik perlu dipupuk dalam diri dengan memahami sejarah negara, dan berkongsi aspirasi yang sama tanpa mengira etnik, agama atau status sosioekonomi untuk masa depan negara. Kejayaan kita dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan melalui petunjuk kejayaan murid-murid kita dalam pencapaian akademik, sahsiah dan pelbagai aktiviti kokurikulum di semua peringkat sama ada di peringkat daerah, kebangsaan dan antarabangsa merupakan bukti kita boleh berdiri sama tinggi dengan negara maju yang lain. Saya yakin melalui perubahan besar dari segi strategi dan hala tuju dalam transformasi pendidikan negara melalui 11 anjakan utama yang dicadangkan melalui tiga gelombang masa iaitu gelombang 1 (2013 2015), gelombang 2 (2016 2020) dan gelombang 3 (2021 2015) dapat memberi impak kepada lima keberhasilan sistem yang saya sebutkan tadi. Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian, Sempena sambutan hari guru ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik di daerah Kuala Kangsar ini. Semoga tuan-tuan/puan-puan dapat meneruskan tekad dan iltizam tanpa mengenal erti jemu untuk memberikan sumbangan dan khidmat bantu dengan penuh hormat dan kasih sayang demi anak bangsa Malaysia yang tercinta. Saya ingin mengambil kesempatan untuk menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua guru atas segala sokongan dan kerjasama yang telah diberikan demi kejayaan pendidikan di negeri Perak amnya dan daerah Kuala Kangsar khasnya. Marilah kita bersamasama seia sekata sehati sejiwa untuk terus memberikan perkhidmatan yang cemerlang, profesional, amanah, bertanggungjawab dan berintegriti dalam menjalankan tugas sebagai pendidik demi memastikan organisasi pendidikan terus unggul dan memberi impak kepada negeri Perak sebagai hab pendidikan yang terkenal di Malaysia. SELAMAT HARI GURU. TERIMA KASIH CIKGU

Anda mungkin juga menyukai