Anda di halaman 1dari 160

PANDUAN KURSUS

ix

DESKRIPSI PANDUAN KURSUS


Anda perlu membaca Panduan Kursus dengan berhati-hati daripada awal sehingga akhir. Ia menyatakan kandungan kursus dengan ringkas dan bertujuan membantu anda memahami kandungan kursus. Ia juga mencadangkan jumlah tempoh masa untuk anda habiskan bagi melengkapkan kursus ini dengan sepenuhnya. Sentiasalah rujuk Panduan Kursus secara berterusan semasa anda membaca kandungan kursus kerana ia dapat membantu di dalam menjelaskan komponen-komponen pembelajaran penting yang mungkin anda terlepas pandang.

PENGENALAN
HBAE1203 Perkembangan Seni Kanak-kanak adalah kursus yang ditawarkan oleh Fakulti Pendidikan dan Bahasa, Open University Malaysia (OUM) dengan melibatkan 3 jam kredit yang mengambil masa selama 120 jam pembelajaran satu semester dengan 10 minggu pembelajaran.

KEPADA SIAPA KURSUS INI DITUJUKAN?


Kursus ini ditawarkan kepada pelajar yang mengambil program Sarjana Muda Pengajaran dalam bidang Pendidikan Seni Visual dengan Kepujian. Bagi memastikan anda memanfaatkan kursus ini anda perlu memahami kandungan kursus ini terlebih dahulu dengan meneliti kandungan serta keperluankeperluannya dengan teliti dari mula hingga akhir. Sebagai pelajar jarak jauh, anda seharusnya fasih dengan keperluan pembelajaran kendiri dan mampu mengoptimakan kaedah pembelajaran dan persekitaran yang sedia ada. Sebelum anda memulakan kursus ini, sila pastikan anda maklum dengan bahan kursus, kelayakan kursus dan bagaimana kursus tersebut dikendalikan.

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN


Berdasarkan piawaian OUM, seseorang pelajar itu perlu memperuntukkan 40 jam pembelajaran bagi setiap jam kredit. Selaras dengan piawaian ini, kursus yang bernilai tiga jam kredit memerlukan masa selama 120 jam pembelajaran. Anggaran masa pembelajaran ialah seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 1.

PANDUAN KURSUS

Jadual 1: Anggaran Peruntukan Masa bagi Kursus Aktiviti Membaca modul dan menyiapkan latihan Menghadiri 3 sesi tutorial pada kadar 3 jam 20 minit per sesi Capaian pada laman web Menyiapkan satu (1) tugasan Ulang kaji Jumlah Jam 70 10 6 24 10 120

OBJEKTIF KURSUS
Setelah mengikuti kursus ini, anda seharusnya dapat: 1. Menganalisis dan mentafsir teori- teori dalam Seni serta penggunaan laras bahasa tampak dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah. Menganalisis dan mengaplikasi pengetahuan tentang perkembangan Pengutaraan Tampak kanak-kanak bagi membantu meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual. Meningkatkan kefahaman tentang kreativiti, estetik dan mampu membuat penilaian kendiri. Meneliti dan mengaplikasi kreativiti dalam pengajaran dan pembelajaran.

2.

3.

4.

SINOPSIS KURSUS
Peranan serta kepentingan pendidikan seni visual dari perspektif kanak-kanak, remaja dan masyarakat umumnya. Ia meliputi tentang teori-teori seni, perkembangan artistik, estetik kanak-kanak, bahasa tampak serta penilaian kendiri dan membuat refleksi terhadap pengajaran dan pembelajaran. Topik 1 melihat perkembangan kanak-kanak dari sudut artistik. Bermula dengan peringkat manipulatif kepada peringkat penghasilan simbol dan akhirnya ke peringkat pra-remaja. Selain itu pada topik ini juga akan melihat mengapa lukisan merupakan satu bentuk komunikasi awal yang digunakan oleh kanak-

PANDUAN KURSUS

xi

kanak dan bagaimanakah lukisan digunakan sebagai satu proses komunikasi dengan alam sekitar. Topik 2 mendedahkan kepada pelajar mengenai teori psikologi dan persepsi kanak-kanak seperti teori gestalt dan kognitif. Selain memberikan penekanan kepada gaya penerimaan konsep lukisan kanak-kanak ianya juga memberikan pendedahan mengenai konsep seni dan perkembangan dan aplikasinya di dalam pendidikan seni visual. Topik 3 mendedahkan asas bahasa seni tampak dan unsur asas seni tampak serta prinsip-prinsipnya. Topik 4 memberi penekanan tentang penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran pendidikan seni kepada kanak-kanak. Selain memberikan maklumat mengenai kepentingan menggunakan imejan dan visual topik ini akan memberikan maklumat dan kemahiran menghasilkan alat bantu yang baik untuk mengajar pendidikan seni visual. Topik 5 mendedahkan pengertian kreativiti dan perkembangan kreativiti kanak. Topik ini juga akan membincangkan pengertian kreativiti mengikut tokoh-tokoh pendidikan seni dan kaedah mempromosikan kreativiti di dalam penghasilan karya kanak-kanak. Topik 6 membincangkan falsafah estetik di dalam pendidikan seni. Peringkat ini akan menumpukan pertimbangan estetik di dalam penghasilan karya dari pandangan memekis, ekspresionis dan formalis. Topik 7 mendedahkan peranan apresiasi seni dengan penekanan kepada konsep dan kaedah pelaksanaannya. Teknik dan kemahiran aplikasi akan didedahkan sebagai satu kemahiran yang perlu di kuasai. Topik 8 mendedahkan bagaimana penggunaan dan aplikasi internet digunakan sebagai alat untuk mencari maklumat dan pengolahan idea serta konsep pendidikan seni. Pendedahan kemahiran grafik video kamera dan penggunaan media baru akan di salurkan melalui aktiviti hands-on. Topik 9 membincangkan pengurusan studio dan bilik seni di sekolah. Topik 10 mendedahkan kepada amalan konsep refleksi. Kaedah ini akan membantu untuk memberikan pendedahan bagaimana aktiviti refleksi seperti imbasan peristiwa perubahan menjadi faktor pengolahan idea dalam pendidikan seni.

xii X

PANDUAN KURSUS

PANDUAN SUSUN ATUR TEKS


Sebelum anda membaca modul ini, adalah penting sekiranya anda ambil tahu akan susun atur teks modul. Memahami susun atur teks akan membantu anda untuk merencana pembelajaran kursus supaya lebih objektif dan berkesan. Amnya, susun atur teks bagi setiap topik adalah seperti berikut: Hasil Pembelajaran: Ia merupakan apa yang anda harus dapat lakukan setelah menyelesai membaca satu-satu topik. Ia dapat menjadi petunjuk yang memandu pembelajaran anda. Setelah selesai membaca sesuatu topik anda digalakkan merujuk kepada senarai hasil pembelajaran berkenaan untuk memastikan sama ada anda dapat melakukan apa yang dikehendaki. Amalan seperti ini akan dapat mempertingkatkan penguasaan anda dalam kandungan sesuatu topik. Semak Kendiri: Soalan-soalan diselitkan pada bahagian-bahagian tertentu dalam sesuatu topik. Soalan-soalan ini menguji kefahaman tentang maklumat yang anda telah baca. Jawapan untuk soalan-soalan ini biasanya terdapat dalam perenggan-perenggan yang sebelumnya. Anda digalakkan menjawab soalansoalan semak kendiri ini untuk menguji dan memastikan sama ada anda telah memahami kandungan sesuatu topik dan seterusnya menyediakan anda menghadapi ujian dan peperiksaan kelak. Kebanyakan jawapan kepada soalansoalan yang ditanya terdapat di dalam modul itu sendiri. Aktiviti: Aktiviti-aktiviti diselitkan pada bahagian-bahagian tertentu dalam sesuatu topik dengan tujuan menggalakkan anda mengaplikasi konsep dan prinsip yang anda telah pelajari kepada situasi yang berlainan. Aktiviti-aktiviti ini juga memperluaskan kefahaman maklumat yang dipelajari dengan menggalakkan anda melakukan sesuatu seperti berfikir secara mendalam, memberi pendapat, membincang bersama rakan dalam kelas, merujuk kepada laman web, membaca artikel jurnal dan seterusnya. Rumusan: Di akhir sesuatu topik disenaraikan isi-isi penting topik tersebut. Anda haruslah memastikan bahawa anda memahami setiap pernyataan yang disenaraikan. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan. Kata Kunci: Di akhir topik disenaraikan beberapa perkataan dan frasa penting yang digunakan di dalam topik berkenaan. Anda mesti dapat menjelaskan setiap perkataan dan frasa ini. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan. Rujukan: Rujukan adalah bahagian di mana senarai buku teks, jurnal, artikel, kandungan elektronik atau sumber-sumber yang boleh ditemui yang berkaitan dan berguna dalam melalui modul atau kursus. Senarai ini boleh dilihat di dalam beberapa bahagian seperti di dalam Panduan Kursus (di bahagian Rujukan), di

PANDUAN KURSUS

xiii

akhir setiap topik atau di akhir modul. Anda digalakkan membaca bahagianbahagian yang berkaitan dalam senarai rujukan tersebut untuk mendapatkan maklumat lanjut dan memperkukuhkan kefahaman anda.

PENGETAHUAN ASAS
Anda tidak perlu mempunyai pengetahuan asas tertentu sebelum memulakan kursus ini.

KAEDAH PENILAIAN
Sila rujuk myVLE.

BAHAN BACAAN
Buku teks rujukan bagi kursus ini seperti mana yang dicadangkan dan dinyatakan dalam unit teks.

xiv X

PANDUAN KURSUS

Isi Kandungan
Panduan Kursus Topik 1 ix-xiii 1 2 3 5 6 7 10 Perkembangan Seni Kanak-kanak 1.1 Kanak-kanak dan Seni Visual 1.2 Kepentingan Pengajaran Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual kepada Kanak-kanak 1.3 Kanak-Kanak dan Seni Lukis 1.4 Perkembangan Artistik Kanak-Kanak 1.4.1 Teori Perkembangan Artistik oleh Hurwitz dan Day 1.4.2 Teori Perkembangan Artistik Kanak-kanak oleh Lowenfeld dan Britain 1.4.3 Teori Perkembangan Artistik Kanak-kanak oleh Georges-Henri Luquet 1.5 Keinginan Asas Kanak-Kanak Rumusan Teori-Teori Dalam Seni 2.1 Definisi Seni 2.2 Ciri-ciri Perkembangan 2.3 Perkembangan 2.4 Perkembangan Artistik 2.5 Teori-teori Kognitif 2.5.1 Teori Gestalt 2.5.2 Teori Sosial-interaksi Piaget 2.5.3 Pendekatan Konstruktivis Rumusan Bahasa Tampak (Asas-asas Senireka) 3.1 Unsur-unsur Seni 3.1.1 Garisan 3.1.2 Rupa 3.1.3 Bentuk 3.1.4 Jalinan 3.1.5 Ruang 3.1.6 Warna 3.2 Prinsip-prinsip Rekaan 3.2.1 Harmoni 3.2.2 Kontra 3.2.3 Penegasan

15 17 18 19 20 21 21 22 23 24 28 35 37 38 38 39 39 40 40 41 41 42 43 44 44

Topik 2

Topik 3

iv

ISI KANDUNGAN

3.2.4 Imbangan 3.2.5 Pergerakan 3.2.6 Kepelbagaian 3.2.7 Kesatuan 3.3 Organisasi Rekaan 3.3.1 Poster 3.3.2 Simbol 3.3.3 Logo 3.3.4 Maskot 3.3.5 Tipografi (Muka Taip) 3.3.6 Pembungkusan 3.3.7 Grafik Persekitaran 3.3.8 Ilustrasi 3.3.9 Komputer Grafik 3.3.10 Multimedia 3.4 Kraf Tradisional dan Dimensi Baru 3.4.1 Tembikar/Seramik 3.4.2 Anyaman 3.4.3 Ukiran 3.4.4 Tekat 3.4.5 Batik 3.4.6 Tenunan 3.5 Reka Bentuk Dalaman dan Landskap 3.6 Reka Bentuk Persekitaran 3.6.1 Jenis-jenis Landskap 3.6.2 Peranan dan Fungsi Landskap Rumusan Topik 4

45 46 46 46 47 48 48 48 48 48 48 49 49 49 49 49 50 50 50 50 50 51 51 51 51 52 53

Meningkatkan Daya Imaginatif Kanak-kanak) 54 4.1 Pengalaman Melalui Penggunaan Alat, Media dan Alat Bantu 55 4.1.1 Pelbagai Jenis Alat dan Media 55 4.2 Pengalaman Deria 58 4.2.1 Cara Belajar 59 Rumusan 61 Kreativiti Dan Kanak-Kanak 5.1 Kreativiti 5.2 Pengertian Kreativiti 5.3 Pandangan Tokoh-tokoh Seni Visual Mengenai Kreativiti 5.3.1 E. Paul Torrance 5.3.2 June King Mcfee 5.3.3 Carl Rogers 5.3.4 Victor Lowenfeld 62 63 63 65 65 66 66 67

Topik 5

ISI KANDUNGAN

5.4

Tahap Perkembangan Kreativiti 5.4.1 Perkembangan Kreativiti Fisher 5.4.2 Laura H. Chapman 5.4.3 Calvin W. Taylor 5.5 Ciri-ciri Kreativiti 5.6 Strategi Merangsang Kreativiti 5.6.1 Kaedah Sumbangsaran (Brainstorming) 5.6.2 Teori Perkembangan Kreativiti Paul Torrance 5.7 Meningkatkan Motivasi Rumusan Topik 6 Estetika dan Kanak-kanak 6.1 Definisi 6.2 Perkembangan Estetik dan Teori Kecantikan 6.2.1 Konsep Relativist 6.2.2 Konsep Objektivist 6.3 Estetik dan Kanak-Kanak 6.4 Tindakbalas Estetik (Aesthetic Response) 6.5 Meransang Perkembangan dan Tindak balas Estetik Kanak-kanak 6.6 Kepentingan Mempelajari Estetik Rumusan Apresiasi Seni 7.1 Definisi dan Konsep 7.2 Kategori Apresiasi 7.2.1 Peringkat Analitikal 7.2.2 Peringkat Penerangan 7.2.3 Konteks dan Skop 7.2.4 Aspek Assosiasi 7.2.5 Aspek Kritikal 7.2.6 Aspek Hubungan Baik Rumusan Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), Multimedia dan Internet dalam Pengajaran dan Pembelajaran 8.1 Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) 8.1.1 Definisi ICT 8.1.2 Peranan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran 8.1.3 Pendekatan Persekitaran ICT 8.2 Multimedia dalam Pendidikan 8.2.1 Definisi Multimedia

70 70 72 74 76 78 78 79 81 82 83 83 85 86 86 86 88 89 90 91 92 93 93 94 94 95 95 95 95 97 98 100 100 101 105 106 107

Topik 7

Topik 8

vi

ISI KANDUNGAN

Peranan Multimedia dalam Pengajaran dan Pembelajaran 8.2.3 Kategori/Elemen Multimedia 8.3 Internet dalam Pendidikan 8.3.1 Definisi Internet 8.3.2 Rangkaian Internet 8.3.3 Internet dalam Pengajaran dan Pembelajaran Rumusan Topik 9 Pengurusan Studio dan Bilik Seni di Sekolah 9.1 Pendahuluan 9.2 Keperluan Asas Bilik Seni 9.3 Keselamatan dan Disiplin 9.4 Mempamerkan Hasil Karya 9.4.1 Pemilihan Karya 9.4.2 Susun Atur Karya Rumusan

8.2.2

108 109 119 119 120 122 123 124 125 125 127 129 129 131 132 133 134 136 136 137 139 140 143 144 145 145 145 145 146 146 146 147 148 149 149 150

Topik 10 Pengujian dan Penilaian dalam Pendidikan Seni Visual 10.1 Definisi Pengujian dan Penilaian 10.2 Konsep-konsep Penting dalam Pengujian 10.2.1 Pengujian Formal dan Tidak Formal 10.2.2 Pengujian Formatif dan Pengujian Sumatif 10.2.3 Rujukan Norma (Norm-Referenced) dan Rujukan Kriteria (Criterion-Referenced) 10.2.4 Rubrik Analitikal dan Rubrik Holistik 10.2.5 Pengujian Tradisional dan Pengujian Alternatif 10.3 Kaedah-kaedah Pengujian di dalam Pembelajaran Seni Visual 10.3.1 Pemerhatian 10.3.2 Temuramah 10.3.3 Perbincangan 10.3.4 Pengujian Berasaskan Persembahan (Performance-Based Assessment) 10.3.5 Maklum Balas 10.3.6 Portfolio 10.4 Pengujian Kemajuan Kanak-kanak dalam Pendidikan Seni 10.5 Pengujian Hasil Kreativiti Kanak-kanak 10.6 Pengujian di dalam Kritikan Seni 10.7 Pengujian di dalam Pembelajaran Sejarah Visual 10.8 Pengujian Estetika dalam Seni Rumusan

Topik X Perkembangan

Seni KanakKanak

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. 2. 3. 4. Memahami proses perkembangan artistik kanak-kanak; Mengenal pasti tahap perkembangan kanak-kanak; Memahami bentuk-bentuk komunikasi melalui lukisan kanak-kanak; dan Memahami tujuan penghasilan lukisan kanak-kanak.

X PENGENALAN
Proses menggambar di peringkat kanak-kanak adalah teratur dan sesuai dengan perkembangan tumbesaran mereka. Pengetahuan mengenai tahap dan peringkat penghasilan lukisan dan karya seni mengikut perkembangan tumbesaran kanakkanak oleh guru-guru pendidikan seni visual boleh membantu mengenal pasti potensi dan aktiviti yang sesuai dengan perkembangan biologi mereka. Terdapat banyak kajian yang dijalankan bagi mengkaji perkembangan kanak-kanak dan pertumbuhan mereka. Kajian dan pengamatan kebanyakan dilakukan melalui lukisan. Lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak mempunyai hubung kait yang rapat dengan proses perkembangan tumbesaran mereka.

TOPIK 1

PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK

1.1

KANAK-KANAK DAN SENI VISUAL


SEMAK KENDIRI 1.1

Bilakah kali terakhir anda melukis? Apakah bentuk lukisan yang anda hasilkan? Siapakah yang mempengaruhi dan memberikan galakan kepada anda untuk melukis? Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Hasil kerja seni visual yang dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak-kanak. Refleksi ini menurut Koster (2001), akan terus berkembang bersama kanak-kanak sehingga ia membesar. Penghasilan karya terutama lukisan oleh kanak-kanak mempunyai interpretasi yang berbeza dengan karya yang dihasilkan oleh orang dewasa. Bagi orang dewasa, seni visual sering dikaitkan dengan kecantikan dan kesempurnaan, namun bagi kanak-kanak hasil karya yang dihasilkan bersifat luahan dan ekspresif (Lowenfeld, 1975). Kebanyakan pengkaji seni kanak-kanak menganggap hasil karya seni visual sebagai satu kaedah menarik untuk melihat cara berfikir dan menyelami perasaan selain melihat dan menguji keupayaan perkembangan kognitif mereka. Karya seni visual kanak-kanak adalah bersifat peribadi dan tersendiri. Bertitik-tolak daripada faktor inilah pengetahuan asas mengenai lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak penting bagi guru pendidikan seni visual sebelum kanak-kanak didedahkan dengan pelbagai aktiviti. Kesemua pengetahuan yang merangkumi umur, tahap kanak-kanak serta kemampuan mereka perlu difahami supaya guru-guru pendidikan seni visual berupaya merancang aktiviti yang sesuai dengan mengikut tahap yang sesuai.

TOPIK 1

PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK W

1.2

KEPENTINGAN PENGAJARAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL KEPADA KANAK-KANAK


SEMAK KENDIRI 1.2

Pada pandangan anda, adakah kebolehan seni seseorang merupakan satu anugerah yang ada sejak lahir, atau ianya dapat dibentuk dan dikembangkan mengikut proses pertumbuhan mental seseorang individu? Penglibatan kanak-kanak di dalam aktiviti seni visual berupaya memberikan rangsangan dan pembangunan dari pelbagai aspek. Pembangunan tahap kreativiti kanak-kanak dapat dipertingkatkan selain mewujudkan rasa sensitiviti kanak-kanak terhadap sekelilingnya. Secara ringkasnya kepentingan pengajaran mata pelajaran pendidikan seni visual kepada kanak-kanak dapat dilihat melalui aspek berikut: (a) Aspek Kognitif Penganjuran aktiviti seni visual yang tersusun dan terancang dapat melahirkan kanak-kanak yang mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah serta mampu membuat penilaian dan bijak membuat keputusan. Aspek Fizikal Penggunaan alat dan bahan dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual memberikan satu bentuk latihan berkesan kepada otot tangan (psychomotor) dan koordinasi tangan serta mata. Aspek Kreativiti Latihan dan projek yang bersifat terbuka dapat membantu murid untuk mengembangkan aspek kreativiti mereka. Aktiviti dan projek di dalam pendidikan seni visual mengutamakan proses, berbanding dengan hasilan akhir. Oleh yang demikian, proses ini menyuburkan budaya pemikiran kritikal di dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan. Selain itu, aktiviti pendidikan seni visual menggalakkan eksplorasi dan eksperimentasi supaya kanak-kanak mempunyai pengalaman luas dalam bidang penghasilan karya. Aspek Persepsi Melalui mata pelajaran seni visual, murid boleh mempertingkatkan dan menajamkan penggunaan pancaindera dan deria. Pendidikan seni visual menambahkan pengetahuan mengenai konsep pembuatan dan kronologi

(b)

(c)

(d)

TOPIK 1

PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK

sesuatu produk iaitu proses penghasilan dan hasilan seni, produk dan objek yang terdapat di sekeliling mereka. (e) Aspek Sosial dan Emosi Pendidikan seni visual memberi peluang kepada murid untuk berinteraksi dan meningkatkan keupayaan bersosial selain meningkatkan keyakinan diri. Aktiviti pendidikan seni visual memberikan peluang kepada pelajar untuk saling hormat-menghormati dan menjadi landasan untuk memupuk perasaan bertoleransi. Mata pelajaran pendidikan seni juga menganjurkan semangat bekerjasama di dalam aktiviti berkumpulan yang dibentuk. AKTIVITI 1.1 Pada pandangan anda, mengapa penghasilan karya kanak-kanak begitu berbeza dengan penghasilan karya orang dewasa? Adakah ianya disebabkan oleh faktor kematangan semata-mata? Rajah di bawah memberikan gambaran ringkas tentang kepentingan mata pelajaran pendidikan seni visual kepada kanak-kanak.

ASPEK KOGNITIF

ASPEK FIZIKAL

ASPEK KREATIVITI

KEPENTINGAN MATAPELAJARAN SENI VISUAL ASPEK SOSIAL DAN EMOSI ASPEK PERSEPSI

Rajah 1.1: Aspek-aspek penting di dalam pengajaran pendidikan seni visual kepada kanak-kanak

TOPIK 1

PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK W

1.3

KANAK-KANAK DAN SENI LUKIS


SEMAK KENDIRI 1.3

Pernahkah anda melihat kanak-kanak menconteng dinding, buku atau pun kertas? Mengapakah kanak-kanak gemar menconteng? Adakah mereka ingin berkomunikasi? Banyak kajian yang dijalankan bagi mengenal pasti kebolehan kanak-kanak. Aktiviti melukis dikatakan sebagai suatu bentuk aktiviti yang banyak digunakan oleh saintis, pendidik dan ibu bapa bagi menyelami perasaan dan fikiran kanakkanak. Aktiviti melukis merupakan aktiviti yang membantu kanak-kanak mengenali objek selain membantu meningkatkan daya sensitiviti terhadap alam sekeliling mereka. Proses melukis yang menjurus ke arah pengamatan terhadap objek melatih deria kanak-kanak supaya menjadi lebih peka dan meningkatkan daya persepsi mereka. Selain itu, aktiviti melukis juga meningkatkan daya imaginatif kanak-kanak selain berupaya mengimbangi emosi mereka. Ianya dijadikan sebagai satu proses pembelajaran kepada kanak-kanak melalui aktiviti imitasi alam sekeliling lalu dipermudahkan menjadi penghasilan simbol abstrak seterusnya menjadikan ianya satu bentuk hasil karya yang unik. (a) Melukis sebagai Medium Komunikasi Lukisan merupakan bentuk komunikasi awal kanak-kanak sebelum mereka berupaya untuk bertutur. Ianya dijadikan alat perhubungan yang berkesan untuk berinteraksi. Selain itu, lukisan juga dijadikan alat membantu saintis untuk menganalisa fikiran dan perasaan kanak-kanak. Penghasilan imej seperti pokok, figura manusia, catan dan arca boleh memberikan tafsiran yang dapat membantu ahli psikologi untuk mengenal pasti kanakkanak yang mempunyai masalah trauma. Melukis sebagai Cara Mencapai Kepuasan Diri Kanak-kanak umumnya belajar sambil bermain. Bagi mereka, aktiviti bermain memberikan kepuasan di samping memberikan peluang kepada mereka untuk meneroka alam sekeliling. Melukis merupakan aktiviti yang mampu memberikan kepuasan kepada kanak-kanak. Melalui lukisan, kanak-kanak dapat meluahkan perasaan dan emosi selain dapat membina kekuatan otot. Aktiviti sebegini juga dapat membantu menajamkan daya intuisi kanak-kanak.

(b)

TOPIK 1

PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK

(c)

Melukis untuk Meningkatkan Daya Penguasaan Kendiri (Self Esteem) Aktiviti melukis dapat memberikan kepuasan kepada kanak-kanak dalam meluahkan apa yang dilihat lalu dipindahkan semula dalam bentuk dan rupa imej yang unik mengikut tahap pemahaman mereka. Kesan penghasilan karya lukisan mampu membentuk personaliti kanak-kanak. Konsep kendiri terbina apabila kanak-kanak mampu melukis tanpa ragu dan tidak bimbang memikirkan soal kecantikan karya mereka. Selain itu, aktiviti melukis juga menggalakkan kanak-kanak untuk bercerita mengenai karya mereka sekaligus membantu mereka untuk membina keyakinan diri untuk bertutur. Melalui aktiviti melukis, kanak-kanak dapat meningkatkan daya sensitiviti pancaindera. LATIHAN 1.1 1. 2. Apakah yang anda faham mengenai lukisan kanak-kanak? Berdasarkan kefahaman anda, mengapakah pendidikan seni visual dijadikan mata pelajaran di sekolah?

1.4

PERKEMBANGAN ARTISTIK KANAKKANAK


SEMAK KENDIRI 1.4

Semasa menuntut di sekolah rendah dahulu, pernahkah anda berkongsi lukisan yang anda hasilkan dengan rakan sekelas anda?

Perkembangan artistik kanak-kanak banyak dipengaruhi oleh persekitaran dan suasana mereka dibesarkan. Dalam konteks ini, persekitaran memainkan peranan penting kerana persekitaran yang sihat membantu perkembangan kognitif kanak-kanak dengan cara yang positif. Kajian mengenai perkembangan artistik kanak-kanak banyak dijalankan bagi melihat pertumbuhan pemikiran kanak semenjak dari kurun ke 19 lagi. Menurut Light dan Barnes (2003), kajian terawal mengenai perkembangan artistik kanakkanak yang pernah direkodkan adalah pada tahun 1887. Corrado Ricci yang berbangsa Itali telah menghasilkan tulisannya di dalam buku yang bertajuk The Art of Little Children yang mengkaji beberapa lukisan kanak-kanak. Pada tahun 1910 pula, kajian perkembangan kanak-kanak diteruskan oleh Clara dan William Stern di Jerman yang menerbitkan kajian mengenai lukisan yang dihasilkan oleh

TOPIK 1

PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK W

seorang kanak-kanak lelaki daripada kanak-kanak tersebut berumur 4 hingga 7 tahun. Pada tahun 1913 di Perancis, Georges-Henri Luquet telah menerbitkan 1,500 keping katalog lukisan yang dihasilkan oleh anak perempuan beliau, dilukis semasa berumur antara 3 hingga 8 tahun. Kesemua kajian dan penerbitan yang dihasilkan mengenai perkembangan awal artistik kanak-kanak masih lagi menjadi rujukan utama kepada kajian mengenai perkembangan artistik kanak-kanak pada masa sekarang.

1.4.1

Teori Perkembangan Artistik oleh Hurwitz dan Day

Hurwitz dan Day (2001) telah merumuskan peringkat perkembangan artis kanakkanak kepada tiga bahagian utama. Peringkat-peringkat ini dikenali sebagai peringkat manipulatif, peringkat membuat simbol serta peringkat pra-remaja.

Stages of artistic development are useful norms that can enlighten the teacher, but they should not be considered as goals for education. - Hurwitz dan Day (2001) (a) Peringkat Manipulatif atau Zaman Awal Kanak-kanak (2-4 Tahun) Pada peringkat ini, kanak-kanak tidak mempunyai kawalan pada pergerakan tangan kerana usia mereka yang masih muda, selalunya di dalam lingkungan umur dua hingga lima tahun. Lukisan yang dihasilkan juga selalunya tidak terkawal dan banyak terdapat di dinding, di atas meja dan kertas lukisan dengan menggunakan pelbagai jenis bahan dan medium seperti krayon, pensil serta bahan-bahan lain. Penghasilan karya pada usia ini tidak bersifat realistik dan banyak menggunakan lukisan garisan bagi menggambarkan sesuatu imej. Pada usia ini, kanak-kanak lebih gemar untuk mencuba dan bereksperimentasi dengan pelbagai jenis garisan yang boleh dihasilkan melalui pelbagai media. Secara umumnya terdapat empat peringkat contengan pada peringkat manipulatif iaitu contengan garisan tidak terkawal, contengan garisan terkawal, contengan rupa terkawal dan contengan rupa. Contengan garisan tidak terkawal berlaku kerana kanak-kanak tidak mempunyai daya kawalan dan garisan yang dihasilkan biasanya berulangulang. Di peringkat contengan garisan terkawal pula garisan yang

TOPIK 1

PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK

dihasilkan lebih menampakkan kawalan yang matang dibandingkan dengan peringkat pertama. Sementara itu, contengan rupa terkawal memperlihatkan kebolehan kanak-kanak yang mula melukis rupa dan mengulanginya mengikut kehendak mereka. Akhir sekali adalah contengan rupa, di mana pada peringkat ini kanakkanak berupaya mengenal pasti rupa dan menyebut rupa yang dihasilkan. Pada peringkat ini juga lukisan yang dihasilkan adalah lebih kepada kepuasan dan keseronokan kerana mereka diberi peluang untuk melukis dan menggunakan alatan melukis seperti pen dan pensil. Antara perkara penting yang perlu diberi perhatian adalah cara kanakkanak memegang alatan untuk melukis. Pada usia ini alatan tulis yang dipegang adalah mengikut keupayaan cara dan gaya yang disukai oleh mereka. Keupayaan menconteng sangat bergantung kepada keupayaan otot dan keselarasan koordinasi di antara mata dan tangan. Fokus imej yang dihasilkan pada peringkat ini adalah lukisan garisan yang pelbagai. (b) Peringkat Membuat Simbol (6-9 Tahun) Daripada peringkat lukisan contengan, kanak-kanak mula beralih ke peringkat menghasilkan simbol. Peringkat penghasilan simbol bermula pada umur empat sehingga kanak-kanak berumur lapan tahun. Pada peringkat ini, kanak-kanak sangat terpengaruh dengan keadaan sekelilingnya. Persekitaran memainkan pengaruh besar dan lukisan yang biasa dihasilkan adalah seperti rumah, kereta, bunga, alat permainan dan sebagainya. Imejan dalam lukisan figura merupakan imej yang paling dominan. Simbol dan imejan yang dilukis oleh kanak-kanak ini biasanya didahului dengan imej mereka sendiri, kemudian diikuti dengan keluarga terdekat seperti ibu bapa diikuti rakan-rakan. Pada peringkat ini juga, simbol yang dihasilkan oleh kanak-kanak mudah untuk dikenal pasti kerana kanakkanak mempunyai kawalan yang seimbang dan teratur dari segi pergerakan tangan. Di peringkat awal penghasilan imej simbolisma, imej-imej yang dihasilkan melalui lukisan terdiri daripada pelbagai saiz. Umumnya, seseorang yang penting di dalam kehidupan kanak-kanak tersebut digambarkan lebih besar saiznya berbanding dengan imej figura yang lain. Sebagai contoh, bapa digambarkan lebih besar daripada imej ahli keluarga yang lain melambangkan kekuasaan dan kekuatan yang di miliki oleh bapa selaku ketua keluarga. Dalam sesetengah keadaan, imej diri kanak-kanak itu juga mempunyai saiz yang lebih besar berbanding dengan imej figura yang lain.

TOPIK 1

PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK W

Pada permulaan peringkat pertama simbolisma ini, penggunaan warna terhadap imej tidak menjadi fokus utama dan tidak ketara. Pada peringkat kedua pula, penggunaan warna ke atas imej mula diperlihatkan. Sebagai contoh, imej langit dikaitkan dengan warna biru, warna kuning untuk matahari dan warna hijau bagi menggambarkan rumput atau tumbuhan. Pada peringkat ketiga simbolisma,lukisan yang dihasilkan lebih menumpukan kepada imej yang konkrit iaitu imej yang dilihat berbanding dengan imej yang mereka tahu. (c) Pra-Remaja (10-13 Tahun) Peringkat Pra-remaja dikatakan peringkat transisi zaman kanak-kanak ke zaman remaja. Terdapat percubaan untuk melukis figura dengan saiz yang betul. Lukisan figura pula mula dilukis dengan menitikberatkan daya saiz sebenar objek. Sebagai contoh, figura manusia mula dilukis dengan melihat kadar banding pada objek tersebut tanpa membuat penambahan. Lukisan pada peringkat ini dikatakan lebih rasional kerana selain daripada kedudukan dan saiz figura yang betul, mereka juga telah mula mementingkan warna yang tepat selain dari memasukkan bayang-bayang pada objek supaya imej yang dihasilkan seolah-olah nampak realistik. Pada peringkat ini juga, mereka mula menggunakan kaedah perspektif bagi membezakan saiz imej di mana mereka cuba memahami konsep ruang iaitu objek yang jauh bersaiz lebih kecil berbanding dengan objek yang lebih dekat.

PERKEMBANGAN ARTISTIK OLEH HURWITZ DAN DAY

Peringkat Manipulatif (2-5 tahun)

Peringkat Membuat Simbol (6-9 tahun)

Peringkat Pra-Remaja (10-13 tahun)

Rajah 1.2: Peringkat perkembangan artistik kanak-kanak oleh Hurwitz dan Day (2001)

10 X

TOPIK 1

PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK

1.4.2

Teori Perkembangan Artistik Kanak-kanak oleh Lowenfeld dan Britain

Lowenfeld dan Britain (1982) telah memperkenalkan teori perkembangan artistik kanak-kanak yang merangkumi peringkat umur dari 2-14 tahun. Peringkat perkembangan artistik yang diperkenalkan oleh Lowenfeld dan Britain ini merangkumi lima peringkat utama iaitu peringkat scribbling, peringkat preschematic, peringkat schematic, peringkat dawning realism, peringkat pseudonaturalistic dan peringkat adolescent art. (a) Peringkat Scribbling (2-4 Tahun) Pada peringkat ini kanak-kanak menghasilkan contengan secara rawak dan tidak terkawal. Proses menconteng menyebabkan pergerakan badan dan membangunkan koordinasi otot motor tangan. Apabila kanak-kanak telah mampu menguasai pergerakan tangan dan badan mereka mula melukis dari peringkat contengan kepada lukisan garisan lurus dan melintang kepada melukis bulatan. Peringkat Preschematic (4-7 Tahun) Peringkat ini memperlihatkan peningkatan daripada contengan bulatan kepada percubaan pertama untuk melukis objek yang terdapat di sekelilingnya dengan menggunakan garisan. Sebagai contoh ibu bapa dan orang yang rapat dengan mereka dilukis dengan mempunyai karakter tangan dan kaki dan dilukis seolah-olah terapung dan dengan saiz imej yang berbeza-beza. Peringkat Schematic (7-9 Tahun) Pada peringkat ini kanak-kanak kurang cenderung untuk melukis imej objek berbanding pada peringkat awal tadi. Lukisan mula dihasilkan mengikut skema atau konsep tertentu. Penekanan lebih diberikan kepada cara penyusunan objek dalam imej selain daripada imej manusia dan objek yang terdapat di sekelilingnya. Sebagai contoh, kanak-kanak mula membuat percubaan dengan membahagikan ruang pada kertas lukisan kepada dua bahagian iaitu satah udara dan tanah. Bagi pemandangan satah bawah objek disusun secara melintang dan sama manakala objek udara pula dibiarkan kosong. Selain itu, lukisan yang dihasilkan adalah spontan, bebas dan berskala besar. Tidak peka dengan karya mereka sendiri dan tidak kisah dengan lukisan yang dihasilkan oleh rakan sebaya mereka dan gemar untuk berkongsi.

(b)

(c)

TOPIK 1

PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK W

11

(d)

Peringkat Dawning Realism atau The Gang Age (9-12 Tahun) Pada peringkat ini, kanak-kanak terus melukis dengan mengekalkan konsep dan skema tertentu. Perubahan pada peringkat ini adalah terhadap imej yang dilukis secara realistik dan teliti. Imej lukisan mula mengecil dari segi saiz dan kanak-kanak mula menunjukkan sifat kritikal dengan hasil karya sendiri. Mereka mula membandingkan karya dengan karya rakan sebaya dan ini menjadikan mereka berhati-hati dan sedikit individualistik serta menitikberatkan kualiti karya yang dihasilkan. Peringkat Pseudonaturalistic atau Reasoning (12-14 Tahun) Pada peringkat ini, kanak-kanak mula peka dengan konsep realistik di dalam menghasilkan lukisan. Mereka menitikberatkan konsep kedudukan dan saiz rasional imej. Mereka lebih gemar untuk melukis melalui konsep peniruan atau melalui objek di hadapan mata berbanding dengan lukisan menerusi imaginasi. Lukisan yang dihasilkan jarang dikongsi bersama dengan rakan sebaya dan perasaan malu dan rendah diri akan timbul sekiranya lukisan yang dihasilkan tidak menarik. Peringkat Period If Decision atau Adolescent Art in High School (14-17 Tahun) Peringkat ini merupakan peringkat penekanan terhadap proses penghasilan karya seni dan penciptaan objek. Peringkat ini memperlihatkan kematangan di dalam membuat keputusan dan pemilihan bahan yang sesuai untuk menghasilkan karya seni.

(e)

(f)

12 X

TOPIK 1

PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK

PERKEMBANGAN ARTISTIK OLEH LOWENFELD DAN BRITAIN

Peringkat Scribbling (2-4 tahun)

Peringkat Preschematic (4-7 tahun)

Peringkat Schematic (7-9 tahun)

Peringkat Dawning Realism atau The Gang Age (9-12 tahun)

Peringkat Pseudonaturalistic atau Reasoning (12-14 tahun)

Peringkat Period If Decision atau Adolescent Art (14-17 tahun)

Rajah 1.3: Peringkat perkembangan artistik kanak-kanak oleh Lowenfeld dan Britain (1982)

TOPIK 1

PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK W

13

Rajah 1.4: Scribbling stages (lingkungan umur 2-4 tahun) Sumber: http://www.d.umn.edu/~jbrutger/Lowenf.html

Rajah 1.5: Preschematic stage (lingkungan umur 4-7 tahun) Sumber: http://www.d.umn.edu/~jbrutger/Lowenf.html

14 X

TOPIK 1

PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK

Rajah 1.6: Schematic stage (lingkungan umur 7-9 tahun) Sumber: http://www.d.umn.edu/~jbrutger/Lowenf.html

Rajah 1.7: Stage of dawning realism or the gang age (lingkungan umur 9-12 tahun) Sumber: http://www.d.umn.edu/~jbrutger/Lowenf.html

TOPIK 1

PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK W

15

Rajah 1.8: Pseudonaturalistic stage or the stage of reasoning (lingkungan umur 12-14 tahun) Sumber: http://www.d.umn.edu/~jbrutger/Lowenf.html

LATIHAN 1.2 Apakah persamaan yang terdapat pada teori Hurwitz dan Day (2001) dan Lowenfeld dan Britain (1982)?

1.4.3

Teori Perkembangan Artistik Kanak-kanak oleh Georges-Henri Luquet

Teori perkembangan artistik kanak-kanak yang diperkenalkan oleh Luquet (1926) bermula daripada peringkat contengan. Menurut Luquet, perkembangan dan aktiviti melukis kanak-kanak pada peringkat ini adalah lebih kepada aktiviti peniruan dan diterjemahkan mengikut gaya contengan mereka. Namun secara ringkasnya terdapat tiga peringkat perkembangan artistik kanak-kanak yang diperkenalkan dan diistilahkan oleh Luquet iaitu peringkat Fortuitous Realism atau penemuan imejan realism secara tidak sengaja, peringkat kedua adalah Failed Realism, dan peringkat ketiga adalah Intelectual Realism dan peringkat akhir adalah Visual Realism. (a) Peringkat Fortuitous Realism Peringkat ini ialah peringkat awal lukisan kanak-kanak di mana imejan yang cuba dihasilkan pada peringkat contengan telah membentuk imej dan objek yang hampir sama dengan objek sebenar. Apa yang menarik ialah keserupaan imejan yang dihasilkan adalah secara tidak sengaja.

16 X

TOPIK 1

PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK

(b)

Peringkat Failed Realism Imej yang diperolehi secara tidak sengaja diperbaiki dan diperhalusi bagi mendapatkan imej sebenar. Lukisan yang hampir sama dihasilkan berulang kali. Namun usaha yang dilakukan tidak dapat diteruskan kerana imej objek tersebut kerap berubah daripada imej asal yang diperolehi secara tidak sengaja tadi. Peringkat Intelectual Realism Pada peringkat ini kanak-kanak mula melukis mengikut apa yang mereka tahu dan apa yang mereka lihat. Penghasilan karya kanak-kanak adalah dalam bentuk lukisan yang lebih ringkas namun dilukis dengan agak baik. Peringkat Visual Realism Peringkat akhir ini memperlihatkan keupayaan kanak-kanak untuk melukis imej yang mempunyai perspektif dan kadar banding. Percubaan untuk melukis imej 3 dimensi di atas kertas lukisan dapat dilihat pada peringkat ini dan percubaan melukis imej secara 3 dimensi dianggap satu kejayaan dan pencapaian baik.

(c)

(d)

PERKEMBANGAN ARTISTIK OLEH GEORGES LUQUIT Peringkat Fortuitous Realism

Peringkat Failed Realism

Peringkat Intelectual Realism

Peringkat Visual Realism

Rajah 1.9: Peringkat perkembangan artistik kanak-kanak oleh Georges-Henri Luquit (1926)

TOPIK 1

PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK W

17

1.5

KEINGINAN ASAS KANAK-KANAK


AKTIVITI 1.2

Apabila tiba pada peringkat umur tertentu, kanak-kanak akan lebih cenderung untuk melukis berdasarkan apa yang mereka lihat daripada menggunakan imaginasi sendiri. Kenapa ini berlaku? Setiap insan di dunia mempunyai keinginan, terutamanya kanak-kanak. Sebagai guru, memahami keinginan mereka memberi ruang kepada kita untuk mengatur sesi pembelajaran serta pendekatan yang digunakan dengan cara yang lebih berkesan. (a) Untuk Bergerak, Berjaya dan Diiktiraf, Diterima dan Disanjung Pujian dan sanjungan merupakan sebahagian daripada kaedah meningkatkan motivasi kanak-kanak. Di dalam aktiviti pendidikan seni visual, penghasilan karya oleh kanak-kanak perlu mendapat kredit yang sewajarnya daripada guru. Lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak hendaklah dipamerkan pada papan kenyataan murid di sekolah sebagai sebahagian daripada usaha meningkatkan keyakinan diri murid selain sebagai satu bentuk penghargaan kepada mereka di atas usaha menghasilkan karya. Untuk Bersaing, Ketangkasan Fizikal dan Memahami Aktiviti melukis dijadikan sebagai landasan bagi membina persaingan yang sihat di kalangan kanak-kanak. Pertandingan seperti pertandingan melukis dan mewarna sering diadakan bertujuan untuk mewujudkan persaingan positif di kalangan kanak-kanak di samping memberikan peluang kepada mereka untuk berinteraksi dengan rakan sebaya. Penganjuran aktiviti sebegini memberikan peluang kepada mereka untuk mempelajari kaedah dan perkara baru sesama mereka. Untuk Meneroka, Pencapaian Kreatif dan Meluahkan Perasaan Aktiviti melukis meningkatkan dan membuka ruang ke arah pembinaan daya kreativiti kanak-kanak. Selain itu, melalui aktiviti melukis kanakkanak diberikan peluang untuk meneroka dan bereksperimentasi dengan bahan-bahan lukisan seperti pensil, pen, pensil warna, dan sebagainya. Kanak-kanak sememangnya suka untuk mencuba. Perasaan ingin mencuba ini merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran bagi kanakkanak.

(b)

(c)

18 X

TOPIK 1

PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK

LATIHAN 1.3 1. Sebagai guru, bagaimanakah pengetahuan tentang perkembangan artistik pelajar dapat membantu meningkatkan proses pembelajaran?

Dalam topik ini anda telah didedahkan dengan maklumat mengenai mengapa kanak gemar melukis dan seharusnya telah memahami mengapa Lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak mempunyai interpretasi dan makna yang berbeza dengan karya yang dihasilkan oleh golongan dewasa. Karya yang dihasilkan oleh kanak-kanak merupakan satu kaedah bagi mengenal pasti proses perkembangan mereka justeru dan boleh gunakan pengetahuan ini untuk mengatur aktiviti yang menggalakkan perkembangan artistik mereka. Selain daripada itu berikan peluang kepada kanak-kanak untuk bercerita dan berkongsi pengalaman dengan rakan-rakan seusia dengan mereka supaya pengalaman rakan yang lain turut menjadi sebahagian daripada proses pembelajaran.

Topik X Teori-Teori

dalam Seni

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. 2. 3. memahami teori-teori pendidikan seni visual; mengenal pasti aplikasi teori-teori pendidikan seni visual; dan mengaplikasi teori-teori ini di dalam konteks sebenar pengajaran seni visual.

X PENGENALAN
Teori dapatlah diertikan sebagai pendapat yang dikemukakan oleh individuindividu tertentu untuk memperjelaskan sesuatu perkara. Perkataan teori diambil daripada perkataan Latin theoria, yang seiras dengan perkataan Greek theOria dan theOrein. Secara umumnya ketiga-tiga istilah ini merujuk kepada perkara yang sama iaitu untuk melihat atau mempertimbangkan. Md. Nasir dan Iberahim Hassan (2003) mengklasifikasikan teori sebagai asas-asas atau hukumhukum umum yang menjadi dasar pembentukan kesenian, ilmu pembentukan kesenian ataupun ilmu pengetahuan. Di dalam konteks umum, istilah teori digunakan untuk memperjelaskan pendapat, hipotesis ataupun spekulasi. Jika disoroti pengertian ini, teori tidaklah semestinya bertunjangkan fakta; dalam erti kata lain ianya tidak semestinya konsisten dengan pengertian sebenar realiti. Adakalanya teori diformulasikan untuk memperjelaskan pendapat tertentu dan tidak semestinya berasaskan bukti-bukti yang kukuh. Contohnya pada suatu masa dahulu terdapat kebimbangan di kalangan pelayar dan pelaut yang mungkin mengemudi kapal sehingga ke sempadan lautan. Kebimbangan ini berasaskan teori yang berpendapat bahawa dunia ini berbentuk segi empat. Pelayar dan pelaut bimbang sekiranya mereka sampai ke penghujung dunia iaitu di bucu segi empat, kapal mereka mungkin terjatuh ke bawah. Jelas bahawa

20 X

TOPIK 2

TEORI-TEORI DALAM SENI

teori ini tidak berasaskan realiti sebenar dan lebih menjurus kepada pendapat yang tidak dapat dikenal pasti kesahihannya. Namun teori tetap membantu dalam merungkai dan memperjelas sesuatu perkara. Bidang pendidikan seni itu sendiri sangat luas, subjektif dan abstraktif. Perkembangan seni seseorang individu melibatkan proses estetik yang rumit dan dengan memahami teori-teori pendidikan seni yang dikemukakan, guru pendidikan seni visual akan mendapat gambaran yang lebih jelas dan seterusnya dapat diaplikasikan di dalam pendekatan pengajaran mereka. Sebelum merungkai teori-teori terkemuka di dalam pendidikan seni visual, eloklah disingkap terlebih dahulu pengertian seni itu sendiri.

2.1

DEFINISI SENI
SEMAK KENDIRI 2.1

Apakah pendapat peribadi anda tentang seni dan skop seni? Bagaimanakah pengetahuan tentang definisi seni dapat meningkatkan pemahaman anda tentang seni? Seni di dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai art yang diambil daripada istilah Latin ars, bermaksud penyusunan ataupun untuk menyusun. Dalam konteks ini, interpretasi seni adalah sangat universal yang merujuk kepada sebarang bentuk objek yang disusun mengikut aturan tertentu. Interpretasi seni yang sangat luas ini menggamit pengamal-pengamal seni untuk menjuruskan skop seni ke atas lensa yang lebih fokus agar dapat memberikan gambaran yang lebih spesifik. Seni merupakan intipati kepada ekspresi kreativiti seseorang. Namun, sifat seni yang subjektif dan abstrak menyukarkan untuk memberikan takrifan khusus kepada seni mahupun konsep seni itu sendiri. Walaupun sukar untuk diberi definisi khusus dan sama sukarnya untuk menilai tahap seni seseorang individu, setiap artis menentukan sendiri parameter hasil karya seni mereka. Secara amnya, seni boleh dirujuk sebagai suatu proses dan manifestasi kepada ekspresi diri, penilaian yang menentukan elemen-elemen yang wajar diketengahkan di dalam hasil seni, di dalam menyampaikan idea, emosi, perasaan, kepercayaan di dalam bentuk yang difikirkan paling efektif. Ada juga yang memandang seni sebagai satu hasil aplikasi kreativiti yang mempunyai elemen atau nilai apresiasi, berdasarkan nilai estetik dan kesan emosi.

TOPIK 2

TEORI-TEORI DALAM SENI

21

Istilah seni mempunyai konotasi yang amat rapat dengan kemampuan dan penguasaan sesuatu medium dalam menyampaikan maksud-maksud tertentu. Menentukan maksud yang ingin disampaikan, medium dan cara berkesan untuk menyampaikan maksud tersebut; memerlukan asas kritis yang baik dalam membuat penilaian.

2.2

CIRI-CIRI PERKEMBANGAN

Kesedaran terhadap proses perkembangan kognitif dan artistik kanak-kanak mula mendapat tempat di kalangan penyelidik, pengkaji, pendidik dan ahli psikologi pada awal 1900. Hasil daripada kajian-kajian yang dijalankan mendapati bahawa proses perkembangan kanak-kanak adalah mengikut peringkat-peringkat tertentu. Setiap peringkat diwakili dengan ciri-ciri dominan yang dipaparkan secara berulang-ulang di dalam hasil seni kanak-kanak. Peringkat-peringkat ini juga mempunyai kaitan dengan umur kanak-kanak dan kematangan di dalam ekspresi artistik selalunya jelas berdasarkan kematangan usia mereka.

2.3

PERKEMBANGAN
SEMAK KENDIRI 2.2

Kita sering mengaitkan elemen estetika dengan kreativiti dan artistik. Apakah sebenarnya estetik dan bagaimanakah ianya berbeza dengan konsep kreativiti di dalam seni? Perkembangan estetik kanak-kanak selalunya diterjemahkan melalui gerak-geri dan pergerakan badan mereka. Kebolehan kanak-kanak dalam meluahkan nilai estetika mereka merupakan satu bentuk kemahiran kognitif yang bukan sahaja penting di dalam perkembangan seni kanak-kanak tersebut, malah amat penting di dalam perkembangan pemikiran dan intelektualiti mereka. Luahan estetik kanak-kanak amat berbeza dengan pergerakan badan yang biasa. Di dalam kehidupan seharian, kita berkomunikasi secara verbal ataupun bukan verbal. Komunikasi bukan verbal melibatkan pergerakan tangan, memek muka, pandangan mata dan pergerakan bahagian badan yang lain. Pergerakan estetik pula menjurus kepada isyarat virtual. Isyarat virtual ini merupakan jendela kepada emosi dalaman kanak-kanak dan juga jiwa dan pemikiran mereka.

22 X

TOPIK 2

TEORI-TEORI DALAM SENI

Walaupun perkembangan estetik kanak-kanak secara total masih belum dapat dikenal pasti, para pengkaji telah menemui beberapa pergerakan yang menjadi refleksi kepada perkembangan estetik kanak-kanak. Pergerakan estetik awal kanak-kanak mempunyai kaitan langsung dengan emosi mereka kerana resepsi deria yang mengeluarkan isyarat tersebut selalunya mempunyai hubungan terus dengan bahagian otak yang merangsang emosi. Kanak-kanak pada umur 2 hingga 4 tahun selalunya mengeluarkan isyaratisyarat tertentu yang lebih berbaur emosi daripada rasional atau intelektualiti. Isyarat-isyarat biasa seperti tunduk memberi hormat atau pergerakan biasa yang dilakukan ketika beribadat mempunyai implikasi emosi. Apabila usia mereka meningkat ke tahun ketiga dan keempat, kanak-kanak menjadi lebih peka kepada gerakan-gerakan dinamik yang melibatkan imbangan, arah, konsisten, daya dan juga keintiman. Di usia ini, mereka dapat mengimbangkan diri mereka dengan baik di atas kerusi yang kecil dan mengekalkan langkah yang konsisten semasa mencuba tarian yang mudah. Mereka juga dapat membezakan kiri dan kanak, atas dan bawah. Pada umur 6 tahun, kanak-kanak tahu bahawa gerak-geri mereka juga mempunyai elemen psikologi. Contohnya meluahkan rasa sedih dengan menundukkan muka atau pun melahirkan ekspresi sedang berfikir dengan meletakkan tangan di bawah dagu. Semua pergerakan ini adalah luahan estetik mereka dan sebagai orang dewasa, pemerhatian terhadap pergerakanpergerakan mereka akan dapat membantu kita menentukan apa yang bermain di dalam fikiran dan jiwa mereka.

2.4

PERKEMBANGAN ARTISTIK

Pelbagai model perkembangan telah dikemukakan yang membantu memperjelas perkembangan artistik kanak-kanak. Antara model-model terkemuka telah diformulasikan oleh Lowenfeld (1975), Chapman (1972). Model-model ini secara umumnya berbeza namun mempunyai corak perkembangan yang lebih kurang sama. Antara persamaan yang ketara ialah transisi perkembangan daripada peringkat scribbling ke representation. Antara persamaan-persamaan yang lain ialah: (a) Faktor sosioekonomi mempunyai pengaruh yang amat terbatas dalam peringkat awal pertumbuhan kanak-kanak. Kanak-kanak lelaki dan perempuan didapati melukis dengan cara yang sama di peringkat awal pertumbuhan. Lukisan kanak-kanak dapat memberi lebih banyak maklumat tentang perkembangan mereka daripada catan kerana ianya menggunakan krayon,

(b)

TOPIK 2

TEORI-TEORI DALAM SENI

23

pensil dan pen. Alatan ini daripada berus dan warna. (c)

lebih mudah dikawal oleh kanak-kanak

Terdapat pertindihan yang agak ketara di antara peringkat-peringkat perkembangan. Lukisan kanak-kanak mungkin mempunyai elemen dua peringkat serentak dan tidak semestinya elemen satu peringkat perkembangan sahaja.

Model-model perkembangan artistik kanak-kanak akan dibincangkan dengan lebih terperinci dalam Topik 6.

2.5

TEORI-TEORI KOGNITIF
SEMAK KENDIRI 2.3

Bagaimanakah pengetahuan tentang teori-teori dalam pendidikan dapat membantu meningkatkan kualiti guru di dalam pengajaran?

Pada dasarnya, istilah kognitif merujuk kepada proses dalaman minda seperti penyelesaian masalah, ingatan dan juga pembelajaran bahasa. Ahli psikologi kognitif mempunyai minat yang mendalam untuk melihat bagaimana manusia memahami, menganalisa dan menyelesaikan masalah melibatkan proses mental. Teori kognitif secara umumnya merungkai bagaimana manusia memahami sesuatu objek atau material yang seterusnya mempengaruhi kapasiti mereka untuk mempelajari sesuatu. Sekiranya diteliti sejarah perkembangan teori, teori-teori kognitif bermula dengan teori Gestalt. Walaupun teori kognitif yang ada pada hari ini mempunyai persamaan yang sangat sedikit dengan teori Gestalt, elemen persepsi, cara minda melihat corak dan persepsi terhadap persekitaran; yang ada pada Gestalt, dapat dikenal pasti dalam banyak teori-teori yang lain. Teori-teori kognitif juga banyak dipengaruhi oleh model Sosial-Interaksi Piaget yang memperjelas proses pertumbuhan kognitif kanak-kanak. Begitu juga dengan pendekatan Konstruktivis yang ketara di dalam perkembangan teori kognitif. Oleh itu topik ini akan memberi tumpuan kepada tiga teori kognitif yang utama iaitu teori Gestalt, teori Sosial-Interaksi Piaget dan teori Konstruktivis. Pemahaman ketiga-tiga teori ini akan dapat membantu dalam pemahaman teoriteori kognitif yang lain kerana ketiga-tiga teori inilah tunjang kepada teori-teori kognitif yang ada pada hari ini.

24 X

TOPIK 2

TEORI-TEORI DALAM SENI

2.5.1

Teori Gestalt

Teori Gestalt mempunyai sejarah yang panjang. Teori ini bermula di Jerman pada tahun 1910 dan diasaskan oleh Max Wertheimer, Wolfgang Kohler dan Kurt Koffka. Walaupun ketiga-tiga pengasas Gestalt merupakan ahli psikologi, mereka mempunyai latar belakang yang berbeza, dipisahkan oleh Perang Dunia Pertama dan bertemu kembali pada tahun 1920. Kohler merupakan Pengarah di Institut Psikologi di University of Berlin dan Wertheimer merupakan ahli akademik fakulti tersebut. Koffka pula menjadi tenaga pengajar di Frankfurt. Jarak yang jauh tidak menghalang ketiga-tiga pengasas ini daripada mengekalkan hubungan yang baik. Bahang daripada Perang Dunia Pertama serta gerakan anti Yahudi memaksa ketigatiga pengasas ini berhijrah ke Amerika Syarikat. Pada kurun ke 20, asas teori Gestalt tidak hanya diaplikasikan di dalam bidang psikologi tetapi telah menular dan mempengaruhi dipindai ilmu yang lain terutamanya pendidikan.

2.5.1.1 Latar Belakang Teori Gestalt


Pada hujung kurun ke 19, teori behaviorisme merupakan pendekatan popular yang diamalkan di Amerika Syarikat. Teori ini memberi penekanan kepada produk atau hasil dan tidak mementingkan proses pembelajaran itu sendiri. Ukuran tahap pembelajaran seorang pelajar dilihat daripada aspek pencapaian yang selalunya diterjemahkan melalui keputusan ujian dan peperiksaan Pengamal teori ini percaya bahawa apabila individu diberikan rangsangan tertentu, salah satu daripada dua tindakan boleh dikenakan. Tindakan ini adalah dalam bentuk penguatkuasaan (reinforcement) yang datang dalam bentuk positif atau negatif; dan juga hukuman (hukuman). Penguatkuasaan atau hukuman yang dikenakan boleh memodifikasikan tingkah laku seseorang dan bolehlah disimpulkan bahawa individu tersebut telah mempelajari sesuatu. Namun para pengasas teori Gestalt percaya bahawa proses pembelajaran bukan hanya disebabkan oleh penguatkuasaan atau hukuman tetapi lebih melibatkan proses kognitif.

2.5.1.2 Definisi Teori Gestalt


Tidak ada makna khusus untuk istilah Gestalt di dalam Bahasa Inggeris. Malah perkataan Gestalt bukanlah datangnya daripada nama pengasas teori tersebut, seperti kebanyakan nama teori-teori yang lain. Namun, Gestalt dapat dirujuk sebagai bentuk, rupa, kedudukan ataupun diletakkan bersama.

TOPIK 2

TEORI-TEORI DALAM SENI

25

Teori Gestalt melihat kepada struktur menyeluruh dan bukannya membahagikan struktur tersebut kepada entiti atau bahagian-bahagian yang berasingan. Di dalam aspek pembelajaran, Gestalt menekankan cara minda memberi tumpuan corak atau sifat sesuatu dan bagaimana ianya mempengaruhi proses belajar. Oleh itu, prinsip asas teori ini menitikberatkan keseluruhan daripada sebahagian. Dalam erti kata lain, melihat sesuatu objek secara keseluruhan (contohnya rumah) memberi makna yang lebih mendalam daripada melihat komponen-komponen individu (tiang, lantai, dinding, pintu, tangga). Proses melihat secara keseluruhan melibatkan proses kognitif minda membuat anjakan daripada memahami setiap komponen dalam menghasilkan makna daripada pandangan yang menyeluruh. Teori ini percaya bahawa persepsi seseorang terhadap sesuatu rangsangan akan mempengaruhi tindak balas atau perlakuan individu terbabit. Sekiranya dua individu didedahkan kepada rangsangan yang sama, tindak balas mereka mungkin berbeza, bergantung kepada pengalaman lepas masing-masing. Di dalam teori Gestalt, persepsi seseorang terhadap sesuatu memainkan peranan yang amat penting dalam menentukan tingkah laku individu terbabit. Persepsi ini dipengaruhi oleh pengalaman, budaya, cara individu tersebut dibesarkan dan firasat. Elemen-elemen ini juga mempengaruhi cara seseorang di dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

2.5.1.3 Hukum-hukum Teori Gestalt


Pengamal Gestalt percaya bahawa individu akan mengklasifikasikan rangsangan mengikut persepsi mereka terhadap rangsangan tersebut. Proses pengklasifikasian ini bergantung kepada beberapa faktor yang dinamakan hukum teori Gestalt. Terdapat enam hukum yang utama iaitu hukum Pragnanz, hukum Persamaan (Similarity), hukum Keintiman (Proximity), hukum Lengkap (Closure), hukum Kesinambungan Positif (Good Continuation) dan hukum Ciriciri Bahagian (Membership Character). (a) Hukum Pragnanz Hukum Pragnanz menyatakan bahawa apabila individu berhadapan dengan pengalaman yang baru, persepsi individu tersebut adalah tidak teratur. Oleh itu, individu akan cuba mengenakan aturan dalam bentuk yang mudah untuk ditafsirkan. Adalah sukar untuk individu terbabit untuk merubah persekitaran mereka apabila berhadapan dengan pengalaman atau sesuatu yang baru. Oleh itu, individu akan lebih cenderung untuk merubah persepsi mereka terhadap pengalaman tersebut.

26 X

TOPIK 2

TEORI-TEORI DALAM SENI

(b)

Hukum Persamaan (Similarity) Konsep hukum persamaan adalah lebih mudah untuk difahami. Individu akan lebih cenderung untuk mengklasifikasikan rangsangan yang mempunyai persamaan di dalam kumpulan yang sama. Hukum Keintiman (Proximity) Mengikut hukum keintiman, pengklasifikasian setiap rangsangan adalah berdasarkan elemen jarak dan hubungan. Rangsangan-rangsangan yang mempunyai hubung kait di antara satu sama lain akan diletakkan di dalam kumpulan yang sama. Hukum Lengkap (Closure) Hukum lengkap menganjurkan bahawa individu cenderung untuk meletakkan rangsangan yang telah lengkap di dalam kumpulan yang sama. Hukum Kesinambungan Positif (Good Continuation) Hukum ini menyatakan bahawa sifat sesuatu rangsangan tidak akan berubah, dan pada masa yang akan datang sifat yang sama akan dikekalkan. Contohnya, garis yang lurus dilihat sebagai akan tetap lurus pada masa yang akan datang dan tidak akan berubah sifatnya. Hukum Ciri-ciri Bahagian (Membership Character) Di dalam hukum ini, individu akan mentafsir sesuatu berdasarkan pandangan mereka secara keseluruhan terhadap sesuatu objek tersebut, dan bukannya melihat setiap bahagian daripada keseluruhan objek tersebut.

(c)

(d)

(e)

(f)

Hukum Pragnanz

Hukum Persamaan

Hukum Keintiman

HUKUM-HUKUM TEORI GESTALT

Hukum Lengkap

Hukum Kesinambungan Positif

Hukum Ciri-ciri Bahagian

Rajah 2.1: Hukum-hukum di dalam Teori Gestalt

TOPIK 2

TEORI-TEORI DALAM SENI

27

2.5.1.4 Pengaruh Teori Gestalt


Banyak teori yang diasaskan selepas kurun ke-20 mengintegrasikan elemen teori Gestalt. Asas bahawa firasat atau insights mempunyai hubungan dengan tindak balas pembelajaran merupakan konsep penting di dalam teori proses kognitif. Teori Gestalt juga mempunyai hubungan yang rapat dengan pandangan konstruktivis dan banyak diaplikasikan di dalam kaedah penyelesaian masalah.

2.5.1.5 Pendekatan Teori Gestalt dalam Pembelajaran


Kepentingan teori ini di dalam dunia pembelajaran ialah fokus yang diberikan dalam melihat sesuatu entiti secara keseluruhan. Konsep ini amat signifikan di dalam penyelesaian masalah. Di dalam konteks pembelajaran seni visual, teori Gestalt bukan sahaja melihat kepada produk atau hasil kerja tetapi memberikan penekanan yang tinggi ke atas proses penghasilan produk itu sendiri. Di dalam seni visual, elemen ini amat penting kerana aplikasi proses mestilah betul untuk sampai kepada penghasilan produk yang baik. Oleh itu, guru haruslah memberi penekanan kepada proses di dalam pengajaran dan haruslah menggalakkan para pelajar agar tidak mementingkan hasil kerja semata-mata. Penilaian kerja para pelajar juga haruslah dimasukkan elemen proses dan bukanlah hanya menilai hasil karya yang telah siap. Di dalam konteks pengajaran, guru haruslah sedar bahawa setiap rangsangan yang diperkenalkan mungkin akan mendapat penerimaan yang berbeza daripada para pelajar, terutamanya apabila pelajar berdepan dengan rangsangan baru atau pengalaman baru. Contohnya, apabila menayangkan rakaman video tentang budaya sesuatu suku kaum, sekiranya budaya kaum tersebut bertentangan dengan budaya yang diamalkan oleh pelajar, mereka mungkin mempunyai persepsi negatif terhadap kaum tersebut dan mempengaruhi hasil karya yang mungkin dihasilkan rentetan daripada tayangan video. LATIHAN 2.1 1. 2. Nyatakan dua ciri utama yang membezakan teori Gestalt dengan pendekatan behaviorisma. Teori Gestalt digunakan secara meluas di dalam penyelesaian masalah. Bagaimanakah teknik melihat sesuatu secara keseluruhan dapat membantu di dalam menyelesaikan sesuatu masalah?

28 X

TOPIK 2

TEORI-TEORI DALAM SENI

AKTIVITI 2.1 Selain daripada aplikasi teori Gestalt di dalam pengajaran seperti yang dicadangkan dalam halaman sebelumnya, cadangkan aplikasi-aplikasi lain yang dapat anda gunakan di dalam kelas dengan bertunjangkan pendekatan Gestalt.

2.5.2

Teori Sosial-Interaksi Piaget

Jean Piaget (1896-1980) merupakan antara tokoh penyelidik paling berpengaruh di dunia dalam bidang perkembangan psikologi. Di peringkat awal, Piaget merupakan ahli epistemologi genetik di dalam bidang biologi dan falsafah.

2.5.2.1 Latar Belakang Penglibatan Piaget


Minatnya di dalam mengkaji perkembangan mental kanak-kanak bermula semasa beliau menjalankan kerja-kerja penyelidikan di makmal ujian di Paris. Piaget mendapati kanak-kanak kecil selalunya mampu memberikan jawapan yang berbeza secara kualitatif jika dibandingkan dengan kanak-kanak yang lebih besar. Daripada pengamatan ini, Piaget merumuskan bahawa kanak-kanak kecil bukanlah tidak mempunyai kapasiti untuk berfikir, cuma kanak-kanak dewasa mempunyai lebih pengalaman yang mengasah minda mereka. Jawapan kanakkanak kecil berbeza daripada kanak-kanak dewasa kerana cara berfikir mereka yang berbeza.

2.5.2.2 Proses Perkembangan Kognitif


Sebagai ahli biologi, Piaget berminat untuk mengkaji bagaimana sesuatu organisme dapat menyesuaikan diri dalam sesuatu persekitaran. Walaupun mengkaji perkembangan kognitif kanak-kanak, Piaget masih mengekalkan prinsip penyelidikan biologinya. (a) Penyerapan (Assimilation) dan Ubahsuai (Accommodation) Piaget menjelaskan dua proses yang digunakan oleh individu sepanjang hayat dalam menyesuaikan diri mereka dengan persekitaran, iaitu asimilasi (assimilation) dan akomodasi (accommodation). Kedua-dua proses ini sentiasa berlaku dalam diri individu dan sentiasa menimbulkan ketegangan yang memerlukan penyelesaian. Hasil daripada penyelesaian kepada ketegangan ini akan mempengaruhi perkembangan kognitif.

TOPIK 2

TEORI-TEORI DALAM SENI

29

Penyerapan merujuk kepada proses penerimaan rangsangan dari luar dan individu mentafsir serta memproses rangsangan ini mengikut pengalaman yang telah sedia ada. Dalam keadaan ini, individu selalunya tidak perlu membuat sebarang modifikasi diri kerana pengalaman yang dimilikinya mampu membantunya menghadapi rangsangan tersebut. Berbeza dengan penyerapan, ubahsuai pula dilihat sebagai penglibatan aktif individu dalam membuat modifikasi tertentu pada diri dan perlakuan agar dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran. Ini adalah kerana, individu tersebut berhadapan dengan sesuatu yang baru yang belum pernah dialaminya sebelum ini. Ini memaksa individu tersebut mengubahsuaikan diri dan tingkah laku yang sedia ada agar dapat menyesuaikan dengan rangsangan tersebut. (b) Refleksi, Skema, Struktur dan Hierarki Piaget juga mengemukakan hipotesis bahawa setiap bayi dilahirkan dengan skema fungsi yang dikenali sebagai refleksi. Refleksi pada bayi ini berfungsi dalam membantu menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baru (daripada dunia janin ke dunia sebenar). Apabila bayi mula biasa dengan persekitaran yang baru, refleksi ini akan digantikan dengan skema tersusun. Apabila bayi meningkat usia dan lebih terdedah kepada persekitaran, skema ini akan digantikan dengan struktur. Struktur bertanggungjawab ke atas tingkah laku kanak-kanak yang lebih kompleks. Dan apabila struktur menjadi lebih matang, ianya akan digantikan dengan penyusunan hierarki.

2.5.2.3

Perkembangan Kebolehan Kognitif

Jean Piaget telah mengenal pasti empat peringkat perkembangan kognitif yang dilalui oleh setiap individu setelah dilahirkan sehinggalah dewasa. Keempatempat peringkat ini dikenali sebagai Peringkat Deria-Pergerakan (Sensorimotor), Peringkat Pra-olahan (Pre-operational), Peringkat Pengolahan Konkrit (Concrete Operational) dan Peringkat Pengolahan Formal (Formal Operation). Setiap peringkat ini mempunyai ciri-ciri spesifik yang unik yang hanya dimiliki oleh kanak-kanak pada peringkat itu sahaja. Walaupun setiap peringkat diwakili dengan tempoh usia yang tertentu, perlu difahami bahawa setiap kanak-kanak mengalami perkembangan mental pada tahap yang berbeza. Ada kanak-kanak yang mungkin mempunyai pertumbuhan mental yang lebih cepat atau lambat sedikit dibandingkan dengan kanak-kanak lain.

30 X

TOPIK 2

TEORI-TEORI DALAM SENI

(a)

Peringkat Deria-Pergerakan (0-2 Tahun) Bayi yang baru dilahirkan mempunyai kemampuan yang terbatas. Otaknya masih baru dan belum banyak bekerja, oleh itu bayi hanya menyedari persekitarannya dengan kabur. Namun, fungsi deria bayi berkembang dengan cepat dan kanak-kanak dalam peringkat ini cepat menjadi pemerhati dan pemerhatian ini akan diikuti pula dengan gerak balas. Kanak-kanak masih belum dapat menguasai simbol ataupun bahasa untuk menamakan objek di sekitarnya. Satu-satunya cara interaksi dengan persekitaran ialah melalui kesan deria dan gerak-gerinya. Apabila telah menguasai kawalan pergerakan, kanak-kanak mula berinteraksi dengan cara menggerakkan objek-objek dalam persekitarannya. Apabila umur bayi meningkat 10 bulan, bayi tersebut mula memahami konsep kekal (permanence) iaitu kesedaran bahawa walaupun sesuatu objek hilang daripada pandangannya, objek tersebut tidak ghaib begitu sahaja.

(b)

Peringkat Pra-olahan (2 6 Tahun) Di peringkat ini, kanak-kanak telah mula menguasai bahasa dan menggunakan nama untuk panggilan objek di sekelilingnya. Walaupun begitu, penguasaan ini masih baru dan terbatas dan akan berkembang sepenuhnya sehinggalah kanak-kanak tersebut mencapai peringkat pengolahan formal. Di waktu inilah mereka mula meneroka alam sekeliling. Penerokaan ini membantu mereka menemui benda-benda baru, justeru meningkatkan rasa ingin tahu kanak-kanak. Jawapan yang sesuai yang diberi untuk soalansoalan mereka akan menambahkan ilmu, tahap kematangan dan membantu mereka mengaitkan sesuatu kenyataan dengan kenyataan yang lain. Hujung peringkat ini menyaksikan kebolehan kanak-kanak untuk bertutur dan mereka amat petah bercakap. Ekspresi diri seperti ini harus digalakkan untuk melatih mereka menyatakan sesuatu dengan betul. Peringkat ini jugalah kemuncak bagi kebolehan untuk berimaginasi dan mencipta pelbagai benda. Menurut Piaget, kanak-kanak ini masih belajar untuk menghubungkaitkan simbol dan perkataan dengan objek dengan cara intuisi dan bukannya dengan cara penaakulan (reasoning). Mereka masih di permulaan pembinaan konsep iaitu mula mengklasifikasikan objek dan kejadian, oleh itu konsep yang dikuasai jauh daripada kesempurnaan. Pemikiran kanakkanak adalah sehala dan cara pemikiran adalah sangat egosentrik iaitu sangat mementingkan diri dan merasakan diri mereka sentiasa benar dan betul.

TOPIK 2

TEORI-TEORI DALAM SENI

31

(c)

Peringkat Pengolahan Konkrit (7 11 Tahun) Pertumbuhan mental adalah berterusan dan penguasaan pengetahuan dan pemikiran bertambah banyak. Perasaan ingin tahu adalah sangat tinggi dengan keinginan belajar yang besar. Kanak-kanak juga mempunyai penguasaan yang baik dalam pertuturan dan mereka banyak bercakap untuk melancarkan pertuturan mereka. Peringkat ini juga menyaksikan kebolehan kanak-kanak menguasai konsep pengekalan tentang paduan, nombor, berat dan padatan. Kebolehan ini membantu mereka memahami konsep lain yang lebih rumit seperti susunan angka, pengklasifikasian bahan mengikut sifat, serta kemampuan melihat sesuatu perkara daripada pelbagai perspektif. Kerana perasaan ingin tahu yang tinggi dalam pelbagai perkara menyebabkan minat mereka sentiasa berubah-ubah. Kanak-kanak juga mempunyai kecenderungan untuk meletakkan matlamat yang tinggi untuk sesuatu perkara dan mengharapkan segala-galanya tercapai dengan sempurna. Oleh itu mereka akan selalu putus asa dan kecewa sekiranya tidak mendapat apa yang mereka mahukan. Kematangan dalam berfikir juga telah mula kelihatan di mana kanak-kanak tidak lagi egosentrik. Malah mereka mula sedar bahawa setiap perkara ada pro dan kontra, buruk dan baik dan mereka mula belajar untuk mempertimbangkan sesuatu perkara sebelum mencapai keputusan.

(d)

Peringkat Pengolahan Formal (12 Tahun ke Atas) Peringkat ini merupakan peringkat perkembangan kognitif yang tertinggi dan kanak-kanak dalam peringkat ini dapat mengurus dan mengolah persekitaran mereka dengan baik. Mereka juga mampu untuk menerima pelbagai kemungkinan daripada tindakan mereka dan tidak mudah terkeliru dengan hasil yang di luar dugaan. Walaupun begitu, cara pemikiran mereka tidak sama dengan corak pemikiran orang dewasa. Kanak-kanak ini mencapai tahap kemuncak kecerdasan mental di penghujung zaman remaja, namun kekurangan pengalaman mengehadkan pengetahuan dan kebolehan mereka untuk menggunakan apa yang mereka tahu. Di peringkat ini juga, perkembangan fizikal kanak-kanak adalah lebih pantas berbanding perkembangan mental apabila mereka mula melangkah ke awal alam remaja. Di peringkat ini juga mereka mula memahami konsep abstrak dan ini membantu mereka memahami prinsip moral dan etika. Mereka juga mula

32 X

TOPIK 2

TEORI-TEORI DALAM SENI

mempunyai kesedaran tentang kepentingan falsafah hidup, etika, politik dan hal-hal keagamaan. LATIHAN 2.2 1. Di peringkat pra-olahan (2-6 tahun), pemikiran kanak-kanak berbentuk sehala. Bagaimanakah pengetahuan ini dapat digunakan oleh guru dalam merancang pengajaran mereka? Apakah implikasi negatif yang mungkin berlaku kepada kanakkanak sekiranya guru tidak menyediakan jawapan-jawapan yang betul atau bersesuaian kepada soalan-soalan mereka?

2.

2.5.2.4 Pendekatan Teori Sosial-Interaksi Piaget dalam Pembelajaran


Teori ini banyak membantu guru-guru dalam memahami proses mental kanakkanak; iaitu bagaimana kanak-kanak berfikir dan bagaimana cara pemikiran ini mempengaruhi tingkah laku mereka. Pemahaman teori ini memberi gambaran kepada guru dalam menyediakan persekitaran yang sesuai bagi merangsang minat dan proses pertumbuhan mental mereka. (a) Peringkat Pra-olahan (2-6 Tahun) Imaginasi kanak-kanak adalah sangat tinggi pada peringkat pra-olahan, iaitu apabila kanak-kanak mencapai umur dua hingga enam tahun. Adalah penting bagi guru-guru pra-sekolah ataupun ibu bapa menggalakkan kanak-kanak untuk berimaginasi kerana secara tidak langsung ia juga akan menggalakkan daya cipta kanak-kanak. Namun, guru-guru perlu sedar kepentingan mengenakan batasan tertentu kerana sekiranya kanak-kanak terlalu berimaginasi, mereka mungkin tidak dapat membezakan di antara dunia sebenar dan dunia khayalan. Satu cara menangani perkara ini ialah dengan mengadakan sesi bercerita di prasekolah atau di rumah dan menggalakkan kanak-kanak menggunakan daya imaginasi mereka dalam sesi ini sahaja. Kanak-kanak juga perlu diberitahu kepentingan menceritakan sesuatu sebagaimana sebenarnya berlaku dan tidak hanya mereka-reka cerita. Pihak sekolah perlu menyediakan persekitaran yang mampu memupuk perkembangan kognitif kanak-kanak. Kanak-kanak perlu disediakan objekobjek konkrit yang mana boleh diaplikasikan dengan menggunakan deria

TOPIK 2

TEORI-TEORI DALAM SENI

33

rasa kanak-kanak untuk menyentuh, melihat, mendengar, merasa dan menghidu. Persekitaran kanak-kanak perlulah kaya dengan objek-objek konkrit ini untuk kanak-kanak meneroka dan belajar. Guru-guru kelas juga sepatutnya menyusun ruang kelas dengan cara yang boleh memupuk perkembangan kognitif kanak-kanak. Guru juga perlu memberi penggalakan kepada pelajar untuk meluahkan diri mereka secara verbal dan menyediakan tatabahasa baru kepada pelajar agar dapat mereka bertutur dengan cara yang lebih sempurna. (b) Peringkat Pengolahan Konkrit Di peringkat ini, kanak-kanak mempunyai kepetahan bercakap yang sangat tinggi dan sentiasa ingin bertutur untuk menarik perhatian. Namun begitu, di dalam kelas yang sama mungkin ada sebilangan kanak-kanak yang sangat petah bertutur dan sangat aktif, manakala sebilangan lagi lebih suka mendiamkan diri. Guru haruslah bijak merangsang kanak untuk mengambil bahagian di dalam gerak-kerja kelas dan semua kanak-kanak diberi peluang yang sama rata. Guru-guru juga harus melatih kanak-kanak untuk bercakap hanya apabila diberi peluang agar tumpuan kanak-kanak akan juga diberikan semasa guru mengajar. Cuba ingati kanak-kanak untuk mengikut giliran, dan menghormati orang lain dengan cara senyap dan mendengar apabila giliran orang lain untuk bercakap. Setiap soalan yang diajukan oleh pelajar perlulah diberi jawapan yang sesuai. Sekiranya guru tidak mempunyai jawapan terhadap soalan yang dikemukakan, janganlah kanak-kanak tersebut dibohongi. Sebaik-baiknya guru boleh memberi maklum balas kepada kanak-kanak dalam masa sehari dua sambil cuba mencari jawapan yang sesuai. Sekiranya seseorang kanakkanak didapati mengetahui lebih daripada apa yang guru ketahui di dalam sesuatu topik atau bidang, kanak-kanak tersebut patut digalakkan untuk berkongsi maklumat dengan rakan kelas yang lain. Pada peringkat ini juga kanak-kanak mempunyai minat yang pelbagai namun ini tidak bermakna mereka tidak mempunyai disiplin mental yang baik. Guru seharusnya mempelbagaikan aktiviti di dalam kelas supaya kanak-kanak dapat mempelajari dengan pelbagai cara yang berlainan dan baru. Sekiranya mereka dipaksa melakukan perkara yang sama setiap hari, kanak-kanak akan merasa jemu, hilang minat dan lebih bahaya lagi, menjadi benci kepada proses belajar itu sendiri.

34 X

TOPIK 2

TEORI-TEORI DALAM SENI

Di peringkat ini, kanak-kanak juga cenderung meletakkan matlamat yang tidak realistik. Guru boleh melatih kanak-kanak dengan memulakan tugas yang mudah dan secara beransur-ansur beralih kepada tugas yang lebih kompleks. Dengan cara ini kanak-kanak tidak mudah berputus asa dan lebih bermotivasi untuk menyiapkan tugas apabila berjaya menyiapkan tugas terdahulu yang dirasakan mampu dilaksanakan. Komunikasi dengan ibu bapa juga perlu dan ibu bapa perlu diingatkan supaya tidak mendesak anak mereka melakukan sesuatu kerja dengan melampau atau meletakkan harapan yang terlalu tinggi ke atas anak-anak. (c) Peringkat Pengolahan Formal (12 Tahun ke Atas) Di peringkat ini, pelajar telah mula faham konsep-konsep abstrak dan mula membentuk identiti diri. Mereka mula memahami kepentingan falsafah hidup dan prinsip, politik dan konsep agama. Guru boleh membantu dengan mengadakan perbincangan dalam topik-topik ini agar dapat dijadikan panduan oleh pelajar. Antara bentuk perbincangan ialah membantu dalam menentukan hala tuju pelajar, persediaan yang perlu dilakukan serta menetapkan matlamat. Tugasan di dalam kelas juga seharusnya diolah supaya dapat mencabar minda dan imaginasi pelajar. Ini dapat membantu mereka berfikir secara kritikal dan sekiranya tugasan tersebut mencabar, ianya akan merangsang para pelajar untuk lebih komited menyiapkan tugasan yang diberikan. Secara umumnya teori ini memberikan beberapa implikasi penting di dalam perkembangan mental kanak-kanak. Di dalam konteks ini, persekitaran di mana kanak-kanak tersebut membesar amat penting dalam merangsang tumbesaran mereka. Kanak-kanak perlu rasa dihargai dan diterima oleh persekitaran mereka, terutamanya ibu-bapa, guru dan kawan-kawan. Mereka mahu kehendak dan pendapat mereka didengari dan dituruti. Walaupun pendapat kanak-kanak mungkin kelihatan tidak bernas dan terlalu kebudak-budakan, individu dewasa harus menerima pendapat ini dengan fikiran terbuka tanpa ejekan atau cemuhan. Amalan menggalakkan kanak-kanak membuat pilihan, diberi kebebasan berfikir serta digalakkan menyelesaikan masalah harus diteruskan. Oleh kerana tahap pemikiran mereka yang masih terbatas, rangsanganrangsangan tertentu seperti alatan, cadangan atau petunjuk perlu diberikan kepada kanak-kanak untuk melatih mereka menyelesaikan masalah.

TOPIK 2

TEORI-TEORI DALAM SENI

35

AKTIVITI 2.2 Selain daripada kaedah-kaedah yang dicadangkan di atas, nyatakan satu cara tambahan bagaimanakah guru dapat mengaplikasikan teori sosial-interaksi Piaget di dalam meningkatkan kualiti pengajaran dalam kelas.

2.5.3

Pendekatan Konstruktivis

Satu lagi pendekatan utama yang sangat popular di dalam dunia pendidikan ialah pendekatan konstruktivis yang diasaskan oleh Jerome L. Bruner. Menurut Bruner, proses belajar memerlukan penglibatan aktif pelajar dalam membina idea-idea atau konsep baru berdasarkan pengetahuan sedia ada. Pelajar memilih dan menterjemah maklumat, membuat andaian, membuat keputusan dan proses-proses ini sangat bergantung kepada kebolehan kognitif seseorang. Bruner berpendapat bahawa manusia secara lahiriah mampu belajar melalui penemuan sendiri dan membuat kaitan di antara pelbagai rangsangan untuk mencapai kepada maklumat yang bermakna. Pendapat ini bertentangan dengan pendapat yang dikemukakan oleh B.F. Skinner, pengamal teori behaviorisme yang menganjurkan bahawa pelajar belajar secara bersendirian. Pandangan konstruktivis melihat ilmu bukanlah sesuatu yang berkaitan dengan dunia atau persekitaran, tetapi terbina daripada dunia dan persekitaran. Ilmu bukanlah sesuatu yang kekal dan jitu malah dibina oleh individu melalui pengalamannya dengan persekitaran. Pendekatan konstruktivis menganjurkan individu terlibat dengan aktiviti-aktiviti penemuan melalui cara berinteraksi dengan persekitaran. Pengalaman amat membantu di dalam menterjemah persekitaran ini. Pengalaman ini membantu individu melihat permasalahan tertentu daripada perspektif yang berlainan.

2.5.3.1 Pendekatan Konstruktivis dalam Pengajaran


Bruner telah menggariskan tiga prinsip utama di dalam konteks pembelajaran menggunakan pendekatan konstruktivis. 1. 2. Pengajaran perlu menitikberatkan pengalaman pelajar serta mengikut konteks kesanggupan pelajar untuk belajar (kesediaan). Pengajaran perlu mengikut struktur atau urutan yang mampu difahami oleh pelajar dengan mudah (organisasi).

36 X

TOPIK 2

TEORI-TEORI DALAM SENI

3.

Pengajaran perlu dirangka untuk memudah cara penghasilan ilmu (melangkaui maklumat yang dibekalkan guru).

Di dalam proses pengajaran menggunakan pendekatan ini, guru bertindak sebagai pembimbing di dalam memberikan maklumat-maklumat yang terbatas. Guru tidak seharusnya melambakkan segala maklumat kepada pelajar. Sebaliknya guru harus bijak memilih maklumat yang wajar diketengahkan untuk merangsang pelajar untuk berfikir dengan sendiri dan menyelesaikan masalah dengan sendiri. Tugas guru ialah menterjemahkan maklumat ke bentuk yang sesuai dengan tahap pemahaman pelajar. Kaedah ini mengaplikasikan empat cara tertentu di dalam penyampaian sesuatu topik. 1. 2. 3. 4. Menekankan perbezaan iaitu melatih pelajar agar bijak membezakan jenis dan sifat maklumat yang diterima. Menstruktur maklumat agar lebih mudah diterima dan difahami Susunan paling berkesan di dalam menyampaikan material pengajaran Sifat dan bentuk ganjaran (reward) atau hukuman (punishment) yang akan dikenakan sekiranya pelajar berjaya atau gagal melakukan sesuatu.

Di dalam konteks yang lebih luas, pendekatan konstruktivis menyarankan agar pendidik menimbang terlebih dahulu pengalaman dan tahap ilmu yang dimiliki oleh pelajar, agar pengajaran serta aktiviti dalam kelas dapat disesuaikan dengan tahap pelajar. Kemudian tumpuan diberikan di dalam pembinaan kurikulum sekolah agar pelajar dapat menjalinkan pengetahuan sedia ada dengan ilmu yang baru dipelajari. Bruner juga mengesyorkan agar kurikulum dirangka mengikut aturan spiral supaya pelajar akan terus membina maklumat baru daripada apa yang mereka pelajari. LATIHAN 2.3 1. Dengan menggunakan pendekatan Gestalt, jelaskan bagaimanakah persepsi seseorang terhadap sesuatu rangsangan dapat mempengaruhi tingkah laku individu tersebut? Mengikut Piaget, kanak-kanak harus digalakkan berinteraksi dengan persekitaran mereka? Kenapa? Pendekatan konstruktivis menggalakkan guru mengehadkan pengetahuan atau maklumat yang disampaikan dalam usaha menjana pemikiran kritikal para pelajar. Huraikan rasional kaedah ini.

2. 3.

TOPIK 2

TEORI-TEORI DALAM SENI

37

Melalui topik ini, anda telah didedahkan dengan beberapa teori yang sangat signifikan di dalam dunia pendidikan amnya, dan bidang pendidikan seni visual khususnya. Di dalam konteks pengajaran seni visual kepada kanak-kanak, pengetahuan tentang teori-teori ini amat penting kerana ianya bukan sahaja dapat membantu guru secara langsung di dalam pengajaran, tetapi juga membantu guru memahami proses perkembangan kognitif dan bagaimanakah maklumat perkembangan di dalam setiap peringkat proses dapat dimanipulasikan oleh guru di dalam pembelajaran secara berkesan. Seterusnya guru didedahkan dengan pendekatan-pendekatan yang boleh diambil mengikut teori-teori yang dikemukakan di dalam meningkatkan kualiti pembelajaran di dalam kelas seni.

Top i k

Bahasa Tampak (AsasAsas Senireka)

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. 2. 3. Memahami unsur-unsur seni reka; Mengetahui aplikasi prinsip-prinsip seni reka dalam sesuatu karya seni; dan Memahami fungsi organisasi dalam rekaan..

X PENGENALAN
Setiap karya seni mempunyai ciri-ciri khusus yang dapat diklasifikasikan sebagai aplikasi asas-asas seni reka. Walaupun pengertian seni adalah sangat abstraktif, namun sesuatu objek seni mempunyai unsur-unsur seni reka yang jelas, tercipta hasil daripada penggunaan prinsip-prinsip tertentu, mempunyai mesej dan mesej ini disalurkan dengan menggunakan medium. Bab ini akan mengupas ciri-ciri bahasa tampak, iaitu asas-asas seni reka yang wujud di dalam setiap karya seni.

3.1

UNSUR-UNSUR SENI

Unsur-unsur seni reka terdiri daripada enam elemen asas yang penting dalam penggubahan sesuatu karya seni visual iaitu: Garisan Rupa Bentuk Jalinan Ruang Warna

TOPIK 3 BAHASA TAMPAK (ASAS-ASAS SENIREKA)

39

Setiap aplikasi unsur seni yang melalui cara pengolahan dan gaya persembahan yang tertentu dapat menimbulkan gambaran atau kesan visual yang ingin disampaikan oleh pengkarya seni.

3.1.1

Garisan

Garisan ialah cantuman dari satu titik ke titik yang lain dengan mempunyai jarak-jarak tertentu. Garisan-garisan yang menarik wujud di alam sekeliling alam semula jadi serta objek buatan manusia. Dalam alam semula jadi garisan dapat dilihat pada sarang labah-labah, jalinan kulit kayu, urat pada permukaan daun, rekahan pada batu dan sebagainya manakala alam buat manusia seperti jala, jalan raya dan sebagainya. Pelbagai alat, bahan dan teknik dapat digunakan untuk mencipta kesan atau sesuatu gambaran dalam seni visual. Aplikasi berbagai jenis garisan dapat mencipta rupa, jalinan, ton, corak serta menimbulkan gambaran bentuk, ruang dan gerakan dalam seni visual. Garisan secara tiga dimensi boleh dihasilkan dengan menggunakan dawai, benang, rod, paip, silinder dan sebagainya. Terdapat pelbagai jenis garisan seperti tegak, menyerong, beralun, zig-zag dan sebagainya. Garisan dapat menimbulkan kesan jalinan, ekspresi, irama dan pergerakan. Dapat membentuk terang-gelap, tebal-nipis, dekat-jauh, tinggirendah dan sebagainya.

3.1.2

Rupa

Dapat dinyatakan sebagai rupa dua dimensi. Rupa mesti mempunyai garisan luar (outline) dan sempadan yang mengelilinginya. Ianya dapat dikategorikan kepada rupa geometri dan organik. Rupa geometri lebih kepada rupa yang mempunyai sudut dan penjuru. Rupa organik pula yang mempunyai rupa bebas dan tidak terikat pada bentuk yang khusus. Rupa ialah sesuatu kawasan yang berbeza dari ruang di sekeliling dan bersifat 2D (tidak berjisim). Merupakan hasil pertemuan antara penghujung garisan dan permulaannya. Rupa dapat dijadikan sebagai identiti seperti logo bagi sesebuah pertubuhan atau organisasi. Susunan rupa motif yang sama secara berulangulang berpandukan garisan grid tertentu akan menghasilkan corak yang menarik.

40 X

TOPIK 3

BAHASA TAMPAK (ASAS-ASAS SENIREKA)

3.1.3

Bentuk

Bentuk mempunyai struktur jisim dan isipadu. Mempunyai lebih dari satu permukaan datar. Bentuk dapat dilihat daripada pelbagai sudut pandangan seperti karya 3 dimensi atau daripada satu sudut pandangan seperti dalam karya 2 dimensi yang disebut bentuk ilusi. Terdapat 2 jenis bentuk iaitu bentuk konkrit dan bentuk ilusi. Bentuk dapat dihasilkan melalui lukisan, catan, arca, komputer dan kraf tradisi. Bentuk konkrit ialah bentuk sebenar yang bersifat 3 dimensi. Bentuk ini boleh dilihat daripada pelbagai sudut, disentuh dan dirasa dengan organ deria. Bentuk konkrit dapat dihasilkan melalui teknik arca, reka bentuk industri dan origami (lipatan kertas). Bentuk ilusi ialah bentuk yang dilihat melalui gambar atau ilustrasi. Ianya bersifat rata dan boleh dihasilkan melalui lakaran, catan dan lukisan berkomputer 3 dimensi. Bentuk ilusi dapat juga dihasilkan melalui teknik gosokan, lorekan, catan dan komputer grafik 3D. SEMAK KENDIRI 3.1 Apakah ciri-ciri yang membezakan di antara rupa dan bentuk?

3.1.4

Jalinan

Jalinan merujuk kepada kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu objek. Ia dapat menunjukkan kesan rasa dan ekspresi sesuatu objek kepada kita. Jalinan terbahagi kepada dua iaitu; jalinan sentuh dan jalinan tampak. Jalinan boleh dilihat pada objek buatan manusia dan alam semula jadi. Dengan adanya jalinan, objek-objek akan kelihatan lebih cantik, bergaya dan menarik. Jalinan sentuh ialah jalinan yang dapat dirasai melalui sentuhan, contohnya kulit buah durian (alam semula jadi) dan jahitan sulaman (alam buatan manusia). Jalinan tampak pula jenis jalinan yang hanya dapat dilihat tetapi tidak dapat dirasa melalui sentuhan. Jalinan tampak wujud pada objek-objek alam dan objek buatan manusia, contohnya kulit timun (alam semula jadi) dan corak pada kain (alam buatan manusia). Jalinan juga mempunyai sifat-sifat tersendiri seperti kasar, lembut, tajam, berbulu, halus dan sebagainya. Teknik dan media mencipta jalinan yang berbeza seperti potong dan tampal (kolaj), mengait dan menganyam dapat menghasilkan jalinan sentuh. Manakala stensil, pualaman, lukisan dan catan, capan, membatik,

TOPIK 3 BAHASA TAMPAK (ASAS-ASAS SENIREKA)

41

mencetak, menenun dan ikat serta celup dapat menghasilkan jalinan tampak. Fungsi jalinan pada karya seni visual dapat menimbulkan corak hiasan pada sesuatu objek, contohnya tembikar hiasan. Selain itu, jalinan bertujuan sebagai keselamatan dan penyamaran pada haiwan, contohnya ikan buntal, tapak sulaiman dan sebagainya. Jalinan juga bertindak sebagai cengkaman bagi mengelakkan gelinciran dengan menjadikan sesuatu permukaan kesat dan tidak licin, contohnya tayar kereta. Ianya juga sebagai memenuhi nilai keindahan dan menarik perhatian, contohnya kepak rama-rama, kumbang dan sebagainya.

3.1.5

Ruang

Ruang merupakan kawasan yang dikelilingi oleh garisan, atau kawasan kosong di sekeliling objek, atau jarak antara dua objek. Dalam kata lain, ruang ialah sesuatu yang wujud di sekeliling rupa dua dimensi dan bentuk tiga dimensi. Ia juga dikaitkan dengan ruang ilusi atau tampak, dan berkait rapat dengan 2 dimensi (2d) dan 3 dimensi (3d). Secara umumnya, ruang ialah bahagian yang tidak dipenuhi oleh rupa atau bentuk sama ada 2 dimensi atau 3 dimensi. Ianya boleh ditunjukkan apabila objek di hadapan adalah lebih besar dan akan kelihatan semakin kecil apabila berada semakin jauh. Dapat digambarkan melalui penggunaan warna yang terang (dekat) dan penggunaan warna yang kabur (semakin jauh).

3.1.6

Warna

Dalam karya seni visual, warna ialah pigmen pewarna kimia yang bertindak balas pada sesuatu permukaan. Ia juga merupakan satu unsur yang menjadikan dunia ini berwarna-warni dan menarik. Imej manusia, boleh dibina dengan penampilan warna yang tepat dan sesuai mengikut situasi tertentu. Objek alam sekeliling. Sesuatu objek boleh dikenal pasti melalui warna yang ada padanya seperti hijau pucuk pisang, biru laut, kuning langsat, kuning pinang masak dan sebagainya. Umum mengetahui bahawa warna terbahagi kepada tiga kumpulan utama iaitu warna asas, warna sekunder dan warna tertier. Warna asas terdiri daripada warna biru, merah dan kuning; dan ianya boleh menghasilkan warna sekunder dan warna tertier. Warna sekunder pula terdiri daripada warna hijau, jingga dan ungu; dan dapat dihasilkan daripada campuran dua warna asas. Sementara itu, warna tertier terhasil daripada percampuran warna asas dan sekunder. Selain daripada itu, warna yang menimbulkan kesan kontra, percanggahan dan pergerakan dikenali sebagai warna penggenap di mana ianya bertentangan dengan pasangan warna dalam roda warna. Warna-warna seperti merah, kuning

42 X

TOPIK 3

BAHASA TAMPAK (ASAS-ASAS SENIREKA)

dan jingga merupakan antara warna-warna panas di mana ianya memberi gambaran tentang tenaga, suasana yang terang, garang, dekat dan sebagainya. Warna-warna seperti hijau, biru dan ungu pula merupakan antara warna-warna sejuk yang memberi gambaran tenang, selesa, dingin, nyaman dan jauh. Terdapat juga warna neutral seperti ton hitam ke putih yang dapat menurunkan kuasa warna-warna lain. Warna yang terang dan jelas kemudian beransur lembut lalu pudar dapat memberikan kesan ilusi ruang, jarak dan perspektif. LATIHAN 3.1 1. 2. Nyatakan tiga unsur seni reka. Apakah yang dimaksudkan dengan warna penggenap?

3.2

PRINSIP-PRINSIP REKAAN
SEMAK KENDIRI 3.2

Bagaimanakah aplikasi rekaan pada sesuatu karya seni dapat membantu dalam penghasilan karya yang unik?

Prinsip rekaan merujuk kepada pengolahan enam jenis unsur-unsur seni iaitu warna, garisan, rupa, ruang, jalinan dan bentuk. Setiap prinsip rekaan mempunyai ciri-ciri atau fungsi tertentu yang digunakan dalam penghasilan karya seni visual. Terdapat tujuh prinsip rekaan di dalam seni visual iaitu: Harmoni Kontra Penegasan Imbangan Pergerakan Kepelbagaian Kesatuan

TOPIK 3 BAHASA TAMPAK (ASAS-ASAS SENIREKA)

43

3.2.1

Harmoni

Harmoni wujud di alam sekeliling apabila munculnya susunan atau ulangan unsur-unsur seni mengikut cara atau gaya yang tertentu. Ulangan unsur garisan, rupa, bentuk, jalinan, ruang dan warna dapat menghasilkan gubahan yang harmoni. Dalam kata lain, susunan atau ulangan unsur-unsur seni mengikut cara tertentu sama seimbang atau berhubung kait akan membentuk harmoni. Tujuan menghasilkan kesan harmoni adalah untuk menarik perhatian pada sesuatu gubahan, objek atau imej. Selain itu, ianya memberi gambaran yang kemas, selesa, sempurna, menyeronokkan dan seimbang. Harmoni juga dapat dicipta melalui unsur warna iaitu: Warna panas (warm color) Warna sejuk (cool color) Sewarna (monochrome) Campuran pelbagai jenis warna.

Prinsip rekaan harmoni dapat menimbul gambaran yang selesa, teratur dan sempurna. Harmoni wujud dalam alam semula jadi seperti alam tumbuhtumbuhan contohnya: Bentuk dan susunan daun pada tumbuh-tumbuhan. Warna-warna daun pada pokok lebih kurang sama. Setiap daun dan batang pokok mempunyai jalinan, jalinannya sama dan tersusun. Susunan urat, daun dan ranting pada pokok teratur.

Harmoni juga wujud dalam alam haiwan atau binatang contohnya: Warna pada bulu haiwan seperti kucing, arnab dan sebagainya. Jalinan pada susunan bulu-bulu seperti ayam dan burung. Haiwan yang dapat menukar warna dirinya sama dengan alam sekeliling seperti sesumpah.

Terdapat juga harmoni dalam alam buatan manusia, contohnya: Benda buatan manusia yang mempunyai imbangan simetri, contoh kereta, pinggan mangkuk dan lain-lain. Set perabot yang mempunyai warna yang sama.

44 X

TOPIK 3

BAHASA TAMPAK (ASAS-ASAS SENIREKA)

Harmoni juga wujud dalam hasil barangan kraf, contohnya: Barangan kraf seperti songket, batik, labu sayong, tikar mengkuang dan sebagainya. Corak-corak pada kain batik yang disusun secara berulangan menimbulkan kesan harmoni. Motif bunga yang berulang pada kain songket juga membentuk harmoni.

3.2.2

Kontra

Kontra wujud apabila salah satu daripada unsur-unsur seni mempunyai ciri-ciri yang bertentangan di antara satu sama. Ianya bertujuan untuk menimbulkan kesan yang menarik pada sesebuah karya seni. Kontra berkait rapat dengan penegasan (semakin tinggi kadar kontra semakin jelas penegasan). Suasana kontra boleh diwujudkan melalui perbezaan saiz, warna, bentuk, jalinan dan garisan. Kontra juga wujud dalam alam semula jadi, contohnya: Buah epal merah dan buah epal hijau. Warna pada buah anggur hitam yang mana sekelilingnya penuh dengan dedaun yang hijau, Contoh lain, dalam sekumpulan lelaki ada seorang wanita.

Terdapat juga kontra dalam barangan kraf, contohnya: Motif-motif batik kontra dari segi susunannya. Warna dan corak pada sesuatu pakaian. Barangan kraf seperti anyaman, songket dan ukiran kayu juga mempunyai unsur-unsur kontra.

3.2.3

Penegasan

Dalam konteks seni visual, penegasan ialah sesuatu yang boleh menarik perhatian dan tumpuan kepada pemerhatian tampak. Ianya berfungsi sebagai daya penarik, pemusatan karya, mengelak kebosanan dan menjadikan gubahan lebih dramatik. Penegasan wujud di alam sekeliling kita, ia terdapat pada alam semula jadi dan alam buatan manusia.

TOPIK 3 BAHASA TAMPAK (ASAS-ASAS SENIREKA)

45

Penegasan pada karya seni halus dan karya grafik merupakan satu prinsip rekaan yang memberi fokus pada objek tertentu. Ia penting dalam penghasilan seni grafik untuk menarik perhatian penglihatan kepada mesej atau maksud yang ingin disampaikan. Penegasan juga wujud pada barangan kraf tangan tempatan seperti tembikar, ukiran kayu, batik, tekat dan sebagainya dengan memberi variasi yang berbeza dan mengelakkan kebosanan. Dalam pendidikan seni visual, ia dapat ditimbulkan dengan menggunakan elemen-elemen yang berkontra, mengasingkan elemen yang harus ditegaskan dan meletakkan objek penegasan di pusat berpandukan garisan grid pancaran. Ciri-ciri penegasan: dapat menimbulkan fokus atau tumpuan. dapat menarik perhatian. dapat mengelakkan kebosanan.

3.2.4

Imbangan

Imbangan dalam konteks seni visual ialah keadaan gubahan yang sama sempadan, sama berat dan graviti, sama kecerahan warna, sama padan dan sama gaya penampilan. Contoh imbangan pada benda buatan manusia seperti sepasang kasut yang menunjukkan imbangan. Terdapat tiga jenis imbangan iaitu imbangan simetri, imbangan tidak simetri dan imbangan semua arah. Imbangan simetri bersifat seimbang kiri dan kanan gubahan. Imbangan simetri juga wujud apabila garisan grid dilukis di tengahtengah untuk memastikan kedudukan yang seimbang. Imbangan tidak simetri pula wujud apabila objek atau reka letak yang tidak sama di bahagian kiri dan kanan atau atas dan bawah, namun begitu kesan imbangan masih wujud. Imbangan semua arah dikenali sebagai imbangan memancar. Ia merujuk kepada titik pemusatan contohnya bunga matahari, roda basikal, payung dan sebagainya.

46 X

TOPIK 3

BAHASA TAMPAK (ASAS-ASAS SENIREKA)

Rajah 3.1: Imbangan

Sumber: http://faculty.indy.cc.ks.us/jnull/balance2.htm

3.2.5

Pergerakan

Pergerakan wujud apabila terdapatnya keadaan yang bergetar, bergoyang, bergegar, berayun, bersinar-sinar dan sebagainya. Terdapat pelbagai pergerakan di sekeliling kita dan keadaan ini menyebabkan dunia kita menjadi rancak, riang, gembira dan dapat menghidupkan suasana sekeliling. Pergerakan dapat diwujudkan juga dalam gubahan seni visual melalui pengolahan seni visual dengan aplikasi pelbagai teknik dan media. Pergerakan bertujuan untuk memberi nyawa, rupa dan bentuk visual dalam seni tampak dua dimensi. Imej yang ditonjolkan akan lebih hidup dan realistik serta menjadikan gambar tersebut kelihatan lebih menarik.

3.2.6

Kepelbagaian

Kepelbagaian wujud di sekeliling kita sama ada dalam alam semula jadi atau objek buatan manusia. Kepelbagaian merupakan keadaan penggabungan pelbagai gaya, nilai dan idea yang berbeza. Susunan atau ulangan unsur-unsur seni yang bertentangan arah dan berbeza saiznya akan mewujudkan kepelbagaian. Kepelbagaian dapat menimbulkan kontra, memberi gambaran yang bertenaga serta menambahkan tarikan pada sesuatu hasil karya tersebut. Setiap hasil seni akan lebih bervariasi dan bergaya.

3.2.7

Kesatuan

Kesatuan merupakan olahan motif atau ulangan unsur-unsur seni secara sistematik, berpandukan grid berdasarkan tema atau idea sesuatu hasil karya. Susun atur yang kemas, teratur, lengkap dan sempurna dapat mewujudkan kesatuan. Kesatuan juga dapat menimbulkan perasaan yang selesa dan suasana tenteram.

TOPIK 3 BAHASA TAMPAK (ASAS-ASAS SENIREKA)

47

Rajah 3.2: Karya bertajuk "Starry Night" oleh Vincent van Gogh, 1889, Oil, 29"x36", Museum of Modern Art, NY. Karya beliau menggunakan warna lembut dan harmoni seperti warna biru, ungu dan warna hijau dan imej berputar menjadikan ianya mempunyai kesatuan yang tinggi

Sumber: http://faculty.indy.cc.ks.us/jnull/unity2.htm

3.3

ORGANISASI REKAAN

Komunikasi Visual Komunikasi visual merujuk kepada pembelajaran yang membolehkan pelajar berkomunikasi secara visual melalui hasil kerja seni. Ianya menjurus kepada perhubungan dengan masyarakat melalui karya seni visual itu sendiri. Komunikasi visual terdiri daripada dua tumpuan utama iaitu; reka bentuk grafik dan multimedia. Reka bentuk grafik meliputi pengenalan reka bentuk grafik, poster, simbol, logo dan maskot, kaligrafi, tipografi, pembungkusan, grafik persekitaran, ilustrasi, dan komputer grafik. Multimedia merupakan satu unit pembelajaran yang tersendiri. Reka bentuk grafik merupakan proses seni yang menggabungkan teks dan grafik melalui reka bentuk logo, grafik, risalah, buletin, poster, papan tanda dan lain-lain bentuk komunikasi visual. Perkataan grafik berasal daripada perkataan grafikos, bahasa Yunani yang bermaksud boleh menulis dan melukis. Grafik boleh didefinisikan sebagai gambaran bukan fotografi dua dimensi (2d) yang direka khas untuk menyampaikan mesej atau idea kepada penonton atau pelajar.

48 X

TOPIK 3

BAHASA TAMPAK (ASAS-ASAS SENIREKA)

3.3.1

Poster

Poster merupakan reka bentuk komunikasi yang berfungsi menyampaikan mesej dan intipati daripada gubahan idea. Ianya juga merupakan elemen dalam promosi, kempen dan sebagainya. Ia juga melibatkan tipografi, ilustrasi, warna, reka letak dan foto yang digubah untuk memberitahu maklumat yang mudah secara spontan.

3.3.2

Simbol

Ialah reka bentuk grafik yang diringkas dan dipermudahkan daripada imej sumber alam semula jadi dan alam buatan manusia. Simbol terdiri daripada flora dan fauna serta benda-benda yang terdapat di sekeliling manusia. Ianya lebih ringkas dan mudah daripada tanda yang menggunakan teks.

3.3.3

Logo

Logo ialah visual grafik yang menjadi identiti kepada firma perniagaan, kelab, persatuan, organisasi dan bandan-badan tertentu.

3.3.4

Maskot

Maskot pula digunakan untuk menarik minat pada sesuatu sambil menampilkan ciri-ciri kemesraan.

3.3.5

Tipografi (Muka Taip)

Tipografi merupakan seni menyusun atur atau merekaletak sesebuah muka surat dengan menggunakan huruf untuk mendapatkan hasil yang menarik. Terdapat 3 kumpulan muka taip yang diaplikasikan dalam rekaan grafik iaitu muka taip serif, san serif dan hiasan.

3.3.6

Pembungkusan

Pembungkusan boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu pembungkusan jenis lembut dan pembungkusan jenis keras. Pembungkusan seni lembut terdiri daripada beg plastik, kertas, plastik pembalut dan kertas pembalut. Manakala pembungkusan jenis keras terdiri daripada kotak, tin, botol dan sebagainya. Sesuatu pembungkusan boleh terdiri daripada bermacam-macam saiz serta rupa

TOPIK 3 BAHASA TAMPAK (ASAS-ASAS SENIREKA)

49

bentuk selain melindungi isi kandungan barangan daripada kerosakan. Pembungkusan memuatkan maklumat-maklumat penting untuk pengguna.

3.3.7

Grafik Persekitaran

Ialah reka bentuk grafik yang ada pada alam sekeliling. Ianya berkonsepkan pengiklanan untuk menyampaikan maklumat di samping mempromosi kepada pembaca dan pengguna.

3.3.8

Ilustrasi

Ilustrasi merupakan seni yang menggambarkan idea dan kata-kata dalam bentuk gambar. Pada zaman dahulu, ilustrasi digunakan untuk merakamkan legenda dan peristiwa bersejarah. Kini ianya lebih bersifat komersial dan berkembang pesat seiring dengan penemuan teknik percetakan.

3.3.9

Komputer Grafik

Komponen grafik dalam perisian menggunakan komputer grafik ialah teks, warna, bentuk, ilustrasi dan garisan yang boleh membantu pelajar. Penggunaan komputer grafik membantu pelajar meningkatkan mutu hasil kerja kerana komponen grafik telah tersedia dalam pelbagai perisian.

3.3.10 Multimedia
Multimedia ialah penggunaan komputer untuk sesuatu persembahan dengan menggunakan elemen multimedia iaitu teks, grafik, animasi dan video. Ianya menggunakan rangkaian hubungan dan alat untuk membolehkan pengguna melayari, berinteraksi, mencipta dan berkomunikasi.

3.4

KRAF TRADISIONAL DAN DIMENSI BARU

Objektif pengajaran seni kraf adalah untuk membolehkan pelajar menggunakan pelbagai kemahiran, media, teknik dan teknologi untuk merekacipta barangan kraf dan produk seni visual yang berkualiti. Ianya bertujuan untuk memaparkan pengetahuan tentang sejarah seni dan perkembangan kraf dalam kehidupan, teknik dan proses penghasilannya. Pengetahuan ini dapat dijadikan panduan terutama dalam proses penghasilan folio dan produk akhir. Ia juga meliputi

50 X

TOPIK 3

BAHASA TAMPAK (ASAS-ASAS SENIREKA)

topik pembelajaran seperti tembikar/seramik, batik, ukiran kayu, anyaman, tenunan dan tekat.

3.4.1

Tembikar/Seramik

Tembikar dan alatan seramik merupakan hasil kraf tradisional yang paling awal dapat dikesan oleh tamadun manusia. Ia menggunakan tanah liat yang didapati di kawasan persekitaran atau tepian sungai, sawah dan sebagainya. objek ini berfungsi sebagai bekas kegunaan harian, hiasan dan dalam kematian.

3.4.2

Anyaman

Anyaman adalah warisan yang terkenal di kawasan luar bandar terutamanya di negeri-negeri Terengganu, Perak, Melaka dan Kedah. Anyaman bukanlah produk tetapi lebih merupakan kemahiran dalam penghasilan produk. Biasanya produk yang dianyam diperbuat daripada daun mengkuang atau pandan, dan dijadikan sebagai perkakas atau objek harian seperti tikar, tudung saji dan sebagainya.

3.4.3

Ukiran

Merupakan sejenis seni warisan yang menerapkan unsur-unsur alam sekitar yang menjadi identiti ukiran mereka. Antara motifnya ialah awan larat yang mempunyai unsur-unsur flora dan fauna, kosmo, geometri dan lain-lain.

3.4.4

Tekat

Tekat lebih dikenali sebagai tekat bersuji atau sulaman timbul. Ia merupakan seni sulaman benang pada kain dasar dan dibentuk dengan menggunakan kertas yang diliputi benang emas.

3.4.5

Batik

Batik merupakan kraf tradisional dan amat terkenal di Asia dan mempunyai sinonim yang tinggi dengan Gugusan Kepulauan Melayu. Produk batik mempamerkan kreativiti dan kehalusan seni tekstil yang tinggi. Tidak hairanlah ia menjadi salah satu produk pelancongan yang terlaris. Di antara jenis-jenis batik termasuklah batik tulis/lukis, terap/blok, pelangi, skrin dan sebagainya. Motif yang digunakan adalah seperti flora dan fauna, geometri dan sebagainya.

TOPIK 3 BAHASA TAMPAK (ASAS-ASAS SENIREKA)

51

3.4.6

Tenunan

Tenunan adalah proses menjalinkan sehelai benang sehingga menjadi sebidang kain. Tenunan merupakan hasilan jalinan benang losen (benang dasar) dengan benang pakan (benang sisip). Kebanyakan tenunan didominasi oleh orang Melayu dan banyak dijalankan di Terengganu, Kelantan dan Pahang.

3.5

REKA BENTUK DALAMAN DAN LANDSKAP

Salah satu cara peningkatan kehidupan dalam citarasa pemilik atau ruang fungsi pengguna supaya dapat meningkatkan status ruang tersebut agar selesa, selamat dan sesuai dengan cita rasa pemiliknya dan pengguna. Reka bentuk ruang dalaman terhasil daripada kombinasi beberapa elemen asas seni bina seperti tiang, dinding, lantai, siling dan atap. Kategori reka bentuk hiasan dalaman terbahagi kepada tiga iaitu reka bentuk ruang, kediaman, reka bentuk ruang awam dan komersil. Contoh reka bentuk ruang kediaman ialah ruang tamu, ruang makan, ruang kerja atau bilik bacaan, bilik tidur, ruang dapur, bilik air dan anjung. Contoh reka bentuk ruang awam dan komersial adalah seperti ruang pejabat, restoran, bank, hotel, bilik pameran, ruang ibadat serta ruang legar pusat membeli-belah. Aspek asas yang perlu ada dalam reka bentuk hiasan dalaman ialah ruang, peredaran udara, pencahayaan, perabot, warna, tekstur dan bahan.

3.6

REKABENTUK PERSEKITARAN

Landskap merupakan pemandangan yang boleh dilihat secara semula jadi ataupun buatan manusia. Ianya boleh dibahagikan kepada beberapa kategori yang merangkumi landskap, kediaman, komersial, institusi, pinggir jalan dan kemudahan awam.

3.6.1

Jenis-jenis Landskap

Landskap lembut merangkumi penggunaan tumbuh-tumbuhan yang meliputi pelbagai jenis pokok, tumbuhan renek dan tumbuhan tutup bumi. Satu lagi jenis landskap ialah landskap keras atau kejur.

52 X

TOPIK 3

BAHASA TAMPAK (ASAS-ASAS SENIREKA)

3.6.2
(a)

Peranan dan Fungsi Landskap

Secara umumnya, landskap mempunyai beberapa fungsi dan peranan utama. Fungsi Fizikal Tumbuhan Landskap (b) (c) mengawal hakisan tanah memberi perlindungan dan teduhan meredakan iklim mengawal pencemaran alam menjadi tirai dan dinding mengarah pergerakan atau petunjuk arah imbangan ekologi dan kehidupan fauna

Fungsi Estetik Tumbuhan Landskap membentuk ruang merangka pemandangan melembutkan mengikat bangunan dan struktur dengan permukaan bumi menjadi penyatu pelbagai elemen

Fungsi Ekonomi Tumbuhan Landskap Selain daripada yang dinyatakan di atas, tumbuhan landskap mampu menyediakan pemandangan yang baik dan indah serta memberikan faedah kepada masyarakat dan negara dari segi rekreasi, kesihatan, pendidikan dan pelancongan. LATIHAN 3.2 1. 2. Nyatakan tiga fungsi utama lanskap. Bagaimanakah lanskap yang menarik dapat menyumbang dalam industri pelancongan negara? membantu

TOPIK 3 BAHASA TAMPAK (ASAS-ASAS SENIREKA)

53

Di dalam topik ini, anda telah didedahkan dengan elemen-elemen asas yang dimiliki oleh sesuatu karya seni. Unsur-unsur seni merupakan manipulasi elemen dalam mengolah dan menyampaikan gaya persembahan tertentu dalam menimbulkan gambaran atau kesan visual yang ingin disampaikan oleh seseorang pengkarya seni. Kemudian, anda didedahkan dengan prinsip-prinsip rekaan yang disusuli dengan jenis-jenis organisasi rekaan. Sebagai guru seni visual, pengetahuan tentang asas-asas rekaan amat penting, terutamanya apabila berdepan dengan kanak-kanak yang mungkin belajar tentang seni merupakan pengalaman pertama buat mereka.

Top i k

Meningkatkan Daya Imaginatif Kanak-Kanak

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. 2. 3. Memahami bentuk-bentuk rangsangan yang terdapat di dalam pendidikan seni visual; Memahami konteks penggunaan rangsangan; dan Mengaplikasi penggunaan rangsangan di dalam proses pengajaran.

X PENGENALAN
Walaupun kanak-kanak mempunyai perasaan ingin tahu serta daya imaginasi yang tinggi, ianya perlu dipupuk dan dikembangkan untuk meningkatkan kreativiti serta kebolehan berfikir mereka. Adalah menjadi tanggungjawab guru pendidikan seni visual untuk menyuntik rangsangan yang dapat melipatgandakan daya imaginasi kanak-kanak agar proses pembelajaran menjadi lebih bermakna. Kanak-kanak pula akan lebih bermotivasi untuk melibatkan diri di dalam aktiviti-aktiviti kreatif, untuk mencipta serta mereka benda-benda baru ataupun media-media yang baru. Dengan memperkenalkan alatan-alatan tertentu, ianya dapat mencambahkan imaginasi kanak-kanak. Kit pembinaan tradisional seperti blok-blok berwarna mendorong daya reka cipta kanak-kanak untuk membina rumah atau istana serta mempelajari struktur objek di sekeliling mereka. Dengan teknologi terkini, kanak-kanak boleh didedahkan kepada penggunaan perisian-perisian tertentu yang dapat membantu mereka mencipta imej-imej di komputer yang bukan

TOPIK 4

MENINGKATKAN DAYA IMAGINATIF KANAK-KANAK

55

sahaja boleh diwarnakan dengan pelbagai warna yang menarik, malah mampu bergerak dan bersuara. Apa jua bentuk rangsangan yang diperkenalkan mampu meningkatkan daya fikir mereka kerana kanak-kanak perlu memahami terlebih dahulu bagaimana objek di sekeliling mereka berfungsi supaya imitasi dapat dilakukan kepada hasil seni mereka.

4.1

PENGALAMAN MELALUI PENGGUNAAN ALAT, MEDIA DAN ALAT BANTU


SEMAK KENDIRI 4.1

Namakan lima deria yang ada pada manusia normal, dan bagaimanakah deria-deria ini membantu dalam kehidupan anda sehari-hari? Ekspresi seni memerlukan medium. Seperti mana pelukis memerlukan kanvas, berus dan warna; kanak-kanak juga perlu dibekalkan dengan alatan yang bersesuaian untuk dapat merangsang daya imaginasi mereka. Harga bukanlah menjadi isu kerana kreativiti dapat dihasilkan dengan memanipulasikan objek alam. Perkara paling mudah ialah dengan menyediakan krayon dan kertas dan kanak-kanak diberi kebebasan untuk berkomunikasi dengan kreativiti sendiri. Membekalkan alatan sampingan untuk merangsang minda mampu memberi anjakan motivasi dan membuatkan proses pembelajaran menjadi lebih menyeronokkan. Untuk menggalakkan perkembangan ini, guru-guru seharusnya tidak terlalu bergantung kepada kreativiti kanak-kanak itu sendiri malah haruslah memikirkan alatan bersesuaian yang boleh disediakan untuk merangsang daya imaginasi kanak-kanak di dalam kelas.

4.1.1

Pelbagai Jenis Alat dan Media

Suasana pembelajaran akan menjadi lebih menarik sekiranya guru mampu menyediakan alatan tertentu yang sesuai dengan objektif pembelajaran dan sukatan mata pelajaran yang ditetapkan. Oleh itu, pelbagai jenis alatan dan media wajar diketengahkan dalam proses pembelajaran untuk merangsang minda kanak-kanak. (a) Alatan Asas Walaupun penyediaan peralatan untuk pembelajaran seni visual di sekolah amat berkait rapat dengan peruntukan yang disediakan oleh sekolah yang telah ditetapkan oleh kementerian, setiap bilik seni di sekolah pasti menyediakan alatan-alatan asas seperti kertas lukisan, berus, warna dan

56 X

TOPIK 4

MENINGKATKAN DAYA IMAGINATIF KANAK-KANAK

krayon. Di peringkat permulaan, alatan ini sebenarnya memadai untuk merangsang minat kanak-kanak untuk melukis dan mencipta. Dengan bimbingan yang sesuai, terpulanglah kepada para pelajar untuk bermain dengan pelbagai warna dalam eksplorasi penghasilan karya kreatif mereka. (b) Gambar Satu lagi bentuk rangsangan yang efektif ialah dengan memperkenalkan gambar-gambar foto kepada kanak-kanak. Gambar-gambar foto ini bolehlah digunakan daripada imej yang pelbagai, contohnya gambar keluarga, haiwan, bangunan, pemandangan dan pelbagai lagi objek alam yang lain. Menggunakan gambar foto di dalam pembelajaran adalah menjimatkan kerana sumber foto boleh didapati di surat khabar, majalah ataupun risalah, ataupun menggunakan gambar pelajar itu sendiri.

Guru perlu memahami bahawa terdapat dua objektif utama di dalam mengetengahkan gambar-gambar foto kepada kanak-kanak. Gambar foto boleh diperkenalkan sekiranya guru inginkan para pelajar meniru imej di dalam foto untuk dimanifestasikan di dalam karya lukisan mereka. Mungkin ramai yang beranggapan bahawa teknik meniru tidak akan memupuk kreativiti kanakkanak, malah tidak ada elemen pembelajaran yang boleh didapati daripada aktiviti seperti ini. Namun, teknik imitasi merupakan antara teknik terbaik yang wajar diperkenalkan kepada kanak-kanak di peringkat awal, di atas kelebihankelebihan tertentu. Walaupun kanak-kanak berinteraksi dengan objek alam, namun pengamatan mereka terhadap persekitaran adalah terbatas. Teknik imitasi gambar ini dapat menajamkan pengamatan para pelajar di dalam proses penghasilan imej yang serupa, seterusnya melahirkan pelajar yang lebih peka dan lebih menitikberatkan ketelitian. Teknik ini juga menajamkan daya ingatan para pelajar terhadap objek alam kerana mereka perlu tahu ciri yang perlu ada pada imej yang ingin ditiru. Satu lagi objektif memperkenalkan gambar foto ialah dengan tujuan untuk memperkayakan tatabahasa visual kanak-kanak. Memperluaskan tatabahasa visual dapat menajamkan ingatan visual kanak-kanak terhadap imej yang diperkenalkan, sekaligus meluaskan pengetahuan mereka terhadap imej-imej tersebut. Bagi mencapai objektif ini, guru-guru digalakkan memprojeksikan gambar tersebut di hadapan kelas agar semua pelajar mendapat gambaran yang jelas. Sekiranya kemudahan projektor, komputer dan perisian Microsoft Powerpoint ada disediakan di sekolah, guru bolehlah mengaplikasikan teknologi tersebut untuk tujuan ini. Semasa dipaparkan, guru perlu memberi penerangan terperinci mengenai imej terbabit. Contohnya dalam memaparkan imej rumah minangkabau disertakan dengan penjelasan guru, para pelajar bukan sahaja dapat melihat bentuk dan

TOPIK 4

MENINGKATKAN DAYA IMAGINATIF KANAK-KANAK

57

rupa imej tersebut, malah penguasaan tatabahasa visual mereka dikuatkan lagi dengan pengetahuan berkenaan ciri-ciri khas rumah, budaya serta warna yang signifikan dengan rumah tersebut. Maklumat ini seterusnya dapat dipindahkan oleh pelajar ke dalam karya lukisan mereka. LATIHAN 4.1 1. Bagaimanakah teknik meniru gambar foto berkemampuan untuk menajamkan daya ingatan para pelajar terhadap imej di dalam foto?

(c)

Rakaman Video dan Penggunaan ICT Penggunaan rakaman video dan teknologi maklumat memberikan nafas baru di dalam pembelajaran seni visual di sekolah. Walaupun kemudahan teknologi yang disediakan di sekolah mungkin agak terhad, sekurangkurangnya guru masih boleh menggunakan rakaman video dan menayangkan kepada para pelajar di bilik media atau bilik pandang dengar yang terdapat di sekolah-sekolah. Jadi, rakaman video bagaimanakah yang sesuai untuk ditayangkan kepada para pelajar? Sekali lagi, guru harus memikirkan kesesuaian kandungan video berdasarkan sukatan mata pelajaran pendidikan seni visual. Sekiranya fokus guru adalah untuk mengajar proses pembuatan sesuatu bahan atau benda, jadi rakaman video tentang proses pembuatan bahan tersebut bolehlah ditayangkan. Contohnya, proses pembuatan batik, pasu tanah liat, wau, dan sebagainya. Setiap satu proses yang ditayangkan perlu mendapat penerangan sampingan daripada guru dan harus disusuli dengan sesi soal-jawab untuk menjawab keraguan atau soalan yang bermain di fikiran para pelajar. Walaupun di dalam pendidikan seni visual, guru akan mendemonstrasikan sendiri proses pembuatan sesuatu bahan atau material, namun rakaman video merupakan alternatif terbaik di atas sebab-sebab tertentu. Menayangkan rakaman video memberi penegasan terhadap proses pengeluaran sesuatu objek. Ada kalanya guru ingin mendedahkan pengetahuan tentang proses tertentu yang mungkin tidak dapat di demonstrasikan di dalam kelas kerana kos yang mahal dan ketiadaan bahan-bahan. Oleh itu dengan tayangan video, proses pembuatan sesuatu bahan masih dapat didedahkan kepada para pelajar. Penggunaan ICT merujuk kepada penggunaan alatan digital dan elektronik dalam proses pembelajaran seni visual dan ianya memberi pengalaman

58 X

TOPIK 4

MENINGKATKAN DAYA IMAGINATIF KANAK-KANAK

yang baru dan berbeza kepada para pelajar dan juga guru. Penggunaan IT dalam pengajaran memberi kesempatan kepada kanak-kanak untuk meneroka benda. Menggunakan komputer memang menyeronokkan, tetapi kanak-kanak perlu mempunyai kemahiran untuk mengendalikan komputer terlebih dahulu sebelum mereka dapat memanipulasikan perisian-perisian yang ada. Di dalam pendidikan seni visual, penggunaan komputer, pengimbas, kamera digital, pencetak dan Internet mencabar guru untuk memikirkan alternatif kepada suasana pembelajaran yang lebih kreatif dan menyeronokkan. LATIHAN 4.2 1. Kenapakah guru digalakkan memberi penerangan semasa tayangan video ditayangkan kepada para pelajar?

4.2

PENGALAMAN DERIA
SEMAK KENDIRI 4.2

Apakah penggunaan deria terhad kepada untuk melihat, menyentuh, mendengar, merasa dan menghidu sahaja? Pada pendapat anda, mampukah deria mempengaruhi cara dan gaya anda belajar? Perasaan ingin tahu mempunyai tarikan yang kuat untuk menggalakkan kanakkanak mempelajari sesuatu. Seni memberi ruang kepada mereka untuk menjalinkan hubungan intim dengan dunia di sekeliling mereka. Untuk memahami persekitaran, kanak-kanak perlu lebih peka dan ini memerlukan mereka membuka dan menajamkan setiap deria yang dimiliki deria rasa, bau, dengar, lihat dan sentuh. Umum mengetahui bahawa setiap insan normal mempunyai lima deria iaitu deria rasa, deria bau, deria dengar, deria lihat dan deria sentuh. Kelima-lima deria ini memainkan peranan yang amat penting di dalam kehidupan manusia sehari-hari, dan sangat-sangat diperlukan untuk proses pembelajaran. Di dalam konteks pembelajaran seni visual, guru haruslah bijak mengasuh kanak-kanak menggunakan deria mereka. Penggunaan deria yang baik akan dapat melahirkan kanak-kanak yang mampu membuat pemerhatian secara aktif, dan ianya menggalakkan interaksi yang kritis dan kreatif dengan alam, alat dan bahan. Pelbagai pendekatan boleh diambil oleh guru untuk merangsang

TOPIK 4

MENINGKATKAN DAYA IMAGINATIF KANAK-KANAK

59

penggunaan pancaindera kanak-kanak. Dalam konteks pembelajaran, pendekatan mengadakan perbincangan dan lawatan boleh menajamkan deria para pelajar.

4.2.1

Cara Belajar

Deria memainkan peranan yang sangat signifikan di dalam proses pembelajaran kanak-kanak. Namun perlu disedari bahawa setiap kanak-kanak adalah individu yang berbeza, oleh itu tahap penggunaan serta kecenderungan mereka di dalam penggunaan deria adalah berbeza di antara satu individu dengan individu yang lain. Kecenderungan ini mempengaruhi minat kanak-kanak, cara mereka memproses dan menterjemah maklumat serta medium terbaik untuk menyampaikan sesuatu maklumat. Kajian-kajian yang dijalankan mendapati bahawa terdapat tiga jenis kecenderungan utama di dalam belajar atau tiga cara belajar: visual, auditori dan kinestetik.

4.2.1.1 Belajar Secara Visual


Pelajar visual, secara amnya, dapatlah diklasifikasikan sebagai pelajar yang gemar menggunakan deria penglihatan lebih daripada deria yang lain untuk mendapatkan maklumat semasa proses pembelajaran berlaku. Pelajar di dalam golongan ini lebih cenderung menggunakan maklumat bertulis, nota, diagram dan gambar. Semasa sesuatu pembentangan dilakukan atau semasa guru sedang mengajar, pelajar ini suka menyalin nota dengan terperinci. Ada kalanya pelajar visual hanya dapat belajar dengan efektif sekiranya mereka dapat melihat maklumat di dalam format bertulis. Berhadapan dengan pelajar visual, adalah lebih berkesan sekiranya guru dapat memastikan bahawa memek muka serta isyarat-isyarat bukan verbal dapat dilihat dengan jelas oleh pelajar-pelajar ini. Guru juga perlu membanyakkan paparan visual di dalam pengajaran seperti diagram, video, carta dan pemilihan material pembacaan sekiranya mampu biarlah mempunyai ilustrasi menarik. Guru juga seharusnya memberi masa yang secukupnya kepada pelajar-pelajar ini untuk menyalin informasi pengajaran dengan cara yang terperinci agar mereka dapat memahami dan menyerap maklumat yang disampaikan.

4.2.1.2 Belajar Secara Auditori


Pelajar auditori menggunakan deria mendengar lebih daripada yang lain semasa proses pembelajaran. Mereka lebih terangsang untuk belajar dengan medium verbal. Semasa di dalam kelas, pelajar auditori mendengar dengan tekun untuk memahami, dan proses menulis nota dilakukan kemudian. Adakalanya pelajar

60 X

TOPIK 4

MENINGKATKAN DAYA IMAGINATIF KANAK-KANAK

auditori tidak memahami maklumat bertulis dan perlu mendengar dengan sendiri penjelasan guru. Untuk mengajar pelajar auditori dengan lebih berkesan, ada beberapa teknik yang boleh diaplikasikan oleh guru. Sekiranya ingin memberitahu sesuatu maklumat, pastikan maklumat tersebut tidak hanya dicetak di atas kertas (yang hanya menguntungkan pelajar visual), tetapi hendaklah dibaca dengan kuat. Galakkan perbincangan di dalam kelas, sebarang masalah boleh dibincang dan dihuraikan dengan jelas dan belajar untuk mendengar pendapat pelajar-pelajar. Kerja-kerja kumpulan juga hendaklah digalakkan dijalankan melalui aktivitiaktiviti perbincangan. Guru juga haruslah lebih peka dengan isyarat verbal mereka semasa mengajar kerana pelajar auditori juga mempunyai kecenderungan untuk menterjemah maksud tersembunyi melalui ton suara guru, kepantasan dan nada yang digunakan.

4.2.1.3 Belajar Secara Kinestetik


Pelajar kinestetik mendapatkan kemahiran melalui imitasi dan latihan. Pelajar golongan ini dapat belajar dengan lebih efektif melalui sentuhan dan pergerakan. Malangnya bukanlah satu kelaziman untuk guru-guru di sekolah mengajar dengan menggunakan pendekatan ini. Ketidakserasian cara belajar dengan teknik pengajaran guru membuatkan pelajar kinestetik tidak dapat memproses maklumat dengan baik dan impaknya mengakibatkan mereka selalu ketinggalan di dalam kelas. Untuk pengajaran yang lebih berkesan, golongan ini memerlukan aktiviti yang lebih berbentuk hands-on. Guru juga seharusnya menganjurkan aktiviti-aktiviti yang memerlukan penglibatan langsung para pelajar atau tugasan yang berbentuk praktikal, pengajaran juga lebih kepada demonstrasi dan bukan sekadar hanya penerangan. Sekiranya guru merasakan demonstrasi merupakan cara terbaik untuk menyampaikan sesuatu maklumat, pilihlah pelajar kinestetik untuk melakukan demonstrasi tersebut. SEMAK KENDIRI 4.3 Adakah anda pelajar visual, auditori atau kinestetik? Bagaimanakah cara anda belajar berbeza dengan rakan-rakan anda?

TOPIK 4

MENINGKATKAN DAYA IMAGINATIF KANAK-KANAK

61

Topik ini mendedahkan kepada anda tentang peranan deria dalam proses pembelajaran di sekolah serta bagaimana meningkatkan daya imaginatif kanakkanak dengan memberi rangsangan yang sesuai kepada deria. Bentuk-bentuk rangsangan yang sesuai diperkenalkan oleh guru juga dikemukakan kerana pelajar yang mempunyai deria yang tajam akan dapat mengoptimumkan kreativiti mereka semasa belajar dan berkarya. Deria juga mempengaruhi cara belajar kanak-kanak. Sebagai bakal guru, anda perlu tahu gaya belajar pelajar supaya dapat anda rancang pengajaran dengan teknik dan kaedah yang bersesuaian dengan para pelajar.

Top i k

Kreativiti dan Kanak-Kanak

OBJEKTIF KURSUS
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. 2. 3. Memahami definisi kreativiti; Mengetahui tahap kreativiti; dan Mengetahui ciri-ciri kreativiti.

X PENGENALAN
Matlamat wawasan 2020 menekankan kepentingan melahirkan warga Malaysia yang kreatif dan inovatif. Begitu juga dengan Falsafah Pendidikan Negara yang memberikan penekanan kepada usaha melahirkan lebih ramai lagi individu yang kreatif dan inovatif bagi membangunkan negara. Usaha yang disarankan ini dilihat sangat relevan dengan aspirasi pendidikan seni visual kerana subjek ini dilihat sebagai satu cabang disiplin yang membolehkan fikiran kreatif berkembang kerana sifatnya yang tidak konservatif dan tidak jumud. Hoffa (1964) menjelaskan bahawa program dan aktiviti seni visual seharusnya dijadikan landasan terbaik bagi proses pembelajaran di sekolah untuk mengembangkan kreativiti di kalangan murid. Selain menggalakkan penjanaan idea, mata pelajaran ini banyak memberi peluang dan kebebasan kepada murid untuk melakukan eksplorasi dan percubaan bagi menghasilkan sesuatu karya yang baik. Dalam hal ini, pemupukan pemikiran kreatif perlu disemai semenjak kanak-kanak lagi. Guru-guru pendidikan seni visual perlu menguasai kaedah merangsang minda ke arah pembentukan individu kreatif.

TOPIK 5

KREATIVITI DAN KANAK-KANAK

63

5.1

KREATIVITI
SEMAK KENDIRI 5.1

Mengapa pengetahuan tentang kreativiti amat penting kepada guru pendidikan seni visual?

Lowenfeld (1975) percaya bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif. Penyataan ini disokong dengan sifat semula jadi kanak-kanak yang gemar meneroka, dan penuh dengan perasaan ingin tahu. Oleh itu, salah satu daripada tanggungjawab guru pendidikan seni adalah memupuk daya kreativiti di kalangan murid-murid (Md Nasir Iberahim & Iberahim Hassan, 2003). Guilford (1964) pula menerangkan bahawa kebolehan intelektual yang diproses oleh minda manusia mempunyai lima bentuk operasi iaitu kognitif (cognition) yang melibatkan proses mental dari sudut penerimaan dan pemprosesan maklumat, memori (memory) merujuk kepada kaedah mengingat dan penyimpanan data, pemikiran korvergen (convergent production) merujuk kepada satu bentuk keupayaan pemikiran yang memusatkan perhatian kepada penyelesaian masalah secara khusus, pemikiran divergen (divergen production) yang dapat dilihat sebagai kebolehan pemikiran yang bersifat pelbagai dan bercapah; dan akhirnya penilaian (evaluation) merujuk kepada penilaian atau pertimbangan bagi sesuatu tindakan. Pemikiran kreatif dapat diklasifikasikan di dalam golongan pemikiran divergen kerana sifat dan fitrah pemikiran kreatif itu pelbagai, dan tidak hanya tertumpu pada satu-satu kaedah sahaja. Justeru, adalah penting bagi guru-guru pendidikan seni visual untuk mengetahui tahap dan corak pemikiran kreatif murid supaya pengajaran yang dirancang menjurus ke arah itu.

5.2

PENGERTIAN KREATIVITI
AKTIVITI 5.1

Sebelum meneruskan pembacaan dalam bab ini, berikan takrifan anda sendiri tentang kreativiti. Bagaimana dapat kita menilai tahap kreativiti seseorang individu? Terdapat pelbagai takrifan kreativiti. Pandangan dan pengertian yang berbeza ini adalah berpunca daripada istilah kreativiti dalam pelbagai bentuk sesuai dengan kajian dan pandangan tokoh-tokoh akademik dalam bidang dan disiplin tertentu. Kreativiti berasal daripada perkataan Latin iaitu creare yang

64 X

TOPIK 5

KREATIVITI DAN KANAK-KANAK

membawa maksud membuat. Manakala daripada perkataan Greek pula creare bermaksud memenuhi. Kamus Dewan, (2002) mentakrifkan kreativiti sebagai satu kemampuan (kebolehan) mencipta daya kreatif, kekreatifan manakala kreatif pula sebagai mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli. Dalam konteks ini, ianya merujuk kepada kebolehan dan kemampuan seseorang menghasilkan sesuatu yang kreatif, baru dan asli. Ada juga pendapat yang mentakrifkan kreatif dan kreativiti sebagai penghasilan sesuatu yang tidak ada sebelumnya. Secara ringkasnya kreativiti melibatkan daya berfikir, dan kemahiran berfikir. Justeru, kreativiti sebenarnya boleh dibentuk dan dilatih. Ramai pengkaji mengklasifikasikan kemahiran berfikir secara kreatif sebagai kemahiran menggunakan otak kanan. Individu yang mempunyai kebolehan kreatif biasanya mempunyai perasaan istimewa dan eksklusif kerana individu ini dianggap mempunyai kualiti sejati yang jarang ditemui (Md Nasir Iberahim & Iberahim Hassan, 2003). SEMAK KENDIRI 5.2 Adakah tafsiran awal anda tentang kreativiti mempunyai persamaan dengan takrifan yang dibincangkan di atas?

LATIHAN 5.1 Insan seni sering dikatakan sebagai insan yang kreatif. Sumbangsarankan lima cara untuk melihat kreativiti seseorang.

TOPIK 5

KREATIVITI DAN KANAK-KANAK

65

5.3
5.3.1

PANDANGAN TOKOH-TOKOH SENI VISUAL MENGENAI KREATIVITI


E. Paul Torrance

Rajah 5.1: Ellis Paul Torrance

Sumber: http://www.faculty.de.gcsu.edu/~cbader/Torrance.html Ellis Paul Torrance atau lebih dikenali sebagai Paul Torrance merupakan penyelidik dan ahli akademik yang tersohor dalam bidang kreativiti. Kerja-kerja penyelidikannya di dalam mendalami bidang ini telah berjaya mengembangkan bidang kreativiti dan beliau telah diiktiraf dengan gelaran Bapa Kreativiti. Kerjaya perguruannya bermula dari tahun 1957 hinggalah 1984, bermula di University of Minnesota hinggalah ke University of Georgia, Amerika Syarikat, di mana beliau telah dianugerahkan gelaran profesor dalam bidang psikologi pada tahun 1966. Kemuncak kerjayanya ialah apabila beliau berjaya mencipta kaedah penanda aras dalam mengukur tahap kreativiti seseorang individu, dan beliau mengusulkan bahawa ujian IQ (intelligent quotion) bukanlah satu-satunya cara untuk mengukur daya intelektuali seseorang melalui instrumen ciptaannya Torrence Test of Creative Thinking. Sepanjang hidupnya, Profesor Dr. Ellis Paul Torrance telah menyumbangkan lebih daripada 2000 penulisan ilmiah dalam bentuk buku, monograf, artikel, ujian, manual dan material pengajaran. Bagi menghargai sumbangannya dalam bidang akademia dan psikologi, pada tahun 1984 University of Georgia telah menubuhkan Torrance Centre of Creativity and Talent Development.

66 X

TOPIK 5

KREATIVITI DAN KANAK-KANAK

5.3.2

June King McFee

June King McFee pula mentakrifkan kreativiti itu sebagai keupayaan seseorang mencipta sesuatu yang baru dan pada masa yang sama mampu untuk mengolah idea. Ringkasnya, Jun Macfee menjelaskan bahawa kreativiti seseorang boleh dilihat melalui keupayaan menyumbangkan idea dan berupaya pula untuk mengubah idea tersebut kepada idea yang baru lalu melahirkan satu idea lain yang lebih bermakna. Mcfee melihat bahawa idea boleh dimanipulasikan menjadi sesuatu yang baru dan mampu diolah. Antara sumbangan June King McFee dalam bidang pendidikan seni ialah pengiktirafan yang berjaya diperolehi daripada perjuangannya yang melihat bahawa seni tidak seharusnya terhad kepada hasil karya seni sahaja, malah terdapat pengalaman estetika di dalam semua objek di persekitaran. Menurut McFee, seni ialah satu bentuk komunikasi yang dipengaruhi oleh konteks budaya. Untuk memahami seni secara holistik, seni perlu dikaji di dalam konteks budaya serta komuniti; melihat bagaimana manusia di dalam sesuatu komuniti menjalankan kehidupan harian mereka dan menterjemah kemampuan mereka dalam menghasilkan transformasi identiti manusia dalam bentuk seni. Oleh itu, usaha-usaha perjuangan seni McFee mempunyai elemen orientasi komuniti yang tinggi.

5.3.3

Carl Rogers

Carl Rogers dilahirkan pada 8 Januari 1902 di Chicago, Amerika Syarikat dan merupakan anak keempat daripada enam orang adik beradik. Bapanya merupakan seorang jurutera sivil manakala ibunya pula ialah seorang suri rumah sepenuh masa. Rogers melanjutkan pelajaran di University of Winsconsin dalam bidang pertanian dan kemudian menukar bidangnya dalam pengajian agama. Sepanjang hidupnya, Carl Rogers lebih dikenali sebagai seorang ahli psikologi yang terkemuka dan pengasas kepada Client-centered Therapy. Ini kerana beliau telah bertukar bidang sekali lagi ke psikologi klinikal apabila beliau melanjutkan pelajaran di peringkat doktor falsafah.

Rajah 5.2: Carl Rogers Sumber: http://www.ship.edu/~cgboeree/rogers.html

TOPIK 5

KREATIVITI DAN KANAK-KANAK

67

Di dalam teori terapinya, Carl Rogers telah menggariskan lima faktor yang menjadi asas kepada individu yang sihat, yang dapat berfungsi dengan sepenuhnya dalam kehidupan. Kelima-lima faktor tersebut ialah keterbukaan kepada pengalaman, cuba menikmati kehidupan yang dialaminya, menghargai diri sendiri, mengamalkan kebebasan dan akhirnya menjadi individu kreatif. Rogers mempunyai takrifan yang unik tentang kreativiti. Beliau percaya bahawa individu yang bebas dan mempunyai rasa tanggungjawab akan cuba menyumbang kepada insan serta makhluk lain di persekitarannya. Sumbangan ini boleh dinyatakan dalam bentuk kreativiti di dalam bidang seni ataupun sains, melalui rasa sayang sesama insan serta melakukan yang terbaik dalam bidang yang diceburi. Konsep kreativiti Rogers ini mempunyai persamaan dengan konsep generativiti Erik Erikson, seorang lagi pengemuka teori dalam bidang perkembangan manusia dan sosial. Rogers juga menjelaskan bahawa kreativiti merupakan satu proses yang wujud apabila seseorang itu bertindak ke atas sesuatu. Tindakan tersebut memberikan keunikan dan menampakkan kelebihan individu tersebut termasuk penggunaan bahan dan alat serta kemampuan mengendalikan kejadian dan peristiwa yang menyebabkan tindakan ke atas perkara tersebut.

Keterbukaan kepada pengalaman

Menikmati kehidupan yang dialami

Mengamalkan kebebasan

ASAS INDIVIDU YANG SIHAT Menghargai diri sendiri Individu yang kreatif

Rajah 5.3: Lima faktor asas kepada individu yang sihat

5.3.4

Victor Lowenfeld

Beliau merupakan tokoh yang bertanggungjawab membangunkan teori Lowenfeld Stages of Artistic Development yang banyak digunakan oleh warga pendidik khususnya di dalam bidang pendidikan seni visual sebagai rujukan

68 X

TOPIK 5

KREATIVITI DAN KANAK-KANAK

dan penerangan untuk menerangkan peringkat-peringkat perkembangan kanakkanak mengikut perspektif lukisan. Lowenfeld menjelaskan bahawa kita sering kali terkeliru di antara daya inteletualiti dan kreativiti. Menurutnya lagi, galakan mengembangkan pemikiran kreatif di kalangan kanak-kanak perlu dilakukan secara berterusan.

Rajah 5.4: Viktor Lowenfeld

Sumber: http://www.arteducationstudio.com/viktor.htm Di dalam teori perkembangannya, sekatan dan halangan terhadap pengembangan kreativiti adalah disebabkan oleh dua faktor utama iaitu halangan bersifat psikologi atau emosi, dan halangan persekitaran atau budaya. Halangan bersifat psikologi merujuk kepada tekanan di mana murid tidak memperoleh jawapan ke atas persoalan dan kemusykilan yang sememangnya telah wujud di dalam diri mereka. Ibu bapa sering kali cepat bosan terhadap soalan-soalan yang diutarakan oleh anak mereka menjadikan mereka serik untuk bertanya. Selain itu, faktor persekitaran dan budaya juga menjadi halangan kerana persekitaran tidak kondusif dan membina daya kreativiti murid. Sistem persekitaran di sekolah tidak menggalakkan murid bertanya malahan sebaliknya. Kebiasaannya guru lebih banyak menyoal berbanding murid. Ini menurut Lowenfeld membantutkan perkembangan kreativiti kanak-kanak. Justeru pembentukan falsafah pendidikan perlu fokus terhadap melahirkan individu yang mempunyai sifat kritikal dan analitikal dengan memberi peluang kepada murid untuk menyoal dan guru perlu menyediakan jawapan yang bersesuaian. Secara ringkasnya, Lowenfeld menjelaskan bahawa kreativiti seseorang murid itu boleh diukur melalui empat komponen utama iaitu kelancaran, fleksibel, keaslian dan kepekaan.

TOPIK 5

KREATIVITI DAN KANAK-KANAK

69

(a)

Kelancaran (Fluency) Idea dan pendapat diterjemahkan secara spontan serta pantas. Pada peringkat ini, murid berupaya menghubungkan dan mengaitkan sesuatu perkara dengan perkara yang lain selain memikirkan kemungkinankemungkinan terhadap idea tersebut. Berupaya menginterasikan kemungkinan-kemungkinan dan alternatif kepada penyediaan masalah. Fleksibel (Flexibility) Pada peringkat ini, murid mula mempamerkan semangat toleransi dan bertolak ansur. Mereka mampu menyesuaikan diri dengan pelbagai keadaan dan situasi selain mempunyai keyakinan tinggi terhadap apa yang dilakukan. Sanggup menerima cabaran yang pelbagai dan sedia menghadapi cabaran tersebut dengan fikiran yang terbuka dan positif. Murid di dalam proses ini memandang cabaran sebagai satu proses pembelajaran. Keaslian (Originality) Murid yang kreatif sentiasa mencari idea baru dan asli selain mempunyai idea luar biasa. Tidak konservatif dan tidak stereotaip serta sering mempunyai kebolehan dan kelaziman yang berlainan. Kepekaan (Sensitivity) Pada peringkat ini, murid mempunyai daya kepekaan yang tinggi terhadap aspek keperluan rakan sebaya dan sekeliling. Ini termasuk kepekaan terhadap ciptaan, nilai estetika terhadap objek, proses artistik terhadap objek di samping penekanan terhadap apa yang dilihat. Penggunaan deria pancaindera seperti melihat, merasa, mendengar, menghidu dan sentuhan digunakan secara sepenuhnya sebagi proses pengamatan dan merekod.

(b)

(c)

(d)

Kelancaran

UKURAN KREATIVITI

Fleksibel

Keaslian

Kepekaan

Rajah 5.5: Ukuran kreativiti oleh Lowenfeld

70 X

TOPIK 5

KREATIVITI DAN KANAK-KANAK

LATIHAN 5.2 Nyatakan dua halangan yang menghalang perkembangan kreativiti mengikut Lowenfeld.

5.4

TAHAP PERKEMBANGAN KREATIVITI


SEMAK KENDIRI 5.3

Nyatakan dua halangan yang menghalang perkembangan kreativiti mengikut Lowenfeld.

Kreativiti dipercayai mempunyai tahap-tahap tertentu. Adalah penting bagi guru-guru pendidikan seni visual untuk mengetahui peringkat dan tahap kreativiti supaya pengetahuan tersebut boleh dijadikan panduan dan rujukan bagi merancang aktiviti seni visual. Aktiviti yang dirancang menjadikan aktiviti tersebut lebih tersusun dan menjamin proses pembelajaran tersebut berjalan dengan baik dan berkesan.

5.4.1
(a)

Perkembangan Kreativiti Fisher

Fisher (1943) menjelaskan bahawa terdapat 5 tahap dalam pemikiran kreatif iaitu: Peringkat Rangsangan Pada peringkat ini, pemikiran kreatif dirangsang dengan mengemukakan pelbagai bentuk soalan seperti apa, mengapa, siapa, bagaimana dan sebagainya. Guru perlu membantu murid untuk berinteraksi secara aktif dan menjelaskan perasaan ingin tahu murid terhadap sesuatu isu. Guru perlu merangsang minda pelajar dengan pelbagai soalan kritikal. Peringkat Penerokaan Peringkat penerokaan memerlukan seseorang itu untuk mempunyai pemikiran ke hadapan. Peringkat rangsangan telah berjaya merangsang murid untuk berusaha menjawab persoalan yang dikemukakan oleh guru atau permasalahan yang timbul. Untuk itu latihan dan pendedahan seperti eksperimentasi, dan kajian atau latihan menyelesaikan masalah boleh membantu. Pada peringkat ini, kanak-kanak berfikiran kreatif amat gemar untuk mencari jawapan dan jalan penyelesaian melalui pelbagai cara, gaya dan teknik.

(b)

TOPIK 5

KREATIVITI DAN KANAK-KANAK

71

(c)

Peringkat Perancangan Peringkat ini menggalakkan pemikiran kreatif untuk merancang dan memetakan semua aktiviti dan merekodkan segala kemungkinan. Aktiviti pada peringkat ini akan dilakukan melalui 3 cara iaitu: Perancangan secara verbal iaitu perancangan melalui perbincangan, pemerhatian, interaksi dan sebagainya. Perancangan secara visual dilakukan melalui visual, graf, imej lukisan dan sebagainya.

(d)

Peringkat Aktiviti Pemikiran kreatif bermula dengan set idea. Justeru melahirkan pemikiran kreatif melalui tindakan setelah merencana segala aktiviti. Pada peringkat ini segala perancangan dibantu melalui persoalan-persoalan seperti Bagaimana harus kita mengambil tindakan ke atas cadangan tersebut? Kajian Semula Peringkat ini menilai keberkesanan tindakan yang telah diambil bagi proses penambahbaikan selain melihat pencapaian objektif kerja. Pada peringkat ini, pemikiran kreatif akan memberikan cadangan bernas bagi menggalakkan perkara tidak diingini daripada terjadi semula. Muridmurid digesa untuk memberikan pendapat dan komen terhadap apa yang telah dilalui sebagai satu bentuk refleksi diri.

(e)

PERINGKAT KREATIVITI OLEH FISHER (1943) Peringkat Rangsangan

Peringkat Penerokaan

Peringkat Perancangan

Peringkat Aktiviti

Peringkat Kajian Semula Rajah 5.6: Perkembangan kreativiti menurut Fisher (1943)

72 X

TOPIK 5

KREATIVITI DAN KANAK-KANAK

5.4.2

Laura H. Chapman

Laura H. Chapman di dalam bukunya bertajuk Approches in Art Education (1978) menjelaskan bahawa proses kreativiti mempunyai pertalian dan hubungan yang hampir sama dengan proses penghasilan karya ataupun dikenali sebagai proses artistik. Proses artistik ini, menurut beliau, digunakan oleh penggiat seni dalam penghasilan karya. Proses artistik yang dijelaskan oleh Chapman tidak bersifat statik, bersifat boleh ubah dan berulang-ulang. Menurut Chapman lagi, 3 disiplin ini tidak menjadi keutamaan asalkan objektif menghasilkan karya seni tercapai. Dalam konteks ini, guru-guru pendidikan seni visual perlu memahami bahawa proses penghasilan karya tidak hanya tertumpu kepada satu cara sahaja dan pemahaman ini perlu diaplikasikan ke atas murid di dalam kelas. Pelbagai cara dan kaedah boleh diketengahkan selagi proses penghasilan karya tersebut dijelaskan dengan baik kepada murid. Bagi menggalakkan pelajar menghasilkan karya seni, seseorang guru itu sendiri perlu mempunyai pengalaman luas di dalam penghasilan karya seni. Ini kerana, bimbingan dan panduan yang akan diberikan kepada pelajar oleh guru bergantung kepada pengalaman guru itu sendiri. Namun demikian, di dalam proses ini guru mungkin mempunyai kecenderungan untuk menggunakan kaedah atau teknik yang sama semasa menghasilkan karya terdahulu, namun perlu diingatkan bahawa pengajaran pendidikan seni visual di sekolah mempunyai panduan yang telah ditetapkan agar tidak keluar daripada objektif asal pendidikan seni di sekolah. Terdapat tiga kaedah yang diperkenalkan oleh Chapman bagi menghasilkan karya seni: (a) Kaedah Penjanaan Idea (Inception of Idea) Di dalam menjana idea, pengkarya menetapkan objektif, haluan dan tujuan penghasilan karya. Terdapat juga pengkarya yang tidak dapat menetapkan haluan penghasilan karya kerana penetapan ini bergantung kepada ilham dan cetusan idea. Yang nyata, proses ini agak lambat dan memakan masa. Di dalam konteks pendidikan seni visual pula, guru dimestikan untuk membimbing pelajar dalam menetapkan hala tuju penghasilan karya selain menerangkan kaedah menjana idea. Sekiranya diabaikan, adalah dikhuatiri murid mungkin tidak mampu menghasilkan karya. (b) Pengolahan dan Pemurniaan (Elaboration and Refinement) Proses pengolahan dan pemurnian idea dilakukan bagi mendapatkan kajian visual yang lebih sistematik dan tersusun. Proses ini digunakan oleh

TOPIK 5

KREATIVITI DAN KANAK-KANAK

73

pengkarya bagi memastikan imej atau visual yang hendak dihasilkan atau dipilih bertepatan dengan tema dan objektif penghasilan. Dalam penghasilan karya di peringkat kanak-kanak, proses ini dianggap signifikan kerana proses pengolahan dan pemurnian biasanya diulang beberapa kali bagi mendapatkan hasil terbaik. Proses ini perlu didedahkan kepada murid di sekolah supaya mereka dilatih untuk mempunyai pengamatan mendalam terhadap ketelitian. (c) Kemahiran Menggunakan Bahan (Execution in a Medium) Pemilihan bahan bagi menghasilkan karya sangat bergantung kepada pemilihan yang dilakukan oleh pengkarya. Sesetengah pengkarya akan terus menggunakan bahan yang sama bagi menghasilkan karya dan tidak kurang juga yang gemar membuat eksperimentasi bagi melihat kesankesan tertentu. Yang jelas, pemilihan bahan yang dipilih memberikan kesan terhadap masa yang diambil bagi menyiapkan sesuatu karya dan persediaan yang perlu dilakukan sebelum menghasilkannya. Di dalam pendidikan seni visual, guru perlu membimbing murid melalui pengenalan terhadap bahan dan teknik penggunaan serta penghasilan. Guru perlu menjelaskan melalui demonstrasi dan tunjuk cara supaya pemilihan bahan oleh murid mempunyai makna dan nilai tersendiri.

Kemahiran Menggunakan Bahan (Execution in a Medium)

Kaedah Penjanaan Idea (Inception of Idea)

Pengolahan dan Pemurniaan (Elaboration and Refinement)

Rajah 5.7: Proses penghasilan karya seni menurut Chapman (1978)

74 X

TOPIK 5

KREATIVITI DAN KANAK-KANAK

LATIHAN 5.3

1. 2.

Fisher (1943) menjelaskan lima Huraikan lima tahap tersebut.

tahap

pemikiran

kreatif.

Chapman (1978) telah mengkategorikan tiga kaedah dalam penghasilan karya seni. Jelaskan ketiga-tiga kaedah tersebut

5.4.3

Calvin W. Taylor

Calvin W. Taylor (1915-2000) merupakan seorang ahli psikologi yang menjelaskan bahawa tidak semua manusia lahir dan dikurniakan dengan bakat yang sama. Taylor percaya bahawa pengembangan bakat berkait rapat dengan cara guru merangsang pemikiran mereka. Melalui teorinya Multiple Creative Talent, beliau percaya pembentukan bakat perlu sesuai dengan aktiviti yang dijalankan di dalam kelas. Taylor (1976) membahagikan kreativiti kepada lima peringkat utama iaitu: (a) Kreativiti Bersifat Ekspresif Kreativiti bersifat ekspresif berlaku secara rawak dan bebas. Keadaan ini boleh dilihat melalui lukisan kanak-kanak yang dihasilkan secara spontan. Lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak pada peringkat ini misalnya dihasilkan secara bebas mengikut kemampuan yang sesuai dengan perkembangan fizikal mereka yang belum stabil. Penghasilan lukisan pada peringkat ini banyak digambarkan melalui garisan dan contengan mudah. Ekspresi ini bersifat bebas; di mana kemahiran, keaslian dan kualiti tidak dianggap penting oleh murid semasa proses menghasilkan karya. Kreativiti Melalui Penghasilan Kreativiti melalui penghasilan merujuk kepada keupayaan dan kecekapan murid menghasilkan sesuatu karya dan rekaan. Pada peringkat ini, guru membantu murid untuk menambahbaik kemahiran sedia ada kepada kaedah yang lebih sistematik dan tersusun. Peranan guru menjadi penting kerana murid memerlukan bimbingan untuk mengenal pasti kaedah yang betul dan sesuai di dalam penghasilan karya selain memperbaiki teknik. Kreativiti Bersifat Inventif Kreativiti bersifat inventif merujuk kepada keupayaan mencipta benda atau objek melalui proses eksprimentasi. Peringkat ini menekan faktor-faktor penemuan dan penciptaan. Peringkat ini juga melibatkan banyak percubaan bagi menghasilkan teori dan kesimpulan terhadap sesuatu eksperimen yang dilakukan. Peranan guru pada peringkat ini adalah

(b)

(c)

TOPIK 5

KREATIVITI DAN KANAK-KANAK

75

memberikan motivasi dan galakan supaya pelajar tidak cepat bosan dan putus asa. (d) Kreativiti Bersifat Inovatif Peringkat ini melibatkan modifikasi kepada konsep-konsep asas sedia ada kepada idea baru yang lebih bermakna. Pada peringkat ini, murid mula melakukan pembaharuan melalui gaya dan teknik mereka sendiri. Guru pendidikan seni visual boleh membantu murid untuk mengenal pasti kaedah pelaksanaan yang betul. Pada peringkat ini juga pelajar mula bertindak luar dari kaedah konvensional dan menghasilkan alternatif bagi setiap perancangan. Kreativiti Bersifat Emergen Ini merupakan bentuk kreativiti tertinggi di mana keseluruhan prinsip formal diterjemahkan dan muncul di dalam bentuk abstrak dan mudah. Sebagi contoh, figura manusia digambarkan tanpa menitikberatkan bentuk formal dan bentuk asalnya oleh kanak-kanak apabila melukis.

(e)

PERINGKAT KREATIVITI OLEH TAYLOR (1976) Kreativiti Bersifat Ekspresif

Kreativiti Bersifat Penghasilan

Kreativiti Bersifat Inventif

Kreativiti Bersifat Inovatif

Kreativiti Bersifat Emergen

Rajah 5.8: Perkembangan kreativiti menurut Taylor (1976)

76 X

TOPIK 5

KREATIVITI DAN KANAK-KANAK

LATIHAN 5.4 Huraikan bagaimana pengetahuan tentang perkembangan kreativiti kanak-kanak seperti yang dibincangkan dapat membantu dalam proses pengajaran dari segi (i) (ii) peringkat umur kanak-kanak; peringkat kecenderungan kreativiti kanak-kanak.

5.5

CIRI-CIRI KREATIVITI

Adalah penting bagi guru-guru pendidikan seni untuk mengetahui ciri-ciri dan sifat-sifat kreativiti. Ciri-ciri kreativiti boleh dilihat dari segi keperibadian serta sifat-sifat kelaziman. Bagi memudahkan guru-guru mengenal pasti ciri-ciri kreativiti, berikut merupakan ciri-ciri individu kreatif. (a) Bersifat Fleksibel Seseorang yang kreatif berupaya untuk menyesuaikan dirinya dalam pelbagai keadaan dan situasi selain mempunyai keyakinan optimis. Sebagai contoh, sekiranya berlaku kemalangan kecil semasa menjalankan aktiviti seni mereka tidak cepat panik malahan cepat bertindak meredakan keadaan dan cuba menyelesaikannya secepat yang boleh mengikut keadaan dan kesesuaian. Sensitif dan Peka Individu ini mempunyai daya sensitiviti yang tinggi terhadap keadaan sekelilingnya termasuk gaya hidup, keperluan, persekitaran dan turut sensitif menggunakan deria. Antara ciri lain adalah kepekaan terhadap alam sekitar serta mempunyai deria dalaman yang sangat sensitif terhadap persepsi estetik. Gagasan/Idea yang Asli dan Tulen Seseorang yang dikategorikan sebagai kreatif sering kali mengutarakan idea dan gagasan yang asli. Ini bermakna, cetusan idea bukanlah hasil cedokan daripada mana-mana sumber. Idea mereka unik dan menarik, malah tidak stereotaip dan juga tidak kovensional. Mereka ini biasanya menghasilkan hasil kerja dan karya mengikut cetusan rasa. Hasil karya yang mereka hasilkan sering kali berbeza daripada yang biasa.

(b)

(c)

TOPIK 5

KREATIVITI DAN KANAK-KANAK

77

(d)

Bersifat Terbuka Mempunyai sifat keterbukaan di dalam menerima pandangan dan pendapat orang lain mengenai hasil karya dan kerja mereka. Mengamalkan sikap bebas serta demokratik. Logik Murid-murid peka dan sering berfikir secara logik dan rasional. Mereka tahu membezakan yang baik dan tidak baik. Selain menghargai masa mereka juga sangat menghormati masa. Berfikiran Bebas Golongan kreatif ini mempunyai daya pemikiran yang tidak terkongkong pada satu-satu perkara sahaja. Golongan ini pandai dan bijak merancang agar projek dan perkara yang dirancang selamat dan berjalan lancar. Pada kebiasaannya mereka ini sangat berhati-hati dan bijak membuat keputusan.

(e)

(f)

Bersifat Fleksibel

Sensitif dan Peka

Logik

CIRI-CIRI KREATIVITI

Gagasan Idea yang Asli dan Tulen Berfikiran Bebas

Rajah 5.9: Ciri-ciri kreativiti

78 X

TOPIK 5

KREATIVITI DAN KANAK-KANAK

5.6

STRATEGI MERANGSANG KREATIVITI


SEMAK KENDIRI 5.4

Bagaimana kaedah sumbangsaran (brainstorming) dapat menjana kreativiti para pelajar?

5.6.1

Kaedah Sumbangsaran (Brainstorming)

Bagi menggalakkan dan merangsang pemikiran kreatif di kalangan pelajar, kaedah sumbangsaran boleh digunakan. Asas sumbangsaran ialah mengasingkan proses penghasilan idea daripada proses menilai. Aktiviti sumbangsaran perlu fokus kepada kuantiti idea dan saranan yang disampaikan melalui interaksi sesama murid. Dalam proses ini, apabila menjalankan kaedah sumbangsaran guru perlu bijak mengendalikan sesi dan pendekatan agar idea dan penyelesaian masalah yang dikemukakan oleh murid tidak terbantut kerana adakalanya penyelesaian yang diberikan mungkin tidak logik dan relevan. Proses menilai, perbincangan dan kritikan perlu dikemudiankan agar proses sumbangsaran berjalan lancar. Kecenderungan untuk menilai sama ada saranan tersebut sesuai ataupun tidak akan mengganggu keseluruhan proses tersebut. John Baer (1997) telah menggariskan 4 panduan utama semasa menjalankan sesi sumbangsaran. (a) Kaedah Pertama Elakkan membuat penilaian, terutama semasa proses awal sumbangsaran. Ini boleh membantutkan usaha murid untuk menyalurkan idea kerana khuatir idea yang diberikan tidak mampu dilaksanakan. Kedah Kedua Elakkan pemilikan idea oleh kumpulan dan individu. Ini kerana apabila idea dan saranan dihakmilikkan oleh individu atau kumpulan ianya akan menyebabkan perasaan ego wujud lalu mengurangkan kerjasama di kalangan murid. Keadaan ini biasanya mewujudkan suasana tegang kerana mereka cuba untuk mempertahankan idea dan secara tidak langsung menyebabkan kesukaran untuk memperbaiki idea tersebut. Kaedah Ketiga Menjelaskan kepada murid bahawa tidak menjadi kesalahan untuk meminjam idea dan cara sedia ada bagi tujuan penambahbaikan dalam proses kemudiannya.

(b)

(c)

TOPIK 5

KREATIVITI DAN KANAK-KANAK

79

(d)

Kaedah Keempat Menggalakkan sumbangsaran idea yang luar biasa yang kadangkala tidak masuk akal. Galakan sebegini akan merangsang murid untuk berfikir luar daripada kemampuan supaya murid mempunyai idea menarik, tidak bersifat konvensional dan bersifat biasa sahaja. AKTIVITI 5.2 Senaraikan tiga kelebihan kaedah sumbangsaran.

5.6.2

Teori Perkembangan Kreativiti Paul Torrance

E. Paul Torrance juga telah mencipta dan membangunkan teori kreativiti yang membantu menjelaskan tujuh perkara utama di dalam proses penjanaan kreativiti seseorang individu. Tujuh perkara ini boleh diaplikasikan oleh guruguru pendidikan seni visual di dalam proses memupuk dan mengembangkan kreativiti para pelajar. (a) Penyoalan Rangsangan melalui proses penyoalan. Guru pendidikan seni visual boleh menyoal murid bagi menggalakkan daya fikir. Selain itu, galakan penyoalan boleh dilakukan semasa proses penghasilan sesuatu karya. Perasaan ingin tahu atau curiosity boleh diwujudkan melalui keupayaan guru bersoal jawab di dibantu dengan contoh-contoh yang relevan. Sesi yang baik bagi mewujudkan pemikiran kritikal melalui aktiviti pendidikan seni visual adalah melalui sesi kritikan seni. Penemuan Proses penemuan merujuk kepada usaha untuk memberikan galakan dan rangsangan oleh guru kepada murid bagi menggalakkan penemuanpenemuan terbaru melalui penyelidikan dan kajian. Dalam konteks ini, murid digalakkan membuat pelbagai usaha eksplorasi dan eksperimen melalui aktiviti seni tampak seperti mewarna, melukis dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti seperti lawatan akademik mampu memberikan rangsangan kepada murid kerana ianya berupaya memberikan motivasi dan rangsangan penemuan-penemuan baru. Pemerhatian Pemerhatian merujuk kepada rangsangan menggunakan pelbagai deria. Sebagai contoh, deria penglihatan digunakan bagi aktiviti lukisan. Di

(b)

(c)

80 X

TOPIK 5

KREATIVITI DAN KANAK-KANAK

dalam konteks pendidikan seni visual, proses pemerhatian tidak tertumpu hanya pada deria pengamatan semata-mata malahan proses pemerhatian turut melibatkan deria yang lain seperti deria sentuhan, dan sebagainya. (d) Percubaan Percubaan merujuk kepada usaha berterusan bagi mendapatkan hasil terbaik. Individu yang kreatif akan terus bereksperimentasi bagi mendapatkan kesan dan hasil yang dikehendaki. Sebagai contoh, penghasilan karya yang dihasilkan berkemungkinan besar tidak sempurna seperti yang dikehendaki, namun percubaan demi percubaan dilakukan bagi memastikan hasil tersebut berjaya diperolehi. Secara tidak langsung, percubaan ini mendidik murid supaya tidak mudah putus asa dan eksperimentasi yang dilakukan berupaya membina pengalaman berguna di dalam menghasilkan karya yang lain. Penerokaan Penerokaan atau eksplorasi merujuk kepada galakan untuk memanipulasi pelbagai barangan dan alat yang terdapat di sekeliling. Bagi tujuan ini, guru-guru pendidikan seni boleh menggalakkan pelajar untuk menggunakan bahan terpakai atau bahan kitar semula bagi tujuan penghasilan karya. Ini secara tidak langsung membimbing murid menjadi individu yang mampu menyesuaikan diri dengan keadaan sekelilingnya. Memanipulasi Memanipulasi merujuk kepada keadaan di mana seseorang individu mampu bertindak melalui bahan atau keadaan sedia ada. Maksudnya murid mampu menggunakan objek dan bahan yang terdapat di sekeliling untuk dijadikan hasilan seni. Dalam konteks pendidikan seni visual usaha ini mengajar pelajar supaya lebih berjimat dan mengelakkan pembaziran. Aktiviti/Bermain Kreativiti boleh dirangsang melalui aktiviti bermain. Bagi kanak-kanak, masa bermain merupakan masa yang penuh dengan keseronokan dan cabaran. Justeru, rangsangan perlu diwujudkan melalui permainan berbentuk akademik. Sebagai contoh, guru boleh menggalakkan aktiviti seperti membuat mural di sekolah. LATIHAN 5.5 1. Apakah perbezaan di antara penerokaan dan manipulasi di dalam Teori Perkembangan Kreativiti Torrance?

(e)

(f)

(g)

TOPIK 5

KREATIVITI DAN KANAK-KANAK

81

5.7

MENINGKATKAN MOTIVASI

Proses menjurus ke arah pemikiran kreatif perlu mengambil kira faktor keperluan murid itu sendiri. Terdapat pelbagai cadangan dan aktiviti yang boleh digunakan bagi merangsang pemikiran kreatif murid, namun guru perlu melihat faktor murid sebagai faktor utama kerana proses memupuk kreativiti memerlukan keinginan dan kerjasama murid. Penganjuran aktiviti perlu melihat minat, keinginan dan semangat ingin tahu semula jadi murid. Berikut adalah beberapa strategi dan saranan yang boleh digunakan oleh guru bagi menyuburkan proses kreativiti. (a) Memilih Bahan dan Alat Murid seharusnya diberikan peluang untuk memilih bahan dan alatan yang boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti seni visual. Dengan memberikan peluang kepada murid untuk memilih alatan dan bahan tersebut, ianya memberikan peluang kepada murid untuk menghasilkan karya mereka dengan alatan yang dipilih sendiri. Secara tidak langsung, ianya juga memberi peluang kepada murid untuk mengatur dan menetapkan gaya hasil karya mereka. Masa Rancang pelajaran dengan baik dan teratur supaya murid mempunyai masa yang cukup untuk berfikir, membuat eksperimentasi, dan meneroka. Jangan memberi tekanan yang melampau kepada murid untuk melengkapkan aktiviti seni visual mereka kerana ianya boleh membunuh minat murid terhadap seni visual. Rangsangan Pamerkan hasil karya murid sebagai satu bentuk sokongan berterusan. Pameran hasil karya murid boleh merangsang pelajar untuk menghasilkan banyak lagi hasil karya seni visual. Selain itu guru perlu memastikan bahawa hasil karya yang dipamerkan turut diubah dan digantikan dengan hasil karya yang baru. Selain hasil karya, bahan pameran seperi objek sejarah dan poster alam semula jadi boleh diletakkan sebagai satu rangsangan dari sudut artistik dan kronologi masa dalam seni. Pengajaran dan Pembelajaran Fleksibel Guru pendidikan perlu fleksibel dalam proses pengajaran. Mereka seharusnya bersedia untuk mengubah cara mengajar mengikut minat idea dan cadangan daripada murid. Hormat-menghormati Guru pendidikan seni visual perlu mempunyai sikap menghormati murid dan menghargai sumbangan dan komitmen yang ditunjukkan oleh mereka di dalam menghasilkan karya seni visual.

(b)

(c)

(d)

(e)

82 X

TOPIK 5

KREATIVITI DAN KANAK-KANAK

(f)

Memberikan Galakan dan Motivasi Kanak-kanak sememangnya cepat bosan dan mudah putus asa. Oleh itu guru pendidikan seni visual perlu terus memberikan semangat dan rangsangan motivasi. Elakkan daripada mengkritik keterlaluan sehingga pelajar patah semangat dan tidak berminat untuk meneruskan penghasilan karya. Jangan sekali-kali memperlekehkan hasil karya murid dan beri peluang kepada mereka untuk berkongsi kesusahan dan gangguan yang mereka hadapi semasa menghasilkan karya seni. Penghargaan Galakkan dan berikan penghargaan kepada murid di atas usaha dan komitmen yang mereka berikan di dalam kelas. Guru bertindak sebagai juri yang adil dan saksama di dalam menganugerahkan markah memberikan mereka contoh dan teladan yang baik.

(g)

Di dalam topik ini, anda telah mempelajari kreativiti dan kepentingan merangsang pemikiran kreatif di kalangan kanak-kanak selain mempelajari tingkatan kreativiti Aktiviti-aktiviti yang merangsang pemikiran kreatif perlu diterapkan semasa melaksanakan aktiviti pendidikan seni visual. Guru pendidikan seni visual juga perlu turut kreatif menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

Topik X Estetika dan

6
1. 2. 3.

Kanak-Kanak

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: Memahami definisi estetik di dalam pendidikan seni visual; Mengetahui makna dan huraian estetik; dan Memahami aplikasi penerapan estetik ke atas kanak-kanak.

X PENGENALAN
Menurut Koster (2001) kefahaman mengenai karya seni merupakan sebahagian daripada pengajaran pendidikan seni visual. Beliau menjelaskan lagi bahawa kefahaman ini penting kerana kanak-kanak dikelilingi oleh persekitaran yang banyak menggunakan visual sebagai medium komunikasi. Justeru kemahiran menghayati nilai kecantikan dan estetika perlu di dedahkan kepada mereka supaya mereka dapat membezakan kepelbagaian cabang dan aliran seni. Selain itu pengetahuan nilai estetika seni membantu mereka menjadi peka terhadap hasil karya seni dan bagaimana mereka bertindak terhadap sesuatu karya seni. Topik ini akan membincangkan persoalan estika dalam pendidikan seni dan bagaimana guru pendidikan seni visual boleh membangunkan kemahiran estetik kanak-kanak.

6.1

DEFINISI
SEMAK KENDIRI 6.1

Apakah tafsiran anda tentang nilai estetik atau estetika? Nyatakan nama-nama objek di persekitaran anda yang mempunyai nilai estetik yang tinggi.

84 X

TOPIK 6 ESTETIKA DAN KANAK-KANAK

Istilah estetik atau estetika mula digunakan buat pertama kalinya oleh ahli falsafah Jerman, Alexander Baumgarten sekitar tahun 1744 (Abdul Shukor Hashim, 1991). Perkataan estetik diambil daripada perkataan Greek iaitu aisthetikos yang merujuk kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan persepsi deria. Secara ringkasnya estetik melibatkan penggunaan semua deria. Ilmu estetik merupakan sebahagian daripada ilmu cabang falsafah yang mengutarakan isu-isu berkaitan dengan sifat seni dan nilai yang terdapat pada hasil seni. Sebagai contoh, kecantikan merupakan salah satu daripada kualiti dan nilai yang terdapat pada hasil seni. Bagi Bates (2000), beliau menterjemahkan estetik sebagai satu kajian falsafah yang berkaitan dengan kecantikan. Gazalba (1978) mentakrifkan estetik itu sebagai satu cabang ilmu normatif yang membawa nilai-nilai kecantikan dan kebaikan. Manakala Lankford (1992) menghuraikan estetik sebagai satu konsep dan kaedah di dalam falsafah seni termasuk persoalan yang bermatlamat untuk menerangkan dan memahami pengalaman estetik yang berkaitan dengan perkembangan artistik dan penghasilan produk. Ragans (2000) pula menjelaskan bahawa menilai hasil karya bukan sahaja dilihat pada kecantikan karya tersebut malahan ia juga perlu dilihat dari sudut kejayaan sesuatu karya, iaitu dari segi penyampaian dan gaya penghasilan. Sesuatu karya mungkin tidak nampak cantik namun ianya dikira berjaya daripada aspek penyusunan dan reka letak imej dan objek karya tersebut yang menjadikan ianya berjaya dan unik. Sebagai contoh, terdapat karya yang mengganggu emosi apabila dilihat dan karya ini masih dikategorikan sebagai karya yang baik dan berjaya. Apabila seseorang menghayati karya, individu terbabit akan bertindak balas dengan karya tersebut dan proses ini dikenali sebagai Tindak balas Estetik (Aesthetic Response). Tindak balas estetik merujuk kepada reaksi semula jadi manusia yang tercetus apabila seseorang melihat karya seni. Sebagai contoh, kekaguman seseorang apabila melihat hasil karya yang cantik dan mempesonakan. Di dalam pengajaran pendidikan seni visual, istilah pendidikan estetik digunakan merangkumi pelbagai bidang penghasilan hasil karya seni seperti arca, lukisan, catan dan sebagainya. Pendidikan estetik juga menjelaskan persoalan estetik yang merujuk kepada perbincangan berkaitan dengan penghuraian makna dan simbolik penghasilan karya seni. Kaitan pendidikan dan estetik dijelaskan oleh Abdul Shukor Hashim (1991) yang melihat setiap pengalaman pembelajaran sebagai pengalaman estetik. Dengan mempelajari nilai estetika dalam pendidikan, guru pendidikan seni visual boleh menggunakan kemahiran ini untuk membantu pelajar memahami

TOPIK 6 ESTETIKA DAN KANAK-KANAK W 85

hasil karya yang dihasilkan selain menghurai persoalan mengapa karya seni dihasilkan dan kepentingan menghargainya.

6.2

PERKEMBANGAN ESTETIK DAN TEORI KECANTIKAN


SEMAK KENDIRI 6.2

Adakah penting bagi seseorang guru pendidikan seni visual untuk menilai sesuatu karya seni dari aspek kecantikan?

Suatu masa dahulu, seni sering dikaitkan dengan kecantikan. Namun ahli estetik tidak lagi bersetuju dengan pendapat ini. Apabila ilmu estetik dijadikan satu entiti kajian yang berlainan pada pertengahan kurun ke-18, ahli-ahli falsafah mula membuat pencarian tentang makna dan konsep kecantikan dalam seni. Tetapi makna kecantikan itu sebenarnya sukar untuk dihuraikan kerana sifatnya yang abstrak, subjektif dan orientasi mengenai kecantikan itu berbeza mengikut budaya. Sebagai contoh, di zaman Greek purba, tujuan utama seni adalah memaparkan idea dan konsep kesempurnaan dari segi kecantikan fizikal. Justeru tidak hairanlah banyak arca patung dibina sebagi manifestasi makna kecantikan Pada zaman Byzantin pula, konsep kecantikan diterjemahkan dengan kepercayaan kuat terhadap pegangan agama lalu dipamerkan melalui imejan berunsurkan keagamaan. Di barat pula walaupun ramai artis bergantung kepada konsep kecantikan sebagai luahan ekspresi, ianya hanyalah sebagai salah satu pendekatan sahaja. Terdapat ramai artis lain yang menggunakan konsep yang bertentangan dengan kecantikan dalam penghasilan karya. Sebagai contoh, ada artis yang mendapat ilham dan idea daripada kesan kekejaman peperangan, kemiskinan dan pembunuhan sebagai tema utama karya dan isu kecantikan dalam karya ini tidak lagi tidak lagi berkisar kepada keadaan yang mempesonakan. Walaupun begitu, isu kecantikan masih lagi menjadi titik perbincangan mengenai estetik sehingga ke hari ini oleh ahli falsafah. Secara ringkasnya, terdapat dua cara konvensional untuk melihat sifat kecantikan iaitu konsep relativist dan konsep objektivist.

86 X

TOPIK 6 ESTETIKA DAN KANAK-KANAK

6.2.1

Konsep Relativist

Konsep ini percaya bahawa terdapat banyak faktor yang mempengaruhi perbezaan pendapat mengenai kecantikan. Faktor utama adalah persekitaran individu, nilai, budaya serta cara hidup seseorang individu pada satu-satu masa. Ini dapat menjelaskan mengapa pengkritik seni, walau berpengetahuan tinggi, masih lagi gagal menghargai bentuk seni kerana dibelenggu oleh faktor sezaman pada ketika itu. Pandangan golongan relativist atau individu terhadap kecantikan adalah subjektif dan abstrak. Golongan ini percaya bahawa kepelbagaian budaya dan perubahan cita rasa mempengaruhi persepsi seseorang terhadap kecantikan. Dalam erti kata lain, penghuraian dan makna kecantikan tidak terletak pada objek tetapi pada persepsi seseorang.

6.2.2

Konsep Objektivist

Konsep objektivist sangat bertentangan dengan konsep relativist. Konsep objektivist percaya bahawa kecantikan sememangnya telah sedia ada bersama karya seni dan bukan terletak pada persepsi seseorang. Teori yang berakar umbi dari zaman Greek klasik ini menjelaskan bahawa kecantikan dapat dibahagikan kepada kriteria tertentu seperti yang terdapat di dalam elemen dan prinsipprinsip dalam seni seperti harmoni, rentak, warna, keseimbangan dan sebagainya. AKTIVITI 6.1 Pilih satu karya dan nilai karya seni ini dengan menggunakan konsep relativist dan kemudian konsep objektivist. Daripada aktiviti ini, adakah anda dapati takrifan kecantikan pada karya tersebut telah berubah?

6.3 ESTETIK DAN KANAK-KANAK


Banyak kajian yang telah dijalankan mengkaji bagaimana manusia terutamanya kanak-kanak melihat dan mentafsir kecantikan. Tidak kurang juga kajian yang mengkaji perkembangan dan tindak balas estetik di kalangan kanak-kanak. Terdapat hipotesis yang mengatakan bahawa manusia secara semula jadi sememangnya mudah tertarik dengan objek dan perkara atau sesuatu yang luar biasa dan pelik.

TOPIK 6 ESTETIKA DAN KANAK-KANAK W 87

Bagi kanak-kanak, perasaan mudah tertarik dengan perkara baru menjadikan mereka sebagai golongan yang unik dan luar biasa kerana perkara-perkara luar biasa dan pelik ini merupakan perkara baru bagi mereka. Pengalaman estetik kanak-kanak diperolehi melalui penglihatan, pengalaman dan eksplorasi. Lowenfeld (1975) percaya bahawa perkembangan estetik kanak-kanak tidak boleh dipisahkan dengan perkembangan kreativiti. Ini menurut beliau, adalah kerana kedua-duanya dipengaruhi oleh faktor tumbesaran dan persekitaran yang membentuk ciri-ciri dan corak pemikiran mereka. Lowenfeld juga turut menambah bahawa pendidikan yang melibatkan tindak balas estetik turut melibatkan spektrum yang lebih luas iaitu pengalaman menghasilkan karya seni dan bentuk karya yang dihasilkan. Ini bermakna, dua elemen iaitu penghasilan karya dan bentuk karya turut penting di dalam pendidikan estetika kerana ia merupakan asas kepada huraian dan tindak balas terhadap karya. Tindak balas estetik bagi kanak-kanak dipengaruhi oleh faktor umur, pengalaman serta latar belakang dan budaya. Faktor umur mempengaruhi kanak-kanak dari segi kematangan dan kebolehan untuk mengolah gambar dan objek. Sebagai contoh, kanak-kanak lebih berminat untuk memilih warna-warna yang lebih cerah, terang dan berwarna-warni dan karya yang dihasilkan kebanyakan berbentuk abstrak, sukar difahami selain cara kanak-kanak menghasilkan karya mengikut perkembangan artistik mereka. Faktor pengalaman pula merujuk kepada pengalaman dan pengetahuan yang dimiliki oleh kanak-kanak untuk membezakan sesuatu karya. Sebagai contoh, kajian yang dijalankan oleh Howard Gardner dan Ellen Winner (1976). Dapatan yang diperolehi oleh Gardner dan Winner mendapati bahawa kanak-kanak berumur dari empat hingga tujuh tahun beranggapan bahawa hasil karya yang di tunjukkan kepada mereka adalah menarik dan mudah untuk dihasilkan. Mereka juga beranggapan bahawa semua orang mampu menghasilkan karya dan karya tersebut dianggap siap apabila ianya memenuhi ruang kertas lukisan tersebut. Ini menunjukkan bahawa pengalaman dan pengetahuan kanak-kanak juga mempengaruhi tindak balas estetik kanak-kanak terhadap karya. LATIHAN 6.1 1. Bagaimanakah budaya mempunyai impak yang signifikan terhadap nilai estetik seseorang? Berikan pendapat anda.

88 X

TOPIK 6 ESTETIKA DAN KANAK-KANAK

6.4 TINDAKBALAS ESTETIK (AESTHETIC RESPONSE)


SEMAK KENDIRI 6.3 Pernahkah anda sendiri mengalami tindak balas estetik? Sekiranya ya, apakah kesan tindak balas estetik terhadap diri anda?

Tindak balas estetik adalah tindak balas spontan terhadap karya. Ianya berlaku melalui hasil karya dan juga melalui pengamatan terhadap alam. Selalunya, tindak balas estetik berlaku apabila terdapat dua elemen yang tercetus semasa seseorang itu mengamati karya. Elemen pertama adalah aspek kualiti yang terdapat pada karya dan yang kedua adalah aspek makna pada karya. Aspek kualiti pada karya merujuk kepada perkara-perkara dan elemen yang berkaitan dengan kualiti lliteral, kualiti rekaan dan kualiti ekspresif. (a) Kualiti Literal atau Imitanionalism Kualiti literal atau imitasi merujuk kepada keupayaan pengkarya untuk menghasilkan karya secara realistik melalui peniruan alam sekeliling selain daripada kualiti realistik yang dipamerkan. Bagi sesetengah pengkritik, karya yang dikategorikan berjaya mempamerkan kebolehan peniruan objek atau imej. Aspek ini menitikberatkan tentang imej yang dilukis secara realistik melalui proses peniruan alam sekeliling. Sebagai contoh, pengkarya yang melukis imej realistik penunggang kuda, kualiti literal pada lukisan ini adalah imej lelaki yang menunggang kuda tersebut yang ditonjolkan secara realistik. Kualiti Rekaan atau Formalism Kualiti rekaan merujuk kepada komposisi iaitu kaedah menyusun elemen dan prinsip seni di dalam sesuatu karya. Sebagai contoh, bagaimanakah artis atau pengkarya mengutamakan elemen imbangan, garisan, ritma dan sebagainya. Kualiti Ekspresif atau Kualiti Emosi Aspek ini menghuraikan makna karya dari aspek meningkatkan dan melihat tindak balas emosi, mood dan idea penonton yang mengamati karya. Sesetengah pengkritik menjelaskan bahawa karya yang diklasifikasikan sebagai berjaya adalah karya yang berjaya membangkitkan emosi dan perasaan penonton.

(b)

(c)

TOPIK 6 ESTETIKA DAN KANAK-KANAK W 89

6.5 MERANSANG PERKEMBANGAN DAN TINDAKBALAS ESTETIK KANAK-KANAK


Koster (2001) menyarankan bahawa perkembangan estetik kanak-kanak perlu dirangsang dengan aktiviti yang dirancang rapi dan tersusun supaya tindak balas semula jadi estetik yang dimiliki oleh kanak-kanak selari dengan peningkatan umur mereka. Peranan guru pendidikan seni visual amat penting bagi memastikan program pengajaran yang dirancang meningkatkan dan memperkayakan tindak balas estetik kanak-kanak apabila melihat dan mengamati karya seni. Bagi merangsang perkembangan kreativiti pemilihan karya bagi pelajar untuk memberikan respon perlu dipilih berdasarkan kriteria berikut. (a) Memilih Karya Berkualiti Karya seni perlu mempunyai standard dan kualiti yang tertentu dalam jenisnya. Mempunyai keaslian dan dihasilkan melalui kerja tangan teliti dan terbaik serta dikenali. Karya sebegini mudah didapati di galeri seni dan biasanya karya-karya ini disusuli dengan komentar dan penulisan. Mempunyai Kepelbagaian Media dan Teknik Karya yang dipilih perlu mempunyai kepelbagai teknik dan media penghasilannya. Ini bagi memastikan pelajar mempunyai perspektif pelbagai mengenai hasil karya. Guru seni boleh meluaskan pemilihan karya dengan memilih karya arca, kolaj, lukisan dan tidak tertumpu hanya kepada catan sahaja. Kepelbagaian Gaya, Budaya dan Artis Pemilihan karya perlu melihat faktor yang boleh memperkayakan persepsi pelajar terhadap alam sekelilingnya. Faktor seperti latar belakang dan budaya artis atau pengkarya yang menghasilkan karya perlu diberikan perhatian. Disarankan guru memilih karya kontemporari dan moden yang dihasilkan oleh artis daripada pelbagai etnik dan latar belakang termasuk pengkarya muda dan artis wanita. Mempamerkan Budaya Karya yang dipilih perlu mengambil kira mengenai kemampuan sesuatu karya mempamerkan identiti dan budaya murid. Karya seni yang dipilih juga mesti mencerminkan warisan dan kesenian supaya murid mempunyai perspektif yang luas mengenai budaya dan kepelbagaiannya.

(b)

(c)

(d)

90 X

TOPIK 6 ESTETIKA DAN KANAK-KANAK

LATIHAN 6.2 1. Di dalam merangsang perkembangan dan tindak balas estetika kanak-kanak, pemilihan karya-karya yang dihasilkan oleh pelbagai etnik dan latar belakang dapat menajamkan persepsi dan perspektif kanak-kanak terhadap alam sekelilingnya. Bagaimanakah ini boleh berlaku?

6.6

KEPENTINGAN MEMPELAJARI ESTETIK

Kepentingan kanak-kanak mengetahui dan mempelajari mengenai estetik bukan sahaja dilihat daripada sudut membina perkembangan artistik sahaja, ia turut membantu perkembangan emosi dan kognitif murid. Mempelajari estetik dapat membantu murid dalam pelbagai aspek. (a) Menghidupkan Suasana Aktif Pembelajaran Pembelajaran pendidikan seni akan lebih aktif kerana pengalaman estetik diterapkan di dalam aktiviti penghasilan karya di dalam kelas. Proses pembelajaran estetik juga menggalakkan interaksi di antara murid dan guru, menjadikan proses pembelajaran lebih menyeronokkan. Meningkatkan Kefahaman terhadap Imej dan Bahasa Visual Proses estetik memerlukan satu kefahaman mengenai laras bahasa tampak. Mempelajari estetik akan membantu murid mempelajari gaya bahasa tampak dan memperkayakan mereka dengan istilah-istilah baru. Menyemai Kefahaman terhadap di antara Satu Sama Lain Mempelajari estetik dapat membantu murid memahami bahawa karya yang dihasilkan mempunyai makna berbeza. Selain itu, ia juga memberikan kesedaran bahawa tidak semua orang melihat dan memahami sesuatu perkara itu dengan cara yang sama dengan orang lain. Meningkatkan Keupayaan Pemikiran Proses interpretasi karya melibatkan penggunaan deria dan proses kognitif. Justeru melalui proses penghayatan karya, pelajar perlu membuat perbandingan, perbezaan menganalisa dan menilai karya. Kesemua ini membantu murid mengerakkan daya pemikiran mereka.

(b)

(c)

(d)

TOPIK 6 ESTETIKA DAN KANAK-KANAK W 91

LATIHAN 6.3 1. 2. Setelah mempelajari bab ini, adakah estetik dan kecantikan merupakan konsep yang sama? Bagaimanakah estetik berbeza dengan kreativiti?

Peranan guru di dalam proses mengembangkan pengalaman estetik adalah penting. Ini adalah kerana proses perbincangan mengenai karya bagi mendapatkan maklumat perlu dibantu agar murid benar-benar dapat mengamati dan berjaya membuat perbandingan, menganalisa kepelbagaian jenis karya . anda telah didedahkan juga dengan pengertian estetik dan kaedah merangsang estetik kepada murid seperti pemilihan karya, perkembangannya dan kepentingan mempelajarinya.

T o p ik

Apresiasi Seni

7
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. 2. 3. Memahami proses di dalam apresiasi seni kanak-kanak; Mengenal pasti kategori-kategori penting di dalam membuat apresiasi seni; dan Mampu melakukan apresiasi seni apabila berhadapan dengan karya seni.

X PENGENALAN
Apresiasi seni merupakan aspek penting di dalam pengajaran pendidikan seni visual. Apresiasi seni ini adalah proses penghayatan seni yang merangkumi aspek-aspek pengetahuan, membuat pertimbangan, penyataan diskriminasi dan penghargaan terhadap karya seni. Apresiasi seni juga menitikberatkan aspek kritikal serta aspek emosional terhadap karya seni. Menjalankan proses apresiasi seni sebenar tidak sukar kerana proses ini boleh diumpamakan sebagai memberi penghargaan terhadap karya seni. Menurut Ecker (1966), pendekatan apresiasi seni dapat memberikan penghargaan yang menyeronokkan terhadap karya seni, dilakukan dengan cara naratif dan tersusun untuk memahami sesuatu karya seni. Ia mencakupi aspek pengetahuan, penilaian, diskriminasi, dan juga kesedaran emosi terhadap karya seni. Pendekatan ini juga diperlukan untuk memberikan penilaian estetika dan artistik untuk setiap karya seni yang dihasilkan.

TOPIK 7 APRESIASI SENI

93

7.1

DEFINISI DAN KONSEP


SEMAK KENDIRI 7.1

Apakah yang dapat anda fahami dengan istilah apresiasi seni?

Bagi Hurwitz dan Day (2001), apresiasi bermaksud menghargai dan pemahaman mengenai konsep apresiasi seni adalah melalui pencarian dan penyaluran maklumat yang terdapat pada karya seperti maklumat mengenai artis atau pengkarya, maklumat mengenai bahan yang digunakan untuk menghasilkan karya, gaya dan aliran seni karya serta aspek sejarah karya tersebut. Konsep apresiasi seni sebenarnya antara lain bertujuan untuk membina keyakinan seseorang untuk berbincang dan menghurai serta membuat diskriminasi terhadap karya seni. Apabila seseorang itu menjalankan proses apresiasi seni, proses ini tidak akan menyentuh soal-soal berkaitan betul atau salah interpretasi individu tersebut mengenai karya, kerana tujuan apresiasi seni adalah untuk memahami karya melalui apa yang dilihat secara langsung. Seabolt (2001) menjelaskan bahawa aktiviti kritikan seni melibatkan perbincangan dan diskusi mengenai sesuatu karya seni manakala apresiasi seni pula merujuk kepada aktiviti menghayati seni dengan melibatkan pengetahuan berkaitan dengan sejarah seni dan perbincangan serta diskusi mengenai seni. Di samping itu, konsep dan pelaksanaan apresiasi seni juga bertujuan untuk membina tatabahasa visual dan meningkatkan daya estetik seseorang. Pengalaman estetik akan meningkat kerana proses ini juga mendedahkan seseorang itu dengan bahasa tampak yang membantu menyelami perasaan penghasil karya. Apresiasi seni mengajar pengkritik dan pemerhati seni menghargai rasa dan perasaan seniman (Johari Abdul Hamid, 2004).

7.2

KATEGORI APRESIASI

Terdapat dua pandangan berbeza mengenai apresiasi. Pandangan pertama merupakan pendapat Walter dan Clive Bell yang menyatakan bahawa penghayatan dan apresiasi seni tidak memerlukan pengetahuan mengenai idea, kerana kehidupan normal bagi seseorang adalah berbeza-beza. Mereka juga berpendapat bahawa membuat apresiasi itu adalah sesuatu yang berbeza daripada pengalaman biasa.

94 X

TOPIK 7 APRESIASI SENI

Pandangan kedua berasal daripada psikologi eksperimental yang diutarakan oleh John Dewey dan Otto Krash. Kedua-keduanya bersetuju bahawa apa saja maklumat yang berkaitan dengan seni termasuk pengetahuan asas seni boleh membawa kepada kefahaman terhadap karya seni, seterusnya memudahkan proses ke arah apresiasi seni. Walau bagaimanapun, terdapat banyak persoalan mengapa seseorang perlu melakukan apresiasi terhadap karya seni. Persoalan-persoalan seperti apa yang anda lihat? Apakah pengalaman dan memori yang lalu tentang karya yang dilihat? Sejauh manakah karya tersebut berkesan dari segi penghasilan karya oleh pengkaryanya? Apakah maksud karya tersebut? Bagaimana elemen dan prinsip seni di gunakan? Walau bagaimanapun, menurut Ecker (1966) kategori utama dalam apresiasi seni ialah apresiasi bercorak analitikal. Apresiasi analitikal adalah satu kaedah bagi melihat aspek penghasilan karya seni visual. Kategori apresiasi bercorak analitikal ini disusun dari konsep mudah kepada yang lebih kompleks.

7.2.1
(a)

Peringkat Analitikal

Kenal Pasti (Identification) Aspek kenal pasti yang paling mudah ialah menyatakan aspek-aspek seperti tajuk karya, jenis karya, pereka atau seniman karya, tarikh dihasilkan, asal-usul karya, gaya, medium yang digunakan, teknik dan fungsi karya.

7.2.2

Peringkat Penerangan

Peringkat penerangan boleh diklasifikasikan kepada tiga peringkat yang utama iaitu peringkat penerangan literari, penerangan teknikal dan penerangan formal. (a) Penerangan Literary (Literary Description) Penerangan literari digunakan ke atas karya seperti potret, landskap, lukisan objek dan lain-lain. Contohnya, karya Monalisa menggambarkan seorang wanita yang sedang terukir senyum di bibirnya. Penerangan literari ini terbahagi pula kepada dua bahagian iaitu penerangan teknikal dan penerangan formal. Penerangan Teknikal (Technical Description) Penerangan teknikal merujuk kepada aspek teknikal dalam penghasilan karya seni. Proses ini termasuk perkara-perkara seperti penggunaan teknikal dan bahan-bahan oleh pengkarya.

(b)

TOPIK 7 APRESIASI SENI

95

(c)

Penerangan Formal (Formal Description) Penerangan formal merujuk kepada struktur fizikal karya seni iaitu perkara-perkara yang berkaitan dengan apa yang dilihat. Ini termasuklah aspek warna, garisan, jalinan, bentuk, rupa dan lain-lain. Organisasi rekaan seperti imbangan, susunan, ritma, dan prinsip-prinsip serta elemen seni yang lain.

7.2.3

Konteks dan Skop

Seterusnya ialah aspek konteks dan skop sesuatu karya itu dihasilkan sama ada mempunyai kaitan dengan budaya, sumbangan karya di dalam masyarakat, peranan pengkarya dan lain-lain.

7.2.4

Aspek Assosiasi

Aspek ini bergantung kepada assosiasi seseorang apabila menikmati sesuatu karya. Adakah karya itu mengingatkan sesuatu kepada apa yang dilihatnya? Misalnya, potret Monalisa mengingatkan kepada kekasihnya atau lukisan peperangan membayangkan kekejaman sesuatu bangsa yang sombong dan angkuh. Ringkasnya, perkaitan ini juga merupakan persoalan yang menyentuh peribadi seseorang.

7.2.5

Aspek Kritikal

Aspek kritikal merupakan persoalan penilaian atau pertimbangan peribadi termasuklah kritikan yang membolehkan seseorang membuat apresiasi kepada sesuatu karya itu dengan lebih menyeronokkan.

7.2.6

Aspek Hubungan Baik

Aspek hubungan baik ini amat kuat dalam membuat apresiasi kepada seni bina. Aspek fizikal, spiritual dan lebih daripada itu aspek kemanusiaan adalah menjadi keutamaan. Tetapi aspek ini boleh juga diaplikasikan kepada kesemua jenis seni rupa atau seni visual. Tambahan pula, pengalaman lampau seperti yang menyentuh persepsi diserapkan dalam membuat apresiasi kepada objek yang dilihat.

96 X

TOPIK 7 APRESIASI SENI

PERINGKAT ANALITIKAL

PERINGKAT PENERANGAN PERINGKATPERINGKAT ANALITIKAL

KONTEKS DAN SKOP

ASPEK ASSOSIASI

ASPEK KRITIKAL

ASPEK HUBUNGAN BAIK

Rajah 7.1

LATIHAN 7.1 1. 2. 3. Nyatakan dengan ringkas beberapa kategori apresiasi seni apabila anda berhadapan dengan sesebuah karya seni catan. Bagaimana anda menilai sesebuah seni arca taman? Adakah sebuah lukisan kanak-kanak boleh dinilai sama dengan hasil seni lukis orang dewasa? Bincangkan.

TOPIK 7 APRESIASI SENI

97

Di dalam topik ini, anda telah mempelajari peranan apresiasi seni di dalam mata pelajaran seni visual di sekolah. Tanpa apresiasi seni, murid tidak dapat membuat pertimbangan yang penting apabila melihat sesuatu karya seni sama ada seni lukis, seni reka atau bidang seni visual yang lain. Apresiasi seni juga dapat membantu seseorang daripada membuat penilaian yang singkat atau yang pendek sebelum membuat penilaian atau kritikan yang munasabah.

T o p ik

Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), Multimedia dan Internet dalam Pengajaran dan Pembelajaran

TOPIK 8 PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT), W MULTIMEDIA DAN INTERNET DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

99

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. 2. 3. Menghuraikan faedah ICT kepada pelajar; Menghuraikan peranan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran; Menerangkan peranan ICT dalam pembelajaran tutorial, pembelajaran penerokaan, alat aplikasi dan alat pemudah komunikasi; Menjelaskan peranan pembelajaran; multimedia dalam pengajaran dan

4. 5. 6. 7. 8.

Memahami kategori dan elemen multimedia serta aplikasinya dalam aplikasi pembelajaran multimedia; Membincangkan konsep pembelajaran multimedia; hipermedia dan hiperteks dalam

Menjelaskan definisi dan rangkaian internet; dan Menghuraikan kepentingan penggunaan Internet dalam pengajaran dan pembelajaran

X PENGENALAN
Kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi telah berkembang dengan amat pesat pada ketika ini. Bidang pendidikan tidak ketinggalan dengan penerapan elemen teknologi maklumat (IT) dalam amalan kurikulum sedia ada. Malah kini ianya bukan lagi suatu inisiatif, tetapi sesuatu yang mempunyai pendekatan sepadu untuk melahirkan halaman yang baru. Pengintegrasiannya bersama amalan penggunaan multimedia dan Internet mampu membawa evolusi baru dalam amalan pendidikan. Perubahan-perubahan yang berlaku telah turut memberikan impak yang besar kepada institusi pendidikan negara. Guru kini mempunyai cabaran dan tanggungjawab yang lebih berat di dalam memastikan perkembangannya terus berjaya. Malah kini fokus pembelajaran yang dahulunya berpusatkan guru telah dialihkan kepada berpusatkan pelajar (Nor Liya, 2003). Selaku fasilitator atau pemudah cara kepada pelajar, guru perlu merancang dengan baik pengajaran mereka agar benar-benar berkesan (Baharuddin et al., 2002).

100 X TOPIK 8 PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT),


MULTIMEDIA DAN INTERNET DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

8.1

TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT)

Kenyataan bahawa ilmu pengetahuan era kini tidak lagi diberi tetapi diterokai menjadi lebih relevan dengan perubahan arus pendidikan kepada suasana pembelajaran era globalisasi. Pembelajaran secara penerokaan kendiri memungkinkan informasi bergerak tanpa had dan sempadan. Malah kebaikan utamanya juga dapat dilihat menerusi keupayaannya berkomunikasi secara interaktif melalui akses secara maya (Peat dan Fernandez, 2000). Capaiannya yang hanya di hujung jari untuk merentas dunia global dalam pencarian ilmu ini dilihat mampu memberikan sumbangan yang cukup besar kepada pembelajaran secara aktif dan efektif (Mohd Sarif et. al, 1999). Kelebihannya secara bersepadu mampu membekalkan integrasi sumbar dan penstrukturan kegiatan yang menyokong pembelajaran (Kozma, 2000).

8.1.1

Definisi ICT

Terdapat pelbagai definisi yang cuba menjelaskan istilah, fungsi serta peranan yang dimainkan oleh ICT dalam masyarakat. Berikut adalah beberapa definisi ICT. Senn (1998) Teknologi maklumat dan komunikasi merangkumi pelbagai teknologi yang disepadukan untuk memperolehi, menyimpan dan menyebarkan maklumat dalam pelbagai bentuk seperti teks, grafik, audio, animasi dan sebagainya menggunakan alat-alat elektronik.

Abd. Razak et al., (2000) Teknologi maklumat merangkumi apa jua alatan elektronik yang membenarkan pengguna menyimpan, menghubung, memproses, mencipta dan menyampaikan maklumat. Di dalam konteks pembelajaran, ICT memainkan peranan yang penting. Ianya mampu dilihat berdasarkan keperluan berikut: x x Berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar terhadap pengajaran. Memberi peluang pembelajaran yang sekata kepada semua pelajar yang mempunyai pelbagai keupayaan.

TOPIK 8 PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT), W MULTIMEDIA DAN INTERNET DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

101

x x x x x x x x

Meningkatkan motivasi pelajar. Membolehkan pembelajaran bersendiri (individual learning). Membolehkan pelajar mengakses maklumat yang sukar diperolehi. Membolehkan pelajar mengumpul maklumat dengan mudah dan pantas. Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar. Meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi pelajar. Memberi peluang kepada pelajar untuk belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minimum. Meningkat kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi.

8.1.2

Peranan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran


SEMAK KENDIRI 8.1

Bagaimanakah agaknya ICT dapat membantu dalam meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran?

Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran membawa pengertian menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran boleh dikategorikan sebagai: x x x x Tutorial Penerokaan (eksploratori) Aplikasi Komunikasi

8.1.2.1 ICT untuk Pembelajaran Tutorial


Merupakan proses penyampaian kandungan pelajaran berdasarkan urutan tertentu. Ianya merangkumi:

102 X TOPIK 8 PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT),


MULTIMEDIA DAN INTERNET DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

x x x

Pembelajaran ekspositori. Demonstrasi yang ditunjuk dan dikawal urutannya. Latihan dan latih tubi yang turut dikawal oleh sistem.

Kaedah Perlaksanaan Komputer dan perisian pendidikan (sama ada dalam CD-ROM, cakera keras atau laman web) merupakan alatan terpenting. Kaedah pengajaran berteraskan Computer Assisted Instruction (CAI), Intelligent Computer Assisted Instruction digunakan untuk menggambarkan penggunaan alatan tersebut dalam pengajaran dan pembelajaran. Perisian pendidikan seharusnya bercirikan kecerdasan dan berupaya menyesuaikan maklumat yang disampaikan dengan kemampuan dan keperluan pelajar. Perisian pendidikan seharusnya komponen-komponen seperti Mempersembahkan, maklumat, Membimbing, Menyedia/memberikan latihan dan Menilai pencapaian. Kelebihan dan Keburukan Penggunaan ICT untuk Pembelajaran Tutorial Kelebihan x x x x Mewujudkan konsep pembelajaran individu. Pelajar akan belajar mengikut kemampuan sendiri. Meningkatkan motivasi pelajar. Proses pembelajaran berjalan tanpa penyeliaan atau penyeliaan minimum.

Keburukan x x x x Kesilapan pemilihan perisian yang bermutu mengakibatkan pembaziran. Menghalang penggunaan kemudahan alatan ICT yang lebih produktif. Menjurus ke arah penyalahgunaan kemudahan ICT. Mengakibatkan lebih banyak masa diperlukan oleh pelajar di dalam mempelajari sesuatu.

TOPIK 8 PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT), W MULTIMEDIA DAN INTERNET DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

103

8.1.2.2

ICT untuk Pembelajaran Penerokaan (Exploratory)

Merupakan kaedah di mana pelajar mencari dan mengakses maklumat daripada CD-ROM mahupun Internet dan mengalami, mempelajari serta mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi. Pembelajaran berbentuk inkuari penemuan dan lebih menjurus kepada penyelesaian masalah kehidupan sebenar serta simulasi. Pelajar mampu mengawal dan menentukan maklumat yang diterima. Kaedah Perlaksanaan Perlaksanaannya berdasarkan pendekatan konstruktivis yang memberi penekanan kepada pemikiran kritis, penyelesaian masalah, pengalaman pembelajaran yang autentik dan pengetahuan yang dibina melalui interaksi sosial. Selain daripada mengakses maklumat terus dari Internet, maklumat juga boleh diperolehi dari CD-ROM dan pelbagai pangkalan data yang berkaitan. Guru perlu bijak mengawal masa kerana proses penerokaan mungkin berlarutan dan memakan masa yang panjang. Kelebihan dan Keburukan Penggunaan ICT untuk Pembelajaran Penerokaan Kelebihan x x x x Memberi peluang kepada pelajar menentukan sendiri haluan dan gaya pembelajaran masing-masing. Penglibatan sepenuhnya (aktif) dari pelajar dalam pembelajaran Memberi peluang kepada pelajar untuk menangani masalah sebenar. Menerapkan teori pembelajaran moden seperti konstruktivis dan kecerdasan pelbagai dalam proses pembelajaran.

Keburukan x x Pelajar berkemungkinan sesat dan hilang haluan tanpa pengawasan yang baik. Mengakibatkan lebih banyak masa diperlukan oleh pelajar di dalam mempelajari sesuatu.

104 X TOPIK 8 PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT),


MULTIMEDIA DAN INTERNET DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

8.1.2.3 ICT sebagai Alat Aplikasi


ICT dikategorikan sebagai alat aplikasi apabila ia membantu pelajar melaksanakan tugasan pembelajaran dan bukannya sebagai mekanisma penyaluran maklumat pengajaran dan pembelajaran.

Computer Aided Design (CAD) merupakan alat aplikasi yang mampu


digunakan untuk membantu pelajar melaksanakan aktiviti pembelajaran. Kaedah Perlaksanaan Menerusi bantuan aplikasi ini pelajar akan dapat memberikan tumpuan dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran yang autenik. Situasi pembelajaran sebegini juga mampu mewujudkan pengoperasiaan teori pembelajaran sosio-budaya (socio-cultural learning). Pelajar akan saling berinteraksi sesama mereka di dalam membangunkan kemahiran kognitif, metakognitif, bertutur dan bekerjasama (Brown, 1994). ICT mampu menjadi alat yang ideal untuk digunakan untuk tugas yang tidak autentik (mengklasifikasi dan menyisihkan data yang banyak) manakala pelajar boleh menumpukan sepenuh perhatian kepada tugas yang autenik (melihat dan memikirkan trenda dalam data tersebut). Kelebihan dan Keburukan Penggunaan ICT untuk Pembelajaran Penerokaan Kelebihan x x x Pelajar mampu memberikan tumpuan di dalam aktiviti pembelajaran asli. Guru boleh mengemukakan masalah yang akan mencabar minda pelajar. Pelajar akan dapat meningkatkan tahap kecekapan dan ketepatan hasil pembelajaran mereka.

Keburukan x x x Tanpa penerangan dan pengawasan yang baik dari guru, pelajar berkemungkinan untuk gagal dalam proses pembelajaran mereka. Pelajar yang pelbagai kecerdasan sukar untuk di disatukan. Masa yang diperlukan bagi suatu proses pembelajaran mungkin sukar untuk dikawal.

TOPIK 8 PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT), W MULTIMEDIA DAN INTERNET DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

105

8.1.2.4

ICT sebagai Alat Pemudah Komunikasi

Pelajar dan guru dari lokasi yang berbeza menghantar, menerima dan berkongsi maklumat dengan pelbagai bentuk dan format. Ianya mampu dilaksanakan dengan teknik seorangan/sendirian, teknik seorang kepada seorang, teknik seorang kepada ramai dan teknik ramai kepada ramai. Kaedah Perlaksanaan Kebolehan komunikasi global melalui ICT membolehkan pelajar bertukar maklumat dengan sesiapa sahaja di dunia. Pengalaman pembelajaran secara kolaboratif ini berupaya membuka minda pelajar serta menjadikan proses pembelajaran lebih menarik dan bermakna. Kelebihan dan Keburukan Penggunaan ICT untuk Pembelajaran Penerokaan Kelebihan x x x Mampu melaksanakan pembelajaran kolaboratif. Mampu meningkatkan penglibatan pelajar dalam proses pembelajaran melalui peer group yang bersifat global. Mampu berkomunikasi terus dengan pakar dari serata dunia.

Keburukan x x x Pelajar dikhuatiri akan leka berkomunikasi sesama mereka memberikan perhatian terhadap objektif pembelajaran mereka. Kos pembelajaran yang tinggi. Masa yang diperlukan bagi suatu proses pembelajaran lama dan mungkin membosankan. tanpa

8.1.3

Pendekatan Persekitaran ICT

ICT memberikan kebebasan sepenuhnya kepada pelajar untuk menentukan gaya pembelajaran mereka sekaligus mengetengahkan konsep pembelajaran belajar melalui membuat (learning by doing) dan perseorangan (individual). Budaya pembelajaran yang dipersembahkan juga bersimulasikan keadaan autentik, menekankan perasaan ingin tahu pelajar, merayau dan menjelajah,

106 X TOPIK 8 PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT),


MULTIMEDIA DAN INTERNET DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

kreatif serta selamat dalam pemilihan bahan pembelajaran terbaik menerusi maklum balas dan pantauan dari pakar. Pendidik juga boleh berkomunikasi dengan pelajar secara sinkroni atau asinkroni di samping mampu mengubahsuai, pinda dan mengehadkan capaian kepada pangkalan pengetahuan kepada pelajarnya. Hakikatnya, kemajuan dalam ICT akan mempengaruhi amalan pengajaran dan pembelajaran, latihan, prestasi dan pembinaan pengetahuan sekaligus memberikan kesan yang positif terhadap amalan pembelajaran pelajar. Selain daripada itu, ICT juga akan dapat ditambah baikkan lagi dengan penyepaduannya dengan rangka pengajaran berteraskan multimedia. Menerusi pergabungan elemen-elemen multimedia, ianya diyakini akan dapat meningkatkan prestasi dan motivasi pelajar di dalam pembelajaran mereka. Malah dengan pengenalan Internet dan WWW yang menjadi tulang belakang kepada lambakan maklumat memastikan pembelajaran yang dijalankan benarbenar bermutu dan efektif. LATIHAN 8.1 1. Apakah kebaikan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran? 2. Nyatakan empat kategori di mana ICT digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. 3. Huraikan kelebihan menggunakan ICT bagi keempat-empat

8.2

MULTIMEDIA DALAM PENDIDIKAN


SEMAK KENDIRI 8.2

Apakah perbezaan di antara multimedia dan internet?

Perkembangan teknologi multimedia dewasa ini telah menyaksikan penerimaannya secara meluas di dalam bidang pendidikan (Ginsberg et. al, 1988). Penerapannya menerusi web di dalam proses pengajaran dan pembelajaran juga telah diterima sebagai unsur terpenting di dalam proses pengajaran dan pembelajaran (Jamalludin dan Zaidatun, 2003). Malah

TOPIK 8 PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT), W MULTIMEDIA DAN INTERNET DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

107

pengintegrasian kedua-dua teknologi ini dilihat sebagai pemangkin kepada pendidikan yang lebih cemerlang (Rozhan dan Mohd Nain, 1998). Ini dapat dilihat menerusi kecanggihan serta kemampuannya menyampaikan sesuatu maklumat secara tepat, cepat dan menarik di dalam mewujudkan satu senario belajar yang lebih berkesan dan menyeronokkan (Lili, 1996). Sistem multimedia juga berupaya menyediakan keadaan yang hamper sama dengan pembelajaran dunia sebenar kerana sistem ini mampu merangsang pengalaman pelbagai deria yang beroperasi secara serentak atau sekaligus.

8.2.1

Definisi Multimedia
definisi yang telah dikemukakan oleh tokoh-tokoh

Terdapat pelbagai multimedia.

Hofstetetter (1995) Multimedia bermaksud integrasi elemen teks, audio, grafik, animasi dan video yang menggunakan komputer sebagai alat kawalan persembahan untuk membolehkan pengguna mengarah, berinteraksi, mereka cipta dan berkomunikasi agar proses pembelajaran menjadi lebih berkesan. Gary dan Jean (1997) memberikan definisi yang dikemukakan oleh Schurman (1995). Schurman (1995) Multimedia ialah kombinasi manipulasi, penggabung jalin dan pengintegrasian media seperti teks, grafik, animasi, audio dan video dalam suatu perisian yang direka bentuk di dalam meningkatkan interaksi antara pengguna dan komputer. Hakikatnya kesemua definisi ini mempunyai empat komponen utama iaitu: x x x x

Pertama, komputer dijadikan alat untuk mengkoordinasikan apa yang


dilihat, didengar dan seterusnya berinteraksi dengannya.

Kedua, perlunya hubungan untuk menghubungkan kesemua maklumat. Ketiga, alat perhubungan diperlukan untuk maklumat jaringan. Keempat, terdapat kaedah untuk mengumpul, mengkomunikasikan segala idea dan maklumat.
memproses dan

108 X TOPIK 8 PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT),


MULTIMEDIA DAN INTERNET DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

8.2.2

Peranan Multimedia dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Secara ideal, tujuan penggunaan multimedia adalah untuk menambahbaikkan keadaan pengajaran dan pembelajaran dalam bidang pendidikan. Di dalam konteks ini, beberapa pandangan tentang peranan multimedia dalam pendidikan turut diutarakan. Jamalludin dan Zaidatun (2000) Menerusi multimedia, dokumen dapat dihubungkan secara global. Ianya dapat dilihat menerusi formatnya yang interaktif dan merangsangkan, komunikasi maklumatnya yang efektif, pengekalan informasinya yang berkesan, pemudah cara dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta membenarkan pelajar belajar mengikut kehendak mereka sendiri

Kurshan (1991) Kelebihan dan keberkesanan aplikasi multimedia dalam pendidikan juga turut dapat dilihat berdasarkan peningkatan motivasi pelajar, reka bentuk pembelajaran yang menepati cita rasa pelajar, sumber maklumat yang multisensori, menggalakkan kebolehan metakognisi pelajar, mewujudkan proses pembelajaran yang aktif serta susunan dan gaya pembelajaran yang ditentukan sendiri oleh pelajar.

McGloughlin (1997) Pengintegrasian multimedia di dalam pembelajaran berasaskan web mampu meningkatkan minat pelajar, mengurangkan masa bagi menguasai aplikasi, kos pembangunan yang rendah, meningkatkan keboleh capaian dan meningkatkan pemahaman dan pengekalan informasi dalam ingatan.

Kulik (1985) Penggunaan multimedia juga telah menurunkan purata masa pembelajaran secara berkesan sebanyak 80 peratus dan sekaligus meningkatkan tahap pencapaian pelajar

TOPIK 8 PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT), W MULTIMEDIA DAN INTERNET DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

109

Multimedia juga berperanan dalam mengekalkan daya ingatan pelajar seperti yang dilaporkan oleh Penyelidikan Teknologi Komputer (1993) (Rajah 8.1).

90 80 70 60
Peratus

50 40 30 20 10 0 baca dengar lihat sebut buat kombinasi pelbagai

Teknik Belajar

Rajah 8.1: Peranan multimedia (kombinasi pelbagai) terhadap peratus ingatan pelajar

8.2.3

Kategori/Elemen Multimedia

Teks Teks adalah perkataan yang boleh difahami oleh pengguna. Ia merangkumi elemen utama yang sering digunakan dalam aplikasi multimedia untuk menyampaikan sesuatu konsep atau mesej kepada pengguna. Teks merupakan media yang diperlukan sebagai unsur asas menu utama, sistem navigasi atau alat penyampaian sesuatu isi kandungan perisian. Perkembangan multimedia telah menjadi pencetus kepentingan teks dalam persembahan komputer. Hypertext Markup Language (HTML) telah dicipta untuk memaparkan dokumen teks mudah pada skrin komputer bagi tujuan Internet (WWW).

110 X TOPIK 8 PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT),


MULTIMEDIA DAN INTERNET DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

(a)

Muka Taip, Font dan Ruang Putih Muka taip merupakan sekumpulan karakter grafik yang biasanya terdiri dalam pelbagai bentuk dan saiz. Contoh muka taip ialah Arial, Verdana, Times New Roman, Bookman Old Style dan sebagainya. Font pula merupakan satu koleksi karakter yang mempunyai gaya serupa yang dimiliki oleh sekumpulan muka taip, berat dan gaya. Contoh font ialah tebal, italik, bergaris, garis luar, bayang dan sebagainya. Ruang putih adalah ruang kosong yang memisahkan antara satu huruf dengan huruf di sebelah kanan, kiri, atas atau bawahnya pada teks. Terdapat dua kaedah yang membolehkan ruang putih dikurangkan iaitu melalui leading dan kerning.

Leading ia adalah ruang putih antara baris (line spacing) dan biasanya
boleh diubahsuai. Ia diukur dari atas ke bawah. Lebih besar leading, maka lebih banyak ruang putih dihasilkan.

Kerning ia adalah ruang putih antara huruf (letter spacing) dalam sesuatu perkataan. Dalam perisian desktop publishing, setiap font mempunyai
kerning asas dan pengguna boleh menukarkannya untuk memperolehi paparan teks yang dikehendaki. (b) Serif, Sans Serif dan Dekoratif Serif merujuk kepada garisan atau lengkungan yang terdapat pada penghujung sesuatu karakter. Contoh muka taip serif ialah Times New Roman, New Century, Calisto MT, Bookman dan Lucida Console. Sans serif bermakna font yang tidak mempunyai serif atau tanpa serif. Contoh muka taip sans serif ialah Arial, Haettenschweiler, Verdana, Century Gothic dan Tahoma. Dekoratif pula merujuk kepada font yang mempunyai unsur-unsur sastera lama dan agak berbunga-bunga seperti tulisan zaman dahulu kala. Contoh muka taip dekoratif ialah Lucida Handwriting, Matisse ITC, Amazon, Vineta BT dan Monotype Corsiva. (c) Panduan Penggunaan Teks Terdapat beberapa garis menggunakan teks iaitu: (i) (ii)

panduan

yang

perlu

dipatuhi

ketika

Keseragaman bentuk dan format teks yang digunakan untuk aplikasi hendaklah seragam dan tidak terlalu pelbagai. Jenis dan tulisan yang sesuai penggunaan jenis teks hendaklah sesuai dengan keperluan aplikasi. Contohnya: untuk aplikasi kanakkanak, pembangun boleh gunakan tulisan jenis Comic Sans.

TOPIK 8 PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT), W MULTIMEDIA DAN INTERNET DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

111

(iii) Kebolehbacaan pastikan tulisan yang digunakan mudah dibaca dan tidak mengelirukan pengguna. (iv) Pertimbangkan gaya dan warna pilih gaya bentuk tulisan yang sesuai serta gunakan warna yang seragam dan tidak kontra. (v) Kekangan setiap jenis kenal pastikan terlebih dahulu kekangan dan masalah tulisan yang hendak digunakan. Padankan penggunaannya mengikut keperluan aplikasi.

Grafik Grafik adalah gambar atau ilustrasi dan tulisan. Untuk menghasilkan produk multimedia yang mudah digunakan dan menarik, pembangun perlu menekankan aspek rupa, bentuk dan persembahan setiap unsur grafik yang dimasukkan ke dalam perisian aplikasi tersebut. (a) Resolusi Ia adalah darjah kualiti paparan grafik pada peranti output dan peranti input. Kategori resolusi adalah resolusi warna dan resolusi imej. Resolusi Warna Ia juga dikenali sebagai resolusi bit atau kedalaman warna. Semakin tinggi bilangan bit warna yang dimiliki, semakin tinggi kualiti paparan grafik. Resolusi Imej Ia merupakan bilangan piksel yang digunakan untuk mewakili grafik. Ia merujuk kepada lebar dan tinggi piksel grafik. (b) Penggunaan Grafik dalam Aplikasi Multimedia Grafik dan imej mempunyai banyak kegunaan dalam bidang multimedia seperti untuk: (i) (ii) Mencipta latar belakang yang menarik. Mempersembahkan data dan maklumat yang kompleks dengan lebih baik dan difahami. tertentu dan mengelakkan

(iii) Mengilustrasi prosedur-prosedur penggunaan klip gambar.

(iv) Meningkatkan konsep atau persembahan sesuatu isi penting, melalui penggunaan ikon bergambar. (c) Format Utama Fail Imej Digital (i) BMP (Bitmap) Fail grafik dalam format ini mempunyai fail yang besar kerana ia tidak melakukan proses pemampatan ke atas fail semasa proses penyimpanannya.

112 X TOPIK 8 PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT),


MULTIMEDIA DAN INTERNET DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

(ii)

PICT Format fail ini sesuai untuk kerja-kerja persembahan, paparan pada skrin mahupun untuk kerja-kerja video digital. Ia juga boleh menyimpan fail grafik bitmap dan vektor.

(iii) GIF (Graphics Interchange Format) Format ini sering digunakan di dalam pembangunan laman web kerana ia menawarkan saiz fail yang lebih kecil berbanding format grafik yang lain. (iv) JPEG (Joint Photographic Expert Group) Merupakan piawaian bagi mekanisma pemampatan fail grafik. Ia juga sesuai untuk gambar foto, hasil kerja seni dan sebagainya. Namun format ini kurang sesuai untuk huruf atau aksara. (d) Sumber-sumber Grafik (i) Pengimbas Ia digunakan untuk menukarkan imej kepada format digital, agar dapat digunakan pada komputer, boleh diubahsuai dan mampu disimpan serta dibuka semula. Kamera Digital Kamera digital merakam gambar foto dan menyimpannya dalam bentuk digital agar dapat dipaparkan oleh komputer. Hasilnya menggunakan ruang storan yang lebih kecil dan memori dalaman untuk menyimpan dalam format digital.

(ii)

(iii) Laman Web Dengan Enjin Carian Dengan menggunakan enjin pencari, pengguna boleh mendapatkan pelbagai jenis grafik mengikut kehendak mereka. Namun, perlu diingatkan bahawa isu hak cipta imej perlu diutamakan sebelum grafik boleh disalin atau dimuat turunkan. Audio Audio adalah bunyi yang dapat didengar tetapi tidak dapat dilihat dengan mata kasar manusia. Ia telah menjadi elemen terpenting dalam menyampaikan mesej kepada pengguna. Penambahan audio dalam persembahan multimedia adalah satu cara berkesan untuk menarik minat penonton. Audio (suara latar) juga boleh dimasukkan ke dalam persembahan multimedia untuk menyampaikan maklumat atau mesej dan meningkatkan pemahaman terhadap kandungan.

TOPIK 8 PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT), W MULTIMEDIA DAN INTERNET DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

113

Penggunaan Audio dalam Aplikasi Multimedia Audio mampu menjadi daya penarik dan memberi keseronokan dalam sesuatu persembahan, kerana: (i) (ii) Menarik perhatian Mampu menarik dan menumpukan perhatian pengguna.

(iii) Meningkatkan pemahaman dan membantu pengguna mengingati mesej yang disampaikan (iv) Ia mensimulasikan deria dalaman pengguna seterusnya menyampaikan mesej dalam bentuk yang lebih menarik. (v) Dapat mempengaruhi emosi dan cara berfikir

(vi) Untuk mengilustrasikan idea yang kompleks dan dapat meningkatkan konsentrasi penonton. (vii) Penggunaan Audio Dalam Aplikasi Multimedia Terdapat tiga cara utama penggunaan audio: (i) Sebagai muzik latar belakang x x (ii) Fail audio yang dimainkan persembahan tersebut. akan mewujudkan mood untuk

Akan menghasilkan keseronokan dan keinginan

Sebagai kesan bunyi x x Bunyi akan memberi perhatian dan arahan kepada pengguna, pada butang dan transisi untuk menekankan pada perubahan skrin. Kesan-kesan bunyi ini bersaiz kecil tetapi mempunyai kesan yang menarik.

(iii) Sebagai suara latar x x x Merupakan bahan sokongan penyampai. Digunakan seminimum mungkin dalam persembahan kerana ianya boleh mengganggu. Konsep Audio Analog dan Digital

Audio analog ialah juga dikenali sebagai MIDI (Musical Instrument Digital Interface). Ia adalah isyarat elektronik yang membawa maklumat bunyi secara bersiri dan berterusan. Manakala audio digital pula ialah perwakilan sebenar bunyi yang disimpan dalam bentuk bit.

114 X TOPIK 8 PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT),


MULTIMEDIA DAN INTERNET DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Jadual 8.1: Perbezaan Audio Analog dan Digital Bil 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Audio Analog Bergantung kepada keupayaan dan kualiti alat muzik. Kualiti dimainkan semula (playback) kurang. Tidak boleh menghasilkan dialog percakapan. Saiz fail kecil. Perlu kemahiran muzik dan membaca not muzik. Sukar digunakan. Bukan fail digital. Digunakan apabila: x Saiz RAM kurang. 8. x Saiz cakera keras kurang. x Tidak perlu sebarang dialog. Audio Digital Bergantung kepada keupayaan sistem bunyi. Kualiti dimainkan semula (playback) tinggi. Boleh merakamkan suara dan dialog. Saiz fail besar. Tidak perlu kemahiran muzik untuk menghasilkannya. Mudah digunakan. Merupakan fail digital. Digunakan apabila: x x x Cukup sumber komputer. Saiz cakera keras besar. Perlu tambahan fungsi dialog.

(a)

Format Fail Audio (i) MID, MIDI dan MFF (Musical Instrument Digital interface) MIDI adalah bahasa standard yang digunakan antara alatan muzik dan komputer. Fail-fail MIDI boleh dimainkan dengan Windows Media Player. Wave (WAV) Format fail yang paling luas digunakan dan disokong sepenuhnya oleh sistem pengoperasian Windows.

(ii)

(iii) MPEG Level 3 (MP3) MPEG (Motion Picture Expert Group) Level 3 merujuk kepada format fail audio yang semakin popular berdasarkan teknik pemampatan failnya yang baik. (iv) Real Audio atau Real Media (.RA dan .RM) Format fail yang paling meluas digunakan bagi tujuan penyaluran audio melalui talian internet secara langsung.

TOPIK 8 PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT), W MULTIMEDIA DAN INTERNET DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

115

Animasi Animasi ialah satu proses menghidupkan atau memberikan gambaran bergerak kepada sesuatu yang statik agar ia kelihatan hidup dan dinamik. Dalam erti kata lain, animasi adalah turutan imej pegun yang disetkan dalam pergerakan. Ia adalah alatan unik untuk digunakan kerana ia dinamik dan memberi penonton ilusi pergerakan, hidup dan aksi dalam persembahan. Ia amat menyeronokkan untuk digunakan dan membantu menyampaikan mesej serius dalam kaedah yang lebih menarik. (a) Animasi dalam Aplikasi Multimedia Animasi adalah elemen yang unik kerana ia adalah dinamik dan memberi penonton suatu ilusi bahawa terdapatnya pergerakan dan mood kepada sesuatu persembahan. Animasi boleh digunakan untuk menghasilkan satu keadaan yang merangsang dan menyeronokkan bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran. Dalam aspek multimedia, animasi merupakan salah satu elemen yang mampu meningkatkan lagi daya tarikan sesebuah program atau perisian multimedia. Pengguna boleh gunakan animasi untuk mendemonstrasikan bahan secara visual kerana mereka mempunyai kawalan dalam setiap aspek animasi yang hendak dipaparkan. (b) Animasi 2D Animasi dua dimensi (2D) dikenali sebagai animasi linear. Ia merujuk kepada pergerakan objek yang mudah merentasi skrin sesebuah skrin paparan. Terdapat dua kaedah utama di dalam membangunkan animasi 2D iaitu animasi sel dan animasi laluan. (i) Animasi Sel Sel berasal daripada perkataan celluloid (helaian yang lutsinar) yang merujuk kepada lokasi atau helaian yang akan diletakkan objek atau watak yang hendak digerakkan. Animasi sel adalah berdasarkan satu siri bingkai atau sel yang mana objeknya akan dilukis berulang kali bagi menghasilkan satu ilusi pergerakan telah berlaku. (ii) Animasi Laluan Animasi laluan merupakan proses menggerakkan objek di sepanjang laluan yang telah ditetapkan pada skrin. Laluan tersebut mungkin boleh merupakan garisan lurus mahupun lengkungan.

116 X TOPIK 8 PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT),


MULTIMEDIA DAN INTERNET DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Animasi laluan boleh dihasilkan dengan menggunakan perisianperisian multimedia dengan hanya mengheret penunjuk tetikus pada skrin atau dengan menunjuk pada lokasi-lokasi yang dikehendaki. (c) Animasi 3D Animasi 3D membuatkan objek kelihatan lebih hidup (nyata) berbanding animasi 2D. Animasi 2D menyediakan kedalaman kepada imej-imej yang menggunakan paksi-paksi x dan y tetapi animasi 3D pula mempunyai tambahan paksi z kepada paksi x dan y untuk mewakili kedalaman imej yang terbabit. Ini sekaligus menjadikan imej-imej bagi animasi 3D kelihatan seolaholah lebih hidup berbanding imej-imej pada animasi 2D. Terdapat lima proses utama yang terlibat dalam penghasilan animasi 3D: x x x x x Penghasilan Papan Cerita. Permodelan. Pencahayaan. Pemetaan. Rendering.

Video Video adalah satu siri skrin yang memuatkan gambar-gambar yang diiringi bunyi-bunyian yang dimainkan pada kadar yang laju. Satu skrin diukur dalam kadar satu skrin per saat (frame per second fps). Memasukkan unsur video di dalam sebuah persembahan multimedia merupakan cara yang berkesan bagi menyampaikan maklumat dengan berkesan. (a) Video Analog dan Digital (i) Video Analog Teknik atau kaedah penghantaran isyarat video yang diwakili oleh signal elektrik yang tidak menentu. Format awal bagi video analog pula ialah secara video komposit Format video komposit ini mempunyai kebanyakan ciri-ciri video yang asas seperti brightness, contrast, colour, sync dan sebagainya. Ia kemudiannya disatukan menjadi satu isyarat bagi tujuan penghantaran. Disebabkan oleh kaedah secara komposit tersebut, video analog sering mengalami masalah-masalah apabila sering digunakan

TOPIK 8 PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT), W MULTIMEDIA DAN INTERNET DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

117

ataupun apabila disimpan dalam satu tempoh yang lama, seperti kecairan warna, gambar yang kurang jelas dan kejatuhan kualiti. (ii) Video Digital Kelebihan utama video digital adalah kualitinya yang kekal sepanjang masa. Dengan menggunakan sistem komputer bersamasama dengan perisian video digital yang tertentu, sesebuah klip video adalah lebih mudah untuk diubahsuai atau dipinda. Video digital akan disimpan sebagaimana fail komputer yang lain. Ini bermakna ia boleh disalin tanpa perubahan kualiti. Video digital menyediakan kemudahan capaian secara rawak (random access atau non-linear editing) dengan membenarkan arahan copy, cut dan paste serta unsur-unsur kesan khas dimasukkan ke dalamnya dengan mudah. (b) Piawaian Pemampatan Video (i) Motion JPEG Ia adalah piawaian yang dibina oleh Joint Photographic Experts Group (JPEG) berasaskan pemampatan pada imej yang statik. Motion JPEG mengandaikan setiap frame video sebagai imej statik. MPEG

(ii)

Motion Picture Expert Group (MPEG) berfungsi berasaskan


perbezaan antara frame dan ianya akan menghasilkan ratio pemampatan fail yang tinggi dan seterusnya menghasilkan saiz fail yang lebih kecil. Terdapat beberapa kategori atau versi MPEG: x x x MPEG-1 Format yang digunakan dalam penghasilan Video CD (VCD). MPEG-2 Format yang sering digunakan dalam DVD (Digital Versatile Disk). Apples Quick Time

Format ini mempunyai format sebagai struktur data bagi tujuan produksi dan mempunyai format yang padat (compact) bagi tujuan playback. QuickTime menggunakan pemampatan jenis lossy yang mana ia mampu menghasilkan pemampatan fail dalam nisbah 5:1 sehingga 25:1.

118 X TOPIK 8 PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT),


MULTIMEDIA DAN INTERNET DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Ia merupakan format fail yang dikenali oleh sistem pengoperasian dan boleh dipinda atau disalin antara aplikasi semudah penyalinan grafik atau teks. Hipermedia dan Hiperteks Hiperteks diperkenalkan oleh Ted Nelson dalam tahun 1974. Ianya dapat diertikan sebagai dokumen tanpa urutan yang terdiri daripada teks, audio dan maklumat visual yang disimpan dalam komputer. Hiperteks disusun dalam keadaan tidak linear bagi membolehkan pengguna melayari bahan tersebut berdasarkan hubungan perkaitan antara teks (Spiro dan Jehng, 1990). Hipermedia merupakan media berpautan atau kombinasi media. Ianya merujuk kepada perisian komputer yang mengintegrasikan elemen teks, grafik, animasi, video dan audio yang saling berhubungan dalam proses pengaksesan maklumat. Pengguna bebas memilih laluannya mengikut gaya pemikiran dan pemprosesan maklumat kerana ianya menyediakan suasana yang interaktif. Maklumat dipisahkan kepada unit-unit kecil dan mampu dihubungkan dengan pelbagai cara seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 8.2.

1 8 2

6 5

Rajah 8.2: Konsep laluan menerusi konsep hiperteks

Hipermedia mempunyai kebaikan dan kekurangannya yang tersendiri. Antara kelebihan yang dimiliki ialah sifatnya yang menarik dan mampu menarik penglibatan dan minat pelajar. Maklumat dapat dihubungkan daripada pelbagai sumber media, dan mempunyai struktur jaringan yang mampu mengarahkan maklumat mengikut minat dan keperluan pelajar. Hipermedia

TOPIK 8 PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT), W MULTIMEDIA DAN INTERNET DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

119

juga adalah hasil reka cipta guru dan pelajar. Oleh itu pembangunan perisian adalah mengikut idea asal mereka sendiri. Namun, pelajar mungkin hilang arah. disebabkan kurangnya arahan semasa meneliti perisian tersebut. Pelajar juga mungkin gagal menentukan maklumat terbaik bagi pembelajaran mereka. Perisian yang terlalu canggih dan kompleks juga akan mengeliru dan membebankan pelajar. Tambahan pula, perisian bersifat tidak linear ini memerlukan lebih masa untuk pelajar mencapai objektifnya. LATIHAN 8.2 1. 2. 3. Apakah yang didefinisikan dengan multimedia? Huraikan dengan jelas kesemua kategori/elemen multimedia. Terangkan pengertian hipermedia dan hiperteks.

8.3

INTERNET DALAM PENDIDIKAN


SEMAK KENDIRI 8.2

Sekiranya internet digunakan di dalam proses pembelajaran, adakah ianya dapat meningkatkan motivasi pelajar dalam belajar?

8.3.1

Definisi Internet

Internet merupakan satu sistem jaringan rangkaian komputer antarabangsa yang meliputi seluruh dunia. Di bawah adalah salah satu daripada takrifan internet yang telah dikemukakan oleh Rochester (1998). Rochester (1998) Internet berfungsi untuk memudahkan perkhidmatan komunikasi data yang luas termasuk mel-elektronik, program pemindahan data dan fail, kumpulan perbincangan dan kumpulan perbualan.

World Wide Web (WWW) pula merupakan sub set kepada sistem internet. WWW merupakan perkhidmatan internet yang menghubungkan tapak-tapak

120 X TOPIK 8 PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT),


MULTIMEDIA DAN INTERNET DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

yang berada di seluruh dunia melalui dokumen hiperteks. Penggunaan internet bergantung kepada dua tatacara atau protokol utama: Alamat Protokol Internet (IP) menggunakan sistem komunikasi berdasarkan nombor kepada setiap alamat yang terdiri dari kombinasi nama akaun pengenalan diri pengguna (user id) dan nama pendaftaran internet komputer (host name). Sumber Lokasi Uniform (URLs) bermula dengan prefiks HTTP (HyperText Transfer Protocol) yang merupakan standard internet di dalam menentukan bagaimana mesej dihantar dan bertindak balas.

8.3.2

Rangkaian Internet

WAN (Wide Area Network)


Merupakan rangkaian komputer yang menghubungkan beberapa komputer dalam sesebuah institusi dan meliputi antara satu sama lain seperti Rajah 8.3. LAN LAN
Tulang Belakang Kuasa Tinggi

LAN

LAN
LAN (Local Area Network)

LAN LAN PC

Hubungan kepada dunia luar

PC

PC

PC

PC

PC

LAN (Local Area Network) Rajah 8.3: WAN (Wide Area Network)

LAN (Local Area Network)


Merupakan rangkaian jaringan setempat yang menghubungkan beberapa komputer dalam sesuatu kawasan terhad seperti Rajah 8.4. Ianya bergantung kepada sebuah komputer pusat yang dikenali sebagai server dan router.

TOPIK 8 PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT), W MULTIMEDIA DAN INTERNET DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

121

Pelajar PC

Pelajar

PC

Pelajar

INTERNET

Pelajar

PC

LAN (Local Area Network)

LAN (Local Area Network)

PC
Rajah 9.4: LAN (Local Area Network)

PC

PC

INTRANET
Merupakan rangkaian dalaman yang berperanan sebagai penghubung bagi sesebuah kumpulan kerja yang menggunakan pelbagai pengantara komputer pada lokasi yang berjauhan. Mempunyai dinding api (firewall) yang melindungi sistem agar pengguna luar tidak dapat mengakses rangkaian tersebut seperti Rajah 8.5. Intranet PC PC PC PC PC PC PC PC PC PC PC PC
Dinding api

Internet

Rajah 9.5: INTRANET

122 X TOPIK 8 PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT),


MULTIMEDIA DAN INTERNET DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

8.3.3
x x

Internet dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Sumber Statik Maklumat Kaedah yang digunakan untuk mencari sumber-sumber yang diperlukan untuk tujuan pengajaran. Ianya bersifat statik dengan mengaplikasikan sumber sedia ada. Contohnya penggunaan kemudahan perpustakaan atau pusat sumber kurikulum.

Penggunaan Interaktif Dinamik x x Internet digunakan untuk menggalakkan suasana dialog antara pelbagai pihak yang berlainan yang merupakan komponen penting. Ianya bersifat dinamik memandangkan pengetahuan hanya akan terhasil apabila dialog antara individu dilaksanakan.

Bilik Darjah ke Bilik Darjah x x Kesemua individu di dalam bilik darjah akan bekerjasama secara dinamik bagi menyempurnakan suatu tugasan. Organisasi popular yang mempromosikan projek sebegini adalah Pendidikan Antarabangsa dan Rangkaian Sumber.

Individu ke Individu x x Merupakan satu lagi bentuk dinamik penggunaan interaktif menerusi perhubungan individu ke individu melalui mel-elektronik. Pelajar dan guru boleh bertukar-tukar maklumat serta pengetahuan tentang bidang yang diminati.

Individu/Bilik Darjah kepada Dunia x Pelajar dan guru mampu mengendalikan tinjauan menerusi listservs atau newsgroup yang terdapat dalam internet. Penyelesaian Masalah x x Internet mampu bertindak sebagai suasana penyelesaian masalah bagi tujuan pembelajaran. Menerusi perisian tertentu pengguna internet mampu mengubah simpanan fail di dalam sesebuah laman web.

TOPIK 8 PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT), W MULTIMEDIA DAN INTERNET DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

123

LATIHAN 8.3 1. 2. 3. Apakah yang dimaksudkan dengan internet? Apakah yang INTRANET? dimaksudkan internet dengan dalam LAN, WAN dan dan

Apakah sumbangan pembelajaran?

pengajaran

Topik ini mengemukakan konsep-konsep asas ICT, multimedia dan internet, memberikan anda gambaran teknikal tentang fungsinya, serta aplikasi ketigatiganya di dalam pengajaran dan pembelajaran seni visual di sekolah. Anda haruslah bersedia untuk menggunakan teknologi moden dalam proses pengajaran kerana teknologi ini semakin berkembang. Walaupun penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi masih agak terbatas di sekolah, namun tidak mustahil suatu hari nanti sekolah di Malaysia akan dilengkapi dengan alat bantu mengajar yang serba canggih yang mampu memberi peningkatan menakjubkan di dalam kualiti pembelajaran pelajar-pelajar.

Top i k

Pengurusan Studio dan Bilik Seni di Sekolah

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. 2. 3. Memahami pengurusan bilik seni yang baik; Mengetahui proses pemilihan karya untuk dipamerkan; dan Memahami aspek penjagaan dan keselamatan semasa aktiviti seni dijalankan.

X PENGENALAN
Persekitaran memainkan peranan yang signifikan di dalam perkembangan pembelajaran kanak-kanak. Persekitaran yang sihat dan kondusif membantu murid untuk berkembang dan menjadi lebih aktif. Di dalam pendidikan seni visual, lokasi yang selalu digunakan bagi tujuan pengajaran adalah studio seni. Kebiasaannya kemudahan bilik seni atau studio seni memang disediakan oleh kerajaan untuk kemudahan guru. Bab ini akan memperjelaskan dan menghuraikan maklumat berkaitan dengan pengurusan kelas dan studio bagi mata pelajaran seni visual. Maklumat mengenai kaedah pemilihan karya sehinggalah kepada pengurusan berkaitan penyimpanan barangan dan alatan turut dibincangkan dengan komprehensif.

TOPIK 9 PENGURUSAN STUDIO DAN BILIK SENI DI SEKOLAH

W 125

9.1

PENDAHULUAN
SEMAK KENDIRI 9.1

Adakah susun atur kelas, bilik seni atau studio mempunyai pengaruh ke atas motivasi pelajar untuk belajar?

Bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual berjalan lancar, persekitaran merupakan perkara penting. Bilik-bilik darjah yang disediakan perlu sentiasa diperkemas dan diperbaharui supaya suasana sentiasa ceria dan mampu menarik minat murid. Pengetahuan asas bagaimana untuk menyusun dan merekaletak alatan dan bahan pameran perlu dimiliki oleh guru seni visual kerana selain daripada tanggungjawab mengajar, biasanya guru pendidikan seni juga dipertanggungjawabkan untuk menjaga bilik dan studio seni. Marjorie Schiller (1995) menerangkan bahawa bilik dan studio seni melambangkan cara kita menilai seni dan bagaimana seni memberikan makna kepada kehidupan kita. Justeru, kaedah penyusunan dan kebersihan bilik darjah dan studio perlu menitikberatkan unsur estetika untuk memberi pengalaman estetik yang bermakna. Persekitaran yang merangsang deria memberikan tenaga kepada minda untuk belajar (Koster, 2001). penyimpanan barangan dan alatan turut dibincangkan dengan komprehensif.

9.2

KEPERLUAN ASAS BILIK SENI

Kebanyakan sekolah telah disediakan bilik khas yang diperuntukkan sebagai bilik seni atau studio seni. Kemudahan ini disediakan oleh pihak berwajib bagi memastikan keselesaan murid dan guru dalam menjalankan proses pengajaran. Mengurus dan menjaga studio seni bukan tugas mudah. Oleh itu, guru perlu bijak menyusun barangan yang terdapat di dalam bilik supaya kelihatan ceria dan menarik. Berikut merupakan perkara-perkara yang boleh dijadikan panduan bagi guru dalam mengurus bilik seni dan studio seni di sekolah. (a) Warna Dinding Antara kaedah pertama yang perlu dititikberatkan bagi menghiasi bilik seni adalah warna. Warna dinding yang terdapat di bilik seni perlu menarik. Pilihlah warna-warna yang sesuai untuk dijadikan latar kepada buletin dan papan notis yang terdapat di dalam bilik darjah. Karen Haigh (1997) menyarankan agar pemilihan warna bagi bilik seni hendaklah

126 X

TOPIK 9 PENGURUSAN STUDIO DAN BILIK SENI DI SEKOLAH

sehingga tidak menafikan dan menenggelamkan hasil karya pelajar yang akan dipamerkan. Dalam konteks ini, pemilihan warna bagi menghiasi dinding perlu mengambil kira kesesuaian dengan karya pelajar yang akan digantung dan dipamerkan nanti. Warna-warna yang disarankan adalah warna-warna terang seperti warna putih, kelabu pucat, kuning dan biru. Warna-warna terang ini akan membuatkan bilik seni yang gelap nampak besar selain daripada sesuai untuk dijadikan latar bagi karya pelajar dan objek-objek semula jadi. (b) Papan Buletin Buletin sangat diperlukan untuk mempamerkan hasil karya pelajar selain sebagai tempat untuk menyampaikan maklumat. Papan notis hendaklah diwarnakan sama dengan warna dinding agar terdapat kesatuan dengan bilik selain mampu menarik minat terhadap apa yang pamerkan. Selain daripada itu, guru-guru pendidikan seni visual juga boleh menggunakan warna-warna seperti warna kuning terang, merah dan oren untuk mengecat papan buletin bagi tujuan pameran selain menampakkan sedikit kelainan daripada warna terdahulu. (c) Pencahayaan Pencahayaan juga memainkan peranan penting kerana pemilihan warna juga dipercayai turut mempengaruhi murid menyiapkan dan menghasilkan karya. Kebanyakan kelas dan studio seni telah disediakan dengan lampu fluoresant atau lampu kalimantang. Oleh itu, guru seni digalakkan untuk memastikan murid menggunakan sinaran pencahayaan semula jadi dari luar. Guru perlu buka tingkap dan pastikan seberapa banyak cahaya dari luar masuk ke dalam bilik seni. Guru juga boleh mengadakan eksperimen bersama pelajar bagi mendapatkan perbezaan warna menggunakan lampu fluoresent dan cahaya semula jadi. Bahan Pameran Khas Selain mempamerkan hasil karya pelajar, guru-guru seni visual boleh memperuntukkan satu ruang pameran yang mempamerkan objek semula jadi yang boleh membangkitkan rasa ingin tahu. Objek-objek hendaklah dipamerkan di lokasi yang mudah untuk dikunjungi oleh murid. Ruang yang mempamerkan objek ini akan merangsang deria murid di samping memberikan peluang kepada mereka untuk melihat dan menyentuh objek tersebut. Zon Kerja Zon kerja merupakan lokasi murid menghasilkan karya dan menyiapkan kerja mereka. Meja kerja perlu disediakan dan daripada jenis yang boleh dicantum sekiranya perlu bagi mendapatkan ruang yang lebih luas. Di samping itu, keperluan bahan seni seperti berus dan warna diletakkan

(d)

(e)

TOPIK 9 PENGURUSAN STUDIO DAN BILIK SENI DI SEKOLAH

W 127

berdekatan di antara satu sama lain selain singki yang digunakan bagi membersihkan alatan setelah selesai kelas. Guru juga perlu memastikan jarak di antara pelajar adalah sesuai bagi mengelakkan kesesakan semasa membuat kerja. (f) Stor Penyimpanan Stor simpanan alatan perlu diwujudkan. Rak simpanan boleh digunakan untuk menyimpan bahan dan hasil karya pelajar seperti folio dan buku latihan. Kedudukan rak-rak simpanan ini perlu separas dengan ketinggian murid supaya alatan yang disimpan mudah untuk diambil. LATIHAN 9.1 1. 2. Senaraikan faktor-faktor yang perlu diberi perhatian oleh guru seni di dalam mengurus bilik seni dan studio seni di sekolah. Kenapa faktor pencahayaan yang sesuai penting pengurusan bilik seni atau studio seni yang berkesan? untuk

9.3

KESELAMATAN DAN DISIPLIN


SEMAK KENDIRI 9.2

Keselamatan pelajar di dalam kelas adalah tanggungjawab guru. Wajarkah guru dipersalahkan sekiranya sesuatu kemalangan berlaku kepada pelajar di dalam bilik atau studio seni?

Satu lagi tugas berat dan mencabar bagi guru-guru pendidikan seni adalah aspek keselamatan dan disiplin semasa menjalankan aktiviti. Ruang kerja yang selamat akan memastikan proses pembelajaran tidak terganggu dan terjejas. Guru-guru pendidikan seni visual perlu peka terhadap faktor-faktor yang boleh menyebabkan kemalangan berlaku semasa menjalankan aktiviti. Pemantauan tajam oleh guru semasa murid menjalankan aktiviti mampu mengelakkan sebarang tragedi yang tidak diingini. Berikut adalah langkahlangkah yang boleh diambil oleh guru bagi mengelakkan sebarang kemalangan daripada berlaku.

128 X

TOPIK 9 PENGURUSAN STUDIO DAN BILIK SENI DI SEKOLAH

(a)

Membaca Label Bahan Sebelum memulakan aktiviti, guru perlu membaca label yang mengandungi maklumat berkaitan dengan bahan yang akan digunakan bagi menjalankan aktiviti. Bahan-bahan ini mungkin mengandungi kandungan yang merbahaya dan boleh membahayakan kesihatan murid. Murid yang mempunyai masalah kesihatan seperti alahan terhadap sesuatu dan asma perlu dikenal pasti terlebih dahulu supaya aktiviti yang dirancang menggunakan bahan yang membahayakan kesihatan boleh digantikan dengan bahan alternatif yang lain. Kebanyakan bahan yang dibekalkan oleh pembekal bagi aktiviti seni visual mempunyai tanda amaran sebagai satu bentuk makluman mengenai bahaya bahan tersebut. Guru perlu memainkan peranan yang lebih aktif bagi memastikan bahan-bahan ini bebas toksik dan sesuai digunakan untuk tujuan pembelajaran.

(b)

Pilih Bahan Sesuai Mengikut Peringkat Umur Bahan dan alatan seni yang digunakan oleh murid berbeza dengan bahan dan alat yang digunakan oleh artis profesional. Justeru, tugas guru adalah untuk mengenal pasti bahan dan alatan yang sesuai dengan tingkatan umur murid. Kebiasaannya, bahan dan alatan yang dibekalkan akan mempunyai keterangan pada label pembungkusan tentang tahap umur yang sesuai mengikut kategori tertentu. Mewujudkan Panduan Keselamatan Guru seni visual boleh mewujudkan satu panduan keselamatan semasa berada di studio seni sebagai satu dokumen rasmi. Dokumen keselamatan disediakan sebagai peraturan yang digunakan oleh semua murid untuk mengelakkan kemalangan. Ianya juga boleh dijadikan panduan di dalam penggunaan alatan dan bahan. Dokumen ini boleh diletakkan di studio di tempat yang strategik dan kelihatan pada pandangan umum. Menggunakan Bahan Alternatif Banyak alatan dan bahan yang digunakan untuk menghasilkan karya adalah tidak selamat untuk digunakan oleh murid. Justeru, guru digesa untuk mencari bahan dan alat alternatif bagi menggantikan alatan dan bahan tersebut. Berikut disenaraikan bahan alternatif yang boleh digunakan oleh guru pendidikan seni visual seperti yang dicadangkan oleh Koster (2001):

(c)

(d)

TOPIK 9 PENGURUSAN STUDIO DAN BILIK SENI DI SEKOLAH

W 129

Bahan Bertoksik
Cat minyak

Bahan Alternatif
Cat air/Pewarna berasaskan air

Varnish Thinner

Cat tempera Acrylic

AKTIVITI 9.1 Selain daripada langkah-langkah keselamatan yang dibincangkan, apakah lagi bentuk-bentuk langkah keselamatan sampingan yang boleh diambil oleh guru?

AKTIVITI 9.2 Dengan berbincang dalam kumpulan, sediakan satu panduan keselamatan yang sesuai untuk pelajar sekolah rendah di dalam menggunakan bilik atau studio seni di sekolah.

9.4

MEMPAMERKAN HASIL KARYA


SEMAK KENDIRI 9.2

Kenapa hasil karya pelajar perlu dipamerkan? Apakah faktor-faktor yang menjadi penentu dalam pemilihan karya untuk dipamer?

9.4.1

Pemilihan Karya

Persoalan penting di dalam mempamerkan karya pelajar adalah bagaimana hendak memilih hasil karya untuk dipamerkan. Kriteria pemilihan karya murid perlu melihat kepada dua perkara iaitu dari sudut pedagogi dan juga nilai estetik. Pemilihan perlu melihat kepada aspek pedagogi yang melihat kepada keberkesanan dan penyampaian proses dan kaedah menghasilkan karya tersebut. Faktor nilai estetik dilihat dari sudut pencapaian objektif penghasilan karya tersebut sama ada ianya dihasilkan bertujuan untuk kelihatan cantik

130 X

TOPIK 9 PENGURUSAN STUDIO DAN BILIK SENI DI SEKOLAH

ataupun sebaliknya. Murid-murid memang gemar melihat karya mereka dan karya rakan-rakan mereka dipamerkan untuk tatapan umum. Murid-murid merasakan komitmen dan usaha yang mereka telah sumbangkan bagi menghasilkan karya diberi penghargaan. Sungguhpun ruang yang terdapat pada papan buletin pameran sangat terhad, guru perlu bijak untuk mengatur dan merancang giliran dan membuat pilihan yang lebih bijak dalam pemilihan karya supaya pameran tersebut mencerminkan satu tanda aras yang perlu dicapai oleh murid. Hasil karya murid yang dipamerkan memberikan mereka satu rangsangan yang mendalam terhadap keupayaan mereka (Koster, 2001). Murid menitikberatkan soal kualiti karya dan cuba untuk menghasilkan yang terbaik supaya karya yang dihasilkan terpilih untuk dipamerkan. Dalam erti kata lain, usaha mempamerkan hasil karya oleh guru dapat dijadikan satu bentuk motivasi kepada pelajar. Guru perlu melihat hasil karya pelajar sebagai satu proses memantau prestasi selain membantu murid mencapai tahap yang dikehendaki. Sebelum karya seseorang murid dipamerkan, guru perlu membuat perbincangan mengenai peningkatan dan perbezaan karya yang telah dihasilkan oleh murid supaya mereka dapat melihat tahap dan aras yang telah mereka capai. AKTIVITI 9.3 Apakah strategi-strategi yang boleh diambil oleh guru untuk mempamerkan karya pelajar sekiranya studio atau bilik seni mempunyai ruang yang sangat terhad?

LATIHAN 9.2 1. 2. Senaraikan faktor-faktor yang perlu diberi perhatian oleh guru dalam pemilihan karya untuk dipamerkan. Mengapa perbincangan perlu diadakan oleh guru sebelum sesuatu karya dipamerkan?

TOPIK 9 PENGURUSAN STUDIO DAN BILIK SENI DI SEKOLAH

W 131

9.4.2

Susun Atur Karya

Karya boleh disusun mengikut dua aturan utama: 2 dimensi atau 3 dimensi. Setiap jenis mempunyai cara aturannya yang tersendiri.

9.4.2.1 Karya Dua Dimensi (2D)


(a) Panel Pameran Bagi mempamerkan bahan dan karya dua dimensi (2D) sebuah panel pameran diperlukan. Panel pameran ini digunakan untuk mempamerkan hasil karya. Saiz panel pameran yang dicadangkan adalah berukuran 4 x 8 kaki dan mampu untuk dilekatkan dengan menggunakan staple gun atau paku tekan. Latar belakang bagi panel pameran sebaiknya diwarnakan dengan warna putih supaya ia membantu murid untuk menarik perhatian dan fokus terhadap karya tersebut. Kertas Keras dan Proses Membingkai Bagi mempamerkan hasil karya, guru perlulah memastikan panel pameran bersih dan tidak berserabut. Setelah pemilihan dibuat, setiap karya yang ingin dipamerkan perlu dibingkaikan supaya nampak kemas dan menarik. Terdapat pelbagai kaedah dan bahan bagi tujuan membingkai hasil karya. Antara lain, proses membingkai karya boleh dilakukan dengan menggunakan kertas keras (black mounting board) berwarna hitam, kelabu atau warna-warna gelap seperti warna coklat. Bahagian dibuat pengukuran yang tepat bahagian dalam kertas keras ditebuk lalu menyerupai tetingkap. Ambil ukuran semula dan tampalkan hasil karya di belakang kertas keras. Kaedah ini dikenali sebagai window framing.

(b)

9.4.2.2 Karya Tiga Dimensi (3D)


Pameran bagi objek dan karya tiga dimensi (3D) mempunyai pendekatan yang berbeza. Ini kerana kebiasaannya objek dan karya tiga dimensi (3D) ini mempunyai saiz yang pelbagai. Meja yang dilapik dengan kain berwarna boleh digunakan sebagai tempat untuk meletakkan objek dan hasil karya. Karya yang hendak dipamerkan perlu disusun mengikut jenis dan ketinggian. Objek dan hasil karya yang lebih besar hendaklah diletakkan di belakang supaya objek yang lebih kecil boleh diletakkan di hadapan. Sesetengah hasil karya seperti ukiran kayu, hasil karya seramik, sejenis kotak yang dikenali sebagai pedestal boleh digunakan dengan meletakkan objek tersebut di atasnya. Pedestal ini diperbuat sama ada daripada kepingan papan yang kemudiannya dicantumkan menjadi sebuah kotak. Warnakan pedestal tersebut dengan warna

132 X

TOPIK 9 PENGURUSAN STUDIO DAN BILIK SENI DI SEKOLAH

terang supaya fokus pengunjung akan terus kepada objek tersebut. Untuk tambah menarik lagi, cermin boleh diletakkan dengan mengikut saiz pedestal tersebut dan diletakkan di atas. Siling boleh digunakan untuk menyangkut karya, selalunya objek dan hasil karya mobil yang boleh digantung. Sebelum menggantung karya-karya ini, guru perlu mengambil langkah keselamatan dengan memeriksa dengan teliti siling tersebut. Tebukan pada siling mesti dilakukan dengan kuat bagi mengelakkan objek daripada terjatuh lalu pecah. LATIHAN 9.3 1. 2. Nyatakan perbezaan di antara susun atur karya 2 dimensi dan 3 dimensi. Kenapa karya yang ingin dipamer perlu dibingkai?

Topik ini menyentuh aspek-aspek pengurusan bilik seni dan studio seni di sekolah termasuklah keperluan-keperluan asas yang perlu ada di dalam bilik seni, langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil oleh guru Pendidikan Seni Visual dalam memastikan ianya kawasan bebas kemalangan, serta faktorfaktor yang perlu diberi perhatian di dalam mempamerkan karya-karya seni pelajar. Pengurusan Bilik Seni yang berkesan mempunyai impak langsung ke atas proses pembelajaran. Sebagai bakal guru anda juga perlu sedar bahawa keselamatan pelajar-pelajar semasa belajar terletak di bawah tanggungjawab guru dan guru perlu mengambil langkah awal untuk memastikan ruang belajar bukan sahaja selesa malah selamat untuk digunakan.

Topik X Pengujian dan

10

Penilaian dalam Pendidikan Seni Visual

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. 2. 3. Mengetahui prinsip-prinsip asas di dalam pengujian; Memahami jenis-jenis pengujian di dalam pendidikan seni visual; dan Mengenal pasti perbezaan dan konteks mengaplikasikan sesuatu pengujian. yang sesuai untuk

X PENGENALAN
Setiap insan, menurut fitrah, adalah pengkritik. Setiap kali kita memandang sesuatu hasil seni, secara sedar atau tidak kita akan menilai hasil seni tersebut. Penilaian kita mungkin berdasarkan kecenderungan peribadi untuk menyukai atau membenci, atau secara perbandingan kita membandingkan dengan hasil karya yang telah kita amati sebelum ini. Pendek kata, kita tidak dapat menghalang diri kita daripada menghakimi sesuatu, begitu juga kita harus menghakimi hasil karya seni pelajar sebagai satu proses yang sihat dalam menggalakkan pelajar berkembang dalam dunia kreatif mereka. Namun kadangkala guru mempunyai kecenderungan untuk mengelak daripada melakukan pengujian ke atas kerja-kerja pelajar, dengan pandangan bahawa

134 X TOPIK 10 PENGUJIAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL

ianya hanya akan menyekat kreativiti pelajar itu sendiri. Pandangan ini tidak meletakkan pengujian di tempat yang sepatutnya malah mencerminkan ketidakfahaman guru terhadap fungsi dan peranan yang dimainkan oleh pengujian. Pengujian dan penilaian merupakan proses positif dan satu sumber makluman yang dapat mempamerkan kebolehan dan kemampuan pelajar, bukan sebaliknya. Untuk pelajar, fokus pengujian adalah dalam mempersembahkan pencapaian dan penguasaan pelajar daripada perspektif kemampuan dan keupayaan pelajar. Untuk guru, fokus pengujian seharusnya adalah kelemahan pelajar agar dapat guru menjana semula pengajaran di dalam meningkat penguasaan pelajar dalam bidang-bidang seni tertentu. Di samping itu, pengujian juga dapat membantu guru dalam merangka program seni yang efektif. Pengujian merupakan salah satu aspek penting di dalam pengajaran. Sekiranya dimanipulasikan dengan berkesan, ianya bukan sahaja berfungsi sebagai indikator pencapaian atau penguasaan pelajar dalam sesuatu kemahiran, malah memberi maklum balas tentang keupayaan pelajar dalam memahami sesuatu, dan dapat meningkatkan kualiti pengajaran guru itu sendiri. Perlu diingat bahawa setiap pengujian perlu dilakukan di atas tujuan yang khusus dengan objektif yang jelas. Malangnya ramai guru pada hari ini mengadakan ujian atau peperiksaan kerana kehendak kurikulum dan sukatan mata pelajaran semata-mata, tanpa memahami kepentingan pengujian di dalam meningkatkan mutu pembelajaran pelajar serta mampu untuk meningkatkan kualiti pengajaran guru. Bab ini cuba mengupas definisi serta konsep pengujian, memberi maklumat tentang jenis-jenis pengujian serta mencadangkan bentuk serta cara pengujian yang perlu ada di dalam pendidikan seni visual agar dapat difahami oleh guru dengan jelas, seterusnya dapat diaplikasikan dengan berkesan.

10.1 DEFINISI PENGUJIAN DAN PENILAIAN


SEMAK KENDIRI 10.1 Apakah pengujian dan penilaian merupakan perkara yang sama? Di dalam konteks apakah kita menguji dan di dalam situasi yang bagaimanakah pula kita menilai?

TOPIK 10 PENGUJIAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL

W 135

Ramai yang terkeliru di antara konsep pengujian (assessment) dan penilaian (evaluation), dan dua perkataan ini sering digunakan untuk merujuk kepada perkara yang sama. Di dalam konteks pengajaran dan pembelajaran di sekolah, guru-guru selalunya mengaplikasikan pengujian dan jarang sekali melakukan penilaian. Pengujian merujuk kepada keseluruhan proses yang terlibat di dalam mendapatkan bukti (evidence) keupayaan pelajar; daripada menentukan objektif pengujian, merangka soalan atau tugas, menjalankan ujian, memeriksa atau memberi markah termasuk melaporkan keputusan ujian kepada pihak-pihak yang terbabit (pelajar, pihak sekolah, pihak kementerian, ibu bapa dan lain-lain). Antara bentuk-bentuk pengujian termasuklah ujian bulanan, peperiksaan, pemerhatian, temuduga, portfolio serta tugasan-tugasan kelas yang diberi markah. Semua ini merupakan bukti kepada keupayaan dan pencapaian pelajar kerana daripada sinilah guru dan pemeriksa dapat membuat kesimpulan akan apa yang telah pelajar pelajari. Penilaian pula merujuk kepada entiti yang berbeza. Penilaian diambil daripada kata dasar nilai seperti mana evaluation diambil daripada kata dasar value. Daripada sudut definisi, penilaian merujuk kepada proses menghakimi sesuatu dengan tujuan untuk memberi nilai. Dengan maksud yang lebih mudah, seseorang akan menjalankan penilaian untuk melihat salah satu atau semua daripada perkara berikut: keberkesanan, kelancaran, fungsi dan operasi. Contohnya, kita melakukan penilaian untuk melihat keberkesanan sesuatu program, untuk mengenal pasti nilai sesuatu sebelum pelaburan wang atau aset dilakukan, menilai operasi sesebuah organisasi atau menilai pekerja untuk melihat adakah pekerja menjalankan tugas harian mereka mengikut syarat dan cara yang ditetapkan oleh sesebuah organisasi. Sekiranya ditelusi, satu-satunya bentuk penilaian yang dilakukan di sekolah dalam konteks pembelajaran ialah apabila pihak kementerian, pihak sekolah atau guru itu sendiri ingin melihat keberkesanan pengajaran guru. Di dalam konteks pembelajaran, apabila guru ingin melihat keupayaan dan pencapaian pelajar di dalam kelas, guru akan mengaplikasikan pengujian dan bukan penilaian. LATIHAN 10.1 1. Sekiranya kita ingin melihat keberkesanan program pendidikan seni yang dianjurkan oleh pihak sekolah, adakah kita menjalankan pengujian atau penilaian? 2. Di dalam proses apresiasi karya seni seseorang pelajar, adakah kita menguji atau menilai karya tersebut?

136 X TOPIK 10 PENGUJIAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL

10.2 KONSEP-KONSEP PENTING DALAM PENGUJIAN


SEMAK KENDIRI 10.2 Perlukah guru mempunyai pengetahuan asas di dalam pengujian untuk menjalankan pengujian yang betul dan berkesan?

Adalah penting untuk guru memahami konsep dan jenis-jenis pengujian agar keputusan yang tepat dapat diambil dalam menentukan matlamat dan objektif sesuatu ujian yang dilakukan.

10.2.1 Pengujian Formal dan Tidak Formal


Mengajar merupakan satu tugas yang kompleks. Semasa mengajar itu sendiri, guru perlu juga melakukan pelbagai bentuk pemerhatian yang lain untuk memastikan keberkesanan pengajaran yang dilakukan. Salah satu bentuk pemerhatian yang perlu dilakukan oleh guru ialah mengenal pasti sama ada pelajar memahami apa yang diajar. Proses pemerhatian ini merupakan satu bentuk pengujian tidak formal. Pengujian tidak formal penting untuk dilakukan oleh guru dari semasa ke semasa. Antara bentuk pengujian tidak formal ialah bertanya sama ada pelajar faham apa yang diajar, membaca isyarat tidak verbal pelajar untuk mengagak tahap pemahaman mereka, mengadakan sesi soal jawab dalam melihat penguasaan pelajar ataupun memeriksa latihan dan kerja rumah pelajar. Ianya adalah bentuk pengujian yang tidak formal kerana pelajar tidak diberi markah dan dilakukan semasa guru menjalankan tugas mengajar. Signifikan pengujian jenis ini adalah dalam memberi maklum balas kepada guru tentang pemahaman pelajar supaya dapat guru gunakan maklumat tersebut untuk membuat modifikasi dalam pengajaran. Pengujian formal pula melibatkan pengujian rasmi yang dijalankan oleh guru atau pihak jawatankuasa pengujian di sekolah. Ianya formal kerana sejumlah masa khusus diperuntukkan untuk menjalankan ujian berkenaan, semua pelajar akan diuji mengikut prosedur yang telah ditetapkan, harus mempunyai matlamat dan objektif pengujian, melibatkan pemberian markah dan keputusan sesuatu pengujian perlu dilaporkan kepada pihak-pihak yang relevan. Contoh pengujian formal ialah ujian atau kuiz bulanan, peperiksaan, pembentangan pelajar, portfolio dan apa jua bentuk tugasan yang perlu diberi markah.

TOPIK 10 PENGUJIAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL

W 137

Sekiranya diteliti bentuk dan sifat kedua-dua pengujian ini, pengujian formal lebih memakan masa tetapi ianya menyediakan maklumat pencapaian pelajar di dalam topik atau penguasaan yang telah ditetapkan. Maklumat daripada pengujian formal selalunya digunakan oleh pihak sekolah, kementerian dan ibu bapa untuk melihat secara langsung kebolehan pelajar di dalam pembelajaran mereka. Manakala pengujian tidak formal pula menyediakan maklum balas kepada guru dalam memodifikasi cara pengajaran agar dapat lebih difahami oleh pelajar. LATIHAN 10.2 1. 2. Bagaimanakah pengujian tidak formal dapat membantu guru meningkatkan hubungan pelajar dengan guru? Bagaimanakah pengujian formal dapat membantu meningkatkan kualiti pengajaran guru?

10.2.2 Pengujian Formatif dan Pengujian Sumatif


Kedua-dua istilah formatif dan sumatif digunakan untuk merujuk kepada masa pengujian tersebut dijalankan. Pengujian formatif merujuk kepada sebarang bentuk pengujian yang dijalankan pada bila-bila masa semasa tahun pembelajaran. Setelah selesai sesuatu kemahiran contoh pengujian jenis ini ialah ujian dan kuiz bulanan, pembentangan pelajar, pengujian tidak formal atau sebarang bentuk pengujian yang dijalankan dalam tahun pembelajaran. Manakala pengujian sumatif pula merujuk kepada sebarang bentuk pengujian yang dijalankan pada akhir tahun pembelajaran. Contoh paling jelas ialah peperiksaan akhir. Konsep kedua-dua pengujian ini amat mudah untuk difahami, namun untuk penentuan sama ada sesuatu pengujian perlu dilakukan dalam bentuk formatif atau pun sumatif bergantung kepada banyak faktor serta mempunyai implikasi tertentu. Antaranya objektif pengujian, sifat dan bentuk pengujian serta kehendak kurikulum. Maklumat yang diperolehi daripada kedua-duanya berbeza dan digunakan oleh pihak-pihak yang berbeza. Pengujian formatif menyediakan maklumat yang menguntungkan dua pihak: pelajar dan guru. Contohnya, apabila guru menjalankan ujian bulanan, markah yang diperolehi daripada ujian bulanan tersebut merupakan indikator pada guru akan tahap pemahaman setiap pelajar. Guru dapat menggunakan maklumat ini untuk melihat sama ada pelajar telah faham akan sesuatu yang diajar atau masih kabur. Sekiranya jawapan yang diberikan di dalam ujian menunjukkan bahawa rata-rata pelajar masih kabur dengan sesuatu topik, maka guru perlu memperjelaskan semula topik

138 X TOPIK 10 PENGUJIAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL

berkenaan. Ini seterusnya menguntungkan pelajar itu sendiri kerana apa yang tidak difahami kini dapat diteliti dengan jelas. Guru juga boleh menyediakan maklumat yang diterima daripada pengujian ini untuk melaporkan prestasi perkembangan pelajar kepada ibu bapa. Guru dapat menyediakan informasi tentang topik yang mendapat penguasaan yang baik oleh pelajar dan juga topik atau kemahiran yang perlu diperbaiki. Oleh itu dapatlah dirumuskan bahawa pengujian formatif sebenarnya menyediakan maklumat diagnostik tentang pemahaman setiap pelajar. Oleh kerana ianya dijalankan sepanjang tahun pembelajaran, ianya memberi ruang kepada guru untuk menghuraikan konsep yang tidak jelas atau membuat modifikasi dalam cara pengajaran sebelum peperiksaan akhir. Pengujian sumatif pula menyediakan maklumat kepada dua pihak utama, namun cara setiap pihak mengguna dan menterjemah maklumat ini adalah berbeza. Dua pihak utama ini merujuk kepada pihak sekolah dan kementerian; serta pihak pelajar dan ibu bapa. Pada dasarnya, pengujian sumatif memberi maklumat tentang penguasaan atau pencapaian pelajar secara menyeluruh di dalam sesuatu subjek, kemahiran atau bidang. Kita hanya tahu sama ada seseorang pelajar itu telah menguasai sesuatu subjek, kemahiran atau bidang dengan baik atau tidak; tetapi kita tidak tahu secara spesifik bahagian manakah di dalam subjek, kemahiran atau bidang tersebut yang dapat dikuasai dengan baik atau masih perlu diperbaiki. Pihak sekolah dan kementerian akan melihat pencapaian seluruh pelajar secara holistik di peringkat sekolah, negeri ataupun nasional agar laporan dan statistik dapat dibuat bagi tujuan analisa status pencapaian sesuatu mata pelajaran, perbandingan pencapaian dengan tahuntahun sebelumnya atau daerah dan negeri yang lain, dan juga untuk melihat kepada perlunya modifikasi atau pembaikan dilakukan pada sukatan mata pelajaran, kurikulum dan lain-lain. Pelajar dan ibu bapa pula mempunyai fokus yang lebih peribadi di dalam menggunakan maklumat yang diperolehi daripada pengujian sumatif. Ianya menyediakan maklumat tentang pencapaian seseorang pelajar secara keseluruhan dan keupayaan pelajar dalam menguasai subjek, bidang atau kemahiran tertentu sepanjang tahun. LATIHAN 10.3 1. 2. Kenapakah pengujian berbentuk sumatif tidak memberikan kesan langsung terhadap proses pengajaran di dalam kelas? Kenapakah pihak sekolah dan kementerian lebih berminat terhadap maklumat pencapaian keseluruhan pelajar dan bukannya maklumat pencapaian seseorang pelajar?

TOPIK 10 PENGUJIAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL

W 139

10.2.3 Rujukan Norma (Norm-referenced) dan Rujukan Kriteria (Criterion-referenced)


Walaupun secara amnya kedua-dua istilah ini merujuk kepada cara keputusan sesuatu pengujian dilaporkan, penentuan sama ada sesuatu pengujian perlu diadakan di dalam bentuk rujukan kriteria atau rujukan norma bergantung kepada fokus pengujian itu sendiri. Rujukan Norma ialah satu cara melapor keputusan pengujian dengan menyusun pencapaian para pelajar di dalam sesuatu kelas mengikut norma. Dalam erti kata lain, para pelajar disusun mengikut pencapaian markah mereka. Pelajar yang mendapat markah tertinggi akan diberikan nombor satu, yang kedua tertinggi akan diberikan nombor dua, begitulah seterusnya dan pelajar mendapat markah terendah akan mendapat nombor paling akhir di dalam kelas. Kaedah ini digunakan secara meluas di peringkat pra-sekolah dan sekolah rendah. Rujukan Kriteria merujuk kepada pencapaian atau penguasaan seseorang pelajar berdasarkan kriteria-kriteria pengujian yang telah ditetapkan. Bentuk rujukan seperti ini diaplikasikan dengan meluas terutamanya untuk pengajian di peringkat menengah dan tertiari, pengujian berskala besar seperti Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta pengujian di peringkat organisasi dan syarikat. Semasa diuji, kriteria-kriteria yang perlu diuji telah digariskan terlebih dahulu dan setiap satu kriteria mewakili markah tertentu. Rujukan norma digunakan secara meluas di peringkat pra-sekolah dan sekolah rendah kerana konsepnya yang mudah difahami oleh para pelajar. Ianya memberi nilai saing kepada para pelajar untuk berlumba mendapatkan tempat tertinggi di dalam kelas. Secara tidak langsung, laporan cara ini mempunyai elemen motivasi. Namun ianya tidak banyak memberi maklumat kepada guru. Dengan menggunakan kriteria norma, guru hanya tahu kedudukan setiap pelajar jika dibandingkan dengan pelajar yang lain, contohnya siapa yang mendapat tempat tertinggi di kelas dan siapa yang paling rendah. Guru hanya tahu bahawa pelajar A mempunyai pencapaian yang lebih tinggi berbanding pelajar B, tetapi guru tidak ada maklumat spesifik tentang kebolehan pelajar A. Rujukan kriteria memberi maklumat tentang kemampuan individu pelajar berdasarkan kriteria-kriteria yang diuji. Contohnya, dalam penghasilan kolaj, guru telah menyenaraikan tiga kriteria utama yang akan diuji iaitu tema, penggunaan bahan dan gabungan warna. Setiap satu kriteria diberi markah yang berasingan dan markah ketiga-tiga kriteria kemudiannya akan digabungkan. Dengan ini guru dapat melihat kemampuan pelajar untuk setiap

140 X TOPIK 10 PENGUJIAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL

kriteria. Sekiranya ada kriteria yang pelajar masih lemah, guru boleh memfokuskan pengajaran untuk kriteria tersebut kemudiannya. Untuk itu di dalam membuat keputusan sama ada sesuatu bentuk pengujian di dalam kelas perlu mengikut rujukan norma atau rujukan kriteria bergantung kepada objektif serta jenis maklumat yang ingin diperolehi oleh guru.

Di peringkat organisasi, rujukan norma amat jarang digunakan dan selalunya hanya digunakan apabila ingin membuat pemilihan. Contohnya di dalam proses pengambilan pekerja. Rujukan norma membolehkan calon-calon disusun mengikut pengalaman dan kelayakan mereka dan memudahkan syarikat memilih calon-calon yang disenaraikan paling atas.

AKTIVITI 10.1 1. 2. Bagaimanakah rujukan norma dapat menambah nilai saing di kalangan para pelajar? Pada pendapat anda, kenapakah pengujian berskala besar seperti PMR dan SPM menggunakan rujukan kriteria dan bukan rujukan norma?

10.2.4 Rubrik Analitikal dan Rubrik Holistik


Rubrik merupakan panduan pemberian markah yang perlu disediakan sebelum sesuatu pengujian dijalankan. Skema jawapan mungkin istilah yang selalu digunapakai di Malaysia, tetapi daripada aspek kandungan, rubrik lebih sistematik dan komprehensif dan boleh digunakan untuk membantu guru di dalam pemberian markah untuk tugasan mudah mahupun tugasan yang kompleks dan lebih rumit. Terdapat dua jenis rubrik iaitu rubrik analitikal dan rubrik holistik. Rubrik analitikal merujuk kepada panduan pemarkahan yang selalunya digunakan untuk pengujian formatif. Oleh kerana sifatnya yang analitikal, rubrik jenis ini mampu menyediakan maklumat diagnostik tentang kemampuan pelajar. Setiap kriteria yang ingin diuji disenaraikan satu persatu dan setiap satunya diberi markah tertentu. Dengan cara ini guru dapat melihat bidang

TOPIK 10 PENGUJIAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL

W 141

(kriteria) yang dapat dikuasai oleh pelajar dengan baik dan bidang (kriteria) yang memerlukan pembaikan. Walaupun rubrik jenis ini dapat memberikan maklumat diagnostik untuk setiap pelajar, namun ianya mengambil masa yang lama untuk disediakan dan proses pemarkahan itu sendiri menjadi lebih rumit kerana guru mempunyai banyak aspek dalam pengujian yang perlu dilihat. Oleh itu kadangkala guru tetap menggunakan rubrik holistik untuk pengujian formatif kerana ianya lebih menjimatkan masa untuk disediakan dan lebih mudah di dalam proses pemberian markah. Di bawah adalah contoh rubrik analitikal di dalam menjalankan pengujian kerja berkumpulan pelajar. Perhatikan bahawa markah diberi secara berasingan dan kualiti yang diuji sangat spesifik, dan markah yang perlu diberi telah pun ditetapkan.
Jadual 10.1: Contoh Rubrik Analitikal dalam Pengujian Kerja Berkumpulan 5
SUMBANGAN IDEA

Kerap menyumbangkan idea bernas di dalam kumpulan dan semasa berbincang. Menunjukkan ciri- ciri kepimpinan dalam kumpulan. Kadangkala memberi idea yang bernas di dalam kumpulan dan semasa berbincang. Ahli kumpulan yang menjalankan tugas yang diberikan. Jarang menyumbangkan idea yang bernas dan lebih banyak berdiam diri semasa perbincangan.

5
KUALITI KERJA

3 1

Kualiti kerja adalah tinggi dan menunjukkan tahap pemikiran kritikal yang tinggi. Kualiti kerja perlu diperbaiki dan mempamerkan sedikit tahap pemikiran kritikal. Kualiti kerja adalah rendah dan tidak ada aplikasi kemahiran berfikir secara kritikal.

5
KERJASAMA BERKUMPULAN

3 1

Bijak mengendalikan perbincangan kumpulan dan mengaplikasikan kemahiran mendengar, memberi maklum balas dan berkongsi maklumat. Ahli yang agak pasif dan lebih banyak mendengar daripada memberi komen atau berkongsi maklumat. Ahli pasif yang tidak bekerjasama dengan ahli kumpulan yang lain.

142 X TOPIK 10 PENGUJIAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL

Rubrik holistik selalunya digunakan di dalam pengujian sumatif untuk melihat kepada pencapaian pelajar secara menyeluruh. Ini kerana sebarang bentuk pengujian sumatif diadakan pada hujung tahun pembelajaran dan guru tidak perlu lagi maklumat diagnostik daripada keputusan ujian pelajar untuk membuat modifikasi dalam pengajaran. Oleh itu rubrik holistik sering digunakan kerana ianya hanya memberi maklumat menyeluruh tentang pencapaian pelajar. Halaman seterusnya memaparkan contoh rubrik holistik dalam pengujian gerak kerja berkumpulan. Perhatikan bahawa elemen untuk diuji dikumpulkan secara menyeluruh (holistik) yang memudahkan proses pemarkahan oleh guru. Guru juga bebas menentukan kadar markah yang sesuai diberikan kepada seseorang pelajar, mengikut kadar markah yang telah ditetapkan.
Jadual 10.2: Contoh Rubrik Holistik dalam Pengujian Kerja Berkumpulan

CEMERLANG 21 30 markah

Semasa perbincangan, idea-idea yang dilontarkan adalah bernas dan pelajar menunjukkan ciri-ciri kepimpinan yang tinggi. Pelajar juga bijak dalam mengendalikan perbincangan kumpulan dan mengaplikasikan kemahiran mendengar, memberi maklum balas serta berkongsi maklumat. Kualiti kerja berkumpulan juga adalah baik serta mempamerkan kemahiran pemikiran kritikal yang tinggi.

BAIK 11 20 markah

Semasa perbincangan, pelajar tidak selalu menyumbangkan idea yang bernas namun tetap berfungsi sebagai ahli kumpulan yang baik dalam menjalankan tugas yang diberikan. Walaupun begitu, kualiti kerja perlu diperbaiki dan mempamerkan sedikit kemahiran berfikir secara kritikal di dalam hasil kerja.

LEMAH 0 10 markah

Semasa perbincangan, pelajar jarang menyumbangkan idea bernas dan lebih banyak mendiamkan diri serta kurang memberikan kerjasama dengan ahli yang lain. Kualiti kerja juga adalah rendah tanpa sebarang aplikasi kemahiran berfikir secara kritikal.

TOPIK 10 PENGUJIAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL

W 143

AKTIVITI 10.2 Keputusan untuk menggunakan sesuatu jenis rubrik bukan sahaja ditentukan oleh bentuk sesuatu ujian, sama ada formatif atau sumatif. Sebagai guru terdapat faktor-faktor lain yang perlu ditimbangkan, seperti kekangan masa, jumlah kelas, jumlah pelajar, jenis maklumat yang ingin diperolehi juga masa yang ada untuk menjalankan sesuatu pengujian.

LATIHAN 10.4 Zura merupakan seorang guru seni yang ingin menjalankan ujian bulanan. Ujian bulanan ini melibatkan 5 kelas yang diajarnya dan setiap kelas mempunyai lebih kurang 30 orang pelajar. Apakah jenis rubrik yang wajar digunakan oleh Zura?

10.2.5 Pengujian Tradisional dan Pengujian Alternatif


Satu lagi konsep yang perlu difahami oleh guru adalah jenis-jenis pengujian tradisional dan bezanya dengan pengujian alternatif. Pengujian tradisional merujuk kepada sebarang bentuk pengujian bertulis yang melibatkan penggunaan pen dan kertas. Ianya dinamakan pengujian tradisional kerana ianya merupakan jenis pengujian tertua. Namun, fokus pengujian telah lama berubah dan pengujian tradisional selalunya digunakan apabila ianya melibatkan pengujian skala besar seperti PMR dan SPM kerana ianya dapat dijalankan melibatkan calon yang ramai dan menjimatkan kos. Di dalam konteks pendidikan seni visual, kebanyakan pengujian yang dijalankan adalah berbentuk alternatif. Contoh-contoh pengujian alternatif di dalam bidang seni visual ialah portfolio, buku kerja kajian (research workbook) dan juga pengujian berasaskan prestasi (performance-based assessment) seperti kerja kumpulan, demonstrasi dan pembentangan pelajar.

144 X TOPIK 10 PENGUJIAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL

AKTIVITI 10.3 Kenapakah pengujian alternatif Pendidikan Seni Visual? lebih relevan dengan bidang

10.3 KAEDAH-KAEDAH PENGUJIAN DI DALAM PEMBELAJARAN SENI VISUAL


Walaupun kadangkala ujian atau kuiz yang diadakan lebih bersifat tradisional (pen dan kertas), bentuk dan kandungan pendidikan seni visual itu sendiri memerlukan guru memberi tumpuan yang lebih kepada pengujian berbentuk alternatif. Pengujian alternatif memberikan ruang kepada guru untuk menguji kemahiran-kemahiran seni visual yang kompleks dan komplikated. Di dalam hal ini, Hurwitz dan Day (2001) menyenaraikan beberapa ciri-ciri pengujian alternatif. 1. 2. 3. Menilai pelajar berdasarkan tugasan yang berdasarkan keperluan disiplin bidang seni visual. Mengambil kira pengetahuan dan kemahiran secara holistik dan tidak melihat daripada fragmen-fragmen yang berbeza. Menghargai pencapaian pelajar di dalam sesuatu pengujian, kerana pencapaian yang rendah sekalipun tetap menjadi indikator kepada sesuatu penguasaan. Melihat kepada proses dan hasil pembelajaran. Mendidik pelajar supaya menguji pencapaian sendiri. Mengajar pelajar untuk memperkenal, membentang dan mempertahankan hasil karya mereka di hadapan umum.

4. 5. 6.

Ciri-ciri pengujian alternatif ini amat bertepatan dengan pengujian di dalam pendidikan seni visual. Tambahan pula, konsep penyediaan portfolio itu sendiri sekiranya diteliti mempunyai sejarah yang amat sinonim dengan kerja-kerja seni, dan kini turut digunakan di dalam disiplin-disiplin yang lain. Berikut adalah penerangan tentang beberapa jenis pengujian alternatif yang boleh dijalankan oleh guru seni visual di sekolah.

TOPIK 10 PENGUJIAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL

W 145

10.3.1 Pemerhatian
Pemerhatian boleh dilakukan oleh guru untuk pengujian formal (bermarkah) ataupun pengujian tidak formal (untuk meningkatkan proses pembelajaran). Untuk pengujian formal, guru haruslah memberi tugasan tertentu kepada pelajar berserta tempoh masa yang diperlukan untuk menyiapkan tugasan tersebut; dan pemerhatian hendaklah dilakukan berserta rubrik yang disediakan. Antara aktiviti yang sesuai dengan bentuk pengujian seperti ini termasuklah aktiviti melibatkan tanah liat, pembuatan kolaj, dan tugasan-tugasan lain yang melibatkan proses.

10.3.2 Temuramah
Seperti juga pemerhatian, temuramah boleh diadakan oleh guru di dalam persekitaran formal mahupun tidak formal. Temuramah dapat membantu guru dalam memahami masalah yang mungkin dialami oleh pelajar di dalam kelas, melihat tahap pemahaman pelajar terhadap sesuatu dan boleh digunakan sebagai satu cara untuk mendekati diri pelajar. Di dalam konteks ini, temuramah diaplikasikan sebagai medium pengujian tidak formal. Dalam bentuk yang lebih formal, temuramah boleh digunakan sebagai medium untuk mendapat penjelasan atau huraian yang lebih komprehensif daripada pelajar. Ujian bertulis mungkin membataskan jawapan pelajar dan sekiranya bersesuaian, ujian bertulis ini boleh digantikan dengan sesi temuramah. Namun, sesi temuramah memakan masa jika dibandingkan dengan ujian bertulis.

10.3.3 Perbincangan
Boleh digunakan untuk mendapatkan pandangan dan pendapat pelajar mengenai sesuatu perkara. Kadangkala, perbincangan memberikan suasana yang lebih menarik daripada temuramah kerana gayanya yang lebih santai. Perbincangan boleh melibatkan sekumpulan pelajar dan ini mengelakkan pelajar daripada merasa gemuruh ketika diuji. Antara aktiviti yang sesuai untuk perbincangan diadakan adalah apabila guru berminat untuk mengetahui maklum balas serta interpretasi pelajar terhadap seni dan sesuatu karya seni.

10.3.4 Pengujian Berasaskan Persembahan (Performance-based Assessment)


Terdapat pelbagai bentuk pengujian yang dapat diklasifikasikan sebagai pengujian berasaskan persembahan. Secara amnya, ia merujuk kepada pengujian

146 X TOPIK 10 PENGUJIAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL

yang memerlukan pelajar pembentangan dan lain-lain.

melakukan

sesuatu

sama

ada

demonstrasi,

10.3.5 Maklum Balas


Borang maklum balas atau questionnaire boleh diaplikasikan untuk menggantikan ujian bertulis, dan bentuk soalan yang ditanya adalah soalan tertutup (close-ended) yang memudahkan proses pelajar dalam memberi maklum balas. Antara contoh penggunaan maklum balas termasuklah melihat pemahaman pelajar terhadap ciri-ciri seni bina mengikut budaya dan faktorfaktor yang mempengaruhi perbezaan mengikut budaya ini.

10.3.6

Portfolio

Kesemua hasil kerja pelajar karya seni, latihan, tugasan bertulis, nota, dan sebagainya dikumpul dan disusun dengan sistematik di dalam folder yang berupa fail. Penyediaan portfolio memerlukan komitmen yang tinggi daripada guru daripada segi masa, konsistensi dan juga perancangan yang teliti, kerana portfolio kesemua pelajar perlu diperiksa dari semasa ke semasa, disusuli dengan maklum balas untuk penambahbaikan. Pelajar juga perlu jelas dengan objektif penyediaan portfolio dan dimaklumkan terlebih dahulu akan bahan yang perlu dimasukkan di dalam portfolio dan bagaimana cara himpunan kerja mereka akan dinilai.

10.4 PENGUJIAN KEMAJUAN KANAK-KANAK DALAM PENDIDIKAN SENI


Pembelajaran merupakan satu proses yang kompleks. Seperti juga mata pelajaran yang lain, banyak faktor yang boleh mempengaruhi pelajar di dalam menguasai pengetahuan dan sesuatu kemahiran di dalam bidang seni. Pengujian yang berkesan bukan sahaja menjadi indikator kepada pencapaian dan penguasaan pelajar, malah boleh merungkai dan menjawab banyak persoalan yang seterusnya dapat membantu guru meningkatkan kualiti pengajaran mereka. Berikut adalah beberapa persoalan yang boleh dijawab sekiranya guru berjaya menjalankan pengujian secara berkesan. 1. Adakah kanak-kanak gembira dengan pengalaman pembelajaran positif di dalam kelas? Adakah suasana pembelajaran selari dengan matlamat belajar kanak-kanak?

TOPIK 10 PENGUJIAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL

W 147

2.

Perlukah sebarang perubahan dibuat di dalam proses pembelajaran kanakkanak? Adakah strategi pengajaran juga perlu diubah? Adakah meletakkan kanak-kanak di dalam gerak kerja kumpulan memberi lebih manfaat daripada bekerja secara individu? Bagaimanakah kanak-kanak belajar? Bagaimanakah cara kanak-kanak belajar dapat dikaitkan dengan harapan guru untuk pelajar? Bagaimanakah ini dapat dikaitkan dengan harapan pelajar? Dan apakah pula harapan kanak-kanak terhadap diri mereka sendiri? Bagaimanakah guru boleh menjadi lebih berkesan? Bagaimanakah keputusan yang tepat dapat dilakukan untuk memperbaiki kemajuan kanak-kanak? Bagaimanakah guru dapat berkomunikasi dengan berkesan tentang kekuatan dan kelemahan pelajar dalam seni? Bagaimanakah guru dapat menghebahkan dengan relevan pencapaian pelajar kepada guru lain, pentadbiran sekolah dan juga ibu bapa?

3.

4.

5.

10.5 PENGUJIAN HASIL KREATIVITI KANAK-KANAK


Sebarang bentuk pengujian di dalam bidang pendidikan seni visual perlu dirancang dan diteliti dengan rapi sebelum ianya dijalankan. Kreativiti itu sendiri mempunyai takrifan yang sangat subjektif dan guru perlu jelas akan elemen atau kriteria yang ingin dilihat semasa pengujian. Hurwitz dan Day (2001) telah menggariskan beberapa prinsip yang boleh menjadi panduan kepada guru seni visual di dalam penyediaan untuk sebarang bentuk pengujian di dalam kelas. 1. Pengujian perlu melengkapkan pengajaran, seperti juga di dalam subjek yang lain. Soalan atau tugasan yang disediakan dalam pengujian mestilah telah diterangkan terlebih dahulu oleh guru di dalam pengajaran hari ke hari. Ini menepati konsep validiti (validity) yang ada di dalam pengujian. Oleh itu, pengujian lebih merupakan pengukur kepada kemampuan guru menfasilitasi pembelajaran, lebih daripada ukuran kemajuan dan pencapaian pelajar. Kreativiti pelajar jarang diukur dalam pengujian. Pengujian sering memfokus kepada apa yang telah pelajar pelajari. Walaupun melihat kemajuan pelajar adalah penting, luahan kreativiti juga sama penting untuk dinilai di dalam pendidikan seni visual. Lantaran itu, luahan kreatif

2.

148 X TOPIK 10 PENGUJIAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL

pelajar mestilah sentiasa digalakkan walaupun ianya mungkin agak sukar untuk dinilai. 3. Walaupun seseorang pelajar itu mungkin tidak menunjukkan kemampuan semula jadi yang boleh dikagumi di dalam bidang seni, pengujian seharusnya memberi ruang kepada pelajar sebegini untuk berkarya dengan kemampuan yang mereka ada. Dalam erti kata lain, walaupun pengujian di dalam bidang seni haruslah mengambil kira aspek kreativiti, namun tahap kreativiti yang ditetapkan oleh guru bukanlah di standard yang sangat tinggi, dan biarlah bersesuaian dengan pelajar-pelajar di dalam kelas. Pelajar yang menunjukkan kemampuan kreativiti yang mengagumkan pula seharusnya diberi ganjaran di atas usaha mereka tetapi mereka juga perlu memperlihatkan kemajuan di dalam bidang pembelajaran seni yang lain. Sebahagian daripada pengajaran di dalam penghasilan karya melibatkan kemahiran khusus seperti pengetahuan di dalam teori warna yang mempengaruhi kemampuan pelajar di dalam mencampur warna, menghasilkan warna berlainan daripada warna-warna lain, intensiti warna dan lain-lain lagi. Kemahiran sebegini juga sepatutnya diuji, dan pelajar juga seharusnya ditunjukkan cara mengaplikasikan kemahiran teknikal dan prinsip-prinsip seni pada sebarang medium seni.

4.

10.6 PENGUJIAN DI DALAM KRITIKAN SENI


Pelajar di dalam program seni yang komprehensif dan seimbang bukan sahaja mempelajari seni dengan mendalam, malah akan berinteraksi dengan pelbagai hasil seni dan seterusnya bereaksi melalui perbincangan ataupun penulisan berkenaan hasil seni tersebut. Pelajar juga akan mempelajari berbagai-bagai pendekatan kepada kritikan seni termasuk empat fasa utama di dalam kritikan seni iaitu fasa deskripsi, analisa, interpretasi dan kecenderungan. Pelbagai aspek boleh diuji di dalam melihat kemahiran pemikiran kritikal pelajar di dalam kritikan seni. Contohnya, melihat kritikan pelajar tentang bagaimana artis mengawal dan memanipulasi media untuk mencapai hasil dan makna yang diingini, melihat bagaimana pelajar mengaplikasikan konsep keseimbangan visual dan penegasan di dalam deskripsi dan analisa hasil karya. Pelbagai kaedah boleh digunakan oleh guru untuk menguji aktiviti-aktiviti pengajaran dengan mengintegrasikan kandungan dan disiplin seni.

TOPIK 10 PENGUJIAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL

W 149

10.7 PENGUJIAN DI DALAM PEMBELAJARAN SEJARAH VISUAL


Kebanyakan teknik pengajaran sejarah seni boleh dilakukan dengan berkesan melalui mode visual daripada verbal, dengan memaparkan imej kerja seni dan bentuk-bentuk seni dalam pelbagai era dan budaya. Topik-topik di dalam sejarah seni boleh dikaitkan secara langsung dengan minat kanak-kanak, kerana kebanyakan tema pengalaman manusia boleh didapati dalam bentuk visual. Gambar, slaid, video, majalah dan buku banyak menyediakan bahan dan visual tentang seni. Oleh itu sebarang bentuk pengujian perlu menepati aspirasi guru di dalam pengajaran. Sekiranya pengajaran bertujuan untuk membantu pelajar mengenali ciri-ciri seni Cina, pengujian pelajar juga perlulah menjurus ke arah itu. Sebagai contoh, pelajar boleh didedahkan kepada satu siri slaid yang berkaitan dengan hasil karya daripada pelbagai budaya dan mereka dikehendaki meneka secara spesifik hasil karya dari China. Sekiranya pelajar gagal meneka dengan tepat, guru perlu mengkaji semula pengajarannya. Sekiranya pengajaran seseorang guru itu jelas tentang maklumat spesifik yang ingin ditonjolkan, oleh itu pengujian boleh dilakukan dengan hanya ujian objektif. Namun, sekiranya sejarah seni diajar untuk membantu kanak-kanak memahami dan menghargai sumbangan budaya lain dan seni mengikut peredaran masa, pengujian yang dijalankan perlulah memenuhi objektif tadi.

10.8 PENGUJIAN ESTETIKA DALAM SENI


Seni mempunyai kaitan yang amat rapat dengan aspek kreativiti dan nilai-nilai estetika. Seperti seni, aspek estetika juga bersifat subjektif dan sukar untuk ditafsirkan secara khusus. Namun ahli-ahli estetika mengkaji konsep-konsep asas di dalam pembentukan seni, kecantikan, kualiti seni serta takrifan seni yang dapat diklasifikasikan sebagai aspek-aspek estetika. Pertanyaan estetika selalunya diintegrasikan di dalam aktiviti pembelajaran dan melibatkan disiplin seni yang lain. Pengujian pencapaian pelajar di dalam aspek estetika selalunya bergantung kepada objektif dan strategi pengajaran. Sesetengah strategi pengujian mungkin memberi fokus kepada bahasa yang digunakan oleh kanak-kanak semasa mereka membaca, berbincang, dan menulis tentang soalan asas yang mempunyai hubung kait dengan nilai estetika.

150 X TOPIK 10 PENGUJIAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL

Topik ini mengupas aspek-aspek penting yang perlu diketahui oleh seseorang guru seni visual. Adalah penting kepada guru untuk dapat membezakan pengertian pengujian dan penilaian untuk mengelakkan salah faham. Guru juga didedahkan dengan konsep-konsep asas pengujian di sekolah yang perlu ada di dalam apa jua pengujian yang dijalankan. Pengetahuan tentang konsep-konsep ini membantu guru dalam menimbangkan ciri-ciri pengujian yang bersesuaian yang bakal dijalankan di sekolah kelak. Selain daripada itu, pemahaman tentang pengujian diperluaskan melalui jenis-jenis pengujian alternatif yang ada yang begitu sinonim dengan bidang pendidikan seni visual. Guru juga diberikan gambaran ringkas tentang pengujian kanak-kanak dalam aspek kemajuan, kreativiti, kritikan seni, sejarah seni serta aspek estetika dalam seni.