Anda di halaman 1dari 22

PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS IPOH

BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL

NAMA

: SITI HAJAR BINTI HUSIN ( 910310-08-5306) NUR ALYAA BINTI MAHADZIR ( ZAKIRAH BINTI SHAFII ( 910512-02-)

UNIT SUBJEK NAMA PENSYARAH TARIKH HANTAR

: J17 ( PA/BI/BA ) : BAHASA MALAYU KONTEKSTUAL ( 2311D1 ) : ENCIK MOKHTAR BIN HJ RAIS : 22 MAC 2010

ISI KANDUNGAN

M/S

PENGHARGAAN PENDAHULUAN. 1. KATA NAMA... 1.1 Kata Nama Khas. 1.1.1 kata nama khas hidup 1.1.2 kata nama khas tidak hidup. 1.2 Kata Nama Am 1.2.1 kata nama am abstrak 1.2.2 kata nama am konkrit. 2. KATA GANTI NAMA. 2.1 Kata Ganti Nama Tunjuk.. 2.2 Kata Ganti Nama Diri. 3. KATA KERJA. 3.1 kata kerja tak transitif 3.1.1 kata kerja tak transitif tidak berpelengkap.. 3.1.2 kata kerja tak transitif berpelengkap. 3.2 kata kerja transitif... 4. KATA ADJEKTIF 5. KATA TUGAS.
2

PETIKAN LAMAN WEB 1.. ANALISIS PETIKAN 1 PETIKAN LAMAN WEB 2.. ANALISIS PETIKAN 2 PENUTUP. BIBLIOGRAFI..

PENGHARGAAN

PENDAHULUAN

1. KATA NAMA Golongan kata nama merangkumi sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti pada binaan frasa nama dan lazimnya kata ini menamakan orang, tempat, atau benda. Golongan kata nama pula boleh dibahagikan kepada tiga bahagian berdasarkan kepada ciri-ciri semantik perkataannya iaitu : Kata Nama Khas Kata Nama Kata Nama Am Kata Ganti Nama

Maksud ciri-ciri semantik kata nama adalah makna yang didukung oleh setiap perkataan yang tergolong dalam kata nama. Berdasarkan makna tersebut, seluruh kata nama dapat dibahagiakan kepada tiga sub-golongan, iaitu kata nama khas, kata nama am dan kata ganti nama.

1.1 KATA NAMA KHAS Kata nama khas ialah kata nama yang merujuk nama sesuatu benda yang khusus dan ejaannya berpangkalkan huruf besar. Kata nama khas terbahagi kepada dua kumpulan, iaitu kata nama khas hidup dan kata nama khas tidak hidup. Kata nama khas hidup pula terbahagi kepada dua iaitu kata nama khas hidup manusia dan kata nama khas hidup bukan manusia. Pembahagian kata nama khas boleh diterangkan melalui rajah yang berikut : manusia hidup kata nama khas tidak hidup bukan manusia

1.1.1 Kata nama khas hidup (a) Manusia Nina Ahmad Tun Abdul Razak Raja Azlan Shah Hani Hamid P. Ramlee

(b) bukan manusia Si Belang Ananas Comosus (nanas) Vanda Diana (orkid) Nyamphaea stellata (teratai) Lassie Tompok Manihot utilissima (ubi kayu)

1.1.2 Kata nama khas tidak hidup Kuala lumpur Pasir Mas Kapal Diraja Malaysia Ahli Mangku Negara Gunung Kinabalu Proton Saga Wisma Pahlawan

1.2 KATA NAMA AM Kata nama am adalah perkataan yang merujuk benda-benda atau perkaraperkara yang umum sifatnya. Kata nama am dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu kata nama am abstrak dan kata nama am konkrit. 1.2.1 Kata nama am abstrak Kata nama am abstrak ialah jenis kata nama yang membawa konsep mujarad atau bukan kebendaan. Contohnya : mimpi roh idaman kedamaian kemerdekaan perhimpunan demokrasi

1.2.2 Kata nama am konkrit Kata nama am konkrit adalah jenis kata nama yang membawa konsep kebendaan. Contohnya : tangan kambing rumah sungai kereta lautan

2. KATA GANTI NAMA Kata ganti nama terbahagi kepada dua sub-golongan kecil, iaitu kata ganti nama tunjuk dan kata ganti nama diri. Kata ganti nama diri boleh dibahagikan lagi kepada dua iaitu kata ganti nama diri tanya dan kata ganti nama diri orang. Ganti nama diri orang terdiri daripada ganti nama diri orang pertama, ganti nama diri orang kedua, dang anti nama diri orang ketiga. ganti nama diri tanya ganti nama diri ganti nama pertama

ganti nama tunjuk

ganti nama diri orang

kedua ketiga

2.1 Ganti nama tunjuk Ganti nama tunjuk adalah kata nama yang berfungsi menunjukkan pada sasuatu benda atau perkara. Terdapat hanya dua kata ganti nama tunjuk iaitu itu untuk menunjukkan pada yang jauh, dan ini untuk menunjuk pada yang dekat.

2.2 Ganti nama diri Ganti nama diri ialah kata nama yang menjadi pengganti sesuatu benda, perkara, atau manusia. Ganti nama diri terbahagi kepada dua kumpulan iaitu: (a) Ganti nama diri tanya (b) Ganti nama diri orang

Ganti nama diri tanya ialah jenis kata nama yang berfungsi menanyakan hal benda, pekara atau manusia. Terdapat tiga bentuk ganti nama diri tanya iaitu siapa merujuk orang, apa merujuk benda atau perkara, mana merujuk benda dan orang. Ganti nama diri orang pula ialah jenis ganti nama yang merujuk kepada manusia dan terdiri daripada tiga kategori, iaitu orang pertama, orang kedua dan orang ketiga. Contoh-contohnya adalah seperti berikut :

kata ganti nama diri orang pertama kata ganti nama diri orang kedua kata ganti nama diri orang ketiga

saya, aku, beta, patik, kami dan kita saudara, kamu, awak, engkau dan anda ia, dia, beliau, dan mereka.

3. KATA KERJA Golongan kata kerja merangkumi sejumlah kata dasar yang dapat menjadi unsur inti dalam binaan frasa kerja. Golongan kata kerja dapat dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif. Kata kerja transitif pula dapat dibahagikan kepada kata kerja transitif aktif dan kata kerja transitif pasif. Penggolongan ini dapat digambarkan melalui rajah yang berikut :

kata kerja tak transitif kata kerja

tak berpelengkap berpelengkap aktif

kata kerja transitif

pasif

10

3.1 Kata Kerja Tak Transitif Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan penyambut atau objek selepasnya. Namun, terdapat sejumlah kata kerja tak transitif yang mesti diikuti dengan pelengkap. Oleh itu, kata kerja tak transitif dapat dipecahkan kepada dua subgolongan, iaitu kata kerja tak transitif berpelengkap dan kata kerja tak transitif tak berpelengkap. 3.1.1 Kata kerja tak transitif tak berpelengkap bangun tumbang pulang menangis berjalan tersenyum terpegun melancong

3.1.2 Kata kerja tak transitif berpelengkap. beransur tinggal menjadi berbuat ada berbantalkan

3.2 Kata Kerja Transitif Kata kerja transitif ialah kata kerja yang menerima penyambut sesudahnya yang disebut objek. Kata kerja transitif juga dapat dibahagikan kepada dua, iaitu kata kerja transitif aktif dan kata kerja transitif pasif. Kata kerja transitif aktif ialah kata kerja yang menerima awalan meN- dengan atau tanpa akhiran kan atau i. Kata kerja transitif pasif pula ialah kata kerja hasil daripada proses transformasi atau perubahan ayat aktif menjadi ayat pasif.

11

Contoh-contohnya :

kata kerja (transitif aktif) makan mengambil menendang melihat memasukkan mengabaikan menghasilkan memendekkan

kata kerja (transitif pasif) dimakan diambil ditendang dilihat dimasukkan diabaikan dihasilkan dipendekkan

4. KATA ADJEKTIF Kata adjektif ialah sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif. Golongan kata adjektif tidak mempunyai sub-golongan yang ketara. Namun kata adjektif dapat dibahagikan kepada sekurang-kurangnya Sembilan kumpulan berdasarkan makna perkataan-perkataannya iaitu : (i) Kata adjektif sifat/keadaan Baik, jahat, cerdik, pandai, gopoh, lemah, berani, takut

(ii)

Kata adjektif warna Putih, kuning, ungu, biru, hijau, hitam, merah jambu, perang

(iii)

Kata adjektif ukuran Panjang, pendek, nipis, tebal, tinggi, cetek, dalam, tohor

(iv)

Kata adjektif bentuk Bulat, bundar, leper, bujur, lonjong

12

(v)

Kata adjektif pancaindera (a) Rasa (b) Pandang (c) Dengar (d) Bau (e) Sentuh : sedap, manis, tawar, masam, pahit, kelat : cantik, molek, hodoh, ayu, buruk : merdu, mersing, nyaring, bising : harum, wangi, hapak, busuk : lembut, lembik

(vi)

Kata adjektif waktu Lama, baru, segera, spontan

(vii)

Kata adjektif cara Cepat, laju, deras, lambat, perlahan

(viii)

Kata adjektif perasaan Rindu, geram, benci, saying, cinta, ingin, hendak, mahu, asyik

5. KATA TUGAS Golongan kata tugas ialah golongan kata yang bersifat pelbagai jenis atau heterogen, iaitu yang terkandung didalamnya golongan-golongan kecil yang berbezabeza tetapi mempunyai satu sifat yang sama iaitu tidak boleh menjadi unsur inti bagi frasa-frasa endosentrik : frasa nama, frasa kerja, dan frasa adjektif. Perkataanperkataan dalam golongan kata tugas ini masuk dalam binaan ayat sama ada melalui perhubungan dengan perkataan daripada golongan kata kerja, kata nama dan kata adjektif ataupun melalui perhubungan secara langsung dengan binaan frasa atau klausa tertentu. Misalnya, kata bilangan masuk ke dalam frasa nama melalui perhubungan dengan kata nama, seperti dalam contoh yang berikut : Frasa Nama

kata bilangan
ramai dua beberapa tiap-tiap kebanyakan

penjodoh bilangan
orang ekor -

kata nama
penonton askar kucing calon penduduk

13

Kata penguat pula masuk ke dalam frasa adjektif melalui perhubungan dengan kata adjektif. Contohnya : Frasa Adjektif

kata penguat
sungguh amat paling kurang

kata adjektif
indah bahagia tinggi baik

Kata-kata tugas masuk ke dalam ayat, klausa, atau frasa untuk mendukung sesuatu tugas sintaksis tertentu, sama ada ia sebagai penghubung, penerang, penguat, pendepan, pembantu, penegas, penafi, pembenar, pemeri, ataupun tugas-tugas yang lain. Berdasarkan tugas-tugas yang demikian, maka kata tugas boleh dikenal pasti sebagai yang berikut : (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) (vii) (viii) (ix) (x) (xi) (xii) (xiii) (xiv) Kata hubung Kata seru Kata tanya Kata perintah Kata pangkal ayat Kata bantu Kata penguat Kata penegas Kata naf Kata pemeri Kata sendi nama Kata pembenar Kata bilangan Kata arah : dan, atau, tetapi : wah, amboi, aduh : bagaimana, bila, berapa, mengapa : sila, tolong, harap : hatta, maka, syahadan : akan, sudah, pernah : sangat, amat, paling : juga, lah, tah, pun : tidak, bukan : ialah, adalah : di, dari, dalam : ya, benar, betul : dua, segala, beribu-ribu, masing-masing : atas, bawah, dalam
14

PETIKAN LAMAN WEB 1 CYC Kementerian Belia dan Sukan Tersepit. Gifted Group Limited (GGL) akan saman Kementerian Belia dan Sukan (KBS). Begitulah kata Pengerusi GGL iaitu Jonathan Price apabila mesyuarat kedua-dua belah pihak gagal mencari kata putus dan penyelesaian kepada masalah yang timbul. Price dikatakan menuntut supaya KBS membayar ganti rugi kepada GGL di atas perbelanjaan yang telah dikeluarkan oleh GGL untuk menganjurkan kejohanan tersebut yang akhirnya berdepan masalah kerana tidak mendapat restu dari Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Kementerian Belia dan Sukan pula melalui menterinya Datuk Ismail Sabri Yaakob bertegas bahawa KBS tidak bersalah kerana apa yang difahami mereka, permohonan kepada FIFA melalui FAM sepatutnya dibuat oleh GGL dan pihak KBS hanya mengeluarkan perbelanjaan menganjurkan kejohanan itu. Sebelum itu GGL mendakwa sudah menerima kebenaran untuk menganjurkan kejohanan itu selama 3 tahun dari FIFA yang kemudiannya ditempelak oleh FAM. Menurut FAM permohonan untuk menganjurkan sesuatu kejohanan perlu dilakukan setiap tahun menyebabkan GGL menukar rentak dan mengatakan pula bahawa permohonan itu sepatutnya dibuat oleh KBS. Mereka mendakwa KBS telah gagal menjalankan tanggungjawabnya dan dengan itu mereka berhak mendapatkan setiap sen yang kononnya telah dikeluarkan untuk menguruskan kejohanan ini. Jumlah yang dituntut dikatakan mencecah puluhan juta ringgit menyebabkan KBS terpaksa merujuk kepada Peguam Negara untuk mendapatkan khidmat nasihat tentang perkara itu. Kini KBS betul-betul telah tersepit. Mereka mungkin terpaksa membayar sejumlah ganti rugi kepada GGL walaupun kejohanan ini tidak dilangsungkan. Bayangkan, jutaan ringgit hangus kepada sebuah kejohanan yang tidak wujud sedangkan pada saat ekonomi negara dilanda ribut taufan, duit itu sepatutnya boleh digunakan kepada perkara-perkara lain yang lebih berfaedah kepada rakyat. Rakyat sudah tentu akan marah kerana di saat mereka sedang berdepan dengan kos sara hidup yang

15

meningkat, wang negara yang sepatutnya digunakan untuk kemudahan rakyat dibazirkan begitu sahaja. Bersandarkan kepada pernyataan tersebut maka KBS tiada pilihan lain. Mereka terpaksa bertahan dengan perjanjian yang ada untuk memastikan kesalahan itu diterbalikkan kepada GGL. Untuk meredakan keadaan yang kusut ini, Datuk Ismail Sabri Yaakob menegaskan bahawa GGL tidak boleh menyaman KBS kerana KBS belum memutuskan untuk membatalkan kejohanan tersebut. Maksudnya, jika GGL membawa kes ini ke mahkamah maka merekalah yang sebenarnya membatalkan kejohanan itu. Jika itu berlaku maka kelebihan akan berpihak kepada KBS dan KBS pula akan menyaman pihak GGL. Walau apapun yang cuba dilakukan oleh KBS namun masih banyak persoalan yang timbul. Jika betul KBS belum membatalkan penganjuran kejohanan CYC ini, bagaimana agaknya mereka hendak menganjurkannya tanpa restu FAM? Apa pula tindakan Jonathan Price selepas ini? Nampaknya, masalah ini akan berterusan dan diharapkan ia akan berakhir dengan baik. Yang lebih penting, wang rakyat akan dapat diselamatkan dan maruah negara dapat dipertahankan.

16

ANALISIS PETIKAN 1

17

PETIKAN LAMAN WEB 2 LATAR BELAKANG PENUBUHAN KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA

Kementerian Pertahanan telah ditubuhkan pada 31 Ogos 1957 dan memulakan operasi rasminya di sebuah bangunan yang terletak di Brockman Road (sekarang Jalan Dato' Onn) , Kuala Lumpur. Bangunan ini turut menempatkan pejabat Menteri Pertahanan yang pertama iaitu Allahyarham Tun Haji Abdul Razak bin Datuk Hussien yang berkhidmat dari 31 Ogos 1957 hingga 22 September 1970. Bangunan Kementerian Pertahanan yang pertama telah dibina oleh Kerajaan Persekutuan dengan kos bernilai RM122,000.00 dan telah dirasmikan oleh Tun Haji Abdul Razak bin Datuk Hussein pada 18 Mac 1960. Bangunan yang dibina di Jalan Padang Tembak ini juga menempatkan pejabat Panglima-panglima dan Pegawai Tinggi Angkatan Tentera Malaysia dari ketiga-tiga perkhidmatan. Akibat kesedaran yang semakin meningkat dalam kalangan pemimpin betapa peri pentingnya pembesaran keanggotaan angkatan tentera, sebuah kompleks yang mengandungi 6 blok setinggi 4 tingkat telah dibina di hadapan Pejabat Bahagian Perkhidmatan Anggota bagi menampung jumlah keanggotaan yang semakin bertambah. Bangunan bernilai RM 2 juta ini telah dirasmikan oleh Tunku Abdul Rahman Putra pada 6 April 1967. Selepas pengunduran tentera British , Kerajaan Malaysia mengambil langkah drastik untuk meningkatkan tahap keselamatan negara dari sebarang ancaman. Tugas ini dipertanggungjawabkan kepada Kementerian Pertahanan selain mempertingkatkan kecekapan dalam pengurusan keperluan angkatan tentera dari masa ke semasa. Bagi menampung kesemua agensi di bawah satu bumbung, kerajaan telah membuat keputusan membina satu bangunan baru untuk Kementerian Pertahanan. Sebagai simboliknya, batu asas bangunan tersebut telah diletakkan oleh Timbalan Menteri Pertahanan, Dato' Abang Abu Bakar bin Datu Bandar Abang Haji Mustapha pada 10

18

Mac 1982. Bangunan baru yang terletak di Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur ini telah dibina dengan nilai RM144 juta dan telah disiapkan pada pertengahan tahun 1985. Bangunan setinggi 20 tingkat ini dikenali sebagai "WISMA PERTAHANAN" yang turut menyediakan ruang-ruang pejabat dan bilik-bilik mesyuarat. Kawasan sekeliling "WISMA PERTAHANAN" yang dikenali sebagai Kompleks Wisma Pertahanan turut menyediakan beberapa kemudahan seperti bangunan tempat letak kereta bertingkat, auditorium, surau, Medan Pertahanan (Padang Kawad), balai pengawal, menara, bilik komputer, 'helipad', kafetaria dan lain-lain. Kementerian Pertahanan diterajui oleh Menteri Pertahanan dan dibantu oleh seorang Timbalan Menteri. Organisasi Kementerian Pertahanan pula mengandungi dua perkhidmatan utama iaitu Perkhidmatan Awam yang diketuai oleh Ketua Setiausaha manakala Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diketuai oleh Panglima Angkatan Tentera.

19

ANALISIS PETIKAN 2

20

PENUTUP

21

BIBLIOGRAFI

Nik Safiah Karim, 1989, Tatabahasa Dewan Jilid 2 : Perkataan, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

22

Anda mungkin juga menyukai