Anda di halaman 1dari 17

HSK 203 TEORI DAN KAEDAH SEJARAH

Aminudin Bin Abdul Wahab Ramli Bin Salleh Hafizah binti Abdul Hamid Mohd Izzatul lah bin Yusoff

113454 110301 110243 110262

PENDAHULUAN
Pensejarahan Kristian bermula pada abad ke-4 T.M. Wujud akibat pengiktirafan agama Kristian sebagai agama rasmi di Rom. Antara tokoh-tokoh atau penulis yang wujud pada zaman ini adalah Eusebius, St. Augustine dan Otto.

Penulis-penulis ini bukan sahaja melihat sejarah dari kaca mata Kristian, malah memusuhi dan menghina pensejarahan Yunani dan Rom yang lebih tua.
Puncanya, wujud tentangan hebat kepada kebudayaan Yunani-Rom yang diistilahkan sebagai Pagan. Jelasnya, pensejarahan Kristian ini bersifat anti-Pagan. Namun, mereka tidak dapat membebaskan diri daripada pengaruh paganism.

ELEMEN KEWAHYUAN
Ahli sejarah Kristian mempercayai kebenaran hanya dapat di kesan dengan memahami Kitab Injil yang mendedahkan wahyu- wahyu Tuhan kepada manusia melalui nabi-nabi, penelitian kitab suci ini yang membenarkan seseorang ahli sejarah memahami Tuhan menentukan sejarah dunia. - V. Bede Ecclesiastical History of the English People (731 T.M.) - Otto History Of The Two Cities (1145 T.M.)

Berkisar kepada Jesus Chirist dan penceritaaan berpusat kepada :


1) Era sebelum kelahiran Jesus (alam kegelapan) - Zaman Yunani digambarkan sebagai mundur dan jahil kerana mengamalkan Politeisme disamping mengciplak idea-idea yang digubal oleh Nabi Musa dan nabi- nabi sebelumnya. 2) selepas kelahiran Jesus (alam pencerahan) - Agama Kristian yang sudah di seleweng di anggap suci dan ahli sejarah Kristian menolak Kaum Pagan yang memusuhi agama Kristian. -

BAGAIMANA ELEMEN KEWAHYUAN MEMPENGARUHI PENSEJARAHAN KRISTIAN


Menurut J.B Bury, unsur kewahyuan Kristian bertentangan dengan pengertian sejarah yang sebenar yang ditetapkan oleh Thucydides. 1) menapis bukti yang sahih -Eusebius- historia Ecclesiastika. 2) mengikis unsur ajaib - S. Severus- Life Of St. Martin. 3) bersikap adil kepada semua pihak. Ahli sejarah Kristian menggunakan kaedah khas untuk menapis dokumen dokumen yang bersifat kewahyuan. Menunjukkan prasangka yang kebal terhadap paganisme.

R.G Collingwood
Ahli-ahli sejarah Kristian tidak menghasilkan kajian sejarah yang tepat dan saintifik tentang fakta- fakta sejarah yang sebenar. - St. Augustine mencadangkan Orosius, paderi sepanyol, menulis sejarah tentang malapetaka yang berlaku adalah kesan daripada sikap masyarakat yang tidak mengamalkan ajaran tuhan. Mereka cenderung untuk mendapatkan intipati sejarah itu dari luar sejarah itu sendiri yang mana berkaitan dengan elemen kewahyuan yang menyebelahi mereka. -Gregory- History of Franks. Alamanni, Clovis. Fakta dan mitos dicampuradukkan. -Keberatan untuk menguji bukti yang dipandang suci dan kegairahan menonjolkan mukjizat yang dilakukan oleh orang suci Kristian.

TAKDIR / PROVIDENTIAL HISTORY


Sejarah yang ditentukan Tuhan. -Tuhan masuk campur dalam urusan manusia. -Tuhan memberi langkah atau pedoman ke arah jalan yang lurus. -Kemudiannya Tuhan akan membawa kita kepada kesimpulan yang menunjukkan secara tidak langsung bahawa segala-galanya telah dirancang. Ketiga-tiga kriteria ini telah mewujudkan The Christian Doctrine of Providence. Dalam hal ini juga, tiada konsep insan yang terpilih seperti yang telah diguna pakai dalam kalangan orang Yahudi.

Kejayaan yang ditemui oleh manusia bukanlah berpunca daripada kehendak, tindakan dan kepandaian manusia itu, tetapi bergantung kepada rahmat dan takdir Tuhan. Misalnya, kejayaan tentera Rom menakhluki Mediterranean berlaku bukan sebab kepandaian mereka, tetapi kerana Tuhan mahu ianya berlaku. Manusia hanya berperanan sebagai ejen Tuhan. Peranan Tuhan sebagai penentu sejarah yang mutakhir menonjol dalam Pensejarahan Kristian. Berbeza dengan ahli-ahli sejarah Yunani dan Rom silam yang melihat manusia sebagai penentu sejarah yang sebenar. Arus perjalanan sejarah yang ditentukan oleh Tuhan terdapat dalam Historia Ecclesiastika yang dikarang oleh Eusebius. Menurut Eusebius, sebelum kelahiran Nabi Isa, berlaku pelbagai malapetaka. Wujud negara-negara kecil yang pemerintahnya terdiri daripada pelbagai pihak iaitu Raja, Gabenor Tempatan dan rakyat bawahan. Variasi dalam pemerintah ini telah menimbulkan perang yang membawa penderitaan kepada orang ramai.

Walaupun ditentukan oleh takdir, Tuhan secara terbuka akan membantu manusia yang memohon pertolonganNya. Misalnya dalam History of Franks oleh Gregory dari Tours mengisahkan bagaimana Raja Clovis telah mendapat bantuan Tuhan untuk menewaskan musuh-musuhnya.

ELEMEN UNIVERSAL
Universal bermaksud bersifat sejagat, menyeluruh dalam sesuatu perkara. Dalam sejarah Kristian terdapat banyak bukti menunjukkan pengkajian sejarah yang bersifat universal. Eusebius merupakan Bapa Sejarah Gereja. Contohnya, Eusebius mengatakan sejarah seharusnya meliputi orang Yahudi, Pagan dan Kristian kerana tuhan telah mengambil kira ketiga-tiga kaum itu dalam perancangan. Hal ini berberbeza dengan ahli sejarah Yunani yang mengutamakan dan menititik berat kan sejarah sesuatu bangsa atau negara seperti pembina tamadun. Ahli sejarah Kristian juga berminat untuk mengisahkan sejarah penghujung masa yang akan berkesudahan iaitu Hari Kiamat. Hal ini demikian kerana, keyakinan mereka kepada sejarah pada masa hadapan yang ditetap dalam kitab suci mereka iaitu Bible. yang

Dengan ini jelas, menunjukkan kajian sejarah Kristian tidak mengehadkan ruanglingkup kajian mereka kepada masa lampau semata-mata. Sejarah Kristian juga menggunakan dan mencari pelbagai sumber dari banyak pihak. Contohnya merujuk kepada tulisan Yunani, Yahudi dan Rom.

Mereka juga menyusun dan menyeragamkan tarikh kejadiankejadian yang dipandang penting dalam sejarah.
Mereka juga menggunakan merujuk kepada dokumen gereja, ucapan paderi dan menemuramah saksi. Contohnya, menemuramah Maharaja Contantine tentang pengalaman beliau dipenjara oleh kerajaan Rom. Menurut B. Smalley bahawa Eusebius telah memaparkan orang-orang yang ditemui, tempat-tempat yang dikunjunginya dan bangunan yang yang pernah dilihat.

Sejarah Kristian lebih bersifat universal juga kerana menyentuh sejarah tentang hamba dan pelacur iaitu sejarah dari bawah. Hal ini berbeza dengan sejarah Yunani yang lebih menceritakan tentang dewa dan dewi.

PERSOALANNYA ADAKAH SEJARAH KRISTIAN BENARBENAR BERSIFAT UNIVERSAL ?

Walaupun terdapat bukti yang menunjukkan sejarah Kristian bersifat universal tetapi masih boleh diragukan dan di nilai secara kritis sejauhmana keuniversalan tersebut. Sebagai contoh, ahli-ahli sejarah Kristian tidak mengambil dan menggunakan sumber yang wujud secara menyeluruh dan adil. Hal ini demikian kerana, kelemahan dan sikap ahli sejarah Kristian mengutamakan sumber kitab Injil dan sumber gereja sebagai asas yang paling penting. Mereka menganggap sumber itu lebih mulia berbanding sumber lain iaitu sumber Authorities( sumber-sumber berwibawa).

Sumber-sumber mesti ditafsir mengikut cara yang khas supaya amanat dan pesanan tuhan dapat

Origen mengatakan, ahli-ahli sejarah mendakwa sejarah yang paling penting bagi seseorang Kristian ialah sejarah yang termaktud dalam kitab Injil.Bukannya hasil bahan-bahan yang ditinggal oleh manusia yang lepas atau tulisan Pagan. Dalam kajian Orosius, para penulis Kristian tidak berubah dari pendirian tersebut dan lebih bergantung kepada karya Eusebius ketika memaparkan sejarah awal Rom berbanding dengan tulisan Polybius, Sallust, Livy atau Tacitus. Ahli sejarah Kristian juga keberatan dalam menguji bahan suci, keterangan saksi suci dan menerima sahaja. Contohnya Eusebius menemuramah, kemenangan Maharaja Constantine mendapat restu tuhan dan pancaran salib di langit, dilihat oleh Maharaja Constantine dengan perkataan menakluki ini Sikap Eusebius, menyalin terus hampir 250 pucuk dokumen gereja dalam karya Historia Ecclesiastika tanpa ujian dalam menentukan kebenarannya. Dengan ini, jelas menunjukkan sejarah yang kurang universal dan tepat dalam menilai sesuatu fakta sejarah.

ELEMEN PENZAMANAN
Sejarah kristian (Eusebius) dalam Chronography menekankan soal penzamanan, sejarah Kristian membahagikan kaedah penzamanan kpd 5 era : 1. 2. 3. 4. 5. Dr kelahiran Abraham hingga penaklukan Troy Dr penaklukan Troy hingga Olimpik pertama Dr sukan Olimpik pertama hingga pemerintahan raja Darius Dr tahun ke 2 pemerintahan Raja Darius kpd kematian Jesus Christ Dr kematian Jesus hingga tahun ke 20 pemerintahan maharaja Constantine.

Kata sepakat tidak wujud di kalangan penulis Kristian tentang jumlah zaman yg dikenalpasti dlm sej dunia serta peristiwa yg digunakan utk menzamankan sej dunia. Kebanyakkan penulis kristian mirip pandangan bahawa wujud enam zaman dalam sejarah dunia yang boleh disamakan dengan enam hari penciptaan manusia yang pertama. St Augustine menggunakan kelahiran nabi adam, nuh, Ibrahim,david,dan isa disamping tawanan babylonia sbg detik2 untuk menzamankan sejarah dunia.

Eusebius dan St Augustine menekankan peranan manusia dan cetuskan perubahan dalam sejarah.
Konsep penzamanan telahpun digunakan oleh sejarawan Rom seperti Sallust, Livy, dan Tacitus utk bezakan Rom lama dgn Rom baru Namun sejarawan Kristian seperti Africanus, Eusebius dan St. Augustine telah menjelaskan dengan rapi bagaimana keadaan manusia berubah dari satu masa ke semasa dan tugas ahli sej utk mengesan dan menghuraikan perubahan tersebut

Pensejarahan Kristian melihat perubahan sejarah sebagai bersifat kemajuan atau linear. Tanggapan ini telah bertentangan dgn konsep putaran sej (cycling history) yang dianjurkan oleh ahli sej Yunani dan Rom. Pengertian yang betul dengan konsep penzamanan ini dapat membantu ahli sej untuk memahami kaeadaan yang mencetuskan sesuatu kejadian sej. Org yg pertama memahami konsep ini adalah sejarawan Kristian sekalipun mereka mengaitkan pencetusan sesuatu kejadian sej itu dgn kehendak perancangan tuhan.

KESIMPULAN
Kami menerima kenyataan Collingwood yang mengatakan sejarah Kristian wujud elemen kewahyuan, takdir, bersifat universal, dan menekankan soal penzamanan. Namun sejarah Kristian ini mempunyai kelemahan kerana lebih mengutamakan sentimen ketuhanan yang boleh menjejaskan sesuatu karya ilmiah sejarah. Fakta-fakta dinilai menggunakan pandangan para paderi yang lebih berpihak kepada agama kristian. Tetapi, kami melihat sejarah Kristian mempunyai kelebihan dari segi memperkayakan penulisan sejarah dan cuba menulis sejarah yang bersifat sejagat.