Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN JAWATANKUASA TEKNIKAL KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL TAHUN 2013 PERINGKAT IPG KAMPUS TUANKU BAINUN Pada 19 Mac

2013, satu karnival permainan tradisonal peringkat IPG Kampus Tuanku Bainun telah dilaksanakan oleh guru pelatih PISMP Semester 5 ambilan Januari 2011. Ahli jawatankuasa teknikal terdiri daripada 6 orang dari kelas Pengajian Melayu 1 iaitu Muhamad Amirol Ariff bin Baharun, Amirul Fahmi bin Seliken, Muhammad Faez bin Mohd Yussoff, Khairul Amin bin Romli, Muhammad Affan bin Ahamad dan Shahril Fitri bin Johari. Sebelum Kejohanan Kami, ahli jawatankuasa teknikal telah menyenaraikan perlatan teknikal yang diperlukan untuk karnival permainan tradisional tersebut. Antara alatan yang diperlukan ialah penukul, tali rafia, kayu pancang, gergaji,parang, pita pengukur, dan tepung. Kami telah menggunakan duit tabung kelas untuk membeli semua barangan berikut kecuali pita pengukur. Pita pengukur telah dipinjam daripada Jabatan Pendidikan Jasmani. Kami telah menggunakan duit tabung kelas untuk membeli semua peralatan tersebut kerana jika kami mahu meminjamnya dari stor, terdapat banyak prosedur yang perlu dilalui dan ini akan melambatkan proses pelaksanaan membuat gelanggang permainan galah panjang. Jadi, kami mengambil inisiatif sendiri untuk melancarkan proses membuat gelanggang permainan. Pada petang 19 Mac 2013, kami sudah mula membuat gelanggang permainan. Kami mengukur gelanggang menggunakan pita pengukur mengikut ukuran saiz gelanggang yang telah kami tetapkan iaitu 9 meter x 6 meter. Kami telah menetapkan ukuran gelanggang 9 meter x 6 meter kerana ukuran saiz ini sesuai dengan bilangan pemain yang akan bermain di dalam gelanggang tersebut iaitu antara 10-12 orang pemain dalam satu permainan. Setelah mengukur gelanggang, kami telah menandakan setiap penjuru gelanggang tersebut dengan pancang kayu yang telah di potong kecil-kecil supaya tidak membahayakan pemain semasa mereka bermain. Setelah semua ukuran gelanggang telah dipacakkan kayu, tali rafia diikat pada kayu tersebut untuk menjadikan gelanggang permainan yang sebenar. Setelah semua siap, tepung ditaburkan ke atas tali rafia tersebut agar memudahkan pemain untuk melihat garisan gelanggang yang telah dibuat.

Semasa Kejohanan Pada hari berlangsungnya karnival permainan tradisional tersebut, kami telah turun ke padang seawall jam 7 pagi lagi. Hal ini kerana majlis perasmian akan berlangsung pada pukul 8 pagi. Pada pagi itu, kami telah menjalankan pemeriksaan sekali lagi terhadap gelanggang yang telah dibuat pada petang semalam. Malangnya pada pagi itu tepung yang telah kami tabur di atas tali rafia semalam telah hilang. Kemungkinan besar akibat daripada hujan yang lebat pada malam tadi. Walaubagaimanapun, nasib kami baik. Hal ini kerana tali yang telah kami ikat semalam telah menjadi panduan untuk kami taburkan kembali tepung agar dapat memudahkan pemain untuk melihat garisan gelanggang. Setelah kami siap menabur tepung tersebut, kami telah menyemak semula tali agar semua tali diikat ketat supaya permainan akan berjalan dengan lancar. Selepas Kejohanan Setelah selesai karnival permainan tradisional tersebut, kami telah menjalankan aktiviti pembersihan gelanggang permainan. Kami telah mencabut segala pancang kayu dan tali rafia yang terdapat di padang. Selain itu, barangan yang dipinjam daripada pihak Jabatan Pendidikan Jasmani iaitu pita pengukur telah kami pulangkan pada hari itu juga. Hal ini kerana untuk memastikan alatan tersebut selamat daripada kerosakan ataupun kehilangan. Setelah aktiviti pembersihan padang dilakukan, maka kami pun dibenarkan untuk pulang. Semua alatan yang kami beli itu telah disimpan untuk kegunaan pada masa akan datang.

Laporan disediakan oleh :

( MUHAMAD AMIROL ARIFF BIN BAHARUN) KETUA AJK TEKNIKAL KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL PERINGKAT IPG KAMPUS TUANKU BAINUN 5 PISMP PENGAJIAN MELAYU AMBILAN JANUARI 2011