Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI

Syukur Alhamdulillah kerana dengan limpah dan kurnianya dapat juga saya dan sahabat menyiapkan juga kerja kursus ini ini. Tugasan kali ini memerlukan kami membuat satu perubahan atau ubah suai permainan traditional dan juga bermain permainan itu. Dan juga menyiapkan kertas kerja bagi permainan kami yang terdiri daripada sejarah permainan,peraturan permainan dan juga cara permainan ini dimainkan. Disamping itu juga kami juga perlu membuat satu laporan untuk permainan kami itu.Dalam kelas saya terdapat 4 jenis permainan traditional yang telah dimainkan iaitu ketingting S,tuju selipar,permainan guli dan akhir sekali laga ayam. Saya telah bermain semua permainan ini dan saya amat gembira semasa melakukan permainan ini. Kumpulan saya telah memilih permainan ketingting kerana permainan ini amat menghiburkan semua pemain yang terlibat dan peraturan asasnya diketahui oleh hampir semua pemain. Permainan ini memrlukan keseimbangan yang tinggi bagi membolehkan pemain memenangi permainan keran permain perlu melompat dari gelung rotan ke gelung rotan lain dengan menggunakan hanya sebelah kaki sahaja. Keunikan permainan ketingitng juga ialah ia boleh dimainkan dimana-mana sahaja serta kos untuk bermain sifar. Banyak yang saya dapat semasa melakukan tugasan ini seperti saya dapat mengenal permainan traditional yang hampir dilupakan oleh masyarakat sekarang seperti laga ayam dan juga permainan guli. Setiap permainan mempunyai peraturan sendiri dan peraturan inilah yang menyebabkan setiap permainan itu unik. Selain itu juga saya juga telah mendapat info bagaimana setiap permainan ini dimainkan . Saya juga telah menghadapi sedikit masalah untuk bermain kesemua permainan ini kerana setiap permainan melibatkan penggunaan seluruh badan dan ia sedikit memenatkan saya. Selain itu juga peraturan permainan yang tegas membuatkan saya menghadapi masalah untuk kekal bermain seperti contoh main laga ayam,saya telah terkeluar awal kerana didakwa oleh pengadil menggunakan tangan. Namun permainan ini menyeronokkan saya.

Semasa mengelola dan bermain saya telah dapat memupuk semangat kerjasama yang erat antara kumpulan saya dan sahabat yang lain. Kerja ini dapat mengukuhkan lagi hubungan kami antara satu sama lain dan seterus membuatkan kami bersatu teguh bercerai roboh. Selain itu juga saya telah belajar mengenai cara pengurusan dan cara mengelola sesuatu karnival. Melalui pengalaman yang ada semasa melakukan karnival sukan traditional ini, saya telah mengaplikasikan semasa praktikum dimana saya telah menjadi pengelola yang membantu guru untuk menguruskan karnival sukan di SK

Bukit Teh. Saya juga telah menjadi pengadil untuk permainan sepak takraw dan juga futsal. Pengelolaan karnival ini banyak membantu saya semasa praktikum dan saya berasa bersyukur kerana saya pernah mengelola karnival sukan traditional dan ia telah memberikan gambaran awal apa yang patut saya lakukan untuk karnival disekolah nanti. Karnival di SK Bukit Teh berjalan dengan lancar dan teratur. Kesimpulannya banyak pengalaman dan ilmu yang saya perolehi sepanjang

melakukan tugasan ini dan bagi saya pengalaman mengelola karnival ini memberi banyak makna kepada saya. Sekian ,terima kasih