Anda di halaman 1dari 11

Antonio Gramsci (1891-1937)

Gramsci merupakan seorang penulis, ahli politik, ahli falsafah politik dan ahli bahasa Itali. Beliau merupakan ahli pengasas dan juga pada masa yang sama ketua Parti Komunis Itali yang telah dipenjarakan oleh regim fasis Benito Mussolini. Beliau merupakan salah seorang daripada pemikir terpenting Marxis pada abad ke 20, dan penulisannya cukup tertumpu kepada anaisis terhadap budaya dan kepimpinan politik. Beliau cukup terkenal seorang mempunyai pemikiran yang original yang tinggi di dalam pemikiran moden Eropah. Beliau juga terkenal dengan konsepnya iaitu budaya hegemoni sebagai suatu alat untuk menyelenggara negara dalam sebuah masyarakat kapitalis.

Hegemoni budaya Sebenarnya konsep ini merupakan pengaplikasian teori dominasi budaya adalah satu analisis kelas ekonomi, yang telah dikembangkan oleh Gramsci dalam usaha untuk memahami kelas sosial, jadi teori hegemoni budaya mencadangkan norma2 budaya masyarakat yang wujud, yang dikenakan oleh kelas pemerintah (hegemoni bourgeois), mestilah tidak boleh dianggap sebagai sesuatu yang semula jadi atau yang tidak dapat dielakkan, sebaliknya mestilah dikenali sebagai binaan sosial tiruan (institusi2nya, amalan2nya dan kepercayaan2nya) yang mana mestilah diselidiki untuk mencari sumber2nya atau akar2nya sebagai alat2 dominasi kelas sosial. Ilmu ini adalah mustahak kepada pembebasan sosial.

Dalam sesuatu masyarakat, praktis budaya hegemoni bukanlah sesuatu yang tunggal dan tidak juga suatu sistem nilai yang bersatu, sebaliknya ia adalah suatu lapisan struktur2 sosial yang kompleks; setiap kelas ekonomi dan sosial mempunyai matlamat masyarakatnya dan suatu logik kelas dalaman yang mengizinkan ahli2nya untuk berkelakuan dalam cara yang tertentu yang berbeza dari kelakuan anggota2 kelas sosial yang lain. Meskipun mereka hidup bersama sebagai sebahagian dari masyarakat. Oleh kerana matlamat2 sosial mereka yang berbeza, kelas2 itu mampu untuk bergabung ke dalam sebuah masyarakat dengan misi sosial yang lebih besar. Dalam seorang individu yang melihat struktur2 kelas budaya hegemoni, akal budi individu mempunyai dua

struktur peranan (individu dan publik). Secara peribadinya, individu2 menggunakan akal budi untuk mengatasi kehidupan harian mereka, dan untuk menerangkan (kepada diri mereka) bahagian terkecil sistem sosial yang mereka alami sebagai kehidupan. Secara publiknya pula, pembatasan persepsi terhadap akal budi timbul dan merintangi persepsi individu terhadap sifat eksploitasi sistem sosio-ekonomi yang lebih besar yang menyebabkan berlakunya budaya hegemoni. Oleh kerana perbezaan dalam melihat status quo (hirarki bourgeois), semua orang lebih melayan masalah2 individu2 mereka sindiri, daripada memikirkan masalah awam dan mempersoalkan punca2 utama kepada penindasan ekonomi dan sosial mereka.

Pada tahap individu pula, budaya hegemoni jelas kelihatan; meskipun setiap individu dalam masyarakat hidup dalam kehidupan yang bermakna atau berharga dalam kelas sosial mereka, kelas2 yang terasing mungkin timbul yang mempunyai sedikit sahaja kesamaannya dengan kehidupan persendirian individu. Tetapi bila dilihat kepada masyarakat keseluruhannya, kehidupan setiap individu menyumbang kepada hegemoni yang lebih besar. Meskipun kepelbagaian masyarakat, kepelbagaian ekonomi dan kebebasan politik muncul kerana semua orang melihat keadaan2 hidup yang berbeza mereka tidak mampu untuk melihat corak hegemoni yang lebih besar dibuat bila kehidupan2 yang mereka lihat bergabung sebagai suatu masyarakat. Budaya hegemoni

adalah jelas di dalam atau diselenggara oleh kewujudan yang kecil (bukan sesuatu yang besar), keadaan2 yang berbeza yang selalunya tidak dapat dilihat sepenuhnya oleh manusia yang mendiaminya. Negara dan masyarakat sivil. Teori Hegemoni Gramsci terikat dengan knosep negara kapitalisnya. Beliau tidak memahami negara dalam fahaman sempit sebuah kerajaan. Sebaliknya dia membahagikannya di antara masyarakat politik (polis, tentera, sistem undang2 dll) yang mana ia merupakan kawalan institusi2 politik dan undang2, dan masyaraka sivil (keluarga, sistem pelajaran, kesatuan

pekerja, dll) yang biasanya dilihat sebagai lingkungan persendirian dan bukan lingkungan negara, ini termasuklah ekonomi. Walau bagaimanapun, beliau menekankan bahawa pembahagian ini sebenarnya dari segi konsep sahaja, tetapi kedua2nya yang sebenarnya kerap bertindan. Negara kapitalis dakwanya memerintah menerusi kekerasan dan persetujuan: masyarakat politik merupakan bahagian kekerasan manakala masyarakat sivil pula di bahagian persetujuan. Gramsci mennyatakan bahawa dalam fahaman kapitalis moden, bourgois boleh memelihara kawalan ekonominya dengan mengizinkan permintaan2 tertentu oleh persatuan

pekerjanya dan parti2 politik massa dalam masyarakat sivil untuk dipenuhi oleh bahagian politik. Jadi, pihak bourgois terlibat dalam revolusi pasif yang bertindak melampaui kepentingan2 ekonomi jangka pendeknya dan mengizinkan bentuk2 hegemoninya berubah. Gramsci menerima bahawa gerakan2 seperti reformisme dan fasisme, begitu juga cara2 scientific management* dan assembly line# yang dibawa Frederick Taylor dan Henry Ford adalah antara contoh2nya.

Dengan mencontohi Machiavelli, Gramsci berhujah bahawa the modern prince parti revolusi- adalah merupakan kekerasan yang membenarkan kelas pekerja untuk mengembangkan organ2 intelek dan suatu hegemoni alternatif dalam masyarakat sivil. Bagi Gramsci, keadaan masyarakat sivil moden yang kompleks bermaksud ia adalah war of position (peperangan jawatan atau tempat) yang dijalankan oleh revolusi2 melalui perdebatan politik, persatuan2 pekerja, kemajuan budaya prolitariat, dan kaedah2 lain untuk mewujudkan masyarakat sivil pembangkang adalah perlu seiring dengan war of maneuver suatu revolusi langsung- untuk menghasilkan revolusi yang berjaya tanpa wujudnya bahaya revolusi balas atau kemunduran semula.

Di sebalik dakwaan Gramsci bahawa garis2 di antara kedua2nya adalah kabur, beliau menolak penyembahan negara yang terhasil dari menghubungkan masyarakat politik dengan masyarakat sivil, seperti yang telah dilakukan oleh puak Jacobin dan golongan fasis. Gramsci percaya bahawa sejarah tugas proletariat untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang teratur dan mendefinisikan withering away of the state adalah sebagai keupayaan kemajuan penuh sebuah masyarakat sivil untuk mengatur dirinya sendiri. * scientific management adalah sebuah teori pengurusan yang menganalisis dan menyatukan aliran2 kerja. Objektifnya adalah untuk meningkatkan kecekapan ekonomi terutamanya tahap pengeluaran buruh. Dikenali

juga sebagai Taylorism. # Assembly line adalah merupakan suatu proses pengluaran dalam ekonomi, contohnya seperi division of labor, pembahagian tugas2 untuk menghasilkan sesuatu produk dengan lebih pantas.

Anda mungkin juga menyukai