Anda di halaman 1dari 3

Kemahiran Asas Matematik Kemahiran Pranombor

Kemahiran pra-nombor merupakan kemahiran yang paling awal perlu diperkenalkan sebelum memperkenalkan murid dengan konsep nombor. Kemahiran pranombor ini melibatkan pengkelasan, turutan/seriasi, perbandingan kuantiti dan konservasi.

Pengkelasan

Murid akan didedahkan dengan kemahiran mengkelaskan sesuatu benda konkrit dan semi konkrit mengikut ciri-ciri yang ada padanya seperti mengkelaskan mengikut saiz (besar/kecil, panjang/pendek, tinggi/rendah), warna, bentuk dan jenis.

i)

Warna - mengenal warna - menamakan warna - mencantumkan kad warna - mengasingkan warna - mengasingkan warna dengan benda-benda - mewarna mengikut arahan yang diberi

ii)

Saiz - membandingkan saiz benda konkrit yang ditunjukkan - mengenal saiz kecil/besar, tinggi/rendah, panjang/pendek - menamakan saiz - mengasingkan benda semi konkrit mengikut saiz - memadankan saiz yang sama - mewarnakan saiz yang sama

iii)

Bentuk - mengasingkan benda mengikut bentuk - menamakan bentuk - memadankan bentuk yang sama dengan benda-benda konkrit - mewarnakan bentuk-bentuk yang sama Jenis - menamakan benda mengikut jenis - mengumpul benda mengikut jenis(semi maujud) - mengkelaskan benda mengikut jenis(gambar) - mewarna/melukis benda mengikut jenis

iv)

Kemahiran ini akan membantu murid membezakan sesuatu benda dan secara tidak langsung akan membantu murid membezakan nombor dan simbol-simbol matematik yang akan mereka temui dalam pelajaran selanjutnya.

Turutan/ seriasi

Turutan pula merupakan faktor penting bagi kebolehan pengaturan dalam matematik. Murid perlu didedahkan dengan kemahiran mengatur objek-objek mengikut saiz kecil, besar, panjang, pendek, lebar, tebal, nipis dan mengikut bilangan. Konsep turutan ini akan membolehkan murid mencari pertalian antara satu objek dengan objek yang lain atau antara konsep matematik dengan yang lain. Hal ini akan menjadikan proses pembelajaran yang mereka lalui akan lebih bermakna.

Perbandingan kuantiti

Kemahiran ini akan membolehkan murid menyatakan kuantiti melalui perbandingan iaitu banyak atau sedikit, sama banyak atau tidak sama banyak, lebih atau kurang. Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan ialah:

i)

mengasingkan kumpulan - yang banyak atau lebih - yang sedikit atau kurang

yang sama banyak yang tidak sama banyak

ii)

mewarnakan kumpulan - yang banyak atau lebih - yang sedikit atau kurang - yang sama banyak - yang tidak sama banyak menamakan kumpulan - yang banyak atau lebih - yang sedikit atau kurang - yang sama banyak - yang tidak sama banyak

iii)

Konservasi

Menurut Kamus Dewan, edisi ketiga (2002), konservasi bermaksud pemeliharaan atau penjagaan sesuatu secara tersusun bagi mengatasi kemusnahan/kerosakan dan lain-lain. Dalam konteks matematik khususnya aspek pranombor, konservasi dapat diertikan sebagai pemeliharaan ilmu asas berkaitan dengan pranombor dalam kalangan murid. Untuk memelihara atau memastikan ilmu berkaitan pranombor yang telah dikuasai oleh murid ini bersifat kekal, aktiviti pengukuhan hendaklah dijalankan dari semasa ke semasa.

Anda mungkin juga menyukai