Anda di halaman 1dari 1

PENEKANAN AKTIVITI PSV MENGIKUT TAHAP Tahap 1 Penegasan pembelajaran adalah terhadap perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi

i diri murid melalui kegiatan seni yang dilakukan secara spontan dan bebas. Murid digalakkan meneroka berbagai-bagai bahan dan alat dari alam sekeliling sendiri dan mengenali kesan-kesan seni yang diperolehi. Peluang untuk menyatakan perasaan diri terhadap kegiatan seni dengan berbagai-bagai cara digalakkan dari awal-awal lagi. Aktiviti seni perlu dijalankan dalam suasana yang menyeronokkan, di samping memupuk sifat bekerjasama dan berkongsi pengalaman sesama rakan.

Tahap II Penegasan pembelajaran adalah terhadap peningkatan pengetahuan dan kemahiran seni serta dapat mengaplikasikannya melalui kegiatan yang lebih terancang. Penglibatan murid dalam pelbagai kegiatan seni termasuk kraf akan dapat memupuk nilai apresiasi seni dan budaya. Kesedaran estetik, ruang visual, kinestetik dan aspek kecerdasan memang sedia ada pada murid dan harus diperkembangkan lagi, melalui aktiviti seni dalam suasana yang menyeronokkan. Di samping itu sifat kerjasama dan berkongsi pengalaman sesame rakan dapat dipupuk. Aktiviti seni harus memperlihatkan unsur budaya tanah air yang menitikberatkan ciri-ciri kehalusan dan kesempurnaan kerja. Aktiviti seni perlu dijalankan dalam suasana yang menyeronokkan, di samping memupuk sifat bekerjasama dan berkongsi pengalaman sesama rakan.