Anda di halaman 1dari 92

PERKEMBANGAN SOSIO EMOSI

TEORI PERKEMBANGAN PSIKOLOGI ERIK ERIKSON


EMOSI DAN PERKEMBANGAN EMOSI

ATTACHMENT
PERKEMBANGAN MORAL

TEORI PERKEMBANGAN PSIKOLOGI ERIK ERIKSON

TEORI PERKEMBANGAN PSIKOLOGI ERIK ERIKSON


Menekankan kepentingan hubungan sosial dengan individu-individu di persekitaran kanakkanak. Menurutnya personaliti seseorang kanak-kanak dibentuk hasil daripada perkembangan psikososial ini.
Beliau telah memperkenalkan lapan peringkat psikososial. Setiap peringkat saling berkait antara satu sama lain.

Erikson mencadangkan individu perlu berhadapan dengan krisis perkembangan di dalam setiap peringkat yang mana pada setiap peringkat mempunyai matlamat untuk dicapai.
Kejayaan atau kegagalan mencapai matlamat atau menyelesaikan krisis perkembangan akan membawa akibat kepada imej kendiri seseorang individu.

Berikut menunjukkan secara ringkas lapan peringkat perkembangan psikososial Erikson.


Peringkat Tahap Umur Huraian

1. Asas Dari lahir kepercayaan hingga 1 tahun. lawan asas ketidakpercayaan


2. Autonomi 1 tahun hingga 3 tahun.

Bayi perlu mempunyai hubungan yang erat, mendapat kasih sayang dan kepercayaan daripada penjaga. Sekiranya gagal, ketidakpercayaan timbul.
Perkembangan kanak-kanak pada tahap ini tertumpu kepada perkembangan fizikal. Sekiranya berjaya dan menerima sokongan menimbulkan rasa percaya kepada keupayaan diri. Sekiranya gagal, mereka mula ragu-ragu terhadap keupayaan diri.

Peringkat 3. Industri lawan rasa bersalah

Tahap Umur

Huraian

4 tahun hingga Kanak-kanak cuba untuk berdikari, 5 tahun. ada inisiatif untuk melakukan sesuatu sendiri, sekiranya gagal boleh membawa kepada rasa bersalah. 6 tahun hingga Kanak-kanak perlu menguasai 11 tahun. kemahiran-kemahiran tertentu di alam persekolahan, kegagalan akan membawa rasa rendah diri dan tiada keupayaan. Awal dewasa. 18 tahun hingga 35 tahun. Perkembangan kanak-kanak pada tahap ini tertumpu kepada perkembangan fizikal. Sekiranya berjaya dan menerima sokongan menimbulkan rasa percaya kepada keupayaan diri. Sekiranya gagal, mereka mula ragu-ragu terhadap keupayaan diri.

4. Industri lawan rasa bersalah

5. Identiti lawan kekeliruan identiti

Peringkat 6. Keintiman lawan keasingan

Tahap Umur

Huraian

4 tahun hingga Mula membentuk keintiman dalam 5 tahun. hubungan, menuju ke arah perkahwinan dan membina kerjaya. Kegagalan membawa kepada perasaan terasing dan tersisih. Pertengahan dewasa. 35 tahun hingga 65 tahun Lanjut usia. 65 tahun ke atas. Kehidupan berkeluarga dan kerjaya yang baik. Kegagalan membawa kepada perasaan mementingkan diri sendiri. Kejayaan di dalam hidup berkeluarga dan karier. Kegagalan membawa kepada kesedihan dan kekecewaan.

7. Generativiti lawan kekakuan

8. Integriti

Peringkat 1: Asas kepercayaan lawan asas ketidakpercayaan (dari lahir hingga 1 tahun)
Cabaran pertama dalam peringkat ini adalah untuk membina asas kepercayaan dengan persekitaran. Bagi seorang bayi asas kepercayaan ini akan timbul sekiranya dia mendapat jagaan yang

sempurna secara tetap oleh penjaganya. Sekiranya seorang bayi tidak diberi penjagaan yang sepatutnya seperti panyusuan tidak dijaga, lampin tidak bertukar atau tidak dibelai apabila perlu, Erikson percaya bayi tersebut akan timbul rasa tidak percaya kepada orang lain yang akan membawa kepada ketakutan dan berprasangka.

Implikasi terhadap proses pengajaran dan pembelajaran


Apabila berdepan dengan kanak-kanak yang mempunyai masalah ketidakpercayaan guru harus menetapkan rutin bilik darjah yang berkala dan tetap. Kanak-kanak ini perlu layanan dengan mesra dan guru harus mengambil berat terhadap kanakkanak ini. Kanak-kanak ini boleh diletakkan dalam sistem

rakan sebaya di mana seorang rakan yang sesuai bertindak membantu kanak-kanak ini semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Peringkat 2: Autonomi lawan keraguan (1 hingga 3 tahun)


Kanak-kanak cuba untuk melakukan aktiviti fizikal tanpa bantuan iaitu dia ingin mempunyai autonomi ke atas perlakuannya. Cth:ingin cuba makan dan minum sendiri, membuang air, memakai kasut dan sebagainya.

Kanak-kanak yang diberi sokongan untuk berdikari dan meneroka perlakuan fizikal ini akan merasa mempunyai autonomi. Kanak-kanak yang tidak diberi peluang akan mula ragu-ragu terhadap kebolehan diri.

Implikasi terhadap proses pengajaran dan pembelajaran


Beri peluang dan sokongan kepada kanak-kanak untuk mencuba kemahiran-kemahiran baru. Pastikan persekitaran selamat untuk kanak-kanak mencuba kemahiran. Jangan menghukum kanak-kanak apabila tersalah langkah dalam proses ini. Hukuman dan dendaan akan membawa kepada pengurangan rasa autonomi dan menimbulkan keraguan.

Tetapkan peraturan yang ringkas dan boleh difahami dengan konsisten. Ini adalah untuk membentuk disiplin kendiri kanak-kanak.

Peringkat 3: Inisiatif lawan rasa bersalah (4 hingga 5 tahun)


Kanak-kanak akan cuba untuk lebih berdikari. Mereka akan meneroka persekitaran dan mencuba

kemahiran-kemahiran baru. Mereka suka bertanya dan meminta penjelasan untuk peristiwa dan situasi yang dilalui. Sokongan dan peluang yang diberi oleh orang dewasa akan menggalakkan inisiatif di dalam diri kanak-kanak. Galakkan kanak-kanak lain menghargai hasil kerja rakan-rakan. Kanak-kanak yang tidak diberi peluang atau dihukum semasa mencuba kemahiran ini akan menimbulkan rasa bersalah terhadap diri sendiri.

Implikasi terhadap proses pengajaran dan pembelajaran


Beri pujian kepada kanak-kanak yang menunjukkan inisiatif mencuba kemahiran-

kemahiran baru. Laksanakan kurikulum pembelajaran yang boleh membentuk kanak-kanak untuk mencapai kemahiran-kemahiran ini. Contoh: latihan koordinasi oto dan deria. Beri peluang kanak-kanak mencuba kemahirankemahiran baru melalui kaedah bermain.

Galakkan mereka bertanya soalan tentang perkara-perkara yang baru dipelajari. Beri maklum balas yang ringkas dan mudah difahami kanakkanak.

Peringkat 4: Industri lawan rasa rendah diri (6 hingga 11 tahun)


Tugasan utama di dalam peringkat ini adalah

untuk menimbulkan rasa kompetensi dan industri. Istilah industri membawa maksud kejayaan dalam melaksanakan sesuatu kemahiran dan menghasilkan sesuatu yang memuaskan hati kanak-kanak. Kemahiran yang diperoleh dalam peringkat ini berkisar kepada kemahiran yang diperoleh dari alam persekolahan.

Kanak-kanak yang gagal dalam peringkat ini akan merasa rendah diri dan tiada berkeupayaan bukan sahaja terhadap pencapaian akademik tetapi juga dalam hubungan sosial dengan individu di persekitaran mereka.

Implikasi terhadap proses pengajaran dan pembelajaran


Berikan aktiviti-aktiviti yang mencabar tetapi

sesuai dengan kebolehan kanak-kanak. Beri pujian dan penghargaan kepada setiap usaha yang dilakukan atau kejayaan yang diperoleh walaupun kecil. Maklumbalas boleh diberikan secara verbal atau bertulis. Beri peluang kepada kanak-kanak untuk berkongsi kejayaan yang mereka lakukan. Mereka boleh membuat pembentangan/tunjukcara tentang usaha mereka untuk menghasilkan sesuatu.

Galakkan kanak-kanak untuk bersaing dengan keupayaan diri mereka sendiri dan bukan dengan orang lain.
Mengenalpasti pelbagai kebolehan kanak-kanak dan jenis kecerdasan mereka. Menurut Howard Gardner, kecerdasan bukan hanya dalam akademik, ia boleh merangkumi bidang lain seperti muzik, spatial, kinestetik, interpersonal dan intrapersonal.

Peringkat 5: Peringkat lawan kekeliruan identiti (12 hingga 18 tahun)


Peringkat di mana remaja mencari identiti diri dan membina personaliti diri. Mereka ingin memahami diri sendiri dan bagaimana mereka berbeza dengan orang lain.

Pada peringkat ini mereka harus menyeimbangi kehendak diri sendiri dengan kehendak orang di persekitaran (ibu bapa, guru, rakan sebaya). Dalam mencari identiti diri mereka meniru identiti orang lain di persekitaran.

Menurut Erikson, remaja yang berjaya melepasi krisis di peringkat ini akan berjaya membina identiti diri.
Mereka yang gagal akan mengalami kecelaruan identiti, rasa tidak selamat, ragu-ragu dan akan menimbulkan pelbagai masalah di peringkat seterusnya.

Implikasi terhadap proses pengajaran dan pembelajaran


Beri peluang kepada remaja untuk meneroka

kebolehan diri sendiri dengan mencuba pelbagai aktiviti yang sesuai dengan minat remaja tersebut. Dedahkan pelbagai jenis peluang pekerjaan yang sesuai dengan minat dan kebolehan remaja. Mengadakan ceramah, dengan menjemput personaliti-personaliti yang berjaya di dalam bidang masing-masing dan mempunyai lingkungan latar belakang yang sama dengan remaja.

Gerak kerja berkumpulan boleh menolong remaja berkerjasama dan berkongsi minat.
Kemahiran berkomunikasi dan mendengar perlu

didedahkan kepada remaja.

Peringkat 6: Keintiman lawan keasingan (18 hingga 35 tahun)


Krisis utama dalam peringkat ini adalah untuk

membentuk hubungan intim melalui perkahwinan serta membina kehidupan berkeluarga. Individu pada peringkat ini sudah berupaya menjaga dan melindungi individu lain (suami/isteri dan anak) tanpa hilang identiti diri. Mereka yang tidak dapat membentuk keintiman akan rasa terasing dan akan menghindari perhubungan dengan orang lain.

Peringkat 7: Generativiti lawan kekakuan (35 hingga 65 tahun)


Individu yang berjaya pada peringkat ini dilihat sebagai seorang yang kreatif dan produktif. Mereka berjaya membina kerjaya yang mantap di samping keluarga yang bahagia.

Individu ini berupaya menjaga anak-anak dengan baik dan membina hubungan mesra dengan pasangannya. Mereka yang gagal akan lebih bersikap mementingkan diri sendiri.

Peringkat 8: Integriti lawan kekecewaan (65 tahun ke atas)


Pada peringkat ini seseorang individu telah melalui pelbagai pengalaman dan cabaran di dalam hidupnya. Individu yang berjaya melepasi segala krisis perkembangan akan bangga dengan segala pencapaian dan kejayaan yang diperolehi. Kegagalan melepasi krisis-krisis perkembangan

akan membawa kepada kedukaan dan kekecewaan di hari tua.

EMOSI DAN PERKEMBANGAN EMOSI

EMOSI
Emosi boleh didefinisikan sebagai satu perasaan afektif yang dialami oleh seseorang individu dalam sesuatu keadaan yang memberi makna kepada dirinya. Emosi datang dalam pelbagai bentuk seperti emosi gembira, sedih, takut, marah dan lain-lain. Tahap emosi juga pel bagai dan secara umumnya emosi dikelaskan sebagai emosi pasitif seperti

gembira, teruja, girang dan emosi negatif seperti marah, sedih, kecewa dan lain-lain.

Luahan emosi memberi gambaran kepada orang lain tentang persaan seseorang dan gambaran emosi ini memberi impak kepada perhubungan

individu dengan orang lain. Pemulaan hubungan emosi antara ibu bapa dengan bayinya adalah melalui intonasi suara. Contoh: intonasi suara ibu dapat menenangkan bayinya yang sedang menangis. Pada akhir tahun pertama bayi, eksperasi muka ibu sama ada tersenyum, sedih atau tegang boleh mempengaruhi perkembangan emosi bayi.

Ibu bapa yang sentiasa menunjukkan emasi yang positif dapat menghasilkan anak-anak yang tenang dan patuh arahan.

Terdapat dua konsep utama yang perlu dititik beratkan dalam perkembangan emosi kanakkanak iaitu konsep regulasi emosi dan kompetensi emosi.

Regulasi Emosi
Regulasi emosi melibatkan cara yang berkesan untuk mengawal ledakan emosi supaya individu boleh mengawal diri dalam suatu keadaan.
Berikut adalah beberapa cara untuk menregulasi emosi :

a) Bermula daripada punca luaran kepada punca dalaman.

Bayi bergantung kepada punca luaran seperti ibu bapa dan penjaga untuk menenangkan emosi mereka. Latihan perlu diberikan kepada anakanak supaya dapat meregulasikan emosi mereka sendiri secara dalaman bukan melalui orang lain. b) Strategi kognitif Mengunakan strategi kognitif untuk meregulasikan emosi. Contoh: anggap cabaran sebagai sesuatu yang pasitif atau jangan fakuskan fikiran ke arah situasi yang membangkitkan emosi negatif.

c) Ledakan emosi Dengan kematangan dan sokongan daripada ibu bapa dan guru kanak-kanak akan dapat mengawal ledakan emosi. d) Mengawal dan memilih situasi dan perhubungan Semakin meningkat usia kanak-kanak, mereka sepatutnya berupaya memilih situasi dan hubungan yang boleh mengurangkan emosi negatif. e) Menangani tekanan Kanak-kanak patut didedahkan dengan strategi mengawal dan menangani tekanan.

Kompetensi Emosi
Menurut Carolyn Saarni (Santrock 2007) untuk menghasilkan individu yang mempunyai kompetensi emosi, beberapa kemahiran personal dan sosial yang harus dipraktikkan. Antaranya :

KEMAHIRAN Kesedaran emosi diri sendiri

CONTOH Boleh membezakan emosi diri dalam pelbagai keadaan.

Mengenalpasti emosi orang lain


Menggunakan perkataan-perkataan yang menggambarkan emosi yang relavan dengan situasi yang dihadapi. Berempati dan simpati dengan keadaan yang dialami oleh orang lain. Menyedari bahawa emosi dalaman tidak semestinya diluah secara luaran.

Memahami keadaan emosi orang lain


Menggunakan perkataan yang menggambarkan emosi dalam situasi tertentu dengan tepat dan sesuai. Sensitif dengan perasaan orang lain yang sedang kecawa dan berduka. Seseorang yang sedang marah tidak semestinya menunjukkan kemarahan secara fizikal.

KEMAHIRAN Mengawal emosi negatif dengan meregulasi emosi tersebut.

CONTOH Mengawal marah dengan meninggalkan situasi yang menyebabkan emosi tersebut atau fikirkan perkara-perkara yang boleh meredakan perasaan marah. Menunjukan kemarahan kepada seseorang rakan mungkin boleh menjejaskan persahabatan.

Sedar tentang keupayaan emosi yang dapat mempengaruhi sesuatu hubungan.

PERKEMBANGAN EMOSI
Bagaimanakah perkembangan emosi berlaku daripada peringkat bayi sehingga remaja? Apakah pengalaman-pengalaman emosi yang dilalui pada peringkat ini? Berikut akan dibincangkan perkembangan emosi berserta pengalamanpengalaman emosi yang dilalui daripada bayi sehingga remaja.

Bayi

Terdapat dua kategori emosi pada bayi: a) Emosi utama bermula pada enam bulan pertama. Antara emosi utama yang timbul ialah terkejut, gembira , marah, sedih, takut, benci dan berminat. b) Emosi kesedaran kendiri emosi yang tercetus oleh sebab-sebab tertentu seperti perasaan empati, cemburu, malu (timbul usia sekitar 1 setengah tahun) perasaan bangga,rasa bersalah (timbul usia sekitar 2 setengah tahun).

Emosi utama menolong bayi berkomunikasi dengan persekitaran. Menangis dan tersenyum adalah antara ekspresi

emosi yang pertama ditunjukkan bayi apabila berkomunikasi dengan penjaganya

Menangis Bentuk komunikasi utama untuk bayi berhubung dengan persekitaran. Tangisan bayi yang pertama memberi makna paru-paru bayi sudah dipenuhi oleh udara. Kebanyakan ibu bapa dapat mengenal tangisan bayi masing-masing sama ada ia tangisan marah, sakit atau lapar. Perlukah bayi yang sedang menangis ditenangkan?

Ada beberapa pendapat yang saling bercanggah. Behavioris John Watson menyatakan ibu bapa yang selalu respon kepada bayinya yang menangis seolah-olah menegh perbuatan itu menyebabkan bayi lebih kerap menangis.
Sebaliknya Mary Ainsworth(Santrock, 2007) menekan respon yang cepat dan menenangkan bayi akan membawa keapda hubungan yang lebih erat antara ibu bapa dengan bayinya.

Ini disokong oleh pakar perkembangan kanakkanak. Ibu bapa atau penjaga patut memberi respon terhadap tangisan bayi supaya menimbulkan rasa percaya bayi tersebut terhadap penjaganya seterusnya akan mebuat dia rasa selamat.

Senyuman Dua jenis senyuman bayi: a) Senyuman reflektif. tingkahlaku secara sendiri tanpa ransangan luar. Seperti bayi yang tersenyum sewaktu tidur. b) Senyuman bersosial tindakbalas daripada ransangan luar yang bermula pada umur 2-3 bulan. John Bowlby(Santrock, 2007) menegaskan, senyuman sosial bayi menunjukkan rasa selesa, selamat dan disayangi.

Kekuatan Bermula sekitar umur 6-18 bulan. Selalunya ia melibatkan keresahan dan ketakutan apabila berdepan dengan orang yang tidak dikenali. Bayi menunjukkan ketakutan yang pelbagai terhadap orang yang tidak dikenali. Ada bayi yang menunjukkan rasa kurang takut. Kebanyakan bayi akan rasa kurang takut pada orang asing/tak dikenali sekiranya dia berada dalam situasi yang biasa baginya atau ketika berada bersama dengan orang yang dikenalinya(ibu bapa/penjaga)

Awal Kanak-Kanak
Lebih kepada emosi yang terbentuk kesedaran kendiri seperti rasa bangga, malu dan rasa

bersalah. Ia bermula sekitar umur 2 tahun setengah. Bangga: ekspresi kanak-kanak apabila berada dalam keadaan gembira di atas kejayaan melakukan sesuatu. Malu: timbul apabila kanak-kanak merasakan mereka tidak dapat mencapai matlamat/kemahiran yang mereka inginkan. Rasa bersalah: apabila kanak-kanak mendapati apa yang mereka lakukan berakhir dengan kegagalan.

Berikut adalah ciri-ciri kanak-kanak pada peringkat ini yang mula memahami emosi: a) Mempunyai peningkatan di dalam perbendaharaan emosi. b) Boleh melabel emosi dengan tepat terhadap dirinya dan emosi orang lain.

c) Boleh bercakap tentang akibat sesuatu emosi dan boleh mengenal pasti kaitan emosi dengan situasi tertentu. d) Mengunakan bahasa emosi semasa bermain.

Ibu bapa, guru dan orang dewasa boleh menolong kanak-kanak memahami dan mengawal emosi.
Bercakap dan berkomunikasi dengan kanak-kanak

boleh menolong mereka menangani perasaan malu, bersalah, sedih dan marah. Kanak-kanak perlu diberi pendedahan tentang cara mengawal emosi. Contoh: mengawal perasaan marah apabila kanak-kanak lain ingin berkongsi alat permainan.

Peringkat pertengahan dan akhir kanak-kanak


Berikut adalah perubahan-perubahan di dalm perkembangan emosi pada peringkat ini:

a) Lebih berkebolehan untuk memahami emosiemosi yang lebih kompleks seperti bangga diri dan malu. Kanak-kanak pada peringkat ini sudah boleh mengadaptasi emosi-emosi tersebut untuk situasi-situasi yang relavan.

b) Memahami lebih daripada satu emosi boleh timbul dalam sesuatu keadaan. c) Lebih menitikberatkan situasi-situasi yang mengbangkitkan emosi. d) Lebih berjaya mengawal emosi-emosi negatif. e) Mempunyai initiatif untuk menukar emosiemosi tertentu kepada bentuk yang lebih bermanafaat.

Ciri-ciri kefahaman emosi pada peringkat ini ialah:


a) Boleh berkomunikasi tentang emosi yang dialami dan boleh memahami hubungan emosi

dengan situasi yang dialami. b) Memahami bahawa sesuatu situasi boleh mengakibatkan emosi yang berlainan pada individu yang berlainan. c) Menyedari bahawa emosi terhadap sesuatu perkaraboleh kekal lama setelah perkara itu berlalu. d) Menunjukkan kesedaran cara mengawal dan mengurus emosi berdasarkan keperluan sosial.

Remaja
Alam remaja memang terdedah kepada pergolakan emosi.

Ketidakstabilan emosi sering meningkat di peringkat remaja. Mereka boleh menunjukkan kegembiraan pada satu ketika dan tiba-tiba boleh menjadi moody.
Mereka selalu merajuk dan tidak tahu bagaimana untuk meluahkan emosi mereka.

Selalunya mereka akan melepaskan emosi negatif kepada ibu bapa atau orang yang terdekat sebagai satu helah bela diri iaitu mengalihkan sesuatu perasaan kepada orang lain.
Perubahan secara mendadak ini mungkin disebabkan perubahan hormon kematangan. Orang dewasa harus memahami perubahan yang dialami oleh remaja. Berbincang dengan remaja cara-cara yang boleh digunakan untuk mengawal emosi dan sentiasa meluahkan masa untuk

mendengar luahan perasaan meraka.

Implikasi perkembangan emosi etrhadap proses pengajaran dan pembelajaran


1.

Bina asas kepercayaan di dalam bilik darjah. Memberi layanan sama rata terhadap semua murid. Elakkan daripada membandingkan antara murid tetapi tumpukan kepada pencapaian individu. Elakkan daripada memberi layanan/hukuman berdasarkan khabar angin.

2. Bantu murid menyedari emosi dan meluahkan perasaan. Perkenalkan perbendaharaan kata emosi dan bincangkan frasa-frasa emosi di dalam penceritaan. Galakkan murid menulis jurnal untuk luahan emosi. Simpan rahsia murid di dalam jurnal tersebut(membina asas kepercayaan) Jelaskan dan ceritakan emosi anda sendiri dalam situasi-situasi tertentu.

3. Bantu pelajar mengenali emosi orang lain. Suruh pelajar meneka emosi rakan pada sesuatu emosi. Semasa murid membaca petikan cerita, menonton filem atau membuat simulasi, minta mereka kenal pasti karektor-karektor dalam situasi tersebut

4. Bincangkan strategi-strategi mengawal emosi.

Bincangkan atau beri alternatif-alternatif yang boleh digunakan untuk mengawal emosi seperti

berhenti sejenak, tinggalkan tempat kejadian atau membuat rasionalisi. Menjadi model kepada pelajar. Ceritakan bagaimana anda mengawal rasa marah, kecewa dan gelisah.

5. Bantu pelajar mengenal perbezaan budaya dan

ekspresi emosi. Beri peluang kepada pelajar membincangkan emosi-emosi yang terdapat dalam keluarga masing-masing. Beri kesedaran kepada pelajar supaya peka terhadap emosi orang lain kerana perbezaan emosi antara emosi wujud dalam situasi yang sama.

ATTACHMENT

Attachment merupakan satu hubungan yang rapat dan

mesra dengan orang-orang istimewa dalam kehidupan kita.Kita bergembira dengan orang-orang ini.Mereka berupaya menenangkan kita apabila kita berada dalam keadaan stress. Seawal usia enam bulan seorang bayi sudah mula menunjukkan attachment kepada individu-individu yang menjaga keperluan asas mereka.

Attachment dilihat mempunyai 4 fasa:

*Fasa 1( dari lahir hingga 6 minggu) Peringkat membina hubungan.Bayi membina hubungan dengan senyuman,gapaian,tangisan atau renungan kepada individu-individu yang menjaga atau yang berada dekat dengannya. Hubungan penjaga seperti dakapan, pelukan, berada dekat dengan bayi ini akan menimbulkan perasaan selesa dan selamat pada bayi tersebut. Pada tahap ini bayi sudah dapat mengenal bau ibu/penjaganya.

*Fasa 2 ( 6 minggu hingga 6-8 bulan ) Mula memberi tindak balas yang berbeza terhadap penjaga berbanding dengan orang tidak dikenali.Mereka mula belajar bahawa tindakan yang mereka lakukan boleh memberi kesan kepada orang di persekitaran.Walaupun mereka mula mengenali penjaga mereka,bayi pada peringkat ini masih tidak protes apabila dipisahkan daripada penjaga.

*Fasa 3 (6-8 bulan hingga 18 bulan-2 tahun) Attachment sudah terbentuk dalam fasa ini.Bayi menunjukkan kebimbangan apabila dipisahkan. Keresahan ini juga bergantung kepada keadaan,tabiat dan tingkahlaku orang di sekeliling. Selain memprotes apabila ditinggalkan mereka juga menunjukkan tingkahlaku ingin rapat dengan penjaga seperti penjaga,ingin didukung dan berpaut rapatdengan penjaga. Selalunya dengan kehadiran penjaga mereka akan merasa selamat untuk bermain dan meninjau persekitaran.

*Fasa 4 (18 bulan hingga 2 tahun ke atas) Penguasaan kemahiran berbahasa menolong kanak-kanak memahami situasi antara mereka dengan penjaga. Mereka mula memahami mengapa perlu ditinggalkan sementara. Mereka sudah pandai bertolak ansur dengan penjaga apabila ingin ditinggalkan.

Selepas melalui empat fasa ini, kanak-kanak mula

membentuk satu hubungan yang mesra dengan penjaga.Hubungan ini akn memberi asa perlindungan dan harapan apabila ketiadaan penjaga. Imej penjaga ini akan menjadi model, pendorong kepada hubungan yang akan datang.

Salah satu cara yang digunakan untuk menilai tahap

attachment adalah elalui satu eksperimen yang dikenali sebagai strange situation oleh Mark Ainsworth. strange situation dijalankan melalui lapan episod pendek yang melibatkan perpisahan sementara dan pertemuan semula antara bayi dan penjaga juga tindakbalas bayi terhadap orang yang tidak dikenali.

Episod

Situasi

Perlakuan attachment yang diperhatikan

Pengkaji memperkenalkan penjaga dan bayi kepada bilik permainan Penjaga duduk dan membiarkan bayi bermain dengan alat permainan Orang yang tidak dikenali masuk, duduk dan bercakap dengan penjaga Penjaga keluar. Orang yang tidak dienali memberi respon kepada bayi dan cuba menenangkan bila perlu

Penjaga sebagai asas untuk berasa selamat


Reaksi terhadao orang yang tidak dikenali

Kebimbangan akibat ditinggalkan

Episod

Situasi

Perlakuan attachment yang diperhatikan

Penjaga masuk,menyapa bayi dan sekiranya perlu memujuk bayi.Orang yang tidak dikenali keluar. Penjaga keluar.bayi ditinggalkan bersendirian. Orang yang tidak dikenali masuk untuk cuba memujuk.

Reaksi apabila penjaga masuk semula Kebimbangan akibat ditinggalkan.

Kebolehan dipujuk/ditenangkan oleh orang lain.


Reaksi terhadap pertemuan semula dengan penjaga

Penjaga masuk semula,menyapa bayi,menenangkan sekiranya perlu dan memujuk bayi untuk bermain semula.

Tindak balas daripada eksperimen ini menunjukkan empat variasi attachment:

Attachment yang menmbawa kepada rasa selamat dan yakin( secure attachment). 2. Avoidant attachment. 3. Resistant attachment. 4. Disorganized/disoriented attachment.
1.

Peluang untuk attachment Kualiti asuhan. Kelakuan bayi. Situasi keluarga. Pengalaman ibu bapa.

PERKEMBANGAN MORAL

PERKEMBANGAN MORAL
Melibatkan perubahan pemikiran, perasaan dan tingkahlaku terhadap nilai kebenaran dan kesilapan. Mempunyai dimensi intrapersonal yang melibatkan regulasi dalaman seseorang individu dan dimensi intrapersonal yang melibatkan interaksi sosial dengan orang di persekitaran. Pemikiran, tingkahlaku, perasaan dan personaliti seseorang saling berkaitan dalam penilaian moral seseorang individu.

TEORI PERKEMBANGAN MORAL


TEORI PERKEMBANGAN MORAL PIAGET TEORI PERKEMBANGAN MORAL LAWRENCE

KOHLBERG

TEORI PERKEMBANGAN MORAL PIAGET


Mengkaji pemikiran kanak-kanak menaakul dan memberi

hujah terhadap persoalan yang melibatkan moral.


Merumuskan pemikiran moral kanak-kanak:
Umur 4 hingga 7 tahun

Peringkat moral heteronomus. Melihat peraturan sebagai sesuatu yang ditetapkan dan sesuatu tindakan melalui akibat.

Umur 7 hingga 10

Peringkat transisi. Mempunyai ciri-ciri peringkat pertama tetapi sudah mula berlih ke peringkat seterusnya.

10 tahun keatas. Peringkat moral autonomus Mula sedar bahawa peraturan dicipta oleh manusia dan bukan sesuatu yang mutlak. Mula menilai sesuatu tindakan berdasarkan niat dan akibat. Boleh mempertimbangkan sesuatu perlakuan moral berdasarkan aspek-aspek lain seperti niat, perasaan, keadilan dan tingkahlaku.

TEORI PERKEMBANGAN MORAL LAWRENCE KOHLBERG


Berpendapat bahawa
Penaakulan moral berkait dengan perkembangan

kognitif seseorang individu, walaupun kadangkandang tahap pemikiran kognitif seseorang tidak menjamin kepada peningkatan dalam tahap penaakulan moral seseorang. Merumuskan bahawa pemikiran moral kanakkanak mengandungi 3 tahap utama dan setiap tahap mengandungi 2 peringkat penaakulan moral.

TAHAP 1 : PRA-KONVENSIONAL
Perlakuan dinilai bedasarkan ganjaran dan

hukuman yang akan diterima akibat perlakuan. Terbahagi kepada 2 peringkat iaitu:
Orientasi kepatuhan dan hukuman

Kanak-kanak mematuhi arahan kerana takutkan hukuman akibat melanggar arahan. Orientasi jangkaan individu Tingkahlaku didorang untuk memuaskan kehendak sendiri atau melakukan sesuatu kerana ganjaran yang bakal diterima.

TAHAP 2 : KONVENSIONAL
Individu sudah mula mengaplikasi peraturan

bedasarkan sesuatu yang telah ditetapkan. Terbahagi kepada 2 peringkat iaitu:


Orientasi perlakuan baik

Menghargai nilai kepercayaan dan kepatuhan terhadap peraturan yang ditetapkan Akur kepada sisstem sosial dan etika peraturan Individu percaya terhadap keutuhan undang-undang untuk menjaga kesejahteraan komuniti.

TAHAP 3 : KONVENSIONAL
Individu mula meneroka pilihan, memilih

altenatif-altenatif lain dalam penaakulan moral. Terbahagi kepada 2 tahap :


Etika kontrak sosial dan hak individu

Melihat undang-undang sebagai sesuatu yang fleksible dan mempunyai altenatif. Etika prinsip sejagat Mementingkan kesamaan hak kepada semua individu dan menghormati maruah dan prinsip individu lain

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN MORAL

INSTITUSI KEKELUARGAAN

INSTITUSI KEKELUARGAAN
Pada peringkat permulaan perkembangan, kanakkanak cuba untuk memahami konsep moral.
Cubaan ini perlu dibantu oleh, ibu bapa atau penjaga. Daripada segi kualiti hubungan, secure attachment, memainkan peranan penting. Melalui ini, kanak-kanak dapat memahami dan mengaplikasi kehendak atau etika moral yang ditetapkan oleh ibu bapa.

Cara mendisplinkan anak-anak juga memainkan

peranan penting. Terdapat beberapa corak bagi mendisiplinkan anakanak iaitu:


Menjarakkan kasih sayang ( love withdrawal ) Menunjukkan kuasa Dorongan

BAGAIMANA KEBERKESANAN CARA TERSEBUT

MENJARAKKAN KASIH SAYANG


Martin Hoffman menegaskan teknik ini akan

membangkitkan ketegangan emosi kanak-kanak. Dapat menimbulkan keresahan kepada kanak-kanak dan penggunaan kuasa dan akan membangkitkan rasa benci dan permusuhan dengan ibu bapa.

MENUNJUKKAN KUASA
Teknik ini tidak begitu digalakan kerana seolah-olah

menjadi model kepada kanak-kanak untuk menggunakan kekerasan atau ugutan bagi menyelesaikan masalah Walaubagaimanapun, dengan teknik ini, ia dapat menakutkan kanak-kanak dalam melakukan kesalahan dan melaggar undang-undang.

DORONGAN
Teknik ini dilihat kurang membangkitkan ketegangan emosi kanak-kanak.
Walaubagaimanapun, kanak-kanak akan difokuskan kepada akibat kesalahan yang dilakukan. Teknik ini juga dapat menggalakkan kanak-kanak untuk menakul dan berfikir tentang perlakuannya. Secara keseluruhan, teknik ini lebih membawa kepada perkembangan moral yang positif

STRATEGI PROAKTIF
Dapat mengalih perhatian kanak-kanak kepada

aktiviti altenatif yang lain. Bagi kanak-kanak yang lebih berusia pula, ibubapa boleh berbincang dengan mereka tentang tingkah laku tersebut.

CIRI-CIRI IBUBAPA YANG BOLEH MEMBANTU PERKEMBANGAN MORAL


Menunjukkan kemesraan dan sokongan bukannya

hukuman Menggunakan teknik dorongan Memberi peluang kepada kanak-kanak belajar tentang perasaan dan perspektif orang lain. Melibatkan kanak-kanak dalam proses membuat keputusan tentang perlakuan moral yang dipersutujui Menunjukkan contoh moral yang baik Memberi maklumat tentang perlakuan moral yang diingini dan yang tidak diingini

INSTITUSI SEKOLAH

INSTITUSI SEKOLAH
Sekolah dapat memainkan peranan didalam

perkembangan moral kanak-kanak dengan beberapa cara iaitu:


Kurikulum tersembunyi

Pembinaan modal insan


Sekolah penyayang Iklim sekolah

Khidmat sukarela

IMPLIKASI PERKEMBANGAN SOSIO-EMOSI TERHADAP PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Bantu pelajar menilai permasalahan yang mereka

sedang dan hadapi. Bantu pelajar menilai bedasarkan perspektif orang lain Bantu pelajar membuat hubungkait antara nilai yang dinyatakan dengan tingkahlaku yang dibuat. Pastikan semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran pelajar saling mendengar antara satu sama lain. Pastikan kelas menunjukkan kesedaran dan keprihatinan terhadap isu-isu moral dan nilai-nilai jejagat

TAMAT

Anda mungkin juga menyukai