Anda di halaman 1dari 29

Kertas Kerja Cadangan: Penyelidikan Tindakan 1 MENGATASI MASALAH KEKELIRUAN DALAM MEMBEZAKAN PENGGUNAAN HURUF B DAN P KETIKA MENULIS

SESUATU PERKATAAN DENGAN KAEDAH (A&B) Nama Pelajar : Syed Ahmad Fadzrool B Syed Mohd Fadzil No Kad Pengenalan : 890826-05-5495 Angka Giliran : 23571 Kumpulan / Unit PISMP G2 : BM/PJ/PSV Nama Pensyarah Pembimbing : Cik Hjh Nur `Azah Bt Hj. Ahmad Tarikh Serahan : 7hb Mac 2012

a.

Pendahuluan

Kemahiran menulis merupakan kemahiran asas Bahasa Melayu untuk murid-murid sekolah rendah. Hal ini amat penting untuk mereka mencapai kejayaan yang lebih cemerlang pada masa hadapan. Oleh hal yang demikian, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti permasalahan tentang kemahiran membaca dan menulis Bahasa Melayu dalam kalangan murid murid sekolah rendah di luar bandar ( Abdul Rasid Jamian, 2011) Kemahiran menulis merupakan suatu budaya intelek yang saling melengkapi antara kemahiran membaca dengan menulis. Keupayaan menulis merupakan proses penyaluran maklumat yang bersifat mekanikal dan disalurkan secara bersistem iaitu mengambil kira matlamat, penggunaan bahasa, audiens, dan gaya penulisan. Sehubungan itu, keupayaan membaca dan menulis merupakan suatu kemahiran yang menjadi punca atau asas dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam pelbagai disiplin ilmu di sekolah. Pencapaian dan kebolehan yang tinggi dalam kemahiran membaca dan menulis pasti dapat meningkatkan penguasaan pembelajaran murid dalam Bahasa Melayu dan mata pelajaran tertentu. (Abdul Rasid Jamian, 2011) Menurut Abdul Rasid dan Zulkafli (2008), masalah menguasai kemahiran membaca dan menulis menjadikan murid lemah dan tidak berminat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu adalah akibat ketidakcekapan mereka menguasainya.

Permasalahan membaca yang ada dalam diri murid adalah seperti keliru mengecam huruf besar dan huruf kecil semasa membaca, tidak membunyikan perkataan dengan b betul dan tepat, tidak dapat menyebut perkataan yang dieja serta sering meninggalkan perkataan yang tidak ketahui makna atau gagal membunyikannya.Ini menimbulkan pola bacaan yang merangkak dan pastinya menjadikan murid-murid tidak memahami maklumat dan makna bahan bacaan tersebut. Selain itu, murid ini juga lemah dan tidak berminat mencari maklumat yang terdapat dalam gambar rajah atau bahan rangsangan yang diberikan oleh guru. Levin (1987) yang dikutip oleh Noraini Ombi (2009),cara memegang alat tulis akan mempengaruhi bentuk tulisan yang dihasilkan oleh murid. Kelemahan dalam motor halus menyebabkan kanak-kanak menghadapi kesukaran memegang pensel,

memasang butang baju dan memasan manik. Kanak-kanak yang menghadapi dyspraxia motor halus menunjukkan kelemahan dalam koordinasi motor. Kanak-kanak ini tidak berupaya mengawal saraf ketika memegang dan menggerakkan pensel secara stabil. Kanak-kanak yang tidak menggunakan motor halus ketika menulis menyebabkan cengkaman pensel yang tidak kuat. Mereka sebenarnya menggunakan lengan dan pergelangan tangan dan bukan jari untuk menulis. Sasson (1993) pula mendapati guru kurang memberi penekanan kepada pengajaran menulis di kelas khususnya cara memegang alat tulis dengan betul, menulis huruf mengikut pergerakan yang betul, menentukan saiz huruf dan menentukan ruang antara huruf dan perkataan. Kanak-kanak sepatutnya didedahkan kepada kaedah menulis yang betul pada peringkat awal lagi supaya kanak-kanak minat untuk melahirkan idea melalui tulisan ynag cantik dan penuh dengan kesenian. Brenna (1995) pula menyatakan kanak-kanak cenderung untuk memanipulasikan pengetahuan yang mereka ada untuk menyelesaikan sesuatumasalah.Contohnya, seperti ketika mereka berhadapan dengan masalah huruf terbalik, iaitu memberikan jawapan alternatif bkepada pyang ditunjukkan. Selaindari masalah kekeliruan huruf terbalik, kekeliruan jenis imej cermin juga wujud dancontoh kekeliruan yang sering didapati adalah kekeliruan antara huruf bdengan huruf d dan huruf pdenganq( Higgins et al.1996). Satu analisis menunjukkan bahawa satu kajian telah dibuat untuk kanak-kanak tadika oleh Popp (1964) melaporkan bahawa mereka mengalami kesukaran memadankan bentuk huruf kecil sepertiu, q, d, h, p, v, b, c, f, l, j dan k . Kajian Popp (1964) juga menunjukkan kanak-kanak tadika juga mengalami kekeliruan abjad dalam usahamemadankan bentuk-bentuk huruf kecil sepertib-d,p-q, b-q, dan dpyang dinamakan masalah pembalikan huruf (reversal of letters). Merujuk pada pandangan tokoh yang telah dinyatakan diatas, saya dapati perkara yang dijelaskan mempunyai kaitan dengan pengalaman saya sepanjang menjalani praktikal sebanyak tiga kali ini. Ini dapat lihat dalam masalah-masalah yang terdapat di setiap sekolah yang telah saya menjalankan sesi praktikal ini.

Bagi praktikal fasa pertama iaitu di Sekolah Kebangsaan Tasek Damai, saya telah menghadapi cabaran dalam berhadapan dengan murid yang mengalami masalah dari segi bentuk tulisan yang teruk.Ini dapat dilihat sepanjang sebulan saya menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah tersebut.Ia juga berlaku dalam kalangan murid tahap dua. Ini secara tidak langsung saya dapat mengaitkan masalah penulisan masih lagi menyelubungi diri murid-murid tahap dua. Selain itu, saya juga telah berhadapan dengan masalah murid tidak mampu membezakan huruf kecil dan huruf besar.Ini dapat dilihat ketika saya menjalankan praktikal fasa kedua iaitu disebuah sekolah kecil di tengah bandar iaitu Sekolah Kebangsaan Seri Kepayang.Hampir kesemua murid dikalangan murid tahap dua sekolah tersebut mengalami masalah ini.Ia dapat juga digambarkan sebagai masalah dalam aspek penulisan yang juga dapat dikaitkan dengan kajian saya ini. Pada kali ini, ketika menjalankan praktikal fasa ketiga ini, saya juga menghadapi masalah yang hampir serupa dan ia merupakan masalah yang berat dalam kalangan murid tahap dua. Masalah tersebut adalah tidak dapat membezakan penggunaan huruf b dan p dalam menulis perkataan. Justeru itu, saya mendapat gambaran awal bagaimana masalah ini masih lagi berada disekeliling saya sedangkan kita sebagai pendidik sudah terlepas pandang akan kelemahan dan kekurangan murid-murid tahap dua sepanjang tempoh kini. Justeru, kajian ini adalah penting bagi mencari jalan bagaimana untuk mengatasi dan mengurangkan kesalahan dan kekurangan yang menyelubungi murid-murid tahap dua ini. b. Sorotan Literatur

Ramai pengkaji telah membuat kajian dalam bidang penulisan.Seperti yang kita tahu, bidang penulisan ini merupakan satu bidang yang sangat luas.Pelbagai aspek dapat dikaji melalui aspe penulisan ini. Seperti yang Saya merujuk kepada bab tokoh yang telah mengkaji mengenai aspek penulisan. Terdapat beberapa kajian tentang kesalahan bahasa berfokuskan kepada penulisan seperti Politzer dan Ramirez (2006), Vongthieres (2006) dan Fox (2007).

Menurut kajian Politzer dan Ramirez (2006) yang dikutip oleh Hjh Dayang Rose Hamidah (2006:23) dalam kajiannya telah menganalisis kesilapan bahasa Inggeris yang dituturkan oleh kanak-kanak Mexican-American yang menghadiri monolingual (67 orang) dan bilingual (59 orang). Kanak-kanak ini ditayangkan filemanimated cartoon sebanyak 4 kali kemudian mereka disuruh menceritakan semula jalan ceritanya. Penceritaan mereka dirakam dan dianalisis mengikut peringkat-peringkat aspek yang hendak dikaji, iaitu morfologi dan sintaksis. Hasil kajian mereka menunjukkan bahawa sebanyak 50% adalah kesilapan menggunakan simple past tense, sementara 10% adalah kesalahan preposition sebelum frasa nama. Mereka menambah lagi, punca kesilapan adalah berpunca bahasa berlaku di kalangan para pelajar berkenaan

daripada pengaruh

bahasa ibunda, dialek-dialek bahasa

Inggeris yang tidak standard dan pengaplikasian peraturanperaturan tatabahasa yang tidak sistematik. Satu lagi kajian Vongthieres (2006) yang dikutip oleh Hjh Dyg Rose Hamidah, 2006: 24), iaitu kajian berdasarkan masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajarpelajar Thailand dalam mempelajari bahasa Inggeris di Universiti Ohio. H asil kajian menunjukkan bahawa aspek yang menjadi masalah kepada pelajarpelajar tersebut adalah penggunaan kata kerja mengikut jenis kata tense yang berlainan.

Sebanyak 44.8% kesalahan adalah kesalahan dari jenis penggunaan kata kerja mengikut jenis kata tense yang dilakukan oleh para pelajar tersebut. c. Fokus Kajian.

Sebelum saya menentukan fokus kajian, saya telah menghadapi beberapa masalah kajian yang dialami dalam kalangan murid Tahun 4 Jaya. Antara masalahnya adalah masih lagi terdapat murid yang tidak mahir atau tidak mampu untuk membaca dengan lancar, murid keliru akan penggunaan huruf b dan p, murid masih lagi tidak mampu membezakan ayat tunggal dan ayat majmuk dan tidak boleh membina peta minda dengan betul.

Hasil perbincangan dengan Puan Hayati (Guru Kelas Tahun 4 Jaya), antara masalah utama dikalangan murid Tahun 4 Jaya ialah murid tidak dapat membezakan penggunaan huruf b dan p ketika membina ayat atau karangan. Ini jelas kelihatan apabila saya membuat semakan buku tulis dan karangan mereka.Terdapat kesalahan yang dlakukan terutamanya perkataan yang mempunyai huruf b dan p dibelakang perkataan. Oleh itu, saya akan memfokuskan kajian ini kepada murid-murid Tahun 4 Jaya yang berpotensi untuk mendapat keputusan yang baik dalam Bahasa Melayu 2 bahagian B. Keadaan ini adalah kerana murid-murid ini sebenarnya mampu membaca dengan baik tetapi disebabkan mereka masih tidak mampu membezakan huruf b dan p murid-murid ini sukar untuk mendapatkan markah yang baik dalam penulisan.Justeru itu secara tidak langsung prestasi murid-murid ini semakin merudum. Bagi murid-murid Tahun 4, penulisan yang betul tidak lagi sepatutnya menjadi masalah bagi mereka.Ini kerana mereka seharusnya sudah mendapat latihan yang baik di tahap satu dahulu dan mereka perlu mahir mengenai penulisan ini.Pada tahap dua ini, penulisan adalah penting kerana mata pelajaran Bahasa Melayu kertas dua memerlukan murid-murid yang mampu untuk menulis dengan baik. d. Objektif Kajian

Dalam kajian ini, objektif umum yang ingin dicapai adalah untuk mengenal pasti masalah dalam kekeliruan penggunaan huruf b dan p bagi murid-murid sekolah rendah di luar bandar. Manakala objektif khusus kajian ini adalah seperti berikut : 1. 2. Mengenal pasti cara menulis huruf b dan p mempunyai perbezaannya. Meningkatkan penggunaan huruf b dan p dalam menulis perkataan

dalam kalangan murid-murid Tahun 4 Jaya. 3. dan p e. Soalan Kajian Meningkatkan prestasi murd Tahun 4 Jaya dalam aspek penggunaan huruf b

Berdasarkan objektif kajian, maka tiga persoalan kajian dibina seperti berikut : 1. Mengenal pastipunca masalah kekeliruan penggunaan huruf b dan p dalam

kalangan murid Tahun 4 Jaya. 2. Apakah kaedahA&B dapat digunakan sebagai satu kaedah menulis huruf b dan p dalam sesuatu perkataan. 3. Sejauh manakah prestasi murid Tahun 4 Jaya meningkat setelah

menggunakan kaedah K&K f. Kumpulan Sasaran.

Praktikal fasa 3 kali ini saya telah ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Malim Nawar iaitu merupakan sebuah sekolah gred B dan juga merupakan Sekolah Kurang Murid.Sekolah Kebangsaan Malim Nawar ini terletak berdekatan dengan Pekan Malim Nawar.Ia merupakan sebuah pekan yang beradap di mukin Jeram dan daerah Kampar. Malim Nawar merupakan sebuah pekan kecil dipinggir bandar yang mana kebanyakkan penduduknya merupakan masyarakat Melayu sebagai kaum yang utama diikuti oleh masyarakat Cina dan India.Masyarakat Malim Nawar ini majoritinya berpendapatan sederhana dan punca utama rezeki mereka adalah bertani dan bercucuk tanam.Justeru itu, dapat dilihat bahawa murid-murid di Sekolah Kebangsaan Malim Nawar ini berlatar belakangkan keluarga yang sederhana dan berpendapatan rendah. Dalam kajian yang dikaji, saya telah memfokuskan kepada murid-murid kelas Tahun 4 Jaya.Ini adalah kerena saya ditugaskan untuk mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu dalam kelas tersebut.Kelas Tahun 4 Jaya ini mempunyai 17 orang murid yang terbahagi kepada 8 orang murid lelaki dan 9 orang murid perempuan. Bilangan ini tidak ramai kerana sekolah ini ditempatkan bilangan murid yang sedikit dalam sesebuah kelas dan juga mempunyai pelbagai aras dan tahap pencapaiannya.

Oleh itu, secara tidak langsung prestasi murid Tahun 4 Jaya ini berada ditahap yang sederhana dan lemah, akan tetapi mereka masih lagi berkebolehan dalam mencapai tahap yang memberangsangkan jika dapat dibentuk awal dengan cara yang betul. g. Rancangan Tindakan

Beberapa rancangan tindakan telah difikirkan yang mana kemungkinannya mampu untuk meningkatkan kemahiran dan kemampuan murid-murid sekolah SKMN untuk membezakan penggunaan huruf b dan p ketika menulis perkataan. Pelbagai kaedah telah dirancangkan dan penyusunan tindakan yang akan dijalankan telah pun disusun agar dapat membuat perlaksanaan dengan baik dan tersusun.Kaedah dan tindakan yang dirancang disenaraikan dalam jadual berikut. h. Tindakan yang dijalankan.

Setelah melihat masalah kekeliruan murid-murid dari perspektif psikologi, termasuk setiap aspek perkembangan fizikal, mental, emosi dan juga intelektual, sekali lagi persekitaran murid-murid ini baik di sekolah ataupun di rumah harus diberi perhatian yang secukupnya terutama sekali aspek ejaan kerana terdapat interaksi antara perkembangan dan persekitarannya. Walau apa jua kaedah yang hendak digunakan adalah untuk membantu murid-murid ini dengan membuat penyesuaian yang cukup dengan permintaan situasinya, dengan tidak melupakan batasan yang dikenakan oleh keadaan dan kebolehan semulajadinya. Kaedah untuk mengatasi masalah kekeliran penggunaan huruf b dan p ini akan dijelaskan. Kaedah A&B iaitu kaedah atas dan bawah yang telah dicipta bagi mengatasi masalah kekeliruan penggunaan huruf b dan p dalam menulis sesuatu perkataan. Kaedah A&B ini merupakan satu kaedah yang lebih memfokuskan kepada murid untuk mengenal dan memahami penggunaan huruf b dan p dala menulis sesuatu perkataan dan ayat.Berikut adalah langkah-langkah dalam menjalankan kaedah A&B ini. Langkah 1 Untuk langkah pertama ini, saya akan menjalankan pemerhatian untuk mengenal pasti secara tidak langsung tentang kekeliruan terhadap penggunaan huruf b dan

p.Pemerhatian akan dilakukan dengan saya membuat pemerhatian terhadap hasil kerja murid di dalam buku tulis mereka. Di situ dapat dilihat bahawa terdapat masalah dimana murid sering kali salah dalam penggunaan huruf b dan p ketika menulis perkataan. Selain itu, saya juga akan membuat Ujian diagnostik terhadap murid-murid. Ujian ini dijalankan bagi mengetahui tahap kemahiran murid dalam pengejaan sesuatu perkataan itu terutama sekali perkataan yang mempunyai huruf b dan p..Ini kerana tahap kemahiran setiap murid adalah berbeza-beza. Jadi hasil dari ujian ini akan memudahkan guru untuk merancang latihan yang bersesuaian dengan murid. Ujian ini juga dapat melihat kemahiran yang diajar adalah berpandukan kepada kelemahan murid tersebut. Dalam langkah ini juga saya akan menjalankan sesi temu bual bersama guru kelas Tahun 4 dan juga guru pembimbing mata pelajaran Bahasa Melayu. Temu bual ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti kemampuan sebenar murid-murid di kalangan Tahun 4 Jaya ini. Dalam temu bual ini pelbagai soalan akan ditanya dan fokus temu bual ini adalah untuk menentukan tahap seseorang murid dalam mengenal perbezaan diantara huruf b dan p. Langkah 2 Setelah mendapat hasil keputusan ujian diagnostik dan juga temu bual bersama guru kelas dan guru pembimbing, tindakan selanjutnya adalah dengan memulakan sesi penerangan dan pengajaran teknik mengenal huruf b dan p. Dalam langkah ini, saya akan menerangkan kepada murid teknik menulis huruf b yang betul iaitu dengan kedudukan bermula dari pangkalnya diatas terlebih dahulu. Manakala bagi huruf p pula, kedudukan pensil bermula dari pangkalnya dibawah dahulu. Cara ini secara mudah dapat difahami oleh murid-murid dalam tujuan mengenal bentuk dan cara penulisan huruf b dan p dengan betul. Langkah 3 Langkah seterusnya,saya memberikan ujian pertama dengan murid dikehendaki untuk mengenal pasti kedudukan huruf b dan p dalam sesebuah petikan yang

diberikan dengan cara menggariskan atau membulatkan. Cara ini bertujuan untuk membiasakan murid dengan kedudukan huruf-huruf tersebut dalam sesuatu perkataan sekali gus dapat memberi gambaran kepada murid tentang penggunaan huruf b dan p dalam sesuatu perkataan itu. Langkah 4 Pada langkah keempat ini, saya akan menguji murid dengan cara menyenaraikan perkataan-perkataan yang mempunyai huruf b dan p dengan ejaan yang betul. Murid akan menggunakan pengetahuan yang mereka ada untuk menulis semula perkataan yang telah dilihat dalam latihan sebelum ini. Cara sebegini murid akancuba mengenal dan mengecam ejaan yang betul bagi sesuatu perkataan itu. Selain itu murid juga dapat melatih diri dalam menulis sesuatu perkataan itu dengan menggunakan huruf b dan p dengan betul. Langkah 5 Setelah melaksanakan ujian dalam langkah 4, saya akan membuat penilaian terhadap hasil kerja murid tersebut. Berdasarkan penilaian yang dibuat, murid yang lulus atau mampu menyelesaikan ujian yang dilaksanakan dengan baik akan dibuat tindakan selanjutnya, manakala murid yang masih lagi tidak mampu mengenal perbezaan huruf b dan p dengan ujian dalam langkan 4 akan diuji semula. Dengan cara ini guru akan mengulangi semula langkah 4 untuk memastikan bahawa muridmurid yang masih lagi tidak melepasi tahap yang diinginkan itu dapat melaksanakannya dengan lebih baik. Langkah 6 Setelah guru melaksanakan pusingan kedua bagi murid-murid yang belum mencapai tahap di langkah 5, guru mula mengumpulkan hasil dapatan yang diperolehi. Hasil tersebut direkodkan ke dalam penulisan kajian tindakah yang akan dihasilkan kelak. Justeru itu, guru sendiri dapat merumuskan bahawa kaedah yang digunakan iaitu Kaedah A&B berhasil untuk dilaksanakan atau pun tidak. Segala keputusan dan tindakan yang dilaksanakan akan dijilidkan bagi. i. Teknik Pengumpulan Data. (jadual)

Setelah memperoleh data-data yang dikehendaki dengan cara membuat pemerhatian, ujian, temu bual serta latihan dan penilaian, teknik pengumpulan data juga perlu bersesuaian dengan cara bagaimana sesuatu data itu hendak dikumpul atau direkodkan. Berikut adalah beberapa teknik pengumpulan data yang dirancang dalam merekod maklumat atau data yang diperolehi. a. Teknik Pemerhatian

Teknik pemerhatian merupakan salah satu teknik pengumpulan data yang sesuai digunakan bagi mengenal pasti masalah sama ada pada peringkat awal atau sepanjang proses tindakan. Dalam teknik pemerhatian ini boleh terbahagi kepada beberapa bahagian antaranya pemerhatian di awal tindakan, pemerhatian ketika tindakan berjalan dan pemerhatian di akhir tindakan. Pemerhatian di awal tindakan adalah seperti membuat pemerhatian terhadap hasil kerja murid yang lepas, antaranya membuat semakan terhadap buku latihan murid dan ujian bulanan murid yang lepas. Pemerhatian ini adalah untuk mendapatkan gambaran awal mengenai masalah yang dihadapi murid serta mengenal tahap prestasi murid ketika itu. Berikut adalah contoh borang teknik pemerhatian di awal tindakan dalam proses pengumpulan data. Teknik Pemerhatian Ketika Tindakan pula adalah pemerhatian yang akan dilakukan sepanjang proses tindakan itu berjalan. Ini bermaksud bermulanya penerangan sehingga tamat menjalankan kaedah yang dirancang, pemerhatian akan sentiasa berlaku. Ia disebabkan guru ingin melihat dan meneliti sebarang perkembangan dan perubahan yang berlaku terhadap prestasi murid ketika menjalankan kaedah tersebut. Ini adalah penting kerana ia dapat mengenal pasti sama ada murid mampu membuat perubahan yang positif dalam masa yang lebih singkat dari jangkaan guru atau sebaliknya. Bagi teknik pemerhatian di akhir pula, tindakan dijalankan selepas melaksanakan kaedah A&B tersebut. Pemerhatian ini adalah bertujuan bagi memastikan muridmurid dapat menerima dengan baik atau juga dapat menilai sama ada kaedah yang digunakan itu mampu dilaksanakan dengan jayanya atau pun tidak.

Teknik Temu Bual

Temubual merupakan satu pemerhatian yang lebih menjurus kepada respon berbentuk verbal dan juga gerak badan. Temubual membolehkan guru mengkaji dengan lebih terperinci akan masalah murid-murid tersebut. ini juga menurut Merriem (1998) penggunaan temubual bertujuan untuk mengumpulkan maklumat yang tepat sepeti sosiodemografik, umur, pendapatan, taraf perkahwinan, tahap pendidikan dan sebagainya. Di sini guru dapat membuat temubual bersama guru pembimbing dan guru kelas bagi mengetahui akan masalah yang dihadapi oleh murid dan juga guru sendiri boleh membuat tamubual bersama murid itu sendiri. j. Teknik Analisis Data.

Analisis data adalah suatu kegiatan untuk meneliti, memeriksa, mempelajari, membandingkan data yang ada dan membuat interpretasi yang diperlukan.Selain itu, analisis data dapat digunakan untuk mengindentifikasi ada tidaknya masalah.Kalau ada, masalah tersebut harus dirumuskan dengan jelas dan benar. Kegunaan analisis data adalah sebagai bahan masukan untuk pengambilan keputusan, perencanaan, pemantauan, pengawasan, penyusunan laporan, penyusunan statistik pendidikan, penyusunan program rutin dan pembangunan, peningkatan program pendidikan, dan pembinaan sekolah. Dalam menganalisis data, pelbagai cara yang boleh laksanakan, antaranya dari aspek pemerhatian. Kajian saya ini akan menggunakan beberapa borang bagi teknik pengumpulan data pemerhatian (seperti yang dijelaskan dalam teknik pengumpulan data). Dengan borang tersebut, analisis dijalankan dengan mengenal pasti sama ada murid-murid ini mempunyai masalah seperti yang dinyatakan. Berdasarkan pemerhatian terhadap masalah murid itu, saya akan mengambil tindakan susulan dengan mengklasifikasikan masalah-masalah murid ini kepada beberapa kategori iaitu kategori peringkat 1, peringkat 2 dan peringkat 3. Dalam peringkat 1, murid bermasalah ini berada pada tahap paling rendah. Ini adalah kerana mereka langsung tidak dapat mengenal dan membezakan huruf b

dan p dalam menulis perkataan. Manakala peringkat 2 pula, murid-murid ini dikategorikan sebagai bermasalah dari aspek fizikal seperti kesalahan cara memegang pensil, mempunyai masalah penglihatan dan sebagainya dan peringkat 3 pula murid-murid ini boleh diklasifikasikan dengan masalah ketidakprihatinan dalam diri mereka. Ini dapat dijelaskan dengan murid-murid tersebut melakukan kesilapan dalam penulisan b dan p atas sebab cuai dan lalai ketika menulis sesuatu perkataan atau ayat. Ini secara tidak langsung akan memberikan kesan yang negatif kepada prestasi mereka kerana kesalahan ini akan menjadi tabiat dan kebiasaan bagi mereka jika tidak dibendung pada peringkat awal. Seterusnya, analisis data juga boleh dilakukan pada pengumpulan data temubual. Berdasarkan data yang diperoleh, teknik temubual boleh dianalisis dengan memastikan beberapa masalah yang dihadapi oleh setiap individu dalam kelas tersebut. Dalam temubual ini, saya akan berkomunikasi dengan guru kelas dan juga guru pembimbing bagi mendapatkan maklumat serta bersoal jawab juga dengan murid itu sendiri. Dalam kaedah temu bual ini, maklumat yang diperoleh akan dikenal pasti kesahihannya. Bagi memastikan kesahihanya itu, saya akan membuat rujukan kepada pensyarah penasihat bagi mengklasifikasikan murid-murid tersebut kepada beberapa kumpulan yang berbeza tahap. Tujuan kumpulan ini diadakan kerana ia dapat memudahkan saya melaksanakan kaedah A&B ini mengikut tahap dan prestasi. Dalam kumpulan murid Tahun 4 Jaya tersebut mempunyai pelbagai tahap dan prestasi yang berbeza. Ini secara tidak langsung membuatkan ujian yang diberi juga perlu mengikut perkembangan tahap murid agar dapat mengaitkan keputusan yang diperoleh dengan persekitaran dan masalah pemebelajaran murid itu sendiri.

k. Bil

Anggaran Belanjawan

Item/Perkara

Kuantiti

Harga Seunit

Jumlah

1. 2. 3. 4. 5. 6.

Kertas Putih A4 Dakwat Printer Buku Rujukan Cetakan Bahan Minyak Kenderaan Alat Tulis

1 1 2 -

RM 10.00 RM 80.00 RM 20.00 RM 20.00 RM 50.00 RM 20.00

RM 10.00 RM 80.00 RM 40.00 RM 20.00 RM 50.00 RM 20.00 RM 220.00

Jumlah Keseluruhan

7.0 Jadual Belanjawan l. Senarai Rujukan

Abdul Rasid Jamian. (2008) Permasalahan Kemahiran Membaca dan Menulis Bahasa Melayu Murid-murid Sekolah Rendah Di Luar Bandar: Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu.

Abdul Rasid Jamian & Zulkafli Abu Zarin. (2008). Keupayaan kemahiran membaca dan menulis Bahasa Melayu murid sekolah rendah kebangsaan luar bandar. Kertas kerja di Konvensyen Pendidikan Nasional 2008.Universiti Pendidikan Sultan Idris. 2-4 Jun 2008. Popp (1964), Masalah Kanak-kanak Mengenal Abjad .Melalui jurnal Fakulti Pendidikan Universiti Pendidikan Universiti Malaya,Jilid 11, (1984/85)

Noraini Ombi (2009: 215-227), Kajian Kes Ke Atas Kekemasan Tulisan Murid Tahun 2 dalam Kelas Pemulihan Khas Bahasa Melayu. Buku Koleksi Kertas Kerja Seminar Penyelidikan IPGM KBL.

Sasson, R. (1993). The art and science of handwriting. Dimuat turun daripada http://mariasalamperpaduan.blogspot.com/2011/12/contoh-kajian-tindakanmasalah.html. Pada 13 Februari 2012.

Aktiviti Pemulihan Tulisan 4.0 Aktiviti Pemulihan Tulisan

4.1 Cara-cara pelaksanaan rancangan pemulihan

Pada masa ini, rancangan pemulihan yang sedang dijalankan di sekolah ditumpukan di sekolah rendah. Murid-murid yang tidak dapat mengikuti pengajaran guru bersama murid lain diasingkan, dan seorang guru pemulihan ditugaskan untuk mengajar murid-murid ini. Beberapa waktu pelajaran telah diasingkan untuk memberi pengajaran secara individu kepada murid-murid ini. Kelas pemulihan ini biasanya diberi nama kelas lembam (yang kebetulannya membawa berbagai-bagai makna negatif). Guru pemulihan yang ditugaskan akan membuat penyelidikan dan penyiasatan latarbelakang murid, supaya pengajaran benar-benar sesuai untuk murid tersebut. Peperiksaan penilaian darjah tiga di sekolah rendah pula ialah bertujuan mengesan kelemahan murid untuk dibetulkan, atau diberi pemulihan dalam darjah empat. Setakat mana perkara ini dilaksanakan terpulanglah kepada kemampuan dan kesanggupan guru-guru darjah empat. Selaras dengan keperluan kurikulum di sekolah rendah yang mementingkan kebolehan membaca, menulis dan mengira, berikut dikemukakan cara-cara pelaksanaan rancangan pemulihan dalam 3M. Sebelum Sesutu rancangan pemulihan dapat dijalankan, langkah yang pertama sekali ialah untuk mengesan dan mengasingkan murid yang memerlukan pengajaran pemulihan dalam bidang membaca, menulis dan mengira. Langkah ini diberi nama saringan. Kemudian, setelah murid-murid tersebut dikesan dan diasingkan, langkah yang kedua ialah diagnosis, iaitu menentukan jenis kelemahan secara khusus dalam sesuatu bidang sahaja, sama ada bidang membaca, menulis atau mengira. Diagosis ini akan memberi petunjuk kepada guru mengenai langkahlangkah khusus dalam pengajarannnya untuk mengatasi kelemahan murid tersebut.

PEMULIHAN TULISAN TULISAN

DEFINISI

Tulisan ialah lambang-lambang bunyi bahasa yang telah dipindahkan dalam bentuk grafik bagi melahirkan perasaan, fikiran dan idea. Menulis adalah proses memindahkan lambang-lambang bunyi yang tersusun dan teradun bagi melahirkan bunyi-bunyi yang bermakna serta dijadikan alat komunikasi. PERANAN TULISAN - Untuk mendirikan asas yang kukuh supaya seseorang kanak-kanak itu dapat melahirkan idea, fikiran serta perasaan dengan baik, pantas dan cekap.

- Untuk membolehkan kanak-kanak menyusun huruf-huruf menjadi sukukata, perkataan dan ayat sebagai alat komunikasi dalam kelompok masyarakat. Untuk membolehkan kanak-kanak berkemahiran dalam satu lagi komponen bahasa dan meluaskan pengetahuan, perhubungan serta matlamat hidup.

- Untuk menyediakan, menyemai, mengasah serta mengukuhkan minat serta bakat kanak-kanak sebagai memenuhi kehendak masyarakat moden (kerana membaca, menulis dan mengira adalah sebahagian daripada asas utama keperluan hidup masa kini).

- Untuk menghasilkan bentuk-bentuk penulisan kreatif seperti pantun, syair, sajak lain-lain bentuk puisi dan prosa yang dapat memberikan kepuasan jiwa dalam pemikiran, perasaan bukan sahaja diri kanak-kanak itu sendiri, bahkan juga seluruh insan umumnya.

PRATULISAN Pra tulisan merupakan satu peringkat yang perlu dilalui oleh kanak-kanak bagi menyediakan diri ke arah melahirkan lambang-lambang bunyi khusus yang diterima oleh kelompok masyarakat. Pada peringkat awal kanak-kanak membuat contengan di ataS permukaan benda-benda yang sedia ada dalam persekitaran mereka

dengan menggunakan bahan-bahan yang boleh meninggalkan kesan ke atas permukaan benda tersebut.

Peringkat contengan ini perkembangan dari membuat contengan bebas hingga keperingkat contengan terkawal. Peringkat pra tulisan ini adalah bagi kanakkanakmendapatkan latihan otot, tangan,jari serta kordinasi mata tangan.

Peringkat pra tulisan perlu menitikberatkan perkara-perkara berikut:

1. Melakukan latihan-latihan pergerakan tangan dan jari melalui aktiviti seperti menggunting, mengoyak, menganyam, menampal, menguli tepung dan lain- lain

2. Menguasai gerak tangan bebas, cara memegang alat tulis, cara duduk dan sebagainya supaya boleh menulis dengan sempurna dan selesa.

3. Melakukan latihan-latihan pergerakan mata dari kiri ke kanan, dari atas ke bawah dan lain-lain.

4. Melakukan latihan-latihan keselarasan (koordinasi) mata dan tangan.

TULISAN MEKANISME Setelah kanak-kanak melalui proses pra tulisan, sepatutnya mereka telah faham dan boleh memegang pensel serta cara duduk yang betul dan selesa. Tulisan mekanis merupakan peringkat kedua yang patut didedahkan kepada murid-murid. Sebagaipermulaan untuk memberi kemahiran dalam penulisan mekanis murid-murid diminta membentuk huruf-huruf pada permukaan kertas kosong tanpa garisan. Setelah kemajuannya didapati memuaskan barulah latihan membentuk huruf diberikan. Bermula dengan ruang garisan yang lebar / luas membawa kepada lembaran bergaris kecil sempit.

Latihan-latihan tulisan mekanis diharapkan murid-murid akan dapat :

- Kemahiran mengawal dan memegang pensel. - Meneliti, mengenal, menyalin bentuk-bentuk huruf mengikut urutan.

- Mendapat kesedaran tentang perkaitan bunyi dengan tulisan.

KEMAHIRAN MENULIS ASAS Teknik Pengajaran Pemulihan Kemahiran Menulis asas Hammil dan Mc Nut (1981) melaporkan bahawa kemahiran menulis mempunyai kaitan rapat dengan bacaan. Kemahiran ini termasuklah kecekapan dalam menulis mekanis, mengeja, tanda baca, huruf, kemahiran belajar dan membentuk makna. Objektif utama penguasaan kemahiran menulis mekanis atau tulisan tangan ialah supaya mudah dibaca. Pengajaran guru harus berfokus kepada memegang alat tulis, membentuk garisan dan lengkokan huruf dengan betul serta mengekalkan jarak dan bentuk huruf dengan sempurna. Kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran mempunyai masalah menulis. Mercer (1985) yang bersetuju pendapat Hidreth (1947) "menyatakan bahawa punca utama ialah masalah psikomotor, masalah emosi, kegagalan pengamatan terhadap huruf dan perkataan serta daya ingatan yang lemah". Jenis-jenis masalah tulisan tangan atau tulisan mekanis ini ialah lambat, arah tulisan yang tidk betul,terlalu jarak atau terlalu dekat, bercelaru, senget, terlalu menekan ketika menulis dan tulisan yang berlapis-lapis.

AKTIVITI-AKTIVITI LATIHAN PRATULISAN a) Latihan mengikut garisan-garisan rajah atau gambar dari kiri ke kanan. i. --------- . .. ...

b) Latihan membentuk bulatan di udara, di meja, di lantai, di atas pasir, di rumput tanpa menggunakan alat tulis. BULATAN BESAR BULATAN KECIL

c) Latihan-latihan gerak jari dengan mempermain-mainkan jari, menekan-nekan jari, menggoyangkan tangan, ma=eramas-ramas jari dan sebagainya.

d) Latihan membentuk garisan lurus.

e) Latihan membentuk corak-corak campuran bulatan dan garisan lurus.Dilakukan secara bebas.

f) Latihan melukis gambar-gambar yang mengandungi garisan-garisan lurus dan bulat.

PEMULIHAN TULISAN

SARINGAN DAN DIAGNOSIS

Salah satu keperluan akademik di sekolah ialah kebolehan menulis. Kebolehan menulis diperlukan untuk semua mata pelajaran di sekolah. Guru sangat kenal akan tulisan buruk, dan selalunya marah kerana ia terpaksa memeriksa beratus-ratus halaman tulisan dalam setahun yang susah hendak di-bacanya.

Berbagai-bagai cara telah dikemukakan untuk mengesan, atau membuat saringan mengenai kebolehan menulis. Cara yang paling mudah ialah dengan melihat tulisantulisan murid yang sedia ada dalam buku latihan, atau ringkasan. Walau bagaimanapun, cara ini kurang memuaskan, kerana ada murid yang tulisannya memuaskan jika diberi masa yang cukup, dan murid itu juga mungkin tidak dapat menulis dengan jelas jika masa ini dihadkan. Dengan itu, cara yang dapat mengawal kedua faktor ini ( iaitu masa dan tulisan) adalah lebih baik.

Cara berikut untuk mengesan, atau membuat saringan mengenai kebolehan menulis mudah digunakan oleh guru bilik darjah.

1. Ayat, atau perenggan biasa boleh digunakan, asalkan mematuhi dua syarat berikut:

(a) Tidak mengandungi perkataan yang akan menghentikan murid menulis kerana kerumitan mengeja.

(b) Mempunyai isi kandungan yang dalam pengalaman dan dapat difahami oleh murid.

2. Setelah murid membaca ayat yang diberikan beberapa kali dan setelah kenal semua kandungannya, guru boleh memberitahu murid supaya menulis ayat tersebut lima kali dengan tulisan yang terbaik dan masanya pun tidak dihadkan.

3. Setelah semua murid selesai menulis, guru menyuruh mereka menulis ayat yang sama seberapa banyak yang mereka boleh dalam masa tiga minit. Setelah tiga minit, guru akan menyuruh mereka berhenti clan mengutip tulisan tersebut.

4. Apabila menilai tulisan-tulisan tersebut, guru harus memerhatikan perkara-perkara berikut:

(a) Kualiti tulisan dalam ujian yang tidak menghadkan masa.

(b) Kaitan kualiti di antara tulisan dalam ujian yang tidak menghadkan masa dan ujian yang menghadkan masa.

(c) Kadar penulisan dalam ujian yang masanya terhad dikira seperti berikut: Jumlah perkataan dibahagi dengan masa).

5. Dari ujian ini, murid-murid berikut memerlukan latihan pemulihan tulisan.

(a) Murid yang tulisannya terlalu buruk dan tidak dapat dibaca dalam ujian yang masanya dihadkan.

(b) Murid yang tulisannya tidak mudah dibaca dalam ujian yang tidak mengehadkan masa.

(c) Murid yang kadar penulisannya terlalu lambat.

(d) Murid yang tulisannya terlalu condong ke kiri, atau yang tulisannya terlalu besar, atau terlalu kecil untuk dibaca dengan mudah.

Cara mengesan murid yang tulisannya tidak mudah dibaca seperti ini biasanya memadai untuk situasi bilik darjah. Cara lain ialah dengan menggunakan Skel Tulisan yang telah disediakan dengan contoh-contoh tulisan bersama dengan kualiti mutunya. Skel-skel ini telah disediakan berdasarkan kajian yang luas, dan dari kajian ini satu skel purata disediakan yang dapat diperkaitkan dengan darjah murid

Dengan menggunakan Skel Tulisan ini, sesuatu darjah dapat dibandingkan dengannya. Contoh-contoh skel ini ialah Thorndike Scale for Handwriting',`Ayres Measuring Scale for Handwriting (Gettysburg Edition) ,`American Handwriting Scale', dan 'Minneapolis Handwriting Scale'. Walau bagaimanapun, skel-skel ini hanya merupakan alai mengesan (atau saringan) dan tidak dapat menentukan kelemahan seperti yang dibuat dalam diagnosis.

Setelah murid yang memerlukan pengajaran pemulihan dalam penulisan dikesan, guru harus dapat membuat diagnosis, atau menentukan apakah jenis kelemahan murid tersebut. Cara yang mudah untuk melaksanakan proses diagnosis ini ialah dengan membaca tulisan murid, dan menandakan semua huruf yang tidak mudah dibaca, atau yang memerlukan penelitian kali kedua.

Sediakan jadual senarai semua murid dan catatkan kelemahan setiap murid. Perkara ini mudah dibuat dengan menggunakan Carta 'The Pressey Chart for Diagnosis of Illegibilities in Handwriting'. Carta ini boleh disediakan berdasarkan penyelidikan tulisan murid yang menunjukkan berbagai-bagai jenis tulisan dan bentuk tulisan yang tidak dapat dibaca.

Dari penyelidikan Pressey, untuk menyediakan cartanya itu, beberapa huruf didapatinya sering menimbulkan kerumitan. Contohnya huruf kecil r,n,e,a,o,s dan t.menyebabkan kesilapan menulis lebih daripada 50%. Huruf yang paling menimbulkan kerumitan ialah r, diikuti dengan huruf n. Kesilapan yang sering berlaku ialah menulis r seperti i, n seperti u, menutup e, membuat d seperti cl, o seperti a dan a seperti u. Huruf besar biasanya mudah dibaca, kecuali huruf L Oleh kerana tujuh huruf kecil dan satu huruf besar ini menyebabkan tulisan yang susah dibaca, adalah munasabah jika pengajaran pemulihan dalam penulisan diarahkan kepada menulis bentuk-bentuk huruf ini dengan betul. Teknik seperti ini telah menghasilkan tulisan yang memuaskan di kalangan murid sekolah rendah.

CARA-CARA MENGATASI MASALAH TULISAN Guru perlulah memberi latihan dan pengukuhan yang secukupnya dalam peringkatperingkat permulaan dan mendirikan asas. Penerangan, tunjuk cara serta contohcontoh yang jelas dan betul perlulah diberi agar sesuai dengan tahap keupayaan murid secara individu supaya dapat diikuti dengan mudah. Guru adalah model atau contoh yang menjadi ikutan murid-murid. Tulisan dan cara-cara guru menulis contoh yang akan disalin oleh murid-murid hendaklah dibuat dengan teliti dan betul.

Kad-kad tulisan dan lembaran-lembaran kerja bertulis perlulah disediakan oleh guru dengan sempurna. Seberapa boleh banyakkan latihan dan berikan bantuan individu. Guru juga perlu membuat pertimbangan harus dibuat bagi menentukan ketika sesuai seseorang kanak-kanak itu tidak digalakkan lagi untuk menggunakan getah pemadam.

KAEDAH PENGAJARAN PEMULIHAN TULISAN DAN PENILAIANNYA Pengajaran pemulihan tulisan bagi murid-murid sekolah rendah adalah berdasarkan pengajaran tulisan yang betul dan kukuh. Bahasa bertulis memerlukan perhubungan dengan bahasa dalam diri penulis, atau dalam fikirannya. Perihal menghubungkan bahasa lisan dengan bahasa fikiran adalah amat sukar. Dengan sebab ini, maka usaha pengajaran permulaan dalam penulisan biasanya amatlah susah, walaupun murid tersebut tiada kesusahan membentuk huruf. Seperti pengajaran bahasa juga, penulisan adalah lebih mudah dipelaj ari ketika murid masih kanak-kanak kecil lagi, seperti pada umur empat tahun setengah.

Latihan permulaan untuk kanak-kanak kecil ini haruslah menggunakan pensil, atau krayon. Langkah-langkah untuk mengajar mernegang pensil, atau krayon adalah seperti berikut:

1. Murid disuruh mernegang pensil dengan semua jari mengelilingi pensil tersebut. Kemudian, murid diberitahu supaya membayangkan bahawa mereka sedang mengacau kuih. Mereka patut mengacau dari kanan ke kiri dalam besen yang bulat, dan seluruh anggota tangan harus dihayun; bukanlah setakat tapak tangan sahaja.

2. Apabila murid telah mahir membuat pergerakan bulat ini, murid ditunjukkan

bagaimana tiga jari harus berada di sebelah belakang pensil. pensil harus dipegang dengan ibu jari dan jari telunjuk.

3. Murid disuruh menggerakkan pensil naik dan turun dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk, sambil membiarkan tiga jari yang lain berada di keadaan senang dan selesa.

4. Kemudian, murid disuruh meletakkan ibu jari dan jari telunjuk hampir dengan mata pensil dan disuruh melatihkan kawalan jari di kedudukan ini.

5. Setelah itu, murid diajar melonggarkan pegangan pensil oleh ibu jari serta, jari telunjuk, supaya pensil dapat bersandar ke atas jari tengah (jari hantu) di kedudukan yang betul.

LATIHAN SEBELUM MENULIS Murid-murid harus diajar membuat berbagai-bagai bentuk dengan menggunakan jari mereka. Latihan in boleh dikelolakan seperti kelas lukisan yang menggunakan kanji dan warna dan murid-murid disuruh membuat bentuk dengan jari mereka. Bentukbentuk yang penting dan menjadi asas penulisan ialah bulatan, garisan, lengkungan serta kombinasi lengkungan dan garisan lurus. Titik permulaan harus diberitahu serta dilukiskan, dan guru harus memberitahu arah dan bentuk yang harus dibuat oleh murid.

Pratulisan Menurut Golden (1984; 4), kanak-kanak pada umur tiga tahun telah berupaya untuk mengenalpasti perbezaan antara contengan untuk tulisan dan lakaran. Pandangan beliau menjelaskan bahawa kanak-kanak telah terdedah dengan pengalaman tulisan (print) dan bacaan pada awal peringkat perkembangannya. Peranan orang dewasa untuk memupuk minat ke atas tulisan dan bacaan boleh bermula ketika kanak-kanak berumur tiga tahun. Pratulisan merujuk kepada latihan-latihan yang dilakukan untuk pergerakan tangan. Dengan itu, dapatlah kanak-kanak menguasai gerak tangan yang bebas supaya boleh menulis dengan selesa dan sempurna.Selain itu, kanak-kanak juga dapat melakukan latihan-latihan pergerakan mata serta melakukan latihan-latihan kordinasi tangan. Objektif utama penguasaan kemahiran menulis mekanis atau tulisan tangan ialah supaya mudah dibaca. Pengajaran guru harus berfokus kepada memegang alat tulis, membentuk garisan dan lengkokan huruf dengan betul serta mengekalkan jarak dan bentuk huruf dengan sempurna. CARA MELAKSANAKAN PENGAJARAN PRATULISAN Wiedorholt, Hammil dan Brown (1983) mencadangkan guru-guru sekolah rendah memperuntukkan 10 hingga 15 minit setiap hari untuk mengajar tulisan tangan (mekanis). Bagi masalah menulis bentuk huruf yang tidak betul dan berbentuk huruf senget, guru hendaklah meletakkan kertas lurus sebagai anduan untuk murid menulis. Contohnya, Huruf c hendaklah ditulis di dlam garisan, lihat contoh berikut Ada juga murid yang tidak dapat menulis dengan sekata (uniform). Bagi masalah ini, guru hendaklah membimbing pergerakan tangan murid berkenaan. Perhatikan cara dia memegang pensel dan kedudukan tangannya di atas meja ketika dia menulis untuk memastikan pergerakan yang betul. Satu lagi masalah yang sering dihadapi oleh murid-murid dalam tulisan mekanis ialah tulisan yang terlalu sesak atau terlalu

jarang. Untuk mengatasi masalah ini cuba latih tubi murid menulis huruf mengikut jark hujung jari atau diukur dengan jarak sebatang pensel. Selain daripada di atas, guru boleh menggunakan kebijaksanaan dan kreativiti sendiri untuk membantu murid menulis dengan betul dan sempurna. Aktiviti menulis ini juga boleh digabungkan dengan permainan untuk menghindari kebosanan murid jika guru terlalu kerap menggunakan teknik latih tubi. Guru juga boleh mengadakan muzik latar yang sesuai untuk menarik minat murid ketika menulis. Di pusat prasekolah kanak-kanak diberi penekankan dengan kemahiran menulis secara mekanis dengan tujuan kanak-kanak dapat menghasilkan tulisan yang kemas. Pada peringkat awal pembelajaran menulis dalam kalangan kanak-kanak prasekolah adalah suatu aktiviti yang menyeronokkan Aktiviti-aktiviti seperti membuat corak, menekap dan membentuk huruf adalah penting. Aktiviti-aktiviti tersebut adalah bertujuan untuk memberi latihan dan pengalaman asas. Melalui aktiviti tersebut ia dapat membantu kanak-kanak prasekolah menguasai kemahiran menulis yang selanjutnya seperti menulis huruf, suku kata, perkataan, rangkai kata dan ayat. Guru memainkan peranan penting dalam memastikan kefahaman kanak-kanak tentang pratulisan. Terdapat banyak caranya dan salah satu ialah Menyediakan Sudut Tulisan. Matlamat guru prasekolah untuk menggalakkan kanak-kanak meneroka sendiri kemahiran menulis, kita seharusnya menyediakan satu suasana untuk memungkinkan perkara tersebut berlaku. Bagi kanak-kanak sudut bacaan mempunya kesan menarik sama dengan sudut main blok. Alat-alat tulisan seperti meja, kertas, sampul suarat, kad, pelekat, pita, pembaris, getah pemadam, pad stamp, klip kertas dan sebagainya boleh disediakan. Malah, Kit Pengajaran Program KIA2M telah diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran. Kit ini telah disediakan sebagai alat bantu mengajar untuk membantu guru dalam menjalani Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis Tahun Satu yang telah diperkenalkan oleh KementerianPelajaran. Kit Pengajaran Program KIA2M ini mengandungi :

18 keping Kad Pembelajaran Membaca & Menulis : a) Bahan Prabacaan & Pratulisan b) Bahan Bacaan Mekanis Huruf Vokal & Konsonan c) Bahan Bacaan Mekanis Suku Kata d) Bahan Bacaan Mekanis Frasa e) Bahan Bacaan Mekanis Ayat Pendek Satu set Papan Pameran (dengan tep pelekat velcro) Satu set (160 keping) Kad Huruf (Besar & Kecil) 6 naskhah Kit Belajar Menulis & Buku Latihan Guru prasekolah juga boleh melengkapkan bilik darjah dengan bahan-bahan yang menggambarkan persekitaran tulisan. Bahan-bahan yang perlu disediakan adalah seperti buku-buku, majalah-majalah, katalog, poster, tanda nama jalan, isyaratisyarat jalanraya, iklan-iklan, logo-logo restoran seperti KFC dan sebagainya. Penyediaan persekitaran yang dilengkapi dengan bahan-bahan tulisan (print) meningkatkan lagi kesedaran (awareness) mereka tentang tulisan dan bacaan. Selain itu, guru boleh mempelbagaikan cara meningkatkan minat murid untuk menulis. Dengan menyediakan sudut tulisan dengan tray pasir / garam, kanak-kanak boleh berlatih menulis menggunakan hujung jari di atas pasir atau garam. Cara ini mudah bagi kanak-kanak untuk memadam dan menulis semula bentuk-bentuk yang diminatinya. Kanak-kanak hanya perlu mengoyang (shake) tray jika ingin memadam untuk menulis semula huruf dan sebaginya. Kanak-kanak pada peringkat memaknakan contengan dalam penerokaan tulisan mereka boleh menulis pesan dalam aktiviti menulis olok-olok (mock writing) kepada rakan atau ibu bapa mereka. Galakkan kanak-kanak melakukan aktiviti menulis surat olok-olok (mock letter writing) kepada ibu bapa mereka. Ketika kanak-kanak melakukan aktiviti menulis surat olok-olok, guru akan menulis sebenar mesej surat

tersebut dalam mock letter writingtersebut. Apabila ibu bapa mereka bertindak balas terhadap surat tersebut kanak-kanak akan merasakan bahawa tulisan mereka dapat dibaca oleh ibu bapa. Dari detik inilah akan timbul motivasi mereka untuk terus belajar menulis huruf-huruf yang sebenarnya.