Anda di halaman 1dari 5

Elemen penzamanan.

Sejarah kristian (Eusebius) dalam Chronography menekankan soal penzamanan, sejarah Kristian membahagikan kaedah penzamanan kpd 5 era : 1. Dr kelahiran Abraham hingga penaklukan Troy 2. Dr penaklukan Troy hingga Olimpik pertama 3. Dr sukan Olimpik pertama hingga pemerintahan raja Darius 4. Dr tahun ke 2 pemerintahan Raja Darius kpd kematian Jesus Christ 5. Dr kematian Jesus hingga tahun ke 20 pemerintahan maharaja Constantine.

Kata sepakat tidak wujud di kalangan penulis Kristian tentang jumlah zaman yg dikenalpasti dlm sej dunia serta peristiwa yg digunakan utk menzamankan sej dunia. Kebanyakkan penulis kristian mirip pandangan bahawa wujud enam zaman dalam sejarah dunia yang boleh disamakan dengan enam hari penciptaan manusia yang pertama. St Augustine menggunakan kelahiran nabi adam, nuh, Ibrahim,david,dan isa disamping tawanan babylonia sbg detik2 untuk menzamankan sejarah dunia.

Eusebius dan St Augustine menekankan peranan manusia dan cetuskan perubahan dalam sejarah. Konsep penzamanan telahpun digunakan oleh sejarawan Rom seperti Sallust, Livy, dan Tacitus utk bezakan Rom lama dgn Rom baru Namun sejarawan Kristian seperti Africanus, Eusebius dan St. Augustine telah menjelaskan dengan rapi bagaimana keadaan manusia berubah dari satu masa ke semasa dan tugas ahli sej utk mengesan dan menghuraikan perubahan tersebut

Pensejarahan Kristian melihat perubahan sejarah sebagai bersifat kemajuan atau linear. Tanggapan ini telah bertentangan dgn konsep putaran sej (cycling history) yang dianjurkan oleh ahli sej Yunani dan Rom. Pengertian yang betul dengan konsep penzamanan ini dapat membantu ahli sej untuk memahami kaeadaan yang mencetuskan sesuatu kejadian sej. Org yg pertama memahami konsep ini adalah sejarawan Kristian sekalipun mereka mengaitkan pencetusan sesuatu kejadian sej itu dgn kehendak perancangan tuhan.

Kesimpulan
Kami menerima kenyataan Collingwood yang mengatakan sejarah Kristian wujud elemen kewahyuan, takdir, bersifat universal, dan menekankan soal penzamanan. Namun sejarah Kristian ini mempunyai kelemahan kerana lebih mengutamakan sentimen ketuhanan yang boleh menjejaskan sesuatu karya ilmiah sejarah. Fakta-fakta dinilai menggunakan pandangan para paderi yang lebih berpihak kepada agama kristian. Tetapi, kami melihat sejarah Kristian mempunyai kelebihan dari segi memperkayakan penulisan sejarah dan cuba menulis sejarah yang bersifat sejagat.