Anda di halaman 1dari 12

1

GAYA KEPIMPINAN Setiap pemimpin secara automatik mempunyai gaya kepimpinan tersendiri. Gaya kepimpinan ini berbeza mengikut personaliti seseorang individu tertentu. Namun, terdapat juga pemimpin yang mengamalkan gaya kepimpinan tertentu yang sesuai mengikut situasi atau yang difikirkan terbaik. Secara amnya, gaya kepimpinan merupakan cara seseorang pemimpin menggunakan kuasa yang dimiliki sebagai alat atau medium untuk mempengaruhi pekerja supaya bekerja untuk mencapai objektif organisasi. Isu tentang gaya kepemimpinan dalam sesebuah organisasi sering diperkatakan apabila ianya menampakkan kecacatan ataupun kemajuan. Hal ini menunjukkan bahawa peranan pucuk pimpinan bagi sesebuah organisasi amat penting kerana melibatkan krediabiliti pemimpin dan kemampuannya mengawal perlakuan aktiviti dalam organisasi. Secara khususnya, kepimpinan adalah proses merancang, mengorganisasi, memimpin dan mengawal daya usaha anggotaanggota organisasi dan menggunakan sumber-sumber organisasi yang lain bagi mencapai matlamat-matlamat organisasi yang telah ditetapkan. Terdapat beberapa gaya kepimpinan yang dikenal pasti telah diamalkan.

1) Kepimpinan Autokratik Seseorang pemimpin yang autokratik mempunyai personaliti yang agak tegas dan sangat mementingkan disiplin semasa berada di tempat kerja. Selain itu, pemimpin yang mengamalkan gaya kepimpinan ini juga sangat mementingkan pelaksanaan tugas. Tugas yang dilaksanakan mestilah dilaksanakan secara total dan penuh komitmen. Pemimpin jenis ini memimpin dengan menggunakan sumber kuasa formal. Pemimpin yang mengamalkan stail ini juga berasa bertanggungjawab untuk membuat keputusan yang berkaitan dengan tugas, mengeluarkan arahan dan memastikan arahan itu dipatuhi. Contohnya, seorang ahli perniagaan mensasarkan keuntungan sebanyak RM 800 000 dalam bulan ini. Dia akan mengeluarkan arahan kepada pekerja-pekerjanya supaya mencapat target tersebut. Namun, bagaimanakah caranya? Itu bukan

menjadi tanggungjawab ketua. Apa yang dia tahu, sasaran mesilah dicapai dan pekerjalah yang seharusnya memikirkan cara terbaik untuk memenuhi sasarannya itu. Stail ini sama seperti sisitem mekanistik iaitu kuasa dan pembuatan keputusan adalah berpusat. Pemimpin juga berkuasa secara total dan memegang tanggungjawab ke atas segala hal yang berkaitan dengan organisasi. Cara berkomunikasinya juga hanyalah satu hala sahaja iaitu dari atas ke bawah. Pekerja seolah-olah tidak mempunyai hak untuk membantah setiap arahan yang keluar daripada pemimpin. Pekerja juga tidak dilibatkan dalam proses pembuatan keputusan. Setiap keputusan akan dibuat oleh pemimpin dan pekerja haruslah menerima keputusan tersebut. Pemimpin jenis ini juga banyak menggunakan ugutan dan hukuman dalam memberikan arahan. Contohnya, Jika kamu tidak dapat menyiapkan tugasan yang berikan dalam masa 3 hari, kamu boleh diberhentikan kerja kerana tugasan itu sangat penting!. Hasilnya, pekerja yang bekerja di bawah pemimpin yang autokratik memiliki orang bawahan yang bermotivasi yang rendah. Mereka akan berasa sangat tidak seronok semasa bekerja dan tertekan dengan tugasan. Boleh dikatakan mereka tidak ikhlas dalam melakukan pekerjaan mereka. Bukan itu sahaja, pekerja juga berasa tertekan di tempat kerja walaupun tugas tidak banyak. Hal ini berlaku kerana mereka tidak suka kepada ketua mereka. Melihat saja wajah ketua, mereka akan berasa tidak selesa atau dalam kata yang lebih tepat, menyampah. Hasilnya, pekerja akan mudah lari dan mencari pekerjaan di tempat lain. Orang bawahan pula akan bekerja secara bersungguh-sungguh semasa ketua pemimpin berada bersama mereka. Orang bawahan akan bergantung kepada ketua dalam semua perkara dan suasana emosi akan menjadi tegang.

2) Kepimpinan Laissez-Faire Pemimpin jenis ini lebih dikenali sebagai pemimpin yang lepas tangan. Orang bawahan diberi kebebasan untuk membuat keputusan dan bertindak selagi tidak melepasi garis lingkungan kerja mereka. Oleh itu, pekerja akan membuat keputusan berdasarkan lingkungan had-had tertentu yang dibenarkan untuk mencapai matlamat kerja. Ketua akan memberikan semua autoriti dan

kuasa kepada pekerja. Maka, pekerja bebas membuat keputusan, menentukan sasaran dan menyelesaikan masalah secara bersendirian. Gaya ini selalunya mampu diamalkan jika pekerja mempunyai kemahiran dan pengetahuan tertentu serta pakar dalam bidangnya. Stail ini juga selalunya diamalkan kepada pekerja-pekerja yang sudah mempunyai pengalaman yang luas tentang tugas mereka. Walau bagaimanapun, terdapat hasil yang kurang baik jika gaya ini disalah gunakan. Antara hasil yang mungkin berlaku adalah pekerja tidak begitu berminat dengan urusan yang diamanahkan kepadanya. Hal ini kerana ketua biasanya tidak peduli dan membiarkan orang bawahan melakukan semua tugasan bermula dengan pembuatan keputusan hinggalah pelaksanaannya. Ketua biasanya tidak peduli mengenai kerja mahupun hasilnya. Masalah yang paling teruk lagi adalah apabila masalah disiplin sudah mula menular dalam kalangan pekerja kerana ketiadaan pemimpin yang mengawal pelaksanaan tugas mereka. Perhubungan antara pemimpin dan pekerja juga menjadi bebas dan tiada sempadan sehinggakan pekerja memandang remeh arahan yang dikeluarkan oleh ketua kerana menganggap ketuanya tidak berkemampuan memegang tanggungjawab tertentu kerana akhirnya tugas tersebut akan diserahkan kepada orang lain.

3) Kepimpinan Demokratik Pemimpin yang mengamalkan gaya kepimpinan ini mempunyai sikap yang sangat terbuka terhadap pekerja. Pemimpin jenis ini menggalakkan semua kakitangannya melibatkan diri dalam organisasinya terutamanya dalam pembuatan keputusan. Pemimpin memberi peluang kepada setiap ahli organisasi untuk memberikan pendapat atau pandangan sebelum sesuatu keputusan diambil. Setiap pandangan ahli organisasi akan diambil kira dan dipertimbangkan. Setiap penolakan usul akan disertakan dengan sebab musabab agar tiada ahli yang tersinggung sekiranya pendapatnya tidak diterima. Hasilnya, semua ahli akan menerima dengan hati terbuka segala keputusan yang diambil. Dasar pembuatan keputusan adalah melalui mesyuarat. Ketua akan membantu ahlinya dalam membentuk matlamat dan alternatif untuk menyelesaikan sesuatu isu. Ketua pula bersikap objektif dan adil dalam memberi teguran, pujian dan kritikan.

Hasilnya, pekerja dapat membina disiplin, menggalakkan kerjasama, saling menghormati dan perhubungan mesra sesama mereka. Pekerja akan lebih bermotivasi dan berminat untuk bekerja keras walaupun tiada ketua. Interaksi akan berlaku antara ahli dan ketua iaitu interaksi dua hala. Pengikut juga akn berasa sangat selesa dan seronok untuk bekerja dan sangat menghormati dan menyayangi ketua mereka.

4) Kepimpinan Transformasional Menurut Burns (Gardner dan Stough, 2002), kepemimpinan transformasional adalah proses memotivasi orang bawahan dengan cara yang menarik untuk meningkatkan kualiti kerja dan nilai moral. Kepimpinan transformasional juga didefinisikan dan diertikan sebagai suatu matlamat organisasi dan kemudiannya matlamat itu diinspirasikan kepada orang bawahan supaya samasama mencapai matlamat tersebut. Menurut Robbins (2001) kepemimpinan transformasional adalah pemimpin yang mampu memberi inspirasi kepada pekerjanya untuk lebih mengutamakan kemajuan organisasi daripada kepentingan peribadi. Pemimpin juga memberikan perhatian yang baik terhadap pekerja dan mampu mengubah cara pekerja melihat masalah dengan cara yang baru. Dapatlah disimpulkan bahawa pemimpin transformasional adalah pemimpin yang mampu mempengaruhi, memacu dan menjadi panduan kepada pekerja agar turut terlibat dalam pencapaian matlamat organisasi dan lebih mementingkan kemajuan organisasi daripada masalah peribadi.

5) Kepimpinan Situasi Mengikut Hersay dan Blanchard (1969) mula membangunkan model kepimpinan situasi. Secara ringkasnya, model ini menjelaskan bahawa bukan semua situasi boleh menggunakan satu gaya

kepimpinan sahaja. Gaya kepimpinan haruslah berubah mengikut situasi-situasi tertentu. Sebagai contoh, jika seorang pemimpin berhadapan dengan seorang pekerja yang sangat berpotensi tetapi berani mengeluarkan pendapat yang bercanggah dengan keputusan pemimpin serta tidak mudah menerima keputusan yang dirasakan tidak adil, pemimpin mestilah menukar corak gaya kepimpinannya. Jika selama ini dia mengamalkan gaya kepimpinan autokratik, maka dia haruslah sedar bahawa stail itu hanya akan membuatkan suasana menjadi tegang dan mungkin dia akan kehilangan seorang pekerja yang sangat berpotensi tinggi. Maka, adalah lebih baik jika pemimpin itu menggunakan stail kepimpinan demokratik (seperti yang telah dijelaskan di atas). Stail ini menunjukkan sikap ingin bertolak ansur pemimpin terhadap kehendak pekerjanya. Seorang pemimpin yang berkesan adalah mereka yang dapat mengubah gaya kepimpinannya mengikut situasi yang berbeza.

6) Kepimpinan Instruksional Kepimpinan instruksional adalah gabungan penyeliaan, perkembangan pemimpin bawahan dan pekerja. Berdasarkan kajian majalah Klikman pada tahun 1985, pemimpin instruksional ialah pemimpin yang membimbing orang bawahannya. Mereka akan membangunkan organisasi dan menggerakkan perkembangan pekerja. Kualiti kerja juga akan dibangunkan disamping membuat kajian dalam pelbagai tindakan. Dengan kata yang lebih mudah, pemimpin instruksional mengutamakan keselesaan aspek-aspek dalaman yang sudah tentunya membawa kepada kecemerlangan membanggakan. Kajian-kajian Highsmith dan Rallis pada tahun 1986 mendapati pemimpin perempuan lebih banyak menumpukan masa mereka kepada aktiviti instruksional berbanding dengan pemimpin lelaki seperti isu dalaman, tumpuan kepada pekerja, penglibatan pekerja, pembangunan staf, perancangan strategik dan kolaboratif serta pembangunan komuniti. GAYA KEPIMPINAN LELAKI YANG PERLU DICONTOHI WANITA luaran yang dipersembahkan melalui prestasi kerja yang semakin

Ramai yang mengatakan bahawa kepimpinan lelaki adalah lebih baik berbanding wanita. Hal ini tidak dapat dinafikan kerana Rasulullah sendiri adalah lelaki di mana telah diamanahkan oleh Allah s.w.t untuk melakukan misi penting iaitu menyebarkan agama Islam yang sudah tentunya mendapat tentangan yang begitu hebat daripada masyarakat Jahiliyyah pada ketika itu. Daripada peristiwa ini, kita boleh memikirkan logiknya iaitu lelaki lebih hebat dalam memimpin berbanding wanita. Walau bagaimanapun, hal ini tidak bermakna wanita tidak mampu menjadi pemimpin. Sudah banyak pemimpin wanita yang menunjukkan kehebatan dalam memimpin. Contohnya, Firaun Hatshapsut merupakan ratu Mesir yang pertama. Semasa beliau memerintah Mesir, beliau telah melakukan perubahan besar di mana beliau membina terusan yang akhirnya menyebabkan tanah gersang di Mesir berubah menjadi tanah pertanian yang subur. Pada ketika inilah ekonomi Mesir berkembang dengan sangat pesat. Hal ini menunjukkan wanita bukan sahaja mampu menjadi ketua atau pemimpin untuk organisasi yang kecil, malah mampu mentadbir sebuah negara. Namun, terdapat beberapa gaya kepimpinan lelaki yang boleh dicontohi oleh wanita supaya kepimpinannya menjadi sebaik lelaki dan lebih baik. Maklumlah, wanita dianggap kaum yang lemah berdasarkan ciri fisiologikal dan nalurinya.

a) Keterbukaan Pemimpin lelaki lebih bersifat terbuka berbanding wanita. Istilah yang mungkin lebih mudah difahami adalah sporting. Mereka mudah untuk berkongsi kebolehan serta kemahiran bersama daripada bersaing antara satu sama lain. Keterbukaan salah satu sifat tawadhuk yang perlu dimiliki oleh setiap pemimpin. Pemimpin yang bersikap terbuka selalunya bersedia mendengar pandangan dan buah fikiran dari sesiapa tidak kira sama ada daripada orang atasannya ataupun orang bawahannya. Malah mereka juga tidak keberatan untuk mendengar

pandangan atau kritikan daripada saingan mereka sendiri. Pemimpin yang memiliki sifat seperti ini sangat menghormati pandangan orang lain walaupun mereka mempunyai pendapat sendiri. Sifat ini sangat berguna sekiranya diamalkan oleh pemimpin wanita. Sifat ini mampu membantu pemimpin wanita untuk mendapatkan idea-idea lain yang mungkin tidak terfikirkan olehnya. Sifat ini juga membantu mereka dalam menjalinkan hubungan yang baik dengan orang bawahan mereka.

b) Kawalan Emosi Tidak dapat dinafikan bahawa pemimpin lelaki bekerja tanpa dipengaruhi oleh emosi mereka. Mereka tidak mencampurkan masalah peribadi dengan pekerjaan. Hasilnya, mereka masih mampu mempersembahkan hasil kerja yang baik walaupun sedang menghadapi masalah peribadi. Dengan erti kata yang lain, lelaki, terutamanya pemimpin mampu mengawal emosi mereka agar tidak mengganggu segala kelancaran urusan organisasi. Jika tidak, organisasi tersebut mungkin menghadapi masalah kerana tidak dapat membuat keputusan dengan betul. Sebagai contoh jika pemimpin sedang marah, tindakan dan keputusan yang diambil itu berfaktorkan emosi marahnya sahaja.

c) Tidak Cerewet Pemimpin lelaki tidak bersikap cerewet atau terlalu teliti dalam hal-hal yang kecil. Ini kerana pemimpin lelaki biasanya tidak suka memperbesar-besarkan perkara yang remeh-temeh dan lebih memilih untuk memberi fokus kepada perkara-perkara yang lebih penting. Berbeza dengan pemimpin wanita yang dikatakan sangat teliti tentang perkara-perkara kecil. Sebagai contoh, pemimpin wanita biasanya akan memarahi dan meminta pekerjanya memperbaiki semula laporan yang dihantar kerana terdapat beberapa kesalahan ejaan. Dek kerana perkara itu

menyebabkan pekerjanya tidak berasa seronok bekerja di bawah ketuanya itu. Berbeza dengan ketua lelaki, terdapat banyak lagi perkara utama yang perlu diberi perhatian. Oleh itu, pemimpin wanita haruslah mencontohi sikap pemimpin lelaki yang tidak cerewet agar tidak dicop sebagai mak nenek oleh pekerja-pekerja. Sifat ini mampu menjamin hubungan baik di antara ketua dengan pekerja. Hal ini juga menyebabkan pekerja selesa bekerja dengan ketua walaupun untuk jangka masa yang panjang.

d) Unsur Humor Pemimpin lelaki suka menggunakan unsure humor dalam menyatakan idea dan memberi arahan kepada orang bawahannya. Cara penyampaian ini lebih selesa dalam kalangan pekerja kerana tekanan kerja dapat dielakkan. Unsur humor ini akan membantu pekerja bekerja dalam keadaan yang lebih ceria dan tidak tertekan. Setiap arahan yang diterima seakan-akan pertolongan yang diminta oleh ketua dan bukannya suruhan. Pemimpin yang mempunyai unsur humor lebih disenangi oleh pekerja dan arahan mereka lebih mudah untuk dituruti berbanding pemimpin yang sentiasa serius. Walau bagaimanapun, bukan semua orang memiliki unsur-unsur humor dalam dirinya. Ada orang yang cuba menampakkan unsur humor tetapi kelihatan janggal. Namun begitu, pemimpin haruslah mencuba sifat ini. Unsur humor ini bukanlah diharapkan pemimpin mampu berlawak di hadapan pekerja namun cukuplah sekadar memasukkan sedikit unsur kelakar semasa memberi arahan.

e) Fokus Kerja Lelaki lebih fokus kepada tugas, mempunyai kesan yang nyata dan terus terhadap pengikut. Kebiasaannya lelaki lebih profesional dalam memfokuskan kepentingan. Mereka dapat

membezakan perkara yang perlu diberi keutamaan dengan perkara yang boleh ditangguhkan pelaksanaanya. Lelaki juga boleh mengasingkan masalah luaran dan dalaman organisasi. Sifat ini haruslah dicontohi oleh pemimpin wanita kerana pemimpin wanita sering kali terganggu tumpuannya memikirkan keluarganya. Sebagai mana yang kita ketahui, pemimpin wanita, terutamanya yang sudah berkahwin bukan sahaja harus menyelesaikan masalah di pejabat tapi mereka juga harus menyelesaikan masalah di rumah. Sebagai contoh, tumpuan mereka akan terganggu dengan memikirkan keadaan anak di rumah, memikirkan sama ada anakanak mereka sudah makan atau belum dan sebagainya. Hal-hal ini selalunya diambil berat oleh isteri, bukannya suami. Walau bagaimanapun, pemimpin wanita haruslah bijak dalam mengasingkan masalah keluarga dengan pejabat terutamanya jika rumah tangga mereka mengalami konflik.

f) Pendirian Tegas Lelaki telah dianugerahkan hati yang lebih kental berbanding wanita. Mereka semula jadi sudah memiliki jati diri yang tinggi dan sangat tegas dalam mempertahankan pendirian mereka. Berbeza dengan wanita yang mudah lentur hatinya. Wanita yang semula jadinya mempunyai hati yang lembut akan mudah mengubah pendiriannya kerana lebih memikirkan perasaan orang lain. Sikap ego lelaki yang tinggi juga membantu mereka lebih tegas dalam mempertahankan pendirian mereka. Mereka tidak suka mengalah dan menganggap pendapat mereka sudah cukup baik. Walau bagaimanapun, di atas tiket sebagai pemimpin, mereka akan tetap memikirkan cadangan lain namun akan tetap berpegang pada pendiriannya jika dia sedar bahawa pendiriannya adalah yang terbaik untuk organisasinya. Pemimpin wanita haruslah mencontohi sikap ini demi memastikan bahawa pekerja tidak mengambil kesempatan di atas sikap terbuka yang ditunjukkan. Kadang kala pekerja mengambil kesempatan melakukan kesalahan disiplin seperti datang lewat. Mereka melakukan hal seperti ini kerana menyedari bahawa ketua mereka adalah wanita yang baik dan bersikap terbuka. Namun, sebagai pemimpin, wanita haruslah bersikap tegas dalam hal-hal seperti ini. Tunjukkanlah sikap

10

baik dan menyenangkan tetapi tegaslah dalam perkara-perkara yang salah agar tidak ada pekerja yang naik kepala.

g) Keusahawanan Sesebuah organisasi tidak boleh hanya berbangga dengan apa yang ada. Perubahan demi perubahan mestilah dilakukan untuk bersaingan dengan organisasi lain supaya tidak ketinggalan dan menjamin masa depan sesebuah organisasi. Lelaki mempunyai sifat keusahawanan yang tinggi dalam berorganisasi seperti kretif, berdaya saing, tidak mudah mengalah, bertanggungjawab dan sebagainya. Sifat keusahawan ini sangat penting dalam memastikan kemajuan sesebuah organisasi itu. Oleh itu, pemimpin wanita juga harus memiliki sifat ini. Sifat keusahawanan ini menambahkan lagi rasa hormat terhadap pemimpin.

h) Berfikiran Positif

Pemimpin lelaki menjadikan pengalaman diri sebagai pengajaran yang mematangkan mereka dari segala aspek. Mereka belajar dari kesilapan dan kesalahan yang dilakukan dan sentiasa meningkatkan kemahiran dan pengetahuan yang baru. Pemimpin lelaki akan cuba untuk mengelakkan perkara yang sama berulang lagi. Dan sekiranya hal itu berlaku, mereka akan berfikiran positif dan tidak mudah berputus asa. Mereka akan sentiasa mencuba sehingga membuahkan hasil walaupun sedikit. Berbeza pula dengan wanita di mana mereka hanya lebih kepada mengenang pengalaman lampau sahaja. Pengalaman lalu mengajar wanita untuk lebih berhati-hati sehingga takut untuk mencuba perkara yang sama kerana takut gagal lagi sekali. Sedangkan, kejayaan belum tentu datang tanpa kita mencuba. Oleh itu, pemimpin wanita haruslah berani mencuba dan sentiasa berfikiran positif ke atas usaha yang sedang dilakukan.

11

i) Kecekapan Lelaki juga mempunyai kebolehan menyelesaikan masalah dengan lebih kritis. Mereka biasanya lebih suka mengambil tindakan apabila menghadapi sesuatu masalah, berbanding perempuan yang biasanya suka mengadu atau menyalahkan orang lain atau diri sendiri tanpa bertindak menyelesaikan sesuatu masalah. Lelaki akan cepat berfikir dan bertindak agar masalah yang dihadapi tidak berpanjangan. Oleh itu, wanita haruslah lebih cekap dalam menyelesaikan masalah yang timbul. Jika timbul sesuatu masalah, pemimpin wanita haruslah sepat mencari jalan keluar dan bertindak secekap yang mungkin. Salah menyalahkan mungkin boleh dilakukan selepas masalah sudah diselesaikan.

j) Berpengaruh Pemimpin lelaki boleh berkongsi masalah serta mendengar secara empati dan tidak mudah dipengaruhi oleh masalah-masalah pekerja. Cara bersosial lelaki lebih bermutu daripada wanita kerana cara sosial lelaki biasanya lebih kepada meluaskan empayar perhubungan antara satu sama lain. Mereka lebih suka berkenalan dan dikenalkan kepada individu yang lain. Tetapi jika kita lihat kepada wanita, mereka lebih kepada perhubungan antara kelompok mereka sahaja. Mereka lebih mudah untuk bermasalah antara satu sama lain. Sikap ini harus ada pada pemimpin wanita untuk menjamin pengaruh yang luas agar bantuan mudah didapati sekiranya berlaku masalah di dalam organisasi.

12

Anda mungkin juga menyukai