Anda di halaman 1dari 2

Langkah-Langkah Untuk Memelihara Dan Memulihara Sumber-Sumber Bumi

Penghutanan semula Penghutanan semula ialah kegiatan menanam semula hutan yang telah ditebang dengan spesies pokok yang cepat tumbuh dan bermutu. Melalui cara ini kelenbapan suhu dapat dikekalkan dan seterusnya masalah peningkatan suhu alam sekitar dapat dielakkan terutamanya di kawasan bandar-bandar besar seperti di kuala lumpur. Contohnya, pokok jenis pain, batai, dan sesenduk telah ditanam di Bukit Tinggi, Pahang. Jabatan Perhutanan Malaysia perlu memainkan peranan penting bagi melaksanakan langkah ini dengan cekap dan efisyen.Contoh penghutanan semula yang telah dilaksanakan adalah seperti di Hutan Simpan Kemasul, Pahang dan Hutan Simpan Paya Laut, Perak. Penggunaan baja organik Masyarakat sekarang terutamanya petani digalakkan supaya menggunakan baja organik atau baja asli daripada najis haiwan seperti najis lembu dan ayam serta sisa-sisa tanaman untuk menggantikan penggunaan baja kimia yang selalu digunakan oleh petani moden pada zaman sekarang. Kebanyakan petani moden yang menggunakan baja kimia secara kerap telah banyak mendatangkan masalah kepada alam sekitar terutamanya kepada masalah pencemaran air.petani yang menggunakan baja organik dapat menambahkan kesuburan tanah, baja organik juga adalah lebih murah, tidak perlu diproses, dan tidak mencemarkan alam sekitar. Contohnya, peladang lada hitam di Sarawak menggunakan guano, iaitu campuran najis burung dan kelawar sebagai baja. Kaedah biologi Peladang kelapa sawit di negara kita menggunakan kaedah biologi untuk mengawal makhluk perosak. Kebanyakan peladang sekarang jarang menggunakan kaedah biologi ini kerana kaedah ini dianggap sudah ketiggalan zaman. Kaedah biologi yang digunakan ini dapat mengurangkan penggunaan racun serangga dan racun rumpai yang dapat menyebabkan berlakunya pencemarkan alam sekitar.Contohnya, di ladang kelapa sawit, ular, burung hantu, dan burung helang digunakan untuk menangkap tikus, burung, dan tupai yang merosakkan buah kelapa sawit. Pertanian tetap Kerajaan menggalakkan petani-petani tradisional yang mengamalkan pertanian pindah supaya mengubah cara penanaman mereka kepada pertanian tetap. Kebanyakan petani di kawasan pedalaman masih menjalankan pertanian jenis pindah. Masalah ini berlaku kerana masyarakat pedalaman kurang mendapat pendedahan tentang

pentingnya alam sekitar terhadap kehidupan di sekelilingnya.petani sekarang terutamanya di kawasan pedalaman perlu mengubah teknik pertanian mereka daripada pertanian secara berpindah-randah kepada pertanian tetap. Langkah ini bertujuan untuk mengelakkan kemusnahan kawasan hutan yang berharga dan mengurangkan hakisan tanih. Kaedah perundangan Kaedah perundangan didefinasikan sebagai akta perundangan yang telah digubal dan dikuatkuasakan untuk melaksanakan tndakan terhadap pesalah alam sekitar antaranya: Akta kualiti alam sekitar(1974) akta ini digubal bertujuan untuk mengawal perkara-perkara yang boleh membawa kepada berlakunya kemudahan alam sekitar.serentak dengan ini akta ini perlu diperketatkan agar usaha memelihara dan memulihara kualiti alam sekitar terjamin. Oleh itu, dapat dilihat bahawa peruntukan akta ini merangkumi hampir keseluruhan aspek dan masalah pencemaran alam sekitar seperti masalah pencemaran air, pencemaran tanah, dan pencemaran udara. Penilaian impak alam sekitar(EIA) penilaian impak alam sekitar merupakan satu pendekatan yang menekankan aspek pengurusan alam sekitar secara menyeluruh bagi mengekalkan keseimbangan antara pembangunan dengan kualiti alam sekitar dibawah aspek pengekalan, pemeliharaan, dan pemuliharaan alam sekitar. Pihak-pihak yang terlibat terutama badan-badan kerajaan yang berkaitan alam sekitar perlu turun padang secara kerap bagi memastikan dasar ini (EIA) berkesan.

Anda mungkin juga menyukai