Anda di halaman 1dari 6

Disediakan Oleh :

Anisah binti Mokhtar Nor Hasnaziah binti Mohd Zaini Nama Pensyarah : Puan Izzah binti Abu Bakar

BEHAVIORISME
Diperkenalkan oleh Ivan Pavlov melalui uji kajinya terhadap anjing. Diteruskan dan diperkembangkan lagi oleh B. F. Skinner dan juga

Thorndike. Istilah pelaziman diperkenalkan iaitu suatu proses di mana tingkah laku organisma berkaitan dengan rangsangan daripada persekitaran. Pendekatan Behavioris memberi tumpuan kepada tingkahlaku yang boleh diperhatikan (secara nyata atau tidak nyata) dan pengaruhnya terhadap perubahan tersebut. Teori ini diwakili dengan perkataan Rangsangan- Gerak balas (R-G).

SOSIAL
Pelopor teori pembelajaran sosial ialah Albert Bandura. Merupakan ahli psikologi Lahir di Kanada dan berkhidmat di Universiti Stanford mulai

tahun 1953 hingga sekarang. Teori Pembelajaran Sosial dikenali juga sebagai teori pembelajaran peniruan (imitation) dan juga sebagai pembelajaran pemerhatian atau modeling . Menekankan faktor sosial di mana manusia berfikir dan bertingkahlaku melalui pemerhatian dan meniru tingkahlaku yang menghasilkan ganjaran.

BANDING BEZA TEORI PEMBELAJARAN


Aspek Perbezaan Penekanan Teori (kata kunci) Teori Pembelajaran Behavioris Perubahan tingkah laku yang diperhatikan. Fokus kepada rangsangan dan gerak balas. Teori Pembelajaran Sosial Pembelajaran melalui pemerhatian Fokus kepada pembelajaran yang berlaku dalam konteks sosial Kekuatan Teori Tingkah laku yang diingini dapat dilihat dengan jelas Kelemahan Teori Tingkah laku mudah menjadi terlazim dan mudah bosan Mencontohi tingkah laku

berdasarkan model yang ditiru. Mudah terikut perkara yang buruk jika salah model untuk ditiru

Peluang Untuk Kanak-Kanak

Dapat motivasi setelah melakukan sesuatu perkara

Dapat membentuk jati diri yang lebih baik berdasarkan model yang diikuti

Ancaman Teori

Kaedah dendaan dapat melemahkan motivasi diri pelajar.

Murid

dikhuatiri

memilih

model yang salah.

IMPLIKASI TERHADAP PENGAJARAN & PEMBELAJARAN


1. Guru hendaklah menetapkan objektif pembelajaran yang spesifik. 2. Guru dapat membuat analisis tugasan sebelum dilaksanakan bersama muridmurid. 3. Guru dapat mengetahui kepentingan dalam mengaplikasi teknik peneguhan kepada pelajar. 4. Guru perlulah membuat persiapan sebelum mengajar. 5. Guru perlu memberikan respon yang spesifik dan kerap. 6. Guru perlu menunjukkan tingkah laku yang baik serta boleh diteladani dan dicontohi itu kepada muridnya. 7. Guru sedar akan kepentingan menyediakan persekitaran sosial yang kondusif agar modeling yang berlaku itu adalah modeling yang baik. 8. Guru juga boleh mengajar nilai murni dan watak bersejarah dengan teknik main peranan dan simulasi.

RUMUSAN
Seorang guru yang proaktif perlu peka dengan masalah dan keperluan

murid supaya proses pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan selaras dengan tahap kesediaan murid seterusnya mampu menarik minat murid. Guru juga perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran supaya murid tidak bosan dan mudah hilang tumpuan. Terutama bagi kanak-kanak pendidikan khas, kesabaran adalah yang paling utama dan sebagai guru, tidak boleh ada perkataan bosan dalam kamus hidup mereka kerana setiap yang dilakukan itu adalah suatu tugas yang mulia.