Anda di halaman 1dari 12

Bahagian B Batuan dan Mineral. 1. Apakah tiga kumpulan batu dan proses geologi yang terlibat di dalam pembentukannya?

(i) Batuan Igenus

Batuan Igenus terbentuk akibat daripada proses penyejukan dan pembekuan magma di dalam kerak Bumi. Batuan igenus boleh dibahagikan mengikut kandungan bilangan logam di dalamnya. Sekiranya kandungan silika di dalamnya tinggi maka batu itu dikategorikan sebagai batuan asid. Batuan igenus jenis asid ini mempunyai ciri-ciri seperti tidak padat dan warnanya lebih muda. Jika kandungan silika di dalam batuan igenus rendah maka ianya dikelasan sebagai batuan bes yang mempunyai ciri-ciri seperti lebih padat, dan warnanya lebih gelap atau hitam disebabkan oleh kandungan oksida bes di dalamnya. Batuan igenus kebiasannya berbentuk hablur, tidak berlapislapis dan tidak mengandungi fosil. Secara amnya, batuan igenus dibahagikan kepada dua jenis iaitu Batuan Igenus Plutonik atau rejahan dan batuan gunung berapi atau terobosan. Batuan jenis plutonik ini terhasil disebabkan oleh proses penyejukan dan pembekuan magma pada kadar perlahan. Hasilnya akan membentuk hablur- hablur kasar misalnya granit, diorit dan gabro terdedah di permukaan bumi kesan daripada proses hakisan dan gondola yang berlaku. Batu gunung berapi atau terobosan adalah lava yang membeku dengan cepat di permukaan bumi dan hablurnya berbentuk halus seperti basol. Batuan basol ini menyebabkan hanyutan lava, litupan lava dan daratan lava. Terdapat juga batu basol yang membeku dalam cara yang luar biasa dan menghasilan menara batu. Batua Igenus biasanya dipecahkan untuk membuat jalan raya, tugu peringatan dan batu nisan kerana ianya keras dan kukuh. (ii) Batuan Enapan

Batuan enapan terhasil daripada enapan yang terkumpul di kawasan perairan. Proses kejadian batuan jenis ini mengambil masa yang lama. Batuan jenis ini juga mempunyai ciri-ciri seperti berlapis-lapis, tidak berhablur dan tidak mempunyai fosil di dalamnya. Batuan enapan dikelaskan kepada batuan yang terjadi secara mekanik iaitu hasil daripada pemaduan bahan-bahan yang terkumpul daripada batuan yang lain. Kedua, batuan enapan yang terjadi secara organik. Batuan ini terhasil daripada bangkai hidupan yang halus seperti kerang yang telah reput. Contoh batuan jenis ini ialah batu kapur dan kapur Selain itu, karbon juga terjadi secara organik. Batuan ini terjadi daripada pemendapan tumbuh-tumbuhan yang telah reput seperti yang terdapat di kawasan paya dan hutan. Batuan di atas memberikan tekanan kepada tinggalan tumbuh-tumbuhan itu dan memampatkannya menjadi jisim karbon yang padat. Akhirnya tinggalan ini menjadi gambut, lignit atau arang batu. Jenis batu enapan yang ketiga ialah Batuan Enapan yang terjadi secara kimia. Batuan jenis ini bertindak balas dan terenap dengan larutan kimia seperti natrium klorida, kalium karbonat, dan nitrat seterusnya membentuk batuan seperti gypsum dan lain-lain.

(iii)

Batuan metamorfosis

Batuan metamorfosis ialah batuan yang telah mengalami perubahan fizikal dan kimia akibat haba dan tekanan yang sangat tinggi. Batuan metamorfosis mungkin berasal daripada batuan igneus, batuan enapan atau batuan metamorfosis yang lain Suhu yang diperlukan untuk berlakunya proses metamorfisma ialah antara 100C hingga 800C. Pada suhu ini batuan masih lagi berkeadaan lembut. Dalam keadaan yang lembut ini, batuan boleh berubah dari segi susunan mineralnya. Hablur dalam mineral pula boleh berubah dari segi saiz dan bentuknya. Komposisi batuan juga boleh berubah akibat tindak balas kimia. Tekanan yang kuat mungkin menghimpit hablur menjadi rata atau panjang. Proses metamorfisma terma berlaku apabila magma panas yang mengalir keluar dan terkena pada batuan kerak bumi dan menghasilkan batuan metamorfosis. Metamorfosis Serantau pula terjadi secara besar-besaran. Batuan metamorfosis mempunyai ciri-ciri seperti berhablur, mampat, dan berjalur selari. Antara contoh-contoh batuan metamorfosis ialah kuarza, gneis, syis, grafit, berlian dan lain-lain.

2. Apakah dua ciri-ciri yang diggunakan untuk menentukan batuan igneus. (i) Dikelaskan berdasarkan kandungan bahan-bahan logam di dalamnya. ini mengandungi lebih banyak silika maka batu itu

Jikalau batuan

digolongkan sebagai batuan asid. Sekiranya kandungan bahan logam di dalamnya sedikit maka batuan tersebut ialah bes. (ii) Dari segi asal kejadiannya, iaitu Batuan Igneus Plutonik atau Rejahan dan juga Batu Gunung Berapi atau Terobosan

3. Apakah dua jenis pencuacaan utama serta proses yang terlibat dengannya?

(i)

Pencuacaan Mekanikal Pencuacaan Mekanikal menghasilkan kelas batuan dan mineral yang lebih kecil daripada yang asal. Dua proses asas yang terlibat ialah keretakan dan lelasan. Keretakan seperti tukul yang menghasilkan sudut kancing manakala lelasan pula berfungsi seperti kertas pasir yang melicinkan tepi yang kasar.

(ii)

Pencuacaan kimia Pencuacaan jenis ini menghasilkan cebisan-cebisan kecil tetapi mempunyai komposisi kimia yang berbeza. Keadaan ini terjadi kerana mineral perlu menyesuaikan diri dan cuba untuk lebih seimbang dengan persekitaran. Pencuacaan kimia lebih mudah berlaku pada mineral mafik seperti silikat.

4. Apakah nama, tekture, dan persekitaran untuk pembentukan detrital dan batuan kimia enapan?

(i)

Enapan detrital Enapan jenis ini merupakan bahan-bahan yang diangkut sebagai zarah pepejal yang diperolehi daripada proses luluhawa fizikal atau luluhawa kimia. Teksture batuan enapan terdiri daripada zarah diskret yang dipadatkan dan tersusun bersama-sama. Contoh batuan jenis ini ialah seperti Konglomerat yang terhasil daripada enapan kelikir yang bersaiz kurang daripada 2 mm yang juga berbentuk batuan serpihan bulat. Selain itu contoh lain iaitu Kuarza daripada pasir bersaiz 1/16 mm yang juga merupakan Kuarza berpengaruh.

(ii)

Kimia batuan Enapan Enapan jenis ini berasal daripada material yang dibawa oleh larutan ke tasik dan laut. Jika bahan larut termendak keluar daripada larutan akan membentuk mendapan kimia seperti batu kapur yang mempunyai tekstur klastik atau tidak klastik serta kandungan batu kapur ialah kalsit. Batu kapur digolongkan sebagai bahan bukan organik.

5. Apakah

nama

dan

persekitaran

untuk

pembentukan

beberapa

batuan

metamorfik biasa?

Batuan metamorfik terbentuk jauh di dalam Bumi dimana suhu dan tekanan yang sangat tinggi serta tindak balas kimia mampu mengubah batu kepada batu yang lain. Batuan metamorfik terjadi pada 12 16 kilometer dari permukaan Bumi

serta mula berubah pada suhu 100C 800C selama berjuta-juta tahun. Contoh batuan metamorfik seperti batu pasir menjadi Kuarza, syal menjadi sabak, batu kapur menjadi marmar dan lain-lain.

6. Terangkan kenyataan satu batu merupakan asas kepada batuan lain dengan menggunakan Kitaran Batu.

Kitar Batuan Luluhawa dan Hakisan

Penyejukan Peleburan Haba dan Tekanan Luluhawa dan Hakisan


Luluhawa dan Hakisan

Pencairan

Pemadatan dan Penyimenan

Kitaran Batu ialah perubahan kumpulan batu. Apabila magma menyejuk dan membentuk Kristal akan menghasilkan batuan igneus. Batuan igneus akan membentuk batuan enapan apabila pada permukaan bumi, angin, air boleh memecahkan batuan kepada ketulan kecil dan memindahkannya ke tempat lain. Selepas beberapa tempoh yang panjang, enapan tersebut boleh membentuk batuan enapan. Di dalam bumi terdapat haba daripada tekanan, pecahan dan pereputan radioaktif yang boleh memanaskan batuan. Batuan yang dipanaskan tersebut tidak mencair tetapi berubah bentuk dan membentuk Kristal. Perubahan ini dipanggil batuan metaforfosis. Apabila plak tektonik begerak, haba terhasil. Apabila ia belanggar akan menghasilkan gunung. Kitaran batuan berterusan daripada metaforfosis boleh pecah dan dihanyutkan oleh aliran. Kitaran batuan akan terus berlaku tanpa henti.

7. Apakah Metamorfik?

Metamorfik ialah proses penghabluran semula keadaan pepejal sedia ada disebabkan oleh perubahan keadaan fizikal dan kimia, haba, tekanan dan pengenalan cecair kimia aktif.

8. Senaraikan tiga agen metamorfik dan gambarkan setiap peranannya. (i) Haba Haba menyumbang kepada proses dalam dua cara. Pertama, atom mungkin akan bergabung secara berbeza pada suhu yang berbeza. Ini bermakna sesuatu mineral yang stabil pada suhu tertentu mungkin akan menjadi tidak stabil pada suhu tinggi atau rendah dan akan berubah kepada mineral lain yang mempunyai struktur atom yang lebih stabil.

Kedua, haba akan membuatkan tindak balas kimia menjadi lebih cepat. Ini bermakna transformasi mineral akan lebih mudah berlaku pada suhu tinggi.

(ii)

Tekanan Mineral boleh ditukarkan kepada mineral yang memunyai komposisi yang sama tetapi berbeza dari segi keadaan atom apabila tekanan tinggi. Tekanan Litostatil atau tekanan mengurung yang dihasilkan melalui perkuburan batu yang dalam dibawah enapan memberi keasan seperti Tekanan terus yang dihasilkan oleh plat mencapah. Kesan kedua tekanan ialah orientasi semula mineral dengan struktur linear atau plat atau mewujudkan orientasi pilihan mereka kerana mereka membentuk. Sebagai contoh tanah liat lebih cenderung untuk menyelaraskan diri mereka selari antara satu sama lain apabila di bawah tekanan. Ini hanya berlaku apabila terdapat tekanan terus.

(iii)

Cecair Tindak balas kimia memerlukan cecair. Kadar tindak balas kimia akan meningkat sekiranya kuantiti cecair meningkat. Ion terlarut di dalam cecair akan membenarkan proses transformasi mineral berlaku sama ada tindak balas memerlukan ion atau tidak memerlukan ion.

9. Terangkan jenis-jenis mekanikal luluhawa batu. (i) Luluhawa kimia

Luluhawa kimia banyak berlaku di kawasan tropika lembap dan dikenali juga sebagai luluhawa dalaman

(ii)

Luluhawa fizikal Dominan di kawasan gurun panas dan kawasan artik, luluhawa ini dikenali juga sebagai luluhawa mekanikal

(iii)

Luluhawa biologi Berlaku akibat tindakan tumbuhan dan ia seringkali dominan di kawasan hutan tebal seperti di kawasan Hutan Hujan Tropika khususnya di kawasan Khatulistiwa.

10. Apakah itu luluhawa kimia dan agen utama luluhawa kimia ini?

Luluhawa kimia merujuk kepada semua proses pereputan atau penguraian batuan apabila mineral batuan tersebut bertinak balas dengan air, asid, ion dan larutan-larutan sehingga mineral batuan tersebut bertukar dari peringkat primer kepada peringkat sekunder. Ikatan antara mineral-mineral batuan akan terurai akibat tindak balas agen-agen luluhawa seperti air, asid, dan ion. Seterusnya batuan tersebut mengalami susutan, semakin mengecil dan menghasilkan bahan-bahan baru yang sama sekali berbeza dengan batuan asalnya seperti kejadian tanah laterit, tanah liat, dan lain-lain lagi. Luluhawa kimia amat berkesan di kawasan tropika lembap. Ini boleh dibuktikan melalui kewujudan lapisan regolit yang terhasil atau lebih dikenali sebagai zon terluluhawa. Zon terluluhawa dalaman adalah merujuk kepada ketebalan lapisan-lapisan batuan yang menerima kesan luluhawa kimia.

11. Terangkan peringkat-peringkat penghasilan arang batu.

Proses penghasilan arang batu disebut sebagai coalification dimana pada mulanya gambut diubah secara fizikal dan kimia. Gambut mengalami beberapa perubahan akibat daripada perubahan pereputan bakteria, tekanan haba dan masa. Gambut biasanya terbentuk dalam persekitaran yang berair di mana serpihan tumbuhan terkumpul. Dalam persekitaran sedemikian, pengumpulan serpihan tumbuhan melebihi kadar pereputan bakteria serpihan. Kadar pereputan bakteria dikurangkan kerana oksigen yang terdapat di dalam air yang kaya dengan organik benar-benar digunakan oleh proses mereput. Untuk tanah gambut menjadi arang batu, ia mesti dikebumikan oleh enapan. Perkuburan yang berterusan dan penambahan haba dan masa

menyebabkan sebatian hidrokarbon yang kompleks di tanah gambut untuk memecahkan dan mengubah dalam pelbagai cara. Peringkat trend ini diteruskan dari serpihan tumbuhan melalui gambut, lignit, sub-bitumen arang batu, arang batu bitumen, arang batu antrasit dan grafit.

12. Bezakan tiga jenis batuan yang telah dipelajari. Gambarkan ciri-ciri, tekstual dan contoh-contohnya? Batuan Igneus Berbentuk hablur, tidak berlapis-lapis, tidak mengandungi fosil, keras lagi kukuh, Batuan bes Batuan Enapan Berlapis-lapis, Bentuknya kasar lembut atau keras. tidak berhablur , Batuan Metamorfosis Hablur rata atau panjang,padat, isipadu berjalur ,

Ciri-Ciri

atau berbiji-biji halus, batuan lebih kecil,

pula lebih padat dan mengandungi fosil-

lebih hitam, batuan asid kurang padat Tekstur ContohContoh Kuantiti

fosil

dan lebih cerah Keras, tidak berlapis Kasar atau berbiji-biji Berjalur-jalur granit, diorit dan halus, keras Kuarza, batu kapur, batu loh, syis,

gabro, basol kapur, Gipsum gneis,grafit, berlian Banyak dijumpai di Banyak dijumpai di Banyak ditemui di kawasan lava kawasan perairan kawasan pantai atau pergunungan Diggunakan untuk membuat barang perhiasan, gunung berapi. Membuat jalan raya, Diggunakan untuk tugu-tugu peringatan dan batu-batu nisan yang berukir. membuat Bata, syil atau batu lodak

Kegunaan

13. Apakah hasil pencuacaan? Produk pertama pencuacaan adalah bahan mantel yang rosak dan reput. Pelbagai ketebalan dan komposisi, dipanggil regolith. Garam larut, yang dihasilkan, terdapat bersama media pengangkut dalam larutan garam mineral. Bahan Koloidal seperti Al (OH) 3 dan Fe (OH) 3 yang merupakan produk luluhawa, dibawa oleh air bawah tanah dan sungai. Mendapan dan tanah i. Pencuacaan dan hakisan yang halus pada landskap. Tektonik dan pelarasan dalaman kasar keluar, tetapi luluhawa dan hakisan menggores, metutup, dan telah mewujudkan banyak butiran tanah yang halus.

14. Apakah skala Mohs. Bagaimana ianya digunakan?

Skala Mohs adalah kaedah yang digunakan untuk memberi tahap batu permata dan mineral mengikut kekerasannya. Satu mineral dengan diberikan skala kekerasan akan mengikis mineral yang berbeza kekerasan dengan menggunakan skala yang terendah dahulu dan diikuti dengan skala yang lebih tinggi.

Faktor yang mempengaruhi cuaca 1. Apakah punca cuaca? 2. Apakah punca yang mempengaruhi cuaca? 3. Adakah terdapat mana-mana punca yang menyebabkan perubahan cuaca?

1. Terangkan teori Evolusi Bumi. Senaraikan dan terangkan teori yang terlibat. 2. Senaraikan dan terangkan cabang-cabang Sains lain mengkaji Bumi. 3. Berikan idea kenapakah mengkaji Bumi berdasarkan hipotisis. 4. Nyatakan sebab mengapa Bumi dianggap berbentuk sfera. 5. Terangkan pembentukan Bumi dan nyatakan bahagian utama Bumi. 6. Kenapakah Bumi dianggap dinamik. 7. Terangkan berkenaan dengan bencana alam yang berlaku dan berikan pendapat anda berkenaan dengan perkara tersebut dan bagaimanakah cara untuk mengatasinya. 8. Terangkan apakah itu atmosfera. Senaraikan lapisan-lapisanya. 9. Terangkan pembentukan awan, aras awan dan jenis-jenis awan.

10. Terangkan apakah Tekanan Udara.