Anda di halaman 1dari 5

TENAGA ALTERNATIF DI MALAYSIA Kemajuan dan pembangunan negara memerlukan kepada dokongan bekalan sumber tenaga yang bukan

sahaja berkekalan, tetapi juga bersih, selamat dan menjimatkan. Sekurang-kurangnya untuk tempoh yang terdekat ini, dunia masih memerlukan sumber bahan api fosil kerana teknologi yang ada kini hampir semua bergantung kepadanya. Bergantung hanya kepada satu sumber tenaga yang pastinya akan pupus ini amat tidak menjamin kelangsungan pembangunan sesebuah negara. Tenaga yang boleh diperbaharui merupakan alternatif yang terbaik kerana ia bebas daripada kesan buruk. Hampir 2 kali ganda sumber tenaga utama dunia hari ini diperlukan menjelang tahun 2020, dan lebih 80% populasi dunia akan hidup di dalam negara yang membangun. Sumber tenaga yang ada sekarang tidak konsisten dari segi ekonomi malahan berdepan dengan cabaran pada masa depan. Untuk menampung keseluruhan populasi dunia, penggunaan sumber tenaga yang ada hari ini belum cukup efektif jika dinilai dari segi kos dan ekonomi. Tambahan pula, kesan persekitaran yang tercemar berpunca dari sumber tenaga konvensional lebih menggambarkan bermulanya kenaikan kos sumber tenaga. Oleh sebab itu, penyelidikan secara intensif, pembangunan dan kajian bagi mencari teknologi baru untuk menjana tenaga diperlukan. Pada masa ini, penggunaan sumber tenaga yang boleh diperbaharui (Renewable Energy) memerlukan masa dan penilaian dari pelbagai aspek pembangunan. Namun demikian, ianya berpotensi dalam mengurangkan kos sumber tenaga. Dengan jangkaan kenaikan harga minyak kelak dan kos pemeliharaan alam sekitar kesan daripada sistem sumber tenaga konvensional pada hari ini, menunjukkan sumber tenaga boleh diperbaharui akan menjadi salah satu penyumbang tenaga yang utama dalam beberapa dekad lagi. Malaysia sendiri yang memasuki babak baru dalam pembangunannya yang berteraskan kepada wawasan negara ingin menjadi negara maju menjelang 2020. Hasrat ini hanya akan tercapai sekiranya negara mampu membekalkan tenaga secukupnya untuk pembangunannya serta dapat menjamin keseimbangan pembangunan dengan alam sekitar yang selesa. Dengan sebab itu, kerajaan sanggup berbelanja berjuta-juta ringgit bagi meningkatkan lagi keupayaan penghasilan tenaga elektrik untuk perkembangan ekonomi dan taraf hidup. Dalam abad ke-21, permintaan tenaga negara dijangka akan terus meningkat dengan cepat. Bagi memenuhi hasrat pembangunan ini, adalah penting Malaysia mencari satu sumber tenaga yang baru sebagai langkah alternatif dan persediaan masa depan selain daripada hanya bergantung pada bekalan kuasa elektrik konvensional yang ada sekarang. TENAGA YANG BOLEH DIPERBAHARUI Sumber sumber tenaga yang boleh diperbaharui boleh diganti secara semula jadi dalam jangka masa yang singkat. Sumber tenaga ini akan kekal selamanya walaupun kita berterusan menggunakannya.Sumber sumber tenaga yang boleh diperbaharui ialah tenaga suria atau solar, tenaga angin, tenaga air atau kuasa hidro dan bahan bakar biojisim. Kebanyakan sumber sumber tenaga yang boleh diperbaharui ini digunakan untuk menghasilkan arus elektrik.Tidak seperti bahan bakar fosil, sumber tenaga yang boleh diperbaharui yang bukan berasaskan biojisim (kuasa hidro, angin dan suria) tidak menghasilkan secara langsung gas gas rumah hijau.
http://e-tenaga.blogspot.com/p/tenang-boleh-diperbaharui.html

TENAGA KUASA HIDRO (Hydropower Energy) Tenaga kuasa hidro merupakan tenaga yang boleh diperbaharui yang boleh menjana elektrik. Dalam membincangkan tentang kuasa hidro, ia sebenarnya termasuk kuasa hidroelektrik, kuasa air pasang surut, kuasa ombak, dan tenaga haba laut. Tetapi, ia banyak berkisar tentang janakuasa hidroelektrik kerana ia digunakan untuk menjana elektrik di kebanyakan negara di dunia. Tenaga kuasa hidro bergantung kepada kitaran air. Memahami kitaran air adalah penting untuk memahami kuasa hidro. Kitaran Air Tenaga suria memanaskan air pada permukaan, menyebabkan ia tersejat. Wap air ini akan mengkondensasi menjadi awan dan turun semula ke permukaan Bumi sebagai hujan. Air mengalir menerusi sungai menuju laut, di mana ia tersejat dan kitaran air berlaku semula Tenaga Mekanikal (kinetik) Diperoleh Daripada Air Yang Bergerak Jumlah tenaga yang ada pada air yang bergerak ditentukan oleh aliran atau terjunannya. Kederasan air yang mengalir dalam sungai yang besar, membawa suatu tenaga yang besar dalam alirannya. Air yang jatuh atau terjun dengan laju dari satu titik yang tinggi, juga mempunyai banyak tenaga dalam alirannya. Ini dipanggil sebagai tenaga keupayaan. Sama juga, apabila air mengalir menerusi saluran paip (tenaga keupayaan), kemudian menolak dan memusingkan bilah turbin (tenaga kinetik) untuk memutarkan generator bagi menghasilkan elektrik (tenaga elektrik). Dalam sistem sungai yang mengalir, daya arus berpunca dengan adanya, sementara dalam sistem simpanan air, air dikumpulkan di dalam takungan membentuk empangan, kemudian dilepaskan untuk menjana elektrik. Disebabkan sumber kuasa hidroelektrik ialah air, stesen janakuasa hidroelektrik mesti berada dekat dengan sumber air. Kawasan empangan juga boleh dijadikan tempat rekreasi yang menawarkan aktiviti sukan air dan memancing.

http://e-tenaga.blogspot.com/p/tenang-boleh-diperbaharui.html

Tenaga Kuasa Hidro dan Alam Sekitar Penjanaan kuasa hidro menghasilkan tenaga elektrik yang bersih, tidak mempunyai kesan langsung pengeluaran pencemaran udara, tetapi empangan kuasa hidro, takungan, dan operasi penjana boleh menyebabkan kesan alam sekitar. Takungan air pada empangan menghalang migrasi ikan ke kawasan hulu tempat mereka bertelur. Takungan air dan operasi empangan juga merubah sifat semula jadi air seperti suhu, kandungan kimia, ciri ciri aliran, dan jumlah kelodak, semuanya akan menyebabkan perubahan yang signifikan terhadap ekologi (organisma hidup dan persekitarannya) dan batuan dan tanah dari hulu ke hilir sungai. Perubahan ini mempunyai kesan negatif pada tumbuhan dan haiwan semula jadi dalam dan berdekatan sungai, dan dalam delta yang mana sungai mengalir ke laut. Kawasan takungan air mungkin meliputi kawasan semula jadi yang penting, kawasan pertanian, dan kawasan arkeologi, dan juga menyebabkan proses penempatan semula penduduk setempat. Gas gas rumah hijau, seperti karbon dioksida dan metana, juga akan terhasil dalam takungan dan boleh dibebaskan ke atmosfera. Jumlahnya tidak menentu. Pengeluaran dari kawasan takungan air pada kawasan tropika dan iklim sederhana, mungkin sama dengan atau lebih banyak berbanding kesan rumah hijau akibat pengeluaran gas karbon dioksida dari penjanaan elektrik yang sama jumlah dengan menggunakan bahan bakar fosil.

TENAGA BIOJISIM (Biomass Energy) Biojisim merujuk kepada tenaga yang dijana dari reputan benda-benda hidup. Bahan-bahan ini boleh digunakan sama ada sebagai bahan api atau dalam industri. Selalunya, biojisim merujuk kepada pohonan yang ditanam untuk digunakan sebagai bahan api bio, tetapi reputan pohon atau haiwan yang digunakan dalam penghasilan serat, bahan kimia atau haba juga boleh dikategorikan sebagai biojisim. Selain itu, buangan terbiodegradasikan yang boleh dibakar sebagai bahan api juga dikira sebagai biojisim. Namun bahan organik yang telah ditukar oleh proses geologi kepada bahan seperti arang batu atau petroleum tidak dianggap sebagai biojisim. Dalam industri minyak sawit, pelepah dan sisi perahan tandan sawit telah digunakan sebagai biojisim bagi memasak buah sawit sebelum diperah bagi mengeluarkan minyaknya. Biojisim ialah bahan organik diperbuat daripada tumbuhan dan haiwan. Biojisim mengandungi tenaga tersimpan daripada Matahari. Tumbuhan menyerap tenaga Matahari melalui satu proses yang dipanggil sebagai fotosintesis. Tenaga kimia dalam tumbuhan dipindahkan kepada haiwan dan kemudian kepada manusia apabila manusia memakannya. Biojisim ialah tenaga yang boleh diperbaharui kerana kita boleh tanam banyak pokok dan tanaman, dan bahan buangan akan sentiasa dihasilkan. Beberapa contoh bahan bakar biojisim ialah kayu, tanaman, baja

http://e-tenaga.blogspot.com/p/tenang-boleh-diperbaharui.html

dan bahan buangan pepejal - sampah. Apabila dibakar, tenaga kimia dalam biojisim dibebaskan sebagai haba. Apabila membakar kayu, ia merupakan bahan bakar biojisim. Sisa makanan atau sampah boleh dibakar untuk menghasilkan stim menjana elektrik, atau membekalkan haba kepada industri dan rumah.

Menukarkan Biojisim kepada Bentuk Tenaga yang Lain Biojisim boleh ditukarkan kepada beberapa bentuk tenaga lain yang berguna, seperti gas metana atau bahan bakar kenderaan, seperti etanol dan biodiesel. Gas metana merupakan kandungan utama gas asli. Bahan bahan yang berbau, seperti sampah yang mereput, dan bahan buangan pertanian dan bahan buangan oleh manusia, membebaskan gas metana yang juga dikenali sebagai gas bahan buangan atau biogas. Antara sumber sumber biojisim Hasil tanaman seperti jagung dan tebu boleh difermentasikan menghasilkan etanol. Biodiesel, satu lagi bahan bakar kenderaan, boleh dihasilkan daripada tinggalan produk makanan seperti minyak sayuran dan lemak haiwan. Bentuk biojisim yang paling biasa ialah kayu. Ia telah digunakan beberapa ribu tahun yang lalu sebagai bahan bakar untuk pemanasan dan memasak. Kayu berterusan menjadi sumber tenaga utama di kebanyakan negara yang membangun. Kayu dan bahan buangan kayu (kulit kayu, habuk kayu, serpihan kayu dan skrap kayu) membekalkan kita tenaga. Ia digunakan oleh industri, penjanaan kuasa elektrik, dan perniagaan komersial. Selain itu, ia digunakan di rumah untuk pemanasan dan memasak. Tenaga dari Sampah Sampah, selalunya dikenali sebagai bahan buangan sisa pepejal, merupakan sumber tenaga biojisim. Sisa pepejal ini mengandungi bahan biojisim (atau biogenik) seperti kertas, kadbod, skrap makanan, rumput yang dipotong, daunan, kayu dan produk kulit, dan lain lain bahan bukan biojisim yang mudah terbakar seperti plastik dan lain lain bahan sintetik yang diperbuat daripada petroleum. Penguraian biojisim di tapak pelupusan sampah menghasilkan gas metana biogas, yang mana digunakan untuk menjana elektrik.

http://e-tenaga.blogspot.com/p/tenang-boleh-diperbaharui.html

MALAYSIA KEARAH MEMAKSIMUMKAN TENAGA BOLEH DIPERBAHARUI Malaysia kaya dengan sumber tenaga boleh diperbaharui (RE) seperti biomass, biogas, tenaga suria, angin dan juga mini hidro. Potensi RE ini adalah sangat besar, terutamanya tenaga biomass di mana sumber-sumber biomass ini merupakan hasil tanaman sendiri dan pada umumnya tidak didagangkan. Potensi untuk projek mini hidro terutama jenis run-of-the-river juga adalah amat besar kerana tenaga yang diperolehi daripada sungai -sungai di negara ini telah terbukti dapat menyalurkan bekalan elektrik ke kawasan-kawasan pedalaman. Tenaga suria juga merupakan satu lagi sumber RE yang sedia ada, kerana kedudukan geografi Malaysia di garisan Khatulistiwa. Dasar Teknologi Hijau Negara (DTHN) dilancarkan pada 24 Julai 2009. Tenaga hijau merujuk kepada penggunaan sumber-sumber tenaga yang tidak mencemarkan alam dan boleh diperbaharu seperti angin, tenaga nuklear, dan tenaga suria. Teknologi hijau telah dibangunkan di Jepun dan di Jerman sejak tahun 1990-an lagi. Protokol Kyoto 1997 merupakan persetujuan dalam Persidangan Rangka Kerja PBB tentang perubahan iklim dunia. Gas rumah hijau ialah karbon dioksida, metana, nitrus oksida, sulfur heksafluorida, kloroflurokarbon (CFC) dan perfluorokarbon (PFC). Kesan rumah hijau ialah pemanasan yang berlaku apabila kepekatan gas rumah hijau di dalam satu ruangan tertutup meningkat dan menghalang haba daripada mudah terbebas. Teknologi Hijau merujuk pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semulajadi dan meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia. Teknologi Hijau merujuk produk, peralatan, atau sistem yang dapat meminimumkan degrasi kualiti persekitaran.Ini adalah bagi mewujudkan persekitaran yang bebas daripada kesan negatif. Ia juga mempunyai pembebasan Gas Rumah Hijau (GHG) yang rendah atau sifar dan ia selamat untuk digunakan dan menyediakan persekitaran sihat dan lebih baik untuk semua hidupan. Keadaan ini boleh menjimatkan tenaga dan sumber asli, dan menggalakkan sumbersumber yang boleh diperbaharui. Terdapat empat tunggak Dasar Teknologi Hijau Negara. Tunggak yang pertama adalah Tenaga. Dasarnya adalah mencari ketidakbergantungan tenaga dan mempromosikan kecekapan tenaga. Tunggak yang kedua adalah alam sekitar . Dasar alam sekitar adalah memulihara dan meminimumkan kesan kepada alam sekitar. Tunggak yang ketiga adalah ekonomi. Ia adalah bagi meningkatkan pembangunan ekonomi negara melalui penggunaan teknologi dan Sosial dimana meningkatkan kualiti hidup untuk semua . Konsep ini berhubung rapat dengan prinsip pembangunan mapan di mana pembangunan hendaklah memenuhi keperluan masyarakat masa kini tanpa mengabaikan keperluan generasi akan datang.Fungsi utama adalah untuk mengkaji dan menggubal dasar untuk meningkatkan pembangunan mapan melalui aplikasi teknologi hijau. Fungsi kedua adalah untuk mempromosikan dasar teknologi hijau untuk menyokong pembangunan inovasi teknologi hijau dan mengawal serta mengurus potensi risiko dan menyediakan kerangka perundangan untuk menyokong pembangunan teknologi hijau. Strategi yang digunakan untuk meningkatkan penggunaan tenaga diperbaharui adalah dengan mempromosi dan pelaksanaan pembangunan tenaga boleh diperbaharu yang efektif dalam sektor tenaga dan sektor air dan mempromosi dan pelaksanaan program kecekapan tenaga yang efektif dalam sektor tenaga dan sektor air. Strategi yang kedua adalah mewujudkan peluang pekerjaan berkaitan dengan teknologi hijau dan mewujudkan peluang aktiviti ekonomi berkaitan teknologi hijau. Strategi yang ketiga adalah mengorientasi semula industri-industri sedia ada untuk mempraktikkan amalan teknologi hijau dan pembangunan strategi R&D dalam teknologi hijau ke arah pengkomersilan bagi pasaran tempatan. Strategi seterusnya adalah peningkatan pembangunan modal insan dalam bidang teknologi hijau dan penubuhan rangkaian strategik dengan stakeholders yang utama dan relevan.

http://e-tenaga.blogspot.com/p/tenang-boleh-diperbaharui.html

Anda mungkin juga menyukai