Anda di halaman 1dari 127

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT BAB 1 1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 BAB 2 2.1 2.2 2.3 2.

4 2.5 2.6 BAB 3 3.1 3.2 3.3 3.4 3.5 BAB 4 4.1 4.2 4.3 4.4 4.5 BAB 5 PENGENALAN Latar Belakang Masalah Pernyataan Masalah Objektif Kajian Persoalan Kajian Batasan Kajian SOROTAN KAJIAN Definisi Pengurusan Kewangan Kepentingan Pengurusan Kewangan Sumber Kewangan Pelajar Permasalahan Kewangan Langkah-langkah Pengurusan Kewangan yang Strategik Kajian Lepas METODOLOGI Reka Bentuk Responden Instrumen Kajian Pengumpulan Data Analisis Data DAPATAN KAJIAN Pengenalan Analisis Demografi Keutamaan dan Tingkah Laku Perbelanjaan Perancangan Kewangan Kesan Masalah Kewangan PERBINCANGAN DAN DAPATAN KAJIAN Pengenalan Ringkasan Kajian Rumusan Dapatan Kajian Implikasi Dapatan Kajian Cadangan dan Kajian Lanjutan Kesimpulan RUJUKAN REFLEKSI INDIVIDU LAPORAN MINIT MESYUARAT SLAID PEMBENTANGAN

3 5 6 6 6

7 8 10 16 19 20

24 24 24 25 25

26 26 31 40 45

49 49 52 53 54 57 59 62 104 127

1.0 PENGENALAN Golongan mahasiswa adalah kelompok yang penting dalam masyarakat kita kerana golongan inilah yang akan mendokong kepimpinan negara kita pada masa depan. Oleh itu, tidak dapat dinafikan lagi bahawa golongan mahasiswa ini perlu didedahkan dengan segala bentuk ilmu pengetahuan dan kemahiran yang berguna bagi memastikan lahirnya masyarakat yang mempunyai tahap keilmuan dan kemahiran yang tinggi. Pada masa kini, program pendidikan yang disediakan di peringkat institusi pengajian tinggi adalah cukup meluas dan mencakupi pelbagai bidang dan kemahiran dengan tujuan akan menghasilkan tenaga kerja yang mahir dan profesional yang dapat memenuhi keperluan negara. Oleh itu, golongan mahasiswa perlulah menggunakan zaman pengajian mereka untuk mempersiapkan diri ke arah menjadi seorang insan yang sempurna dan mempunyai kemahiran yang tinggi bagi menjamin kesejahteraan diri, bangsa dan negara pada masa depan. Antara kemahiran penting yang perlu ada dalam diri setiap individu ialah kemahiran menguruskan ekonomi dan kewangan. Kewangan merupakan aspek yang amat penting dalam kehidupan kita kerana tanpa adanya kekuatan dalam aspek kewangan, kita tidak mampu untuk mengubah kedudukan kita dalam masyarakat masa kini yang kian membangun selaras dengan perkembangan dunia yang semakin menuju ke arah era globalisasi. Kita tidak akan dihormati dan disegani dan inilah antara sebab utama mengapa kita perlu memberi perhatian berat terhadap usaha-usaha untuk mempertingkatkan kedudukan kewangan kita. Menurut Faudziah et.al (2005), kewangan sebenarnya adalah satu seni dan sains mengurus wang manakala mengurus kewangan pula melibatkan penggunaan pelbagai teori ekonomi dan matlamat-matlamat perakaunan bagi mencapai matlamat firma dan individu. Wang bagi seorang pelajar sama seperti manusia yang lain. Pelajar, terutamanya peringkat tinggi memerlukan wang untuk menampung kos pembelajaran dan sara hidup di universiti. Namun begitu, kos pendidikan tinggi di institusi pendidikan awam dan swasta semakin meningkat hari demi hari. Menurut Siti Alida et.al (2006), hal ini berlaku disebabkan kesan daripada peningkatan kos, serta perubahan orientasi pendidikan dan dasar pembiayaan di peringkat tinggi. Keperluan kewangan semasa di bangku sekolah dan
2

di institusi pengajian tinggi amatlah berbeza. Sekolah rendah dan menengah kini mengenakan yuran percuma kepada semua pelajar (Berita Harian 2011). Namun begitu, senario yang berbeza akan di alami apabila pelajar mula menjejakkan kaki ke universiti. Keperluan kewangan jauh lebih tinggi daripada yang diperlukan di peringkat sekolah rendah dan menengah. Antara kos yang timbul termasuklah yuran pengajian, buku dan bahan pembelajaran, perbelanjaan makan dan minum, penginapan, perjalanan, pakaian, dan kemudahan telekomunikasi. Dalam konteks ini, golongan mahasiswa dan mahasiswi haruslah sedar akan kepentingan pengurusan kewangan supaya tidak terhantuk baru tengadah di kemudian hari. Sehubungan dengan itu, mereka akan lebih berhati-hati dalam berbelanja. 1.1. LATAR BELAKANG MASALAH Bidang pendidikan dan perancangan pembangunan tenaga manusia menjadi tunggak utama dalam proses pembangunan manusia. Pendidikan dilihat sebagai batu loncatan ke arah pembangunan modal insan kelas pertama. Modal insan kelas pertama dilihat sebagai tenaga utama yang menghasilkan keuntungan atau manfaat ekonomi dan menyumbang kepada kekayaan negara. Oleh itu, tidak hairanlah mengapa kerajaan memperuntukkan sejumlah wang yang banyak untuk bidang pendidikan ini. Dalam Utusan Malaysia yang bertarikh 13 April 2006, Perdana Menteri telah mengumumkan dalam pembentangan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) peruntukan sejumlah RM50.6 bilion untuk pendidikan dan latihan. Walaupun bidang pendidikan memberikan nilai tambah yang tinggi kepada aspek pembangunan negara, semua pihak perlu sedar bahawa tidak semua jenis pendidikan yang ditawarkan adalah percuma terutamanya pendidikan tinggi. Melalui dasar pengkorporatan university, semua institusi pengajian tinggi terpaksa menambah dana melalui sumber tersendiri tanpa bantuan kerajaan. Hal ini menyebabkan kos pengajian dari segi yuran, buku-buku akademik, bahan-bahan tugasan dan yuran penginapan semakin meningkat. Senario peningkatan yuran kos pengajian ini sering menjadi perkara utama yang menganggu fikiran ibu bapa dan pelajar. Bagi pelajar yang datang dari latar keluarga yang sederhana dan miskin, peningkatan kos pengajian ini amat merunsingkan. Lebih membebankan lagi apabila pelajar-pelajar yang dari golongan kurang berkemampuan ini tidak mempunyai penaja atau biasiswa.
3

Bagi memastikan semua golongan mendapatkan pendidikan yang seimbang dan bersepadu, kerajaan dan badan bukan kerajaan ada menawarkan skim pinjaman pelajaran dan juga biasiswa bagi pelajar-pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Contohnya PTPTN, KPM, JPA, dan MARA. Namun begitu, menurut Siti Alida et al. (2007), pembiayaan kerajaan kepada para pelajar peringkat tinggi telah mengalami perubahan yang ketara semenjak sepuluh tahun yang lalu, di mana bantuan kerajaan dalam bentuk biasiswa semakin berkurangan dan digantikan dengan program pinjaman pelajar. Tambahan pula, pinjaman dan biasiswa yang diberikan kepada pelajar adalah terhad. Sekalipun berjaya mendapatkan biasiswa dan atau pinjaman, amaun yang diberikan tidak mencukupi untuk menampung kos hidup seseorang pelajar. Kos hidup yang semakin meningkat pada masa kini menyebabkan ada di antara pelajar mengambil inisiatif lain seperti menangguhkan pengajian, berhenti belajar dan ada yang bekerja sambilan. Lantaran itu, pengurusan kewangan adalah sangat penting untuk mengelakkan diri dari pelbagai masalah akibat daripada pengurusan kewangan yang tidak terurus. Menurut Mustapa Mohamed (1993), ilmu ekonomi dan kewangan adalah adalah satu bidang yang mengkaji kegiatan individu atau masyarakat dalam kehidupan seharian mereka, yang berkaitan dengan cara menggunakan sumber-sumber yang terhad dengan cara terbaik bagi memenuhi pelbagai kehendak yang terlalu banyak. Oleh yang sedemikian, kemahiran membahagikan dan menggunakan sumber-sumber yang terhad adalah sangat penting supaya mampu menjamin kesejahteraan dan kelestarian kehidupan. Dari sudut pengurusan kewangan, individu yang mampu menguruskan kewangan dengan bijak dan efisyen akan menikmati kehidupan yang penuh ceria dan gembira. Menurut Wan Nur Saliha (2002), pelajar yang mampu menguruskan

kewangan dengan bijak dan sistematik akan lebih memberikan tumpuan kepada pelajaran mereka di universiti. Ini akan lebih menjamin kejayaan mereka dalam bidang pendidikan dan juga kerjaya pada masa akan datang. Justeru itu, golongan mahasiswa perlulah mempunyai kemahiran ini untuk menjamin konsenterasi mereka terhadap pelajaran di universiti. Individu yang gagal menguruskan kewangan mereka akan menjejaskan tumpuan mereka pada pelajaran dan seterusnya mungkin mengakibatkan mereka terjebak dengan kegiatan yang kurang sihat seperti

menggunakan perkhidmatan ceti haram. Perkara ini haruslah dielakkan bagi memastikan golongan pelajar terperangkap dalam jerat muflis. 1.2. PERNYATAAN MASALAH Kos pengajian yang semakin meningkat pada hari ini menyebabkan pelajar mengalami masalah dalam menguruskan kewangan. Akibat dari sumber kewangan yang terhad dan kos perbelanjaan dan pendidikan yang semakin meningkat, maka mungkin ada di antara pelajar yang menghadapi masalah berkaitan dengan kewangan dalam menjalani kehidupan seharian. Pengurusan kewangan yang sistematik amat penting dalam kehidupan seseorang individu. Perancangan kewangan yang cekap membantu seseorang individu itu daripada terjebak ke dalam gejala berhutang. Menurut Jabatan Insolvensi Malaysia, hampir 50 peratus yang diisytiharkan musflis disebabkan oleh kad kredit adalah golongan yang berumur di bawah 30 tahun (Ringgit 2010). Gejala berhutang yang serius boleh menyebabkan seseorang itu menjadi muflis dan akhirnya bakal mencemarkan imej sendiri. Dalam kehidupan seorang mahasiswa, gejala pengurusan kewangan yang tidak teratur boleh menjejaskan proses pembelajaran mereka. Laporan daripada Kosmo (2009) menunjukkan kebanyakan pelajar IPTA dan IPTS menyalahgunakan pinjaman PTPTN. Mereka menggunakan pinjaman PTPTN untuk membeli motosikal dan telefon bimbit pintar seperti iPhone. Pembelian barang-barang yang mahal ini telah memberikan bebanan kepada pelajar kerana mereka tidak mempunyai wang yang cukup untuk belanja harian. Kaitan rapat antara masalah kewangan dan pelajaran telah dibuktikan melalui kajian yang dilakukan oleh Wan Nur Saliha (2002). Pelajar yang mengalami masalah kewangan boleh mempengaruhi aspek pembelajaran mereka. Lantaran itu, kajian mengenai pengurusan kewangan perlu dilakukan bagi mengenal pasti apakah sumber kewangan pelajar, bentuk perbelanjaan mereka dan perkara yang diutamakan oleh pelajar dalam aspek perbelanjaan mereka. Melalui kajian ini, diharapkan ia dapat membantu para mahasiswa menguruskan kewangan dengan bijak.

1.3. OBJEKTIF KAJIAN Objektif utama kajian ini ialah untuk: 1. Mengenal pasti permasalahan kewangan yang dihadapi oleh pelajar UKM. 2. Mengenal pasti sumber-sumber utama kewangan pelajar UKM. 3. Mengenal pasti tingkah laku dan keutamaan dalam perbelanjaan pelajar. 4. Mengenal pasti sama ada pelajar membuat perancangan kewangan dalam perbelanjaan. 5. Mengenal pasti kesan daripada masalah kewangan yang dihadapi pelajar UKM. 1.4. PERSOALAN KAJIAN Berdasarkan objecktif kajian di atas, beberapa soalan telah digariskan bagi memastikan objektif kajian tercapai. Antaranya ialah: 1. 2. 3. 4. Apakah masalah kewangan yang dihadapi oleh pelajar? Apakah sumber-sumber utama kewangan pelajar? Apakah jenis perbelanjaan pelajar? Apakah kesan daripada masalah kewangan yang dihadapi pelajar?

1.5. BATASAN KAJIAN Kajian ini hanya tertumpu kepada golongan mahasiswa dan mahasiswi Universiti Kebangsaan Malaysia yang terdiri daripada pelbagai latar belakang, kursus dan pengajian dari pelbagai fakulti yang ada di kampus induk. Jumlah responden yang dikaji ialah sebanyak 150 orang.

2.0 SOROTAN KAJIAN 2.1. DEFINISI PENGURUSAN KEWANGAN Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (2008) dalam Pengurusan Am Kewangan: Kursus Pembangunan Pengetahuan dan Kemahiran Pegawai dan Kakitangan DBKL pada 26 Mei 2008 mentakrifkan pengurusan kewangan sebagai proses melibatkan jentera pentadbiran dan kaedah-kaedah di mana dana untuk membiayai perbelanjaan awam diperoleh, dibelanja dan diperakaunkan. Hal ini termasuklah proses-proses yang melibatkan perancangan, pembentukan dan pelaksanaan dasar-dasar mengenai pencukaian, belanjawan, perbelanjaan, perolehan, perakaunan dan lain-lain yang berkaitan dengannya. Perancangan kewangan juga ditakrifkan tentang mengurus kedudukan

ekonomi atau kewangan seseorang individu dengan mengambil kira perkara-perkara yang ingin dilakukan seperti, berkahwin, membeli aset iaitu kereta atau rumah, merancang untuk mendapatkan anak serta perancangan pendidikan anak-anak. Melalui perancangan kewangan kita dapat mengenalpasti cara-cara membuat belanjawan, menabung dan membelanjakan wang dalam suatu tempoh masa yang tertentu. Pengurusan Kewangan adalah berkenaan dengan perancangan pendapatan dan perbelanjaan individu tersebut, ianya melibatkan keputusan kewangan yang bijak untuk membolehkan seseorang terus mencapai matlamat kewangan beliau. Skop pengurusan kewangan merangkumi Perancangan kewangan dan bajet, Penyimpanan rekod dan perakaunan kewangan, analisa pendapatan dan perbelanjaan, keputusan kewangan berhemah dan mengambil tindakan untuk memperbaiki situasi kewangan seseorang individu itu. Ringkasnya, definisi pengurusan kewangan adalah merancang perbelanjaan, iaitu merancang untuk masa depan dan dalam masa yang sama menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapi oleh setiap individu itu. Pengurusan kewangan adalah sangat penting bagi setiap individu termasuklah pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Dalam konteks ini, mereka perlu bijak dalam menguruskan kewangan agar tidak timbulnya isu seperti pelajar terpaksa mengikat perut dan bekerja sambilan seperti yang terpampang di dada akhbar Berita Harian yang bertarikh 13 Mac 2010 yang bertajuk IPTA di arah lapor graduan ikat
7

perut ekoran untuk menampung kos hidup sepanjang mengikuti pengajian di kampus. Menurut suatu kaji selidik yang dijalankan oleh Citibank pada bulan Oktober 2008 di Malaysia, 37% para responden merasakan dengan kedudukan kewangan mereka tergugat, manakala 21% para responden lagi menyatakan wang simpanan mereka hanya mampu bertahan selama 1 (satu) bulan sahaja, sekiranya diberhentikan kerja. Secara puratanya, rakyat Malaysia hanya mempunyai wang simpanan yang dapat bertahan selama 11 minggu sahaja. Lebih daripada 60% responden menyatakan, mereka menyimpan 20% pendapatan bulanan (ini tidak termasuk 11% potongan gaji untuk wang simpanan KWSP). Sejumlah 12% para responden, tidak menabung langsung. Walaupun 86% para respoden menegaskan mereka cuba mengikut belanjawan, namun hanya 28% para responden dapat mengikut perancangan tersebut. Dalam hal ini jelas menunjukkan, suatu pengurusan kewangan dan cara hidup dalam kalangan pengguna di Malaysia diperlukan terutama lagi dalam kegawatan ekonomi yang melanda seantero dunia. 2.2. KEPENTINGAN PENGURUSAN KEWANGAN Merancang kewangan dapat membantu seseorang itu mengimbangkan antara kemasukan dan perbelanjaannya, misalnya seseorang itu tidak boleh berbelanja sebanyak Ringgit Malaysia Sepuluh (RM10) jika kemasukannya hanya Ringgit Malaysia lapan (RM 8) . Hal ini demikian kerana akan mengakibatkannya berhutang kerana berbelanja melebihi pendapatan yang ditetapkan. Ini sebenarnya hanyalah asas perkiraan yang sangat mudah dalam menguruskan kewangan. Dengan kemahiran ini, setiap individu akan dapat menguruskan pendapatan mereka dengan baik, walau sekecil mana pun jumlahnya. Sebaliknya, tanpa kemahiran ini seseorang itu boleh jatuh miskin walau berapa banyak pun harta keluarga yang diwariskan kepadanya. Hal ini sama seperti pelajar IPTA, bantuan kewangan yang mereka peroleh sepatutnya dimanfaatkan dan diuruskan dengan sebaik mungkin supaya tidak akan menghadapi masalah tidak mempunyai wang untuk perbelanjaan harian. Natijahnya, golongan muda perlu diajar untuk membuat keputusan bijak mengenai wang. Apabila kanak-kanak meningkat usia, mereka membuat lebih banyak keputusan dari segi kewangan. Ia mungkin bermula dengan memutuskan berapa
8

banyak wang saku untuk dibelanjakan di kantin sekolah atau bagi membeli sesuatu yang istimewa. Bagaimanapun ia semakin rumit apabila mereka mendapat kerja pertama semasa cuti atau meninggalkan bangku sekolah. Sebagai contoh, apabila golongan muda kita meninggalkan rumah samada untuk melanjutkan pelajaran atau bekerja, mereka perlu mempunyai asas tentang jumlah kos untuk hidup sendiri. Nasihat perlu diberikan mengenai cara untuk berjimat ke atas makanan dan pengangkutan supaya mereka boleh hidup dalam lingkungan elaun atau pendapatan mereka. Golongan muda perlu diberi kesedaran tentang bahaya kredit mudah. Mereka perlu faham bahawa kad kredit boleh bertukar menjadi sesuatu yang mahal jika tidak bijak menggunakannya. Mereka juga perlu diberitahu bahawa skim ansuran mudah atau sewa beli membabitkan lebih daripada bayaran bulanan kecil, kerana akhirnya kita akan membayar lebih daripada harga tunai. Kemahiran kewangan asas yang diperolehi golongan muda akan dapat membantu mereka membuat keputusan dengan lebih tepat dan kurang

berkemungkinan menjadi mangsa hutang. Negara-negara seperti Great Britain, Amerika Syarikat dan Australia telah mengetahui kepentingan kemahiran ini dan telah mula mengajar anak muda mereka sejak dari bangku sekolah lagi tentang kemahiran kewangan. Malangnya untuk satu kemahiran hidup yang sepenting ini, masyarakat kita tidak diberikan pendidikan formal mengenainya. Tiada matapelajaran pengurusan kewangan peribadi ini diajarkan di sekolah. Jadi tidak hairanlah ramai anggota masyarakat kita yang terperangkap dalam beban hutang yang tidak sepatutnya, manakala ramai eksekutif muda kita diisytihar muflis kerana gagal menguruskan hutang kad kredit mereka. Pemilik kad kredit yang gagal melunaskan hutang dalam tempoh ditetapkan berdepan dengan tindakan mahkamah dan kemungkinan diisytiharkan muflis. Kira-kira 30 peratus kes muflis membabitkan pemegang kad kredit. Kebanyakan pemilik kad kredit yang muflis ialah eksekutif muda berusia bawah 30 tahun. Sumber : Bank Negara Malaysia

Pengetahuan asas kewangan juga penting dalam sesebuah rumah tangga. Pasangan yang telah berkahwin harus bekerjasama merancang kewangan bagi memenuhi keperluan keluarga. Ini kerana ditakuti keperluan yang tidak dipenuhi akan melahirkan rasa tidak puas hati dan menggugat keharmonian keluarga. Perancangan kewangan perlu mengambil kira soal perlindungan harta. Perlindungan insurans dapat memastikan harta tidak lenyap begitu saja apabila musibah yang tidak dijangka melanda. Pendidikan anak-anak juga patut diselitkan dalam perancangan kewangan kita. Selain itu strategi pelaburan perlu dikaji untuk meningkatkan taraf ekonomi keluarga. Keluarga yang tidak bersama-sama membincangkan urusan kewangan ditakuti menghadapi masalah di kemudian hari. Tidak mustahil masalah kewangan boleh meyebabkan tekanan yang menjadi penyebab perceraian pasangan suami isteri. Oleh sebab itulah kemahiran pengurusan kewangan ini harus diberi penekanan yang sewajarnya oleh setiap orang. 2.3. SUMBER KEWANGAN PELAJAR Kesedaran mengenai kepentingan perancangan dan pengurusan kewangan harus dipupuk supaya setiap individu pelajar dapat merancang dan mengurus sumber kewangan mereka dengan sebaik-baiknya dan memperolehi keuntungan dari aspek kewangan, ekonomi, dan sosial. Pelbagai sumber-sumber kewangan utama yang diperolehi mahasiswa UKM masa kini iaitu melalui pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), biasiswa kerajaan, keluarga, kerja sambilan serta bantuan zakat. 2.3.1. Pinjaman Pinjaman adalah bantuan kewangan sementara dimana penerima perlu membayar kembali bantuan secara penuh atau sebahagian mengikut syarat yang telah ditentukan. Pinjaman dari Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) adalah yang paling ramai dipohon pelajar berbanding pinjaman lain.

10

2.3.1.1.

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) ditubuhkan di bawah Akta Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566) dan mula berkuatkuasa pada 1 julai 1997. Operasi PTPTN bermula sejak 1 November 1997. Objektif utamanya ialah memberikan pembiayaan dalam bentuk pinjaman kepada pelajar-pelajar yang layak mengikuti pengajian di peringkat IPT. Ia bertujuan memastikan tiada pelajar yang gagal untuk melanjutkan pelajaran di IPT atas alasan tiada kemampuan dari segi kewangan. Hal ini bermakna dengan adanya PTPTN setiap pelajar yang berkelayakan walaupun daripada keluarga kurang berkemampuan, masih berpeluang dan berupaya melanjutkan pengajian ke menara untuk gading. Selain itu, pembayaran PTPTN balik

dipertanggungjawabkan

menguruskan

pinjaman yang telah diberikan setelah menamatkan pengajian. Pada masa ini PTPTN juga meluaskan fungsinya dengan menyediakan skim simpanan bagi tujuan pendidikan tinggi. Syarat-syarat Pinjaman PTPTN: 1. Warganegara Malaysia 2. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia dengan sekurang-kurangnya tiga kepujian atau yang setaraf dengannya yang diiktiraf oleh kerajaan. 3. Mengikuti program pengajian sepenuh masa pada peringkat ijazah pertama dan diploma dari mana-mana IPT yang ditubuhkan seperti dibawah: (a) Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971; (b) Akta Institusi Teknologi Mara 1976; (c) Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996; atau (d) Akta Pendidikan 1996. 4. Melepasi ukuran tahap pendapatan keluarga yang ditetapkan untuk menentukan kemampuan kewangan keluarga. 5. Pelajar hanya boleh memohon pinjaman kali kedua setelah melangsaikan baki hutang terdahulu.
11

6. Pemohon tidak mendapat sebarang pembiayaan kewangan dari mana-mana badan kerajaan atau institusi swasta yang lain. Sekiranya ada pembiayaan lain, jumlahnya mestilah kurang daripada pinjaman maksimum yang ditawarkan oleh PTPTN. Amaun Pinjaman Pendidikan - Pelajar peringkat ijazah pertama: 1. Pelajar IPTA : RM3,000 hingga RM6,500 setahun. 2. Pelajar IPTS : RM8,000 hingga RM20,000 setahun 3. Pelajar jurusan sains diberikan tambahan RM500 setahun (pinjaman insentif tanpa kos pentadbiran). Pelajar diingatkan bahawa tujuan pinjaman pendidikan ini diberikan adalah untuk menampung sebahagian daripada kos pendidikan dan kos sara hidup. Kecukupan dan ketidakcukupan pinjaman kewangan kepada pelajar bergantung kepada usaha pelajar sendiri dalam menguruskan kewangan dengan baik mahupun tidak. 2.3.2. Biasiswa Kerajaan Biasiswa adalah bantuan pembiayaan di mana penerima tidak diperlukan untuk mengembalikan bantuan yang diterima, dan kadang kala disyaratkan untuk bekerja dengan penaja. Biasiswa Jabatan Pertahanan Awam (JPA) dan biasiswa yayasan-yayasan negeri adalah antara biasiswa yang ditawarkan kepada pelajar dimana pelajar perlu melalui proses temuduga sebelum diluluskan. 2.3.2.1. Jabatan Pertahanan Awam (JPA) Kerajaan melalui Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) sememangnya meneruskan penajaan biasiswa kepada pelajar cemerlang untuk melanjutkan pelajaran di dalam dan di luar negara pada peringkat Ijazah Pertama. Kerajaan menaja pelajar-pelajar cemerlang ke IPT tempatan disamping pelajar-pelajar cemerlang luar negara selaras dengan dasar kerajaan dalam memartabatkan IPT tempatan ke arah menjadikan negara sebagai pusat kecemerlangan dalam penyelidikan dan

pembelajaran.
12

Tajaan biasiswa memberi fokus kepada bidang-bidang kritikal seperti Perubatan, Pergigian, Farmasi, Sains Perubatan Veterinar, Kejuruteraan, Sains & Teknologi serta Sains Sosial. Ini kerana tenaga sumber manusia dalam bidang tersebut amat diperlukan oleh

perkhidmatan awam dan negara. Sebanyak 100 penajaan disediakan kepada pelajar cemerlang lepasan SPM 2009 yang memilih untuk mengikuti pengajian ke empat buah universiti penyelidikan di

Malaysia (Research Universities) yang terdiri daripada Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Malaya (UM). Pecahan penajaan ke universiti penyelidikan adalah seperti berikut:

Sumber; Utusan Malaysia, 2010 2.3.2.2. Biasiswa daripada yayasan-yayasan kerajaan negeri Yayasan-yayasan kerajaan negeri seperti Yayasan selangor, Yayasan perak, Yayasan Pahang, Yayasan Pelajaran Johor, Yayasan Pulau Pinang dan lain-lain juga menyediakan kemudahan biasiswa kepada pelajar sarjana muda bagi melanjutkan pelajaran. Pelajar mendapat sumber kewangan dengan memohon biasiswa melalui yayasan negeri masing-masing. Pembiayaan Biasiswa Yayasan Negeri

diwujudkan bertujuan untuk memberi pembiayaan pendidikan kepada pelajar yang layak tetapi tidak berkemampuan untuk mengikuti

pengajian Sekolah Rendah dan Menengah serta di Institusi Pendidikan Tinggi Awam dan Swasta . Pembiayaan memberi bantuan kewangan
13

khususnya kepada pelajar-pelajar miskin luar bandar yang berpotensi di bidang akademik. Dengan ini membuka lebih banyak peluang kepada golongan pelajar yang pendidikan. 2.3.3. Pemberian Keluarga Keluarga merupakan anggota masyarakat yang paling rapat dan terdekat dengan pelajar. Jadi, tidak mustahillah bagi seseorang pelajar mendapat sumber kewangan daripada keluarga. Keluarga yang dimaksudkan adalah ibu bapa dan adik beradik seperti kakak dan abang yang telah bekerja dan dapat membantu pelajar dari segi kewangan. Keluarga juga termasuklah nenek, datuk, ibu saudara, ayah saudara dan sepupu yang ada. Ia adalah lumrah bagi ahli keluarga untuk membantu semasa dalam keadaan terdesak. Terdapat sesetengah pelajar yang bernasib baik kerana mendapat pemberian sama ada secara sekali sekala atau berkala daripada ahli keluarga. Terdapat dua bentuk bantuan yang dapat diberikan oleh ahli keluarga semasa pelajar menuntut di IPT. Pertama, keluarga memberikan bantuan kewangan bagi tujuan sara hidup atau pembelian buku samada sekali sahaja pada awal dan hujung semester atau secara berterusan sepanjang pengajian. Kedua, ahli keluarga memberi bantuan dalam betuk pinjaman tanpa faedah. Terdapat kebaikan dan keburukan dalam bantuan bentuk pinjaman ini. Kebaikannya, dapat mewujudkan dan meningkatkan kebolehan berdikari dalam mengurus kewangan. Sebaliknya, ia dapat mewujudkan jurang hubungan kekeluargaan renggang kerana wujudnya pandangan negatif bagi pihak yang tidak memahami keadaan sebenar. Bantuan dari segi bentuk pinjaman perlulah dielakkan jika boleh. Pelajar perlu berusaha untuk membayar semula pinjaman yang diperoleh dan jika mendapat pekerjaan kelak. 2.3.4. Kerja Sambilan Mahasiswa yang mendapat pembiayaan kerajaan atau swasta melalui biasiswa dan pinjaman, biasanya menarik nafas lega apabila melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT). Namun, ada juga mahasiswa yang tidak memperoleh sebarang pembiayaan atau pembiayaan tidak mencukupi,
14

tidak berkemampuan untuk mendapatkan

sehinggakan ada yang terpaksa berkerja sambilan bagi menampung keperluan ketika di kampus. Lantas untuk memastikan kelangsungan hidup dan meneruskan pengajian mereka, ramai yang melakukan kerja sambilan seperti membaiki motosikal, komputer, bekerja sambilan di restoran makanan segera atau berniaga di pasar malam. Walaupun pendapatan diraih mereka tidak sebesar mana, namun ia sedikit sebanyak dapat digunakan untuk menampung kos sara hidup mereka. Kerja sambilan dibuat pelajar ada yang kemungkinan disebabkan akibat desakan kos sara hidup yang tinggi. Tidak semua pelajar yang melakukan kerja sambilan itu tidak mendapat pinjaman, tetapi mungkin atas sebab ingin mencari duit tambahan untuk membeli barangan keperluan lain seperti telefon bimbit atau pakaian berjenama. 2.3.5. Bantuan Zakat Agihan zakat kepada golongan fakir dan miskin seringkali menjadi perhatian masyarakat sebagai penanda aras bahawa pusat zakat menjaga kebajikan golongan ini dengan sewajarnya. Hampir di keseluruhan IPTA di Malaysia terdapat tabung zakat mereka yang disalurkan kepada pelajar dalam menjaga kebajikan mahasiswa. Di Universiti Kebangsaan Malaysia, terdapat bantuan zakat UKM di bawah kelolaan Jabatan Bendahari UKM yang juga menjadi salah satu sumber kewangan utama pelajar di sini. 2.3.5.1. Bantuan Zakat UKM Tabung Amanah Zakat Universiti Kebangsaan Malaysia (Tazukm) adalah yang betanggungjawab dalam menguruskan

pembayaran zakat oleh kakitangan UKM menerusi potongan gaji dan pembayaran zakat di kaunter secara tunai atau cek sejak Tazukm dilantik sebagai pembantu Amil bagi pihak Lembaga Zakat Selangor pada Disember 2005. Tabung Amanah Zakat Universiti Kebangsaan Malaysia (Tazukm) telah mengagihkan zakat berjumlah RM746,430.00 kepada 1,175 pelajar pada tahun 2010 sehingga Ogos 2010 (Abdul Razak Hussin, 2010). Takzukm diwujudkan bagi meringankan beban pelajar UKM yang kurang wang pembiayaan. Pembelaan diberikan kepada golongan
15

kurang berkemampuan hasil daripada zakat kakitangan UKM dan sumbangan zakat daripada badan-badan korporat yang disalurkan

menerusi Tazukm. Dengan itu, pelajar UKM tidak menjadikan kurang berkemampuan sebagai alasan untuk tidak mencapai kejayaan cemerlang dalam pengajian mereka. Jenis bantuan zakat yang diurus oleh Tazukm meliputi bantuan umum pelajaran (yuran dan/atau sara hidup), rawatan perubatan, sagu hati kepada saudara baru, bantuan kecemasan dan bantuan aktiviti organisasi pelajar. Pemohon yang hendak memohon bantuan zakat UKM perlulah memenuhi syaratsyarat yang ditetapkan. Syarat-syarat permohonan:i. ii. Pemohon mestilah beragama ISLAM. Pemohon adalah Pelajar UKM SEPENUH MASA dan BERDAFTAR pada semester berkenaan. iii. Pemohon hanya dibenarkan memohon SEKALI pada setiap SEMESTER. Pemohon perlu mengisi borang permohonan dengan lengkap secara talian di alamat http://www.ukm.my/bendahari/zakat.php. Borang yang telah lengkap hendaklah di hantar ke Unit Zakat, One Stop Centre, Bangunan Pusanika, 43600 UKM Bangi, Selangor. 2.4. PERMASALAHAN KEWANGAN Menurut Siti Alida Abdullah (2007), isu kewangan merupakan satu daripada punca tekanan utama dalam kalangan pelajar universiti. Permasalahan kewangan boleh memberikan impak terhadap kehidupan seharian pelajar, baik di dalam pergaulan mahupun pembelajaran. Berikut merupakan empat permasalahan utama yang lazim dialami oleh pelajar: 2.4.1. Bantuan Kewangan Lewat Diterima Kebanyakan pelajar mengalami masalah kelewatan dalam menerima bantuan kewangan. Hal ini telah menyukarkan mereka untuk membayar yuran pengajian dan membeli barang keperluan. Permasalahan ini mengakibatkan
16

pelajar gagal untuk merancang kewangan dengan lebih efektif (Siti Alida Abdullah 2007). Sebagai contoh, pada tahun 2011, Tabung Amanah dan Biasiswa India (ISTF) telah menawarkan bantuan kewangan kepada pelajar Malaysia yang berketurunan India. Namun begitu, hampir sebilangan besar pelajar lewat menerima bantuan kewangan. Bahkan, PTPTN juga turut menerima tempias yang sama. Isu PTPTN mengeluarkan pinjaman yang lewat kepada pelajar bukanlah sesuatu perkara yang asing. Rungutan demi rungutan diterima dan setiap penjelasan yang dikeluarkan mengaitkan permasalahan ini dengan isu pemprosesan dokumen yang belum lengkap. Fenomena ini telah mengakibatkan sesetengah pelajar lewat memulakan pengajian kerana urusan pembayaran yuran yang belum selesai. Ini telah memaksa pelajar untuk mencari alternatif lain, iaitu bekerja secara sambilan untuk menampung kos pengajian. 2.4.2. Tiada Sumber Kewangan Ketiadaan sumber kewangan juga menimbulkan permasalahan

kewangan kepada para pelajar. Laporan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menunjukkan 10956 pelajar telah memohon biasiswa JPA pada tahun 2010 selepas ditetapkan memenuhi syarat yang dinyatakan. Daripada jumlah tersebut, hanya 1500 biasiswa sahaja yang dikeluarkan oleh kerajaan. 847 biasiswa pula dikhaskan untuk pelajar-pelajar yang mengambil bidang-bidang kritikal seperti perubatan, pergigian, farmasi, sains perubatan veterinary, kejuruteraan, sains sosial dan teknologi (Jabatan Penerangan Malaysia 2011). Kriteria yang ketat ini telah mewujudkan tawaran yang terhad kepada kebanyakan pelajar. Selain itu, ada juga pelajar yang sememangnya dari golongan miskin gagal mendapatkan bantuan kewangan. Tinjauan Berita Harian Online (2011) mendapati daripada hampir 180000 jumlah pelajar Universiti Teknologi Mara, 10000 pelajar adalah dari golongan miskin. Sebilangan kumpulan kecil ini masih lagi belum mendapatkan sumber kewangan, baik daripada badan kerajaan mahupun swasta. Masalah ketidakcukupan atau ketiadaan sumber kewangan ini amatlah membebankan para pelajar, terutamanya kepada

17

golongan pelajar yang kurang berkemampuan kerana ini boleh menjejaskan prestasi pembelajaran mereka (Siti Alida Abdullah, 2007). 2.4.3. Wang Pinjaman Tidak Mencukupi Kos perbelanjaan pendidikan yang semakin meningkat menyebabkan kerajaan tidak lagi mampu untuk menanggung sepenuhnya kos pendidikan pelajar. Perbelanjaan pendidikan ini meliputi pembelian bahan ilmiah, yuran pengajian, yuran penginapan, dan sara diri pelajar sepanjang berada di kampus pengajian. Menurut Shahril Marzuki (2008), kos pengajian yang tinggi menyebabkan pelajar tidak dapat membuat tabungan sewaktu belajar. Walaupun ada sesetengah pelajar mendapatkan jumlam pinjaman maksimum PTPTN, iaitu sebanyak RM6000 untuk satu semester, ianya belum tentu dapat menampung jumlah kos akademik yang lain seperti bayaran untuk kajian lapangan, lawatan, program kokurikulum dan sebagainya. Selain itu, pelajar juga turut membiayai kos membeli barang-barang keperluan dan makanan. 2.4.4. Sikap Sikap pelajar juga turut mempengaruhi permasalahan kewangan. Laporan Kosmo Online (2009), yang bertajuk MPP salahkan sikap pelajar IPT mendapati kebanyakan pelajar institusi pengajian tinggi boros berbelanja. Banyak pelajar menyalahgunakan duit pinjama PTPTN untuk tujuan membeli membeli motosikal dan telefon bimbit yang mahal. Laporan turut mendedahkan bahawa perbuatan boros ini kerap melibatkan pelajar yang mempunyai latar belakang keluarga kurang berkemampuan. Ini kerana kebanyakan pelajar mudah terpengaruh dengan cara perbelanjaan rakan yang suka bergaya ketika kuliah. Kesilapan yang paling nyata bagi pelajar ialah apabila melihat wang pinjaman itu sebagai duit belanja untuk memenuhi keinginan sendiri. Shahril Marzuki (2005) menyifatkan amalan ini boleh berjangkit dengan cepat sekiranya tiada kesedaran mengenai pengurusan kewangan yang sistematik di kalangan pelajar.

18

2.5. LANGKAH-LANGKAH PENGURUSAN KEWANGAN YANG STRATEGIK Sekarang, pelajar universiti seperti kehilangan arah apabila hendak menguruskan wang mereka.Akibatnya wang banyak di gunakan untuk perkara yang merugikan berbanding perkara yang perlu. Terimalah hakikat bahawa anda sebenarnya masih belajar dan tidak ada pekerjaan untuk hiburan, yang ada hanya wang untuk di dalam univerisiti itu sendiri. 2.5.1. Pengetahuan Mengenai Kewangan Pelajar univesiti seharusnya didedahkan mengenai pengetahuan kewangan. Melalui pendedahan ini, pelajar akan mengetahui cara-cara pengurusan kewangan yang sistematik. Selain itu, mereka juga akan peka mengenai isu-isu kewangan semasa. Kepekaan ini akan membantu mereka untuk membuat keputusan yang lebih bijak dalam berbelanja. 2.5.2. Tanggungjawab Menguruskan Kewangan Apabila pelajar menjejakkan kaki ke universiti, mereka akan bertanggungjawab ke atas kewangan diri sendiri. Setiap pelajar seharusnya diingatkan mengenai tanggungjawab mereka dalam menguruskan kewangan kerana ini akan menjadikan mereka lebih berhemah. Bagi pelajar yang berasal dari latar belakang keluarga yang kurang berkemampuan, mereka seharusnya lebih peka akan tanggungjawab menguruskan kewangan bagi mengelakkan mereka terikut-ikut dengan gaya hidup pelajar yang datang dari latar belakang keluarga yang mewah. 2.5.3. Pocket Money Book Penggunaan Pocket Money Book amat digalakkan kerana ianya membantu pelajar merangka kewangan dari masa ke semasa. Melalui buku ini, pelajar akan dapat mengawal perbelanjaan mereka. Dengan itu, pelajar tidak akan berbelanja melebihi budjet yang telah ditetapkan.

19

2.5.4. Informasi Dari Laman Sesawang duitsaku.com Koloborasi antara Bank Negara dengan Kementerian Pendidikan Malaysia telah mewujudkan laman sesawang duitsaku.com bagi membolehkan pelajar mendapat informasi terkini mengenai aspek kewangan. Pelajar boleh menyertai kuiz aktiviti interaktif yang lain bagi mengukuhkan lagi pemahaman mereka mengenai kewangan. Selain itu, pelajar juga boleh mendapatkan khidmat nasihat kewangan dengan pakar kewangan dari Bank Negara melalui slot yang disediakan jika mereka mempunyai masalah dalam pengurusan kewangan. 2.6. KAJIAN LEPAS Artikel yang berjudul Money management behaviors of traditional-aged college freshmen and sophomores: a qualitative study hasil kajian Heather A. Nick dan Joan B. Hirt, Chair pada tahun 1997 bertujuan untuk mengkaji bagaimana para pelajar menguruskan sumber kewangan mereka. Dengan itu, objektif kajian terbahagi kepada tiga perkara utama. Pertamanya ialah untuk mengkaji bagaimana pelajar yang baru masuk kolej menguruskan sumber kewangan mereka. Kedua ialah untuk mengkaji apakah reaksi pelajar baru dan pelajar tahun kedua dalam menguruskan sumber kewangan mereka. Ketiga ialah untuk mengkaji bagaimana pelajar tahun dua dalam dan luar universiti menguruskan kewangan mereka. Lokasi kajian ini bertempat di salah sebuah kolej di Blacksburg, Virgiana. Sampel kajian terbahagi kepada empat kumpulan iaitu pelajar baru dalam kampus, pelajar baru luar kampus, pelajar tahun dua dalam kampus, dan pelajar tahun dua luar kampus. Lebih kurang seramai 18 orang pelajar tahun pertama dan tahun kedua pengajian di kolej berkenaan dijadikan sebagai sampel kajian. Data yang dikumpul berdasarkan analisis kualitatif individu menerusi temuduga. Hasil kajian mendapati bahawa pelajar baru dalam kampus membelanjakan wang dengan lebih banyak untuk makanan. Ini berlaku akibat daripada penyesuaian diri ke tempat dan suasana baru di kampus. Selain itu, pelajar baru juga mencatatkan kos bil telefon yang tinggi. Ini disebabkan oleh suasana yang jauh dari keluarga. Dengan itu, didapati bahawa pelajar baru membelanjakan sebanyak lima kali ganda daripada sumber kewangan mereka. Pelajar tahun dua dalam kampus pula membelanjakan sumber kewangan mereka dengan cukup, malah masih mempunyai baki. Walau bagaimanapun, pelajar di dalam kumpulan ini
20

membelanjakan wang lebih kepada hiburan. Pelajar tahun dua luar kampus pula membelanjakan kebanyakan wang kepada pembelian barangan seharian. Sehubungan itu, dapat disimpulkan bahawa semakin lama pelajar berada di kampus, semakin kuranglah perbelanjaan seharian mereka. Artikel yang berjudul Assessment of university students financial management skills and educational needs, hasil kajian Falahati et al. pada tahun 2011 bertujuan untuk mengkaji pengurusan kewangan pelajar universiti dan keperluan kewangan pendidikan. Data yang dikumpulkan adalah daripada mahasiswa universiti awam dan juga swasta. Sampel yang diperolehi adalah berdasarkan beberapa peringkat teknik persampelan. Sebanyak 11 universiti menjadi sasaran kajian. Sebanyak 350 keping borang soal selidik juga diedarkan ke setiap universiti yang merangkumi 300 keping untuk setiap pelajar dalam kampus dan 50 keping untuk pelajar luar kampus. Pengedaran borang soal selidik adalah melalui persatuan pelajar setiap universiti. Data yang dikumpul terbahagi kepada 11 bahagian iaitu perbelanjaan harian, hutang, keperluan masa depan, masa, simpanan, kegunaan pinjaman pendidikan, interaksi sosial, stress, membuat keputusan, penyelesaian masalah, dan pelan karier. Daripada sejumlah 2519 orang pelajar, 20.4% adalah pelajar lelaki dan 59.6% adalah pelajar wanita. Dari segi etnik pula, 71.4% adalah kaum Melayu, 21.7% adalah kaum Cina, 5.0% adalah kaum India, dan 0.8% untuk lain-lain kaum. Kajian mendapati bahawa kebanyakan pelajar masuk universiti tanpa keteguhan kewangan yang kuat dan lemah dari segi pengurusan kewangan. Ini menyebabkan para pelajar selalu berdepan dengan masalah kewangan. Sehubungan itu, majoriti pelajar menggunakan pinjaman kewangan pendidikan. Cuma 30% sahaja yang menggunakan lain-lain sumber untuk mengurangkan bebanan kekurangan wang. Namun begitu, disebabkan oleh peningkatan pembelian barangan dan bayaran servis, angka kenaikan masalah kewangan juga semakin meningkat. Kajian yang dijalankan oleh Nor Afizah Binti Bujang (2007) adalah untuk melakukan tinjauan terhadap pelajar Tahun 1, 2 dan Sarjana Muda Sains bagi meninjau pengurusan kewangan di kalangan mahasiswa. Dalam kajian berkenaan, beliau telah menjelaskan beberapa sumber utama kewangan mahasiswa seperti melalui pinjaman dari Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Jabatan Perkhidmatan Awan (JPA), bantuan dari ibubapa, atau melakukan kerja sambilan. Kajian ini turut menjelaskan bentuk perbelanjaan mahasiswa dan mengenal
21

pasti beberapa permasalahan dalam pengurusan kewangan di kalangan mahasiswa. Sampel kajian terdiri daripada 77 orang mahasiswa Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang dipilih secara rawak. Soalan kaji selidik berbentuk deskriptif merupakan instrumen utama yang digunakan di dalam mengumpul data kajian yang mana mengandungi empat bahagian utama. Dapatan kajian menunjukkan sumber utama kewangan pelajar adalah melalui pinjaman dan di ikuti bantuan ibubapa. Selain itu, ramai pelajar kurang arif dalam menguruskan kewangan diri. Rentetan daripada itu, sumber kewangan yang diterima tidak mencukupi untuk menampung segala kos sara diri, kos pembelian buku-buku rujukan dan sebagainya. Menurut Siti Alida et.al (2006), hal ini berlaku disebabkan kesan daripada peningkatan kos, serta perubahan orientasi pendidikan dan dasar pembiayaan di peringkat tinggi. Justeru itu, pelajar seharusnya bijak menguruskan kewangan dalam perbelanjaan bulanan dan mengawal perbelanjaan dengan berhemah. Kajian yang telah dilakukan oleh Che Rugayah Binti Ismail (2001) adalah membuat tinjauan awal kepada keperluan kaunseling kewangan dalam pengurusan kewangan pelajar. Sampel kajian terdiri daripada 108 orang pelajar Sarjana Pendidikan Teknikal, Semester Dua, Kolej Universiti Tun Hussien Onn. Instrumen utama yang digunakan ialah soalan kaji selidik yang mengandungi 35 item soalan mencakupi demografi, pengetahuan perakaunan, pola perbelanjaan, sikap

perancangan belanjawan, masalah kewangan dan bimbingan kewangan yang diperlukan. Pelajar dalam lingkungan 20 hingga 30 tahun mempunyai keadaan dan gaya hidup yang berbeza daripada pelajar-pelajar lain (Arnaud Sales, Rejean Drolet, dan Isabelle Bonneau, 2001). Dapatan kajian menunjukkan pelajar memerlukan bimbingan dan pendedahan pengurusan kewangan dalam menjana tabiat perbelanjaan yang bijak serta pengurusan kewangan yang mantap dikalangan pelajar. Kebiasaannya ramai yang berasa diri mereka memerlukan pengurusan dan

perancangan kewangan, namun, kekurangan maklumat dan pengetahuan mengenai pengurusan kewangan menyebabkan kepentingannya diabaikan. Perkembangan ekonomi, perubahan struktur cukai dan perubahan yang berlaku dalam rangka kerja sosial telah meningkatkan keperluan pengurusan dan perancangan kewangan (Hallman dan Rosebloom, 1993). Secara keseluruhannya, pengurusan kewangan dikalangan mahasiswa

terutamanya perlu dipandang serius kerana ia dapat membantu mahasiswa


22

mengukuhkan tahap kewangan mereka setelah berada di alam pekerjaan kelak. Di tahap peringkat umur pelajar ini seharusnya mereka telah bijak membuat belanjawan peribadi bulanan agar dapat membantu jika mengalami kesulitan di kemudian hari. Selain itu, kaunseling tentang pengurusan kewangan perlu dilaksanakan secara meluas bagi memberi kesedaran tentang kepentingan dan mengubah cara perbelanjaan dikalangan pelajar. Ini akan dapat mengurangkan peratusan golongan belia yang diisytihar muflis pada usia muda rentetan daripada kegagalan menguruskan kewangan peribadi.

23

3.0 METODOLOGI 3.1. REKA BENTUK Mohd. Majid (1998) mengatakan bahawa kajian kes merupakan penyelidikan yang dilakukan secara intensif oleh penyelidik terhadap satu unit sosial seperti individu, satu keluarga, satu kampung, satu sekolah atau satu masyarakat. Kajian kes tentang pengurusan kewangan dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ini merupakan satu kajian yang dilakukan melalui gabungan kualitatif dan kuantitatif. Dengan itu, mahasiswa dan mahasiswi UKM akan mengisi borang soal selidik yang diedarkan dan seterusnya ditemu bual untuk mendapatkan lebih banyak informasi berkiatan dengan kajian kes yang dijalankan. 3.2. RESPONDEN Kumpulan sasaran kajian ini terdiri daripada 170 orang mahasiswa dan mahasiswi UKM yang dipilih secara rawak. Daripada jumlah tersebut, para responden ini terdiri daripada mahasiswa dan mahasiswi Tahun 1, Tahun 2, Tahun 3, dan sebilangan Tahun 4. 3.3. INSTRUMEN KAJIAN Instrumen kajian terdiri daripada satu set boring soal selidik. Soal selidik yang digunakan dalam kajian ini merangkumi beberapa soalan yang diadaptasikan daripada kajian-kajian yang lepas daripada Nick (1997), Che Rugayah (2001), Mohd. Fazli et al. (2007) dan Nor Afizah (2007) untuk mengukur amalan pengurusan kewangan dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi UKM. Borang soal selidik ini terbahagi kepada enam bahagian iaitu Bahagian A, Bahagian B, Bahagian C, Bahagian D, Bahagian E dan Bahagian F. Berikut merupakan ringkasan kehendak item-item dalam borang soal selidik ini: Bahagian A Latar belakang Bahagian B Masalah kewangan Bahagian C Sumber kewangan

24

Bahagian D Keutamaan dan tingkah laku perbelanjaan Bahagian E Perancangan kewangan Bahagian F Kesan masalah kewangan Untuk Bahagian A, Bahagian C, dan Bahagian D, ia mengkehendaki responden untuk menjawab soalan dalam bentuk separa struktur. Manakala, Bahagian B, Bahagian E, dan Bahagian F, item-item menggunakan skala Likert 5 mata [1=Sangat tidak setuju, 2=Tidak setuju, 3=Kurang setuju, 4=Setuju, 5=Sangat setuju]. Kebolehpercayaan instrument kajian ini telah dilakukan dengan mengedarkan 30 set soal selidik untuk pilot test kepada pelajar tahun akhir Fakulti Pendidikan dan Fakulti Ekonomi dan Perniagaan. Hasil daripada pilot test mendapati ujian Cronbachs Alpha menunjukkan angka .701 yang bermaksud bahawa kajian ini adalah sahih dan boleh dipercayai. Selain itu, responden juga diarahkan untuk memberikan komen dan cadangan penambahbaikkan mengenai soal selidik yang diedarkan. Lantaran itu, sebahagian besar item telah diubah dan dibaiki untuk soal selidik yang sebenar. 3.4. PENGUMPULAN DATA Pengumpulan data telah dilakukan pada 6 Disember 2011, di mana borangborang soal selidik diedarkan kepada mahasiswa dan mahasiswi Tahun 1, Tahun 2, Tahun 3, dan sebilangan Tahun 4 di sekitar kawasan UKM. Para responden diberikan masa selama dua hari untuk melengkapkan boring soal selidik berkenaan. Sebanyak 170 borang selidik yang telah diedarkan hasilnya 170 borang juga diterima semasa pengumpulan data. 3.5. ANALISIS DATA Data yang dikumpul telah dianalisis dengan menggunakan program Statistical Package for the Social Sciences atau lebih dikenali sebagai SPSS versi 16.0. Manakala, data yang telah diproses dimasukan ke dalam program Microsoft Word.

25

4.0 DAPATAN KAJIAN 4.1. PENGENALAN Kajian telah di buat di sekitar kampus yang melibatkan semua fakulti di kampus induk Bangi bagi mengkaji pengurusan kewangan di kalangan mahasiswa dan mahasiswi Universiti Kebangsaan Malaysia. Selepas itu, data-data daripada soalan kaji selidik dikumpul dan dianalisis menggunakan perisian SPSS. Bab ini akan mengulas dengan lebih lanjut mengenai dapatan kajian daripada soalan kaji selidik. 4.2. ANALISIS DEMOGRAFI Kajian ini telah melibatkan seramai 170 responden yang mana merupakan mahasiswa dan mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia. Bahagian ini membincangkan mengenai latar belakang responden yang mengandungi 9 item yang berkaitan dengan latar belakang responden. Antara item-item yang cuba dianalisis terdiri daripada jantina, umur, kaum, kediaman pelajar, fakulti, tahun pengajian, simpanan, nilai simpanan, dan perbelanjaan bulanan. Dapatan daripada kajian dipersembahkan dalam bentuk frekuensi, carta bar dan carta pai supaya ia lebih mudah untuk diteliti dan dianalisis.

Jadual 4.1 Carta pai bagi katogeri jantina dan umur

26

Carta pai 4.1 di sebelah menunjukkan peratusan jantina dan umur responden dalam kajian ini. Seramai 71.2% ( 121 orang ) daripada responden adalah perempuan dan selebihnya 21.8% ( 49 orang ) adalah responden lelaki. Kebanyakkan responden daripada soalan kaji selidik berumur dalam lingkungan 19-23 tahun seramai 91.2% (155 orang), 7.6% (13 orang) berumur antara 24-29 tahun, dan 1.2% (2 orang) berumur 29-33 tahun. Peratusan responden daripada kaum Melayu adalah yang tertinggi iaitu seramai 58.8% (100 orang), diikuti oleh kaum Cina seramai 24.7% (42 orang). Peratusan kaum terendah ialah lain-lain seramai 5.3% (9 orang) yang mana rata-ratanya merupakan suku kaum daripada Sabah dan Sarawak. 91.8% (156 orang) responden ini menetap di kolej kediaman di dalam kampus dan selebihnya menetap di rumah sewa atau rumah sendiri. Seramai 28.8% (48 orang) responden ini merupakan pelajar di fakulti Sains dan Teknologi dan 2.9% (5 orang) responden yang lain pelajar daripada fakulti Teknologi, Sains dan Maklumat. Selain itu, 70 % (119 orang) responden merupakan pelajar tahun tiga bagi semua fakulti.

Jadual 4.2 Carta bar menunjukkan nilai simpanan wang pelajar

Jadual 4.2 menunjukkan sebanyak 51.2% (87 orang) mahasiswa dan mahasiswi mempunyai nilai simpanan melebihi RM1000 di dalam akaun masing-masing. Ini jelas menggambarkan bahawa mahasiswa dan mahasiswi peka dengan amalan menyimpan wang. Namun begitu, terdapat sebilangan pelajar yang tidak mempunyai
27

akuan simpanan. Hal ini mungkin disebabkan pelajar tidak mengambil berat tentang status kewangan mereka dan berkemungkinan mereka mempunyai akaun simpanan tetapi ia tidak aktif.

Jadual 4.3 Carta bar menunjukkan jumlah perbelanjaan bulanan pelajar Jadual di atas menunjukkan 40.6 % (69 orang) pelajar telah membelanjakan sebanyak RM 201-399 dalam masa sebulan dan kebanyakkan mereka menetap di kolej kediaman dalam kampus. Keadaan ini sedikit sebanyak telah mengurangkan kos sara hidup bulanan kerana terdapat pelbagai kemudahan di sekitar kampus yang menawarkan harga yang berpatutan bagi pelajar. Terdapat juga pelajar yang membelanjakan lebih daripada RM1000 setiap bulan. Keadaan ini mungkin berlaku jika pelajar tidak mendapat sebarang pinjaman dan menetap di luar kawasan kampus sekali gus telah meningkatkan purata perbelanjaan bulanan.

28

Profil Demografi Tidak mempunyai Simpanan tetap di bank Tiada aset dalam skin Pelaburan Kurang sumber pendapatan Pinjaman tidak mencukupi Corak perbelanjaan yang boros Bantuan kewangan dan biasiswa tidak mencukupi

Sangat tidak setuju (Bil) (%) 88 51.8

Tidak setuju (Bil) 55 (%) 32.4

Kurang setuju (Bil) 16 (%) 9.4

Setuju (Bil) 7 (%) 4.1

Sangat setuju (Bil) 4 (%) 2.4

37

21.8

35

20.6

34

20

48

28.2

16

9.4

90

52.9

55

32.4

16

9.4

4.1

1.2

29 33

17.1

26

15.3

39

22.9

51

30

24

14.1

19.4

32

18.8

58

34.1

32

18.8

15

8.8

26

15.3

27

15.9

37

21.8

50

29.4

30

17.6

Jadual 4.4

Profil Responden mengenai masalah kewangan pelajar

Jadual 4.4 di atas menunjukkan masalah kewangan yang sering dihadapi oleh pelajar. Kebanyakkan pelajar sangat tidak bersetuju apabila mengatakan mereka tidak mempunyai simpanan tetap di bank dan sebanyak 51.8% (88 orang) tidak bersetuju kerana mereka mempunyai simpanan tetap di bank. Seterusnya, kebanyakkan pelajar setuju dan mengaku bahawa mereka tidak mempunyai aset dalam skim pelaburan iaitu 28.2% (48 orang). Perbezaan yang sedikit di kesemua demografi menunjukkan terdapat juga pelajar yang mempunyai aset dalam skim pelaburan. Sebilangan pelajar iaitu 1.2% (2 orang) sangat bersetuju bahawa kekurangan sumber pendapatan ibubapa menyebabkan mereka mengalami masalah kewangan. Hal ini mungkin disebabkan status ekonomi keluarga yang rendah. Selebihnya sangat tidak bersetuju kerana mereka mungkin memperoleh pinjaman dari mana-mana institusi kewangan untuk menampung kos pengajian dan sara hidup. Selain itu, sebanyak 30% (51 orang) pelajar bersetuju bahawa pinjaman yang diperolehi tidak mencukupi untuk menampung kos sara hidup di universiti. Namun, ada juga pelajar yang sangat tidak bersetuju, 17.1% (29 orang), kerana pinjaman kewangan yang diperolehi amat mencukupi untuk setiap semester. Sebanyak 34.1% (58 orang) kurang bersetuju yang corak perbelanjaan bulanan mereka adalah boros. Terdapat juga sebilangan pelajar, 19.4% (33 orang), sangat tidak bersetuju kerana mereka mempunyai corak perbelanjaan yang berhemah dan berjimat cermat. Ramai
29

pelajar setuju bahawa bantuan kewangan dan biasiswa yang diterima tidak mencukupi iaitu 29.4% (50 orang). Namun, ada juga pelajar yang tidak setuju, 15.9% (27 orang), kerana bagi mereka segala bantuan kewangan dan biasiswa amat mencukupi untuk menampung semua perbelanjaan pengajian dan sara hidup.

Jadual 4.4 Carta bar menunjukkan sumber kewangan pelajar Jadual di atas menunjukkan sebanyak 44.1 % (75 orang) pelajar telah mendapat sumber kewangan mereka daripada pinjaman PTPTN untuk menyara kos pengajian dan sara hidup di kampus. Selain itu, sebanyak 26.5 % (45 orang) telah mendapat sumber kewangan daripada biasiswa seperti biasiswa JPA, MARA dan sebagainya. 25.9 % (44 orang) pelajar pula memperoleh sumber kewangan melalui ibu bapa mereka. Hal ini mungkin disebabkan oleh sumber pendapatan keluarga melebihi RM5000 ke atas yang menyebabkan sebilangan mereka tidak mendapat sebarang bantuan daripada badan pinjaman. Selain itu, sebanyak 2.9 % (5 orang) pelajar telah berusaha mencari wang untuk menyara kos kehidupan seharian dengan membuat kerja sambilan. Kebiasaannya, pelajar memilih untuk bekerja di restoran makanan segeran dan kedai serbaguna dengan melakukannya semasa hujung minggu atau pada waktu malam. Di samping itu, sebanyak 0.6% (1 orang) pelajar telah
30

mendapatkan sumber kewangan melalui kawan-kawan. Keadaan ini mungkin berlaku jika pelajar ini menghadapi masalah kewangan dan kawan-kawan telah membantunya menyelesaikan masalah itu. 4.3. KEUTAMAAN DAN TINGKAH LAKU PERBELANJAAN Bahagian ini akan membincangkan perkara-perkara yang menjadi keutamaan responden dalam berbelanja dan seterusnya menjangka tingkah laku perbelanjaan mereka. Terdapat 5 senarai keutamaan perbelanjaan mahasiswa dan mahasiswi UKM iaitu dari segi perbelanjaan makanan, keperluan, akademik, hiburan dan kenderaan. Senarai ini terdapat pada soalan kaji selidik yang akan dianalisis untuk mengkaji jumlah kewangan yang paling banyak diperuntukkan responden dalam berbelanja seterusnya mengetahui keutamaan perbelanjaan yang menjadi pilihan mereka.

Rajah 4.3 Carta bar peruntukan perbelanjaan bulanan untuk makanan Soalan pertama dalam bahagian ini adalah tentang perbelanjaan bulanan bagi makanan. Rajah 4.3 menunjukkan anggaran perbelanjaan bulanan yang dibelanjakan responden. Berdasarkan carta bar, jumlah perbelanjaan bulanan yang paling ramai dipilih responden adalah RM100 - RM200 iaitu sebanyak 38.2% bersamaan seramai 65 orang. Manakala bagi perbelanjaan dari RM201 hingga RM300 menunjukkan sebanyak 36.5% iaitu jumlah perbelanjaan kedua tertinggi. Hanya seramai 7 orang
31

responden iaitu sebanyak 4.1%

membelanjakan RM401 hingga RM500 untuk

makanan dan sebanyak 10.0% membelanjakan RM500 dan ke atas. Secara keseluruhannya, kebanyakan responden membelanjakan sebanyak RM100 hingga RM200 untuk perbelanjaan makanan setiap bulan kerana mereka kerap makan di dalam kafeteria kolej sahaja berbanding makan di restoran luar kampus. Restoran di luar kampus yang kebiasaannya menjadi pilihan responden adalah di pasar malam, KFC, McD, restoran restoran mewah dan hotel. Hal ini kerana harga yang ditetapkan di kafeteria kolej adalah sangat berpatutan dan bersesuaian mengikut kemampuan mereka sebagai seorang pelajar. Ini menunjukkan responden tahu mengurus kewangan dengan memilih untuk makan di tempat yang murah, berpatutan dan memenuhi selera mereka tanpa membelanjakan sejumlah wang yang besar.

Rajah 4.4 Carta bar peruntukan perbelanjaan bulanan untuk pakaian Seterusnya, responden diajukan soalan berkenaan keperluan dari segi pakaian dan telefon bimbit. Berdasarkan rajah 4.4, dapat dilihat bahawa majoriti daripada responden memperuntukkan wang kurang daripada RM100 sebulan untuk perbelanjaan pakaian iaitu sebanyak 63.5% atau 108 orang responden secara keseluruhannya. Sebanyak 21.8% membelanjakan sejumlah wang di antara RM101RM200 sebulan. Ini menunjukkan jumlah perbezaan responden yang ketara antara
32

kedua-dua

peruntukan

kewangan

ini.

Terdapat

sebilangan

kecil

yang

memperuntukkan perbelanjaan lebih daripada RM401 sebulan iaitu seramai 3 orang sahaja bersamaan sebanyak 1.8%. Melalui dapatan ini menunjukkan bahawa rata-rata keseluruhan responden tidak memilih pakaian berjenama dalam berbelanja. Mereka lebih suka untuk membeli pakaian tidak berjenama tetapi selesa, cantik dan sesuai di pakai yang seterusnya menyumbang kepada penjimatan kewangan dari segi pembelian pakaian. Tempat membeli belah juga menjadi salah satu faktor kurangnya peruntukan kewangan untuk pakaian. Tempat membeli belah yang kebiasaannya menjadi pilihan responden adalah di Metro, Kajang berbanding membeli belah di Alamanda, Warta dan Bukit Bintang. Metro, Kajang adalah tempat yang mudah dikunjungi kerana pihak UKM menyediakan pengangkutan bas rapid KL, memberi kemudahan kepada responden yang tidak mempunyai pengangkutan. Disana, terdapat pelbagai pilihan pakaian dan barang-barang keperluan yang mudah dicari, murah dan cantik. Telefon bimbit adalah satu keperluan penting pada masa kini. Dalam pemilihan jenama telefon bimbit, kebanyakan responden tidak menggunkan jenama blackberry, iphone dan sony ericson tetapi jenama nokia menjadi pilihan. Berdasarkan rajah 4.5 di bawah, hampir keseluruhan responden memperuntukkan kurang daripada RM50 dalam perbelanjaan bil telefon bimbit atau top up iaitu sebanyak 65.3% atau seramai 111 orang responden. Sebanyak 26.5% memperuntukkan antara RM51-RM100, 7.6% antara RM 101-RM150 dan hanya 1 orang sahaja yang membelanjakan sebanyak RM151 RM200 untuk top up. Ini menunjukkan bahawa hampir keseluruhan responden tidak banyak memperuntukkan perbelanjaan dalam membayar bil telefon bimbit atau top up. Ini kerana mereka menghantar khidmat pesanan ringkas dan menelefon rakan-rakan apabila perlu. Responden lebih suka untuk menghantar pesanan melalui laman sosial facebook dimana lebih mudah dan percuma.

33

Rajah 4.5 Carta bar peruntukan perbelanjaan untuk membayar bil telefon bimbit atau top up

Rajah 4.6 Carta bar peruntukan perbelanjaan bulanan untuk buku-buku ilmiah Seterusnya responden ditanya tentang perbelanjaaan bulanan dari segi perbelanjaan akademik seperti pembelian buku-buku ilmiah, kos kajian lapangan dan
34

kos rombongan akademik. Rajah 4.5 menunjukkan peruntukan perbelanjaan bulanan responden-responden untuk buku-buku ilmiah. Melalui rajah, jelas membuktikan bahawa lebih daripada separuh peratusan responden iaitu sebanyak 58.8% telah memperuntukkan kurang daripada RM50 untuk pembelian buku-buku ilmiah. Seramai 42 orang atau 24.7% membelanjakan antara RM51 hingga RM100. Manakala, hanya 2 orang sahaja bersamaan sebanyak 1.2% membelanjakan daripada RM201 dan keatas. Selebihnya seramai 26 orang atau 15.3% memperuntukkan sebanyak RM101 hingga RM200. Secara keseluruhannya, jumlah kewangan yang dibelanjakan responden untuk pembelian buku-buku ilmiah adalah kurang berbanding pembelian makanan. Ini disebabkan kerana kebanyakan responden memilih untuk meminjam buku di perpustakaan atau meminjam daripada rakan lain berbanding membeli buku tersebut. Perpustakaan UKM iaitu Perpustakaan Tun Seri Lanang menempatkan beribu-ribu buah buku yang mudah dicari oleh mahasiswa melalui sistem Gemilang. Dengan itu, tidak hairanlah jika responden memperuntukkan hanya sedikit daripada sumber kewangan mereka untuk pembelian buku-buku ilmiah.

Rajah 4.7 Carta bar peruntukan perbelanjaan untuk kos kajian lapangan

35

Melalui rajah 4.6, dapat dilihat dengan ketara bahawa peruntukan kewangan responden bagi kos kajian lapangan adalah kurang daripada RM50 dengan mencatatkan responden sebanyak 55.3% atau seramai 94 orang. Peruntukan antara RM151 hingga RM200 mencatatkan responden yang paling sedikit iaitu hanya 2 orang bersamaan 1.2% daripada keseluruhan responden. Terdapat sebanyak 3.5% responden memperuntukkan RM201 dan keatas daripada sumber kewangan mereka untuk kos kajian lapangan. Kajian lapangan adalah kajian atau penyelidikan yang dilakukan oleh mahasiswa mahasiswi UKM dilakukan di luar kampus bertujuan untuk mendapatkan data atau menjalankan simulasi berkaitan dengan pembelajaran mereka. Tidak semua fakulti dan hanya subjek tertentu pada semester tertentu sahaja dijalankan kajian lapangan bergantung kepada kehendak pembelajaran dan pensyarah. Kos kajian lapangan kebiasannya adalah percuma, kos ditanggung oleh pihak fakulti dan mahasiswa jarang dikenakan bayaran. Justeru itu, responden dapat menjimatkan kewangan mereka daru segi kos kajian lapangan.

Rajah 4.8 Carta bar peruntukan perbelanjaan untuk rombongan akademik Seterusnya, responden ditanya soalan berkenaan jumlah peruntukan perbelanjaan dalam menyertai rombongan akademik yang dianjurkan oleh pihak
36

fakulti masing-masing mahupun pihak Universiti Kebangsaan Malaysia. Berdasarkan rajah 4.7, sebanyak 67.6% responden memperuntukkan perbelanjaan kurang daripada RM50 dalam menyertai rombongan akademik. Bagi peruntukan perbelanjaan antara RM151 hingga RM200, hanya seramai 3 orang atau 1.8% responden sahaja dan 1.2% daripada responden memilih dan menanda RM201 dan keatas untuk peruntukan perbelanjaan ini. Selebihnya memilih untuk memperuntukkan antara RM51 hingga RM150. Peruntukan perbelanjaan untuk rombongan akademik oleh responden adalah sedikit. Ini kerana rombongan akademik kebiasaannya adalah percuma dan ditaja oleh pihak-pihak tertentu. Dengan itu, responden hanya memperuntukkan duit untuk makanan sahaja sepanjang rombongan. Hanya fakulti tertentu sahaja yang kebiasannya menjalankan rombongan akademik bergantung kepada pensyarah dan subjek yang diambil responden pada semester tertentu. Terdapat juga lawatan sambil belajar yang dianjurkan oleh persatuan atau kelab secara percuma mahupun dikenakan bayaran melalui penyertaan mahasiswa tanpa paksaan dan secara sukarela. Oleh sebab itu, perbelanjaan dapat dikurangkan untuk rombongan akademik.

Rajah 4.9 Carta bar peruntukan perbelanjaaan untuk hiburan Hiburan adalah salah satu aktiviti kegemaran para mahasiswa dan mahasiswi di UKM terutamanya pada hujung minggu. Jadi, soalan seterusnya adalah soalan yang berkaitan dengan jumlah peruntukan bulanan responden untuk aktiviti hiburan.
37

Rajah 4.8 memperlihatkan bahawa lebih daripada separuh peratusan responden memperuntukkan kurang daripada RM50 untuk aktiviti hiburan. Perbelanjaan antara RM51 hingga RM100 mencatatkan responden kedua tertinggi iaitu seramai 41 orang atau sebanyak 24.1% responden dan perbelanjaan antara RM101 hingga RM150 mencatatkan jumalah responden ketiga tertinggi iaitu sebanyak 12.9% responden. Peruntukan sebanyak RM201 dan ke atas adalah peruntukan paling sedikit dipilih responden iaitu hanya seramai 5 orang atau 2.9% responden. Berdasarkan kajian, antara aktiviti hiburan yang kerap dilakukan oleh responden adalah menonton wayang, bermain boling, karoake dan kelab malam. Apabila diajukan soalan tentang aktiviti hiburan yang dilakukan, ramai responden yang memilih selain daripada yang disenaraikan. Aktiviti hiburan lain-lain yang dimaksudkan adalah seperti outdoor shopping. Ini menunjukkan bahawa responden berhati-hati dan bijak dalam berbelanja terutamanya ketika ingin menggunakannya untuk hiburan. Oleh sebab itu, peruntukan perbelanjaan untuk hiburan adalah sedikit berbanding perkara-perkara lain. Kebanyakan responden tidak memilih dalam soal tempat yang dituju untuk berhibur. Antara tempat yang mewah di sekitar dan berdekatan UKM adalah Alamanda, Bukit Bintang, One Utama dan Suria, KLCC. Tetapi responden lebih suka untuk berhibur di tempat-tempat lain seperti Metro Kajang dan The Mines, Serdang. Bagi responden, tidak perlu untuk mereka mencari tempat-tempat mewah untuk berhibur. Ini adalah satu perkara baik kerana responden tahu kemana harus dibelanjakan sumber kewangan yang diperolehi.

38

Rajah 5.0 Carta bar peruntukan perbelanjaan bulanan untuk minyak kenderaan Berdasarknan rajah 4.9, dapat dilihat bukti yang ketara bahawa perbelanjaan bulanan untuk minyak kenderaan tidak diperuntukkan oleh hampir keseluruhan responden seramai 107 orang atau 62.9% responden. Sebanyak 13.5% responden membelanjakan kurang daripada RM50 sebulan dan ini adalah peruntukan yang paling tinggi dipilih oleh responden. Seramai 13 orang responden memperuntukkan lebih daripada RM201 dan keatas. Perbelanjaan antara RM151 hingga RM200 adalah yang paling sedikit dipilih responden iaitu seramai 3 orang atau sebanyak 1.8% responden. Secara keseluruhannya, kebanyakan responden tidak memiliki kenderaaan atau pengangkutan persendirian seterusnya menjimatkan kewangan responden daripada membeli minyak kenderaan. Ini kerana pihak UKM telah menyediakan perkhidmatan bas untuk memudahkan mahasiswa bergerak dari satu destinasi ke destinasi lain terutamanya ke fakulti masing-masing. Mahasiswa sebenarnya telah membayar untuk menggunakan perkhidmatan bas ini daripada yuran yang telah dikenakan oleh pihak UKM.

39

Terdapat juga responden yang lebih selesa berjalan kaki ke fakulti kerana menjimatkan masa daripada menunggu ketibaan bas dan fakulti berdekatan dengan kolej kediaman responden. Bagi responden yang mempunyai pengangkutan persendirian, jenis pengangkutan yang dimiliki adalah seperti motor, kereta dan basikal. Pengangkutan jenis kereta adalah yang paling tinggi dimiliki responden kemungkinan kerana memudahkan mereka berlindung daripada cuaca yang tidak menentu tetapi bagi pengguna kereta mereka banyak memperuntukkan perbelanjaan dalam pembelian minyak kenderaan berbanding motosikal. 4.4. PERANCANGAN KEWANGAN

Rajah 5.1 Carta bar mencari maklumat barangan keperluan sebelum membuat pembelian Daripada carta di atas, dapat disimpulkan bahawa kebanyakkan mahasiswa dan mahasiswi UKM bersetuju untuk mencari maklumat barangan keperluan sebelum membuat pembelian. Ini bermakna, mereka merancang dalam membeli barangan keperluan mereka. Kebanyakkan daripada mereka cuma membeli barangan mengikut keperluan sahaja. Manakala untuk barangan yang menjadi kemahuan mereka cuma diwakili oleh jumlah yang sedikit sahaja.

40

Rajah 5.2 Carta bar merangka bajet sebelum membeli barang Daripada carta di atas, dapat disimpulkan bahawa kebanyakkan mahasiswa dan mahasiswi UKM bersetuju untuk merangka bajet sebelum membeli barang. Ini bermakna, mereka mengambil berat tentang keperluan harian bergantung dengan status kewangan mereka.

Rajah 5.3 Carta bar mencari membeli barangan atau perkhidmatan yang perlu sahaja. Daripada carta di atas, dapat disimpulkan bahawa kebanyakkan mahasiswa dan mahasiswi UKM bersetuju untuk hanya membeli barangan atau perkhidmatan yang perlu sahaja. Disebabkan kekangan kewangan, mungkin para mahasiswa dan

41

mahasiswi sedar bahawa keperluan adalah lebih penting dari kemahuan mereka. Tambahan pula, faktor kesibukkan dengan tugasan dan aktiviti di universiti menghadkan pembelian barang yang berada di luar keperluan.

Rajah 5.4 Carta bar membuat perbandingan harga semasa membeli barang. Daripada carta di atas, dapat disimpulkan bahawa kebanyakkan mahasiswa dan mahasiswi UKM bersetuju untuk membuat perbandingan harga semasa membeli barang. Ini disebabkan, oleh pilihan yang terlalu banyak tentang sesuatu barang di pasaran. Pilihan yang pelbagai membuka ruang kepada mereka untuk memilih barangan yang baik setimpal dengan harga yang berpatutan.

Rajah 5.5 Carta bar membeli barang sewaktu jualan murah sahaja.

42

Daripada carta di atas, dapat disimpulkan bahawa kebanyakkan mahasiswa dan mahasiswi UKM kurang bersetuju untuk membeli barang sewaktu jualan murah sahaja. Ini mungkin kekangan faktor masa dan pengangkutan. Masa jualan murah selalunya tidak menentu kecuali waktu perayaan. Tambahan pula, tiada jualan murah dilakukan sewaktu minggu-minggu perkuliahan. Jika ada pun, kebanyakkan daripada mereka tiada pengangkutan dan masa untuk membeli-belah sewaktu jualan murah diadakan.

Rajah 5.5 Carta bar berbelanja mengikut bajet yang ditetapkan sahaja Daripada carta di atas, dapat disimpulkan bahawa kebanyakkan mahasiswa dan mahasiswi UKM kurang bersetuju untuk berbelanja mengikut bajet yang ditetapkan sahaja. Ini mungkin kerana faktor perbelanjaan yang di luar jangkaan seperti yuran sesuatu program dan barangan keperluan semasa program tersebut.

43

Rajah 5.6 Carta bar sentiasa membuat semakan terhadap perbelanjaan yang telah dibuat. Daripada carta di atas, dapat disimpulkan bahawa kebanyakkan mahasiswa dan mahasiswi UKM bersetuju untuk sentiasa membuat semakan terhadap perbelanjaan yang telah dibuat. Ini mungkin disebabkan oleh faktor keberkesanan membuat perancangan kewangan walaupun dalam skala yang kecil. Tambahan pula, kemungkinan besar ibu bapa mereka memantau perbelanjaan yang telah dibuat.

Rajah 5.7 Carta bar sentiasa membuat perbincangan tentang pembelian dengan rakan-rakan atau ahli keluarga Daripada carta di atas, dapat disimpulkan bahawa kebanyakkan mahasiswa dan mahasiswi UKM kurang bersetuju untuk sentiasa membuat perbincangan tentang
44

pembelian dengan rakan-rakan atau ahli keluarga. Ini mungkin disebabkan oleh kehidupan mereka yang mungkin jauh dari keluarga. Faktor jarak membuatkan mereka tidak berkesempatan untuk berbincang mengenai pembelian. Selain itu, mereka jarang-jarang berbincang tentang pembelian dengan rakan-rakan kerana faktor usia yang sebaya dan secara tidak langsung keperluan dan kemahuan mereka sama. 4.5. KESAN MASALAH KEWANGAN

Rajah 5.8 menangguhkan tugasan akademik sekiranya menghadapi masalah kewangan Daripada carta di atas, dapat disimpulkan bahawa kebanyakkan mahasiswa dan mahasiswi UKM tidak bersetuju untuk menangguhkan tugasan akademik sekiranya menghadapi masalah kewangan. Ini mungkin disebabkan oleh kemestian untuk meneruskan pengajian. Tambahan pula, sumber kewangan mungkin ada, cuma agak dalam skala yang terhad iaitu ibu bapa atau rakan-rakan mereka.

45

Rajah 5.9 Carta bar terpaksa makan megi jika mempunyai masalah kewangan. Daripada carta di atas, dapat disimpulkan bahawa kebanyakkan mahasiswa dan mahasiswi UKM tidak bersetuju untuk terpaksa makan megi jika mempunyai masalah kewangan. Ini mungkin disebabkan oleh faktor sumber yang sentiasa ada seperti ibu bapa ataupun rakan-rakan. Tidak dinafikan bahawa sumber-sumber ini sentiasa ada, cuma dalam kadar yang terhad sahaja. Walau bagaimanapun, terdapat segelintir daripada mereka yang terpaksa makan megi. Kumpulan ini mungkin terdiri daripada kumpulan yang betul-betul mengambil berat tentang perbelanjaan mereka.

Rajah 6.0 Carta bar merasakan hubungan kekeluargaan terjejas disebabkan oleh masalah kewangan

46

Daripada carta di atas, dapat disimpulkan bahawa kebanyakkan mahasiswa dan mahasiswi UKM tidak bersetuju bahawa mereka merasakan hubungan kekeluargaan terjejas disebabkan oleh masalah kewangan. Ini mungkin disebabkan oleh realiti bahawa kesuntukan wang bukan penyebab timbulnya masalah keluarga. Walau bagaimanapun, terdapat segelintir responden mempunyai masalah dengan keluarga jika menghadapi masalah kewangan. Ini mungkin disebabkan oleh faktor sumber yang terlalu terhad dan menyebabkan mereka dan pihak keluarga mereka bertelagah.

Rajah 6.1 Carta bar terlibat dengan Ah Long untuk mendapatkan wang dalam masa yang singkat Daripada carta di atas, dapat disimpulkan bahawa kebanyakkan mahasiswa dan mahasiswi UKM tidak bersetuju untuk terlibat dengan Ah Long untuk mendapatkan wang dalam masa yang singkat. Ini mungkin disebabkan oleh kesedaran para mahasiswa dan mahasiswi tentang bahaya jenayah tersebut yang boleh mengakibatkan perkara yang buruk kepada mereka dan juga keluarga mereka. Selain itu, mereka masih mempunyai rakan atau ahli keluarga yang sentiasa menyokong mereka dalam apa jua keadaan sekalipun.

47

Rajah 6.2 Carta bar menghadapi tekanan perasaan kerana terlampau memikirkan masalah kewangan yang dihadapi Daripada carta di atas, dapat disimpulkan bahawa kebanyakkan mahasiswa dan mahasiswi UKM tidak bersetuju bahawa mereka menghadapi tekanan perasaan kerana terlampau memikirkan masalah kewangan yang dihadapi. Ini mungkin disebabkan oleh banyak lagi perkara lain yang mereka perlu risaukan seperti tugasan, kuliah, aktiviti kolej serta aktiviti universiti. Dengan aktiviti-aktiviti seumpama ini, tekanan perasaan terhadap masalah kewangan bukanlah penyebab yang utama.

48

5.0 PERBINCANGAN DAN DAPATAN KAJIAN 5.1. PENGENALAN Kajian yang telah dijalankan bertujuan untuk meninjau dan menganalisis aspek pengurusan kewangan di kalangan pelajar UKM. Antara aspek yang dianalisis ialah sumber utama kewangan pelajar, keutamaan dalam perbelanjaan dan jumlah perbelanjaan bulanan. Faktor-faktor ini turut mempengaruhi cara pembelian dan pilihan barangan. Ini secara tidak langsung mendatangkan kesan sama ada dari aspek kesihatan mahupun akademik kepada para pelajar. Secara khususnya, kajian ini telah dijalankan untuk menjawab lima persoalan utama dalam kertas cadangan iaitu: 1. Apakah masalah kewangan pelajar-pelajar UKM? 2. Apakah sumber utama kewangan pelajar UKM? 3. Apakah keutamaan dan bagaimanakah tingkah laku perbelanjaan pelajar UKM? 4. Adakah pelajar UKM membuat perancangan dalam perbelanjaan? 5. Apakah kesan daripada masalah kewangan yang melanda pelajar UKM? Untuk menjawab segala persoalan berikut, penyelidik telah menggunakan dua instrumen utama iaitu SPSS dan temu bual. SPSS telah digunakan untuk menguji kebolehpercayaan item, menganalisis ketepatan data dan menukar setiap data ke dalam bentuk graf bagi membolehkan setiap data mudah difahami. Teknik temu bual pula digunakan untuk mengukuhkan lagi data yang diperolehi. Di samping itu, teknik ini juga berkeupayaan untuk menjelaskan perkaitan di antara data dan dapatan yang diperolehi. 5.2. RINGKASAN KAJIAN Kajian ini dilakukan di kawasan kampus induk Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Selangor Darul Ehsan. Memandangkan semua penyelidik tinggal di kawasan kolej kediaman yang berbeza, ini sedikit sebanyak telah memudahkan penyelidik untuk mendapatkan jumlah responden yang ramai. Seramai 170 responden telah ditetapkan untuk kajian. Kesemua responden ini telah dipilih secara rawak di kalangan pelajar UKM. Tiada kriteria spesifik ditetapkan untuk pemilihan responden memandangkan kajian ini dijalankan menggunakan kaedah convenience sampling.
49

Dapatan daripada demografi menunjukkan responden wanita lebih ramai berbanding daripada responden lelaki. Antara faktor utama yang mempengaruhi perbezaan responden ini ialah nisbah pelajar lelaki adalah lebih kurang berbanding dengan nisbah pelajar wanita. Namun begitu, dapatan ini kurang mempengaruhi hasil kajian kerana kajian ini tidak bertujuan untuk membuat perbandingan kadar perbelanjaan di antara pelajar wanita dan pelajar lelaki. Dari aspek kaum pula, kebanyakan responden adalah Melayu. Dapatan di bahagian demografi juga mendedahkan yang sebahagian besar responden mempunyai simpanan di bank. Faktor ini memberi pengaruh besar dalam dapatan kajian kerana pelajar mempunyai pendedahan mengenai kepentingan membuat simpanan di bank. Sekalipun pelajar mempunyai simpanan semasa di bank, mereka kurang peka dengan simpanan di skim pelaburan. Kebanyakan pelajar tdak mempunyai aset dalam skim pelaburan seperti di Amanah Saham Bumiputera, Amanah Saham Nasional Berhad, Amanah Saham Satu Malaysia dan lain-lain amanah saham. Persekitaran kajian, jumlah pinjaman dan jumlah simpanan responden mempengaruhi keputusan kajian. Pendedahan mengenai pentingnya aspek

pengurusan kewangan membantu dalam menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapi oleh pelajar. Hasil temubual dijadikan panduan mencari padanan di antara data dan dapatan daripada kajian. 5.2.1. Perbincangan dan Dapatan Kajian. 5.2.1.1. Pelajar mempunyai tahap pengurusan kewangan yang sederhana Dapatan kajian menunjukkan pelajar UKM mempunyai tahap pengurusan kewangan yang sederhana. Sekalipun mempunyai

simpanan di bank, pelajar masih mempunyai masalah kewangan. Kebanyakan pelajar menggunakan pinjaman daripada PTPTN. Jumlah pinjaman yang diperolehi pelajar adalah tidak mencukupi. Faktor ini disebabkan oleh peningkatan yuran pengajian dan kolej kediaman yang agak membebankan pelajar. Selain itu, peningkatan harga buku-buku akademik menyebabkan pelajar terpaksa membelanjakan sebahagian besar simpanan untuk tujuan pembelajaran. Aspek ini secara tidak langsung mempengaruhi nilai tabungan atau simpanan pelajar.
50

Dari

segi

perancangan

kewangan,

kebanyakan

pelajar

memberikan respon yang positif tentang membuat perbandingan harga sebelum membeli, berbelanja mengikut bajet, membeli sewaktu jualan murah dan membeli barangan yang perlu sahaja. Pelajar memberi keutamaan dalam perancangan dalam pembelian barang

memandangkan mereka mempunyai kos sampingan, iaitu yuran pengajian yang mahal. Kesedaran mengenai perancangan dalam pembelian membolehkan pelajar mengawal nafsu dari membeli barang sesuka hati. Perancangan yang rapi mampu menjimatkan kos belanja bulanan. 5.2.1.2. Pelajar mengurangkan kadar perbelanjaan makanan untuk berjimat Masalah kewangan telah menyebabkan beberapa implikasi kepada pelajar. Laporan daripada Berita Harian (2011) menyatakan kos makan dan minum di universiti mencecah RM5, termasuk minuman untuk sekali makan. Kebanyakan pelajar yang ada sedikit lebihan duit boleh membelanjakan untuk dua atau tiga kali makan sehari. Kos sehari sudah mencecah lebih kurang RM10. Untuk sebulan kos paling minimum hanya untuk makan dan minum mencecah RM300. Ditambah pula dengan yuran pengajian yang bermula sekitar RM350 sehingga RM800 untuk IPTA. Pembelian buku rujukan akademik pula mencecah RM250 sekurang-kurangnya, itupun termasuk buku yang tidak mampu dibeli tetapi dicetak melalui mesin fotostat. Ini bermakna pelajar terpaksa menanggung bayaran sebanyak RM1500 sebelum masuknya pertengahan semester. Kekurangan wang menyebabkan pelajar terpaksa memilih untuk memakan mi segera sebagai sajian harian. Pilihan mi segera disebabkan oleh faktor harga mi yang murah. Kebanyakan pelajar menyedari bahawa makan mi segera berlebihan boleh memudaratkan kesihatan tetapi mereka tidak mempunyai pilihan lain kerana harga makanan yang dijual di kafeteria kolej agak mahal. Dengan memakan mi segera,

51

pelajar hanya memperuntukkan belanja kurang daripada RM10 seminggu. 5.3. RUMUSAN DAPATAN KAJIAN Kajian ini dapat merumuskan lima dapatan iaitu : (i) Terdapat masalah kewangan yang dihadapi oleh pelajar-pelajar UKM. (ii) Beberapa sumber utama kewangan pelajar UKM dapat dikenal pasti (iii) keutamaan dan bagaimanakah tingkah laku perbelanjaan pelajar UKM (iv) Tidak semua pelajar UKM membuat perancangan dalam perbelanjaan bulanan mereka (v) Terdapat impak kepada pelajar UKM hasil daripada masalah kewangan yang melanda diri mereka. Secara keselruhan dapatan kajian jelas menunjukkan bahawa pengurusan kewangan sangat penting dipraktikkan di semua peringkat umur bermula dari usia yang muda hinggalah ke akhir hayat. Hal ini demikian kerana, jika kita tidak pandai dan bijak dalam mengurus serta merancang kewangan maka akan berlakulah kes-kes seperti muflis di usia muda seperti yang dilaporkan oleh akhbar . Dalam hal ini pelajar UKM turut dihimpit dengan masalah kewangan yang melanda diri walaupun rata-rata daripada mereka mempunyai wang simpanan di bank. Mahasiswa dan mahasiswi akan mengalami masalah kewangan kebiasaannya pada hujung-hujung semester kerana mereka lalai dan tidak ambil kisah dalam membuat perancangan kewangan. Lantas, akibat daripada tidak mempunyai wang di akhir-akhir semester mereka akan mengambil makanan ringan seperti mi segera kerana harganya jauh lebih murah iaitu boleh didapati dengan hanya RM 1.00 sahaja berbanding dengan harga sepinggan nasi iaitu maksimum RM 2.00 sekiranya hanya memakan nasi dan telur sahaja. Selain itu dapat dalam kajian yang dilakukan dapat dirumuskan bahawa mahasiswa dan mahasiswi UKM bergantung kepada PTPTN untuk membeli sesuatu iaitu seramai 75 orang responden iaitu 44.1 % pelajar memilih PTPTN sebagai sumber utama kewangan mereka.

52

5.4. IMPLIKASI DAPATAN KAJIAN 5.4.1. Pelajar Merancang kewangan bermula apabila seseorang itu merancang perbelanjaan harian. Hampir setiap pelajar mendapat wang saku harian apabila pergi ke sekolah. Namun, tidak semua yang tahu bagaimana untuk membelanjakan wang tersebut. Kadangkala tanpa disedari, wang saku harian habis dibelanjakan untuk makan di Restoran Makanan Segera. Apabila wang saku dibelanjakan untuk makan makanan yang tidak berkhasiat, maka pelajar tidak ada sifat untuk menyimpan wang saku dan mereka hanya akan berfikir untuk menghabiskan wang tersebut. Sikap hidonistik juga ditonjolkan oleh kanak-kanak sehingga wang dan pembaziran adalah perkara biasa supaya kepuasan untuk memakan makanan segera ini tercapai. Salah satu alat bantu yang baik untuk pelajar ialah penggunaan Buku Wang Saku yang diterbitkan oleh Bank Negara. Buku ini merupakan cara yang mudah untuk membantu seseorang pelajar merancang kewangan melalui rancangan berbelanja harian. Apabila mendapat wang, rancanglah

perbelanjaan. Perbelanjaan yang dirancang merupakan amalan yang boleh menjamin masa hadapan yang cerah. Jadikan tabiat suka menyimpan sebagai satu amalan kehidupan seharian. Setiap kali menerima wang saku, rekodkan jumlah yang diterima. Rekodkan perbelanjaan yang ingin dilakukan pada hari tersebut, supaya dapat melihat anggaran simpanan yang akan dibuat. Cuba sedaya upaya untuk tidak berbelanja lebih daripada peruntukan berbelanja yang dirancang. 5.4.2. Kesihatan Kesihatan merupakan aspek yang paling penting bagi diri setiap insan. Hal ini demikian kerana, sekiranya mereka tidak mempunyai kesihtan yang baik tidak kiralah dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek akan member kesan dalam menjalani kehidupan sehari-harian yang sentiasa mencabar. Sebagai contoh dari aspek pemakanan, para pelajar UKM tidak mementingkan kesihatan dengan mengambil makanan mee segera sebagai makanan mereka di kala tidak mempunyai wang. Dalam hal ini, kandungan mee segera tersebut yang didapati tinggi dengan karbohidrat dan rendah fiber, vitamin dan mineral,
53

mengandungi lemak tepu dan lemak trans yang tinggi. Mee segera turut didakwa tidak sihat kerana ia tinggi kalori dan bahan penambah perisa (MSG) yang digunakan di dalam perencah yang disertakan sekali di dalam bungkusannya. Mengikut trend permintaan mi segera dunia bagi tahun 20072009 yang dikeluarkan oleh Persatuan Mi Segera Sedunia (WINA), Malaysia berada pada kedudukan ketiga belas, iaitu sebanyak 11.8 (2007), 12.1 (2008), 12.0 (2009) bagi setiap 100 juta paket. Menduduki tangga pertama adalah China, diikuti oleh Indonesia, Jepun, Vietnam dan Amerika Syarikat. 5.5. CADANGAN DAN KAJIAN LANJUTAN Menjadi seorang pelajar kampus sudah tentunya bukan tugas mudah. Selain mengulang kaji pelajaran dan menyiapkan tugasan, anda juga perlu menguruskan wang agar dapat menjalani hidup sebagai seorang pelajar dengan aman dan tenang. Sekiranya gagal menguruskan wang dengan bijak, ia boleh menganggu tumpuan dan seterusnya memberi kesan kepada pembelajaran para pelajar itu sendiri. Cadangan yang boleh dilakukan adalah dengan memperkanlan subjek

Pendidikan Pengguna ataupun Kewangan di peringkat institusi pengajian tinggi dan ibu bapa dan masyarakat perlu mempamerkan amalan pengurusan yang bijak serta berhemah supaya dapat memberi pendedahan awal kepada mahasiswa untuk menjadi seorang pengurus kewangan yang baik dan juga pengguna yang bijak di pasaran. Hal ini demikian kerana pengurusan kewangan yang berkesan akan memberikan kebaikan kepada diri seseorang individu kerana mereka merupakan invididu yang sentiasa berhati-hati dalam setiap tindakan yang mereka ambil. Selain itu, melalui subjek pendidikan pengguna ini juga mereka didedahkan dengan hak-hak mereka sebagai pengguna dan dilatih untuk merancang kewangan mereka supaya tidak menyesal dikemudian hari. Sebenarnya, pengurusan kewangan yang baik boleh dimulakan hanya dengan mempraktikkan teknik-teknik mudah menyimpan wang. Securities Industry Development Corporation (SIDC), cabang pendidikan dan pembangunan bagi Suruhanjaya Sekuriti, Malaysia ingin berkongsi 10 panduan berjimat cermat untuk pelajar kampus iaitu :

54

Panduan 1 adalah Amalkan peraturan 10 peratus. Secara amnya, Peraturan 10% bermakna anda perlu menyimpan 10% daripada wang yang anda miliki setiap bulan. Contohnya, jika anda mempunyai RM500 setiap bulan, simpanlah RM50. Apabila menerima duit pinjaman PTPTN, MARA, biasiswa atau elaun daripada ibubapa setiap bulan, pastikan anda menyimpan sekurang-kurangnya 10 peratus daripada jumlah yang diperolehi. Wang ini boleh dijadikan simpanan dan pelaburan anda pada masa depan. Amalan ini juga akan mendidik anda untuk menjadi lebih konsisten dan berdisiplin dalam menyimpan wang pada masa akan datang. Panduan 2 adalah mewujudkan Dana Kecemasan. Sebagai pelajar, ada masanya akan berhadapan dengan kejadian yang tidak dijangka dan ianya memerlukan perbelanjaan yang banyak. Sebagai contoh, anda boleh jatuh sakit dan perlu dibawa ke hospital, kenderaan atau komputer mungkin rosak dan perlu diperbaiki, serta isuisu kewangan yang lain. Sekiranya anda tidak mempunyai dana kecemasan, anda pasti akan berdepan dengan pelbagai masalah. Namun, dengan adanya dana kecemasan, anda tidak perlu runsing dan berhutang dengan orang lain kerana anda mempunyai wang simpanan sendiri. Tetapi ingat: Dana kecemasan harus digunakan untuk kecemasan sahaja. Panduan 3 ialah Amalkan tabiat melabur. Menyimpan wang adalah tabiat yang baik tetapi anda perlu melaburkan duit tersebut agar mendapat pulangan yang lebih. Amalkan tabiat melabur secepat yang mungkin supaya anda boleh mendapat pulangan yang maksimum daripada pelaburan. Rebutlah peluang daripada kuasa pengkompaunan dengan melaburkan wang anda dalam produk pelaburan yang sesuai. Sebelum memulakan pelaburan, lakukanlah kaji selidik yang mencukupi dengan membaca prospektus, laporan kewangan dan laporan tahunan, majalah perniagaan dan lain-lain. Dalam memilih produk pelaburan yang paling sesuai dengan tahap risiko, matlamat kewangan dan bajet yang ada,anda perlu mengenali sedikit sebanyak tentang konsep pelaburan. Panduan 4 adalah membuat perbandingan harga semasa membeli-belah. Dengan membandingkan harga dan mencari tawaran yang terbaik, anda mampu menjimatkan wang setiap kali membeli-belah. Membandingkan harga juga mengajar kita untuk menjadi lebih berhati-hati dan bersabar semasa membeli barang. Sebagai seorang pembeli yang bersabar dan berhati-hati, anda tidak akan terdorong oleh nafsu
55

ketika membeli, malah akan sentiasa berusaha mendapatkan nilai yang terbaik untuk wang anda! Panduan 5 ialah Potong kad kredit anda. Kajian yang dilakukan Jabatan Perangkaan Malaysia mendapati bahawa 50% rakyat Malaysia yang diisytiharkan muflis berusia 30 tahun ke bawah. Statistik ini antara lain menggambarkan bahawa pelajar kolej dan golongan dewasa yang baru mula bekerja mewakili 50% daripada rakyat Malaysia yang diisytiharkan bankrap. Tidak kiralah jika anda memilki kad kredit sendiri atau diberi kad kredit oleh ibubapa, tanyalah diri sendiri: Perlukah saya memiliki kad kredit? Ingat! Jadilah pengguna kad kredit yang

bertanggungjawab kerana anda (atau ibubapa anda) yang perlu membayar hutangnya nanti! Panduan 6 aialah mengurangkan bil elektrik bagi pelajar yang tinggal di rumah sewa. Sedar atau tidak, tidak ramai yang mengambil berat isu penggunaan elektrik. Memasang lampu walaupun tiada orang di rumah merupakan suatu perkara lazim yang dipandang remeh walaupun ia merupakan satu pembaziran. Sebenarnya,apabila anda menjimat elektrik, anda juga menjimatkan wang. Antara perkara yang boleh dipraktikkan ialah mengekalkan kelajuan kipas pada tahap sederhana, menggunakan lampu jenis jimat tenaga, serta mengurangkan tahap kecerahan skrin komputer. Panduan 7 ialah menjadi pelajar yang bijak. Sebagai pelajar yang bijak dalam pelajaran, anda juga perlu bijak berbelanja. Cetak tugasan anda di kedua-dua belah muka surat kertas, beli isian semula mesin pencetak dan bukannya kartrij pencetak, pinjam buku rujukan daripada pelajar senior/rakan/perpustakaan, sewa rumah bersama kawan-kawan dan makanlah di kampus. Secara amnya, perkhidmatan dan kemudahan di kampus seperti sewa asrama, fotokopi dan lain-lain adalah lebih murah, jadi ambillah kesempatan ini! Lebih elok lagi, kumpulkan kawan-kawan anda dan carilah peluang mendapatkan diskaun apabila membeli barang (buku, alat tulis, dll) secara pukal di kampus. Panduan 8 ialah menggunakan kad pelajar. Kad pelajar adalah salah satu instrumen yang sangat membantu dalam usaha anda menyimpan wang. Anda boleh menggunakannya untuk mendapat diskaun ketika menonton wayang, membeli buku,

56

menaiki LRT, melayari Internet, bercuti, makan, bersukan dan sebagainya. Bayangkan penjimatan yang anda dapat! Panduan 9 ialah menggunakan pengangkutan awam. Menggunakan

pengangkutan awam biasanya melibatkan kos yang lebih rendah berbanding memandu kereta. Jika kurang minat menaiki pengangkutan awam, kongsi kereta bersama rakan-rakan! Fikirkan juga tentang membeli motosikal atau basikal supaya boleh menjimatkan wang untuk petrol. Sentiasa merancang perjalanan mengikut jadual dan keperluan sahaja. Sebagai contoh, jika destinasi yang dituju tidak jauh dan cuaca mengizinkan, apa salahnya jika berjalan kaki berbanding memandu kereta? Panduan 10 ialah menggunakan internet untuk membuat panggilan. Daripada menghabiskan wang untuk menambah nilai telefon bimbit, apa kata anda membuat panggilan melalui Internet? Anda bukan sahaja dapat berbual sepuas-puasnya, malah tidak perlu membayar walau sesen pun (jika mengunjungi wi-fi hotspot percuma). Sekiranya terdesak atau terpaksa menggunakan telefon bimbit, jangan lupa bahawa lebih murah untuk menghantar mesej (SMS) berbanding membuat panggilan. Kesimpulannya, kehidupan di kolej atau universiti bukanlah sekadar mentelaah pelajaran semata-mata. Selaku pelajar, mereka juga akan menerokai pelbagai aspek kehidupan dan akan menempuhi pelbagai pengalaman yang mampu mencorak kehidupan mereka kelak. Dalam hal ini kita sendiri semestinya tidak mahu masalahmasalah berkaitan wang menjadi isu yang membebankan diri di kampus. Dengan mempraktikkan 10 Panduan yang telah diberikan, para pelajar sepatutnya boleh menikmati kehidupan kampus yang bebas daripada tekanan, seronok, dan mengujakan. 5.6. KESIMPULAN Kajian ini menerangkan tentang pengurusan kewangan di kalangan mahasiswa dan mahasiswi UKM. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti masalah kewangan, sumber-sumber kewangan utama, tingkah laku perbelanjaan, perancangan kewandan dan kesan masalah kewangan di kalangan mahasiswa dan mahasiswi UKM. Mahasiswa dan mahasiswi UKM mempunyai kesedaran mengenai pentingnya pengurusan kewangan. Namun begitu, mereka masih lagi kurang cekap dalam
57

pengurusan kewangan. Ini terbukti apabila kebanyakan pelajar berpendapat bahawa mereka mempunyai masalah pinjaman dari PTPTN masih tidak mencukupi. Selain itu, pelajar juga tidak mempunyai kesedaran tentang wujudnya amanah saham di mana mereka boleh membuat pelaburan untuk mendapatkan dividen yan banyak. Kebanyakan pelajar juga begitu bergantung harap dengan PTPTN dan pemberian wang daripada ibu bapa. Mereka tidak mempunyai alternatif lain untuk mencari sumber kewangan. Dari segi tingkah laku dan keutamaan dalam perbelanjaan, rata-rata para mahasiswa dan mahasiswi UKM sanggup berbelanja lebih untuk makanan. Namun begitu, mereka lebih suka memilih untuk makan di kafeteria kolej kerana faktor geografi yang dekat. Perbelanjaan yang lebih untuk makanan ini berkait rapat dengan harga makanan mahal. Selain itu, pelajar turut memberi keutamaan dalam pembelian barang keperluan. Bedasarkan dapatan kajian, mahasiswa dan mahasiswi UKM ternyata mempunyai kesedaran mengenai perancangan kewangan. Mereka merangka bajet dan

mendapatkan informasi mengenai harga barang sebelum melakukan pembelian. Walaupun begitu, perancangan kewangan yang tidak begitu teratur menyebabkan mereka terpaksa mengikat perut, dengan hanya memakan mi segera semata-mata untuk menjimatkan bajet. Berdasarkan kajian kes yang dijalankan ini, para penyelidik ternyata berpuas hati dengan hasil dapatan yang diperolehi kerana objektif telah berjaya dicapai. Kajian ini telah membuka ruang kepada para pelajar UKM untuk terus peka kepada aspek pengurusan kewangan. Pengurusan kewangan yang sistematik menjamin kualiti hidup yang unggul.

58

RUJUKAN Abdul Razak Hussin. 2010. Zakat bantu pelajar kurang wang pembiayaan di UKM. http://www.pkukmweb.ukm.my [3 SEPTEMBER 2011] Ahmad Afif Ahmad Mohtari Yasim. 2011. Pelajar universiti berlapar wang PTPTN belum masuk akaun. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Pelajaruniversiti__8216_berlapar__8217 _wangPTPTNbelummasukakaun/Article/ [16 DISEMBER 2011] Asset Transfer Unit. 2009. Financial Management. http://atu.org.uk/Support/wiki/FinancialManagement [20 NOVEMBER 2011] Azrina Ahzan. 2011. IPTA diarah lapor graduan 'ikat perut'. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/IPTAdiarahlaporgraduan_ikatperut_/Arti cle/index_html [20 NOVEMBER 2011] Berita Harian. 2011. 73 peratus pelajar daif ambil pradiploma UiTM. http://kedah.uitm.edu.my/home/archives/1149-73-peratus-pelajar-daif ambilpradiploma-uitm [24 NOVEMBER 2011] Berita Harian. 2011. Terus bantu pelajar miskin: PTPTN disaran cari dana tambahan. http://beritaharian.org/terus-bantu-pelajar-miskin-ptptn-disaran-cari-dana tambahan.html [24 NOVEMBER 2011]. Che Rugayah. 2001. Pengurusan Kewangan Pelajar: Satu Tinjauan Awal Kepada Keperluan Kaunseling Kewangan. http://eprints.uthm.edu.my/1251/ [20 NOVEMBER 2011]. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. 2008. Pengurusan Am Kewangan: Kursus Pembangunan Pengetahuan dan Kemahiran Pegawai dan Kakitangan DBKL. Slaid. Kuala Lumpur: DBKL. Falahati, L. Paim, L., Ismail, M., Haron, S. A., Masud, J. 2011. Assessment of university students financial management skills and educational needs. African Journal of Business Management, 5(15), 6085-6091.

59

Ismail Ab. Wahab, Zarina Salleh & Siti Zaharah Buyong. 2008. Budaya Keusahawanan Panduan Memulakan Perniagaan. Selangor: Arah Pendidikan. Jabatan Penerangan Malaysia. 2011. Isu Biasiswa JPA. http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/16-isunasional/6989-biasiswa-jpa-fokus-bidang-kritikal-.html [24 NOVEMBER 2011] Koid, S. L. 2008. Youth Financial Literacy: Development, Delivery and Execution of Programmes. Kuala Lumpur: International Conference on Financial Education, Organised by Bank Negara Malaysia. Kosmo Online. 2009. www.kosmo.com.my [24 November 2011] Kosmo. 2011. Bantuan Kewangan ISTF Kepada Pelajar. http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0830&pub=Kosmo&sec= Terkini&pg=bt_03.htm [24 NOVEMBER 2011] Mohd Majid Konting. 1998. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka. Mohd. Fazli Sabri, Jariah Masud, Laily Paim, Mohd. Amim Othman, Nurkhalila Nordin. 2007. Kajian Keteguhan Kewangan Di Kalangan Belia. Fakulti Ekologi Manusia: Universiti Putra Malaysia. Mohd. Yahya Ariffin & Muhd. Haizuan Rosli. 2001. Akademik, Kerjaya, & Anda. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors. Nick, H. A. & Chair, J. B. H. 1997. Money management behaviors of traditional-aged college freshmen and sophomores: a qualitative study. Blacksburg: Faculty of the Virginia Polytechnic Institute and State University. Nor Afizah Binti Bujang. 2007. Pengurusan Kewangan Mahasiswa: Tinjauan Terhadap Pelajar Tahun 1 Dan 2, Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam). UTM: Fakulti Pendidikan. Pinjaman Peribadi. 2010. Pentingnya Pengurusan Kewangan. http://www.pinjamanperibadi.org/artikel/pentingnya-pengurusan-kewangan/ [20 NOVEMBER 2011]
60

Ringgit. 2010. Kehidupan tanpa perancangan kewangan. Puching Jaya: Percetakan Asas Jaya. Safra Aina Adnan. 2010. Mi segera adakah selamat dimakan? http://www.konsumerkini.net.my/v1/index.php/berita-terkini/isu-makanan/303-misegera-adakah-selamat-dimakan [10 DISEMBER 2011] Shahril Marzuki. 2005. Mengurus dan membiayai Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur: PT Professionals. Sharil Marzuki. 2008. Dasar Kewangan Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Professionals. Siti Aida Abdullah & Halimah Ahmad. 2007. Kewangan & Pelajar IPT. Kuala Lumpur: PTS Professionals. Tigaline. 2011 Really 1200 Orang Rakyat Malaysia Muflis Setiap Bulan. http://really.tigaline.com/really-1200-orang-rakyat-malaysia-muflis-setiap-bulan/ [12 DISEMBER 2011] Utusan Malaysia. 2011. http://utusan-malaysia-online.com/tag/timbalan-menteri-kewangan [24 NOVEMBER 2011] Wikipedia. 2011. Mi segera. http://ms.wikipedia.org/wiki/Mi_segera [10 DISEMBER 2011] Zubaidi Hj Ahmad. 2011. Selamatkah makan mi segera? http://drzubaidi.com/blog/?p=1463 [11 DISEMBER]

61

REFLEKSI INDIVIDU

62

Nama: Afiqah bt Mohamad Hamzah No. Matrik: A128227

63

Refleksi 1 Kuliah minggu 2 Tarikh : 22 September 2011 (Khamis) Tajuk Kuliah : Pengenalan kepada pembelajaran berasaskan masalah dan projek POPBL. Oleh : P.M Dr Ruhizan Mohd Yasin POPBL iaitu Project Oriented Based Learning (Pembelajaran Berasaskan Masalah Berorientasikan Projek). POPBL inilah yang diterapkan dalam kursus GGGB4114 Sains kehidupan dalam pendidikan dimana memerlukan kerangka khas pelaksanaan projek merangkumi isu penyediaan masalah sebenar, penilaian, penyeliaan dan pembaikan berterusan. Prinsip POPBL adalah berorientasikan pelajar dimana memerlukan komitmen dan motivasi pelajar dalam melaksanakannya. Kerja berkumpulan ini mengasah kemahiran sosial, kemahiran komunikasi, kerjasama dan kemahiran-kemahiran lain yang terlibat. Pada kuliah minggu ini, Dr Ruhizan memberikan satu contoh tajuk atau masalah yang boleh dijadikan salah satu projek iaitu mengenai isu air. Dalam hal ini, Dr Ruhizan menyatakan isu-isu berkaitan air, kesan kewujudan IWRM (integrated water resources management) di Malaysia dan masalah-masalah berkaitan air. Melalui pencarian masalah ini, Dr. Ruhizan memberi contoh program yang boleh di lakukan iaitu ceramah kesedaran, forum, debat dan case study. Pelbagai faedah yang bakal dicapai melalui POPBL. Perpaduan dapat dicapai melalui kerja berkumpulan dengan memahami perbezaan budaya dan agama dapat mengecilkan jurang prejudis antara ahli kumpulan. Masalah adalah bersifat sebenar dan perlu dikaji oleh pelajar berbanding tugasan bersifat teori. Dengan itu, pelajar dapat menghadapi cabaran sebenar dan keadaan sebenar dalam menjayakan projek. Kemahiran insaniah iaitu kerja berkumpulan, pengurusan masa, keusahawanan, komunikasi dan lain-lain juga dapat dikukuhkan melalui POPBL. Fasa-fasa dalam POPBL melibatkan pembentukan kumpulan, penyataan masalah, mereka dan pengumpulan data, analisis data dan seterusnya penulisan laporan.

64

Refleksi 2 Kuliah minggu 3 Tarikh : 29 September 2011 (Khamis) Tajuk Kuliah : Isu-isu dalam Pembangunan Masyarakat & Pembelajaran melalui khidmat masyarakat. Oleh : P.M Dr. Abdul Razak Ahmad Kuliah kali ini adalah kuliah yang paling ceria dan penuh dengan gelak ketawa. Semua pelajar menumpukan perhatian kepada kuliah yang diberikan oleh Dr. Razak dan rakan beliau iaitu Dr. Ali. Dr. Razak menceritakan pengalaman beliau mengendalikan projek bersamabersama pelajar di bawah bimbingan beliau yg telah dijalankan pada sesi lepas. Pengkhususan projek beliau adalah melawat dan menjalankan aktiviti di perkampungan orang asli. Projek yang bakal dijalankan ini adalah bersifat khidmat masyarakat. Antara matlamat utama khidmat masyarakat ialah supaya pelajar dapat mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik dan kewarganegaraan di luar bilik kuliah. Program khidmat masyarakat turut mendedahkan pelajar dengan budaya memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara. Sumbangan ini boleh diberikan dalam pelbagai bentuk. Sebagai contoh, melakukan kerjakerja yang bercorak kebajikan Serba sedikit proses sebelum melaksanakan projek. Kertas kerja perlulah dibuat terlebih dahulu terdiri daripada objektif, tujuan dan sebagainya. Perbincangan perlulah dijalankan oleh pihak pelajar dengan pihak orang asli untuk persetujuan aktiviti dan penetapan tarikh yang sesuai. Penajaan juga perlu dicari khusunya dari pihak fakulti dan JPPEL. Sewaktu di perkampungan orang asli, rakaman video wajib di buat. Selepas itu, proses seterusnya dijalankan iaitu membuat artikel dalam bentuk majalah atau surat khabar sebanyak 2 muka surat dan akhir sekali pembentangan. Sepanjang penjelasan Dr. Razak, bagi kami beliau adalah pensyarah yang sangat bagus dan memberi kemudahan kepada pelajar-pelajar di bawah bimbingannya kerana beliau telah tetapkan kampung orang asli yang bakal dijalankan aktiviti tetapi pelajar yang akan menjalankan proses seterusnya. Projek perkampungan orang asli ini sangat berkaitan dengan program khidmat masyarakat kerana pelajar dapat menyumbangkan sesuatu kepada penduduk di sana melalui aktiviti yang bakal dibuat. Pelajar juga dapat mengubah persepsi terhadap kehidupan orang asli dan mengurangkan jurang perbezaan sosial.

65

Refleksi 3 Kuliah minggu 4 Tarikh : 06 Oktober 2011 (Khamis) Tajuk Kuliah : Pembangunan lestari dan kelestarian pendidikan Oleh : P.M Dr Norzaini Azman Kuliah kali minggu ini telah disampaikan oleh P.M Dr Norzaini Azman. Beliau telah menerangkan dan menjelaskan kepada kami berkenaan pembangunan lestari atau dikenali sebagai pembangunan mapan. Menurut P.M Dr Norzaini, pembangunan mapan atau pembangunan lestari merupakan gabungan antara pembangunan yang maju, pemuliharaan dan pemeliharaan. Dimana pemuliharaan adalah membaik pulih sumber alam sekitar seperti air,hutan, mineral yang telah digunakan supaya tidak kehabisan sumber di masa hadapan. Manakala, pemeliharaan pula melibatkan aspek penjagaan serta pelindungan terhadap alam semula jadi daripada diceroboh dan diteroka oleh manusia dengan rakus. Alam semula jadi menjadi tonggak utama negara sebagai kawasan tadahan hujan, habitat flora fauna dan sumber kayu-kayan. Pelbagai usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan Malaysia dalam merealisasikan pembangunan lestari di negara ini termasuklah pembentukan Model Ekonomi Baru (MEB) yang dirangka oleh Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN) serta Rancangan Malaysia ke10 (RMK10) yang dibangunkan oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU). Dalam usaha merealisasikan pembangunan lestari di Malaysia, kerajaan perlu mengambil inisiatif memperbanyakkan pendidikan secara formal di sekolah mengenai pembangunan lestari dan bagaimana untuk menyelamatkan alam sekitar, bagi pendidikan tidak formal badan-badan bukan kerajaan perlu memainkan peranan untuk meringankan beban kerajaan. Selain itu, penggunaan sumber tenaga daripada elektrik kepada sumber alam yang lebih menjimatkan dan mesra alam seperti hidro, ombak dan matahari. Pada pandangan saya, pembangunan lestari mampu dilaksanakan jika semua pihak bekerjasama termasuk badan bukan kerajaan dan masyarakat. Pemaju-pemaju perlu mempunyai kesedaran untuk menyeimbangkan pembangunan yang mapan. Masyarakat juga perlu menitik beratkan masalah alam sekitar supaya tidak merugikan negara pada masa hadapan kerana hutan adalahsumber berharga negara dan pembangunan pula menjadi tunjang ekonomi negara.

66

Refleksi 4 Kuliah minggu 5 Tarikh : 13 Oktober 2011 (Khamis) Tajuk Kuliah : Ketrampilan diri dan komunikasi berkesan. Oleh : P.M Dr Ruhizan Mohd Yasin Kuliah kali ini disampaikan oleh P.M Dr Ruhizan Mohd Yasin tentang ketrampilan diri dan komunikasi berkesan. Ketrampilan diri bermaksud cara kita melihat diri sendiri yang melibatkan konsep kendiri termasuklah cara kita melihat dan berfikir tentang diri, cara orang lain melihat kita dan cara kita yang sebenarnya. Sebagai seorang bakal guru, perlu mempunyai ketrampilan diri yang positif bagi membolehkan menegnal dan menerima bentuk tubuh, mempunyai harga diri dan berkeyakinan diri. Tanpa ketrampilan diri yang baik, akan wujud sikap malu pada diri sendiri, lebih bergantung kepada ibu bapa dan tidak suka berkawan. Sebagai seorang pendidik sangat penting mempunyai ketrampilan yang positif suapaya pelajar berasa mesra dengan guru dan yakin dengan pengaaran yang disampaikan. Komunikasi berkesan adalah satu kemahiran hubungan kemanusiaan yang mementingkan peranan hubungan manusia dengan wujudnya kelancaran dan kejelasan idea dan objektif. Terdapat komunikasi intrapersonal iaitu komunikasi di dalam diri manusia yang melibatkan kita berfikir, mengingat atau berasa dan juga komunikasi interpersonal iaitu komunikasi yang berlaku diantara dua pihak yang berperanan sebagai penghantaran dan penerima mesej. Dalam mewujudkan komunikasi berkesan, kemahiran-kemahiran tertentu perlu diketahui antaranya, menggunakan perkataan yang mudah dan ringkas dan menggunakan kadar pertuturan yang sederhana. Kemahiran komunikasi yang berkesan adalah sangat penting dalam bidang pendidikan terutamanya semasa proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dimana guru perlu menyampaikan isi pengajaran dengan berkesan kepada pelajar-pelajarnya. Pada pendapat saya, kedua-dua aspek ketrampilan diri dan komunikasi berkesan adalah sangat penting yang perlu ada dalam diri seorang guru. Tanpa kedua-dua ini, komunikasi dua hala menjadi tidak berkesan dan mesej yang hendak disampaikan tidak tercapai. Keyakinan diri juga menjadi lemah disebabkan tiada ketrampilan diri. Dalam menjalankan sesuatu projek atau program, kedua-dua aspek ini diperlukan semasa berhubung dengan pihak-pihak yang terlibat. Dengan menjalankan projek, pelajar dapat mengasah sama ada komunikasi mereka berkesan atau tidak dan dapat meningkatkan keyakinan diri.
67

Refleksi 5 Kuliah minggu 6 Tarikh : 20 Oktober 2011 (Khamis) Tajuk Kuliah : Budaya keusahawanan dan pengurusan kewangan. Oleh : Cik Hajah Halimah Harun Pada minggu ini, giliran Cik Hajah Halimah Harun menyampaikan kuliah beliau berkaitan pengurusan kewangan. Beliau menggalakkan para pelajar untuk menabung dan membuat simpanan awal dari usia muda. Ini kerana menurut kajian, ramai remaja pada usia 20-an muflis disebabkan tiada sumber kewangan. Pada awal perkuliahan, Cik Hajah Halimah menyuruh kami menyenaraikan perbelanjaan harian pada semester ini dan perbelanjaan pada masa akan datang supaya pelajar menyedari akan kepentingan berjimat, merancang kewangan dan mengurus kewangan . Setelah saya menyenaraikan segala perbelanjaan, sedikit sebanyak menimbulkan rasa risau dan gusar kerana duit yang dibelanjakan sepanjang semester adalah melebihi daripada simpanan kewangan yang ada. Pengurusan kewangan yang tidak baik disebabkan oleh kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh diri sendiri. Antara kesilapan mengurus kewangan ialah gagal merancang, berbelanja melebihi kemampuan, berbelanja menggunakan kad kredit, lewat menabung untuk hari tua, melabur dalam produk yang tidak bersesuaian, dan tidak menabung untuk waktu kecemasan. Semasa kuliah, Cik Hajah Halimah memaparkan sedikit sebanyak kejayaan beberapa individu dalam bidang perniagaan yang dilakukan pada usia muda. Kebanyakan individu tersebut menjalankan perniagaan secara online dengan menjual kain tudung, kain baju kurung, gadget dan sebagainya bermula secara kecil-kecilan. Antara tips pengurusan kewangan yang berkesan adalah apabila menerima gaji sepatutnya dan berbelanjalah kurang daripada pendapatan, rancang dan patuhi jadual perbelanjaan (bajet) dan lunaskan hutang kad kredit. Selain itu, jika syarikat tempat bekerja menyediakan pelan pesaraan, perlulah mencarum dalam pelan persaraan tersebut. Tips lain ialah menabung, melabur, tingkatkan caruman kemudahan untuk pekerja, semak liputan insurans, kemas kini wasiat dan simpan rekod kewangan dengan baik. Oleh itu, bagi pendapat saya, perancangan dan pengurusan kewangan perlu dimulakan dari perngkat awal. Golongan muda perlu diajar untuk membuat keputusan bijak mengenai wang. Apabila kanak-kanak meningkat usia, mereka membuat lebih banyak keputusan dari

68

segi kewangan. Ibu bapa perlu bertindak dalam membantu pengurusan kewangan anak-anak dari peringkat sekolah lagi supaya anak-anak faham tentang kepentingan berjimat cermat. Refleksi 6 Kuliah minggu 7 Tarikh : 27 Oktober 2011 (Khamis) Tajuk Kuliah : Kepelbagaian budaya dan etnik serta Pelan Integrasi Nasional Oleh : Prof. Datin Dr. Zahara Aziz Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada rakyatnya yang berbilang kaum. Kaum-kaum utama yang terdapat di negara ini ialah Melayu, Cina dan India disamping kaum-kaum yang terdapat di Sabah dan Sarawak seperti kaum Dusun, Murut, Bajau, Kadazan, Iban, Dayak dan sebagainya. Setiap kaum yang terdapat di Malaysia ini mempunyai budaya masing-masing yang telah diamalkan sejak zaman dahulu sehingga sekarang. Penerangan berikut berkaitan dengan kuliah yang disampaikan pada minggu ini. Pada kuliah minggu ini, Prof. Datin Dr. Zaharah Aziz menekankan tentang kepelbagaian budaya dan etnik yang wujud di Malaysia serta Pelan Integrasi Nasional (PIN) yang diwujudkan sebagai merealisasikan cabaran keempat, hasrat Wawasan 2020 iaitu membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, dengan para warganya yang mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur. Menurut Prof. Datin Dr. Zaharah Aziz, secara umumnya integriti ialah kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu pada individu dan organisasi. Integriti berkait erat dengan etika. Ia adalah berlandaskan etika dalam tindakan sehari-hari. PIN ialah sebuah pelan induk yang bertujuan memberikan hala tuju serta bimbingan kepada semua komponen atau sektor masyarakat dan negara. Salah satu konsep PIN untuk memupuk, menyemai dan membaja sistem kehidupan masyarakat dan negara dalam usaha besar membina sebuah masyarakat yang bermoral dan beretika, sekaligus negara yang berintegriti. Terdapat lima sasaran yang diletakkan dalam perlaksanaan PIN iaitu mengurangkan gejala rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan secara berkesan, meningkatkan kecekapan dalam sistem penyampaian khidmat awam, mengatasi kerenah birokrasi dan penyelewengan, meningkatkan tadbir urus korporat dan etika perniagaan, memantapkan institusi keluarga dan seterusnya meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat.

69

Secara keseluruhannya, pelaksanaan pelbagai strategi dan pelan tindakan untuk setiap institusi dan sektor dalam masyarakat dan negara terutamnya dalam institusi pendidikan akan meningkatkan daya tahan gerakan pemantapan etika dan integriti. Semua ini akan menyumbang kepada pembangunan yang seimbang dan lestari, kestabilan politik dan keharmonian kehidupan rakyat pelbagai kaum serta peningkatan kesejahteraan hidup rakyat.

70

Nama: Chai Wei Xiong No. Matrik: A130938

71

Minggu 2 Tajuk: Pengenalan kepada Pembelajaran Berasaskan Masalah (POPBL) (Integral Water Resource Management (IWRM)) Air penting dalam kehidupan. Krisis air terjadi akibat kekurangan sumber air bersih dan pencemaran air. Pertambahan bilangan pengguna menyebabkan permintaan bekalan air dalam kuantiti yang lebih banyak. Pembangunan yang pesat telah mewujudkan gangguan dalam pencegahan pencemaran dan pertambahan kepadatan penduduk di pusat-pusat bandar. Ini menyebabkan sungai berubah menjadi saluran pembetungan terbuka. Pembinaan rumahrumah di tepi sungai memudahkan orang membuang sampah ke dalam sungai. Sungai tercemar bersambung dengan sungai lain dan seterusnya mencemarkan sungai lain. Contohnya, Sungai Gombak bersambung dengan Sungai Klang yang tercemar. Pembelajaran Berasaskan Masalah Berorientasikan Projek (POPBL) sesuai dijalankan dalam kajian tentang usaha menyebarkan kesedaran tentang pentingnya bekalan air. Persatuan mahasiswa harus bekerjasama untuk menjayakan kempen penjimatan air bersih. Mereka melakukan demonstrasi di mana-mana. Ini membolehkan ramai orang mengetahui kempen itu. Mereka menyebarkan kempen penjimatan air bersih melalui blog dan laman web sosial. Penggunaan blog dan laman web sosial menjimatkan kos dalam usaha menjayakan kempen itu. Mereka harus bekerjasama dengan mahasiswa institut pengajian tinggi yang lain dalam usaha menyebarkan kesedaran tentang pentingnya bekalan air bersih. Mereka bekerjasama dengan pihak kerajaan atau persatuan bukan kerajaan (NGO) melalui perjumpaan. Cadangan haruslah difikirkan supaya menunjukkan kesan positif dalam usaha menguruskan bekalan air bersih. Pertandingan tentang penulisan esei pengurusan bekalan air dan reka cipta replika diadakan. Penyelidikan air sungai bersih dilakukan dengan bimbingan pegawai pihak pengurusan bekalan air bersih. Pegawai itu memberikan keterangan tentang air sungai bersih. Kemahiran insaniah dapat diasah melalui pendekatan POPBL. Kemahiran diperlukan oleh bakal-bakal guru dalam kehidupan bermasyarakat. Bakal guru-guru mengamalkan aspek pendidikan di peringkat sekolah atau institusi pengajian tinggi. Dengan pendedahan seperti ini, pelajar dapat menyediakan diri mereka dengan ilmu dan kemahiran bagi memastikan mereka terus berjuang melahirkan generasi-generasi berilmu, bertanggungjawab dan berketerampilan. Kuliah ini juga membantu pelajar untuk melakukan

72

projek Sains Kehidupan yang bakal diberikan oleh pensyarah. Dengan itu, ia dapat membantu pelajar membentuk satu jaringan sosial dengan pihak lain seperti pensyarah atau orang luar. Minggu 3 Tajuk: Isu-Isu dalam Pembangunan Masyarakat & Pembelajaran Melalui Khidmat Masyarakat (Perkampungan Orang Asli) Kuliah pada minggu ini adalah mengenai isu-isu dalam pembangunan masyarakat dan pembelajaran melalui khidmat masyarakat. Tajuk ini telah disampaikan oleh Prof. Dr. Razak dan Encik Mohd. Yusof Daud. Kuliah ini mendedahkan pelajar mengenai kepentingan menjalankan program khidmat masyarakat dan jenis-jenis khidmat masyarakat yang boleh dijalankan oleh pelajar. Khidmat masyarakat bermatlamat untuk membolehkan pelajar mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai moral dalam persekitaran luaran. Cara kehidupan orang asli di kampung berbeza dengan cara kehidupan orang bandar. Tidak semua orang asli mampu mempunyai televisyen dan komputer. Kegiatan utama orang asli ialah bertani, berburu, menangkap hidupan air dan membuat kraftangan apabila orang asli tinggal di luar bandar atau kawasan pedalaman. Kebanyakan rumah orang asli diperbuat daripada kayu-kayan dan buluh. Orang bandar mungkin tidak biasa menetap di perkampungan orang asli kerana suasana perkampungan orang asli berlainan dengan suasana bandar. Tiada pusat membeli-belah di perkampungan orang asli. Pelajar-pelajar itu berpeluang untuk menikmati pemandangan alam yang menakjubkan, merasai kehidupan dan kebudayaan orang asli, dan berkongsi pengalaman dengan orang asli. Pelajar-pelajar itu berpeluang mencuba makanan orang asli. Interaksi dengan orang asli boleh memberikan pengalaman baru kepada pelajar-pelajar Fakulti Pendidikan. Pelajar-pelajar Fakulti Pendidikan berpeluang membantu orang asli dalam aktiviti-aktiviti untuk menjaga kebajikan orang asli. Ini membolehkan mereka menaburkan bakti kepada komuniti orang asli di samping merapatkan hubungan antara mereka dengan orang asli. Pensyarah menceritakan pengalaman tentang lawatan ke perkampungan orang asli. Perkongsian pengalaman tersebut boleh menimbulkan minat seseorang pelajar. Kuliah tidak semestinya dapat membuka mata pelajar-pelajar tetapi lawatan mungkin membolehkan mereka tengok sendiri cara hidup dan budaya orang asli di luar bandar atau pedalaman.

73

Program ini merupakan kaedah yang sesuai untuk melahirkan rakyat yang menghormati kebudayaan kaum lain kerana melibatkan hubungan antara pelajar dengan komuniti lain. Minggu 4 Tajuk: Pembangunan Lestari dan Kelestarian Pendidikan Kuliah pada minggu ini berkisar tentang pembangunan lestari dan kelestarian pendidikan. Pembangunan Lestari merujuk kepada adunan pembangunan atau kemajuan dengan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar daripada musnah. Idea pembangunan lestari dibentuk berasaskan konsep dan prinsip pembangunan berterusan dengan matlamat tentang memenuhi keperluan masa kini tanpa menjejaskan keupayaan generasi akan datang. Kelestarian pendidikan yang penting dalam usaha mengekalkan kelestarian dunia. Pembelajaran sepanjang hayat harus diamalkan kerana terdapat potensi untuk belajar tentang kelestarian dalam kehidupan. Tanpa pembelajaran sepanjang hayat, tahap pemikiran tidak akan dikembangkan dan penciptaan produk mesra alam tidak dimajukan. Pencemaran alam sekitar pernah terjadi akibat daripada sikap terlalu mengejar kemajuan dan tujuan ekonomi serta kekurangan tumpuan terhadap kelestarian. Sekiranya pelbagai pihak tidak memikirkan cara mengekalkan kelestarian, masalah pencemaran dan huru-hara yang susah diselesaikan. Pendidikan untuk pembangunan mapan diamalkan untuk menyedarkan kita tentang kepentingan pembinaan masa depan yang mapan. Pendidikan untuk pembangunan mapan menekankan pembentukan pemikiran kreatif dan kritis serta kesedaran umum terhadap pembangunan mapan. Kaedah pengajaran mestilah berkesan dalam usaha memupuk sikap bertanggungjawab untuk mewujudkan kelestarian. Pengukuhan wibawa, integriti dan profesionalisme yang penting kerana ketiga-tiga nilai tersebut meningkatkan mutu profesion pendidik. Seseorang pendidik mengikut dasar dan mempunyai prinsip serta identiti tersendiri. Kepimpinan berkesan menunjukkan wibawa tinggi. Kelayakan dan prestasi menunjukkan sama ada seseorang mempunyai wibawa atau tidak. Budaya akademik mampu mempengaruhi wibawa seseorang. Integriti meliputi kejujuran, boleh dipercayai, keadilan, hormat dan bertanggungjawab. Kejujuran menentukan seseorang boleh dipercayai. Sikap mementingkan keadilan menunjukkan seseorang mempunyai integriti. Sikap hormat juga menunjukkan seseorang mempunyai integriti. Hormati orang lain akan menyebabkan seseorang menerima penghormatan daripada orang lain. Bertanggungjawab merupakan salah satu sikap positif. Seseorang pendidik tahu akan
74

tanggungjawab mendidik dan melakukan suatu tugas dengan baik. Pengetahuan dan kepakaran yang penting dalam profesionalisme. Sikap dan nilai ditunjukkan mestilah positif. Hasil kerja mestilah berkualiti jika seseorang profesional. Pembelajaran berterusan yang diamalkan supaya meningkatkan kepakaran dan menambah pengetahuan. Seseorang berperaturan yang mungkin jarang melanggar etika kerja. Minggu 5 Tajuk: Kepelbagaian Budaya dan Etnik/ Pelan Integrasi Nasional (Perpaduan) Kuliah menekankan kepentingan perpaduan. Perpaduan merupakan satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat dapat membentuk satu nilai bersama dan identiti serta satu perasaan kebangsaan bersama dalam kalangan mereka. Perpaduan merupakan kunci kejayaan kepada kemerdekaan Tanah Melayu. Rusuhan kaum 13 Mei 1969 menunjukkan betapa rapuhnya perpaduan antara kaum. Isu sensitif seperti hak keistimewaan sesuatu kaum, agama dan politik yang boleh menimbulkan rusuhan sekiranya tidak dikawal. Pelaksanaan Pelan Tindakan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional boleh meningkatkan tahap perpaduan kaum tetapi lebih berkesan dengan pelbagai tindakan dan kerjasama semua pihak. . Pelan itu memberikan fokus dalam usaha memastikan lebih banyak program perpaduan dan integrasi dijalankan di peringkat sekolah, agensi kerajaan,

pertubuhan bukan kerajaan dan sektor swasta. Pelbagai cara diambil untuk menjayakan pelaksanan pelan tersebut seperti pelbagai pertandingan sukan, program khidmat sosial dan aktiviti pelbagai kelab. Konflik tidak akan berlaku sekiranya semua pihak bertolak ansur antara satu sama lain. Integrasi nasional merupakan satu proses dinamik untuk merapatkan masyarakat negeri-negeri dalam Malaysia khususnya di antara negeri-negeri di Semenanjung dengan negeri Sabah dan Sarawak untuk membentuk satu Bangsa Malaysia yang mempunyai identiti sendiri berteraskan Perlembagaan Malaysia dan Rukun Negara. Tanpa integrasi nasional, masalah perpaduan antara masyarakat Semenanjung Malaysia dengan masyarakat Malaysia Timur seperti Sabah dan Sarawak akan terjadi. Jarak menyukarkan proses merapatkan hubungan antara masyarakat Semenanjung dengan masyarakat Malaysia Timur. Oleh itu, agensi-agensi kerajaan, persatuan bukan kerajaan dan sektor swasta yang mengadakan program-program dalam kalangan rakyat Malaysia dari semua negeri. Kemudahan internet

75

digunakan untuk memudahkan proses membina hubungan rapat antara masyarakat Semenanjung dengan masyarakat Malaysia Timur. Kita harus mengekalkan dan merapatkan perpaduan kaum dan seterusnya mengekalkan keamanan dan kedaulatan negara kita. Golongan bakal pendidik berperanan dalam usaha membentuk perpaduan masyarakat bersatu padu dan berintegrasi di peringkat sekolah. Kegagalan menjayakan Pelan Tindakan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional boleh menjejaskan integrasi nasional dan seterusnya turut menjejaskan perpaduan rakyat negara kita yang berbilang kaum. Minggu 6 Tajuk: Kepentingan Melabur (Budaya Keusahawaan dan Pengurusan Kewangan) Pada minggu ini, kuliah telah disampaikan oleh Cik Hajah Halimah dan tajuk kuliah pula berkaitan dengan budaya keusahawanan dan pengurusan kewangan. Melalui kuliah ini, pelajar dapat mempelajari cara-cara merancang kewangan. Pelaburan merupakan salah satu kaedah untuk menambah pendapatan. Pelaburan berisiko rendah atau tinggi. Saya lebih berminat untuk melabur dalam pelaburan berisiko rendah seperti pelaburan saham amanah. Risiko kerugian rendah tetapi pulangan rendah dalam pelaburan saham amanah. Saya perlu tunggu untuk mendapat pulangan dalam tempoh sederhana. Pelaburan tanah dan rumah boleh memberikan pulangan yang tinggi sekiranya harga jualan tanah dan rumah yang tinggi pada masa tertentu. Wang daripada penjualan tanah dan rumah yang boleh dibelanjakan untuk membeli rumah baru atau melancong ke luar negara ataupun memulakan perniagaan. Pelaburan bahan mentah seperti emas dan perak tidak boleh diketepikan. Harga emas dan perak lebih tinggi kini kerana sumber emas dan perak semakin berkurangan. Sumber emas dan perak baharu susah dicari kerana terdapat pertanian dan pembangunan yang dijalankan di atas tanah. Pelaburan saham mesti dilakukan secara berhemah. Kejatuhan harga saham tertentu akan berlaku selepas kenaikan harga saham itu berlaku secara mendadak. Kegagalan menjual saham pada harga munasabah akan menyebabkan seseorang mengalami kerugian yang tinggi dan mungkin memohon untuk menjadi muflis. Membeli insurans adalah jalan baik untuk menanggung kerugian. Pembeli harus membayar premium menurut terma. Pelaburan kereta baru bergantung pada permintaan. Harga jualan kereta terpakai lebih rendah daripada harga jualan kereta baru kerana kereta terpakai telah digunakan. Masalah kerosakan enjin atau kemalangan menyebabkan nilai kereta

76

turun. Pelaburan kereta tidak berapa menguntungkan. Melabur dalam perniagaan baru dimulakan lebih berisiko berbanding dengan melabur dalam perniagaan sedia ada. Perniagaan baru mungkin akan ditutup lebih awal sekiranya tiada keuntungan diterima. Pelaburan perniagaan akan sia-sia. Saya mesti melabur secara bijak untuk menampung kos sara hidup selepas persaraan dan menampung kos pengajian anak-anak saya sekiranya saya mempunyai anak. Pelaburan bijak mampu menjamin masa depan yang cerah. Kemahiran menguruskan kewangan asas yang diajar kepada golongan muda akan dapat membantu mereka membuat perbelanjaan dan pendapatan dengan baik. Malangnya, pendidikan pengurusan kewangan tidak diberikan secara formal kepada kanak-kanak dan remaja. Jadi, pendidikan pengurusan kewangan dijalankan dengan awal bagi mengelakkan masyarakat negara kita daripada berbelanja boros hingga muflis. Minggu 7 Tajuk: Keterampilan diri, komunikasi berkesan Kuliah pada minggu ketujuh berkaitan dengan keterampilan diri dan komunikasi berkesan. Keterampilan diri merupakan cara kita melihat diri sendiri termasuk kepercayaan, pemikiran dan perasaan. Seseorang guru perlu mempunyai keterampilan diri yang positif kerana murid-murid biasanya menyukai guru berketerampilan positif. Proses pengajaran dan pembelajaran diamalkan guru yang bersifat kebebasan, kesalingbergantungan dan bergantung. Kebebasan merupakan sesuatu perkara dilakukan tanpa sekatan atau halangan. Kebebasan diberikan oleh guru kepada murid-murid untuk melakukan kajian dan pembelajaran. Kebebasan tidak menghalang pemikiran kreatif dan kritis murid-murid. Kebebasan menggalakkan pelajar berdikari semasa mencari maklumat dan menyiapkan tugasan atau projek sendiri. Contohnya, setiap pelajar bebas memilih tema projek dan kajian projek selepas guru menyuruh mereka menyediakan projek. Kesalingbergantungan menunjukkan hubungan antara ahli-ahli bahawa setiap orang saling bergantung dalam suatu perkara. Guru menerapkan nilai kesalingbergantungan dalam setiap murid-murid. Guru mengorganisasikan projek berkumpulan dan tugasan berkumpulan untuk murid-murid. Seorang pelajar saling bergantungan dengan pelajar lain yang mencetuskan idea bersama untuk menyediakan tugasan atau projek kumpulan. Kerjasama dan kepercayaan merupakan elemen kesalingbergantungan. Seseorang guru patut menggalakkan murid-murid bekerjasama
77

dan saling membantu untuk membolehkan mereka mengetahui bahawa mereka mempunyai kesalingbergantungan. Guru saling bergantungan dengan murid-murid kerana proses pengajaran dan pembelajaran tidak akan lancar tanpa kerjasama murid-murid. Guru mengkaji semula cara pengajaran sekiranya murid-murid berasa bosan atau hilang fokus kepada ajaran guru. Dengan ini, guru akan mencari jalan untuk membaiki kelemahan mengajar secara berkesan. Pelajar bergantung sepenuhnya kepada guru. Proses pengajaran dan pembelajaran bergantung mungkin ialah pengajaran berpusatkan guru. Guru membimbing murid-murid menyediakan projek atau tugasan. Pengurusan masa penting kerana masa lalu tidak dapat ditebus semula. Perkara keutamaan biasanya dilakukan terlebih dahulu sebelum perkara penting dan perkara tidak penting. Perkara keutamaan dan penting patut dilakukan lebih awal daripada perkara keutamaan dan tidak penting. Perkara bukan keutamaan dan tidak penting boleh ditangguhkan sehingga dilakukan jika tiada perkara keutamaan atau penting. Guru harus menguruskan masa dengan baik. Pengajaran merupakan perkara penting dan keutamaan kerana mengajar kewajipan guru. Komunikasi berkesan memainkan peranan penting dalam bidang pendidikan. Seseorang guru hendaklah menyampaikan pengetahuan kepada murid-murid dalam komunikasi. Kegagalan komunikasi berkesan akan menyebabkan kekeliruan atau

ketidakfahaman murid-murid. Masalah ini juga akan mengakibatkan maklumat selalu diubah dan menyebabkan berlakunya salah faham. Kemahiran berkomunikasi bukan sahaja ditekankan kepada guru dengan pelajar tetapi juga kepada guru dengan rakan sekerja. Komunikasi berkesan dapat mengelakkan kekeliruan, salah faham dan persengketaan sekiranya komunikasi berkesan dijayakan. Melalui kuliah ini, pelajar mengetahui serba sedikit aspek kepentingan menjaga keterampilan diri dan komunikasi yang berkesan. Kedua-dua aspek ini perlu diterapkan dalam diri kerana ia menjamin kecemerlangan diri pelajar. Pelajar memerlukan kedua-dua aspek ini dalam kehidupan seharian mereka.

78

Nama: Dexter Sigan Anak John No. Matrik: A126065

79

Refleksi 1 (22 September 2011) Kuliah pada hari ini berkaitan dengan pembelajaran berasaskan masalah dan projek atau dalam erti kata lain Project Oriented Problem Based Learning (POPBL). POPBL dapat menjadikan para pelajar universiti tersebut menguasai kemahiran-kemahiran insaniah yang amat diperlukan oleh mereka bagi menghadapi alam pekerjaan dan kehidupan selepas tamat belajar. Pendekatan POPBL ini amat berguna kepada bakal guru kerana kemahiran yang diterapkan dapat diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran. Menurut Prof. Dr Ruhizan, POPBL mempunyai ciri-ciri (i) mencabar, (ii) berguna, (iii) berkesan, (iv) menyeronokkan, (v) tidak membebankan, (vi) tidak membosankan serta (vii) memberi banyak pengalaman kepada mereka. Ketujuh-tujuh ciri ini amatlah penting untuk menjadikan proses pembelajaran pelajar lebih bermakna (meaningful learning). Kemahiran insaniah juga yang dapat dilatih dan dibentuk melalui pendekatan POPBL seperti (i) kemahiran pembelajaran sepanjang hayat, (ii) kemahiran berkomunikasi, (iii) kemahiran bersosial, (iv) kemahiran pembelajaran kendiri, (v) kemahiran etika dan moral, (vi) kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, (vii) kemahiran penyelesaian masalah dan (viii) kemahiran bekerja berkumpulan. Kelapan-lapan kemahiran ini pula diperlukan oleh bakalbakal guru yang keluar menghadapi cabaran dalam alam pekerjaan dan kehidupan bermasyarakat. Kesemua kemahiran ini juga membantu bakal-bakal guru menjana aspek pendidikan, tidak kira sama ada di peringkat sekolah mahupun di peringkat institusi tertinggi. Dengan pendedahan seperti ini, pelajar dapat menyediakan diri mereka dengan ilmu dan kemahiran bagi memastikan mereka terus berjuang melahirkan generasi-generasi berilmu yang bakal memegang tampuk pimpinan negara suatu hari nanti. Kuliah ini juga membantu pelajar untuk melakukan projek Sains Kehidupan yang bakal diberikan oleh pensyarah. Dengan itu, ia dapat membantu pelajar membentuk satu jaringan sosial dengan pihak lain seperti pensyarah atau orang luar.

Refleksi 2 (29 September 2011) Kuliah pada minggu ini adalah mengenai isu-isu dalam pembangunan masyarakat dan pembelajaran melalui khidmat masyarakat. Tajuk ini telah disampaikan oleh Prof. Dr. Razak dan Encik Mohd. Yusof Daud. Kuliah ini mendedahkan pelajar mengenai kepentingan

80

menjalankan program khidmat masyarakat dan jenis-jenis khidmat masyarakat yang boleh dijalankan oleh pelajar. Menurut Prof. Dr. Razak, antara matlamat utama khidmat masyarakat ialah supaya pelajar dapat mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik dan kewarganegaraan di luar bilik kuliah. Aktiviti di luar bilik kuliah, seperti lawatan ke rumah orang asli mendedahkan pelajar kepada kemahiran berkomunikasi dengan komuniti orang asli. Mereka juga secara tidak langsung mempelajari budaya dan cara hidup orang asli. Melalui pendedahan sebegini, pelajar akan mempelajari kemahiran sivik dan kewarganegaraan. Mereka mempelajari bagaimana menghormati kaum minoriti, mendidik golongan minoriti untuk terus bersikap berdaya saing dan menyumbang pengetahuan yang boleh mengubah pemikiran dan pandangan tradisional mereka. Dengan itu, golongan minoriti ini juga mampu berjaya dan bersaing dengan golongan lain tanpa rasa rendah diri. Selain itu, program khidmat masyarakat turut mendedahkan pelajar dengan budaya memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara. Sumbangan ini boleh diberikan dalam pelbagai bentuk. Sebagai contoh, melakukan kerja-kerja yang bercorak kebajikan. Golongan pelajar masa kini biasanya hidup dalam keadaan mewah dan hanya mementingkan gaya hidup yang bebas. Mereka jarang diajak untuk menabur bakti dengan melakukan kerja-kerja kebajikan. Dalam program ini, model khidmat masyarakat yang melibatkan kerja-kerja kebajikan diperkenalkan supaya pelajar dapat memberikan sumbangan ke arah melahirkan masyarakat penyayang. Mereka dihantar untuk bekerja membersihkan kawasan perumahan, rumah-rumah kebajikan, rumah anak yatim, dan sebagainya. Dengan cara ini golongan pelajar akan menjadikan kerja-kerja kebajikan sebagai sesuatu yang boleh dilakukan sepanjang masa dan bukan pada masa-masa tertentu sahaja. Menjadi warganegara yang patriotik, prihatin dan bertanggungjawab terhadap masyarakat dan negara. Selama ini warga negara ini, khususnya golongan remaja tidak

memberi perhatian terhadap perkara ini. Pada anggapan mereka negara ini ditadbir oleh kerajaan tanpa melibatkan rakyat jelata. Selain itu golongan muda hari sudah pudar semangat cinta akan air kerana kemewahan hidup, keamanan, dan kemudahan yang cukup, telah melalaikan mereka. Oleh itu semangat cinta akan tanah air perlu diterapkan dengan kaedah yang lebih berkesan supaya jiwa golongan remaja kembali diisi dengan semangat patriotisme yang tinggi, bak kata pepatah melentur buluh biar dari rebungnya. Jadi, program ini

81

merupakan satu kaedah yang sesuai untuk melahirkan warga negara yang cinta akan tanah air kerana ia melibatkan hubungan antara pelajar dengan komuniti luar.

Refleksi 3 (6 Oktober 2011) Kuliah pada minggu ini berkisar tentang pembangunan lestari dan kelestarian pendidikan. Pembangunan Lestari merujuk kepada adunan pembangunan atau kemajuan dengan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar daripada musnah. Pemuliharaan bermaksud membaik pulih sumber-sumber alam sekitar seperti air, hutan, tenaga, udara, mineral dan lain-lain yang telah digunakan tanpa membiarkan sumber-sumber itu pupus. Pemeliharaan pula meliputi aspek penjagaan dan perlindungan untuk mengekalkan sumbersumber semula jadi daripada diteroka dengan rakus oleh manusia. Dalam konteks ini, idea pembangunan lestari dibentuk berasaskan konsep dan prinsip pembangunan berterusan. Bermatlamat untuk memenuhi keperluan masa kini tanpa menjejaskan keupayaan generasi akan datang. Menurut Prof. Dato Dr. Norzaini, kita boleh hidup lebih lestari jika kita menjadi lebih celik alam sekitar, belajar daripada alam semulajadi, hidup dengan lebih sederhana dan menjadi seorang rakyat yang aktif dalam membangunkan alam sekitar. Dengan kata lain, kita perlu menjadi seorang rakyat yang proaktif. Walau bagaimanapun, untuk mencapai hidup yang lebih lestari pada hari ini bukan saja melibatkan komponen alam sekitar tetapi juga komponen politik dan ekonomi. Kebanyakan masalah dunia pada masa kini adalah akibat dari kemiskinan, penduduk yang terlalu ramai, penyakit dan konflik yang mempunyai kepentingan persekitaran. Berdasarkan kuliah ini, dapat disimpulkan bahawa pembangunan lestari banyak mementingkan pembangunan alam sekitar. Namun begitu, kita tidak dapat mengelak dari menjalankan pembangunan untuk memenuhi permintaan penduduk. Bagi memastikan pembangunan dijalankan dengan seimbang, pemantauan yang rapi hendaklah dijalankan dari masa ke semasa. Kajian saintifik dan terperinci hendaklah dijalankan bagi memastikan tiada kesan mudarat yang timbul akibat daripada pembangunan yang dijalankan. Di peringkat pendidikan, sama ada peringkat rendah, menengah mahupun tinggi, pelajar hendaklah didedahkan dengan pendidikan secara formal seperti pengenalan kepada subjek yang berkaitan dengan alam sekitar, geografi, pendidikan moral, dan pendidikan sivik dan
82

kewarganegaraan. Untuk pendidikan tidak formal pula, pelajar hendaklah didedahkan dengan pelbagai aktiviti luar seperti projek penanaman pokok, program kesihatan dan sebagainya. Melalui cara ini, pelajar dapat mempelajari cara-cara pembangunan kelestarian alam sekitar.

Refleksi 4 (13 Oktober 2011) Kuliah pada minggu ini berkaitan dengan ketrampilan diri dan komunikasi berkesan. Ketrampilan diri secara amnya dapat didefinisikan sebagai cara untuk melihat diri sendiri dan ini merangkumi kepercayaan, pemikiran dan perasaan. Komponen ketrampilan diri pula termasuklah penampilan secara fizikal, pandangan terhadap diri sendiri dan pandangan orang lain terhadap diri, serta perasaan harga diri dan keyakinan diri. Komunikasi berkesan pula merujuk kepada cara penyampaian yang efektif daripada penyampai kepada pendengar. Kedua-dua komponen ini memainkan peranan yangamat penting dalam bidang pendidikan. Ketrampilan diri yang baik memberikan impak positif kepada semua. Ketrampilan yang baik merangkumi aspek dalaman dan luaran. Bagi golongan bakal pendidik, ketrampilan diri yang baik amat ditekankan. Guru merupakan contoh kepada semua pelajar dan guru juga memainkan peranan penting dalam membimbing pelajar dalam pembelajaran dan membentuk jati diri mereka supaya mereka boleh menjadi insane yang berguna kepada masyarakat. Ketrampilan guru yang buruk bukan hanya menjejaskan maruh guru itu sendiri, malahan boleh mencemarkan nama profesion perguruan itu juga. Oleh itu, sebagai seorang bakal guru, pelajar didedahkan dengan unsur-unsur dan kemahiran-kemahiran penting yang menjana ketrampilan diri agar mereka boleh mempersiapkan diri dengan seadanya sebelum melangkah masuk ke alam perkerjaan. Komunikasi berkesan juga memainkan peranan penting dalam bidang pendidikan. Seseorang guru hendaklah menyampaikan pengetahuan kepada pelajar dengan cara yang efektif. Kegagalan menyampaikan maklumat dengan berkesan boleh menyebabkan kekeliruan. Masalah ini boleh mengakibatkan fakta selalu diputar belitkan dan ini boleh menimbulkan prasangka. Kemahiran berkomunikasi tidak hanya ditekankan kepada guru dan pelajar sahaja tetapi juga kepada guru dan dan rakan sejawat. Dengan mengekalkan keberkesanan dalam komunikasi, ia dapat menghindari kekeliruan, prasangka, persengketaan, dan perbezaan pendapat.

83

Melalui kuliah ini, pelajar mengetahui serba sedikit aspek kepentingan menjaga ketrampilan diri dan komunikasi yang berkesan. Kedua-dua aspek ini perlu diterapkan dalam diri kerana ia menjamin kecemerlangan diri pelajar. Pelajar memerlukan kedua-dua aspek ini di dalam kehidupan seharian mereka.

Refleksi 5 (20 Oktober 2011) Pada minggu ini, kuliah telah disampaikan oleh Cik Hajah Halimah dan tajuk kuliah pula berkaitan dengan budaya keusahawanan dan pengurusan kewangan. Kuliah ini menerangkan pelajar mengenai kepentingan menguruskan kewangan. Melalui kuliah ini, pelajar dapat mempelajari cara-cara merancang kewangan. Persoalannya sekarang, mengapa kita perlu merancang kewangan? Merancang kewangan bermakna berfikir tentang matlamat hidup kita, mempunyai wawasan dan memperolehi maklumat yang lengkap seperti angkaangka yang tepat, dan terkini dan tahap-tahap kepentingannya. Ini bermakna kita mengenal pasti kemampuan yang ada serta keupayaan untuk mengembangkannya. Merancang kewangan juga dapat membantu seseorang itu mengimbangkan antara kemasukan dan perbelanjaannya. Dia tidak boleh berbelanja sebanyak sepuluh jika kemasukannya hanya lapan. Ini akan mengakibatkannya berhutang. Ini adalah asas perkiraan yang sangat mudah. Dengan kemahiran ini, setiap individu akan dapat menguruskan pendapatan mereka dengan baik, walau berapa kecilpun jumlahnya. Sebaliknya, tanpa kemahiran ini seseorang itu boleh jatuh miskin walau berapa banyakpun harta keluarga yang diwariskan kepadanya. Golongan muda perlu diajar untuk membuat keputusan bijak mengenai wang. Apabila kanak-kanak meningkat usia, mereka membuat lebih banyak keputusan dari segi kewangan. Ia mungkin bermula dengan memutuskan berapa banyak wang saku untuk dibelanjakan di kantin sekolah atau bagi membeli sesuatu yang istimewa. Bagaimanapun ia semakin rumit apabila mereka mendapat kerja pertama semasa cuti atau meninggalkan bangku sekolah. Sebagai contoh, apabila golongan muda kita meninggalkan rumah samada untuk melanjutkan pelajaran atau bekerja, mereka perlu mempunyai asas tentang jumlah kos untuk hidup sendiri. Mereka perlu memikirkan tentang jumlah wang untuk dibelanjakan ke atas sewa, makanan dan pengangkutan, jika perlu. Nasihat perlu diberikan mengenai cara untuk
84

berjimat ke atas makanan dan pengangkutan supaya mereka boleh hidup dalam lingkungan elaun atau pendapatan mereka. Golongan muda perlu diberi kesedaran tentang bahaya kredit mudah. Mereka perlu faham bahawa kad kredit boleh bertukar menjadi sesuatu yang mahal jika tidak bijak menggunakannya. Mereka juga perlu diberitahu bahawa skim ansuran mudah atau sewa beli membabitkan lebih daripada bayaran bulanan kecil, kerana akhirnya kita akan membayar lebih daripada harga tunai. Kemahiran kewangan asas yang diperolehi golongan muda akan dapat membantu mereka membuat keputusan dengan lebih tepat dan kurang berkemungkinan menjadi mangsa hutang. Negara-negara seperti Great Britain, Amerika Syarikat dan Australia telah mengetahui kepentingan kemahiran ini dan telah mula mengajar anak muda mereka sejak dari bangku sekolah lagi tentang kemahiran kewangan. Malangnya untuk satu kemahiran hidup yang sepenting ini, masyarakat kita tidak diberikan pendidikan formal mengenainya. Justeru, pendedahan awal wajar diberikan bagi mengelakkan masyarakat kita menjadi muflis. Refleksi 6 (27 Oktober 2011) Minggu ini, pelajar didedahkan dengan kepelbagaian budaya dan etnik serta Pelan Integrasi Nasional. Kuliah ini disampaikan oleh Prof. Datin Dr. Zahara Aziz. Dalam kuliah ini, pensyarah banyak menekankan kepentingan Pelan Integrasi Nasional dan perkaitannya dengan aspek pendidikan. Konsep utama Pelan Integrasi Nasional adalah sebagai merealisasikan cabaran keempat, hasrat Wawasan 2020 iaitu membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, dengan para warganya yang mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur. Terdapat lima sasaran yang diletakkan dalam perlaksanaan Pelan Integrasi Nasional iaitu : I. II. Mengurangkan gejala rasuah, salah guna kuasa dan penyelewangan secara berkesan. Meningkatkan kecekapan dalam sistem penyampaian khidmat awam, emngatasi karenah birokrasi dan penyelewengan. III. IV. V. Meningkatkan tadbir urus korporat dan etika perniagaan. Memantapkan institusi keluarga Meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat.

85

Namun begitu, sasaran yang kelima banyak ditekankan. Aspek meningkatkan hidup dan kesejahteraan masyarakat wajar diberikan perhatian serius terutamanya kepada golongan pelajar. Peningkatan kualiti hidup tidak hanya kepada diri sendiri tetapi juga kepada masyarakat sekeliling. Dengan itu, jurang perbezaan ekonomi, pendidikan dan sosial antara setiap individu dapat dirapatkan. Untuk itu, hasrat kerajaan untuk mencapai Wawasan 2020 dapat direalisasikan dengan jitu. Kesemua ini bermula daripada golongan bakal pendidik kerana mereka berperanan penting mencorak masa depan generasi muda.

86

Nama: Galvin Anak Entalai No. Matrik: A126067

87

Refleksi Mingguan 15/9/2011 - Taklimat kursus dan Pengenalan kursus Hari pertama kuliah merupakan hari yang agak kaku dan kekok. Memandangkan pengenalan kepada kursus adalah agak terperinci, saya tidak mempunyai masalah yang besar untuk mengambil kursus ini hingga ke minggu akhir semester. Daripada penerangan yang telah dilakukan, saya difahamkan bahawa kursus ini menitikberatkan sumbangan individu kepada alam sekitar dan juga masyarakat. Sebagai contoh, sebagai ahli dalam sesebuah komuniti dan masyarakat, saya perlu menjaga alam sekitar demi menjamin kehidupan komuniti yang berkualiti. 22/9/2011 - Pengenalan kepada Pembelajaran Berasaskan Masalah dan Projek (POPBL) Kuliah ketiga membincangkan tentang Problem-oriented and Project-based learning, atau lebih dikenali sebagai POPBL. POPBL mensasarkan pelajar sebagai keutamaan berbanding dengan penyarah atau pendidik. Melalui program ini, para pelajar akan berasa lebih yakin disebabkan oleh kemahiran menyelesaikan masalah yang diintergrasikan ke dalam pengajaran. Untuk itu, perkaitan di antara penyelesaian masalah dan masalah setempat adalah menjadi keutamaan dalam kursus Sains Kehidupan. Kajian menyeluruh dijalankan ke atas masalah setempat seperti masalah air, masalah keruntuhan keluarga, masalah kemiskinan, dan lain-lain. Berdasarkan masalah ini, satu kajian menyeluruh diadakan untuk melihat punca dan jalan penyelesaian. 29/9/2011 - Isu-Isu dalam Pembangunan Masyarakat & Pembelajaran Melalui Khidmat Masyarakat Pengajaran dan pendedahan kepada betapa pentingnya menjaga kualiti air pada kuliah kedua memberi sedikit input yang bermakna buat saya. Kebanyakkan penduduk Malaysia tidak sedar betapa pentingnya menjaga, memelihara, dan memulihara sumber air. Melalui program Intergrated Water Resource Management, isu-isu berkenaan sumber air mampu diketengahkan. Kesedaran untuk menjaga kualiti air berkait rapat dengan gaya hidup manusia. Jika manusia sedar betapa pentingnya air, maka tiadalah pencemaran ke atas alam sekitar. Suhubungan itu, kesenangan hidup manusia juga mencerminkan kualiti alam sekitar. Air tak akan tercemar jika manusia hidup dengan senang. 6/10/2011 - Pembangunan Lestari & Kelestarian Pendidikan Kelestarian pembangunan merupakan satu lagi topik penting untuk Sains Kehidupan. Apa yang saya fahami tentang kelestarian pembangunan ialah pembangunan yang memenuhi kehendak semasa. Dengan kata lain, kelestarian pembangunan adalah pembangunan yang selaras dari segi kehidupan, alam sekitar, dan ekuiti. Ini merangkumi kualiti kehidupan yang setaraf dengan pembangunan yang ada pada masa sekarang. Sebagai contoh, kehidupan seseorang insan mestilah setimpal dengan pembangunan alam. Hidup di bandar mestilah bersesuaian dengan cara bandar dan hidup di kampung haruslah bersesuaian dengan gaya hidup di kampung. Dengan itu. pembangunan yang dijalankan haruslah menepati cara hidup
88

seseorang ataupun sebaliknya. Pendidikan merupakan perkara paling penting sebagai titik permulaan. 13/10/11 - Ketrampilan diri, komunikasi berkesan Pengukuhan wibawa, integriti, dan profesionalisme akademik merupakan satu lagi cabang sains kehidupan yang sangat penting. Wibawa bermaksud penghargaan, penghormatan, dan pengiktirafan pihak luar terhadap kecemerlangan seseorang dalam sesebuah bidang. Integriti pula bermaksud moral seseorang yang merangkumi jujur, amanah, benar, adil, bertanggungjawab, telus, cekap, dan bijaksana. Profesionalisme pula bermaksud keberkesanan, produktiviti, kecekapan dan sifat bertanggungjawab. Ketiga-tiga perkara ini penting untuk meningkatkan taraf kehidupan di samping menjaga alam sekitar pada masa yang sama. 20/10/11 - Budaya Keusahawanan dan Pengurusan Kewangan Bidang keusahawanan tidak asing lagi dalam masyarakat Malaysia lebih-lebih lagi pada masa sekarang, yakni kursus-kursus keusahawanan yang banyak ditawarkan di dalam universiti malah di luar universiti. Sehubungan itu, pengurusan kewangan menjadi topik hangat kerana remaja sekarang sering dikaitkan dengan istilah muflis muda. Ini disebabkan oleh pengetahuan yang cetek dalam pengurusan kewangan. Melalui tajuk ini, kuliah yang diadakan memberikan sedikit kesedaran dan input tentang betapa pentingnya menguruskan kewangan dengan sistematik. Pada pendapat saya, bidang keusahawanan berkait rapat dengan kegigihan sesorang. Bukan setakat itu sahaja, malah kegigihan dan kejujuran dalam bidang ini menjadi batu loncatan kepada kejayaan seseorang. 27/10/11 - Kepelbagaian Budaya dan Etnik/ Pelan Integrasi Nasional Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPN) mempunyai sejarah yang agak pelbagai. Ini disebabkan oleh pertukaran nama yang agak kerap. Namun, fungsi agensi kerajaan ini tidak berubah. Seperti yang diterangkan di dalam kuliah, fungsi jabatan ini ialah untuk menyelesaikan isu-isu perpaduan dan integrasi nasional. Mengikut sejarah yang telah diterangkan di dalam kuliah, jabatan ini ditubuhkan selepas berlakunya peristiwa 13 Mei 1969. Untuk memastikan keamanan dan kesejahteraan sejagat terpelihara, JPN pun ditubuhkan. Pada pendapat saya, jabatan ini sememangnya bersesuaian dengan atmosfera di Malaysia iaitu rakyat yang berbilang kaum dan agama. Ini akan menjamin kestabilan dan keteguhan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.

89

Nama: Gary Tay Soon Joo No. Matrik: A129632

90

Refleksi (22 September 2011) Kuliah pada hari ini berkaitan dengan Project Oriented Problem Based Learning (POPBL). Pendekatan POPBL ini amat berguna kepada bakal guru kerana kemahiran ini dapat diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran. Menurut Prof. Dr Ruhizan, POPBL mempunyai ciri-ciri mencabar, berguna, berkesan, menyeronokkan, tidak membebankan, tidak membosankan memberi banyak pengalaman kepada mereka.

Semua ciri-ciri tersebut sangat penting untuk menghasilkan proses pembelajaran pelajar lebih bermakna (meaningful learning). Kemahiran insaniah dapat dilatih dan dibentuk melalui pendekatan POPBL seperti kemahiran pembelajaran sepanjang hayat, kemahiran berkomunikasi, kemahiran bersosial, kemahiran pembelajaran kendiri, kemahiran etika dan moral, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran penyelesaian masalah kemahiran bekerja berkumpulan.

Refleksi (29 September 2011) Kuliah pada minggu ini mengenai isu-isu dalam pembangunan masyarakat dan pembelajaran melalui khidmat masyarakat. Tajuk ini telah disampaikan oleh Prof. Dr. Razak dan Encik Mohd. Yusof Daud. Menurut Prof. Dr. Razak, khidmat masyarakat dapat mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik dan kewarganegaraan di luar bilik kuliah. Aktiviti di luar bilik kuliah, seperti lawatan ke rumah orang asli mendedahkan pelajar kepada kemahiran berkomunikasi dengan komuniti orang asli. Selain itu, program khidmat masyarakat mendedahkan pelajar dengan budaya memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara. Sumbangan ini boleh diberikan dalam pelbagai bentuk. Sebagai contoh, melakukan kerja-kerja yang bercorak kebajikan. Refleksi (6 Oktober 2011) Kuliah pada minggu ini tentang pembangunan lestari dan kelestarian pendidikan. Pembangunan Menurut Prof. Dato Dr. Norzaini, kita boleh hidup lebih lestari jika kita menjadi lebih celik alam sekitar, belajar daripada alam semulajadi, hidup dengan lebih sederhana dan menjadi seorang rakyat yang aktif dalam pembangunan alam sekitar. Kita perlu
91

jadi seorang rakyat yang proaktif. Untuk mencapai hidup yang lebih lestari pada hari ini bukan saja melibatkan komponen alam sekitar tetapi juga komponen politik dan ekonomi. Kebanyakan masalah dunia pada masa kini adalah akibat dari kemiskinan, penduduk yang terlalu ramai, penyakit dan konflik yang mempunyai kepentingan persekitaran. Refleksi (13 Oktober 2011) Kuliah pada minggu ini membincang tentang ketrampilan diri dan komunikasi berkesan. Bagi bakal pendidik, ketrampilan diri yang baik amat dipentingkan kerana guru merupakan contoh kepada semua pelajar dan guru juga memainkan peranan penting dalam membimbing pelajar dalam pembelajaran serta membentuk jati diri mereka supaya boleh menjadi pemimpin negara yang berjaya. Komunikasi berkesan juga memainkan peranan penting dalam bidang pendidikan kerana guru hendaklah menyampaikan pengetahuan kepada pelajar dengan cara yang efektif. Komunikasi berkesan dapat menghindari kekeliruan, prasangka, persengketaan, dan perbezaan pendapat. Refleksi (20 Oktober 2011) Minggu Cik Hajah Halimah berbincang tentang budaya keusahawanan dan pengurusan kewangan. Kuliah ini menerangkan pelajar mengenai kepentingan menguruskan kewangan. Merancang kewangan dapat membantu seseorang itu mengimbang akaun antara kemasukan dan perbelanjaannya. Dia tidak boleh berbelanja sebanyak dua ratus jika kemasukannya hanya seratus. Hutang akan timbul. Ini adalah asas perkiraan kewangan. Dengan ini, setiap individu dapat menguruskan pendapatan mereka dengan baik, tidak kira jumlahnya. Sebaliknya, tanpa kemahiran ini seseorang itu boleh bankrupt walau harta keluarga yang diwariskan kepadanya. Kemahiran asas kewangan yang diperolehi oleh golongan muda akan dapat membantu mereka dalam membuat keputusan dengan lebih tepat dan tidak menjadi mangsa hutang. Satu kemahiran hidup yang penting ini, masyarakat kita tidak diberikan pendidikan formal mengenainya. Justeru, pendedahan awal wajar diberikan bagi mengelakkan masyarakat kita menjadi muflis. Refleksi (27 Oktober 2011) Minggu ini, Prof. Datin Dr. Zahara Aziz mendedahkan kepelbagaian budaya dan etnik serta Pelan Integrasi Nasional kepada pelajar. Konsep utama Pelan Integrasi Nasional adalah merealisasikan cabaran keempat, hasrat Wawasan 2020 iaitu membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, dengan para warganya yang mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur. Terdapat lima sasaran yang diletakkan dalam perlaksanaan Pelan Integrasi Nasional iaitu : Mengurangkan gejala rasuah, salah guna kuasa dan penyelewangan secara berkesan. Meningkatkan kecekapan dalam sistem penyampaian khidmat awam, emngatasi karenah birokrasi dan penyelewengan. Meningkatkan tadbir urus korporat dan etika perniagaan. Memantapkan institusi keluarga Meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat.

92

Nama: Nur Afifah Bt. Mohmed Nor No. Matrik: A129623

93

22 SEPTEMBER 2011 Pada sesi kuliah di minggu kedua ini, kuliah telah disampaikan oleh Prof. Dr. Ruhizan bt Mohammad Yasin berkenaan dengan pembelajaran berasaskan masalah atau Project Oriented Problem Based Learning ( POPBL ). Hasil di akhir pengkuliahan ini, banyak input yang menarik tentang POPBL yang mana ia dapat membentuk kemahiran insaniah yang unggul bagi pelajar khususnya golongan mahasiswa dan mahasiswi. Hal ini kerana, terdapat pelbagai aspek kemahiran insaniah dalam POPBL seperti pembelajaran sepanjang hayat, kemahiran sosial, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran komunikasi dan kemahiran pembelajaran kendiri. Aspek-aspek ini penting untuk membentuk peribadi seorang guru bagi mempersiapkan diri dengan realiti dan tugasan seorang guru kelak. Prinsip asas dalam POPBL ialah ia mesti berpusatkan pelajar di mana pelajar boleh menjana idea dan berkongsi pendapat untuk menyelesaikan masalah. Ini akan dapat meningkatkan motivasi dan komitmen pelajar untuk terus fokus dalam pembelajaran. Pengajaran turut perlu berasaskan masalah secara terus agar pelajar dapat memahami situasi atau permasalahan yang dinyatakan. Kini, pelajar lebih suka cabaran dalam pembelajaran namun guru juga perlu membimbing agar proses pembelajaran itu berkesan dan berjalan dengan lancar. Selain itu, kuliah ini turut membincangkan tentang projek kumpulan bagi kursus ini. 29 SEPTEMBER 2011 Pada sesi kuliah kali ini telah disampaikan oleh Dr. Razak dan En. Mohd Yusof Daud berkenaan dengan khidmat masyarakat dan bagaimana cara untuk melakukan khidmat masyarakat. Pensyarah banyak menceritakan pengalaman masing-masing ketika melakukan program khidmat masyarakat terutamanya di kawasan perkampungan orang asli. Banyak pengetahuan yang telah dikongsikan seperti bagaimana untuk menerima pelawaan orang asli, cara hidup, dan penggunaan bahasa orang asli. Selain itu, mereka turut memberikan khidmat sosial seperti mengajar anak-anak orang asli yang sememangnya kurang mentaliti tentang kepentingan menimba ilmu pengetahuan kerana faktor penempatan. Matlamat utama diadakan program khidmat masyarakat di kalangan mahasiswa dan mahasiswi adalah untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik kewarganegaraan ketika di luar kelas. Ia juga dapat melatih kemahiran komunikasi dengan komuniti orang asli yang mempunyai budaya dan bahasa yang agak unik daripada kaum lain. Selain itu, ia juga dapat memberi kesedaran kepada mahasiswa tentang kehidupan yang mana masih terdapat lagi sebilangan komuniti yang masih mundur di negara ini. Ia juga melatih mahasiswa supaya sentiasa menolong golongan yang memerlukan pada setiap masa bukan sekadar pada masa program itu dijalankan. Sumbangan bukan berasaskan wang semata-mata namun sumbangan boleh diberikan dengan memberi khidmat mengajar, menolong membersihkan kawasan rumah anak-anak yatim dan rumah orang tua, dan sebagainya. Ini merupakan sebagai tanda sumbangan anak muda negara dalam mengharmonikan persekitaran dan keadaan sekeliling supaya semua masyarakat dapat hidup dalam keadaan aman dan damai.
94

6 OKTOBER 2011 Kuliah pada kali ini disampaikan oleh Prof. Dr. Norzaini berkenaan dengan pembangunan lestasri dan kelestarian pendidikan. Kelestarian bermaksud mengekalkan dan menambahbaik sesuatu perkara supaya menjadi lebih baik. pembangunan lestari merangkumi pembangunan alam sekitar yang mana kini terdapat pelbagai kemusnahan alam yang berlaku di sekeliling kita. Salah satu usaha yang telah dilakukan untuk memelihara dan memulihara alam sekitar ialah dengan mengadakan banyak program-program kesedaran tentang kepentingan menjaga alam sekitar. UKM merupakan salah satu institusi pengajian tinggi yang melancarkan program kelestarian alam sekitar dan ia telah diperkenalkan sehingga ke luar negara. Ini merupakan salah satu usaha yang boleh meningkatkan kesedaran semua masyarakat tentang kepentingan alam sekitar. Di samping itu, kelestarian dalam pendidikan turut menjadi agenda utama dalam sistem pendidikan negara. Hal ini kerana ia dapat memantapkan sistem pendidikan negara dari akar umbi supaya dapat mendidik dan melahirkan generasi yang berketerampilan dan berilmu. Kelestarian dalam pendidikan melibatkan proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. Di Malaysia, sistem pendidikan berasaskan peperiksaan atau exam oriented dan kurangnya aplikasi dalam pelajaran. Dengan melestarikan sistem pendidikan, mungkin dapat disama ratakan aplikasi dan ujian teori terhadap pelajar supaya dapat membentuk generasi yang lebih berkualiti. 13 OKTOBER 2011 Kuliah pada kali ini berkisar tentang keterampilan diri dan komunikasi. Sebagai bakal guru seharusnya memerlukan penampilan diri yang meyakinkan dan berpewatakan menarik supaya dapat menarik minat pelajar. Hal ini kerana pelajar tidak akan menghormati guru sekiranya penampilan guru yang agak selekeh. Jadi guru seharusnya memastikan penampilan sentiasa kemas dan bersih ketika menjalankan tugas. Selain itu, cara komunikasi yang bagus dan berkesan juga perlu ada pada setiap guru agar penyampaian pengajaran mudah difahami oleh pelajar. Melalui komunikasi juga guru dapat mengenali sikap dan perwatakan pelajar mereka dan dapat berinteraksi dengan baik. Ia juga dapat meningkatkan self-ensteem guru sendiri apabila mereka mahir berkomunikasi dengan orang sekeliling seperti rakan sejawat dan sebagainya. Jadi, bakal guru perlulah memantapkan kemahiran berkomunikasi agar dapat meyakinkan orang sekeliling tentang apa yang ingin disampaikan dan ia akan mencerminkan seorang guru yang berketerampilan dan berwibawa.

20 OKTOBER 2011 Sesi kuliah kali ini disampaikan oleh Hajah Cik Halimah Harun berkenaan dengan budaya keusahawanan dan pengurusan kewangan. Hasil pembelajaran dalam kuliah ini banyak berkisar tentang sikap keusahawanan seorang guru dan cara menguruskan wang. Menguruskan kewangan diri adalah satu sikap yang perlu dilatih kerana ia sangat membantu
95

dalam merancang kewangan kehidupan seharian. Seorang guru harus bijak merancang kewangan dengan membuat belanjawan bulanan agar dapat mengetahui aliran wang itu bakal digunakan kelak. Sikap keusahawanan dikalangan guru penting bagi mendapat sumber kewangan yang lebih ataupun membantu pelajar untuk mendapatkan sumber kewangan bagi melaksanakan sesuatu projek di sekolah. Secara tidak lansung guru dapat memberi pendedahan awal kepada pelajar untuk menanam minat berniaga. Sebagai seorang pelajar, seharusnya sudah boleh menguruskan kewangan dengan baik supaya segala sumber kewangan dapat digunakan seminima mungkin dan baki boleh dimasukkan ke dalam akaun simpan untuk masa hadapan. Mahasiswa seharusnya sudah mempunyai simpanan wang yang tetap dan mengamalkan amalan menabung agar senang di kemudian hari. 27 OKTOBER 2011 Sesi kuliah pada kali ini disampaikan oleh Prof. Datin Dr.Zahara Aziz berkenaan dengan pengurusan masa. Dalam kuliah ini banyak menerangkan kepentingan pengurusan masa yang mana mahasiswa perlu tahu yang mana tugasan lebih penting dan kurang penting. Tugasan penting seperti tugasan yang diberikan pensyarah perlu disiapkan terlebih dahulu kerana ia mempunyai tarikh akhir penyerahan tugasan. Manakala bagi tugasan yang tidak penting seperti merancang percutian seharusnya tidak diselesaikan dahulu kerana ia satu aktiviti yang tidak melibatkan tugasan kerja sebagai seorang pelajar. Jadi, pelajar perlu tahu membezakan keutamaan dan kepentingan tugasan yang perlu diselesaikan dengan kadar segera agar ia dapat disiapkan sebelum penyerahan tugasan. Selain itu, pelajar juga perlu melakukan pelan tindakan untuk mencapai matlamat dalam pelajaran dan kehidupan. Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah menyenaraikan kekuatan dan kelemahan diri dalam mencapai matlamat yang disasarkan. Kedua membayangkan bentuk kejayaan yang ingin dicapai dalam hidup. Hal ini kerana ia akan meningkatkan motivasi dan usaha pelajar untuk mencapai matlamat yang ditetapkan. Ketiga ialah memberi keutamaan tentang prospek yang ingin dicapai supaya usaha lebih terarah. Keempat ialah menulis pelan tindakan yang mana mencakupi semua perkara yang akan dilaksanakan untuk mencapai sasaran. Yang terakhir iala berupaya membuat penilaian jangka panjang yang mana boleh mengukur sejauh mana pencapaian yang dilakukan untuk berjaya. Kelima-lima aspek ini penting bagi pelajar untuk memastikan setiap apa yang diimpikan akan dapat direalisasikan.

96

Nama: Siti Ahsiah Ismail No Matrik: A126828

97

Refleksi (22 September 2011) Hari ini kami telah didedahkan berkenaan Pembelajaran Berasaskan Masalah Dan Projek iaitu Project Oriented Problem Based Learning (POPBL). Saya sebenarnya tidak pernah mendengar berkenaan dengan POPBL ini, setelah diterangkan oleh pensyarah akhirnya saya telah mendapat input-input yang berguna untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian saya serta apabila saya menjadi guru kelak. Terdapat beberapa ciri-ciri dalam POPBL ini iaitu mencabar, berguna, menyeronokkan, tidak membebankan, tidak membosankan serta memberi banyak pengalaman kepada mereka. Ciri-ciri inilah yang

diperlukan oleh para pelajar untuk menjadikan proses pembelajaran mereka termasuklah diri saya sendiri menjadi lebih bermakna ( meaningful learning). Di samping itu , hari ini juga saya telah mengetahui bahawa kemahiran insaniah juga boleh dilatih dan dibentuk melalui pendekatan POPBL ini misalnya kemahiram pembelajaran sepanjang hayat, kemahiran komunikasi, kemahiran bersosial, kemahiran pembelajaran kendiri, kemahiran etika dan moral, kemahiran berfikir kritis dan kreatif, kemahiran

penyelesaian masalah dan kemahiran bekerja berkumpulan. Kesemua kemahiran-kemahiran ini sangat diperlukan oleh bakal guru dalam menjadi seorang guru yang serba boleh dalam kehidupannya. Pada pendapat saya, sebagai bakal guru saya dapat mempersiapkan diri dengan ilmu dan kemahiran dalam melahirkan insan yang akan mengerakkan jentera pentadbiran negara. Hal ini demikian kerana, seorang guru akan melahirkan seorang doktor, seorang pemimpin negara dan lain-lain lagi sekiranya dengan niat yang betul serta sentiasa berada di landasan yang sebenar dalam melahirkan modal insan kerana merekalah tunjang utama negara. Refleksi (29 September 2011) Minggu ini kuliah yang disampaikan adalah mengenai isu-isu dalam pembangunan masyarakat dan pembelajaran melalui khidmat masyarakat. Kuliah ini telah disampaikan oleh Prof. Dr. Razak. Kami telah didedahkan mengenai kepentingan menjalankan program khidmat masyarakat dan jenis-jenis khidmat masyarakat yang boleh dijalankan oleh kami. Apa yang telah saya peroleh dalam minggu ini adalah matlamat utama khidmat masyarakat ialah supaya pelajar dapat mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik dan kewarganegaraan di luar bilik kuliah. Aktiviti di luar bilik kuliah, seperti lawatan ke rumah orang asli mendedahkan pelajar kepada kemahiran berkomunikasi dengan komuniti
98

orang asli. Mereka juga secara tidak langsung mempelajari budaya dan cara hidup orang asli. Melalui pendedahan sebegini, pelajar akan mempelajari kemahiran sivik dan

kewarganegaraan. Mereka mempelajari bagaimana menghormati kaum minoriti, mendidik golongan minoriti untuk terus bersikap berdaya saing dan menyumbang pengetahuan yang boleh mengubah pemikiran dan pandangan tradisional mereka. Dengan itu, golongan minoriti ini juga mampu berjaya dan bersaing dengan golongan lain tanpa rasa rendah diri. Sebelum ini saya juga pernah berkampung di perkampungan orang asli di Bangkong untuk

menjalankan kajian bahasa orang asli, pelbagai pengalaman menarik yang saya perolh di samping dapat mengenali dan memahami kehidupan orang asli. Ini merupakan pengalaman saya buat pertama kalinya bergaul dengan masyarakat asli. Selain itu, program khidmat masyarakat ini turut mendedahkan kami kepada budaya memberi sumbangan kepada masyarakat yang memerlukan juga sumbangan kepada negara kita. Dalam konteks ini, sumbangan ini tidak hanya berfokuskan kepada kewangan sahaja, sumbangan ini boleh terdiri dalam pelbagai bentuk seperti pakaian, sumbangan tenaga, sumbangan dari segi ilmu pengetahuan dan sumbangan berbentuk kebajikan. Melalui khidmat masyarakat ini, para pelajar terpanggil untuk menabur bakti dengan melakukan kerja-kerja kebajikan supaya mereka dapat memberikan sumbangan mereka kepada komuniti setempat iaitu tempat yang dipilih untuk melakukan khidmat masyrakat. Asalkan sesuatu kerja yang kita lakukan ikhlas, segala-galanya akan dipermudahkan dan kita akan berasa puas hati kerana dapat membantu golongan yang memerlukan bantuan. Dalam hal ini, nilai-nilai murni dapat diterapkan sebelum, semasa dan selepas menjalankan program tersebut. Di samping itu, masyarakat ini jugalah mendidik para pelajar untuk menjadi

warganegara yang patriotik, prihatin dan bertanggungjawab tehadap diri sendiri, keluarga, agama, masyarakat dan negara. Pada pandangan saya, semgat cinta akan tanah air semakin pudar dari sehari ke sehari dalam kalangan golongan muda hari ini, hal ini demikian kerana mereka asyik dengan kemewahan dan keselesaan hidup yang dikecapi pada masa sekarang. Saya dapat merasakan remaja sekarang dan remaja zaman kemerdekaan dahulu sangat-sanagt berbeza dari segi semngan patriotiknya. Lantaran itu, semangat cinta akan negara ini perlu dipupuk dan ditanam dalam diri setiap individu supaya negara kita tidak dijajah buat kedua kalinya oleh kuasa-kuasa besar. Oleh itu, program ini merupakan satu landasan yang sesuai dalam melhirkan warganegara yang cinta akan tanah air kerana ianya melibatkan hubungan antar pelajar dan komuniti luar tidak kiralah secara formal atau tidak formal. Pada masa yang

99

sama kemahiran komunikasi juga dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa kerana pembelajaran adalah sesutu proses yang berpanjangan. Refleksi (6 Oktober 2011) Kuliah pada minggu ini adalah berkenaan dengan pembangunan lestari dan kelestarian pendidikan. Pembangunan Lestari merujuk kepada adunan pembangungan atau kejuan dengan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekiar daripada musnah. Pemuliharaan bermaksud membaik pulih sumber-sumber alam sekitar seperti air, hutan, tenaga, udara, mineral dan lainlain yang telah digunakan tanpa membiarkan sumber-sumber itu pupus. Pemeliharaan pula meliputi aspek penjagaan dan perlindungan untuk mengekalkan sumber-sumber semula jadi daripada diteroka dengan rakus oleh manusia. Dalam konteks ini, idea pembangunan lestari dibentuk berasaskan konsep dan prinsip pembangunan berterusan yang bermatlamat untuk memenuhi keperluan masa kini dan hadapan tanpa menjejaskan keupayaan generasi akan datang. Menurut Prof. Dato Dr. Norzaini, sekiranya kita menjadi lebih celik alam sekitar, belajar daripada alam semulajadi, hidup dengan lebih sederhana dan menjadi seorang rakyat yang aktif dalam membangunka alam sekitar kita mampu dab boleh hidup dengan lebih lestari. Dalam erti kata lain kita perlu menjadi rakyat yang proaktif, peka dan bertanggungjawab dalalm setiap tindakan yang kita lakukan. Namun begitu, untuk mencapai kehidupan yang lebih lestari ianya bukanlah hanya tertumpu kepada alam sekitar sahaja tetapi merangkumi koponen politik dan ekonomi. Kebanyakkan masalah seantero dunia pada masa kini adalah masalah kemiskinan dalam kalangan penduduk terutama sekali bagi negara-negara miskin yang mempunyai kepadatan penduduk yang terlalu ramai maka timbullah masalah kesihatan yang berpanjangan serta terdapatnya konflik berkaitan dengan kepentingan terhadap persekitaran. Berdasarkan kuliah ini, dapat disimpulkan bahawa pembangunan lestari lebih berfokuskan terhadap pembangunan alam sekitar. Namun begitu, kita tidak dapat mengelak dari menjalankan pembangunan untuk memenuhi permintaan penduduk. Bagi memastikan pembangunan dijalankan dengan seimbang, pemantauan yang rapi hendaklah dijalankan dari semasa ke semasa. Kajian saintifik dan terperinci hendaklah dijalankan bagi memastikan tiada kesan mudarat yang timbul akibat daripada pembangunan yang dijalankan. Di peringkat pendidikan, sama ada peringkat rendah, menengah mahupun tinggi, pelajar hendaklah didedahkan dengan pendidikan secara formal seperti pengenalan kepada subjek yang
100

berkaitan dengan alam sekitar, geografi, pendidikan moral, dan pendidikan sivik dan kewarganegaraan. Untuk pendidikan tidak formal pula, pelajar hendaklah didedahkan dengan pelbagai aktiviti luar seperti projek penanaman pokok, program kesihatan dan sebagainya. Melalui cara ini, pelajar dapat mempelajari cara-cara pembangunan kelestarian alam sekitar. Refleksi (13 Oktober 2011) Ketrampilan diri dan komunikasi berkesan merupakan tajuk kuliah pada minggu ini. Ketrampilan diri bermaksud sebagai cara untuk melihat diri sendiri dan ini termasuklah aspek kepercayaan, pemikiran dan perasaan. Komponen ketrampilan diri pula merangkumi penampilan secara fizikal, pandangan terhadap diri sendiri dan pandangan orang lain tehadap diri sendiri, perasaan harga diri dan keyakinan diri. Seterusnya adalalah komunikasi berkesan yang merujuk kepada cara penyampaian yang efektif daripada penyampai kepada pendengar. Kedua-dua komponen ini memainkan peranan penting dalam bidang pendidikan. Ketrampilan diri yang baik akan memberikan tanggapan dan impak yang positif kepada semua. Ketrampilan yang baik merangkumi aspek dalaman dan luaran seseorang individu tersebut. Ketrampilan diri ini sangat ditiikberatkan kepada bakal-bakal guru kerana guru merupakan role-model atau contoh kepada para pelajar. Sekiranya seseorang guru itu mempunyai personaliti yang kemas, para pelajarnya akan tertarik untuk sentiasa melihat guru tersebut lantas akan berminat untuk mengikuti pembelajaran yang disampaikan oleh guru tersebut. Ketrampilan guru yang buruk hanya akan menjejaskan maruah seseorang guru tersebut, malah boleh mencemarkan nama baik profession perguruan bak kata pepatah keranan nila setitik rosak susu sebelanga. Oleh hal yang demikian, seseorang guru itu perlu menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat kerana gurulah insan yang akan mendidik dan membimbing para pelajarnya hingga berjaya mencapa apa yang dikehendaki oleh para pelajarnya. Jadilah guru yang ikhlas terhadap kerja ,mengembirakan dan memudahkan pelajar bukannya menjadi seorang guru yang hanya bekerja untuk mendapat gaji buta dan tidak mendidik para pelajar dengan bersungguh-sungguh bukan sekadar melepaskan batok di tangga. Seterusnya adalah mengenai komunikasi berkesan. Sebagai seorang bakal guru mahupun guru haruslah mempunyai kemahiran komunikasi yang berkesan kerana seseorang guru perlu menyampaikan pengetahuan kepada para pelajar dengan cara yang efektif dan dengan menggunkan kata-kata yang mudah difahami oleh para pelajar supaya mengelakkan

101

berlakunya kekeliruan serta ketidakfahaman semasa proses pengajan dan pembelajaran sedang berlangsung. Melalui kuliah ini, saya mengetahui serba sedikit aspek kepentingan menjaga

ketrampilan diri dan komunikasi yang berkesan. Kedua-dua aspek ini perlu diterapkan dalam diri kerana ia menjamin kecemerlangan diri saya sebagai seorang guru kelak. Refleksi ( 20 Oktober 2011) Cik Hajah Halimah Bt Harun telah menyampaikan kuliah pada minggu ini iaitu kuliah yang berkaitan dengan budaya keusahawanan dan pengurusan kewangan. Di dalam kuliah ini kami dikehendaki menulis jumlah simpanan yang kami ada serta perancangan kewangan kami apabila sudah bekerja kelak. Kuliah kali ini menekankan kepada pengurusan kewangan, kepentingan kewangan serta cara-cara merancang kewangan. Pengurusan kewangan sangat penting bagi setiap individu tidak kiralah pelajar atau individu yang bekerja. Individu yang pandai mengurus dan merancang kewangannya akan sentiasa berhati-hati dalam berbelanja dan mereka akan berbelanja mengikut keperluan bukannya mengikut kehendak dan tidak mengikut nafsu semasa berbelanja. Golongan muda hari ini sangat suka membeli sesuatu barang yang berjenama serta mengikut fesyen-fesyen yang terkini. Mereka akan membeli barangan tersebut asalkan mereka dapat apa yang mereka mahu kan. Sebagai seorang pelajar kita sebenarnya perlu bijak dalam merancang kewangan supaya wang PTPTN atau biasiswa yang diperoleh dapat menampung perbelanjaan untuk setiap semester. Sekiranya kami pelajar tidak merancang kewangan maka pada hujung-hujung semester mereka terpaksa mengikat perut dan hanya akan makan maggi sahaja kerana tidak mempunyai wang untuk berbelanja. Individu yang kaya di dunia pun akan muflis sekiranya kurangnya ilmu pengurusan kewangan peribadi, misalnya Ken Karpman ( bekas Ketua Pegawai Eksekutif Hedge Fund) yang dulunya menjalani kehidupan mewah yang mana mereka mempunyai keahlian kelab golf, sering bercuti ke destinasi hebat dan tinggal di rumah seluas 4000 kaki persegi akhirnya terpaksa menghantar piza di Florida kerana tidak mempunyai simpanan yang cukup untuk mengahadapi krisis ekonomi dunia. Ini jelas menunjukkan bahawa jika kita tidak bijak dalam menguruskan kewangan kita juga akan menjadi muflis.

102

Refleksi ( 27 Oktober 2011) Pada minggu ini kami telah didedahkan dengan kepelbagaian budaya dan etnik serta Pelan Integrasi Nasional yang disampaikan oleh Prof. Datin Dr. Zahara Aziz. Di Malaysia kita hidup dalam masyarakat yang pelbagai kaum dan etnik misalnya terdiri daripada Melayu, India, Cina dan etnik seprti Bidayuh, Iban , Rungus dan lain-lain lagi. Kita dapat hidup bersama-sama dan cuba memahami budaya setiap kaum. Dalam konteks ini kita berpeluang untuk mempelajari budaya kaum-kaum tersebut. Konsep utama Pelan Integrasi Nasional adalah sebagai merealisasikan cabaran keempat, hasrat Wawasan 2020 iaitu membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, dengan para warganya yang mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur. Terdapat lima sasaran yang diletakkan dalam perlaksanaan Pelan Integrasi Nasional iaitu : VI. VII. Mengurangkan gejala rasuah, salah guna kuasa dan penyelewangan secara berkesan. Meningkatkan kecekapan dalam sistem penyampaian khidmat awam, emngatasi karenah birokrasi dan penyelewengan. VIII. IX. X. Meningkatkan tadbir urus korporat dan etika perniagaan. Memantapkan institusi keluarga Meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat.

103

Laporan Minit Mesyuarat

104

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA Minit Mesyuarat GGGB4114 Sains Kehidupan Dalam Pendidikan Kali ke-1 Nama Mesyuarat : Perjumpaan projek Sains Kehidupan Dalam Pendidikan bersama penyelaras kursus P.M Dr Ruhizan Mohd Yasin Tarikh Masa Tempat Pengerusi Ahli yang hadir : 13 Oktober 2011 (Khamis) : 12.00tgh 12.30tgh : DK43.101KTAMS : Dexter Sigan Anak John : Galvin Anak Entalai Siti Ahsiah Ismail Afiqah Bt Mohd. Hamzah Chai Wei Xiong Nur Afifah Bt. Mohmed Nor Gary Tay Soon Joo

Agenda : 1) Pembahagian kumpulan projek. Kandungan Mesyuarat: 1) P.M Dr Ruhizan Mohd Yasin memberi sedikit taklimat berhubung pembahagian kumpulan yang telah ditampal di hadapan pintu pejabat beliau. 2) Beliau mengingatkan supaya menjalankan projek yang mengetengahkan tentang pembelajaran sepanjang hayat dimana hasil kajian atau projek boleh disumbangkan kepada masyarakat khususnya. 3) P.M Dr Ruhizan Mohd Yasin juga memberi peringatan supaya menjalankan projek dengan kadar segera supaya tidak tergesa-gesa di akhir minggu perbentangan nanti iaitu di minggu 12. 4) P.M Dr Ruhizan mengingatkan setiap hali untuk bertemu dengan penyelia masingmasing dengan kadar segera. 5) Peringatan untuk membuka SPIN bagi mendapatkan maklumat terkini berkaitan kursus.

105

6) Setiap pelajar hendaklah mengemukakan cadangan projek kepada penyelia masingmasing. Penyelia berhak menentukan setiap projek yang hendak dijalankan.

Disediakan oleh:

Disemak oleh:

( Afiqah Bt Mohamad Hamzah ) Setiausaha Projek

( Dexter Sigan Anak John) Ketua Projek

106

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA Minit Mesyuarat GGGB4114 Sains Kehidupan Dalam Pendidikan Kali ke-2 Nama Mesyuarat : Perjumpaan projek Sains Kehidupan Dalam Pendidikan bersama pensyarah pembimbing Cik Hajah Halimah Harun. Tarikh Masa Tempat Pengerusi Ahli yang hadir : 20 Oktober 2011 (Khamis) : 12.00tgh 12.30tgh : DK43.101KTAMS : Dexter Sigan Anak John : Galvin Anak Entalai Siti Ahsiah Ismail Afiqah Bt Mohd. Hamzah Chai Wei Xiong Ahli yang tidak hadir : Nur Afifah Bt. Mohmed Nor Gary Tay Soon Joo

Agenda : 1. Suai kenal antara ahli kumpulan dan pensyarah pembimbing. 2. Mengusulkan dan membincangkan tajuk-tajuk projek.

Kandungan Mesyuarat: 1) Ahli kumpulan memperkenalkan diri masing-masing dan melantik pengerusi projek iaitu Dexter Sigan Anak John. 2) Tujuan utama mesyuarat kali pertama bersama Cik Hajah Halimah

membincangkan dan menetapkan tajuk-tajuk projek yang bakal dipilih selepas kami telah berbincang dalam kumpulan. 3) Antara projek yang kami cadangkan ialah : a) Menjalankan aktiviti bersama anak-anak yatim di salah satu rumah anak yatim di sekitar Selangor. b) Bergabung dengan kumpulan lain dan menjalankan aktiviti alam sekitar. c) Mengadakan seminar penjagaan alam sekitar di Kolej Ibu Zain yang menumpukan tentang kegiatan kitar semula.
107

d) Lawatan sambil belajar ke perkampungan orang asli 4) Malangnya, semua cadangan kami telah ditolak oleh Cik Hajah Halimah dan beliau menekankan supaya membuat projek keusahawanan kerana kami adalah kumpulan keusahawanan di bawah bimbingan beliau. 5) Cik Hajah Halimah memberi beberapa bimbingan berkenaan tajuk yang berkaitan keusahawanan antaranya membuat jualan dan kajian kes. Disebabkan jika membuat jualan memerlukan komitmen yang lebih dan sukar bagi kami untuk memberi komitmen tersebut, kami telah menyatakan kata putus untuk membuat kajian kes dan telah dipersetujui oleh Cik Hajah Halimah. 6) Sebelum bersurai, Cik Hajah Halimah berpesan kepada kumpulan kami untuk mencari isu dan tajuk yang bersesuaian berkaitan usahawan atau belanjawan dan emelkan pada beliau kertas kerja kami.

Disediakan oleh:

Disemak oleh:

( Afiqah Bt Mohamad Hamzah ) Setiausaha Projek

( Dexter Sigan Anak John) Ketua Projek

108

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA Minit Mesyuarat GGGB4114 Sains Kehidupan Dalam Pendidikan Kali ke-3 Nama Mesyuarat : Perjumpaan projek Sains Kehidupan Dalam Pendidikan bersama pensyarah pembimbing Cik Hajah Halimah Harun. Tarikh Masa Tempat Pengerusi Ahli yang hadir : 25 Oktober 2011 (Selasa) : 2.00 petang 3.00 petang : Pejabat Cik Hajah Halimah Harun : Dexter Sigan Anak John : Galvin Anak Entalai Siti Ahsiah Ismail Afiqah Bt Mohd. Hamzah Chai Wei Xiong Ahli yang tidak hadir : Nur Afifah Bt. Mohmed Nor Gary Tay Soon Joo

Agenda : 1. Mengusulkan tajuk projek. 2. Membincangkan dan mengesahkan kertas kerja projek.

Kandungan Mesyuarat: 1) Tajuk kajian kes kami ialah Pengurusan Kewangan dalam Kalangan Mahasiswa dan Mahasiswi Universiti Kebangsaan Malaysia dan tajuk ini telah dipersetujui bersama sama pensyarah bimbingan. 2) Sebelum berjumpa Cik Halimah, kami telah merangka kertas kerja projek. 3) Kertas kerja projek ini telah ditolak buat pertama kali kerana objektif tidak menepati dan tidak sesuai dengan tajuk kajian. 4) Cik Halimah memberi sedikit bimbingan dan tunjuk ajar dalam mencari objektif yang berkaitan dengan tajuk. 5) Kami telah bersetuju membuat kaedah kajian dengan mengedar borang kaji selidik kepada mahasiswa-mahasiswi Universiti Kebangsaan Malaysia.
109

6) Beliau mengingatkan supaya memperbetulkan kertas kerja tersebut dan emelkan pada hari berikutnya.

Disediakan oleh:

Disemak oleh:

( Afiqah Bt Mohamad Hamzah ) Setiausaha Projek

( Dexter Sigan Anak John) Ketua Projek

110

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA Minit Mesyuarat GGGB4114 Sains Kehidupan Dalam Pendidikan Kali ke-4 Nama Mesyuarat : Perjumpaan projek Sains Kehidupan Dalam Pendidikan bersama ahli kumpulan. Tarikh Masa Tempat Pengerusi Ahli yang hadir : 28 Oktober 2011 (Jumaat) : 8.00 malam 10.30 malam : Perpustakaan Tun Seri Lanang (PTSL) : Dexter Sigan Anak John : Galvin Anak Entalai Siti Ahsiah Ismail Afiqah Bt Mohd. Hamzah Chai Wei Xiong Nur Afifah Bt. Mohmed Nor Gary Tay Soon Joo Agenda : 1. Mencari sumber dan kajian perpustakaan.

Kandungan mesyuarat: 1) Kajian perpustakaan dilakukan untuk mencari artikel-artikel, buku dan kajian-kajian lepas berkaitan dengan pengurusan kewangan. 2) Pembahagian tugas juga dilakukan dalam kumpulan bagi melancarkan lagi proses pencarian maklumat. 3) Pencarian maklumat juga dilakukan melalui pencarian di internet. Kami telah mewujudkan kumpulan di laman sosial facebook untuk memudahkan interaksi. 4) Seterusnya, kerja-kerja penambahbaikan kertas kerja dilakukan berdasarkan hasil carian maklumat. 5) Kertas kerja terdiri daripada bab 1 pengenalan, bab 2 sorotan kajian dan bab 3 metodologi. Pembahagian tugas adalah mengikut kepada bab-bab tersebut. 6) Setelah selesai, kami telah emelkan kertas kerja tersebut ke alamat emel Cik Hajah Halimah.

111

7) Kami juga telah merangka borang kaji selidik untuk ditunjukkan kepada Cik hajah Halimah pada mesyuarat seterusnya.

Disediakan oleh:

Disemak oleh:

( Afiqah Bt Mohamad Hamzah ) Setiausaha Projek

( Dexter Sigan Anak John) Ketua Projek

112

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Minit Mesyuarat GGGB4114 Sains Kehidupan Dalam Pendidikan Kali ke-5

Nama Mesyuarat

: Perjumpaan projek Sains Kehidupan Dalam Pendidikan bersama pensyarah bimbingan Cik Hajah Halimah Harun.

Tarikh Masa Tempat Pengerusi Ahli yang hadir

: 2 November 2011 (Rabu) : 10.00 pagi 11.30 pagi : Pejabat Cik Hajah Halimah Harun : Dexter Sigan Anak John : Galvin Anak Entalai Afiqah Bt Mohd. Hamzah Chai Wei Xiong Nur Afifah Bt. Mohmed Nor Gary Tay Soon Joo

Ahli yang tidak hadir

: Siti Ahsiah Binti Ismail

Agenda : 1. Mengesahkan kertas kerja projek. 2. Menunjukkan rangka borang kaji selidik.

Kandungan mesyuarat : 1) Menunjukkan kertas kerja projek yang telah dibaiki dan Cik Hajah Halimah telah mengesahkan objektif kajian kami. 2) Kami juga telah menunjukkan borang kaji selidik yang telah kami buat sebelum perjumpaan. 3) Banyak yang perlu kami baiki daripada rangka borang kaji selidik kami. Cik Hajah Halimah menyuruh kami memperbetulkan borang tersebut dengan mengikut susunan objektif kajian dalam kertas kerja.

113

4) Cik Hajah Halimah juga menasihati kami supaya merujuk kepada tesis atau kajiankajian terdahulu pelajar siswazah.

Disediakan oleh:

Disemak oleh:

( Afiqah Bt Mohamad Hamzah ) Setiausaha Projek

( Dexter Sigan Anak John) Ketua Projek

114

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA Minit Mesyuarat GGGB4114 Sains Kehidupan Dalam Pendidikan Kali ke-6 Nama Mesyuarat : Perjumpaan projek Sains Kehidupan Dalam Pendidikan bersama pensyarah bimbingan Cik Hajah Halimah Harun. Tarikh Masa Tempat Pengerusi Ahli yang hadir : 15 November 2011 (Selasa) : 3.00 petang 3.30 petang : Pejabat Cik Hajah Halimah Harun : Dexter Sigan Anak John : Galvin Anak Entalai Siti Ahsiah Binti Ismail Nur Afifah Bt. Mohmed Nor Gary Tay Soon Joo Ahli yang tidak hadir : Afiqah Bt Mohd. Hamzah Chai Wei Xiong

Agenda : 1. Pembaikan borang kaji selidik. 2. Penetapan jumlah borang kaji selidik yang perlu diedarkan.

Kandungan Mesyuarat : 1) Borang kaji selidik telah dibuat dengan merujuk kepada kajian lepas daripada pelajarpelajar siswazah. 2) Terdapat serba sedikit pembetulan yang perlu dilakukan lagi kerana soalan kaji selidik tidak sesuai dan perlu dibaiki sedikit sebelum diedarkan kepada responden. 3) Cik Hajah Halimah memberitahu supaya mengedarkan soal selidik kepada lebih 100 orang responden. 4) Soalan-soalan kaji selidik perlu bertepatan dan berkaitan dengan 5 objektif kajian. Objektif tersebut ialah mengenai masalah kewangan, sumber kewangan pelajar, keutamaan dan tingkah laku perbelanjaan dari segi makanan, keperluan, akademik,

115

hiburan dan kenderaan, perancangan kewangan pelajar dan akhir sekali kesan masalah kewangan kepada pelajar.

Disediakan oleh:

Disemak oleh:

( Afiqah Bt Mohamad Hamzah ) Setiausaha Projek

( Dexter Sigan Anak John) Ketua Projek

116

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Minit Mesyuarat GGGB4114 Sains Kehidupan Dalam Pendidikan Kali ke-7

Nama Mesyuarat

: Perjumpaan projek Sains Kehidupan Dalam Pendidikan bersama kumpulan.

Tarikh Masa Tempat Pengerusi Ahli yang hadir

: 16 November 2011 (Rabu) : 8.00 malam 10.30 malam : Perpustakaan Tun Seri Lanang (PTSL) : Dexter Sigan Anak John : Galvin Anak Entalai Nur Afifah Bt. Mohmed Nor Gary Tay Soon Joo Afiqah Bt Mohd. Hamzah Chai Wei Xiong

Ahli yang tidak hadir

: Siti Ahsiah Binti Ismail

Agenda : 1. Membetulkan borang kaji selidik.

Kandungan mesyuarat : 1) Perjumpaan kali ini dilakukan sesama kami dalam kumpulan bertujuan menyemak dan membetulkan semula borang kaji selidik yang telah di buat sebelum ini. 2) Kami telah banyak merujuk kajian-kajian lepas yang dibuat oleh pelajar siswazah dimana sedikit sebanyak membantu kami dalam membuat kajian ini. 3) Perbincangan dilakukan dengan teliti supaya kami dapat meneruskan kepada langkah seterusnya iaitu analisis kajian. 4) Setiap ahli dibahagikan tugas masing-masing bagi memudahkan cara kerja.

117

5) Ketua kumpulan mengingatkan supaya setiap ahli hadir setiap kali mesyuarat diadakan bagi memastikan kelancaran kerja. Ketidakhadiran ahli hanya berdasarkan sebab yang munasabah sahaja.

Disediakan oleh:

Disemak oleh:

( Afiqah Bt Mohamad Hamzah ) Setiausaha Projek

( Dexter Sigan Anak John) Ketua Projek

118

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Minit Mesyuarat GGGB4114 Sains Kehidupan Dalam Pendidikan Kali ke-8

Nama Mesyuarat

: Perjumpaan projek Sains Kehidupan Dalam Pendidikan bersama pensyarah pembimbing Cik Hajah Halimah Harun.

Tarikh Masa Tempat Pengerusi Ahli yang hadir

: 22 November 2011 (Selasa) : 8.00 pagi 8.30 pagi. : Pejabat Cik Hajah Halimah Harun : Siti Ahsiah Binti Ismail : Nur Afifah Bt. Mohmed Nor Gary Tay Soon Joo Afiqah Bt Mohd. Hamzah Chai Wei Xiong

Ahli yang tidak hadir

: Dexter Sigan Anak John Galvin Anak Entalai

Agenda : 1. Penambahbaikkan borang kaji selidik.

Kandungan mesyuarat : 1) Cik Hajah Halimah menyuruh kami menambahkan lagi rujukan di perpustakaan. Menurut beliau banyak tesis siswazah yang boleh dijadikan rujukan dalam membuat borang kaji selidik. 2) Masalah yang kami hadapi ialah tentang mencari kesesuaian soalan berkaitan dengan objektif. 3) Pada minggu ini, Cik Hajah Halimah menunjuk ajar kami membuat bentuk soalan yang sebenar setelah beberapa kali borang kaji selidik kami ditolak. 4) Beberapa item soalan telah ditolak dan terdapat item yang boleh digunapakai dalam kajian ini.

119

5) Bentuk dan gaya penulisan soalan juga dipelbagai dan diperincikan supaya hasil kajian adalah lebih tepat dan mantap.

Disediakan oleh:

Disemak oleh:

( Afiqah Bt Mohamad Hamzah ) Setiausaha Projek

( Dexter Sigan Anak John) Ketua Projek

120

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA Minit Mesyuarat GGGB4114 Sains Kehidupan Dalam Pendidikan Kali ke-9 Nama Mesyuarat : Perjumpaan projek Sains Kehidupan Dalam Pendidikan bersama kumpulan. Tarikh Masa Tempat Pengerusi Ahli yang hadir : 24 November 2011 (Khamis) : 8.00 malam 10.00 malam : Perpustakaan Tun Seri Lanang (PTSL) : Dexter Sigan Anak John : Nur Afifah Bt. Mohmed Nor Gary Tay Soon Joo Afiqah Bt Mohd. Hamzah Siti Ahsiah Binti Ismail Galvin Anak Entalai Ahli yang tidak hadir Agenda : 1. Pengubahsuaian borang kaji selidik Kandungan mesyuarat: 1) Tujuan perjumpaan kali ini adalah untuk membetulkan semula borang kaji selidik yang telah ditegur oleh Cik Hajah Halimah pada perjumpaan yang lepas. 2) Bentuk dan gaya penulisan telah kami ubah supaya soalan tersebut sesuai dan dapat mengkaji apa yang kami kehendaki. Disediakan oleh: Disemak oleh: : Chai Wei Xiong

( Afiqah Bt Mohamad Hamzah ) Setiausaha Projek

( Dexter Sigan Anak John) Ketua Projek

121

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Minit Mesyuarat GGGB4114 Sains Kehidupan Dalam Pendidikan Kali ke-10

Nama Mesyuarat

: Perjumpaan projek Sains Kehidupan Dalam Pendidikan bersama pensyarah pembimbing Cik Hajah Halimah Harun

Tarikh Masa Tempat Pengerusi Ahli yang hadir

: 7 Disember 2011 (Rabu) : 2.00 petang 2.30 petang : Pejabat Cik Hajah Halimah Harun : Siti Ahsiah Binti Ismail : Nur Afifah Bt. Mohmed Nor Gary Tay Soon Joo Chai Wei Xiong Galvin Anak Entalai

Ahli yang tidak hadir

: Dexter Sigan Anak John Afiqah Binti Mohd. Hamzah

Agenda : 1. Perbincangan tentang borang kaji selidik. 2. Penetapan tarikh dan masa pengedaran borang kaji selidik.

Kandungan mesyuarat : 1) Pada perjumpaan kali ini, kami menunjukkan hard copy atau salinan borang kaji selidik kepada pensyarah pembimbing. 2) Beliau mengesahkan dan meluluskan borang kaji selidik tersebut dan boleh diedarkan dalam minggu ini. 3) Hasil kaji selidik perlu dilakukan dengan segera untuk memudahkan langkah seterusnya. 4) Tumpuan responden adalah sekitar kawasan kampus Universiti Kebangsaan Malaysia. 5) Cik Hajah Halimah juga memberitahu bahawa kumpulan kami akan membentang projek pada minggu terakhir.
122

6) Setiap ahli dikehendaki mengedarkan borang soal selidik mengikut kolej masingmasing.

Disediakan oleh:

Disemak oleh:

( Afiqah Bt Mohamad Hamzah ) Setiausaha Projek

( Dexter Sigan Anak John) Ketua Projek

123

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA Minit Mesyuarat GGGB4114 Sains Kehidupan Dalam Pendidikan Kali ke-11 Nama Mesyuarat : Perjumpaan projek Sains Kehidupan Dalam Pendidikan bersama kumpulan. Tarikh Masa Tempat Pengerusi Ahli yang hadir : 9 Disember 2011 (Jumaat) : 8.00 malam 11.00 malam : Perpustakaan Tun Seri Lanang (PTSL) : Dexter Sigan Anak John : Nur Afifah Bt. Mohmed Nor Gary Tay Soon Joo Chai Wei Xiong Galvin Anak Entalai Siti Ahsiah Binti Ismail Afiqah Binti Mohd. Hamzah

Agenda : 1. Menganalisa hasil kaji selidik. 2. Membuat persiapan pembentangan.

Kandungan Mesyuarat : 1) Perjumpaan kali ini adalah perjumpaan terpenting kerana kami perlu menganalisa hasil soal selidik yang telah kami edarkan kepada pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia. 2) Sebanyak 170 borang soal selidik telah kami edarkan dan analisa soal selidik tersebut menunjukkan hasilnya. 3) Persiapan pembentangan juga dilakukan dengan menyiapkan slaid pembentangan. 4) Pembahagian tugas dilakukan supaya kerja lebih mudah dan cepat. 5) Setiap ahli perlu install program SPSS supaya boleh membuat analisa tersendiri 6) Penambahbaikkan dilakukan pada kertas cadangan bagi mengukuhkan lagi fakta.

124

7) Semakan pada Bab 2 dilakukan dan setiap cadangan untuk penambahbaikkan diambil kira bagi mengukuhkan lagi pernyataan masalah yang ditulis. 8) Galvin dan Afifah bertanggungjawab membuat Bab 3 yang berkaitan dengan metodologi kajian. 9) Pinjaman buku di perpustakaan bagi merujuk cara penggunaan metodologi yang betul.

Disediakan oleh:

Disemak oleh:

( Afiqah Bt Mohamad Hamzah ) Setiausaha Projek

( Dexter Sigan Anak John) Ketua Projek

125

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA Minit Mesyuarat GGGB4114 Sains Kehidupan Dalam Pendidikan Kali ke-12 Nama Mesyuarat : Perjumpaan projek Sains Kehidupan Dalam Pendidikan bersama kumpulan. Tarikh Masa Tempat Pengerusi Ahli yang hadir : 19 Disember 2011 (Isnin) : 8.00 malam 11.00 malam : Perpustakaan Tun Seri Lanang (PTSL) : Dexter Sigan Anak John : Nur Afifah Bt. Mohmed Nor Gary Tay Soon Joo Chai Wei Xiong Galvin Anak Entalai Siti Ahsiah Binti Ismail Afiqah Binti Mohd. Hamzah Agenda: 1) Semakan terhadap slaid pembentangan dan laporan penuh. Kandungan Mesyuarat: 1) Setiap ahli dikehendaki memberikan cadangan penambahbaikkan untuk slaid pembentangan. 2) Double check dilakukan ke atas laporan penuh. 3) Galvin dan Afifah secara sukarela membuat pembentangan pada 22 Disember 2011.

Disediakan oleh:

Disemak oleh:

( Afiqah Bt Mohamad Hamzah ) Setiausaha Projek

( Dexter Sigan Anak John) Ketua Projek

126

SLAID PEMBENTANGAN

127

Anda mungkin juga menyukai