Anda di halaman 1dari 7

Pajak di Ar-Rahnu: Menguntungkan atau Merugikan?

Assalamualaikum wbt. Saya merasa terpanggil untuk memberi pandangan tentang trend terkini para penyimpan emas memajak dan membeli emas dengan harapan pada hujung tahun emas akan naik dan mereka beroleh keuntungan berlipat kali ganda. Tanpa pengetahuan yang jelas akan kesan baik buruk, para penyimpan emas memajak emas simpanan mereka dan membeli lagi emas baru. Saya bukanlah pakar dalam pelaburan emas. Saya juga tidak bermaksud untuk menidakkan pandangan-pandangan orang lama yang mengatakan kaedah ini boleh menguntungkan. Cuma bagi mereka yang tidak jelas akan perkara ini saya harap tulisan ini akan memberi sedikit pengetahuan.

Gambar 1: Contoh Surat Akuan Gadai Tujuan Pajak Pajak dilakukan untuk mendapatkan pinjaman wang dengan meletakkan barangan berharga sebagai cagaran. Dalam konteks kita tentulah emas sebagai barang cagaran. Kedai pajak akan memberi

pinjaman dan tempoh untuk menebus kembali barangan yang digadaikan. Untuk mendapatkan keuntungan kedai pajak akan mengenakan caj yang dikenali sebagai upah simpan. Tidak ramai yang perasan akan peranan upah simpan ini. Ia berperanan besar dalam menentukan untung rugi seseorang pemajak emas. Dua jenis kumpulan pemajak Kumpulan pertama - pemajak sebagai pengedar emas(normal dealer, priority dealer atau master dealer) Kumpulan kedua - pemajak sebagai pembeli emas biasa (regular costumer) Pengiraan Dengan mengandaikan nilai emas semasa sama dengan nilai marhun Ar-Rahnu. (Kebiasaannya nilai marhun Ar-Rahnu lebih tinggi dari nilai pasaran semasa emas. Contoh harga semasa FGJAM = RM 160/gram, Nilai marhun Ar-Rahnu RM 165.80/gram) Ar-Rahnu Agro Bank mengenakan upah simpan sebanyak RM 0.75 sebulan bagi setiap RM 100 nilai barang yang dicagarkan. Ini bermakna Dalam setengah tahun (6 bulan) upah simpan ialah 4.5% dan setahun (12 bulan) upah simpannya 9%. Cuba rujuk jadual di bawah.

Jadual 1: Upah Simpan Ar-Rahnu Untuk setiap gadaian bernilai RM 100 kadar upah simpannya 75 sen sebulan atau RM 9 setahun. Untuk setiap gadaian bernilai RM 1000 kadar upah simpannya RM 7.50 sebulan atau RM 90 setahun. Untuk setiap gadaian bernilai RM 10000 kadar upah simpannya RM 75 sebulan atau RM 900 setahun. Untuk setiap gadaian bernilai RM 100, pinjaman 70% yang diperolehi bernilai RM 70. Untuk setiap gadaian bernilai RM 1000, pinjaman 70% yang diperolehi bernilai RM 700. Untuk setiap gadaian bernilai RM 10000, pinjaman 70% yang diperolehi bernilai RM 7000. Selepas setahun barang gadaian anda masih dinilai bank RM 1000, tetapi pinjaman 70% yang anda dapat sebanyak RM 700 telah berkurang kepada RM 610 kerana perlu membayar upah simpan sebanyak RM 90. Penyusutan yang banyak iaitu 9% dari nilai marhun emas. Kita kira semula dengan kenaikan emas sebanyak 9% setahun Harga pasaran semasa emas = RM 150 se gram. Nilai Ar-Rahnu = RM 165.80 se gram. Jika harga pasaran semasa emas meningkat sebanyak 9% setahun, Harga emas menjadi 150 + 9% = 163.5. (Kenaikan 13.5 Setahun) Upah simpan semasa pula sebanyak, 165.80 X 9% = 14.92 Nilai emas semasa tolak upah simpan tahunan, 163.5 - 14.92 = 148.58

Modal anda pada awal tahun ialah RM 150 se gram. Selepas setahun nilai emas anda berkurang kepada RM 148.58 se gram kerana membayar upah simpan yang banyak. Beza = 150 - 148.58 = 1.42. Walaupun kenaikan emas sebanyak 9% setahun, anda masih kerugian sebanyak RM 1.42 bagi setiap gram emas. Jika emas anda sebanyak 100 gram, darabkan dengan seratus. Hah anda dah rugi sebanyak RM 142. Contoh Kiraan Semasa (Februari 2011) - Real Time Calculation Kita andaikan Ar-Rahnu Agro Bank menilaikan 1 gram emas = RM 165.80 Nilai 100 gram emas ialah: 165.8 X 100 = RM 16580 Bila nilai marhun atau nilai cagaran 100 gram emas ialah = RM16580. Guna kalkulator masukkan 16580 X 70% = 11606. Kita dapat nilai pinjaman 70% dari RM 16580 iaitu RM 11606. Upah simpan sebulan = RM16580 100 X 0.75 = RM 124.35 Upah simpan 6 bulan = RM 124.35 X 6 = RM 746.10 Upah simpan 12 bulan = RM 124.35 X 12 = RM 1492.2 Penyusutan jumlah pinjaman 70%: Guna kalkulator masukkan RM 11606 - RM 1492.2. Jawapannya RM 10556. Di mana RM 11606 ialah jumlah pinjaman 70% yang anda dapat, RM 1492.2 ialah upah simpan 12 bulan dan RM 10556 ialah baki pinjaman 70% anda. Pengurangan jumlah pinjaman anda sebanyak RM 1044 !!! Jika harga emas tidak naik tahun tersebut anda telah kerugian sebanyak RM 1044 dengan hanya membayar upah simpan sahaja.!!! Untuk makluman pembaca pengiraan di atas belum mengambil kira spread margin (harga beli dan jual semula) dan peratus kenaikan emas. Jika pemajak seorang pembeli emas biasa dia kena menjual emasnya pada harga semasa tolak 5%. Jika pemajak seorang dealer dia boleh menjual emasnya pada harga penuh kepada pelanggan tanpa perlu menolak 5%. Sebab itulah pelanggan biasa tidak digalakkan menggunakan kaedah pajak dan beli lagi emas jika kenaikan emas tahunan tidak melebihi 20% setahun. Mengapa??? Kita kira semula untuk pembeli emas biasa. Dengan mengambil angka yang sama seperti di atas. Nilaian bank = RM 165.8/gram Harga beli emas semasa di Public Gold = RM 150/gram Kenaikan emas selepas setahun = 20%. Harga beli emas semasa di Public Gold selepas setahun = RM 150 + 20% = RM 180 Harga jual semula emas di Public Gold selepas setahun = RM 180 - 5% = RM 171 Upah simpan setahun di Ar-Rahnu = RM 165.8 X 9% = RM 14.92 Harga emas anda selepas setahun, RM 171 - RM 14.92 = RM 156.08 Modal anda RM 150. Selepas setahun anda hanya dapat RM 6.08 segram. Jika anda tidak pajak di Ar-Rahnu: Selepas setahun nilai emas anda : RM 150 + 20% = RM 180. Harga jualan selepas setahun: RM 180 - 5% = 171. Modal anda RM 150. Anda untung RM 171 - RM 150 = RM 21. Jika anda menyimpan 100 gram emas tanpa memajaknya anda dapat RM 2100 selepas setahun. Jika anda menyimpan 100 gram emas dengan memajaknya anda dapat RM 608 setahun. Anda tentukan yang mana lebih menguntungkan. Simpan atau pajak.

Sekarang kita kira pula untuk normal dealer yang mendapat komisyen dari setiap pembelian di Public Gold. Dengan mengambil angka yang sama seperti di atas: Nilaian bank = RM 165.8/gram Harga beli emas semasa di Public Gold = RM 150/gram Kenaikan emas selepas setahun = 20%. Harga beli emas semasa di Public Gold selepas setahun = RM 150 + 20% = RM 180 Harga jual emas kepada pelanggan biasa selepas setahun = RM 180 Upah simpan setahun di Ar-Rahnu = RM 165.8 X 9% = RM 14.92 Harga emas anda selepas setahun, RM 180 - RM 14.92 = RM 165.08 Modal anda RM 150. Selepas setahun anda dapat RM 15.08 segram. Jika anda tidak pajak di Ar-Rahnu: Selepas setahun nilai emas anda : RM 150 + 20% = RM 180. Harga jualan selepas setahun: RM 180. Modal anda RM 150. Anda untung RM 180 - RM 150 = RM 30. Jika anda menyimpan 100 gram emas tanpa memajaknya anda dapat RM 3000 selepas setahun. Jika anda menyimpan 100 gram emas dengan memajaknya anda dapat RM 1508 setahun. Anda tentukan yang mana lebih menguntungkan. Simpan atau pajak.

Jadi di mana rasionalnya para penjual emas mengatakan keuntungan berlipat kali ganda jika menggunakan taktik pajak dan beli lagi emas? Inilah rahsianya. Cuba tuan-tuan lihat beberapa jadual yang saya paparkan dengan teliti.

Jadual 2: Modal RM 15000, Pajak 12 Bulan, Kenaikan emas 10% Menurut pengiraan dalam Jadual 2 ini, pelanggan biasa akan kerugian sebanyak RM 3254.64. Dengan bermodalkan RM 15000, emas yang boleh dibeli berjumlah 370 gram. Emas ini boleh dijual semula kepada Public Gold dengan perbezaan kurang 5% dari harga pasaran. Dengan kenaikan emas sebanyak 10%, ia belum cukup untuk menampung jumlah upah menyimpan emas. Jika emas dijangkakan naik lebih kurang 10% para penyimpan emas dinasihatkan supaya tidak memajak emas anda KECUALI jika terdesak dan benar-benar ingin guna tunai. Jika tidak pajak, anda masih untung sebanyak RM 675 setahun. Keadaan ini berlainan bagi para dealer. Kenaikan harga emas serendah 10% mampu menyerap upah simpan di Ar-Rahnu. Dengan bonus komisyen sebanyak 1.0 atau 1.5 atau 2.0 semasa pembelian emas, kaedah ini amat digemari para dealer untuk menambah stok emas. Bila pelanggan ingin beli emas, pergi saja ke Ar-Rahnu, tebus dan serahkan emas kepada pelanggan. Dealer akan pesan lagi

emas dari Public Gold. Kaedah ini membantu memperbanyakkan lagi stok dealer. Emas pun tidak perlu dipajak lama-lama dan upah simpan di Ar-Rahnu pun berkurang. Jika dealer tidak memajak emasnya, beliau masih untung kenaikan 10% emas sebanyak RM 1500. Kekurangannya dealer tadi tidak punya banyak stok. Beliau hanya mempunyai sekeping emas seberat 100 gram. Bagaimana jika kenaikan emas sebanyak 15%?

Jadual 3 : Modal RM 15000, Pajak 12 Bulan, Kenaikan emas 15% Dalam Jadual 3 di atas, sekali lagi pemajak biasa mengalami kerugian. Walaupun kerugian kali ini agak kecil (RM 628.89), kenaikan emas sebanyak 15% setahun masih belum cukup untuk menampung upah simpan dan perbezaan 5% jualan semula emas kepada Public Gold. Kalau tidak pajak, pelanggan masih memperoleh untung sebanyak RM 1387.50. Bagi para dealer kenaikan 15% sudah menjanjikan keuntungan sebanyak RM 2803.86 melebihi keuntungan tanpa pajak sebanyak RM 553.86. Jika harga emas dijangka naik setinggi ini atau lebih saya mengesyorkan para dealer memajak emas mereka. Berikut adalah jadual kenaikan sebanyak 20%.

Jadual 4: Modal RM 15000, Pajak 12 Bulan, Kenaikan emas 20% Hah! Hanya kenaikan emas melebihi 20% setahun mampu menjana keuntungan kepada pemajak biasa. Keuntungan pelanggan hampir mencecah RM 2000 iaitu hampir menyamai keuntungan tanpa pajak pelanggan. Tetapi benarkah setiap tahun harga emas akan naik melebihi 20%? Kita sudah melihat kenaikan harga emas yang luar biasa tingginya dalam tempoh empat tahun ini. Bolehkah kita pastikan dalam tahun -tahun mendatang ia akan naik sebanyak 20% setahun secara berterusan?

Secara jujur saya berpandangan selepas ini harga emas akan naik sekitar 7-15% sahaja setahun. Jika lebih ianya rezeki kita. Jika kurang kita kena cepat-cepat ubah strategi. Mengikut jadual di atas, para dealer akan menangis kesyukuran kerana keuntungan mereka (RM 5578.86) sudah menjadi hampir sekali ganda berbanding keuntungan tanpa pajak. Modal baru RM 15000!!!

Jadual 5: Modal RM 15000, Pajak 12 Bulan, Kenaikan emas 25% Jadual 4 menunjukkan keuntungan pelanggan biasa mula berganda dengan kenaikan 25%. Ia berpunca daripada bilangan emas yang banyak. Dengan kenaikan yang tinggi upah simpan bank kekal pada paras 9%. Semua emas yang dipajak mengalami kenaikan. Pada ketika ini pemilik emas boleh lakukan aktiviti tebus dan jual. Bila dapat duit dari jualan emas, teruskan tebus dan jual lagi sehingga semua emas yang dipajak habis dijual. Bagi pada dealer, mereka boleh analisa sendiri anggaran keuntungan mereka. Jadual-jadual di atas saya susun untuk memudahkan para penyimpan emas merancang strategi pelaburan mereka. Ia menunjukkan beberapa paras aktiviti beli dan pajak emas, kemudian beli dan pajak lagi sehingga baki modal tidak mencukupi untuk membeli emas. Ianya tidak sesuai dilakukan oleh para pelanggan atau penyimpan emas biasa. Aktiviti ini merugikan anda jika kenaikan harga emas tidak mencecah 20% setahun. Simpan sajalah emas anda elok-elok. InsyaAllah kenaikan sedikit macam mana pun anda masih untung. Bagi para peniaga emas, anda boleh melakukan kaedah ini dengan kenaikan minimum 10% dengan syarat barang yang anda jual laris macam goreng pisang panas. Tempoh pajak tidak lama dan modal anda boleh dipusingkan melalui pinjaman 70%. Stok anda banyak dan memudahkan jualan. Sebagai kesimpulan, para pelanggan yang budiman diharapkan tidak terlalu mudah percaya dengan kata-kata yang terlalu melangit tingginya. Kadang-kala ada peniaga yang ingin melariskan barang jualannya dengan bercerita berlebih-lebihan. Tanpa usul periksa dan kajian yang cukup pelanggan selalu mudah percaya. Buat begini, buat begitu akan untung berpuluh ribu selepas beberapa tahun. Akibatnya diri sendiri yang rugi. Saya menulis bagi mengingatkan diri saya dan saudara-saudara saya di luar sana. Bagi para dealer nak kaut keuntungan kautlah seberapa banyak yang mahu tetapi biarlah dengan cara yang elok. Jangan mengambil kesempatan di atas kelemahan pelanggan. Kita boleh berjaya tetapi berkat mungkin kurang. Berlaku jujurlah. Saya terjumpa sepotong hadis Rasulullah SAW bermaksud:

Dua orang yang berjual beli itu, bila mereka berkata benar dan berlaku jujur nescaya akan diberkatilah pada kedua jual belinya. Tetapi jika keduanya menyembunyikan sesuatu atau berbohong, nescaya akan tercabutlah keberkatan dari jual beli keduanya. Kita doakan semoga rezeki kita diberkati Allah swt. Wallahua'lam. Tentang pengiraan dan jadual di atas, jika ada kesilapan saya mohon maaf. Sesiapa yang tidak setuju atau ada cadangan lain boleh mesej saya. Terima kasih.