Anda di halaman 1dari 48

EDU3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

NAMA AHLI KUMPULAN : NUR AIN B ISMAIL

NUR ZAWANI BT RASHID


NURFATIHAH BT MOHD NAZIR PISMP PSV PJ BM SEMESTER 5 AMBIlLAN JANUARI 2011

TUTORIAL 1
BINCANGKAN PANTANG LARANG PELBAGAI KAUM DI MALAYSIA

Definisi Pantang Larang

DEFINISI PANTANG LARANG


Pantang larang adalah peraturan larangan bagi
sesebuah kehidupan bangsa itu. Ia adalah sangat berguna bagi sama-sama menjaga adat dan ketenteraman hidup. Pantang larang juga dapat memberi jaminan

keselamatan bagi individu. Ia adalah ibarat penjaga diri iaitu ilmu dibadan sendiri dan semua pihak.

Secara ringkas pantang larang ialah perlakuan atau perbuatan yang ditegah dalam masyarakat. Pantang larang terus kekal dalam masyarakat yang masih mengekalkan beberapa elemen yang diwarisi daripada nenek moyang secara turun-temurun.

KAUM MELAYU

Pantang larang

Perkahwinan
Kaum Melayu

Pantang larang bermula dengan jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul.

Mengelakkan tohmahan masyarakat. Mengawal nafsu. Menimbulkan perasaan rindu dendam.


Perasaan yang timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.

Pasangan tersebut juga tidak tidur dirumah orang takut terkena ilmu. Ia juga untuk menjaga nama baik keluarga.

Pasangan dilarang bebas keluar kemana-mana kerana takut disantau oleh mereka yang mempunyai niat tidak baik. Jangan makan nasi dengan gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelbagai mengelakkan perut buncit.

Pengantin juga dilarang bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelakkan diri dari perkara sihir.
Pasangan juga dilarang membuang air kecil dan air besar serentak di dalam air contohnya dalam sungai, kerana ia boleh melemahkan organ seks.

Pasangan perlu elakkan diri daripada terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak berseri pada hari perkahwinan. Mereka juga elakkan keluar rumah tanpa rujuan kerana angan-angan yang tinggi menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada diluar. Orang-orang tua melayu dahulu selalu mengingatkan anak cucunya supaya tidak melanggar pantang larang. Pantang larang perlu dipatuhi untuk mengelakkan berlaku sesuatu kejadian yang tidak baik.

Pantang Larang Hari


Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidulfitri

Hari Raya Aidilfitri.

1.

Dilarang membazir dan berbelanja lebih-lebihan untuk menyambutnya. Selaras dengan tuntutan agama Islam itu sendiri. Memakai pakaian bersih,cantik dan juga wangiwangian. Umat Islam yang kehilangan saudara mara akan menziarahi pusara mereka dan menghadiahkan surah Al-Fatihah atau bacaan surah Yasin. Berkunjung ke rumah sanak saudara dan rakan taulan. Mereka bermaaf-maafan dan melupakan kisah silam yang lampau.

2.
3. 4.

5.

Memasang pelita di waktu malam untuk menyambut malam tujuh likur.

6. 7. 8.

Pemberian wang kepada kanak-kanak oleh orang dewasa. Mengadakan rumah terbuka ataupun berkunjung ke rumah terbuka yang diadakan. Membuat dan menghidangkan juadah wajib seperti ketupat,lemang,rendang dan berbagai-bagai lagi.

Hari Raya Aidiladha.

1. 2. 3. 4.

Melakukan ibadah korban sebelum dibahagi-bahagikan kepada kafir miskin dan juga orang ramai. Mengenakan pakaian bersih,cantik dan memakai wangiwangian. Melawati kubur-kubur sanak saudara dan sahabat handai yang telah pergi. Disambut dengan adab kunjung mengunjung dan rumah terbuka.

Pantang Larang

Mengandung
Orang Melayu

Mereka yang mengandung di larang untuk mencaci atau mengumpat.

Dilarang untuk memaku atau memahat dan menggali lubang serta memukul binatang.

Mereka juga dilarang untuk keluar rumah pada waktu petang atau senja serta dilarang untuk duduk di anak tangga dan juga di larang melihat gerhana bulan ataupun matahari.

Terdapat juga pantang larang untuk suami ibu yang mengandung. Antaranya ialah suami di larang meniup sebarang bunyi bunyian, menyembelih, memburu dan memukul binatang. Semua pantang larang ini adalah untuk keselamatan anak yang di kandung.

KAUM CINA

Perkahwinan Orang Cina

Bakal pengantin tidak digalakkan untuk menghadiri majlis kebumian selama 3 bulan sebelum dan selepas majlis perkahwinan. Hiasan dalam majlis perkahwinan tidak digalak untuk menggunakan warna putih, biru tua, hitam dan hijau. Dalam bilik tidur bakal pengantin baru, katil, meja dan almari perlu diletakkan dalam kedudukan yang biasa dan bukannya sudut bilik.

Nombor genap sering digunakan dalam majlis perkahwinan. Menurut keparcayaan orang cina, majlis perkahwinan yang tidak mengikut protokol yang ditetapkan adalah perkahwinan yang tidak sah.

Pantang Larang
Tahun Baru Cina

Tidak boleh menyapu rumah pada hari raya pertama kerana menganggap ia boleh membuang segala keuntungan atau ong yang ada. Mereka akan ditimpa malang jika pinggan mangkuk yang digunakan pada hari sambutan itu telah pecah.Oleh itu, mereka akan pastikan sentiasa berhati-hati ketika melakukan kerja rumah. Acara makan beramai-ramai pada waktu malam sehari sebelum hari Tahun Baru Cina paling dinantikan kerana ia dapat memperlihatkan perpaduan dan keakraban sesebuah keluarga yang dapat bersama-sama berkumpul bagi merayakannya. Biasanya bagi orang tua,mereka rasa bahawa walau sesibuk manapun individu terbabit dengan pelajaran, kerjaya, perniagaan ataupun urusan seharian mereka, sambutan acara ini tidak boleh dilepaskan

Perkataan yang tidak sopan dan bermakna buruk tidak digalak sempena perayaan Tahun Baru Cina.Antaranya ialah seperti perkataan mati,hantu ataupun cakap kotor amat dielakkan pada masa raya.Kaum cina mempercayai bahawa ini akan membawa buruk sepanjang tahun tersebut. Mereka mengenakan pakaian berwarna merah dan mengelakkan pemakaian baju warna hitam kerana beranggapan ketika menyambut sesuatu perayaan, kita perlu kelihatan ceria.Warna hitam akan membawa buruk bagi orang cina. Pemberian angpau masih tetap diamalkan iaitu bagi pasangan yang sudah berkahwin mereka perlu memberikan angpau kepada kanak-kanak dan mereka yang belum berkahwin.Malah, sekiranya individu berkenaan sudah lanjut usia, tetapi masih belum berkahwin, dia tetap akan mendapat pemberian angpau. Sama ada dia menerimanya ataupun tidak, bergantung kepada individu-individu.

Pantang Larang ibu Cina


Semasa mengandung.

1. 2.

Dilarang makan daging arnab. Jika memakani, bayi yang dilahirkan akan mempunyai bibir arnab. Dilarang makan daging anjing. Jika memakani, bayi yang dilahirkan akan suka mengigit orang, terutamanya masa menyusui bayi. Dilarang makan daging ayam jantan. Barulah bayi tidak menangis pada tengah malam. Dilarang makan ketam. Barulah bayi tidak asyik mengeluarkan air liuh. Dilarang makan makanan yang bersifat sejuk. seperti aiskrim,tembikai. Kemungkinan membawa kepada masalah keguguran bayi.

3.
4.

5.

6.

Dilarang mengambil gunting atau penyepit kuku Bayi yang dilahirkan akan mengalami kecacatan.

7.
8.

Dilarang mengangkat tangan melebihi paras bahu. Ibu tidak mudah mengimbangi diri .
Dilarang tepuk bahu ibu. Ibu mudah terkejut dan mengakibatkan keguguran bayi.

9.

Dilarang menyidai baju.


Kononnya akan mengakibatkan keguguran bayi.

10. Dilarang menghadiri upacara perkahwinan.


Upacara perkahwinan akan mempengaruhi emosi ibu, dan mempengaruhi bayi secara tidak langsung.

KAUM INDIA

Pantang Larang Kaum India

Pantang larang ketika berkunjung ke rumah

tetamu

tuan rumah tidak boleh membenarkan tetamu yang pertama kali datang menziarahi melakukan kerja seperti membasuh pinggan. Ini kerana dipercayai akan membawa sial. Ini kerana tetamu sepatutnya dilayan oleh tuan rumah.

Pantang larang merisik


bakal pasangan akan saling membalas kunjungan ketika merisik. Tetapi ketika rombongan bakal pengantin perempuan, bakal pengantin perempuan dilarang ikut serta. Kerana dianggap tidak sopan.

Pantang jangan bersiul waktu malam ular masuk. -Bising, menganggu Jangan makan di tempat gelap, jika tidak makanan dikongsi bersama hantu. -takut-takut termakan benda lain atau bersepah. Jangan asah pensel di kedua-dua belah, dipercayai ibubapa akan sentiasa bergaduh. - nanti tercucuk ke mata atau tangan.

Tidak digalakkan melawat bayi yang baru lahir -takut-takut mengganggu bayi tersebut dan menyebabkan dia terkejut.
Pantang larang kematian -gambar si mati tidak boleh digantung secara formal tetapi terbalik. -barang perhiasan perlu dikeluarkan dari ruang tamu. -ahli keluarga perlu mengelilingi mayat sebanyak 3 kali lawan jam sebagai tanda penghormatan. -sedikit makanan berupa beras disuapkan

Pantang larang semasa perkahwinan orang india

Perkahwinan kaum india di malaysia diklasifikasikan kepada beberapa jenis iaitu tamil tirumanam ,eliyat tirumanam dan vaitiikat tirumanam . Terdapat banyak adat dan pantang larang perlu diikut oleh kaum india semasa perkahwinan . Pantang larang semasa merisik adalah bakal pasangan akan saling membalas kunjungan ketika merisik. Tetapi ketika rombongan bakal

Selain itu, sebelum majlis perkahwinan berlangsung ,kad jemputan perlu disediakan dan dibuat berdasarkan almanak hindu tanpa kesilapan ,jika terdapat kesilapan bermakna perkahwinan tersebut akan tidak dapat dijalankan dengan lancar .

Jika jamuan perkahwinan dilakukan di kuil ,maka hanya sayursayuran boleh dihidangkan kepada para tetamu dan makanan lain tidak

Pantang larang semasa Deepavali

Hari Deepavali merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut Hindu di seluruh dunia. Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan Dipa yang bererti cahaya dan perkataan Gavali yang bererti barisan. Perayaan ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil (antara bulan Oktober dan November). Perayaan ini juga dikenali sebagai pesta cahaya. Cahaya bermaksud harapan, kemenangan dan kebahagian.

hidangan tradisi kaum India. Pada waktu malam pula diadakan upacara mesti memasang pelita oleh seluruh ahli keluarga. Pelita yang dipasang dipercayai bahawa kecerahan dapat mengatasi segala kejahatan.

Terdapat juga upacara menyusun beras atau hampas kepala yang telah diwarnakan dengan pelbagai warna di hadapan pintu. Upacara ini membawa maksud yang mendalam kepada semua penganut Hindu termasuk makluk kecil di dunia ini, misalnya semut sebagai tanda ucap selamat datang kepada para tetamu.

Pada pagi perayaan, seluruh ahli keluarga perlu bangun pagi sebelum matahari terbit untuk mandi dan membersihkan diri. Mereka perlu mandi dengan minyak bijan yang akan disapukan ke atas kepala setiap ahli keluarga oleh mereka yang lebih tua seperti ibu atau nenek. Mengikut kepercayaan kaum India, mandi minyak bijan diibarat mandi di Sungai Ganges untuk tujuan membersihkan diri dari segala kejahatan dan sifat dengki.

Selepas mandi, pakaian yang dipakai mestilah warna yang garang seperti merah, biru dan oren. Mereka dilarang berpakai pakaian yang berwarna hitam atau putih yang lebih bermaksud kesedihan. Selepas itu barulah bersalam dan memohon maaf dengan kedua ibu bapa dan ahli keluarga yang lain. Upacara sembahyang dijalankan di kuil bagi mendapatkan kesejahteraan diri dan keluarga serta memperingati ahli keluarga yang telah meninggal dunia.

Pantang larang
semasa mengandung

bagi kaum india

Bagi masyarakat India,terdapat beberapa pantang larang yang perlu diamalkan oleh seorang ibu yang mengandung.

Dilarang

keluar rumah berseorangan pada waktu malam pada waktu siang atau tidur

Dilarang tidur
berlebihan.

Dilarang

melakukan perbuatan-perbuatan buruk seperti mengumpat, membuat fitnah, bergaduh, menyembelih binatang dan sebagainya.

Dalam
ibu

tempoh 2 bulan selepas bersalin, si perlu menghindarkan diri daripada

Kesimpulan

Kewujudan pantang-larang boleh dikatakan adalah untuk membimbing perlakuan supaya tidak termasuk dalam kategori masyarakat tidak beradab. Baginya kami, walaupun zaman semakin moden berbanding dengan dahulu,perayaan, adat resam dan pantang-larang yang diperturunkan tidak boleh dipandang rendah. Adat resam yang diperturunkan patut mengekalkan dan diberitahu kepada generasi yang akan datang.

HASIL TEMURAMAH KAUM INDIA

Responden : Gugapriya A/P Muniandy Agama : Hindu

Kaum : India + Bidayuh

Petikan temuramah bersama responden mengenai pantang larang kaum hindu yang diamalkan.

Kaum india campur bidayuh. Sbb ikut ayah jd kaum india Pantang larang-klau yg beragama hindu tak leh mkn lembu.

Kalau dah balik dari funeral basuh kaki sebelum masuk rumah then trus kena mandi Sbb dipercayai ada spirit si mati ikut So kena bersihkan diri Masuk rmah kena x boleh pakai slipper

Petikan temuramah bersama responden mengenai pantang larang kaum hindu yang diamalkan.

kalau ada gagak


bising dpn rumah maksudnya ada org nk mati.

Kalau perempuan dah attain pubertyx boleh keluar rumah, x bolh tengok lelaki Kalau mkn pakai daun pisang.selepas mkn daun pisang kena lipat ke arah kita. X sopan kalau u lipat ke arah org lain

Petikan temuramah bersama responden mengenai pantang larang kaum bidayuh yang diamalkan.

kalo pasal mknn.. kalo org ajak kita mkn tp kita xnak kita kena at least pegang tau mknn 2. sentuh wlau sdikit supaya kita x kena kempunan.

tak boleh menjahit waktu mlm. nanti kita jadi buta.

VIDEO

Sekian