Anda di halaman 1dari 4

PENDIDIKAN KOPERASI Konsep pendidikan dalam gerakan koperasi mempunyai tempat dan keutamaan.

Menurut pelopor garakan koperasi pada zaman Rochdale di England pada tahun 1844 telah memilih tujuh regulations yang kini dikenali sebagai prinsip-prinsip koperasi. Namun hanya prinsip yang keenam yang berkaitan dengan pendidikan dalam koperasi. Dalam gerakan koperasi, perkataan pendidikan diberikan definisi yang luas. Pendidikan dalam koperasi tidak hanya dibataskan kepada pendidikan secara formal sahaja, tetapi termasuk juga apa yang dipelajari secara tidak langsung. Pendidikan dalam koperasi merupakan proses seumur hidup ataupun yang disebut sebagai a life long process. Hal ini bermakna setiap tingkat pengalaman akan menambahkan pengetahuan anggota, mempertingkatkan daya pemikiran dan kecekapan untuk bekerja dan menjadi lebih bertanggungjawab terhadap organisasi yang dianggotai. Ringkasnya pendidikan koperasi merupakan ciri utama dalam prinsip-prinsip koperasi itu sendiri. Secara umumnya, pendidikan koperasi dapat dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu: 1. Menanam sikap, pengetahuan dan kefahaman yang perlu ke dalam diri anggotaanggota mengenai masalah-masalah dan kepentingan diri secara umum. 2. Melahirkan sifat-sifat kepimpinan dan semangat berpasukan di kalangan anggotaanggota bagi membolehkan mereka menyelesaikan masalah-masalah bersama dengan tindakan secara berkumpulan. 3. Bagi melahirkan kecekapan dan tabiat yang dirasakan perlu kepada anggota supaya mereka boleh menyelesaikan masalah ekonomi dan sosial dengan cara yang berkesan. Hal ini bermaksud, pendidikan koperasi itu merangkumi semua aspek dalam struktur koperasi itu sendiri. Pendidikan dan latihan di koperasi hendaklah diberikan kepada semua lapisan di dalam organisasi termasuklah anggota dan para pemimpin, perwakilanperwakilan, pengurus dan kakitangan koperasi. Pendidikan koperasi boleh dibahagikan kepada tiga bidang iaitu: 1. Pendidikan mengenai kegiatan koperasi yang berkait rapat dengan semua jenis aktiviti dan fungsinya. Contohnya, jika koperasi memiliki sebuah kedai, maka pendidikan perniagaan merupakan salah satu daripada kegiatan pendidikan.

2. Pendidikan pengurusan koperasi berhubung dengan pentadbiran, pengurusan dan perjalanan pejabat, kepimpinan kakitangan dan sebagainya. 3. Pendidikan anggota koperasi, yang terbahagi kepada dua peringkat. Pertama, pendidikan yang berkaitan dengan konsep, prinsip dan ideologi. Kedua pendidikan umum kepada anggota, iaitu pendidikan yang ada kaitannya dengan pekerjaan anggota. Contohnya jika koperasi itu seorang petani, maka pendidikan bidang pertanian hendaklah diberikan. Bidang latihan merupakan aspek penting yang tidak boleh dipisahkan daripada pendidikan koperasi. Latihan dalam koperasi adalah satu proses yang berulang-ulang dan intensif. Objektif latihan koperasi bertujuan memberi kecekapan dan kemahiran dalam menjalankan kerja-kerja tertentu. Ia merupakan pengarahan bagi membentuk individu terhadap tugas-tugas tertentu. Ia merupakn pengarahan bagi membentuk individu terhadap tugas-tugas tertentu dan menjadikan mereka pekerja-pekerja yang mahir. Program latihan mestilah menyalurkan ilmu bagi membentuk kecekapan yang diperlukan dan menyediakan pandangan dan sikap yang lebih terbuka kepada perubahan. Pada peringkat awal gerakan koperasi, perjalanan koperasi lebih bergantung kepada tenaga sukarela yang disumbangkan oleh anggota bagi mengatur urusan harian koperasi. Dengan perubahan masa dan penggunaan teknologi moden di dunia perniagaan sekarang, tradisi lama ini tidak lagi sesuai digunakan. Oleh itu perniagaan koperasi mestilah diuruskan dengan teknik-teknik pengurusan yang sistematik dan cekap. Koperasi pada hari ini memerlukan para pentadbiran dan tenaga pengurusan yang terlatih dan profesional. Semasa garakan koperasi diperkenalkan di Malaysia pada tahun 1922, tiada satu program-program formal tentang pendidikan dan latihan dijalankan. Namuan dengan pertambahan bilangan dan kegiatan koperasi telah merubah situasi ini dan merasa penting untuk mula menyusun dan menyediakan program secara formal dan tersusun. Oleh itu pada tahun 1956, dengan bantuan kewangan dari the Colonial Development and Welfare Fund sebuah Maktab Kerjasama Malaya (MKM) telah ditubuhkan. Fungsi MKM ialah untuk menggembang dan menggalakkan pendidikan dan latihan koperasi ke arah memenuhi keperluan koperasi serta pegawai-pegawai dari agensi kerajaan yang mengawasi koperasi. MKM menawarkan kursus-kursus dalam bidang koperasi dan latihan seperti bidang pengurusan, perakaunan, perniagaan dan teknologi maklumat melalui kursus-kursus jangka pendek dan panjang.

Selain daripada MKM, Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) juga menyediakan latihan kepada pegawai-pegawai mereka terutamnya dari aspek teknikal dan dasar. ANGKASA sebagai organisasi induk kepada gerakan koperasi di negara ini dan Jabatan Pembangunan Koperasi juga menjalankan program-program pendidikan dan publisiti kepada anggota koperasi. Kebanyakan organisasi berkenaan menumpukan perhatian mereka dalam aspek pendidikan anggota. Setiap koperasi perlu menganjurkan program pendidikan koperasi kepada anggota, anggota lembaga, kakitangan dan masyarakat umum tentang konsep dan kaedah koperasi. Kefahaman mereka melalui pendidikan koperasi adalah penting bagi memastikan gerakan koperasi di negara ini difahami oleh mereka di dalam dan di luar gerakan koperasi. Oleh itu, koperasi-koperasi di negara ini perlu menyediakan sumber kewangan atau tabung khas bagi menjalankan program-program pendidikan di koperasi masing-masing. Sebuah jawatankuasa khas perlu ditubuhkan oleh semua koperasi di negara ini supaya program-program pendidikan dapat dijalankan dengan teratur dan berterusan dari masa ke semasa.

RUJUKAN

Ahmad Marzuki Ismail.(2004) Jati Diri Koperasi Sekolah. Selangor: Yeohprinco.Sdn Bhd.

___________________.(2004) Tadbir Urus Koperasi Sekolah. Selangor: Yeohprinco.Sdn Bhd.

Anda mungkin juga menyukai