Anda di halaman 1dari 26

NOMBOER MATRIKULASI : 641118015372001 HBML 1103

FAKULTI PENGAJARAN PENDIDIKAN (RENDAH) BAHASA MELAYU SEMESTER 4 / SEPTEMBER 2012 HBML 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

NO.MATRIKULASI NO. KAD PENGENALAN NO. TELEFON EMEL

: : : :

641118015372001 641118015372 013-7794549 mastura64@oum.edu.com

PUSAT PEMBELAJARAN

OUM BATU PAHAT

NOMBOER MATRIKULASI : 641118015372001 HBML 1103 ISI KANDUNGAN 1.0 PENGENALAN MUKA SURAT 3

2.0 DEFINISI DAN KONSEP PERIBAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU 2.1.0 DEFINISI PERIBAHASA 2.2.0 KONSEP PERIBAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU 2.2.1 LIMA KONSEP UTAMA PERIBAHASA 2.2.2 KONSEP PERIBAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU 3.0 CIRI-CIRI KEPENTINGAN PENGAJARAN PERIBAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU 3.1.1 MEMAHAMI BUDAYA BANGSA SENDIRI 3.1.2 MENULIS DENGAN DAYA YANG KREATIF DAN BAHASA YANG INDAH 3.1.3 SEBAGAI DAYA PENARIK PEMBACA DAN PENDENGAR 3.1.4 MELAMBANGKAN FALSAFAH PEMIKIRAN DAN PERADABAN BANGSA Melayu YANG TINGGI 3.1.5 SEBAGAI PENGIKLANAN DAN KAD UCAPAN 10 10 9 10 7 7 6 5 5 4 4

4.0 STRATEGI DAN TEKNIK PENGAJARAN PERIBAHASA YANG SESUAI 4.1.0 PENDEKATAN IN DUKTIF 4.1.1 STRATEGI DAN TEKNIK PENDEDAHAN PERIBAHASA 11 11 12
1

NOMBOER MATRIKULASI : 641118015372001 HBML 1103 4.1.2 PERINGKAT PEMBENTUKAN KONSEP 4.1.3 PERCUBAAN GENERALISASI 4.1.4 PENUTUP 4.2.0 PENDEKATAN DEDUKTIF 4.2.1 MERANCANG AKTIVITI 4.2.2 MELAKSANAKAN AKTIVITI GENERALISASI 4.2.3 PENILAIAN AKTIVITI 12 13 14 15 15 16 16

5.0 PENDEKATAN PENGAJARAN PERIBAHASA DALAM PENULISAN 5.1.0 PENDEKATAN TERKAWAL 5.2.0 PENDEKATAN BERPANDU 5.3.0 PENDEKATAN BEBAS 5.4.0 PENDEKATAN PROSES 5.5.0 PENDEKATAN KOMUNIKATIF 5.6.0 PENDEKATAN PENGALAMAN BAHASA LEA (Language Experience Approach)

17 17 18 18 19 20

21

6.0 PENILAIAN KEMAHIRAN MENULIS 7.0 RUMUSAN 8.0 RUJUKAN

22 23

NOMBOER MATRIKULASI : 641118015372001 HBML 1103 1.0 PENGENALAN Masyarakat Melayu memang dikenali sebagai masyarakat yang kaya dengan budi bahasa yang menggambarkan peri kesantunan budaya mereka. Hal ini mempamerkan falsafah pemikiran masyarakat Melayu yang begitu peka terhadap alam sekeliling. Hasil pemikiran tersebut lahirlah peribahasa Melayu yang menghubungkaitkan pemerhatian dan kepekaan mereka terhadap alam sekeliling, budaya, dan agama sebagai satu kaedah mengajar atau mengingatkan orang lain secara sindiran.Menurut ensiklopedia Pusat Rujukan Persuratan Melayu dalam laman web DBP, peribahasa merupakan istilah umum kepada jenis-jenis yang dikenal sebagai simpulan bahasa, bidalan, pepatah dan perbilangan.M Menurut Mohd. Zaini Othman (2003), Boleh dikatakan setiap bangsa mempunyai peribahasanya sendiri. Lebih lama sesuatu bangsa itu wujud, lebih banyak peribahasa yang dicipta oleh bangsa itu. Menurut Noraini Shahida Ishak dan M Mascitah Mansor (2011) dalam kajian Mohamad Radzi Salleh (1999) , menganalisis bahawa pemikiran masyarakat Melayu dahulu yang menjana pemikiran menggunakan unsur-unsur alam sekeliling untuk mencipta peribahasa yang unik serta mengandungi pengertian yang mendalam yang mengandungi falsafah yang cukup mendalam dan terpendam. Kesimpulannya, peribahasa mencerminkan kekayaan dan ketinggian budaya pemikiran serta falsafah hidup anggota masyarakat dalam menyampaikan mesej, nasihat dan mendidik bangsanya. Peribahasa boleh dianggap sebagai elemen penting dalam menyampaikan mesej serta mendidik masyarakat secara halus dan berhemah. Oleh itu, peribahasa wajar diajarkan kepada murid-murid serta pelajar-pelajar di semua peringkat, agar dapat mendidik masyarakat tajam fikiran serta peka kepada kehidupan. Dalam mengajarkan peribahasa, amat penting murid-murid memahami konsep dan pengertian sesuatu peribahasa, supaya dapat diguna pakai dalam pembelajaran seterusnya diterjemahkan dalam kehidupan. Oleh itu pendekatan, strategi dan teknik pengajaran yang sesuai perlu digunakan oleh guru bagi menerapkan peribahasa dalam penulisan. Pendekatan secara induktif dan deduktif dengan pelbagai strategi dan teknik yang menarik dan berkesan boleh digunakan dalam mengajarkan peribahasa dalam penulisan. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru perlu mengambil kira latar belakang murid-murid dengan menggunakan kaedah kecerdasan pelbagai supaya lebih menarik, menyeronokkan dan menggalakkan penglibatan semua murid.
3

NOMBOER MATRIKULASI : 641118015372001 HBML 1103 2.0 DEFINISI DAN KONSEP PERIBAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU 2.1.0 DEFINISI PERIBAHASA Merujuk Kamus Dewan (2005) peribahasa bermaksud ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap dan mengandungi pengertian yang tertentu, bidal atau pepatah. Menurut Noraini Shahida Ishak (2011) merujuk kepada Kamus Dewan, perumpamaan. Menurut Zaaba(1965), peribahasa adalah, Segala susunan cakap yang pendek yang telah melekat di mulut orang ramai sejak beberapa lama oleh sebab sedap dan bijak perkataannya, luas dan benar tujuannya dipakai akan dia jadi sebutan-sebutan oleh orang sebagai bandingan, teladan, dan pengajaran. Menurut Abdullah Hussain (1989), Peribahasa merupakan salah satu cabang sastera lama yang tak lapuk dik hujan dan tak lekang dik panas. Hampir setiap bangsa mempunyai bentuk-bentuk peribahasa sendiri dan peribahasa sesuatu bangsa itu mencerminkan watak bangsa itu.Abdullah Hussain (1965) menyatakan Peribahasa berasal daripada tiga sumber, iaitu golongan rakyat yang mencipta peribahasa melalui pengalaman hidupnya, orang arif dan bijaksana yang mengeluarkan ungkapan kata hasil daripada renungannya, dan daripada kitab suci. Menurut Indirawati Zahid (1993) Peribahasa merupakan cabang kekayaan bahasa yang dimiliki oleh semua bahasa dan merupakan satu ungkapan yang di dalamnya tersirat makna yang cukup mendalam untuk tujuan komunikasi. Menurut Wikipedia ensiklopedia bebas, yang merujuk kepada Zaba, Peribahasa ialah susunan kata yang pendek dengan makna yang luas, mengandungi kebenaran, sedap didengar dan bijak perkataannya. Wikipedia merumuskan bahawa, Keindahan peribahasa merupakan cara peribahasa itu digunakan, yang membina minda. Menurut Halijah Abd.Hamid (2004), Peribahasa terdiri daripada beberapa jenis seperti simpulan bahasa, perbandingan, kata-kata hikmat, perumpamaan, bidalan.
4

peribahasa

merangkumi pepatah, kiasan, tamsil dan ibarat, bidalan, perbilangan, simpulan bahasa dan

pepatah, dan

NOMBOER MATRIKULASI : 641118015372001 HBML 1103 Berdasarkan definisi tersebut di atas, secara kesimpulannya peribahasa merupakan salah satu unsur bahasa yang dihasilkan berdasarkan kedalaman dan ketinggian falsafah pemikiran masyarakat terhadap alam, persekitaran, amalan agama dan kehidupan mereka. Terciptanya peribahasa tersebut sebagai media menasihati, menegur dan mengajarkan masyarakat secara halus, berbudi dengan keindahan nilai estetika yang membina minda.

2.2.0 KONSEP PERIBAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU 2.2.1 LIMA KONSEP UTAMA PERIBAHASA Menurut hasil kajian Zaitul Azma Zainon Hamzah dan Ahmad Fuad Mat Hassan (2011), mendapati peribahasa Melayu memaparkan pemikiran Melayu dalam lima kategori falsafah, iaitu pemikiran tentang kewujudan (metafizik), pemikiran tentang ilmu pengetahuan (epistimologi), pemikiran tentang moral manusia (etika), pemikiran tentang penaakulan manusia terhadap alam ini (logik), dan pemikiran tentang keindahan (estetika). Menurut Aripin Said yang memetik dapatan Abdullah Hassan (1993), setiap generasi menerbitkan peribahasa mereka sendiri. Menurut H.Tenas Effendy disebut dalam Mohd Gani Ahmad (2003), peribahasa mencerminkan kearifan masyarakat Melayu, yang berusaha menyampaikan sesuatu secara halus dan arif, sehingga tidak menyinggung perasaan. Menurut beliau lagi orang tua-tua mengatakan bahawa nilai-nilai asas budaya Melayu yang menjadi jati diri , petua amanah, tunjuk ajar, agama dan sebagainya diwariskan melalui peribahasa yang mudah difahami, ditakrifkan sesuai dengan perkembangan zaman dan masyarakatnya. Menurut R.J.Wilkinson yang disebut dalam Mohd.Zaini Othman (2003), menyatakan bahawa peribahasa dapat melambangkan watak dan sifat sesuatu bangsa. Contohnya dalam peribahasa berakit-rakit ke hulu, berenang-renang kemudian, bersakit-sakit dahulu, bersenangsenang kemudian, yang melambangkan sifat sabar, dan tabah dalam berusaha akhirnya memperoleh kejayaan. Menurut H.Ahmad Samin Siregar, (2002), Peribahasa merupakan nasihat atau aturan tingkah laku yang mengandungi nilai. Tingkah laku ini mempunyai aturan dan menyangkut juga

NOMBOER MATRIKULASI : 641118015372001 HBML 1103 larangan-larangan, menggambarkan hubungan antara manusia dengan manusia, manusia dengan kehidupan, manusia dengan karya, manusia dengan waktu dan manusia dengan alam. Boleh dikatakan kebanyakan peribahasa lama sukar difahami generasi masa kini kerana perbezaan situasi, persekitaran serta budaya hidup sesuatu generasi. Kesimpulannya kajian tersebut menjelaskan betapa pemikiran masyarakat Melayu yang tinggi dapat menghubungkaitkan kejadian, ilmu pengetahuan, nilai moral, pentafsiran terhadap alam serta menghalusi nilai-nilai estetika, dalam berbahasa, iaitu mencipta ungkapan bahasa yang indah tersusun, sedap didengar dalam menyampaikan mesej dan pengajaran yang jelas terpancar untuk difahami . Konsep peribahasa membuka ruang untuk mendidik kehidupan bermasyarakat yang harmoni. 2.2.2 KONSEP PERIBAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU Memahami peribahasa itu sendiri amat penting kerana, secara umumnya, generasi masa kini kurang terdedah kepada peribahasa dan konsep terbinanya peribahasa tersebut. Oleh itu mereka perlu didedahkan dengan pelbagai contoh penggunaan peribahasa di dalam ayat dan penulisan supaya mereka lebih faham konsep peribahasa tersebut dan kesesuaian penggunaan peribahasa dalam penulisan mereka. Karya penulisan juga lebih menarik, indah dan menimbulkan keseronokan serta kepuasan kepada pembacanya. Dalam Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan 4 dalam Sistem Bahasa, ada dinyatakan bahawa: Peribahasa perlu diajarkan dalam pendidikan Bahasa Melayu. Pemilihan peribahasa adalah mengutamakan falsafah, keperibadian, dan nilai murni masyarakat Malaysia dan hendaklah diajarkan dalam konteks.

NOMBOER MATRIKULASI : 641118015372001 HBML 1103

3.0 CIRI-CIRI KEPENTINGAN PENGAJARAN PERIBAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU. Apabila murid-murid telah memahami konsep peribahasa, guru perlu menekankan kepentingan peribahasa dalam pengajaran dan pembelajaran. Murid-murid perlu faham menggunakan peribahasa yang sesuai untuk menghasilkan penulisan yang menarik, kreatif dan berkualiti. Dapat mengaitkan 16 nilai murni dalam falsafah pendidikan dalam penulisan mereka iaitu nilai baik hati, berdikari, hemah tinggi, hormat-menghormati, kasih sayang, keadilan, kebebasan, keberanian, patriotisme, kebersihan fizikal dan mental, kejujuran, kerajinan, kerjasama, kesyukuran, kesederhanaan, rasional dan semangat bermasyarakat. Kesemua nilai ini telah dijelaskan dalam lima konsep peribahasa. Dalam mengajar peribahasa kepada murid-murid, saya cuba jelaskan lima ciri-ciri penting pengajaran peribahasa dalam pengajaran Bahasa Melayu. 3.1.1 MEMAHAMI BUDAYA BANGSA SENDIRI Berdasarkan definisi dan konsep peribahasa, peribahasa boleh dikatakan sebagai wadah memahami budaya bangsa yang dinyatakan dalam falsafah pendidikan. Antaranya adalah seperti berikut: a) Peribahasa sebagai motivasi, entiti, jati diri, berdikari dan gigih. Contohnya siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong, lama-lama mencuri Katakata ini mengingatkan kita supaya jangan suka berbohong. Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit mendidik kita menabung. Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya , dan genggam bara api biar sampai jadi arang, menggalakkan azam dan usaha yang bersungguh-sungguh. Bersifat positif dalam melakukan pekerjaan, contohnya tidak terburu-buru dalam peribahasa biar lambat asalkan selamat.

NOMBOER MATRIKULASI : 641118015372001 HBML 1103 Peribahasa yang mengajarkan masyarakat perihal agama. Contohnya peribahasa, hidup bersendikan adat, adat bersendikan syarak. Peribahasa juga mengajarkan kita supaya berdikari, berdaya saing, bercita-cita, keazaman yang tinggi walaupun menghadapi pelbagai kesukaran dan warga yang berdaya maju. Contohnya, naik tangga dari bawah dan hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

b) Peribahasa sebagai panduan hidup bermasyarakat. Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali Mengingatkan kita supaya berhati-hati apabila berbaik dengan orang lain dengan batasan, dan dalam masa yang sama mengingatkan kita supaya tidak melakukan kejahatan. Sindiran tentang sikap yang tidak elok, contohnya cakap berdegar-degar, tahi tersangkut di gelegar yang bermaksud orang yang cakapnya sahaja besar, tet api hasil pekerjaan tiada. Dalam hidup bermasyarakat memerlukan nilai berbuat baik, bertolak ansur, bekerjasama dan menjalankan kegiatan wang sesuai dengan nilai hidup. Contohnya peribahasa, di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung, ringan sama dipikul, berat sama dijinjing, dan hidup kayu berbuah, hidup manusia berjasa. c) Peribahasa mengajarkan budi pekerti , berhemah tinggi dan berjimat cermat. Nilai berpekerti mulia dan berhemah tinggi adalah orang yang mengamalkan kesantunan budi, tahu bergaul dengan masyarakat, kesederhanaan, merendah diri dan tidak menyombong. Antara perkara yang patut dijauhi , contohnya makan keringat orang lain, mendapat kesenangan dengan cara memeras orang lain. Membesarkan kerak nasi yang bermaksud berbelanja lebih dan membazir. d) Peribahasa menekankan hidup bermuafakat dan bekerjasama. Bagai jawi makan, dimamah dulu baru ditelan bermaksud, tiap-tiap perbuatan itu dirundingkan dulu masak-masak baru dikerjakan. Peribahasa ini mengajarkan bermuafakat
8

NOMBOER MATRIKULASI : 641118015372001 HBML 1103 dalam hidup bermasyarakat. Dalam membangunkan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, sesuatu perkara untuk kepentingan bersama perlu dibincangkan bersama. Amalan bantumembantu , menghadapi cabaran dan melalui kepayahan bersama-sama perlu dalam menyatupadukan masyarakat. Hal ini digambarkan dalam peribahasa, bagai aur dengan tebing, bukit sama didaki, lurah sama dituruni, bahu membahu dan berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. e) Peribahasa yang menanamkan patriotisme. Keamanan, kestabilan, kedaulatan dan perpaduan rakyat sesebuah negara tercipta dengan adanya nilai taat setia dan kecintaan kepada negara. Sanggup berkorban demi maruah negara dan mendaulatkan undang-undang bagi merealisasikan perpaduan dan keharmonian. f) Peribahasa mengingatkan bertindak rasional. Contohnya, kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga. Peribahasa ini mengingatkan masyarakat agar tidak bertindak mengikut hawa nafsu , malah berfikir dengan bijak dan kritis, sabar dan pertimbangan akal yang rasional supaya tindakan yang diambil tidak membawa akibat buruk kepada diri sendiri dan pihak lain. g) Peribahasa menasihatkan agar berlaku jujur dan adil. Sikap adil, ikhlas, amanah dan jujur perlu menjadi amalan dalam kehidupan agar kebenaran terbukti dan yang bersalah dihukum. Kejujuran menuntut kita menepati janji. Antara peribahasa berkaitan, berani kerana benar, takut kerana salah dan jika kerbau dipegang talinya, jika manusia dipegang janjinya. h) Peribahasa yang mementingkan kekeluargaan. Institusi kekeluargaan yang kuat melahirkan ahli masyarakat yang berkualiti dan negara yang harmoni. Nilai kekeluargaan ditonjolkan dalam peribahasa air dicincang tak akan putus dan bagaimana acuan begitulah kuihnya.

3.1.2 MENULIS DENGAN DAYA YANG KREATIF DAN BAHASA YANG INDAH.
9

NOMBOER MATRIKULASI : 641118015372001 HBML 1103 Penulisan yang kreatif memerlukan daya inovasi seseorang untuk menulis dengan idea sendiri dan menyelitkan unsur-unsur keindahan bahasa. Penggunaan peribahasa dalam olahan ayat dalam laras bahasa yang sesuai menjadikan karya penulisan itu mudah difahami, mesej dan pengajarannya sampai kepada pembaca. Keindahan bahasa jelas terpancar melalui penciptaan peribahasa. Tingginya daya pemikiran bangsa diluahkan dalam bentuk peribahasa jelas menterjemahkan perkaitan idea tentang sesuatu perlakuan melalui peribahasa. 3.1.3 SEBAGAI DAYA PENARIK PEMBACA DAN PENDENGAR Pengolahan gaya bahasa yang menyelitkan peribahasa dapat menarik minat membaca untuk mengetahui lebih lanjut mesej yang hendak disampaikan dalam cerita melalui peribahasa yang digunakan. Dalam penulisan skrip ucapan, amatlah wajar dan menarik jika diselitkan peribahasa, kerana penggunaan peribahasa dalam ucapan melambangkan ketinggian budaya, kesantunan budi serta pemikiran seseorang individu.

3.1.4 MELAMBANGKAN FALSAFAH PEMIKIRAN DAN PERADABAN BANGSA MELAYU YANG TINGGI. Berdasarkan definisi dan konsep yang telah dijelaskan, setiap penciptaan peribahasa melambangkan halus dan tingginya pemikiran bangsa Melayu yang kritis terhadap persekitarannya. Oleh itu murid-murid perlu didedahkan dan diajarkan dengan peribahasa supaya dapat mewarisi ketinggian falsafah dan peradaban bangsanya.

3.1.5 SEBAGAI PENGIKLANAN DAN KAD UCAPAN Ungkapan peribahasa yang indah bait-bait ayatnya menyerlahkan ketinggian pemikiran masyarakat Melayu, yang mampu menarik perhatian pembaca, pendengar dan penonton sesuatu iklan. Oleh itu pemahaman konsep peribahasa itu penting supaya murid-murid dan para pelajar

10

NOMBOER MATRIKULASI : 641118015372001 HBML 1103 mampu menerapkan peribahasa yang sesuai dalam sesuatu penulisan skrip iklan dan kad ucapan yang menarik perhatian ramai.

Contoh, Iklan Petronas Hari ini Kupanjatkan sekalung doa buatmu Dan selagi hayatku dikandung badan Akan kubacakan sebanyak-banyak doa segala-galanya PERCUMA Iklan yang menonjolkan pengorbanan seorang ayah yang tidak pernah ternilai walaupun anak menunjukkan reaksi yang kurang baik, namun ayah tetap sabar dan tidak marah. Bagi seorang ayah, selagi masih bernyawa segala-galanya untuk anak adalah percuma demi menjalankan amanah, tanggungjawab dan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi.

4.0 STRATEGI DAN TEKNIK PENGAJARAN PERIBAHASA YANG SESUAI 4.1.0 PENDEKATAN INDUKTIF Menurut John, M.Kierzek dan Alker Gibson (1960) pendekatan induktif dimulakan dengan sesuatu bab atau contoh dan bergerak ke hadapan kepada satu generalisasi. Guru akan membantu murid-murid membuat rumusan yang sesuai hasil daripada contoh-contoh yang dikumpul daripada teks, penerangan, tunjuk cara kerja dan fungsi. Oleh itu pendekatan induktif memerlukan satu proses penaakulan yang tinggi. Murid-murid tidak diajarkan secara langsung tetapi digalakkan membuat penelitian, mencari dan mempelajarinya sendiri. Berikut adalah antara strategi pendekatan induktif yang boleh dilakukan dalam mengajar peribahasa untuk digunakan dalam pengajaran penulisan.

11

NOMBOER MATRIKULASI : 641118015372001 HBML 1103

4.1.1 STRATEGI DAN TEKNIK PENDEDAHAN PERIBAHASA Guru yang inovatif menjalankan teknik bercerita dengan menghasilkan klip video, atau mempertontonkan sedutan babak-babak yang sesuai daripada filem-filem Melayu klasik bagi mendedahkan penggunaan peribahasa serta memahami konsepnya melalui kesan visual cara yang menyeronokkan sebagai set induksi. Seterusnya, teknik inkuiri dan sumbang saran dengan mengemukakan soalan tentang sesuatu peribahasa yang boleh dikaitkan dengan tema mesej yang hendak disampaikan. Muridmurid berbincang dan mengenal pasti peribahasa yang terdapat dalam tayangan. Contohnya, tekad dan tabah dalam usaha hingga berjaya; apakah contoh-contoh peribahasa mengenai usaha dan ketabahan. Murid bertanya dan mencari maklumat. Membincangkan dapatan bersama ahli kumpulan dan guru. Peribahasa berkait rapat dengan persekitaran. Oleh itu galakkan melihat persekitaran dan cari peribahasa yang berkaitan, supaya murid lebih faham konsep kenapa terciptanya sesuatu peribahasa . Teknik perbualan digunakan bagi membincangkan kesesuaian sesuatu peribahasa dalam ayat yang menjelaskan maksud yang tepat. Guru menunjukkan contoh-contoh peribahasa bergambar dengan menggunakan ICT atau kad-kad imbasan. Teknik kuiz boleh dijalankan secara spontan pada peringkat permulaan, pertengahan atau penutup.

4.1.2 PERINGKAT PEMBENTUKAN KONSEP Memahami konsep sesuatu peribahasa itu amat penting supaya murid-murid faham maksud, mesej dan boleh menggunakannya dalam penulisan. Dengan memahami konsep muridmurid mampu memilih peribahasa yang sesuai untuk menyampaikan isi cerita, atau pelbagai bentuk hasil penulisan yang menyampaikan mesej dengan jelas.

12

NOMBOER MATRIKULASI : 641118015372001 HBML 1103

1. Murid memperdengarkan contoh-contoh ayat yang mereka bina

2. Guru memperdengarkan contoh-contoh ayat

Peribahasa 4. Murid-murid membuat kesimpulan. Memahami konsep peribahasa yang dipelajari.

3. Guru memberi panduan dan langkah demi langkah

Rajah 1 . Pengajaran dan pembelajaran menggunakan ICT semakin meluas dan digemari muridmurid serta para pelajar di semua peringkat pengajian. Setelah mendapat pendedahan tentang peribahasa, murid-murid boleh diberi tugasan secara kumpulan kecil atau berpasangan untuk menghasilkan perisian Powerpoint dengan menyenaraikan peribahasa mengikut kata kunci yang guru berikan. Contohnya, peribahasa yang menggunakan perkataan mata. Murid-murid mungkin memperoleh mata air , mata duitan buka mata dan cahaya mata. Guru boleh minta murid menghasilkan slaid peribahasa bergambar yang boleh menjelaskan konsep peribahasa tersebut.

4.1.3 PERCUBAAN GENERALISASI i) ii) Aktiviti atau gerak kerja bertulis perlu dijalankan bagi menekankan penguasaan konsep. Latihan boleh diberi dalam bentuk berkumpulan. Guru memberi tajuk karangan dan

merangsang minda murid-murid agar dapat mengeluarkan idea dan berbincang dengan betul. Teknik perbincangan dan main peranan boleh digunakan. Dalam kumpulan, murid-murid boleh diberikan kad-kad gambar berdasarkan tayangan slaid yang telah dipaparkan atau dipelajari
13

NOMBOER MATRIKULASI : 641118015372001 HBML 1103 dalam langkah-langkah terdahulu. Murid-murid boleh melakonkan babak yang menekankan penggunaan peribahasa. Galakkan perbincangan dalam kumpulan, dan hasilkan peta minda atau rangka karangan mengikut tajuk yang diberi. Mereka menentukan atau memilih peribahasa yang sesuai digunakan dalam penulisan mereka nanti. 4.1.4 PENUTUP Guru menutup pengajaran dengan membuat rumusan tentang pengajaran yang telah disampaikan. Murid-murid diberikan aktiviti pengukuhan sebagai susulan daripada aktiviti berkumpulan yang dijalankan. Berdasarkan tajuk yang diberi, murid-murid diminta menghasilkan karangan yang menerapkan atau menyelitkan penggunaan peribahasa yang telah mereka pelajari.

Guru membuat rumusan pengajaran

Aktiviti penulisan sebagai pengukuhan untuk murid-murid.

Penerapan peribahasa dalam karangan.

Rajah 2

14

NOMBOER MATRIKULASI : 641118015372001 HBML 1103 4.2.0 PENDEKATAN DEDUKTIF Menurut Brian Seaton(1982), pendekatan ini memperlihatkan konsep, hukum atau peraturan secara umum dan diteruskan dengan menganalisis hukum-hukum yang khusus dengan contoh-contoh yang konkrit 4.2.1 MERANCANG AKTIVITI i) ii) Matlamat yang hendak dicapai perlu jelas. Contoh-contoh yang sesuai dan betul serta memenuhi keperluan perlu disediakan oleh guru bagi membolehkan murid-murid meniru contoh dan membentuk contoh-contoh yang mereka bina sendiri. iii) iv) Isi pelajaran perlu disusun dengan baik. Memilih pendekatan dan teknik yang sesuai untuk mencapai matlamat. Contohnya, penguasaan konsep peribahasa dan menyerapkannya dalam penulisan. Guru boleh memilih pelbagai teknik seperti teknik main peranan, latih tubi, bercerita, kuiz, sumbang saran, soal jawab, drama, dan permainan bahasa.

Contohcontoh yang sesuai dan betul Matlamat jelas

Isi pelajaran yang tersusun Memilih pendekatan dan teknik yang sesuai

Merancang aktiviti
~ main peranan, latih tubi, bercerita, kuiz., sumbang saran, soal jawab, drama dan permainan.

Rajah 3

15

NOMBOER MATRIKULASI : 641118015372001 HBML 1103 4.2.2 MELAKSANAKAN AKTIVITI GENERALISASI i) Guru memberi penerangan umum agar murid-murid dapat menjalankan aktiviti seterusnya dan berjaya membentuk kefahaman serta mengenal konsep peribahasa untuk tujuan penulisan dan pembelajaran seterusnya. ii) Antara aktiviti yang boleh dijalankan untuk mengenal peribahasa adalah aktiviti permainan dalam pembelajaran dan pengajaran contohnya permainan domino. Kad domino yang mengandungi peribahasa serta maksudnya diberikan kepada setiap murid. Mereka perlu mencantumkan kad yang ada pada diri mereka dengan kawan yang lain sehingga betul. Permainan ini boleh dijalankan dalam kumpulan dengan jangka masa tertentu. Pemenang ditentukan dengan kepantasan mereka menyelesaikan padanan. Tayangan klip video, power point dan bercerita juga boleh digunakan. iii) Mengemukakan dan mentakrif permasalahan. Pelbagai hipotesis atau penyelesaian dikemukakan. Penerangan yang disampaikan pada awal pengajaran perlulah jelas , tepat dan mudah difahami. Setelah aktiviti permainan atau tayangan klip video dijalankan, guru memberikan tajuk karangan dan menerangkan secara umum. Guru menayangkan

slaid contoh karangan atau contoh-contoh ayat. Dalam kumpulan, murid-murid membuat peta minda dan memilih peribahasa yang sesuai berdasarkan contoh-contoh untuk digunakan dalam penulisan

ayat yang telah dipaparkan terlebih awal,

mereka. Murid mampu memahami konsep seterusnya membuat generalisasi dan mengemukakan contoh ayat yang lain dalam penulisan mereka.

4.2.3 PENILAIAN AKTIVITI Setelah aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlangsung guru perlu menilai keberkesanannya dengan menulis refleksi kekuatan dan kelemahannya seterusnya mengambil tindakan untuk menjalankan aktiviti pemulihan dan pengayaan.

16

NOMBOER MATRIKULASI : 641118015372001 HBML 1103 5.0 PENDEKATAN PENGAJARAN PERIBAHASA DALAM PENULISAN Peribahasa boleh diselitkan dalam pendahuluan karangan, isi karangan, ataupun penutup. Sesebuah karangan akan menjadi lebih mantap, berkesan dan indah. Terdapat enam pendekatan yang biasa digunakan dalam pengajaran penulisan dan boleh diajarkan secara berperingkat-peringkat. 5.1 PENDEKATAN TERKAWAL Pendekatan terkawal bertujuan memberi peluang murid-murid memperoleh pengalaman mengarang supaya mereka terbiasa dengan susun cara mengarang yang baik. Murid-murid akan memperoleh pengetahuan lebih jelas lagi dari segi isi dan susunannya, olahan ayat, struktur ayat dan laras bahasa. Guru menyediakan contoh karangan dan murid-murid menulis sepenuhnya berpandukan contoh yang disediakan. 5.1.1 Mengisi tempat kosong. Untuk pengajaran peribahasa dalam penulisan, setelah murid memahami konsep peribahasa dalam aktiviti sebelumnya, mereka perlu mengisi tempat kosong dengan peribahasaperibahasa yang telah mereka pelajari. 5.1.2 Gambar bersiri. Guru boleh menjalankan teknik bercerita, diperkenalkan dalam pengajaran sebelumnya. 5.1.3 Menyusun ayat. Murid-murid dikehendaki menyusun ayat-ayat yang diberi sehingga menjadi sebuah cerita atau karangan yang lengkap berpandukan gambar bersiri, gambar tunggal atau tanpa gambar, mengikut tahap kecekapan murid. Aktiviti ini boleh dijalankan secara berkumpulan. 5.1.4 Menyusun bahagian pendahuluan, isi, dan penutup. sumbang saran, dan

perbincangan kumpulan berdasarkan gambar bersiri dengan menerapkan peribahasa yang telah

17

NOMBOER MATRIKULASI : 641118015372001 HBML 1103 5.2 PENDEKATAN BERPANDU Guru memberikan tajuk dan isi karangan terlebih dahulu. Murid-murid telah mendapat pendedahan konsep dan contoh-contoh penggunaan peribahasa dalam ayat. Pengolahan pendahuluan atau penutup cerita telah diberikan. Berbantukan rangkai kata menggunakan kadkad imbasan, tayangan slaid, kertas edaran ataupun dituliskan di papan tulis, murid-murid membina ayat sendiri dan melengkapkan karangan mereka.

5.3

PENDEKATAN BEBAS Teknik ini lebih sesuai dijalankan dalam kalangan murid-murid yang telah menguasai

kemahiran penulisan dengan baik. Rajah 4 menjelaskan proses pendekatan bebas.

Tajuk karangan

Murid-murid mencari isi karangan.

Murid-murid mencari isi karangan

Menyusun isi dan membuat rangka karangan Guru memberi beberapa rangkai kata atau perkataan atau peribahasa.
Rajah 4.

18

NOMBOER MATRIKULASI : 641118015372001 HBML 1103 5.4 PENDEKATAN PROSES Teknik ini lebih berfokus kepada proses yang dilalui oleh murid-murid menghasilkan karangan yang lengkap.

Tajuk diberi.

Mengumpul bahan secara berkumpulan atau individu sama ada bahan bercetak atau melalui laman sesawang.

Folio bahan yang dikumpul.

Menyaring kessuaian bahan dengan tajuk karangan.

Menyusun isi dan berbincang dengan guru. Memilih peribahasa yang sesuai dengan isi karangan.

Susun isi dalam bentuk rangka karangan mantap.

Menulis karangan yang lengkap.


Rajah 5
19

NOMBOER MATRIKULASI : 641118015372001 HBML 1103 5.5 PENDEKATAN KOMUNIKATIF Pendekatan ini menegaskan peranan bahasa sebagai alat perhubungan.

Rangsangan bahan (multimedia / kad gambar bersiri atau tunggal)

Penceritaan oleh muridmurid. Mengemukakan pendapat tentang sesuatu idea.

Penulisan cenderung kepada bentuk laporan kejadian

Memilih peribahasa yang sesuai

Perbincangan yang autentik

Rajah 6

20

NOMBOER MATRIKULASI : 641118015372001 HBML 1103 5.6 PENDEKATAN PENGALAMAN BAHASA LEA (Language Experience Approach) Tajuk. Guru merangsang perbincangan tajuk. Menggalakkan muridmurid memberi idea untuk membina cerita

Murid-murid membina ayat berdasarkan ideaidea mereka

Guru menyebut peribahasa-peribahasa dan perkataan-perkataan yang akan digunakan dalam perbincangan

Guru membimbing murid untuk memberikan tajuk cerita.

Guru menulis ayat-ayat untuk membina cerita bertulis. Gunakan 'powerpoint' supaya lebih menarik, mudah dan jelas.

Setelah selesai, guru membaca cerita secara nyaring

Murid-murid diminta menggunakan peribahasa atau perkataan yang mereka tahu.

Murid menyalin teks yang telah ditulis oleh guru dan menggarisi peribahasa atau perkataan yang mereka tahu.

Rajah 7.

21

NOMBOER MATRIKULASI : 641118015372001 HBML 1103 6.0 PENILAIAN KEMAHIRAN MENULIS Rajah menunjukkan aspek-aspek yang perlu dinilai oleh guru.

5.Kelancaran 4.Kosa kata 3.Bahasa 2.Ejaan

6.Pengolahan isi

7.Ketepatan dan kesesuaian tajuk


8. Format (seandainya karangan berformat)

9.Penilaian holistik atau global


Penilaian

1. Isi

10.Tanda kesalahankesalahan ejaan, tanda baca, ayat, fakta, kelancaran dan kepesongan
12.Sejumlah markah bagi kesalahan format 11.Beri markah berdasarkan gred

13. Markah akhir

22

NOMBOER MATRIKULASI : 641118015372001 HBML 1103 7.0 RUMUSAN Setelah memahami definisi dan konsep peribahasa guru akan dapat mengetengahkan kepentingan pengajaran peribahasa kepada murid-murid bagi meneruskan warisan klasik bahasa dan budaya bangsa. Adalah satu kerugian jika murid-murid tidak mendapat pendedahan peribahasa kerana ketinggian budaya dan falsafah pemikiran bangsa dicetuskan melalui peribahasa. Dengan memahami ciri-ciri kepentingan pengajaran peribahasa, guru dapat mendidik murid-muridnya menghayati nilai-nilai murni yang terkandung di dalam falsafah pendidikan, yang disampaikan melalui peribahasa, seterusnya membentuk peribadi yang baik. Pendekatan dan teknik yang menarik, menyeronokkan dan berkesan membantu muridmurid memahami konsep peribahasa. Pengajaran dan pembelajaran yang terancang pastinya berjalan dengan baik, membantu murid-murid menguasai isi pelajaran dan objektif pembelajaran tercapai Aktiviti-aktiviti menarik yang dijalankan serta contoh-contoh yang jelas membantu murid-murid menghayati keindahan peribahasa seterusnya menggunakannya dalam karangan. Penguasaan bahasa yang baik dengan diselitkan keindahan peribahasa dalam penulisan mereka, pastinya dapat menarik minat pembaca seterusnya menggalakkan mereka untuk kreatif dalam berkarya. Bahasa budaya bangsa terpancar dengan penguasaan murid-murid menghayati dan menggunakan keindahan peribahasa dalam penulisan. Seterusnya bidang penulisan kreatif akan terus diwarisi dan berkembang setanding dengan kemajuan negara.

(3,311 patah perkataan)

23

NOMBOER MATRIKULASI : 641118015372001 HBML 1103 RUJUKAN Abdullah Hassan. (1987). Isu-isu pembelajaran dan pengajaran Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

H. Ahmad Samin Siregar. (2002). Nilai-nilai Budaya di dalam Peribahasa Melayu Serdang, dalam Dewan Bahasa, Kuala Lumpur, DBP.

Zaaba, (1965). Ilmu Mengarang Melayu. Kuala Lumpur, DBP. Kementerian Pelajaran

Halijah Abd.Hamid, Pelita Bahasa (2003)

Mohd Zaini Othman, Pelita Bahasa (2003)

Tenas Effendy disebut dalam Mohd Gani Ahmad, (2003). Peribahasa Menjana Minda, Singapura, S-One Consultant Pte Ltd.

http://www.ukm.my/ppbl/Gema/GEMA%20vol%2011%20(3)%202011/pp31-51%20latest.pdf

http://irep.iium.edu.my/7309/1/Peribahasa_Gambaran_Minda_Melayu_dalam_Penciptaan_Iklan.pdf

http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=peribahasa&d=11

24

NOMBOER MATRIKULASI : 641118015372001 HBML 1103


http://www.mlcs.sg/home/images/MLCS_Gallery/seminar2011/paper12%20%20f2%20kertas%20kerja%20woodgrove%20sec%20final.pdf

http://www.mlcs.sg/home/images/MLCS_Gallery/seminar2011/paper3%20%20b1%20kertas%20kerja%20elias%20park%20pri%20final.pdf

25

Anda mungkin juga menyukai