Anda di halaman 1dari 10

SEKOLAH KEBANGSAAN LKTP ULU JEMPOL 26400 BANDAR JENGKA, PAHANG

KERTAS KERJA

PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM TAHUN 2012

TEMPAT: TAPAK PERKHEMAHAN SEKOLAH KEBANGSAAN LKTP ULU JEMPOL 26400 BANDAR JENGKA, PAHANG

HARI / TARIKH: JUMAAT AHAD 2,3,dan 4 November 2012 ANJURAN UNIT KOKURIKULUM SEKOLAH KEBANGSAAN ULU JEMPOL 26400 BANDAR JENGKA, PAHANG

Kertas Kerja

Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform Tahun 2012

KANDUNGAN

PERKARA

MUKA SURAT

1. Pengenalan ......................................................................... 2. Nama program .................................................................... 3. Matlamat ............................................................................. 4. Objektif ................................................................................ 5. Jawatankuasa induk ........................................................... 6. Ahli jawatankuasa .............................................................. 7. Butiran perkhemahan ......................................................... 8. Sasaran penyertaan ........................................................... 9. Bayaran penyertaan ........................................................... 10. Senarai tugas ..................................................................... 11. Anggaran penerimaan & perbelanjaan .............................. 12. Menu makanan & minuman .............................................. 13. Tentatif program ................................................................ 14. Penutup .............................................................................

3 3 4 4 5 6 8 8 8 9 11 11 13 15

-1-

Kertas Kerja

1.0

PENGENALAN

Perkhemahan unit beruniform adalah salah satu saluran pendidikan luar bilik darjah yang amat berkesan dalam usaha menangani segala bentuk masalah gejala sosial. Perkhemahan juga dapat mendidik murid-murid percaya kepada diri sendiri dan sedar akan kemampuan diri. Melalui aktiviti-aktiviti yang disediakan, mereka akan didedahkan dengan suatu persekitaran baru. Ia juga memberikan satu rasa dengan menanam sifat keberanian dan kepercayaan internal dan intrapersonal. Dengan semangat dan kepercayaan, adalah diharapkan program ini akan mencapai objektifnya. Adalah sangat diharapkan agar perkhemahan ini akan dapat memberikan peluang kepada murid-murid menonjolkan kemampuan diri mereka. Disamping menimba pengalaman, perkhemahan ini nanti mengeratkan tali persaudaraan sesama murid dan juga guru-guru. akan dapat

2.0

NAMA PROGRAM

PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM SEKOLAH KEBANGSAAN LKTP ULU JEMPOL , TAHUN 2012

-2-

Kertas Kerja

3.0

MATLAMAT

Antara matlamat program ini ialah seperti berikut: i. Mengukuhkan ilmu pendidikan luar yang telah dipelajari serta berkongsi pengalaman bersama-sama rakan dan jurulatih. ii. Mengaplikasi teori-teori yang telah dipelajari bersama-sama unit masing-masing. iii. Membina keyakinan diri pelajar dan berfikir secara rasional apabila berhadapan dengan situasi mencabar. iv. Menanam rasa syukur terhadap kurniaan Allah swt, dan melahirkan generasi yang tahu menghargai masa . v. Menerapkan sikap hormat-menghormati sesama insan. vi. Menanam sifat ingin berdikari dalam kahidupan seharian dan berfikiran matang.

4.0

OBJEKTIF

Pada akhir program ini, para peserta akan dapat: i. Membina generasi yang bersemangat patriotic, cintakan Agama, Bangsa dan Negara. Membentuk generasi yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki keterapilan diri, daya saing yang sihat, bersemangat juang, kreatif dan inovatif dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup. Membina dan memupuk pemimpin dikalangan pelajar yang sentiasa mengamalkan, mempraktikkan isi kandungan ko kurikulum. Menanam sikap bertoleransi, kerjasama,tolong-menolong dan sentiasa bermuafakat dalam segala perkara dengan menjauhkan segala perasaan dengki, mementingkan diri sendiri dan menyalahkan orang lain. Melahirkan pemimpin yang berwawasan dan tabah serta sentiasa peka secara proaktif dalam menghadapi cabaran hidup.

ii.

iii.

iv.

v.

-3-

Kertas Kerja

5.0 PENGISIAN PROGRAM 5.1 SENARAI AKTIVITI REKREASI AKTIVITI Simpulan dan Ikatan. Pertolongan Cemas Kawad Kaki Permainan Kim Kompas Marching Kraftangan Masakan Rimba Halangan Komando PENGENDALI

5.2 SENARAI AKTIVITI PERTANDINGAN AKTIVITI Simpulan dan Ikatan. 6 peserta Pertolongan Cemas 6 peserta Kraftangan 6 peserta Masakan Bermenu 6 peserta Persembahan 6 peserta Halangan Komando 10 peserta PENGENDALI

Bilangan Peserta Perkhemahan : Tahun 4 Unit L P Pengakap Tunas Kadet Remaja Sekolah Pandu Puteri Tunas Jumlah

Tahun 5 L P

Tahun 6 L P

Jumlah L P

-4-

Kertas Kerja

6.0

JAWATANKUASA PENGELOLA

PENGERUSI (Guru Besar) NAIB PENGERUSI (Guru Pen. Kanan Ko-kurikulum)

SETIAUSAHA

BENDAHARI

KETUA PERKHEMAHAN

7.0

JAWATANKUASA KECIL PERKHEMAHAN JAWATANKUASA TUGAS a. Merancang segala pengisian aktiviti. b. Memastikan segala aktiviti berjalan dengan lancar dan selamat. a. Menyediakan borang penyertaan dan mendaftar peserta.

KETUA PERKHEMAHAN DAN PENOLONG

URUSETIA. PENEMPATAN PERALATAN

a. Merancang dan menentukan peralatan yang diperlukan untuk program. b. Memastikan segala peralatan dibawa ke tapak perkhemahan dalam keadaan baik dan sedia digunakan. a. Menyediakan peti pertolongan cemas yang lengkap. b. Memastikan keselamatan para peserta terjamin disepanjang aktiviti. c. Mengambil tindakan awal dengan pantas sekiranya berlaku kecemasan. d. Mengawal disiplin para peserta sepanjang perkhemahan. -5-

ELEKTRIK DAN SIARAYA. KESELAMATAN

Kertas Kerja

MAKANAN DAN MINUMAN

a. Merancang dan menentukan menu makanan b. Merancang jadual makan dan minum peserta, guru dan jurulatih c. Memastikan urusan semasa makan berjalan dengan lancar. a. Mencatat segala aktiviti yang berjalan. b. Mengambil foto untuk setiap aktiviti. c. Menyediakan laporan perkhemahan dan dokumentasikan. d. Berhubung dengan setiausaha untuk mendapatkan bahan-bahan untuk didokumentasikan. a. Menyelaras dan menjalankan program untuk slot keagamaan/ kerohanian. b. Memastikan dan Memimpin para peserta solat berjemaah. c. Mengelolakan kuliah maghrib dan subuh. a. Menyediakan hadiah dan cenderamata program

DOKUMENTASI/ BULETIN

KEROHANIAN

HADIAH DAN SIJIL

JAWATANKUASA AKTIVITI REKREASI.

JAWATANKUASA AKTIVITI PERTANDINGAN.

-6-

Kertas Kerja

7.0

BUTIRAN PERKHEMAHAN

Perkhemahan tersebut akan diadakan seperti butiran berikut: i. Hari ii. Tarikh iii. Tempat : Jumaat hingga Ahad . : 2,3 dan 4 November 2012. : TAPAK PERKHEMAHAN, SEKOLAH KEBANGSAAN LKTP ULU JEMPOL : 1. Guru-guru SKUJ 2. AJK PIBG

iv. Jurulatih

8.0

SASARAN PENYERTAAN

Program ini adalah terbuka kepada semua ahli unit beruniform SKUJ.

9.0

SUMBANGAN PENYERTAAN

Setiap peserta dikehendaki menyumbang sebanyak RM 10.00( Sepuluh Sahaja) Sumbangan ini adalah untuk menampung perbelanjaan seperti: i. ii. iii. iv. v. Makan dan minuman. Kad Aktiviti . Tanda Nama Peserta. Sijil. Pengurusan perkhemahan

-7-

Kertas Kerja

10.0

ANGGARAN KEWANGAN

BIL

SUMBER KEWANGAN

ANGGARAN PERBELANJAAN

JUMLAH

11.0

MENU MAKANAN DAN MINUMAN

(Untuk tiga hari dua malam sepanjang perkhemahan) Disediakan Oleh Jawatankuasa Makanan.

12.0

TENTATIF PROGRAM

( Jadual Aktiviti )

-8-

Kertas Kerja

13 .0 PENUTUP

Adalah sangat diharapkan melalui program yang dirancang ini bakal melahirkan insan yang kental jiwanya, bersih dan bersemangat. Mempunyai jati diri dan sifat ingin berdikari. Pihak jawatankuasa dengan seberapa daya merancang dan berusaha untuk merealisasikannya. Apa yang paling penting adalah kesungguhan para peserta itu sendiri untuk melibatkan diri dengan aktiviti yang telah disusun untuk mereka. Melalui program ini juga, adalah diharapkan ianya berjaya dilaksanakan tanpa berlaku sebarang kemalangan dan kecederaan. Dengan berakhirnya program ini juga nanti, segala bahan dan pengalaman serta segala bentuk proses yang dilalui akan dapat dijadikan sumber rujukan untuk individu atau kumpulan seterusnya merancang dan mengelola program seumpama dengan lebih baik.

DISEDIAKAN OLEH; .. ( ) Penyelaras, Perkhemahan Unit Beruniform SKUJ

DISEMAK OLEH;

. ( ) GPK Kokurikulum, SKUJ

DISAHKAN OLEH; . ( ) Guru Besar SKUJ

-9-