Anda di halaman 1dari 4

Berdasarkan apa yang telah anda laksanakan dalam aktiviti 1, jelaskan mengapa anda memilih media-media (atau yang

di ubahsuai atau yang dibina baru ) untuk digunakan dalam aktiviti p & p anda.

Pemilihan projektor LCD, komputer riba dan komponen elektronik sebagai bahan media pengajaran dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran saya adalah berdasarkan pengetahuan sedia ada murid berkenaan dan tahap kesedaran ibu bapa masa kini terhadap keperluan pengetahuan ICT dengan teknologi yang memang menjadi gaya hidup setiap keluarga yang menekankan pengetahuan teknologi dalam kehidupan harian mereka di rumah. Maka minat murid terhadap media pengajaran yang saya pilih amat memberi kelebihan dan menarik minat mereka dalam aktiviti p&p. Sebagai contoh penggunaan komputer riba yang saya pilih dapat diperjelas kepada pelajar dan memudahkan mereka memahami konsep dan maklumat yang disampaikan kerana penggunaan teks, gambar, animasi, muzik dan bunyi dapat memberi penjelasan dengan lebih baik. Di samping itu juga penggunaan komputer riba juga dapat membantu guru melaksanakan pengajaran mengikut kadar kebolehan dan kecepatan seseorang pelajar secara individu untuk menyelesaikan sesuatu unit pembelajaran. Selain itu, Penggunaan komputer riba dapat dijadikan penyelamat kepada kekangan yang dihadapi khususnya dari segi ruang, masa dan pancaindera. Misalnya, objek yang terlalu besar dan mustahil untuk dibawa ke bilik darjah boleh digantikan dengan penggunaan gambar, video atau model. Selain itu juga, pergerakan yang terlalu lambat atau terlalu cepat dapat diatasi dengan bantuan timelapse atau high-speed photography. Disamping itu juga, objek yang komplek dapat ditunjukkan melalui pembinaan model atau gambar rajah dan konsep yang terlalu abstrak atau luas dapat divisualkan atau dibuat secara gambar rajah. Penggunaan projektor LCD pula boleh menayangkan tulisan, gambar yang pegun mahupun bergerak namun dalam saiz yang lebih besar dan warna yang lebih cantik. Ia juga dapat menarik perhatian pelajar, sehingga perhatiannya tertumpu pada apa yang ditayangkan pada layar. Guru dapat memberi penjelasan secukupnya tentang bahan-bahan yang ditayangkan tanpa perlu menunjukkan bahan maujud sebenar. Dapat meningkatkan ketajaman deria pelajar, terutama

mata dan telinga. Memberikan peluang kepada pelajar untuk bertanya tentang halhal yang belum difahami dari apa yang telah ditayangkan pada LCD. Penggunaan Projektor LCD bersama dengan komputer riba; di mana kedua-dua perisian tersebut dapat menyimpan data yang boleh dibuka kembali dan ditayangkan pada bila-bila masa. Penggunaan bahan maujud ( media ) dalam pengajaran saya seperti alatan tangan dan komponen elektronik bertujuan memberi pengalaman sebenar mengendalikan komponen sebenar yang dapat memberi kesan pembelajaran yang lebih bermakna kepada murid agar menjadi modal teori dan pengaplikasian kehidupan harian individu. Ia juga untuk melihat penggunaan bahan maujud dalam simulasi bagi meningkatkan minat murid tahun 4 terhadap tajuk elektrik dan elektronik di dalam bengkel kemahiran hidup.

Apakah kaedah yang anda gunakan untuk melaksanakan p & p dengan media tersebut, mengapa anda memilih kaedah tersebut.

Kaedah yang digunakan oleh saya dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan penggunaan media pengajaran iaitu komputer riba, projektor lcd dan komponen elektronik ialah kaedah pengajaran beramai-ramai. Kaedah ini digunakan untuk memberi panduan kepada murid sebelum mereka memulakan aktiviti. Perkara penting ialah murid perlu mempelajari bagaimana mematuhi arahan yang agak sukar difahami. Oleh itu, arahan guru haruslah jelas dan tepat serta berulang-ulang sebelum aktiviti bermula. Mula-mula saya akan menerangkan apa yang dipaparkan di layar dan kemudian murid diberi arahan secara terperinci berdasarkan aktiviti yang telah dirancang dalam rancangan pengajaran. Ini akan memastikan semua arahan diingati dan akan dipatuhi. Walaupun begitu saya member ruang kepada murid peluang bertanya sekiranya tidak memahami arahan yang diberikan dan arahan tersebut akan diulang semula. Murid-murid akan melakukan aktiviti berdasarkan apa yang dilihat, dan didengar di paparan layar tadi namun pastikan murid memberi tumpuan semasa arahan diberi. Nilaikan sejauh manakah murid memahami arahan berkenaan dengan cara bertanya kembali sama ada mereka ingat akan arahan guru atau guru bertanyakan apakah arahan pertama, kedua dan seterusnya berdasarkan penggunaan media pengajaran saya iaitu tayangan lcd.

Boleh anda fikirkan alternatif lain untuk menggantikan kaedah p & p yang telah dilaksanakan. Beri alasan terhadap pilihan baru tersebut Kaedah alternatif lain yang saya gunakan ialah kaedah pengajaran kendiri bertujuan untuk meningkatkan pembelajaran murid melalui penemuan kendiri. Peranan saya adalah menyediakan peralatan alatan tangan. Murid dibenarkan menggunakan alatan mengikut langkah-langkah yang telah diberikan dengan pemantauan rapi daripada guru. Melalui kaedah ini, murid akan lebih mengetahui apakah kegunaan sesuatu alatan dengan membuat aktiviti menggunakan alatan itu. Kaedah ini juga bertujuan untuk meningkatkan rasa ingin tahu murid, keinginan untuk mencuba dan kebebasan melakukan eksplorasi. Jika sebelum ini mereka (murid) tidak berpeluang untuk cuba menggunakan peralatan ini atau menggunakannya secara nyata atas alasan dibimbangi akan memudaratkan mereka sendiri, namun dengan kebebasan diberi oleh guru serta dengan pemantauan rapi oleh guru, maka mereka akan merasakan berkeinginan untuk mencuba menggunakan peralatan tersebut dengan cara yang betul. Melalui kaedah ini, pembelajaran berlaku secara spontan dan dapat mengukuhkan pengetahuan mereka daripada pengajaran guru

Anda mungkin juga menyukai