Anda di halaman 1dari 8

NORBILTAH UBIL PISMP SAINS 2011 PENGETAHUAN MASTERI 3 MENGUKUR DAN MENGGUNAKAN NOMBOR

1. Apakah yang anda telah pelajari daripada aktivitI tersebut?

Melalui aktiviti ini, saya mempelajari bahawa kemahiran mengukur dan menggunakan nombor merupakan aktiviti yang melibatkan penggunaan

nombor dalam pengukuran semasa membuat pemerhatian kuantitatif. Kebolehan mengguna nombor dan unit-unit pengukuran yang tepat adalah penting dalam mengukur atau menyukat. Kemahiran ini membolehkan saya menggunakan alat-alat ukuran dengan tepat. Saya turut menyedari bahawa alat ukuran terdiri daripada dua jenis iaitu piawai dan bukan piawai. Alat ukuran yang tergolong dalam jenis piawai adalah pembaris, bikar dan neraca manakala yang bukan piawai merangkumi jengkal, hasta dan kaki. Bagi mengukur jarak dengan menggunakan alatan bukan piawai, anggota badan seperti lengan (hasta), jari (jengkal), kaki (kaki), tangan (depa) digunakan. Walaubagaimanapun, ukuran- ukuran ini tidak praktikal dan konsisten untuk diguna pakai. ( Saiful Bahari, 2011) Kemahiran ini juga membantu calon ketika menghubungkan data ukuran dengan kemahiran proses lain seperti inferens, ramalan dan

sebagainya. Kemahiran proses sains aras tinggi ini secara tidak langsung akan membantu pelajar dan calon agar lebih memahami sesuatu eksperimen atau peristiwa yang berlaku.

2. Dalam kurikulum sains sekolah rendah, bahagian manakah yang merangkumi topik berkenaan?

Tahun 2

Tema Pembelajaran tentang dunia sekeliling Pembelajaran tentang dunia sekeliling

Topik Tumbuhan

Aras Menyukat isipadu air

Panjang dan pendek

Mengukur panjang sesuatu objek dengan menggunakan unit bukan piawai.

Menyiasat alam fizikal

Kuantiti fizik

Mengukur dengan tepat panjang sesuatu objek, luas suatu permukaan, isipadu suatu cecair, pepejal, jisim dan masa serta menggunakan unit yang tepat.

Menyiasat alam bahan

Pepejal, cecair dan gas

Mengukur takat didih air, mengukur takat lebur ais

3. Bincangkan bagaimana anda menggunakan aktiviti tersebut dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Menurut Chen, Hwe Min (2004), jikalau situasi pembelajaran tidak menarik, kaedah dan strategi pengajaran guru yang tidak bersesuaian dengan tahap kognitif atau keperluan pelajar maka akan menyukarkan guru menyalurkan ilmu kepada pelajar. Oleh itu, aktiviti yang dirancang oleh guru mesti bersesuaian dengan minat atau keperluan murid. Dalam pengajaran dan pembelajaran ini, saya gunakan 5 fasa Needham untuk membincangkan kemahiran proses sains mengelaskan. Bagi sesi orientasi, saya akan menayangkan video yang menunjukkan keadaan sebuah perpustakaan yang mempunyai pelbagai jenis buku yang telah disusun mengikut subjek utama seperti sains, agama, fiksyen dan bukan fiksyen. Hal ini penting bagi menarik perhatian murid-murid semasa awal sesi pengajaran. Seterusnya, fasa pencetusan idea pula dilakukan dengan mengadakan perbincangan dalam kumpulan berkaitan dengan tayangan video yang telah ditayangkan untuk mengesan pengetahuan sedia ada pada murid. Murid akan disoal tentang aspek penting yang perlu dilakukan untuk membolehkan sesuatu objek itu dikelaskan kepada kategori yang sama. Untuk penguasaan yang berkesan, kaedah penyampaian kemahiran proses sains harus menekankan aktiviti hands-on yang menarik (Maloney, 2007). Oelh itu, melalui aktiviti yang telah dilaksanakan iaitu aktiviti Classifying Buttons, aktiviti hands-on ini boleh dilakukan semasa fasa penstrukturan semula idea pelajar. Fasa ini memberi gambaran yang jelas kepada pelajar bagaimana proses pengelasan dapat dilakukan kerana murid melakukan sendiri eksperimen dengan bimbingan guru. Dengan

menggunakan bahan maujud seperti pelbagai jenis butang dalam proses pengajaran dan pembelajaran, murid juga akan lebih memahami konsep dan isi pelajaran pada hari tersebut.

Pelajar

akan

mengaplikasikan

pengetahuan

baru

dengan

menyelesaikan masalah dalam situasi baru (Nair & Muthiah, 2005). Oleh itu, bagi fasa aplikasi idea, murid akan diberikan tugasan secara berkumpulan yang melibatkan proses pengelasan agar dapat memahirkan murid dengan kemahiran proses mengelas. Hal ini penting agar dapat mendedahkan murid dengan masalah dalam satu situasi baru seterusnya murid dapat

mengaplikasikan apa yang telah dipelajari dalam mennyelesaikan sesuatu masalah baru tersebut. Guru boleh menggunakan kaedah penulisan kendiri, perbincangan kumpulan dan catatan peribadi pelajar untuk meneliti tahap pemahaman pelajar (Nair & Muthiah, 2005). Oleh itu, semasa sesi refleksi, murid akan diberikan lembaran kerja agar guru dapat mengenalpasti tahap pemahaman murid bagi tajuk pengelasan yang telah diajar.

4. Kreativiti ialah satu elemen penting dalam berfikir dan bekerja secara saintifik. Apakah ciri-ciri kreatif dalam proses kemahiran mengelas? Menurut Ikhsan dan Norila (2005) pula, usaha bagi menggalakkan para pelajar ke arah berfikir secara kreatif dan kritis mestilah dimulakan di peringkat sekolah rendah lagi kerana peringkat ini dianggap sebagai masa yang paling sesuai untuk meletakkan batu asas bagi pelaksanaan pendidikan seterusnya. Oleh itu, proses kemahiran sains seperti proses pengelasan adalah salah satu bentuk pengajaran untuk mengembangkan dan meningkatkan daya pemikiran kreatif pelajar (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001). Semasa melaksanakan kemahiran proses mengukur dan

menggunakan nombor, kreativiti murid dapat dipupuk dan dikembangkan dengan baik. Melalui proses kemahiran ini, murid akan menggunakan idea kreatif mereka untuk menghubungkaitkan iaitu di mana murid dapat membuat perkaitan dalam sesuatu keadaan atau peristiwa untuk mencari sesuatu struktur atau corak perhubungan sepanjang melakukan pemerhatian. Sebagai contoh, murid dapat menghubungkankaitkan data ukuran dengan kemahiran proses lain seperti inferens, ramalan dan sebagainya. Kemahiran proses sains aras tinggi ini secara tidak langsung akan membantu pelajar dan calon agar lebih memahami sesuatu eksperimen atau peristiwa yang berlaku. Seterusnya ialah murid dapat menjanakan idea di mana murid mampu menghasilkan idea yang berkaitan dengan sesuatu perkara. Melalui pemerhatian, murid akan berfikir dengan lebih mendalam terhadap sesuatu perkara dan akan mencari perkaitan terhadap apa yang berlaku. Selain itu, murid juga akan dapat meningkatkan kreativiti mereka dengan menguasai kemahiran meramal. Melalui kemahiran ini, murid dapat meningkatkan daya kreativiti mereka dengan membuat jangkaan awal tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian atau data yang telah diperolehi sepanjang eksperimen dijalankan.

5. Dalam mengembangkan kebolehan kanak-kanak untuk berfikir dan bekerja, terdapat beberapa teknik yang boleh digunakan oleh guru untuk mengalakkan pengembangan kreativiti. Bincangkan teknik yang boleh anda gunakan. Amabile (1992) menyifatkan institusi sekolah merupakan tempat paling penting untuk memupuk alam kreativiti di kalangan pelajar. Menurut Shallcross (1981), guru disarankan agar menyediakan iklim persekitaran yang membantu pembangkitan tingkah laku kreatif di kalangan pelajar. Oleh itu, kreativiti pelajar dapat dipupuk dan ditingkatkan semasa mereka berada di sekolah melalui bimbingan dan bantuan guru. Oleh itu, guru perlu menginspirasikan pelajar ke arah pemikiran kreatif melalui beberapa cara seperti berikut. Guru memainkan peranan yang besar dalam menarik minat pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana penguasaan pelajar terhadap satu-satu kemahiran bergantung kepada bagaimana cara dan corak pengajaran yang disampaikan oleh guru tersebut. Oleh yang demikian, guru perlu mempersiapkan diri sebelum menyampaikan ilmu kepada pelajar mereka agar guru boleh menjadi model kepada tingkah laku kreatif krpada murid-murid (Renzulli ,1992). Guru perlu memberikan peneguhan positif kepada murid-murid ketika sesi pengajaran dan pembelajaran secara kerap. Menurut Soh (2000) pula, seorang guru itu boleh secara langsung menggalakkan kreativiti melalui interaksinya dengan pelajar dengan memberi ganjaran terhadap usaha dan penghasilan yang kreatif. Melalui ganjaran dan pujian yang

diberikan,murid akan lebih bersemangat untuk belajar dan akan berusaha untuk berfikiran lebih kreatif dalam menjawab soalan yang diberikan oleh guru agar dapat diberi penghargaan. Teknik sumbang saran turut menggalakkan pemikiran kreatif dan kritis dalam kalangan murid. Menurut Orlich et al. (2007), sumbang saran merupakan satu teknik pembinaan kemahiran yang mudah dan berkesan jika satu tahap kreativiti tinggi diperolehi dalam pembelajaran yang diingini.

Melalui teknik ini, didapati jawapan yang spontan daripada murid boleh melahirkan idea-idea yang baru dan kreatif. Selain itu, teknik ini mampu meningkatkan keyakinan setiap murid kerana semua akan diberi peluang untuk menjawab soalan yang diberi. Selain itu, guru harus menggalakkan pelajar melibatkan diri dalam lawatan-lawatan sambil belajar untuk memberi pendedahan terhadap kreativiti. Menurut Gardner (1993), sains, penerokaan dan muzium-muzium kanak-kanak menawarkan peluang-peluang untuk merangsang kreativiti. Guru harus memberi ruang kepada pelajar untuk sentiasa cuba menyokong terhadap aktiviti-aktiviti berisiko yang dilakukannya. Pelajar akan melibatkan diri dalam aktiviti yang digemari oleh mereka. Jika guru tidak memberi galakan terhadap kreativiti pelajar, minat mereka untuk melakukannya secara terus-menerus terbantut dan mengalami kegagalan. Guru harus memberi peluang kepada pelajar meneroka aktiviti-aktiviti yang baru sejajar dengan cetusan idea asal pelajar (Yassin, 2006). Kaedah simulasi dan demonstrasi juga boleh digunakan di hadapan murid agar murid dapat melakukan pemerhatian dengan lebih baik, seterusnya mampu berfikir secara meluas dan lebih mendalam.

Pembelajaran melalui pemerhatian sepertimana yang dicadangkan oleh Bandura ( 1961, dalam Ormrod, 2007) yang menyatakan bahawa guru adalah role model yang amat berkesan kerana murid akan menumpukan perhatian kepada model.

Bibliografi BUKU Hiang, P. S. (2003). Pedagogy of Science 2: Science Teaching and Learning Strategies. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Rashid, N. A. (2009). Murid dan Alam Belajar. Selangor: Oxford Fajar.

JURNAL. Mohamad Mohsin Bin Mohamad Said, N. Y. (2008). Halangan-halangan Kepada Usaha Memupuk Kreativiti di Kalangan Murid. Jurnal Pendidikan , 1-8.

Rose Aminah Abdul Rauf, A. R. (2004). Pemupukan Kemahiran Proses Sains di Kalangan Pelajar Tingkatan Dua di Sekolah Bestari. Jurnal Teknologi , 1-13.

Subadrah Nair, M. a. (2005). Penggunaan Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham dalam Pembelajaran Sejarah. Jurnal Pendidikan , 22.

INTERNET

Kemahiran Mengukur dan Menggunakan Nombor . (2011, April 14). Retrieved April 03, 2012, from http://kemahiran-sains.blogspot.com/2011/04/kemahiran-sains_5479.html KPS: Mengukur . (2011, Mac 28). Retrieved April 03, 2012, from http://celiksains.blogspot.com/2011/03/kps-mengukur-nombor.html