Anda di halaman 1dari 3

PERATURAN PERTANDINGAN SEPAKTAKRAW KPM / SPORTEXCEL / MILO / MSN / 2012

1.

UNDANG UNDANG PERMAIANAN Pertandingan ini dijalankan mengikut undang-undang ISTAF ( Gabungan Sepak Takraw

Antarabangsa yang dikuatkuasakan pada masa ini) , Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) dan peraturan Am MSSM serta peraturan Sepak Takraw MSSM.

2.

JENIS PERTANDINGAN Pertandingan ini mengandungi pertandingan antara regu sahaja.

3.

PENDAFTARAN PEMAIN DAN PEMBENTUKAN REGU 3.1 Setiap Majlis Sukan Sekolah Negeri adalah dibenarkan menghantar satu (1 ) regu sahaja kecuali Sekolah Sukan boleh menghantar dua ( 2 ) regu. 3.2 Setiap Majlis Sukan Sekolah Negeri / Sekolah Sukan adalah dibenarkan mendaftarkan seramai enam ( 6 ) orang pemain dalam kejohanan tersebut dan hanya membawa empat ( 4 ) orang pemain bagi setiap sirkit. 3.3 Setiap pemain WAJIB membawa kad pengenalan asal atau dokumen JPN KP09/KPPK 09 asal dari Jabatan Pendaftaran Negara ( Bagi pelajar yang kehilanagan kad pengenalan asal ) atau dokumen JPN KP 11/KPPK 11 asal dari Jabatan Pendaftaran Negara ( bagi pelajar yang mendaftar untuk kad pengenalan pertama kali ) Surat akauan. surat sumpah dan sebagainya TIDAK AKAN DITERIMA. ( Sila rujuk peraturan AM MSSM para 4) 3.4 Pendaftaran dan pertukaran pemain hanya boleh dibuat semasa taklimat pengurus pengurus pasukan. 3.5 Pemain yang telah didaftarkan dan kemudian berpindah ke negeri lain selepas liga sirkit pertama DIBENARKAN mewakili regu negeri barunya. 3.6 Pemain yang sedang menunggu keputusan peperiksaan SPM boleh mewakili negeri masing-masing. 3.7 Sekolah Sukan Malaysia

3.7.1 3.7.2

Pelajar yang tidak terpilih mewakili SSTMI boleh bermain untuk negeri asalnya. Pelajar yang sedang menunggu keputusan SPM boleh mewakili SSTMI.

4.

UMUR 4.1 Semua pemain mestilah berumur lapan belas tahun kebawah ( 18 TKB ) sahaja yang lahir pada tahun 1994 dan ke bawah.

5.

SISTEM PERTANDINGAN. 5.1 Undian akan dijalankan oleh Jawatankuasa Pengelola Kejohanan / Jawatankuasa Teknik bagi menentukan kumpulan regu masing masing. 5.2 5.3 Semua pertandingan akan dijalankan mengikut kaedah peraturan AM MSSM. Pertandingan Sepak Takraw KPM / Sportexcel / MILO / MSN ini akan dijalankan dalam tiga ( 3 ) sirkit dalam bentuk liga sahaja. 5.4 Semua pertandingan ini akan dikelolakan oleh Majlis Sukan Sekolah Pulau Pinang.

6.

MENENTUKAN KEPUTUSAN. 6.1 Regu yang mendapat mata tertinggi dikira sebagai pemenang pertama , manakala yang mendapat mata kedua tertinggi akan dikira sebagai pemenang kedua. 6.2 6.3 Regu yang menang akan mendapat 2 mata dan kalah 0 mata. Sekiranya selesai semua perlawanan dalam kumpulan kiraan mata diperolehi sama oleh 2 regu atau lebih maka kedudukannya akan ditentukan mengikut tertib berikut :6.3.1 Kiraan perbezaan PUSINGAN (Difference) daripada jumlah pusingan menang yang diperolehi oleh berkenaan. 6.3.2 Kiraan perbezaan ANGKA ANGKA MATA daripada jumlah yang diperolehi oleh regu berkenaan. 6.4 Sekiranya dengan kaedah di atas kedudukan seri masih berlaku maka kaedah berikut akan dilakukan. 6.4.1 Jika 2 regu sahaja terlibat maka regu yang telah mengalahkan lawannya dikira menang. 6.4.2 Jika 2 atau lebih regu terlibat maka keputusan muktamat akan ditentukan dengan perlawanan semula dalam liga satu pusingan dengan kiraan 11 mata sahaja.

6.5

Setiap regu hendaklah bersanggupan bertanding lebih dari satu perlawanan dalam sehari. Jika dijadualkan, maka tempoh rehat 20 minit akan diberi antara perlawanan tersebut.

6.6

Kedudukan ranking adalah berdasarkan kepada pungutan mata keseluruhan liga.

7.

SISTEM KIRAAN MATA 7.1 7.2 Sistem kiraan mata lima belas (15) akan diguna pakai dalam kejohanan ini. Dalam perlawanan antara regu dijalankan dalam 3 set (best of 3 set) dengan 2 minit rehat antaranya dan di mana regu yang memenangi 2 set terdahulu daripada 3 set dikira memenangi perlawanan.

8.

PENGADIL, PENJAGA GARISAN & PEMBANTU TEKNIKAL 8.1 8.2 8.3 Semua Pengadil yang bertugas adalah dari negeri pengelola. Semua Penjaga Garisan yang akan bertugas mestilah daripada Pelajar yang dilantik oleh JPN pengelola selaku tuan rumah. Segala keputusan yang telah dibuat oleh Pengadil berkaitan Undang-Undang Permainan adalah muktamad.

9.

TEMPAT PERTANDINGAN 9.1 Tempat pertandingan akan ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola dan Mesyuarat Pengurus Pasukan yang akan diadakan sebelum pertandingan pertama bermula. 9.2 Jadual pertandingan yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola adalah muktamad.

Disediakan oleh :Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan MSS Malaysia

Anda mungkin juga menyukai