pelajaran matapelajaran anda, rancangkan satu proses pengajaran dan pembelajaran yang akan melibatkan penggunaan beberapa media fotografi. Dalam pada itu rancangkan (anda boleh cuba mengaplikasikan model ADDIE) proses penghasilan media fotografi tersebut supaya ia boleh memberi impak yang baik dalam proses P&P anda.Laksanakan perancangan yang telah dibuat dalam bilik darjah.
Untuk aktiviti 1 di bawah Interaksi 2 ini, saya menyediakan rancangan proses pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan beberapa media fotografi yang dihasilkan atau diambil sendiri oleh saya. Berdasarkan sukatan pelajaran Bahasa Melayu tahun 5, saya memilih tajuk Kebudayaan. Antara objektif yang ingin dicapai dalam pengajaran ini ialah murid dapat mengenal pasti beberapa nama dan jenis bunga serta mengetahui bunga kebangsaan Negara MalaysiaDi dalam rancangan pengajaran dan pembelajaran ini terdapat beberapa fasa seperti set induksi, langkah 1 dan seterusnya, di mana saya menyelitkan penyampaian pengajaran yang melibatkan beberapa media fotografi di dalam fasa set induksi. Saya sebagai guru akan bertanyakan kepada semua murid di dalam kelas berkenaan semangat patriotik pada diri murid-murid. Selepas mendapat maklum balas maka proses penggunaan media fotografi 3 jenis bunga yang disunting dengan warna hitam putih ditayangkan melalui power point dan saya memberi peluang kepada mana-mana murid untuk memberikan jawapan yang tepat nama bungabunga tersebut. Setelah mendapat jawapan sama ada betul ataupun salah, guru menayangkan sekali lagi gambar bunga-bunga tersebut dengan warna asal sebelum disunting. Sekali lagi peluang untuk jawapan diberikan kepada murid. Selepas itu barulah guru mengaitkan gambar media tadi dengan pelajaran dan memberikan penerangan secara teliti berdassarkan pertanyaan murid-murid.
Saya telah menggunakan model ADDIE dalam proses pengambilan media fotografi yang saya gunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Sebelum saya menggunakan media fotografi berkenaan bunga saya telah menganalisa dan mengenal pasti sasaran yang memerlukan media ini iaitu murid-murid tahun 5. Kekangan yang dihadapi untuk mengambil foto bunga ini ialah faktor cuaca kerana semasa pengambilan gambar foto ini cuaca di di Johor bahru terutamanya di Hutan Bandar MBJB dan Hutan Bandar MPJBT, hujan dan mendung sentiasa turun dan cahaya yang diperlukan hanyalah dari cahaya flash kamera sahaja. Pengenalpastian ini penting kerana media fotografi yang diambil akan digunakan sebagai bahan pembelajaran kendiri murid-murid tersebut atau bersama guru sebagai fasilitator. Pada peringkat ini saya mestilah memastikan gambar atau media fotografi yang diambil berpadanan dengan sukatan pelajaran dan juga kemahiran-kemahiran berbahasa dalam matapelajaran Bahasa Melayu. Analisis keperluan tentang jenis media yang digunakan ialah menayangkan media fotografi tersebut dengan menggunakan perisian power point manakala bahasa perantaraan yang digunakan pula ialah dalam bahasa melayu. Analisis daripada aspek ini saya gunakan untuk memastikan rancangan mengajar saya memenuhi kehendak dan keperluan muridmurid. Matlamat penggunaan media gambar bunga raya ini adalah untuk memberi pengetahuan tentang bunga kebangsaan kepada murid dan menanam semangat patriotik cintakan negara. Sementara itu bagi menambahkan minat murid-murid terhadap kebungaan, mereka akan diberikan kertas lembaran kerja dan kertas lukisan untuk menentukan kemahiran-kemahiran yang berkait dapat dilakukan dan dicapai. Di peringkat ini ciri-ciri pembelajaran yang akan dijalankan ialah kaedah Inkuiri Penemuan. Saya juga menganalisa jangka masa untuk menyiapkan rancangan pengajaran berbantukan media fotografi ini dan menjangkakan boleh disiapkan dalam masa 3 hari berdasarkan carta alir yang telah saya bina. Langkah seterusnya yang saya lakukan ialah merekabentuk rancangan mengajar dengan mengambil kira media foto yang diambil. Reka bentuk pengajaran ini bermatlamat untuk memberi pengalaman kepada murid menilai gambar yang dilihat dan memberi maklumbalas dengan segera. Cara pengambilan gambar ini juga difokuskan hanya pada gambar bunga dan kelopaknya kerana hanya untuk memberi visual warna dan bentuk bunga tersebut dan tidak menggunakan keseluruhan pokok bunga kerana matlamatnya hanya untuk mengenali rupa bentuk bunga raya sebagai bunga kebangsaan. Jadi ini menepati kehendak objektif pengajaran saya yang memberi pengetahuan mengenai bunga kebangsaan Malaysia. Rekabentuk aktiviti
juga diambilkira objektif yang hendak dicapai. Berdasarkan gambar foto bunga raya yang ditunjukkan, murid diberikan latihan memadankan nama-nama bunga dengan gambar yang sesuai dan juga aktiviti melukis bunga raya tersebut berdasarkan ingatan visual yang ditunjukkan. Maka teknik pengambilan media foto juga diambil kira oleh saya dengan menggunakan teknik-teknik asas yang diperolehi daripada modul EDU 3105 seperti penggunaan iso yang rendah bagi mengurangkan noise, menggunakan teknik Overcast Light dan low contrast di mana tujuan semua ini adalah bagi menghasilkan gambar yang mempunyai perincian dan fokus dapat ditunjukkan kepada murid-murid apa yang perlu dilihat dan dijelaskan. Fasa seterusnya ialah pembangunan yang dilakukan ke atas media. Media foto bunga raya ini akan disesuaikan semasa pengajaran berlaku pada akhir set induksi dan diberi sedikit sentuhan multimedia dalam perisian power point, tambahan audio sebagai iringan. Apabila murid-murid didedahkan dengan rekabentuk ini saya akan memastikan tiada masalah yang timbul apabila mereka melihat aplikasi powerpoint ini kerana saya sudah mengambil kira padanan media foto ini dengan tahap kebolehan, faktor umur dan latar belakang murid-murid. Rekabentuk media ini juga mengambil kira kaitan dengan latihan pemahaman dan pengukuhan yang dijalankan selepas menamatkan pembelajaran. Fasa pelaksanaan dijalankan selepas proses rekabentuk selesai. Apabila gambar yang diambil dijadikan bahan media fotografi dalam pengajaran dan disunting serta meletakkan di dalam aplikasi powerpoint, saya perlu menguji keberkesanan media fotografi tersebut dan sekiranya berkesan maka boleh konsep pengajaran ini boleh digunakan pada pengajaran akan datang. Tetapi sekiranya kurang berkesan saya perlu melihat masalah-masalah tersebut sama ada timbul semasa fasa rekabentuk dan pembangunan media fotografi tersebut. Sekiranya semua masalah telah diselesaikan, bolehlah saya menggunakan hasilan perancangan pengajaran ini secara rasmi. Dan akhir sekali setelah saya menyunting dan memproses hasil media fotografi dan mengaplikasikan dalam pengajaran, saya akan membuat penilaian terhadap media tersebut dalam bentuk penilaian sumatif di mana saya menilai sejauh mana keberkesanan penggunaan gambar atau foto yang diambil pada kefahaman murid-murid. Saya juga menilai impak daripada hasil media foto tersebut kepada murid-murid. Saya juga dapat membuat penambahbaikan sekiranya penilaian yang dibuat mengesan kelemahan-kelemahan tertentu dalam menghasilkan hasil media foto tersebut.
BUNGA RAYA
BUNGA KERTAS
BUNGA ORKID